Download - Kompilasi Sekitar JPA Tahun 2014
1
2
3
ISBN : 978-9839187-47-2
Terbitan : Februari 2015 Konsep & Reka Letak : Pasukan Komunikasi
Copyright@2015. Jabatan Perkhidmatan Awam.
HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis.
4
PRAKATA
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Kompilasi Sekitar JPA 2014
yang merakam perjalanan Transformasi JPA sepanjang tahun 2014
telah berjaya diterbitkan.
Sesungguhnya, saya percaya detik-detik penting dan
bermakna selama Transformasi dijalankan sepanjang tahun telah
memberikan impak yang positif ke arah anjakan sistem
penyampaian perkhidmatan awam bertaraf antarabangsa.
InsyaAllah dengan sokongan seluruh warga JPA, kita akan
berjaya!
Mohamad Zabidi Zainal
5
6
KANDUNGAN
7 ……. Januari
13 ……. Februari
33 ……. April
25 ……. Mac
37 ……. Mei
45 ……. Jun
Julai ……. 55
Ogos ……. 64
September ……. 75
Oktober ……. 83
November ……. 101
Disember ……. 115
Am
anat K
SN 2
01
4 d
i PIC
C
Pro
gram Sem
arakkan Tran
sform
asi ke
Kem
enterian
Sum
ber A
sli & A
lam Sekitar
Mis
i Ban
tuan
Kem
anu
siaa
n J
PA
4U
di K
uan
tan
Karavan Tani JPA 2014
7
8
AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA 2014:
MENERUSKAN MOMENTUM TRANSFORMASI, MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM
Pada 20 Januari 2014, telah berlangsung Majlis
Amanat Ketua Setiausaha Negara yang bertemakan
“Meneruskan Momentun Transformasi, Merakyatkan
Perkhidmatan Awam.” Dalam amanat beliau, Yang
Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa meminta penjawat
awam agar menumpukan taat setia yang tidak berbelah
bagi kepada Raja, Negara dan Kerajaan seperti yang
digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu,
pen ja wa t a wa m s eha r us n ya me m ber i ka n
perhatian dalam memperkasakan sistem tadbir urus dan
integriti perkhidmatan awam.
Yang Berbahagia Tan Sri juga menggesa
Perkhidmatan Awam untuk memainkan peranan
membantu Kerajaan ke arah mengurangkan perbelanjaan
awam dengan pengumuman 11 langkah-langkah
perbelanjaan berhemat yang digariskan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Dalam membawa
perubahan, sudah pastinya akan melibatkan tindakan
yang akan memberikan impak kepada rakyat. Walaupun
demikian, segala usaha transformasi Kerajaan, demi
kesejahteraan rakyat dalam jangka masa panjang, akan
mengambil kira pandangan dan kepentingan
rakyat supaya ia tidak akan mendatangkan beban kepada
rakyat termasuk kepada penjawat awam. Penjawat awam
perlu memainkan peranan memperjelaskan dasar dan
usaha Kerajaan untuk menghuraikan keadaan sebenar.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
Dalam ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’, penjawat awam digesa untuk kerap turun padang
untuk melihat keadaan sebenar dan melaporkan kepada agensi penguatkuasa tindakan oleh pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasikan keadaan demi keuntungan mereka.
9
PENYAMPAIAN AMANAT KPPA & PENYERAHAN SURAT PEMANGKUAN
KE PTD GRED M48
Majlis Penyampaian Amanat Ketua Perkhidmatan & Penyerahan Surat Pemangkuan ke PTD Gred
M48 telah diadakan di Dewan Kementerian Pertanian Asas Tani, Putrajaya pada 27 Januari 2014.
Majlis ini melibatkan seramai 70 orang pegawai yang diberi pemangkuan ke Gred 48. Dalam
ucapan beliau, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berpesan agar kepercayaan yang telah
diberikan ini seharusnya digalas dengan penuh rasa tanggungjawab sejajar dengan hasrat YAB Perdana
Menteri yang menyatakan penjawat awam perlu sentiasa mengamalkan sikap Cepat, Tepat dan Integriti
(CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian. Sikap ini kemudianya perlu disokong dengan
PCI (Productivity, Creativity and Innovation) supaya Perkhidmatan Awam tidak dilihat sebagai sebuah
perkhidmatan yang sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian dalam urusan hariannya, atau selesa
dengan istilah "business as usual".
10
SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK JPA 2014
Seminar Perancangan Strategik Siri 1 Tahun 2014 yang diadakan pada 26 – 28 Januari 2014 telah
menghasilkan inisiatif transformasi yang signifikan dan berimpak tinggi kepada JPA mahupun
Perkhidmatan Awam sesuai dengan peranan JPA sebagai Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam.
Seminar Perancangan Strategik (SPS) Siri 1/2014 memfokus kepada perbincangan dan penetapan Inisiatif TI
-100 di bawah Kerangka Kerja Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam (KTJPA) untuk dilaksanakan
pada tahun 2014.
Objektif SPS adalah untuk mengimbas pencapaian Program Transformasi JPA tahun 2013;
menetapkan hala tuju JPA bagi tahun 2014; dan mengenal pasti cadangan Inisiatif TI-100 KTJPA bagi tahun
2014. Seramai 87 pegawai dari semua Bahagian di JPA termasuk INTAN Kampus Wilayah menyertai SPS
kali ini. Dalam amanat beliau, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menggesa semua warga
JPA memberikan kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan agenda transformasi JPA ke arah mencapai
matlamat KTJPA untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik
dan berjiwa rakyat.
Antara pencapaian signifikan KTJPA bagi tahun 2013 yang adalah penstrukturan semula JPA
melibatkan pengejatan sebanyak 507 jawatan dengan penjimatan sebanyak RM12.8 juta. Selain itu, INTAN
diperkasakan ke arah menjadi sebuah Centre of Excellence (CoE) yang berfungsi sebagai new intellectual power
house melalui pengwujudan lapan kluster utama pada tahun 2013. Melangkah ke hadapan, JPA harus
bersedia untuk berperanan sebagai sebuah organisasi strategik, pusat kecemerlangan sumber manusia dan
pembangunan organisasi yang berfungsi untuk merancang, menyelidik dan membentuk dasar berkaitan
Perkhidmatan Awam.
11
JOM SANTAI SENAMROBIK JPA4U DI DATARAN KOMPLEKS C
Jom Santai Senamrobik JPA4U telah dilaksanakan
di Dataran Kompleks C, Putrajaya pada 29 Januari
2014. Program ini diadakan dengan usahasama
Kelab JPA dengan kerjasama Kementerian dan
Agensi di Kompleks C. Program Jom Santai
diadakan bagi menggalakkan budaya hidup sihat
di kalangan warga penjawat awam. Beberapa siri
Jom Santai akan dilaksanakan secara bulanan yang
melibatkan penglibatan warga Kompleks C serta
agensi-agensi Kerajaan yang lain sebagai salah satu
elemen transformasi JPA pada tahun ini.
12
PROGRAM PERTUKARAN LAWATAN PEGAWAI KANAN MALAYSIA - BRUNEI KE 15
Pada 25 Januari 2014, Program Pertukaran Lawatan
Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Malaysia -
Brunei ke 15 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara,
Malaysia yang bertempat di Hotel Grand Hyatt,
Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri Setiausaha
Tetap Brunei, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia & Pengarah
Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam,
Brunei.
Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi
jaringan perhubungan strategik antara Malaysia dan
Brunei, di samping saling berkongsi kemahiran,
pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan
dan pembangunan sumber manusia perkhidmatan
awam.
13
14
MAJLIS PELANCARAN KARAVAN TANI JPA4U DI DATARAN KOMPLEKS C
Ia bertujuan menyediakan pelbagai pilihan
barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan
kepada rakyat khususnya penjawat awam dalam usaha
mengurangkan tekanan terhadap kos kenaikan harga
barang selain menjadi model contoh dan ikutan kepada
agensi kerajaan yang lain untuk mengambil pendekatan
yang sama.
Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam dan turut disertai oleh
Yang Berbahagia Dato' Ahmad Ishak, Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Sebanyak 14 kenderaan karavan terlibat pada fasa
permulaan ini melalui penglibatan beberapa agensi
seperti Pasar Bergerak 1Malaysia (PB1M), Produk
1Malaysia, Kopi Satu, Persatuan Nelayan Kebangsaan
(NEKMAT), AgroMas Malaysia dan penyedia makanan
yang lain.
JPA merupakan jabatan Kerajaan yang pertama di
Malaysia mewujudkan aktiviti jualan dan urus niaga
barangan keperluan asas berkonsepkan karavan di
kawasan premis dengan tahap kebersihan yang terjamin.
Program Karavan Tani JPAU akan dilaksanakan secara
berterusan sebanyak dua (2) kali sebulan pada setiap hari
Khamis minggu ke-2 dan ke-4 dengan menawarkan harga
barangan 5% – 20% lebih murah berbanding harga
pasaran bagi 32 barangan terpilih selaras dengan program
Jimat Belanja Dapur 2014 yang dilancarkan kerajaan.
Diharapkan melalui penganjuran seumpama ini dapat
memberikan manfaat dan nilai tambah yang berganda
kepada pembeli khususnya penjawat awam.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
PUTRAJAYA, 13 FEBRUARI 2014 – Karavan Tani JPA4U yang dilancarkan hari ini merupakan inisiatif Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) melalui JPA4U bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
berasaskan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS).
15
PROGRAM MAKSAK TURUN PADANG 2014
Program MAKSAK Turun Padang 2014 telah
diadakan pada 15 Februari 2014 di Kluang, Johor.
Majlis ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali
Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia
Tan Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dan wakil-wakil MAKSAK.
Dalam program ini, Yang Berbahagia Tan
Sri Dr Ali Hamsa dan Yang Berbahagia Tan Mohamad
Zabidi Zainal telah mengambil kesempatan untuk
beramah mesra dengan warga INTAN Wilayah
Selatan (IKWAS), Kluang, Johor untuk menyampaikan
amanat dan mendapatkan maklum balas daripada
penjawat awam mengenai isu-isu perkhidmatan
awam. Di samping itu, Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Ali Hamsa dan Yang Berbahagia Tan Mohamad
Zabidi Zainal juga turun padang melihat keadaan
Kampung Bentong di Kluang dan turut membantu
orang kampung yang sedang bergotong royong
membersihkan kawasan kampung, memasak dan
mengecat rumah.
Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa dan
Yang Berbahagia Tan Mohamad Zabidi Zainal
kemudiannya dibawa berjumpa dengan anak-anak
muda kampung yang sedang bermain bola sepak.
Bantuan dan sumbangan MAKSAK turut dihulur
kepada orang kampung untuk membantu
meringankan beban dan kesusahan hidup.
16
MAJLIS PERJUMPAAN PESERTA (TALENTX) TAHUN 2013
Majlis Perjumpaan Peserta Accelerated Leaderhip
Program for Young Talents (TalentX) Tahun 2013
Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah
diadakan pada 17 Februari 2014 di Dewan Mezzanine,
JPA. TalentX merupakan program pembangunan
eksekutif bagi membangun dan memperkasa sifat
kepimpinan dan kemahiran pegawai di Gred 41 dan 44
yang berprestasi cemerlang di agensi masing-masing
serta mempunyai potensi kepimpinan dalam
perkhidmatan.
Objektif utama TalentX adalah untuk
menyediakan platform bagi membangun,
memperkukuh dan memperkasakan elemen
kepimpinan dan kemahiran pengurusan pegawai.
TalentX menjadi wadah memecahkan budaya “silo”
dengan mewujudkan rangkaian profesional dan
jaringan kerjasama antara pegawai pelbagai skim
perkhidmatan. Manakala dari segi pencalonan peserta,
hanya pegawai yang berpotensi tinggi dan diperakui
oleh Ketua Jabatan sahaja yang berpeluang untuk
ditawarkan menghadiri kursus ini. Tahniah diucapkan
kepada Peserta yang terpilih mengikuti Program ini!
MAJLIS PENGHARGAAN BAGI PEGAWAI JPA YANG AKAN BERTUKAR KELUAR
Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia Tan
Sri Mohamad Zabidi Zainal, Yang Berbahagia Dato'
Dr. Sharifah Zarah, Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal
Rahim Seman dan pengarah-pengarah bahagian.
Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai pegawai
-pegawai JPA yang akan bertukar keluar dan telah
berlangsung di Executive Lounge Aras 13, C1, JPA
pada 19 Februari 2014.
17
19TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME FROM BRUNEI DARUSSALAM
The 19TH Executive Development Programme for Senior
Government Officers from Brunei Darussalam has been
organised on 24 February 2014 at the Razak School of
Government, Putrajaya. This programme aims to nurture
transformational leadership among senior public officers to
serve as role models to others in the service. The
transformational leadership agenda is the main reason
Malaysia was selected as the destination for Brunei’s study
visit, since Malaysia is charting its own transformational
path.
Around 30 Brunei senior officers joined the
programme. In his speech, Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Director-General of Public Service,
Public Service Department (JPA) shares his experience in
inplementing the JPA’s Transformation Programme which
began in March 2013. The JPA Transformation Programme
involved extensive engagements and consultations with
various stakeholders and clients. This process resulted in the
formulation of JPA’s Transformation Framework. JPA is on
their way to execute their transformation programme and the
results are good.
Yang Berbahagia Tan Sri hopes that everyone
involved in this programme will benefit from the sharing of
experience and knowledge gained.
LAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM BRUNEI
Susulan 19TH Executive Development
Programme for Senior Government Officers
from Brunei Darussalam yang diadakan pada
24 Februari 2014, para Pegawai Perkhidmatan
Awam dari Brunei Darussalam mengambil
kesempatan untuk mengadakan lawatan kerja
ke Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya
pada 25 Februari 2014 .
Delegasi Pegawai Brunei berkumpul di
ruang Lobi Transformasi JPA untuk mendengar
Taklimat Korporat JPA daripada wakil pegawai
Korporat dituruti dengan Sesi Pembentangan
Transformasi secara terperinci oleh wakil
pegawai Bahagian Penyelidikan, Perancangan
dan Dasar.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal turut berkongsi pengalaman
be l iau m elaksan akan Transform asi
Perkhidmatan Awam bersama-sama para
hadirin.
18
SEMINAR PERSEDIAAN PERSARAAN
Pada 25 Februari 2014, Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA telah mengadakan Seminar Persediaan Persaraan
di Auditorium JPA. Seminar satu hari ini melibatkan bakal pesara penjawat awam yang dijemput dari
Kementerian, Agensi dan Jabatan seluruh Malaysia.
Seminar telah diadakan bertujuan untuk menyediakan bakal-bakal pesara awam dari segi mental,
fizikal dan rohani serta melengkapkan bakal pesara dengan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan
kewangan, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan selepas bersara dan banyak lagi. Di kesempatan itu,
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal turut menyerahkan sijil penghargaan kepada pesara-
pesara awam.
Rata-rata peserta seminar yang dijemput amat berpuas hati dengan seminar yang diadakan dan
berharap agar program sebegini diadakan dengan lebih kerap lagi.
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-32
Isteri Perdana Menteri merangkap Penaung
PUSPANITA, Yang Amat Berhormat Datin Paduka
Seri Hajah Rosmah Mansor juga menekankan ahli-
ahli PUSPANITA agar membantu Kerajaan dan
meringankan bebanan rakyat. Antaranya ialah
menjadi agen kerajaan dalam mendengar keluhan
rakyat dan menyampaikannya kepada kerajaan,
melibatkan barisan isteri kepada bekas-bekas
pemimpin dahulu untuk mendapatkan idea dan
pengalaman mereka dalam melaksanakan aktiviti
serta dedahkan bidang keusahawanan kepada
isteri penjawat awam yang tidak berkerja dan
pesara-pesara wanita untuk membantu mereka
meningkatkan pendapatan. Majlis perasmian ini
turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Yang
Berbahagia Tan Sri Ali Hamsa merangkap
Penasihat PUSPANITA, Ketua-ketua Setiausaha
Kementerian dan Setiausaha-setiausaha Kerajaan
Negeri serta Pengerusi-pengerusi Cawangan
Kementerian dan Negeri.
Pada 20 Februari 2014 telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA
Ke-32 di Puspanitapuri, Presint 10. Usia PUSPANITA yang menjangkau lebih 30 tahun kini digesa untuk
menumpukan terhadap isu-isu global yang ada hubung kaitnya dengan wanita keseluruhannya.
19
PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM 2014
Program Semarakkan Transformasi Perkhidmatan Awam 2014 telah diadakan pada 25 Februari 2014 di
perkarangan UTC Melaka. Ucapan Transformasi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Yeow Chin
Kiong, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Seramai 250 orang penjawat
awam Negeri Melaka telah hadir ke program tersebut.
MAJLIS PELANCARAN MENU JPA4U
Majlis Pelancaran Menu JPA4U telah dirasmikan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Kafetaria JPA,
Bangunan JPA C1 pada 26 Februari 2014.
JPA melaksanakan inisiatif ini bagi membantu
warga Kompleks C untuk menikmati sarapan pagi dan
makan tengah hari yang berkualiti pada harga yang
berpatutan menerusi pengenalan Menu JPA4U. Program
ini boleh membantu meringankan kos penjawat awam
di peringkat akar umbi untuk makan dan minum di
tempat kerja.
JPA menawarkan menu khas setiap hari bermula
Isnin hingga Jumaat kepada penjawat awam. Menerusi
Menu JPA4U, pelanggan hanya dikenakan bayaran
serendah RM2.00 untuk sarapan pagi dan Rm4.50 untuk
makan tengah hari dengan satu lauk protein dan sayur
serta minuman bagi setiap hidangan.
Selain daripada harga yang berpatutan, JPA turut
melakukan pemantauan dan pemeriksaan berkala bagi
memastikan makanan yang ditawarkan adalah
berkualiti dengan tahap kebersihan yang terjamin.
Dengan itu, sajian yang dihidangkan memberi kepuasan
kepada pelanggan dan setanding dengan hidangan
restoran lain. Menerusi program ini, semua warga
Kompleks C Putrajaya dapat menikmati satu lagi
manfaat daripada program Transformasi Perkhidmatan
Awam yang diperkenalkan oleh JPA.
20
PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM 2014
Pada 27 Februari 2014, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah mengetuai barisan
pengurusan tertinggi JPA berkunjung ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kunjungan tersebut
juga turut disertai oleh duta-duta transformasi JPA.
Program Semarakkan Transformasi merupakan konsep jerayawara ke kementerian dan agensi untuk
berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai kerangka, strategi dan proses transformasi. Penyampaian
mengenai pengetahuan dan maklumat Transformasi dapat dilakukan terus kepada penjawat awam yang
terlibat di kementerian dan agensi berkenaan. Selain daripada sesi engagement yang melibatkan penerangan
dan perbincangan mengenai transformasi perkhidmatan awam, pihak kementerian juga turut berkongsi
pelaksanaan program transformasi di kementerian berkenaan. Selanjutnya, Yang Berbahagia Tan Sri turut
melawat pameran yang disediakan oleh pihak kementerian. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
merupakan salah satu daripada 234 Kementerian yang terlibat dalam Program Semarakkan Transformasi
Perkhidmatan Awam di bawah kendalian JPA.
21
MAJLIS PELANCARAN ILEAD-PARK, INTURA
Majlis Pelancaran iLead-Park telah dilancarkan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Pusat
Riadah Institut Tadbir Awam Wilayah Utara
(INTURA) di Sungai Petani, Kedah pada hari ini 27
Februari 2014. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang
Berbahagia Dato' Dr. Sharifah Zarah, Timbalan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan), Yang Berbahagia Dato' Dr. Mazlan
Yusoff, Pengarah INTAN dan para pegawai Kanan
Jabatan Perkhidmatan Awam serta warga INTURA.
Pembinaan INTAN Leadership Development
Park (iLead-Park) merupakan anjakan baharu dalam
program pembangunan kepimpinan perkhidmatan
awam yang berteraskan konsep field-proven leaders
and team. Menerusi model experiential learning yang
dibangunkan oleh David Kolb, pendekatan yang
diterapkan menerusi program latihan pembangunan
di iLead-Park ialah grasping experience (watching and
doing) dan transforming experience (feeling and
thinking). Selaras dengan aspirasi menjana
transformasi melalui pembelajaran, iLead-Park yang
dibangunkan oleh INTURA melibatkan pembinaan
infrastruktur untuk aktiviti-aktiviti High and Low
Elements.
Dengan adanya iLead-Park, hasrat
menjadikan pusat pembelajaran penjawat awam
yang bertaraf antarabangsa akan tercapai.
22
MAJLIS PERASMIAN DIPLOMA KURSUS PENTADBIRAN AWAM BIL.1/2014
Majlis Perasmian Diploma Kursus Pentadbiran Awam (DPA) Bil.1/2014 telah dirasmikan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Institut
Tadbiran Awam Kampus Utara (INTURA) pada 27 Februari 2014. Majlis ini turut disertai INTAN
Kampus Wilayah Timur dan INTAN Kampus Wilayah Selatan secara atas talian (video conferencing).
Menerusi kaedah video conferencing secara dua hala ini, para peserta Kursus DPA dari kampus lain
dapat berinteraksi dan bertanyakan pandangan kepada Yang Berbahagia Tan Sri.
SESI INTERAKSI KPPA BERSAMA WARGA INTURA
Sesi Interaksi KPPA bersama Warga INTURA telah
diadakan di Dewan Anjung Rasa, INTURA pada 27
Februari 2014.
Seramai 40 orang warga INTURA hadir untuk
mendengar amant yang disampaikan oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal,. Dalam
amanatnya, Yang Berbahagia Tan Sri berpesan kepada
warga INTURA untuk menjalankan tugas dengan
penuh amanah dan berintegriti agar penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat dapat dilakukan dengan
bersungguh-sungguh, ikhlas dan terbaik.
Warga INTURA juga mengambil kesempatan
untuk beramah mesra dengan Yang Berbahagia Tan Sri
dengan mengajukan soalan dan memberi pendapat dan
cadangan penambahbaikan.
23
PROGRAM EKSPRESI RAKAN MUDA BERSAMA MASYARAKAT
Pada 28 Februari 2014 telah berlangsung
Program Ekspresi Rakan Muda Bersama
Masyarakat di Sungai Petani, Kedah.
Program ini telah dihadiri tetamu
kehormat Yang Berbahagia Tan
Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam; Yang
Berbahagia Datuk Jamil Salleh, Ketua
Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan;
dan Yang Berbahagia Dato' Dr. Sharifah
Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua
P e n g a ra h P er k h i d ma ta n A wa m
(Pembangunan) dan para tetamu yang lain.
Program ini di mulakan dengan Majlis Penyampaian Peralatan Sukan kepada Persatuan
Sukan Daerah Kuala Muda di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, Taman Semarak dan seterusnya pula
Majlis Program Khidmat Masyarakat berlangsung di Kg. Sungai Pasir dan Masjid Muhibuddin.
24
LAWATAN KPPA DI SEKITAR BANGUNAN JPA BLOK C1 & C2, KOMPLEKS C
Pada 20 Februari 2014, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah mengadakan lawatan
mengejut ke Bahagian-bahagian di JPA. Yang Berbahagia Tan Sri memulakan lawatan mengejut ini
seawal jam 8.30 pagi ke Blok C1 terlebih dahulu, sebelum ke Blok C2.
Yang Berbahagia Tan Sri mengambil kesempatan untuk memeriksa kad ketik (punch card) para
pegawai, berbual-bual dengan para petugas di kaunter serta melihat-lihat keadaan persekitaran
tempat kerja para pegawai.
Lawatan sebegini merupakan salah satu inisiatif transformasi JPA untuk meningkatkan
penyampaian perkhidmatan dan prestasi para pegawai dalam menjalankan tugas.
25
26
MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN BIASISWA NASIONAL 2014
31 MAC 2014, DEWAN BANKUET, INTAN
BUKIT KIARA
Seramai 50 orang pelajar paling cemerlang
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013, telah berjaya
dipilih bagi menerima tawaran penajaan Biasiswa
Nasional tahun 2014. Majlis ini telah
disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini.
Program ini telah mula diperkenalkan pada
tahun 2010 dan merupakan biasiswa yang paling
berprestij dan dikhaskan untuk para pelajar bagi
menyambung pengajian ke peringkat Ijazah
Pertama di universiti-universiti terkemuka di
dalam dan luar negara dalam bidang-bidang
pilihan mereka yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Pelajar-pelajar terpilih merupakan mereka
yang mendapat A+ bagi kesemua mata pelajaran
dalam peperiksaan SPM berdasarkan merit
akademik yang telah dikenal pasti oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Majlis penyerahan ini diadakan di INTAN
Bukit Kiara yang turut dihadiri oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam dan Yang
Berbahagia Dato’ Wan Khazanah Binti Ismail,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),
Kementerian Pendidikan Malaysia.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
27
JPA SELARAS GERAK KERJA MCIT
Pasukan Tindakan Krisis atau lebih dikenali sebagai
Malaysian Crisis Intervention Team (MCIT) merupakan
satu mekanisme sokongan yang diwujudkan dan
diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi,
JPA. MCIT merupakan gabungan ahli psikologi dan
kaunselor di Malaysia. MCIT menyediakan sokongan
segera psikologikal dan kaunseling kepada mereka
yang terjejas oleh trauma, selain menjadi rujukan
pihak Kerajaan dan mangsa terlibat dalam aspek
pengendalian kes trauma mengikut perspektif
psikologi dan kaunseling. MCIT juga bertindak
sebagai penyelaras kepada pemberi khidmat
psikologi dan kaunseling mangsa bencana.
Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA melalui
Jawatankuasa MCIT Negara dengan kerjasama Majlis
Keselamatan Negara, Jabatan Bomba, Pasukan Polis
dan Perubatan akan membantu kakitangan awam
serta seluruh ahli keluarga mereka dalam aspek
psikologi dan kaunseling terutama dalam
menghadapi situasi krisis.
Sewaktu Malaysia dilanda musibah kehilangan
pesawat MH370 dan tragedi MH17, Pasukan MCIT
telah membantu menyediakan khidmat kaunseling
dan psikologi kepada ahli keluarga mangsa yang
terlibat.
MAJLIS PENYERAHAN GRATUITI & PENCEN TERBITAN
Majlis Penyerahan Gratuiti & Pencen Terbitan telah
berlangsung di IPD Klang pada 10 Mac 2014. Majlis
penyerahan ini telah disampaikann oleh Yang
Berbahagia Dato' Seri Zainal Rahim Seman, Timbalan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
kepada Balu Allahyarham Koperal Raja Aizam bin Raja
Mohid. Penyerahan gratuiti dan pencen terbitan oleh
pegawai kanan JPA ini menunjukkan keprihatinan JPA
menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.
28
UCAPTAMA PERASMIAN & PENYERAHAN WATIKAH PROGRAM ENGAGEMENT
Majlis Ucaptama Perasmian & Penyerahan Watikah Program Engagement telah di sempurnakan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Dewan
Jemerlang, IKWAS. Majlis yang telah diadakan pada 18 Mac 2014 ini turut dihadiri Yang Berbahagia Dato
Seri Zainal Rahim Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Pengarah-pengarah
Bahagian.
MAJLIS INTERAKSI KPPA BERSAMA
WARGA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Majlis Interaksi KPPA Bersama Warga
Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah
berlangsung pada 21 Mac 2014 di Dewan
Serbaguna Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Majlis ini turut di hadiri
Yang Berbahagia Dato Seri Zainal Rahim
Seman, Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dan Yang
Berbahagia Datuk Farida Mohd Ali,
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan
Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan dan Pengarah-pengarah
Bahagian di Jabatan Perkhidmatan
Awam.
Sesi Interaksi ini juga telah
dipancarkan secara langsung ke setiap
bahagian Jabatan Kesihatan Negeri bagi
mendengar penerangan berkenaan
dengan Transformasi yang di sampaikan
oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Selain daripada itu majlis ini turut
diadakan sesi soal jawab antara warga
KKM dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
29
MAJLIS PERSADA GEMILANG JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2014
PUTRAJAYA, 19 Mac 2014 – Seramai 217 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2013. Pada tahun ini, penganjuran Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) dibuat bersekali dengan Majlis Anugerah Inovasi JPA. Gabungan kedua-dua
majlis ini dinamakan sebagai Majlis Persada Gemilang Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2014. Majlis ini
merupakan acara kemuncak bagi meraikan pegawai-pegawai berdasarkan mutu dan penghasilan kerja serta
sumbangan mereka yang melangkaui tugas-tugas seharian.
Selain daripada APC, penyampaian Anugerah Inovasi JPA merangkumi anugerah seperti Anugerah
Idea Inovasi, Anugerah Inovator ICT, Anugerah Inovator Bukan ICT, Anugerah Konvensyen Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK), Anugerah Sistem Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dan Anugerah Kegemilangan
JPA. Objektif majlis adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada penerima-penerima
anugerah di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2013. Majlis ini juga diharap menjadi satu
motivasi kepada warga JPA secara khususnya agar berusaha dengan lebih gigih dan dalam masa yang sama
meningkatkan kualiti mutu kerja bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan. Majlis ini juga
sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan pegawai-pegawai JPA yang telah memberikan komitmen
terhadap tugasan tugas-tugas hakiki dan sumbangan di luar tugas rasmi dalam meningkatkan mutu
penyampaian;.Ianya merupakan salah satu usaha mendorong meningkatkan modal insan yang berdaya saing,
kreatif dan inovatif. Tema majlis adalah “Tranformasi Menjulang Prestasi Perkhidmatan Awam”. Tema ini
bermaksud prestasi perkhidmatan awam memerlukan satu lonjakan paradigma yang menyeluruh bagi
membolehkan satu perubahan yang berimpak besar perlu direalisasikan dalam masa terdekat. Kejayaan
perancangan dan pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam akan memacu prestasi dan prestij
perkhidmatan awam ke tahap tertinggi. Majlis berkenaan turut mengimbau kembali kejayaan pelaksanaan
program transformasi yang telah dilaksanakan oleh JPA sejak setahun yang lalu. Dengan pengiktirafan
tersebut akan meningkatkan lagi semangat berkerja berpasukan dan mengukuhkan silaturrahim antara warga
jabatan.
30
MAJLIS PERASMIAN KADET DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (DPA)
BIL. 1 TAHUN 2014
Satu majlis perasmian Kadet Diploma Pengurusan Awam
(DPA) Bil. 1 Tahun 2014 telah diadakan pada 26 Mac 2014
bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan IMATEC, INTAN
Bukit Kiara. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua
Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali
Hamsa. Seramai 148 orang pegawai Kadet mengikuti
kursus ini yang berjalan selama tujuh bulan dan
kemudiannya mereka mengikuti Diploma Pasca-Siswazah
Pentadbiran Awam di Universiti Malaya selama lima
bulan.
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa turut ber-
kongsi mengenai inisiatif terbaharu beliau dalam usaha
merakyatkan perkhidmatan awam. Pegawai muda
disarankan untuk turun padang bagi menyelami denyut
nadi rakyat. Belia generasi kini mempunyai sikap yang
kompetitif, berfikiran jauh dan berdaya saing yang tinggi.
Semoga pegawai Kadet tamat dengan jayanya dan dapat
melakukan pembaharuan di tempat kerja apabila
berkhidmat kelak.
MAJLIS ANUGERAH INOVASI MARA 2014
Majlis ini merupakan penganugerahan dan penghargaan kepada warga MARA bagi meraikan usaha inovasi
dan kreativiti yang dilaksanakan. Sebagai contoh, MARA telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam
Malaysia Book of Records menerusi reka bentuk logo terbesar di Negara ini. Intipati mesej yang telah
disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri KPPA turut merangkumi peranan ketua jabatan dalam memberi
ruang dan kebebasan untuk anak-anak buah mencadangkan idea-idea kreatif bagi tampil dengan pendekatan
budaya dan proses kerja yang baharu dan berimpak tinggi. Tugas ini perlu penglibatan semua warga dalam
memastikan sebuah organisasi cemerlang dan berdaya saing boleh dicapai.
31
MAJLIS MERASMIKAN PUSAT PEMERIKSAAN KESIHATAN PENJAWAT AWAM
Pada 3 Mac 2014, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah merasmikan
Pusat Pemeriksaan Kesihatan Penjawat Awam di Putrajaya. Beliau berkata, dengan adanya pusat
pemeriksaan kesihatan tersebut, penjawat awam boleh menjalani pemeriksaan secara percuma tanpa
perlu bersesak-sesak bersama pelanggan lain yang ingin mendapatkan rawatan di klinik biasa. Pusat
pemeriksaan kesihatan yang beroperasi di Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) ini mampu
menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kepada 25 orang penjawat awam sehari atau kira-kira 5,000
orang setahun. Pusat pemeriksaan kesihatan itu akan diseliakan oleh kakitangan kesihatan yang terdiri
daripada lima jururawat dan doktor, selain berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan, khidmat
nasihat mengenai amalan gaya hidup sihat bagi mengekalkan tahap kesihatan juga disediakan. Turut
hadir ialah Yang Berbahagia Tan Sri Muhamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
Yang Berbahagia Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden PPj, Yang Berbahagia Datuk Farida Mohd. Ali, Ketua
Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia.
32
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH
MALAYSIA GOVERNMENT & WEBSITE ASSESSMENT
Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Government & Websites Assessment (MPGWA 213)
Tahun 2013 merupakan tahun ke lapan Portal Kerajaan Malaysia dan Penilaian Laman Web (MGPWA) yang
dijalankan sejak yang pertama pada tahun 2005. Dengan matlamat untuk mendekati rakyat, penilaian juga
bertujuan untuk membantu mempromosikan maklumat dan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh
agensi-agensi Kerajaan. MGPWA telah dibuat secara konsisten melalui dua pendekatan, iaitu penilaian
sendiri (assessment) dan amalan terbaik (best practices). Ia melibatkan kriteria yang telah dibangunkan dan
dipersetujui oleh Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang terdiri dari MAMPU, MOSTI, JPA dan EPU. Antara
aspek penilaian yang diambil kira termasuk isi kandungan, ciri-ciri keselamatan serta kepelbagaian
perkhidmatan yang ditawarkan. Anugerah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri KPPA
merupakan Anugerah Penarafan 5 Bintang, Anugerah Agensi Induk Terbaik serta Anugerah Prestasi
Cemerlang yang telah dimenangi oleh pelbagai Kementerian dan Agensi. Kerajaan kini mengambil serius
mengenai keperluan portal yang berfungsi sebagai saluran kepada pelbagai perkhidmatan atas talian yang
boleh disampaikan terus kepada rakyat. Pada tahun 2013, prestasi pencapaian portal agensi kerajaan
bertaraf 4-5 bintang telah melonjak sebanyak 68% berbanding hanya 8% pada tahun 2005. Tahniah juga
kepada JPA dan INTAN yang turut merangkul Anugerah Agensi Induk Terbaik di bawah Jabatan Perdana
Menteri sebagai agensi yang menawarkan laman portal yang interaktif dan bersifat komunikasi dua-hala
antara Kerajaan dan Rakyat.
33
34
Future thinking and strategic transformation has become the primary agenda for public sector transformation in
Malaysia. Emphasis on future thinking ability and skill were put forth as a significant competency in line with the
Government transformation plan. Research, Planning and Policy Division had recently organized a special
interaction session for the Chief Secretaries of Ministries with the distinguished Professor Sohail Inayatullah on
3rd April 2014. Professor Sohail, a political scientist is a Fellow of the World Futures Studies Federation and the
World Academy of Art and Science. He is on the International Advisory Council of the World Future Society, and
on the Professional Board of the Futures Foundation, Sydney. This was a continuous effort to mainstream
Foresight practices amongst public servants where they learn to adopt tools and techniques to understand and
shape the future of the organization and policy area.
In the sharing session, Professor advised on the importance of envisioning the future, challenging
assumptions and to look at multiple prospective and finally, evolve. He also stressed on having futurists who can
employ time, especially future time, to transform the present and help organizations and institutions move from
the default (current/expected) future to the preferred future. By having an understanding of how different futures
may come about, and how to be in the best position to confront them.
FRAMING THE FUTURE TODAY: AN EXCLUSIVE FUTURE THINKING SESSION
WITH PROFESSOR SOHAIL INAYATULLAH
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
35
Kembara Semarakkan Transformasi telah berlabuh di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 4 April 2014. Kementerian ini merupakan kementerian
ke-9 yang telah dilawati. Kunjungan ini telah diketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri KPPA dan turut
disertai oleh Ahli Pengurusan Tertinggi JPA. Program Semarakkan Transformasi Perkhidmatan Awam
merupakan salah satu inisiatif JPA bagi peluasan KTJPA ke seluruh kementerian, agensi dan negeri.
Dengan adanya program ini JPA juga berpeluang untuk melihat inisiatif transformasi yang sedang dil-
aksanakan di pelbagai Kementerian.
Dalam ucapan Yang Berbahagia Tan Sri, beliau turut menyebut tentang keperluan untuk kekal
relevan dalam mendepani pelbagai cabaran semasa. Perhubungan pelanggan merupakan elemen pent-
ing kepada penilaian penyampaian perkhidmatan maka urusan kaunter, komunikasi secara dalam/atas
talian dan juga maklumat yang disampaikan mesti cepat, telus dan tepat. Penjawat awam dinasihatkan
untuk sentiasa berfikir secara kreatif dengan memperkenalkan idea-idea baru di tempat kerja sebagai
satu langkah transformasi yang boleh dimulakan atas daya usaha sendiri dan seterusnya menjana peru-
bahan bagi sesuatu organisasi.
PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN
36
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melancarkan satu lagi inisiatif
berasaskan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) yang dikenali
sebagai 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSRS) bagi
memberikan khidmat yang lebih terangkum kepada golongan
pesara sebagai usaha menjaga kebajikan golongan yang menabur
bakti dalam perkhidmatan awam Negara secara berteru-
san. 1MCSRS merupakan satu pendekatan secara berpusat
dengan mengaplikasikan prinsip NBOS iaitu pengurangan kos
operasi, pelaksanaan yang pantas dan berimpak tinggi melalui
penyediaan segala kemudahan dan peluang kepada pesara dalam
satu portal dengan penglibatan pelbagai Kementerian/ Agensi/
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan pihak swasta.
Sehubungan itu, bagi tujuan Pra Pelancaran Portal 1MCSRS
tumpuan diberikan kepada aspek berkaitan isu kesihatan. Empat
lagi tumpuan 1MCSRS ini dijangka akan dilancarkan sepenuhnya
Julai ini.
MAJLIS PRA PELANCARAN 1MCSRS:
INISIATIF BARU HARGAI GOLONGAN PESARA
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bawah kerjasama KKM merangkumi perkhidmatan
Laluan Pantas (Rapid Lane) dan perkhidmatan saringan kesihatan disediakan di klinik-klinik terpilih.
Laluan Pantas ini yang memberikan keutamaan kepada pesara kerajaan, warga emas dan orang
kurang upaya (OKU) dengan mewujudkan satu laluan khas berdasarkan Sistem Panggilan Nombor
Giliran atau Sistem Temujanji Berperingkat bagi mengurangkan masa menunggu pesakit dan
mengelakkan kesesakan.
37
38
HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM TAHUN 2014
Buat julung kalinya, Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 diadakan di Negeri Kedah selaras
dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) yang melibatkan tiga pihak iaitu JPA, CUEPACS dan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Lima prinsip digariskan oleh YAB Perdana Menteri perlu diikuti oleh
penjawat awam untuk menambah baik lagi perkhidmatan mereka kepada rakyat. Prinsip ini diperlukan bagi
mendakap transformasi dan bergerak ke hadapan. Beliau berkata, prinsip pertama adalah semua penjawat awam
termasuk anggota pentadbiran perlu mempunyai ilmu agar mampu menjadi pemimpin di semua peringkat
dengan cemerlang. "Hal demikian kerana dunia berubah dengan pantas, jika kita ingin menjadi sebuah negara
yang mampu mengemudi perubahan dengan pantas, budaya ilmu ialah asas pertama yang perlu kita ikuti. Kita
perlu rajin membaca untuk menambah ilmu pengetahuan pada diri kita," katanya. Prinsip kedua pula kata Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri ialah kebolehpercayaan yang meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini
serta mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat. "Ini penting kalau rakyat biasa dari
kampung datang jumpa kita, layan mereka dengan baik, kalau sesuatu yang munasabah dipohon patut kita beri
kelulusan kepada mereka. Cara ini menambahkan kebolehpercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya. Seterusnya
prinsip ketiga adalah budaya amalan kerja terbaik yang merupakan cermin kepada kewibawaan penjawat awam
dan prinsip keempat ialah penjawat awam mesti mempunyai semangat patriotik dan menunjukkan rasa cinta
kepada negara. Prinsip kelima ialah budaya keberhasilan yang berteraskan hasil yang penting bagi meningkatkan
mutu dan kualiti kerja dengan bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI). Sempena majlis itu, Yang
Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah menerima Anugerah Khas CUEPACS manakala Anugerah Bahagian
CUEPACS Contoh dimenangi CUEPACS Pahang yang diterima Pengerusinya, Kamarulzaman Abdul Razak dan
Anugerah Kesatuan Cemerlang dimenangi Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU) yang diwakilinya Presidennya,
Rosni Aziz.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada tahun
ini telah diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah
Darul Aman. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri
Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Bertemakan
Penjawat Awam Tiang Seri Negara, majlis ini telah
dihadiri oleh 4,000 penjawat awam dari pelbagai agensi
kerajaan di seluruh Negara. Program ini merupakan
gabungan kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di
dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang telah
bermula sejak 2001.
39
SLOT WAWANCARA DI TV & RADIO
40
Pencapaian sepanjang 4 tahun yang lalu membuktikan Malaysia kini akan men-
capai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Ketika
pelancaran Laporan Tahunan Program Transfomasi Negara 2013 yang
berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri menyatakan GTP dan ETP sentiasa bergerak dalam satu sinergi
untuk mengubah negara di bawah lembayung transformasi. Program GTP men-
capai kejayaan sebanyak 104% daripada sasaran keseluruhan. Ketika
pembentangan laporan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memaklumkan
sasaran yang lebih tinggi telah ditetapkan bagi GTP 2.0 berbanding keberhasilan
GTP 1.0.
GTP dan ETP melibatkan lapan (8) langkah transformasi iaitu hala tuju
strategik, makmal, hari terbuka, pelan hala tuju, sasaran bagi petunjuk prestasi
utama (KPI), pelaksanaan, tatacara yang dipersetujui dan laporan tahunan;
Kesemua tujuh (7) National Key Result Area (NKRA) telah mencatat pencapaian
cemerlang. Kesemua maklumat terperinci boleh didapati secara online di laman
web utama PEMANDU. Majlis ini dimulakan dengan persembahan video ringkas
Program Transformasi Negara yang turut diselangi dengan beberapa pencapaian
individu yang menerima manfaat daripada program yang telah dilancarkan
setakat ini.
PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA 2013
Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Mei 2014 pada kali
ini telah dihoskan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam. Bertemakan “Adat Pulau
Limburan Pasang” bermaksud adat hidup ialah bantu-
membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang
berilmu membantu yang kurang cerdik, yang berkuasa
melindungi yang lemah.
Pada kali ini ianya turut dihadiri oleh pegawai
Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia
dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi
menjayakan taklimat berkenaan Goods and Services Tax
(GST) kepada warga JPA. Memetik amanat Yang Berbaha-
gia Tan Sri dalam perhimpunan tersebut, sebagai penjawat
awam, kita harus memahami secara mendalam kenapa
GST perlu dilaksanakan bagi menggantikan SST. Penjawat
awam juga perlu memberikan sokongan dan bantuan
dalam menjayakan matlamat Kerajaan. Ia merupakan
tugas dan tanggungjawab kita bersama dan peranan kita
dalam isu ini amatlah penting.
PERHIMPUNAN BULANAN JPA
BULAN MEI 2014
41
Jemputan terdiri daripada pegawai PTD dari gred
41 hingga 52, barisan Exco PPTD dan Pengurusan
Tertinggi JPA telah hadir ke sesi ini. Turut hadir dalam
sesi ini ialah Pengerusi PPTD, Yang Berbahagia Dato’ Seri
Zainal Rahim Seman, Yang Berbahagia Dato' Dr. Sharifah
Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan Exco PTD
Muda, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Shafiq Abdullah.
Pegawai muda pada hari ini perlu
bersedia untuk menggalas amanah
d a n t a n g g u n g j a w a b u n t u k
melaksanakan agenda transformasi
Negara khususnya kepada program
transformasi perkhidmatan awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal menyarankan agar
kumpulan ini benar-benar memahami
keperluan dalam mengadaptasi
perubahan corak pentadbiran
kerajaan pada hari ini.
Sesi yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk
berkongsi mengenai transformasi Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) yang sedang dilaksanakan serta impak
transformasi berkenaan kepada penjawat awam
khususnya PTD serta ianya dapat memberi peluang kepa-
da PTD Muda untuk berkongsi idea serta memberi input
kepada JPA supaya peranan PTD Muda dalam
menggerak dan memperkasakan agenda transformasi
negara tercapai. Selain itu, ia juga turut dijadikan sebagai
platform untuk memberi pandangan dan cadangan
mengenai aspirasi PTD Muda terhadap program
transformasi perkhidmatan awam
PEGAWAI MUDA PERLU GALAS AGENDA TRANSFORMASI NEGARA
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PROGRAM DPPA-UM
Selaras dengan transformasi perkhidmatan awam negara, Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN) telah menjalinkan kolaborasi strategik dengan
Universiti Malaya (UM) bagi pelaksanaan program Diploma Pascasiswazah
Pentadbiran Awam yang mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) dan ditarafkan sebagai Tahap 7 berdasarkan kerangka MQA. Bagi
memeterai jalinan kolaborasi strategik ini, satu Majlis Menandatangani
Perjanjian Perkhidmatan Pengendalian Pakej Latihan Diploma Pascasiswazah
Pentadbiran Awam (DPPA) bagi Peserta Kursus Kadet PTD antara JPA dan UM
telah diadakan di INTAN, Bukit Kiara.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN dan Yang
Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Amin, Naib Canselor, UM. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini turut
dihadiri Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta barisan
pengurusan tertinggi JPA dan UM.
42
Program Transhare Bersama Timbalan-Timbalan Pengarah di JPA diadakan pada 5
Mei yang lalu merupakan satu platform perkongsian idea mengenai program
transformasi yang sedang dilaksanakan di JPA. Ini sebagai salah satu inisiatif di
bawah Teras Strategik ke-4 KTPA iaitu Merangkum dan Sepunya, mengamalkan
budaya berteraskan keberhasilan iaitu bagi mencapai Keputusan Bersama (Informed
Decision) Dan Rasa Sepunya Berdasarkan Kepelbagaian Perspektif khususnya di
kalangan pegawai kanan jabatan ini. Program ini akan diperluaskan lagi kepada
pelbagai peringkat melalui lebih banyak sesi kerana ianya disasarkan untuk mem-
beri lebih banyak peluang kepada warga JPA berkongsi dengan stakeholders JPA
bagi menjayakan transformasi perkhidmatan awam.
Antaranya perkara-perkara yang dibangkitkan adalah penyampaian
perkhidmatan masih menjadi satu keutamaan dalam perkhidmatan awam masa
kini dalam usaha ke arah perkhidmatan awam yang berjiwa rakyat. Perkhidmatan
awam di Malaysia sudah mencapai satu tahap yang membanggakan dan beliau
yakin perkara ini boleh dilakukan dengan komitmen yang tinggi di kalangan
penjawat awam.
SESI TRANSHARE BERSAMA TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH DI JPA
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah menyempurnakan perasmian Program MyBest Buy
anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Pertanian & Industri Asas
Tani di bawah Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 10 (NBOS 10). Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri
merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan di atas inisiatif yang diambil khususnya dalam membantu para penjawat
awam mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan selaras dengan kempen Jimat Belanja
Dapur 2014. Selain itu, Yang Berbahagia Tan Sri juga memaklumkan bahawa sehingga kini sebanyak lapan kementerian
telah melaksanakan program yang sama dan sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan. Usaha seperti ini
perlu diteruskan dan dikembangkan lagi ke kementerian/jabatan/agensi kerajaan yang lain dalam usaha merancakkan
lagi program murni seumpama ini.
Selain dapat menjimatkan masa dalam mendapatkan barangan keperluan harian, program ini juga dapat mem-
bantu meningkatkan pendapatan para peniaga yang mengikuti program ini. Persaingan sihat di kalangan peniaga di
bawah kelolaanLaman Sosial Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan turut memberikan impak yang positif
terhadap jenis barangan dan harga yang ditawarkan kepada para pelanggan khususnya penjawat awam. Majlis turut
diserikan lagi dengan kesudian Yang Berhormat Dato' Sri Idris Jusoh, Menteri II, Kementerian Pendidikan
Malaysia turun padang melawat ke gerai-gerai jualan yang tersedia semasa pelancaran program sebentar tadi.
PROGRAM MYBEST BUY KKM
43
Public Service Transformation Lab was recently held in INTAN
Bukit Kiara. To date, 14 ministries had participated in this
programme. This marks the fifth lab after a series of consultation
with several participating ministries. These includes The
Ministry of Women, Family and Community, The Ministry of
Home Affairs, The Ministry of Foreign Affairs, The Ministry of
Natural Resources and Environment, The Ministry of Science,
Technology and Innovation, The Ministry of Agriculture and
Agro-based Industry, The Ministry of Transportation, The
Ministry of Works, The Ministry of Plantation Industries and
Commodities and The Ministry of Education. He also stresses
the need to always challenge yourself to get out of the comfort
zone. Only by this way will it force us to think creatively and
innovatively to get things done, and managing with limited
resources.
Previously in 2013, JPA launched Semarakkan
Transformasi in which several road shows were conducted to the
ministries to explain the framework (PSTF) to the public serv-
ants.
Still in high spirits in pursuing the agenda, this year JPA
introduced the Lab to ensure that the implementation of
the framework can be carried out accordingly.
The main objectives for this lab is to give exposure
on Public Service Transformation and putting into the
context of their core businesses. This is also necessary to
get buy-in from the rest of public servants on the current
transformation initiatives. It will also intensify
engagements through strategic collaboration across the
public service. It is hoped that by the end of the lab, these
ministries will be able to develop their strategic measures
and initiatives based on their Transformation Plans.
The four-day programme begins with a series of
talk and plenary session before the participants were
divided into smaller groups for consultation and
discussion with the assistance of INTAN facilitators.
INTENSIFYING OUR EFFORTS - PUBLIC SERVICE TRANSFORMATION LAB
PENJAWAT AWAM TERENGGANU TURUT SERTA MERENTASI GELOMBANG TRANSFORMASI
Sesi lawatan kerja pada hari ini dimulakan dengan perjumpaan bersama para penjawat awam Negeri
Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Seterusnya lawatan kerja diadakan ke Majlis Bandaraya
Kuala Terengganu dan diakhiri dengan lawatan Hotel Grand Puteri yang merupakan projek Usahasama antara
kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Terengganu di atas sebuah tanah wakaf. Program pada hari ini jelas
membuktikan pendekatan secara NBOS telah memberi faedah yang berganda dalam melaksanakan sesuatu
program seperti perjumpaan dengan penjawat awam Negeri Terengganu, yang mana penganjuran majlis tersebut
dianjurkan secara kerjasama di antara pihak CUEPACS dan SUK Negeri Terengganu. Ia sekaligus dapat mengerat-
kan ukhwah dan keharmonian yang baik di antara kedua-dua pihak. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diterus-
kan dalam semua peringkat bagi memastikan agenda transformasi Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal menyifatkan lawatan kerja beliau untuk
bertemu dengan penjawat awam di Negeri
Terengganu merupakan proses engagement yang
mampu memberi impak positif dalam
mengukuhkan hubungan dua hala antara
pentadbiran kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan terutama
bagi meningkatkan kefahaman para penjawat
awam tentang kepentingan program
Transformasi Perkhidmatan Awam yang sedang
rancak dilaksanakan pada masa kini.
44
Pada 8 Mei 2014, Negara telah dikejutkan dengan berita
tentang kehilangan pesawat MH370. Misteri
kehilangannya masih menjadi tanda tanya baik
rakyat Malaysia mahupun dunia. Apabila berlaku
tragedi, kaum keluarga merupakan golongan yang paling
terkesan. Keadaan ini menyebabkan gangguan emosi
kepada mereka yang terlibat.
JPA telah mengambil inisiatif untuk menggerak-
kan Pasukan Tindakan Krisis atau lebih dikenali sebagai
Malaysian Crisis Intervention Team (MCIT). Ia merupa-
kan satu Kelompok Sokongan yang diwujudkan dan
diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi melalui
kaedah menggabungkan ahli psikologi dan kaunselor di
Malaysia terdiri daripada sukarelawan yang mewakili
ahli psikologi dan kaunseling dari Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO), ahli psikologi atau psikologi klinikal
dan kaunselor dalam perkhidmatan awam. Seramai
19,000 sukarelawan ahli psikologi dan kaunseling
dianggarkan di Malaysia dan bersedia untuk digerakkan
pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bantuan
mereka khususnya ketika Negara menghadapi bencana.
Bagi Misi MH370 pula, setiap keluarga telah
diperuntukkan seorang kaunselor bagi membantu
memberi sokongan moral kepada ahli keluarga dan
bantuan itu masih berterusan.
JPA SELARAS GERAK KERJA MCIT,
BANTU TENANGKAN EMOSI KELUARGA PENUMPANG
45
46
SEMINAR CABARAN DAN HALA TUJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
Seramai lebih daripada 500 penjawat awam Negeri Sarawak hadir ke Seminar Cabaran
dan Hala Tuju Perkhidmatan Awam bagi Ketua-ketua Jabatan dan Badan Berkanun
Persekutuan Negeri Sarawak di Miri Resort & Spa pada 14 Jun 2014. Seminar ini
merupakan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pejabat Setiausaha
Persekutuan Sarawak dan rakan-rakan strategik; ICU, MAMPU dan INTAN.
Yang Berbahagia Tan Sri KPPA dalam amanatnya berkongsikan satu kajian
Forbes yang diadakan terhadap golongan muda di Amerika Syarikat. Gen Y lebih
berminat untuk berkhidmat dalam bidang keselamatan dan sukarelawan disebabkan
sifat mereka yang ingin menyumbang ke arah kebaikan negara dan masyarakat. Faktor
gaji dan wang menjadi faktor kedua berbanding kepuasan bekerja dan persekitaran
(ketua dan rakan sekerja) dan insentif kesihatan dan kebajikan yang menjadi faktor
utama mereka memilih untuk bekerja dan terus setia dengan sesebuah majikan. Hasil
kajian ini boleh kita jadikan panduan bagi mengubah persepsi perkhidmatan agar
menjadi kerjaya pilihan yang diminati dan didambakan oleh golongan muda.
Selain itu, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA turut berkongsi impak hasil daripada inisiatif transformasi yang telah
dijalankan di JPA dari segi penjimatan melebihi RM190 juta yang telah dicapai apabila pengejatan organisasi sektor
awam dilakukan pada tahun 2013. Transformasi ini berlaku dengan penyusunan semula organisasi dan struktur
(delayering and matrix) di mana pegawai kumpulan sokongan yang telah lama berkhidmat di sesuatu tempat
ditempatkan semula bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di samping menjadi duta transformasi di
jabatan/agensi baharu.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
47
Yang Berbahagia Tan Sri KPPA turut men-
gucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan
kerjasama pihak Kerajaan Negeri, khususnya kepada
Yang Berbahagia Tan Sri Setiausaha Kerajaan Negeri
Sarawak, Residen Miri, serta penduduk rumah panjang
ini yang secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan program JPA4U@Miri.
Para penduduk yang hadir menyatakan rasa
bangga dan berterima kasih atas kehadiran Yang
Berbahagia Tan Sri KPPA serta wakil penjawat awam
yang lain kerana ia menunjukkan keprihatinan JPA
dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatannya
dan mendekatkan penjawat awam kepada rakyat.
Mengakhiri ucapannya, Yang Berbahagia Tan
Sri KPPA mengucapkan Selamat Hari Gawai 2014,
Gayu Guru Gerai Nyamai atau Long Life, Health, and
Prosperity kepada masyarakat di Sarawak yang
menyambutnya.
Pada 15 Jun 2014, telah berlangsung Majlis
Penutupan JPA4U@Miri di Rumah Panjang
Tuai Rumah, Encik Ayai Anak Sawing pada
jam 8.00 malam. Majlis penutup ini dihadiri
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal
Rahim Seman, dan juga Yang Berhormat Pu-
an Rosey Yunus, Menteri Muda Pendidikan
Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan
Keluarga, selain wakil pegawai dari MAM-
PU, ICU dan INTAN Kampus Sarawak. Di-
anggarkan seramai 400 orang penduduk seki-
tar Rumah Panjang telah datang ke program
malam tersebut.
Kesudian seluruh warga penduduk di
Rumah Panjang Ayai menerima kehadiran
JPA dalam Program JPA4U ini adalah meru-
pakan satu penghormatan kerana buat per-
tama kalinya, JPA4U turun padang ke negeri
Sarawak dan buat julung-julung kalinya di-
adakan di Rumah Panjang Ayai.
Yang Berbahagia Tan Sri KPPA dalam ucapannya
menekankan kepentingan untuk kita saling memahami
kepelbagaian ini supaya kita boleh meneruskan nikmat
keamanan dan kebahagiaan yang kita kecapi sekarang. Di
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), salah satu teras strate-
gik transformasi yang diperkenalkan ialah keterangkuman
dan kepelbagaian. Penjawat awam haruslah meraikan
perbezaan dengan sentiasa mencari titik persamaan yang
boleh membawa keuntungan kepada rakyat dan negara.
Yang Berbahagia Tan Sri KPPA juga mengakui
sejujurnya bahawa beliau sendiri dapat merasai sendiri
sambutan dan keterbukaan masyarakat Dayak Sarawak
khususnya masyarakat Iban di rumah panjang Ayai dan
rumah-rumah panjang sekitar kawasan. Beliau percaya
suasana seperti ini adalah satu contoh yang tepat untuk
menterjemahkan konsep 1Malaysia, di mana setiap
masyarakat pelbagai agama, bahasa dan budaya dapat
bersama-sama menyambut perayaan dan terlibat dalam
pelbagai program .
PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI DI MIRI, SARAWAK
48
NEGERI SEMBILAN, 12 JUN 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Bahagian Pengurusan Psikologi
bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan satu lagi inisiatif untuk mendekati rakyat
dengan penganjuran Hari Terbuka Psikologi Perkhidmatan Awam Tahun 2014 Zon Selatan dalam usaha mendekati
pelanggan, mendengar dan melihat sendiri keperluan serta ekspektasi mereka terhadap perkhidmatan psikologi dan
kaunseling yang diberikan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal Rahim
Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) yang turut disaksikan oleh Yang Berhormat Dato
Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Program yang bertemakan Kesejahteraan Psikologi Tunjang Transformasi Perkhidmatan Awam ini merupakan
salah satu program turun padang Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama agensi
awam, swasta dan NGO dalam usaha mengeratkan perkongsian sumber dan kepakaran demi kesejahteraan dan
manfaat bersama.
Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal Rahim Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
ketika menyampaikan ucapannya turut menegaskan bahawa setiap penjawat awam perlu mempunyai persediaan dan
kemampuan beradaptasi dengan transformasi yang diperkenalkan selain perlu meningkatkan kesedaran, pengamalan
dan penghayatan dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar mencapai tahap terbaik dan terpuji melebihi kebiasaan
bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa relevan dan berdaya saing.
PROGRAM HARI TERBUKA PSIKOLOGI TAHUN 2014
Kelab JPA di bawah Biro Keagamaan telah menganjurkan program Kem Solat JPA4U Bersama Imam Muda Asyraf
pada 11 Jun 2014. Program tersebut telah dilaksanakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang melihatkan
penyertaan seramai 42 orang anak-anak warga JPA yang berumur antara 7 hingga 12 tahun. Dalam program ini,
Imam Muda Asyraf menggunakan kaedah yang ringkas dan mudah difahami untuk membimbing dan melatih
kanak-kanak agar mereka mudah untuk diajak mengerjakan solat, mengetahui cara untuk melakukan solat dengan
kaedah yang betul di samping memupuk minat mereka untuk mencintai ibadat. Ibu bapa yang terdiri daripada
warga JPA amat menyambut baik penganjuran program-program seperti ini dan berharap agar ia lebih kerap
diadakan.
KEM SOLAT JPA4U BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF
49
Pada 16 Jun 2014 telah berlangsung Lab Transformasi Perkhidmatan Awam (LTPA) Siri ke 7. Lab kali ini disertai
oleh lebih kurang 200 orang pegawai dari KPDNKK, KSM, KBS dan KWP. Lab ini merupakan siri yang terakhir
dianjurkan oleh INTAN Kampus Bukit Kiara yang melibatkan penyertaan semua kementerian.
Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal memaklumkan bahawa JPA telah
mengadakan beberapa program bagi menyebarluaskan agenda LTPA melalui Lab, Lawatan Semarakkan
Transformasi di samping Turun Padang. Namun begitu beliau berpendapat bahawa masih terdapat banyak lagi
program dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dari segi penyampaian perkhidmatan. Di sinilah peranan
kementerian-kementerian yang telah mengambil bahagian dalam Lab dan Lawatan Semarakkan Transformasi
untuk membantu dan melipatgandakan usaha dari segi penyebaran maklumat dan memastikan semua warga
memahami agenda LTPA ini.
Yang Berbahagia Tan Sri KPPA mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kementerian yang
memberikan sokongan dan komitmen terhadap agenda LTPA. JPA dan INTAN bersedia membantu dan mem-
berikan khidmat nasihat dan sokongan kepada urus setia dari segi memudahkan perjalanan dan proses
transformasi di jabatan dan agensi.
LAB TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (LTPA) SIRI KE 7
Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Jun telah diadakan
pada 18 Jun 2014 di Auditorium JPA, Aras 4 Blok C1. Pada
kali ini, ia dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan
Organisasi (BPO) dengan tema Transformasi 1Realiti.
Dalam amanat beliau, Yang Berbahagia Tan Sri
KPPA menggesa warga JPA agar terus bergerak ke
hadapan dan berubah bagi memastikan kita terus relevan
untuk mendepani cabaran tadbir urus negara serta
memenuhi ekspektasi dan keperluan rakyat yang kian
rumit dan pelbagai. Dalam ucapan beliau, beliau sekali
lagi mengingatkan keberadaan penjawat awam di mana-
mana yang mewakili negara, boleh menyinar dengan
bakat yang menyerlah, seumpama berlian yang digilap.
Sepanjang hampir setahun perjalanan
transformasi, JPA juga telah berjaya melaksanakan Quick
Wins yang ditetapkan dan semua ini merupakan hasil
sumbangan warga JPA yang turut sama bersusah-payah
menggubal dan bersama-sama melaksanakan inisiatif
transformasi secara berkesan.
Transformasi ini perlu untuk kita relevan dengan
peredaran zaman. Dalam konteks tema pada hari ni, Yang
Berbahagia Tan Sri mengambil contoh metamorfosis kupu
-kupu. Ketika kupu-kupu itu menjadi kepompong dan
mahu membebaskan dirinya daripada sarang, proses itu
amat sukar malah menyakitkan. Tetapi apabila kupu-kupu
itu sudah bersedia untuk terbang bebas, ia telah benar-
benar berjaya.
PERHIMPUNAN BULANAN JPA BAGI BULAN JUN 2014
50
19 June 2014 - INTAN have organised an Advanced Leadership
and Management Programme (ALMP) Series 44, No. 2/2014 which
involves 37 participants from 15 Ministries and agencies. This
course starts from 1 June 2014 until 27 June 2014. The ALMP
programme aspires to prepare leaders who are able to meet the
ever-increasing standards of the public and stakeholder
expectations. This is to complement the human capital and
leadership development initiatives of the public service. These
expectations can only be met with leaders who possess traits and
qualities such as flexibility and responsiveness based on the
judicious use of their experiences as well as having the vision and
knowledge to deliver the very best for their respective organisations
and to the public service in general. Senior executives who assume
the highest leadership portfolios in ministries and agencies must be
able to demonstrate various leadership capabilities such as being
strategic thinkers and catalysts for change in addition to being
excellent developers and administrators.
ALMP is a mandatory course for senior officials of various
schemes in the civil service who are to be confirmed to the Jawatan
Utama Sektor Awam (JUSA) and its equivalent. During The
Interaction Session with Chief Secretary to the Government last
night, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa stresses on
exhibiting high standards of integrity and accountability within the
context of a citizen-centric public sector. He also adds the
partnership between the public and private sector, plus the NGOs is
among the main principles in the 'Merakyatkan Perkhidmatan
Awam' which was introduced earlier this year. Through National
Blue Ocean Strategy (NBOS), public sector must also work
together with private sectors and the civil society towards
strengthening the public service delivery.
He also emphasizes the importance of active engagement
between the stakeholders and citizens. Civil servants should reach
out and engage the citizens in a co-production effort to understand
the needs and interests of the public.
ADVANCED LEADERSHIP MANAGEMENT PROGRAMME (ALMP)
SERIES 44 2/2014
51
YBhg. Tan Sri KPPA telah berpeluang
mengikuti program Leadership At The
Peak anjuran Razak School of
Government (RSOG) yang telah diada-
kan pada 2 - 6 Jun 2014 di London,
United Kingdom. Program ini diadakan
dengan kerjasama Judge Business
School, University of Cambridge, United
Kingdom untuk membangunkan barisan
kepimpinan tertinggi Perkhidmatan
Awam. Program ini mempunyai
beberapa pengisian sesi ceramah,
pembentangan, perbincangan kajian kes
dan lawatan ke syarikat korporat di
Britain.
“LEADERSHIP AT THE PEAK”: RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT (RSOG)
Yang Berbahagia Tan Sri KPPA turut berkongsi pengalaman beliau melawat kilang Jaguar yang
mana menurut beliau, warga kerja dan kumpulan pengurusan terdiri daripada golongan muda. Ini
merupakan satu contoh baharu yang boleh dipraktikkan untuk mendapat idea kreatif dan inovatif
secara berterusan daripada generasi muda masa kini di mana golongan ini terlibat secara aktif dalam
proses membuat keputusan. Selain itu, objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memahami
pelaksanaan dan pemikiran dari aspek korporat dan perspektif global; memahami bagaimana untuk
menambah nilai kepada industri, dunia korporat dan masyarakat yang lebih luas apabila telah bersara
kelak dan meninggalkan kesan yang bermakna dalam Perkhidmatan Awam.
Program ini memberi pendedahan terhadap amalan kepimpinan semasa untuk dunia yang sentiasa
berubah. Sebagai pemimpin, peranan mereka sangat penting mengukuhkan pengaruh luar dengan pihak
berkepentingan dengan agensi bukan Kerajaan selain mewujudkan satu perspektif yang sama untuk
setiap peserta yang hadir. Semoga lebih ramai penjawat awam mendapat peluang untuk mengikuti
kursus seumpama ini pada masa akan datang.
27 Jun 2014 - PUSPANITA JPA telah
m e n g a d a k a n M e s y u r a t
J a w a t a n k u a s a P U S P A N I T A
Cawangan Kecil JPA, jam 9.00 pagi
bertempat di Bilik Mesyuarat
Eksekutif, Aras 13, Blok C1.
Mesyuarat ini dihadiri seramai 15
o r a n g a h l i j a w a t a n k u a s a
PUSPANITA Cawangan Kecil JPA.
Mesyuarat ini juga turut diserikan
dengan Pelancaran Sudut Comel di
Perpustakaan JPA.
MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL JPA
Sudut Comel ini merupakan inisiatif Yang Berbahagia
Puan Sri Asmahan Ismail, selaku Pengerusi Jawatankuasa
PUSPANITA Cawangan Kecil JPA untuk menyediakan
ruangan membaca khas untuk anak-anak Warga JPA bagi
menggalakkan minat membaca di kalangan mereka.
52
“KICK OFF” SHOWCASE TRANSFORMASI JPA
25 Jun 2014 – Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam bersama-sama
dengan Ahli Pengurusan Tertinggi JPA
telah merasmikan program ‘Kick Off
Transformation Showcase’ di Lobi JPA,
Kompleks C1. Program ini bertujuan
untuk memberi hebahan dan penerangan
yang lebih meluas terutama kepada
seluruh warga JPA tentang program
transformasi yang telah dilaksanakan
oleh Jabatan. Kesemua pencapaian Teras
Strategik berdasarkan Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam yang
diterajui oleh Bahagian-Bahagian di JPA
telah dipamerkan dalam program ini.
Yang Berbahagia Tan Sri KPPA turut menyatakan bahawa segala yang telah dicapai dalam program
transformasi ini telah dikongsikan bersama-sama dengan agensi-agensi lain dalam memastikan proses
keterangkuman dan sepunya mengenai program Transformasi Perkhidmatan Awam dapat dicapai secara kolektif
dan jayanya. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya merealisasikan program ini.
Program yang diadakan selama satu hari
ini telah berjaya memberi pendedahan yang
lebih efektif dan berinformatif kepada
kakitangan JPA melalui konsep santai, di mana
mereka boleh bertanya secara langsung kepada
para petugas pameran tentang pencapaian dan
perancangan akan datang tentang program
transformasi JPA. Selain dari pameran terdapat
juga aktiviti lain turut diadakan bagi
memeriahkan program ‘Kick Off Transformation
Showcase” bersempena dengan kehangatan
musim World Cup 2014. Perasmian program ini
turut boleh dilayari secara ‘Live Video
Streaming’: vc.jpa.gov.my
Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Mei 2014 pada kali ini telah dihoskan oleh
Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam. Bertemakan “Adat
Pulau Limburan Pasang” bermaksud adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya
membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang kurang cerdik, yang
berkuasa melindungi yang lemah.
Pada kali ini ianya turut dihadiri oleh pegawai Kementerian Kewangan,
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi
menjayakan taklimat berkenaan Goods and Services Tax (GST) kepada warga JPA.
Memetik amanat Yang Berbahagia Tan Sri dalam perhimpunan tersebut,
sebagai penjawat awam, kita harus memahami secara mendalam kenapa GST perlu
dilaksanakan bagi menggantikan SST. Penjawat awam juga perlu memberikan
sokongan dan bantuan dalam menjayakan matlamat Kerajaan. Ia merupakan tugas
dan tanggungjawab kita bersama dan peranan kita dalam isu ini amatlah penting.
BENGKEL PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN JPA
53
Pada 24 Jun 2014 telah berlangsung Majlis Perjumpaan KSN dengan pegawai perkhidmatan awam Gred Utama
C/Gred Khas C dan Gred 54/Gred Setaraf di Dewan Plenari, PICC, pada jam 2.30 petang. Majlis ini telah dihadiri
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Yang Berbahagia
Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah dan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha
Negara telah memberikan ucapan dengan menekankan aspek-aspek yang berkaitan kegiatan utama seorang
pegawai dalam perkhidmatan awam. Fokus utama dalam perjumpaan ini adalah melibatkan pemberitahuan kajian
semula ke atas elaun, kemudahan, kelayakan pegawai kanan kerajaan susulan langkah penjimatan perbelanjaan
awam. Terdapat 11 langkah penjimatan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam. Langkah-langkah ini
merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun 2014.
Akibat daripada pertumbuhan ekonomi Negara yang memberangsangkan, kerajaan telah meneliti semula
pelaksanaan langkah penjimatan melalui PP 2/2014 tersebut serta langkah-langkah penjimatan lain yang berkuat
kuasa dan memutuskan beberapa perkara iaitu berkaitan elaun keraian/ imbuhan tetap keraian, kemudahan
bayaran tol, dan kelayakan tiket penerbangan.
Selain itu, ekoran daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2013 Siri 2 yang telah dibentangkan
di Parlimen pada 16 Jun 2014. Terdapat beberapa penurunan dari segi teguran bersifat punitif (salah laku), dan
dalam perjumpaan ini KSN menekankan agar lebih diberi perhatian terhadap pematuhan peraturan-peraturan
kewangan yang berkuatkuasa agar dapat mengurangkan teguran daripada LKAN. Hal ini dapat menunjukkan
kepada rakyat bahawa Kerajaan sentiasa berusaha untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan perolehan
selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, di samping memberi gambaran kepada rakyat
bahawa Kerajaan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan keterbukaan. Taklimat berkaitan
pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan telah dijelaskan dengan lebih teliti. Di mana, Yang Berbahagia Tan Sri
Dr. Ali bin Hamsa dalam ucapannya menyatakan hasrat agar pegawai kanan perkhidmatan awam dapat menjadi
“Duta GST” untuk menerangkan konsep serta kebaikan GST ini kepada pegawai/kakitangan di agensi masing-
masing, di samping dapat membantu mematahkan tohmahan atau polemik pihak-pihak tertentu berhubung
perkara ini.
Yang Berbahagia Tan Sri KSN juga mengingatkan bahawa selaku pegawai kanan Kerajaan, wajib kepada
semua memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk mendukung serta menjayakan Dasar Transformasi
Negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Hanya ada beberapa tahun sahaja lagi untuk merealisasikan hasrat tersebut.
PERJUMPAAN KSN - GRED UTAMA / GRED KHAS C & 54
54
26 Jun 2014 : Hari ini Yang Berbahagia Tan
Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
telah hadir dan merasmikan Persidangan
Perwakilan Dwi Tahunan MBK Am di
Hotel KL International.
Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Tan
Sri KPPA mengingatkan kepada semua
penjawat awam khususnya para
perwakilan untuk terus melaksanakan
amanah dan tanggungjawab yang
diberikan dengan penuh dedikasi dalam
usaha menjayakan Agenda Transformasi
Negara seterusnya menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan
berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020.
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN MBK
BAGI PEKERJA AM & PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Selain itu, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA turut meminta penjawat awam
membudayakan tiga prinsip tambahan yang dinyatakan oleh YAB
Perdana Menteri semasa ucapannya di Perhimpunan Hari Pekerja 2014
yang telah diadakan pada 21 Jun yang lalu. Tiga prinsip tambahan
tersebut iaitu budaya kreativiti dan inovasi, nilai tambah dan
kompetensi serta permuafakatan kerja yang tidak secara silo atau lohong
merupakan tambahan kepada lima prinsip yang telah digariskan oleh
YAB Perdana Menteri semasa ucapannya sewaktu Sambutan Hari
Pekerja Penjawat Awam 2014 di Jitra.
Pemimpin-pemimpin MBK merupakan “duta” yang akan
menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada pihak pekerja sehingga ke
akar umbi serta berharap Pihak Pekerja akan dapat terus memberi
sokongan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam supaya dapat mencetus-
kan suasana kerja yang harmoni serta berkekalan.
Dalam program tersebut, Yang Berusaha Puan Lok Yim Pheng
yang merupakan Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am semasa dalam
ucapannya turut menyatakan beberapa permintaan daripada kesatuan
dan perwakilan yang hadir untuk dipertimbang dan dijayakan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam. Permintaan yang dinyatakan telah
mendapat respon yang positif daripada Yang Berbahagia Tan Sri KPPA
dan akan diteliti melalui beberapa pertemuan serta perbincangan bagi
mendapatkan hasil yang terbaik untuk kebajikan pekerja, majikan
seterusnya negara. Yang Berbahagia Tan Sri dalam ucapannya juga
menyentuh berkaitan Transformasi Perkhidmatan Awam yang sedang
dilaksanakan di seluruh negara. Impak kepada program transformasi ini
telah mula dapat dilihat kesan positifnya dan akan diperkemas serta
ditambah baik selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai Wawasan
2020 seperti yang dicita-citakan.
55
56
MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA JPA BERSAMA KPPA
Pada 10 Julai 2014 telah berlangsung Majlis Berbuka
Puasa Warga JPA bersama-sama KPPA. Majlis ini
telah diadakan di Kafe JPA, Blok C1 dan dihadiri
lebih daripada 400 orang warga. Majlis ini diadakan
bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara Ahli
Pengurusan Tertinggi JPA dengan warga di samping
mendengar pendapat dan perkongsian idea.
Yang Berbahagia Tan Sri mengambil
kesempatan menyampaikan amanat ringkas kepada
warga mengenai kepentingan beristiqamah dalam
menjalankan tanggungjawab sewaktu bekerja di
samping menggalakkan warga agar menjalani ibadat
dengan bersungguh-sungguh dan berintegriti.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
57
Sempena Ramadhan yang mulia ini, Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) buat julung kalinya
menganjurkan Majlis Interaksi Ramadhan Al-Karim KPPA bersama Kesatuan Sekerja di Hotel Marriott Putrajaya. Majlis
ini telah berjaya menghimpunkan seramai 190 orang tetamu yang mewakili pelbagai persatuan dan kesatuan pekerja di
Malaysia.
Dalam ucapan ringkasnya, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA mengingatkan semua untuk terus bekerjasama dalam
memastikan perkhidmatan awam di negara kita ini dipandang tinggi dan dijadikan contoh teladan kepada negara-
negara lain. Kesepaduan dan hubungan baik yang terjalin selama ini perlu dipereratkan lagi melalui perjumpaan seperti
ini yang tidak hanya terbatas kepada bulan Ramadhan sahaja.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra seperti ini juga merupakan antara pendekatan ter-
baik dalam memastikan agenda transformasi perkhidmatan awam dapat disampaikan secara terus selaras dengan teras
strategik keempat transformasi perkhidmatan awam iaitu merangkum dan sepunya.
MAJLIS INTERAKSI RAMADHAN AL-KARIM KPPA BERSAMA KESATUAN SEKERJA
58
Pada 13 Julai 2014, Pasukan Pengurusan Perubahan, Bahagian Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Kelab JPA telah
mengadakan Forum Transformasi Jiwa di Auditorium JPA, Aras 4 Blok C1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
Putrajaya. Forum ini merupakan salah satu program yang telah dirancang oleh JPA bagi sepanjang bulan Ramadhan ini.
Dua tetamu jemputan telah dijemput khas ke dalam sesi Forum ini iaitu Imam Muda Hassan dan Puan Heliza Helmi.
Dalam forum ini, Imam Muda Hassan berkongsi keistimewaan bulan Ramadhan, bulan yang amat istimewa ini, umat
Islam di negara ini perlu melaksanakan transformasi minda dan jiwa agar ianya bukanlah hanya bulan yang sekadar
rutinan semata-mata. Menurut Imam Muda Hassan lagi, Ramadan inilah peluang untuk kita meningkatkan dan
mengubah kehidupan kita selepas ini dengan menjadi hambaNya yang lebih hebat takwanya berbanding sebelumnya.
Kehadiran Ramadan al-Mubarak ini merupakan satu rahmat besar yang telah disediakan oleh Allah S.W.T sebagai satu
medan untuk kita semua membina kualiti keimanan dan ketakwaan. Ramadan akan kita hiasi siang dan malamnya
dengan segala rupa bentuk ibadah dan amalan soleh seperti berpuasa, bertarawih, bertadarus dan mentilawahkan
al-Quran, berzikir dan bermunajat. Akhirnya hikmah segala ibadah ini ialah untuk membangunkan segala sifat dan
kualiti terpuji di dalam diri.
Puan Heliza Helmi pula dalam sesinya menganjurkan umat Islam mengukuhkan tali persaudaraan dan
perpaduan. Ia membentuk konsep Penerimaan sepenuhnya di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Beliau
berkata malah bulan Ramadan juga menggalakkan umat untuk saling bersedekah dan berkongsi juadah di samping
menzahirkan keprihatinan kepada jiran dan handai taulan tanpa mengira batas kaum dan agama. Inilah masanya kita
sama-sama berdiri di dalam satu saf untuk solat berjemaah dan bertarawih. Umat Islam juga diingatkan untuk tidak
melakukan pembaziran dan berbelanjalah secara berhemah pada bulan ini, sesuai dengan semangat yang dianjurkan
oleh Ramadan. Imam Muda Hassan mengakhiri Forum khas ini dengan mengajar warga JPA bersama-sama
mengimarahkan Ramadan ini dengan segala amal kebajikan dan ibadah.
FORUM TRANSFORMASI MINDA
Sempena Ramadhan yang mulia ini, Puspanita JPA turut menganjurkan program Tadarus Al Quran bermula 1 hingga 17
Julai 2014. Program ini melibatkan penyertaan wakil-wakil bahaguan di JPA. Penyertaan bagi program ini sangat mem-
berangsangkan dan turut disusuli dengan Program Khatam Quran yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia
Puan Sri Asmahan Ismail dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Datin Seri Nik Hasmah Nik Kadir selaku Timbalan
Pengerusi Puspanita JPA.
TADARUS AL-QURAN JPA ANJURAN PUSPANITA JPA
59
Pada 9 Julai 2014, telah berlangsung sesi bual biacara di Radio Nasional FM
berkenaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sempena Sesi Pengajian
2014/2015 di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Sesi ini telah
diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Dr. Rosslina Bt Ahmad Mokhtar,
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini dibuka pemohonannya pada
setiap tahun dan sehingga kini Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan
Awam telah menaja seramai 47 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana dan 48 pelajar di peringkat Ijazah Doktor Falsafah.
Terdapat 12 tempat yang ditawarkan khususnya dalam bidang pengajian
Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
Kelebihan biasiswa ini adalah daripada segi kadar biasiswa yang ditawar-
kan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang
terkemuka.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon Biasiswa Yang
di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik
yang dimiliki. Di samping itu, terdapat dua kriteria lagi yang turut diambil
kira iaitu: penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti
kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan prestasi pelajar
semasa temuduga. Harapan besar diletakkan kepada semua penerima
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini agar menabur bakti dan berkongsi
ilmu yang diperoleh dalam usaha membangunkan negara selaras dengan
wawasan kerajaan iaitu mencapai Negara Maju pada tahun 2020.
BUAL BICARA DI RADIO NASIONAL FM :
BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2014/2015
Pada 7—9 Julai 2014, telah berlangsung Audit Pensijilan Semula
MS ISO 9001-2008 oleh SIRIM QAS International di JPA. Audit ini
telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal
Rahim Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi).
Setelah tiga hari audit dijalankan, JPA telah berjaya
mendapat pengesyoran agar diteruskan Pensijilan MS ISO
9001-2008 untuk tiga tahun lagi. Pihak SIRIM juga mendapati ba-
hawa tiada sebarang ketidakakuran yang ditemui.
Tahniah & Syabas kepada warga JPA yang membantu
dan menyokong kejayaan Pensijilan MS ISO 9001-2008!
MESYUARAT AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001-2008
60
RAMAH TAMAH TRANSFORMASI SIRI 2
21 Julai 2014 (Isnin) - Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekali lagi
telah menganjurkan Program Transformation Showcase: Ramah Tamah Transformasi bertempat di ruang lobi
Kompleks C2, JPA. Program siri kedua ini diadakan rentetan daripada kejayaan Program Transformation Showcase:
Kick Off yang berlangsung pada 25 Jun 2014 yang lalu.
Tema yang dipilih pada kali ini adalah kemesraan suasana Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan itu, pengisian
program ini telah menggunapakai istilah-istilah lazim semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti Gema
(Pembentangan Teras Strategik oleh Wakil Teras); Juadah (Pameran mengenai pencapaian Inisiatif Transformasi
JPA); Bonanza (Permainan Interaktif melibatkan Pengurusan Perubahan); dan Blockbuster (Paparan video
berkaitan program di bawah Inisiatif Transformasi JPA). Program yang bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 4.30
petang ini juga turut dimeriahkan dengan majlis pelancaran Kaunter JPA4U yang merupakan salah satu inisiatif
transformasi JPA di bawah Teras 3 iaitu ‘Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan Awam’. Program ini juga
menyaksikan segmen Juadah iaitu pameran mengenai pencapaian Inisiatif Transformasi JPA yang berlangsung
selama tiga hari berturut-turut sehingga ke hari Rabu, 23 Julai 2014, dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Menariknya, pameran ini dijalankan serentak di ruang lobi Kompleks C1 dan C2. Program berjalan dalam
suasana mesra dan harmoni ini dan melibatkan semua bahagian di JPA termasuk INTAN serta para pelanggan
JPA yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter JPA4U. YBhg. Tan Sri bersama-sama dengan
pengurusan tertinggi JPA meluangkan masa untuk melawat pameran dan mendengar persembahan oleh wakil-
wakil setiap Teras Strategik serta berinteraksi dengan para pelanggan di kaunter-kaunter JPA4U yang sedang
beroperasi. Penganjuran program kali ini diharap dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga JPA
supaya bersama-sama berganding bahu memperkasakan Agenda Transformasi Negara dalam usaha menjadi
sebuah negara maju yang disegani di persada antarabangsa serta menjadikan perkhidmatan awam yang diyakini
oleh seluruh rakyat.
Muhammad Salleh Misdi (Pesara)
Saya mendapat perkhidmatan yang baik dan mesra pelanggan. Saya
amat terharu dengan perkhidmatan yang diberikan pada hari ini.
Klithen dari Kajang
Saya datang ke JPA atas urusan pencen bapa saya. Layanan sini terbaik dan cepat. Saya amat
berpuas hati.
Faiz Farhan dari KL
Saya datang ke JPA untuk bertanyakan berkaitan
scholarship JPA. Saya rasa lobi selesa bagi pengunjung yang datang dan servis pelanggan
pantas dan terbaik.
Azirah Mustafa dari INTAN
Program berjalan dengan lancar dan mengikut tema yang telah
ditetapkan. Warga JPA yang hadir mengetahui pelan transformasi
yang sedang berlaku
61
Pada 24 Julai 2014, telah diadakan
M a j l i s B er b uka P ua sa se r ta
Penyerahan Surat Pemangkuan Oleh
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali
Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
kepada Pegawai Hal Ehwal Islam di
Dewan Masjid Putra, Putrajaya.
Seramai 190 orang pegawai
JAKIM yang telah menerima Surat
P e m a n g k u a n d a r i p a d a Y a n g
Berbahagia Tan Sri KSN. Selesai Majlis
Penyerahan, Yang Berbahagia Tan Sri
KSN dan Yang Berbahagia Tan Sri
KPPA mengambil peluang berbuka
puasa bersama-sama warga JAKIM
bagi mengeratkan lagi silaturrahim
antara penjawat awam.
Majlis seperti ini merupakan
salah satu in is iat i f program
‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’
yang sering diuar-uarkan oleh Yang
Berbahagia Tan Sri KSN.
MAJLIS BERBUKA PUASA &
PENYAMPAIAN SURAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI JAKIM
Pada 20 Julai 2014, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan
Perkhidmatan Awam telah menganjurkan Forum Integriti 2014. Forum
ini telah diadakan di INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM),
Kemaman, Terengganu dan dihadiri lebih daripada 500 orang penjawat
awam daripada pelbagai agensi dan jabatan di sekitar negeri Pahang &
Terengganu serta peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA).
FORUM INTEGRITI DI INTAN KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)
Forum ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan bin
Yusoff, Pengarah INTAN mewakili Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Dalam sesi forum
ini, penceramah telah menekankan aspek-aspek integriti, jujur, amanah
dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas di samping men-
erangkan kesan dan akibat hasil daripada sikap penjawat awam yang
tidak berintegriti kepada Negara dan masyarakat.
62
Tanggal 17 Julai 2014, dunia digemparkan dengan insiden
pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) terhempas di
Ukraine. Pesawat MH17 ini berlepas dari Amsterdam pada
12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala
Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat (18 Julai 2014) dengan
membawa seramai 283 orang penumpang dan 15 orang anak
kapal.
Malaysian Crisis Intervention Team (MCIT) telah
bertindak menyalurkan bantuan psikologi kepada semua
keluarga mangsa yang terlibat. MCIT diketuai oleh Yang
Berusaha Dr. Abdul Halim bin Mohd Hussin, Pengerusi MCIT
yang juga Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA. Di
bawah payung MCIT seramai 30 orang Pegawai Psikologi
Malaysian Crisis Intervention Team (MCIT) di bawah JPA,
iaitu 20 orang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 10 orang
Pegawai Psikologi dari pelbagai Kementerian dan Jabatan
memberikan perkhidmatan mereka di Hotel Marriot, Putrajaya
untuk membantu ahli keluarga.
Tujuan bantuan psikologi kepada keluarga mangsa
adalah seperti berikut :-
Mendekati ahli keluarga penumpang serta menyelami
emosi setiap ahli keluarga dengan mendengar luahan
perasaan dari pihak keluarga
Mententeramkan ahli keluarga penumpang yang men-
galami tekanan emosi dan untuk menerima apa jua
kemungkinan yang akan berlaku
Memberi sokongan dan kekuatan kepada ahli keluarga
dari aspek emosi dan juga psikospritual.
Selain mengurus dan memberi perkhidmatan psikologi
kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat, MCIT juga
berperanan sebagai penyelaras lawatan ihsan dari pemimpin
negara dan ketua-ketua jabatan. Antara pemimpin negara
yang terlibat dalam lawatan adalah DYMM Yang Dipertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin
Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menteri-menteri
kanan dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan.
Sehingga kini, MCIT masih beroperasi menyediakan
perkhidmatan intervensi krisis kepada keluarga mangsa yang
terlibat. Selain menyediakan perkhidmatan kaunseling di
Hotel Marriot Putrajaya, anggota MCIT turut membuat
lawatan ke rumah keluarga mangsa di mana setiap keluarga
mangsa telah dipadankan dengan seorang anggota MCIT.
BANTUAN INTERVENSI KRISIS KEPADA KELUARGA PENUMPANG DAN KREW MH17
63
Dari Kedah ke Putrajaya,
Beratus sungai hamba lalui;
Terima kasih tuan pengacara,
Semoga majlis penuh berseri.
Ramadan adalah bulan nan bersih,
Mencurah nikmat berkat segala;
Kedua-dua TKPPA yang hamba kasih,
Sekalung budi atas jasa.
Sebelum hamba meneruskan madah,
Izinkan hati menyampai hajat;
Kepada Encik Surendran Tuan Pengarah,
Semoga majlis tuan mendapat berkat.
Dari Kelantan ke tanah Jawa,
Mencari sagu buat bekalan;
Terima kasih tuan pembicara,
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi yang kita raikan.
Bulan Syawal kurang tiga pekan,
Akan berkumandanglah gema takbir;
Warga JPA yang saya muliakan,
Sungguh sentiasa meniti di bibir.
Kita mempasak panji transformasi
di tanah pertiwi tempat berdiri
gagah perkasa penuh berani
kuasai minda kehendak diri.
Kita diselubung rasa duka
dahulu tanah air kita ditawan
orang kita menjadi hamba
orang putih menjadi tuan.
Dahulu kita pernah tersungkur
kerana dianggap tidak bersyukur
kita disuap seperti tekukur
dibidas ke tanah jatuh menggelupur.
Kita pernah diulit lena
kerana merasa terlalu selesa
bangunlah sekalian pembela nusa
membela rakyat, agama dan bangsa.
Dahulu kita adalah kotak
disusun tinggi bertingkat-tingkat
kotak di atas paling hebat
kotak di bawah menjadi berat.
Cukuplah sudah menjadi kotak
kini masa menjadi kertas
kalau dulu kita lambat-lambat
kini kita pantas-pantas.
Kemudian kita bangkit,
biar susah sedikit demi sedikit
bina upaya segenap detik
jati diri teguh berbukit.
Kita memaku papan bahtera
sambil menyeka peluh di muka
kita ingat kepayahan lama
menjadi azimat ke puncak jaya.
Dahulu kita pernah tersungkur
kerana dianggap tidak bersyukur
kita disuap seperti tekukur
dibidas ke tanah jatuh menggelupur.
TEKS PUISI “PANJI TRANSFORMASI”
TAN SRI MOHAMAD ZABIDI BIN ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
SEMPENA
PERHIMPUNAN BULANAN JPA JULAI TAHUN 2014
21 JULAI 2014 (ISNIN), 9.30 PAGI
64
Mari kita merenung sejenak
melihat bumi yang berkat
tugas dan tanggungjawab di pundak
laksanakanlah dengan penuh hikmat.
Ambang Syawal penuh barakah
gandakan amal, tingkatkan sedekah
bina bakat, kukuhkan ukhuwah
khidmat kepada rakyat budi diserah.
Ke angkasa kita membuana
menjunjung transformasi ke batu jemala
zaman bahari sudah sirna
merakyat khidmat malar sentiasa.
Santun beradab beralas afiat
tanda adiwira putra perkasa
JPA memegang mandat
manira memahat jasa.
Malaysia negaraku bangsanya maju
ekonomi makmur terus berpadu.
Kita pernah diulit lena
kerana merasa terlalu selesa
bangunlah sekalian pembela nusa
membela rakyat, agama dan bangsa.
Dahulu kita adalah kotak
disusun tinggi bertingkat-tingkat
kotak di atas paling hebat
kotak di bawah menjadi berat.
Cukuplah sudah menjadi kotak
kini masa menjadi kertas
kalau dulu kita lambat-lambat
kini kita pantas-pantas.
Kemudian kita bangkit,
biar susah sedikit demi sedikit
bina upaya segenap detik
jati diri teguh berbukit.
Mengail ikan di atas dermaga
jangan dikail ikan kecil
kita bekerja mestilah setia
amalkan integriti tingkatkan hasil.
Hari ini kita menyanyi satu nada
satu simfoni himpunan irama
bangunkan bakat bina negara
tunjukkan dunia kitalah juara.
Ramadan hadir di sebalik Syaaban
kedua-dua bulan di lindung tuhan
raikan Ramadan, ganjaran berterusan
semarakkan amalan, teruskan perjuangan.
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
21 Julai 2014
65
66
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & KIBAR JALUR GEMILANG KOMPLEKS C
Putrajaya – Penjawat Awam harus mendokong semangat patriotisme yang tinggi dan tidak berbelah bahagi dalam
memastikan nilai-nilai kecintaan kepada negara dapat dizahirkan melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan
agenda transformasi negara dapat dicapai serta dilaksanakan dengan jayanya.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
sambungan..
67
Yang Berbahagia Tan Sri Mohammad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam ucapannya turut
menasihatkan agar penjawat awam memahami erti perjuangan kemerdekaan yang sebenarnya supaya kita dapat
berbakti kepada Negara dan masyarakat dengan penuh berdedikasi.
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2014 yang bertemakan “Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah
Cinta”, kejayaan Negara kita pada hari ini seharusnya diterjemahkan dalam konteks yang lebih luas iaitu keperluan
menilai semula peranan dan tanggungjawab kita selaku penjawat awam. Melihat kepada ketidaktentuan senario
global pada hari ini, negara kita perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman
dan kemungkinan. Kita juga telah melalui pelbagai cabaran dan tragedi di luar jangkaan.
Disinilah peranan kita sebagai penjawat awam dalam menyokong dasar-dasar negara dan kesetiaan kepada
pemimpin walaupun sedang dilanda pelbagai dugaan. Kita seharusnya sentiasa menjadi nadi dan tulang belakang
kepada satu sistem pentadbiran yang kukuh, penuh prinsip dan berintegriti. Ini merupakan sesuatu yang bukan
terhasil melalui hanya satu peristiwa atau insiden tetapi ia dibina berlandaskan nilai-nilai murni yang konsisten serta
dipratikkan dalam mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang cemerlang dan gemilang.
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 telah disambut dengah penuh
bersemangat dan meriah dari kalangan Penjawat Awam Kompleks C. Program ini turut dijayakan secara kerjasama
dengan semua agensi pada 19 Ogos 2014 di Kompleks C seperti JPA, MOSTI, SPA, SPR, Jabatan Perangkaan dan JKR
Wilayah Persekutuan.
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-57.
68
Pada 18 Ogos 2014, telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan
Bulan Kemerdekaan ke—57 Tahun 2014 yang dirasmikan oleh
Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana
Menteri Malaysia. Turut hadir bersama semua Menteri dan
Timbalan Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Negara Yang
Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Dalam ucapannya, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri menggesa rakyat untuk memberi komitmen dan
menterjemahkan semangat serta azam bagi menyemarakkan
jiwa patriotisme dan memastikan kedaulatan bumi Malaysia
tercinta masih perlu diteruskan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa
rakyat negara perlu sentiasa bersatu hati mengharungi apa jua
cubaan dan rintangan sama ada ketika pilu atau gembira
dengan jiwa kental bagi mendepani cabaran mendatang.
Majlis ini sangat memberi erti dan amat signifikan
kerana selain sebagai tanda memulakan perayaan bulan
kemerdekaan yang cukup bermakna, kita juga perlu tunjukkan
bahawa sebagai rakyat, kita sanggup melakukan tindakan
untuk mengibar Jalur Gemilang.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berkata
bahawa semangat bagi mengibarkan Jalur Gemilang perlu
dilakukan kerana ia merupakan simbol kebanggaan yang
mewakili jiwa serta roh sesebuah negara serta sebagai identiti
nasional yang menyatupadukan rakyat. Jalur Gemilang juga
mewakili nilai dan maruah sebuah pertiwi yang berdaulat dan
merdeka selain menjadi tanda satu penghormatan dan
kebanggaan serta lambang kemenangan apabila terus dilihat
berkibar dengan megah dan gagah. Jalur Gemilang juga tanda
solidariti dan kebersatuan rakyat yang berdiri teguh serta
senantiasa bersemangat untuk mengibar dan menaikkan
bendera kebanggaan negara itu. Jalur Gemilang juga bukan
sekadar sehelai kain bercorak tetapi ia tersimpan sebuah
pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam.
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57 TAHUN 2014
Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-57 dengan
semangat mengibarkan bendera tidak mengira sama ada di rumah, pejabat atau pada kenderaan.
69
AMANAT MERDEKA PERTAMA: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran,
berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan. Sebagai contoh dalam istiadat penghormatan bagi
20 kumpulan pertama jenazah tragedi MH17, pada 22 Ogos minggu lepas dan diikuti oleh jenazah-jenazah mangsa
yang lain secara berperingkat-peringkat, adalah Istiadat Penghormatan Tertinggi Negara yang tiada pernah diberi
kepada orang awam. Selain itu, kita dapat saksikan, begitu sugul rakyat Malaysia berkongsi duka nestapa. Kita
bertafakur serentak selama satu minit di seluruh negara sebagai solidariti dan semangat kebersatuan demi membina
satu Negara, 1Malaysia. Pokoknya, saudara dan saudari, kita tunjukkan kebersatuan itu sewaktu Hari Berkabung di
seluruh negara tempoh hari, dan kita akan teruskan semangat kebersamaan di kala senang mahupun tatkala dalam
kesusahan, selamanya.
AMANAT MERDEKA KEDUA: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah
negara bangsa jika wujudnya kebersatuan. Maksudnya, masa depan yang cerah akan menjadi milik semua, jika kita
mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan, demi sebuah hasrat yang murni itu.
Sememangnya, mentadbir sesebuah negara adalah satu urusan yang kompleks dan bukanlah seperti sebuah organisasi
biasa. Sebagai pucuk pimpinan kepada kerajaan yang mentadbir hari ini, saya dan sahabat-sahabat akan terus membuat
keputusan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia berlandaskan keperluan, tuntutan dan kemampuan
kerajaan.
AMANAT MERDEKA KETIGA: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera. Maknanya, walau apa dugaan
melanda, walau apa ujian melintang, kita akan terus mara dan melangkah ke depan, membina sebuah Malaysia yang
permai bagi masa depan anak-anak cucu kita. Pucuk pangkalnya marilah sama-sama berusaha gigih menggapai
kejayaan demi generasi dan keturunan hari muka untuk tempoh 50 tahun atau lebih dari itu, 100 tahun akan datang.
Pada 26 Ogos 2014, INTAN telah menganjurkan Majlis Penyampaian Diploma Dan Anugerah Felo Intan 2014 di Dewan
Merdeka, PWTC. Majlis ini telah dihadiri Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, barisan Pengerusi Suruhanjaya dan
Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Jabatan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang BerbahagiaTan Sri
Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri kerana menerima Anugerah penerima Anugerah Felo INTAN bagi tahun 2014.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada 849 orang graduan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Diploma
Sains Pengurusan (DSP). Semoga para graduan yang terdiri daripada pegawai muda ini akan berkhidmat dengan taat
setia dan berintegriti kepada negara dan rakyat.
MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA DAN ANUGERAH FELO INTAN 2014
AMANAT YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-57
70
Pasukan Komunikasi, JPA telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Pamper Yourself sempena sambutan Hari
Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos 2014. Program ini telah diadakan di Lobi Blok C1, JPA.
Seramai lebih 300 orang warga JPA terutamanya wanita hadir ke program ini. Antara aktiviti yang telah
diadakan ialah Ceramah Kesihatan Diri oleh Ibu Halimah, Jamu Mak Dara dan Kickstart Academy yang memberikan
ceramah tentang keselamatan diri wanita. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan manicure and pedicure, mengurut kaki,
solekan dan pemeriksaan kesihatan untuk para wanita.
Program ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan, pengorbanan serta
perjuangan wanita generasi terdahulu yang menjadi sumber insipirasi wanita masa kini.
Wanita di era globalisasi kini mampu berdiri sama tinggi dengan yang lain dan berada di pentas antarabangsa
memperjuangkan hak-hak wanita serta memainkan peranan penting dalam diskusi pelbagai isu. Bak kata pepatah,
“Tangan Yang Menghayun Buaian Itu Boleh Menggoncang Dunia. “
Selamat Menyambut Hari Wanita!
PROGRAM PAMPER YOURSELF
71
Pada 21 & 27 Ogos 2014, telah berlangsung Program TranShare 2.0 & 3.0
anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). Program ini merupakan salah satu program yang dirancang di
bawah program pengurusan perubahan (change management),
kerangka transformasi JPA. Program ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada seluruh warga JPA menyalurkan idea dan pandangan
berkenaan program transformasi yang sedang dilaksanakan.
Sehingga hari ini, sebanyak tujuh program Transhare bersama
warga JPA telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 186 peserta
daripada pelbagai gred dan skim. Program Transhare 2.0 & 3.0
melibatkan penglibatan seramai 300 orang pegawai muda gred 41 & 44
daripada semua Bahagian dan latar belakang.
Berdasarkan maklum balas beberapa siri program ini, pegawai
JPA menyambut baik inisiatif program ini sebagai ruang untuk pegawai
menyalurkan pandangan mengenai suasana persekitaran kerja di
jabatan ini. Ada juga yang mencadangkan program Teambuilding yang
melibatkan penyertaan semua pihak juga perlu dilaksanakan dengan
lebih kerap bagi menanam semangat kekitaan dan rasa sepunya antara
kalangan warga agar tiada lagi mentaliti bekerja secara silo. Hubungan
yang rapat dan akrab akan menjadikan urusan penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat lebih pantas dan tepat.
Yang Berbahagia Tan Sri menekankan akan kewajaran untuk
menambah baik perkhidmatan awam, sesi engagement dan konsultasi
berterusan perlu sentiasa diadakan. Melalui sesi ini, komunikasi
berkesan dengan pelbagai pihak dapat dipertingkatkan, malahan
sentiasa memberi peluang minda pegawai muda agar terbuka untuk
mencambah idea baharu dan mengubah rentak budaya kerja agar
sentiasa kekal bermotivasi tinggi dan seronok untuk menyumbang
setiap hari.
PROGRAM TRANSHARE 2.0 & 3.0
72
Bermula 14 sehingga 29 Ogos, Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan Ismail. Pengerusi PUSPANITA Cawangan
Kecil JPA telah mengadakan Lawatan ke Bahagian-bahagian di JPA. Sewaktu lawatan-lawatan ini diadakan,
Yang Berbahagia Puan Sri mengambil kesempatan untuk merasmikan Sudut Comel di setiap Bahagian. Sudut
Comel merupakan sudut atau ruangan khas yang disediakan oleh setiap Bahagian buat warga wanita JPA yang
adakalanya terpaksa membawa anak-anak ke pejabat.
Sudut ini diadakan untuk membantu warga wanita JPA memberi fokus kepada tugas harian di pejabat
dengan meletakkan anak-anak mereka di ruang pembelajaran dan permainan kanak-kanak yang interaktif dan
bermanfaat. Pelbagai bahan bacaan dan alat permainan berbentuk kuiz disediakan di Sudut Comel Bahagian.
Yang Berbahagia Puan Sri juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra, merapatkan silaturrahim
dengan warga wanita JPA serta bertanyakan tentang hal kebajikan berkaitan ibu bapa dan wanita. Warga
wanita di JPA berasa gembira menerima kunjungan mesra daripada Yang Berbahagia Puan Sri dan diharapkan
agar kebajikan warga wanita diambil berat bagi memastikan produktiviti terpelihara.
LAWATAN PENGERUSI PUSPANITA KE BAHAGIAN-BAHAGIAN DI JPA
73
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE—57
Pada 31 Ogos 2014 yang lepas, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam bersama-sama warga JPA telah menyertai Kontinjen Penjawat Awam dalam Acara
Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-57 Tahun 2014 di Dataran Merdeka
Kuala Lumpur.
74
TEKS PUISI
TRIBUTE MH370-17
Nukilan Sumbangan
Bahagian Pengurusan Psikologi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Puisi Tribute MH370-17
Mendung berarak memenuhi kalbu,
Dunia gembur kehausan berita,
Menggunung harapan mengiringi doa,
Agar jelas dalam deria,
Insan disayang muncul segera...
Kiranya terkulai tunjukkanlah tanda,
Kiranya hilang tunjukkanlah jejak,
Kiranya bernyawa pamerkanlah rupa,
Leraikanlah segala kebuntuan ini,
Apakan daya usaha manusia,
Tunduk akur kepada takdir,
Sudah tersurat kalam Ilahi,
Kasih diragut menusuk hati,
Lautan biru bertukar wajah,
Badai menghempas harapan musnah...
Wahai MH 370
Hilangmu penuh misteri,
Sedangkan belum terungkai lagi,
Perkhabaran duka menerjah fikiran,
MH17 berderai, hancur melata,
Menyentap jiwa dengan rakusnya,
Seluruh jasad hancur terkulai,
Kau ragut sekalian nyawa,
Seantero dunia berduka cita..
Apakan daya sudah tertulis di Luth Mahfuz,
KekuasaanMu tiada siapa dapat melawan,
Semuanya berlaku atas kehendakMu,
Allah itu Maha Mengetahui
Lantaran hembusan angin pengganti tinta
Nan tercurah di benak ragaku
Sungguh.. kehilangan itu amat pilu
Walau sakit terpaksa ditelan,
Kugagahi jua mencari kekuatan,
Hanya redhaMu aku dambakan,
Kau Maha Mengetahui atas setiap rahsia-Mu,
Bertabahlah wahai insan,
Pasti terungkai segala tanda tanya,
Teruskan berdoa yakinlah ketentuanNya
Pergi menemui cinta hakiki...
75
76
Pada 5 September 2014, telah berlangsung Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2014 di Dewan
Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama ialah Yang Berbahagia Tan
Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dan Yang Berbahagia Dr. Mohd. Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan.
Majlis yang dihadiri seramai 1500 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan, kementerian dan agensi dari
seluruh negara ini telah menyaksikan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dianugerahkan sebagai pemenang
AIPM 2014. Pemenang membawa pulang trofi kristal, sijil dan wang tunai berjumlah RM1 juta.
MOF telah memperkenalkan projek yang bertajuk Pusat Transformasi Bandar (UTC): Horizon Baharu
Penyampaian Perkhidmatan. Projek ini menyediakan pusat sehenti yang berjaya menggabungkan antara 30 - 60
agensi Kerajaan, swasta dan badan bukan Kerajaan di bawah satu bumbung yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga
10.00 malam, tujuh hari seminggu melangkaui waktu bekerja biasa bagi memastikan kemudahan dan kesejahteraan
rakyat. Finalis lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka & Jabatan Pengairan dan
Saliran Melaka, Majlis Kanser Nasional, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Sebanyak 122 penyertaan telah diterima
pada tahun ini, dua kali ganda jumlah berbanding tahun lepas.
Tahniah kepada MOF atas penganugerahan AIPM 2014! Semoga kemenangan ini memberikan insentif dan
semangat kepada agensi-agensi lain untuk meneruskan kesinambungan inovasi dan penciptaan dalam pengurusan
sumber manusia demi untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2014
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
77
Pada 23 & 24 September 2014, Karnival 1Pesara telah diadakan di
MAEPS, Serdang. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi kementerian-
kementerian, jabatan-jabatan dan wakil-wakil persatuan pesara. Seramai
10,000 pengunjung telah hadir ke karnival yang diadakan selama dua
hari ini.
Selaras dengan tema, “Melakar Perubahan: Pesara Produktif
Menelusuri Kesejahteraan”, karnival ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pesara dan bakal pesara Kerajaan mengenai
pengurusan kewangan, penjagaan kesihatan dan peluang menambah
pendapatan menerusi bidang keusahawanan. Pelbagai aktiviti telah
diadakan sepanjang tempoh karnival berlangsung, antaranya seminar
pengurusan kewangan dan pembangunan keusahawanan, klinik
pemeriksaan dan penjagaan kesihatan, padanan kerjaya, sesi pitching
bersama agensi penyedia dana, program MyBestBuy dan pameran oleh
agensi Kerajaan dan swasta. Karnival yang julung-julung kali diadakan
ini merupakan salah satu inisiatif terbaharu oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia menerusi
pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Melalui NBOS,
JPA turut memperkenalkan 1Malaysia Civil Service Retirement Support
(1MCSRS) untuk menjaga kebajikan pesara penjawat awam.
KARNIVAL 1PESARA
Dalam hubungan ini, empat perkara telah digariskan sebagai teras yang memayungi inisiatif 1MCSRS iaitu:
Aspek Pertama: Kesejahteraan pesara yang meliputi aspek pembelajaran sepanjang hayat dan bantuan khidmat kerohanian.
Aspek Kedua: Bekerja semula yang menyediakan panduan kepada pesara yang masih ingin menabur bakti kepada
masyarakat.
Aspek Ketiga: Kelangsungan penjagaan kesihatan yang meliputi kemudahan perubatan dan laluan pantas atau Rapid Lane
yang disediakan bagi pesara mendapatkan khidmat nasihat kesihatan.
Aspek Keempat: Keusahawanan dan Kewangan yang meliputi penyediaan maklumat berhubung keusahawanan bagi
pesara yang berhasrat untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut dan juga maklumat berkaitan pengurusan kewangan.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri KPPA, Karnival 1Pesara dan 1MCSRS merupakan bukti keprihatinan Kerajaan
dalam menyediakan perkhidmatan yang holistik dan merentasi pelbagai agensi untuk semua pesara Kerajaan. Hasrat
Kerajaan adalah memberi pendedahan dari segi pengetahuan, kemahiran dan peluang kepada sejumlah 610,000 pesara
Kerajaan bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan bulanan, memudahkan kehidupan dan memberi keselesaan setelah
bersara. Di samping itu, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA menyarankan agar para pesara terus produktif semasa menyusuri
alam persaraan dan membantu Kerajaan dalam menjelaskan dasar-dasar dan program-program Kerajaan kepada rakyat.
Antara program-program yang boleh dijelaskan adalah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan pelaksanaan Goods and
Services Tax (GST) yang boleh memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara. Beliau yakin dan percaya bahawa
berbekalkan sikap produktif dan patriotisme yang tinggi, para pesara akan bersama-sama menyokong agenda transformasi
negara yang sedang giat dijalankan.
78
Pada 22 & 23 September 2014, Seminar Inovasi Sektor
Awam 2014 telah diadakan dengan kolaborasi antara
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), JPA dan
Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam seminar ini, buku
‘Kreativiti dan Inovasi Menjana Insan Produktif’ terbitan
kerjasama JPA dan USM turut dirasmikan.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah dijemput
untuk merasmikan Seminar ini. Dalam ucapan beliau,
Yang Berbahagia Tan Sri amat menggalakkan penjawat
awam agar bersikap kreatif dan inovatif dalam
penyampaian dan penyebaran maklumat kepada pelang-
gan agar rakyat menerima transformasi dan perubahan
yang sedang dijalankan oleh kerajaan.
Selain itu, penjawat awam juga mempunyai
tanggungjawab untuk menyokong dan membantu
Kerajaan menyebarluaskan program yang berteraskan
Transformasi agar rakyat mempunyai kefahaman yang
jelas tentang objektif dan matlamat sesuatu program
diadakan.
Seminar yang akan diadakan selama dua hari ini
melibatkan penyertaan seramai 300 orang penjawat awam
dari 200 agensi dari dalam dan luar negara.
SEMINAR INOVASI SEKTOR AWAM 2014
79
Pada 5 September 2014, Majlis Penyampaian Amanat Ketua Perkhidmatan berhubung Urusan Pemangkuan Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M48 ke Gred M52 dan PTD Gred M44 ke Gred M48 telah diadakan di Auditorium
Jabatan Perkhidmatan Awam. Surat pemangkuan telah diserahkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Seramai 56 orang pegawai diberikan pemangkuan ke Gred M52
dan seramai 100 orang pegawai diberikan pemangkuan ke Gred M48.
Dalam amanat Yang BerbahagiaTan Sri KPPA, beliau menyarankan agar pegawai PTD berfikir secara kritis dan
analitikal serta mengeluarkan lebih banyak idea baharu. Namun begitu, penyampaian idea tersebut haruslah berhemah
dan melambangkan keunggulan skim PTD. Selaras dengan itu, pegawai-pegawai digalakkan untuk meneruskan
pengajian ke peringkat sarjana samada secara sepenuh masa atau pun separuh masa bagi meningkatkan pengetahuan
dan kompetensi diri. Kelayakan di peringkat ijazah sarjana di masa hadapan akan menjadi satu keperluan dalam
kemajuan kerjaya seseorang pegawai untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.
Sewaktu pelancaran Pameran PTD, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggariskan empat nilai
murni sebagai pegangan PTD iaitu kesetiaan, dedikasi, kecekapan dan integriti. Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri menyeru kepada semua pegawai untuk bersama-sama menghayati nilai-nilai murni yang digariskan ini bagi
memperkasa dan memperkemas penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Dalam agenda transformasi Kerajaan, membudayakan transformasi sikap, pemikiran dan pendekatan haruslah
bermula terlebih dahulu dalam perkhidmatan awam. Justeru, melalui penerimaan surat pemangkuan ini, PTD perlu
lebih memahami, menjiwai dan memperkukuhkan diri sebagai penjawat awam yang mendokong agenda transformasi
Kerajaan.
MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT KETUA PERKHIDMATAN
BERHUBUNG URUSAN PEMANGKUAN PTD
GRED M48 KE GRED M52 & PTD GRED M44 KE GRED M48
80
Pada 23 September 2014, Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Majlis Penyampaian Surat
Penempatan Peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bilangan 1/2014 telah dilangsungkan di Auditorium
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kursus DPA ini merupakan kursus buat kali terakhir bagi Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) yang telah dilantik disebabkan kursus ini telah ditransformasikan menjadi Kursus Kadet PTD.
Dalam amanat beliau kepada seramai 543 orang peserta kursus, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, KPPA berpesan agar mereka sentiasa berpegang teguh kepada nilai integriti dan patriotisme kepada Kerajaan
dan negara dalam menjalankan tugas. Di samping itu, mereka juga hendaklah meningkatkan ciri-ciri kepimpinan
dengan mengembangkan proses pembelajaran kendiri melalui pembacaan, kursus dan seminar, pementoran dan
pemerhatian keadaan sekeliling.
Para peserta juga hendaklah menyediakan diri untuk menjadi thinkers, planners dan implementers yang cekap bagi
dasar-dasar kerajaan dengan mengambil kira ekspektasi dan kehendak rakyat. Ini bertepatan dengan pembudayaan
lapan prinsip ke arah meningkatkan prestasi penjawat awam yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Pekerja tahun ini.
Seterusnya, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA berharap agar para peserta yang merupakan berlian yang tergilap
akan terus bersinar dan menjadi pemacu kepada transformasi perkhidmatan awam, seterusnya meneruskan legasi
kegemilangan PTD. Melalui amanat yang telah disampaikan, para peserta dipercayai mampu untuk menjadi penjawat
awam yang berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat ke arah mewujudkan negara berpendapatan
tinggi, inklusif dan lestari.
AMANAT KPPA DAN PENYAMPAIAN SURAT PENEMPATAN
PESERTA DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (DPA) BIL. 1/2014
81
Pada 8 September 2014, Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan dan Pertukaran kepada Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27 ke N32, Gred N32 ke N36 dan Pembantu Tadbir Gred N17 ke N22 telah berlangsung di INTAN Kampus
Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Surat pemangkuan dan pertukaran telah diserahkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Dalam amanat beliau, Yang Berbahagia Tan Sri berpesan kepada para pegawai untuk menyokong agenda
transformasi perkhidmatan awam yang sedang rancak diadakan dan melaksanakannya dengan sepenuh hati,
berintegriti, bertanggungjawab serta taat setia. Tugas dan tanggungjawab yang dipikul dalam membantu
pelaksanaan sebarang program Kerajaan perlu diambil serius dan dilaksanakan dengan teliti, proaktif, kreatif dan
inovatif agar kualiti penyampaian perkhidmatan awam yang diberikan kepada rakyat berada di tahap tertinggi.
Majlis ini merupakan satu lagi manifestasi keprihatinan Yang Berbahagia Tan Sri kepada penjawat awam
pelbagai peringkat. Melalui penerimaan surat pemangkuan dan pertukaran ini, para pegawai akan lebih
bersemangat dan berdedikasi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di jawatan dan jabatan yang baharu.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT PEMANGKUAN DAN PERTUKARAN KEPADA
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 KE N32, N32 KE N36 DAN
PEMBANTU TADBIR GRED N17 KE N22
82
Pada 8 September 2014, buat julung-julung kalinya
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah
mengadakan lawatan turun padang ke Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lawatan yang
turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi JPA
telah disambut mesra oleh Yang Berbahagia Datuk
Seri Adnan bin Haji Md Ikshan, Ketua Setiausaha,
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yang
Berbahagia Datuk Seri Haji Ahmad Phesal bin Haji
Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta warga
DBKL.
Program ini merupakan salah satu daripada
prinsip “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” yang
disarankan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua
Setiausaha Negara. Program seumpama ini diadakan
untuk memberi peluang kepada JPA mendekati dan
memahami dengan lebih mesra hati budi, tugas serta
cabaran warga DBKL. Dalam amanat Yang
Berbahagia Tan Sri KPPA kepada seramai 400 orang
warga DBKL, beliau berharap agar warga DBKL
menyokong dan memberi komitmen padu kepada
JPA yang sedang menyebarluaskan agenda
transformasi perkhidmatan awam. Ini selaras dengan
Teras Strategik Kerangka Transformasi
Perkhidmatan Awam yang keempat Merangkum &
Sepunya iaitu Memperluaskan Jaringan Kerja &
Kolaborasi Strategik (Multiple-Helix) Dalam dan
Luar Negara. Teras ini sememangnya bertepatan
dengan hasrat JPA untuk menjalin hubungan erat
dengan Kementerian, Jabatan dan agensi awam serta
swasta.
Selain itu, beliau juga menggesa agar
perbincangan bersama agensi Kerajaan, swasta dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) dilakukan
dengan lebih intensif dalam usaha mengatasi isu-isu
sosial seperti isu gelandangan, setinggan dan penjaja
haram. Inisiatif ini bertepatan dengan pendekatan
inovasi sosial yang diperkenalkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri pada 5 September 2014
agar penjawat awam bersikap lebih terbuka untuk
menerima maklum balas rakyat tentang kualiti
penyampaian perkhidmatan awam.
LAWATAN TURUN PADANG KPPA KE
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Beliau juga berharap agar DBKL terus bersikap empati dalam mendengar maklum balas dan rintihan rakyat
terhadap masalah yang mereka hadapi. DBKL perlu bertindak segera dalam usaha menambah baik kualiti
penyampaian sekaligus meningkatkan persepsi rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan secara
umumnya dan DBKL secara khususnya.
83
84
PUTRAJAYA, 8 Oktober 2014 – Program JPA-Management Apprenticeship (JPA-MAP) merupakan
inisiatif terkini yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai platform bagi
mengekalkan modal insan berkemahiran dan berketerampilan untuk berkhidmat di Malaysia. Ia
merupakan inisiatif yang menyokong Program Scholarship Talent Attraction & Rentention (STAR) yang
telah diperkenalkan pada 22 Ogos 2011 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Program
ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed
Ahmad, Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal Rahim Seman, Pengarah-Pengarah Bahagian JPA, Talent
Corporation Malaysia Berhad dan wakil-wakil syarikat serta graduan tajaan JPA dari United Kingdom
dan Amerika Syarikat yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya pada tahun 2014.
JPA-MANAGEMENT APPRENTICESHIP PROGRAMME (MAP)
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
sambungan..
85
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Program MAP merupakan komitmen dan
bukti keprihatinan Kerajaan dalam menyediakan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar tajaan untuk kembali
berkhidmat di Malaysia. Graduan tajaan juga turut diberikan peluang untuk membangunkan kerjaya mereka
dengan berkhidmat dalam organisasi utama yang terlibat menjayakan Program Transformasi Ekonomi
(ETP). Melalui program rintis (pilot), ini sebanyak 35 syarikat (organisasi hos) mengambil bahagian untuk
menempatkan graduan-graduan tajaan JPA terbabit mengikut bidang-bidang bersesuaian. Organisasi hos
akan memberi latihan pembangunan selama tiga bulan yang fokus kepada perkembangan laluan kerjaya
graduan.
Program MAP dan STAR ini adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan pulangan maksimum ke atas
pelaburan Kerajaan serta memastikan kesinambungan keperluan modal insan berkemahiran dan berket-
erampilan untuk menyumbang kepada Malaysia. Sebelum itu, dalam sesi perkongsian ilmu bersama Yang
Berhormat Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar, beliau turut berkongsi pengalaman dan memberikan be-
berapa tips yang berguna kepada para peserta program untuk berjaya dalam kerjaya. Antara pesanan beliau
ialah memilih kerjaya yang benar-benar diminati (choose the career that you really like), fokus kepada pekerjaan
dan buat yang terbaik (focus on the job and do well), sentiasa belajar dan pelajari perkara baharu (continue to
learn and learn new things), menjaga ibu bapa dan luangkan masa bersama mereka (look after your parents and
spend more time with them) dan pilih pasangan yang betul (choose the right partner).
86
Pada 15 Oktober 2014, Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Oktober 2014 telah diadakan di Auditorium, Aras 4, Blok
C1 JPA. Penganjuran oleh Bahagian Saraan pada kali ini turut menyaksikan Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan
Peringkat JPA dengan menjemput khas Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk mendeklamasi sajak yang bertajuk, ‘Mitos Bahasa.’
Dalam Perhimpunan kali ini, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal juga berpeluang
menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Sistem Persekitaran (QE/5S) JPA. Senarai pemenang adalah
seperti berikut:
Tempat Pertama : Bahagian Khidmat Pengurusan
Tempat Kedua : Bahagian Saraan
Tempat Ketiga : Bahagian Pembangunan Organisasi
Ucapan tahniah diberikan juga kepada para penerima Anugerah Pegawai Contoh Bulanan.
PERHIMPUNAN BULANAN JPA BULAN OKTOBER 2014
87
PUTRAJAYA, 9 Oktober 2014 – Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014 merupakan acara yang julung-julung kalinya
diadakan bertujuan memperkenal, mendedah dan memberi kesedaran terhadap perkhidmatan psikologi dan
kaunseling kepada penjawat awam dan masyarakat serta menyediakan platform kepada agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan (NGO) yang memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada umum.
Program yang berkonsepkan turun padang ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA
bersama Perbadanan Putrajaya di mana ia turut mendapat kerjasama kementerian dan agensi kerajaan. Ini
sebahagian daripada usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendengar dan melihat sendiri keperluan dan
ekspektasi pelanggan terhadap keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Hal ini sejajar dengan Teras
Strategik, Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam yang Ketiga dan Keempat, iaitu Merakyatkan Perkhidmatan
Awam dan Merangkum dan Sepunya.
Selain itu, program ini juga meningkatkan fungsi dan peranan perkhidmatan psikologi dalam organisasi dan
kehidupan agar mudah difahami oleh penjawat awam dan rakyat. Di samping itu, ia dapat memperkasakan
individu terutama penjawat awam untuk melakukan transformasi diri seterusnya menyokong transformasi
perkhidmatan awam. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan hubungan kerjasama agensi sektor awam,
swasta dan NGO dalam usaha memperkasakan lagi perkongsian sumber dan kepakaran demi kesejahteraan dan
manfaat bersama.
Program yang diadakan selama dua hari bermula dari 9 –10 Oktober 2014 ini telah dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Tema pada tahun ini ialah
“Kesejahteraan Psikologi Pemangkin Tranformasi Perkhidmatan Awam”. Bagi meningkatkan perkhidmatan
psikologi dan kaunseling untuk membantu individu membentuk kesejahteraan diri dan juga masyarakat, pelbagai
pengisian program serta aktiviti menarik disediakan seperti wacana khas, bicara ilmuan, forum perdana, brain
dominance, pameran dan outdoor games.
Program ini disasarkan kepada penjawat awam, pelajar universiti, pelajar sekolah rendah, menengah dan
orang awam. Lebih daripada 2,000 peserta telah hadir bagi mengikuti program pada kali ini. Tahniah juga
diucapkan kepada semua penerima anugerah sempena Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014!
HARI TERBUKA PSIKOLOGI MALAYSIA 2014
88
Program HRMIS User Group (HUGS) 2014 merupakan salah satu inisiatif
yang digariskan di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa
Organisasi di bawah Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam.
Program #HUGS2014 yang diadakan pada tahun ini telah memasuki
tahun kedua setelah diperkenalkan pada tahun lalu. "HRMIS CEKAP,
TRANSFORMASI MANTAP" telah dipilih sebagai tema pada tahun ini
selari dengan usaha bagi mengukuhkan lagi kemampuan HRMIS untuk
bertindak sebagai sumber maklumat utama Pengurusan Sumber Manusia di
Sektor Awam.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam dalam ucapan perasmiannya, Sistem
HRMIS yang komprehensif dan holistik, dimudahcarakan oleh teknologi
yang menggabungkan amalan terbaik pengurusan sumber manusia,
merupakan faktor yang sangat signifikan bagi meningkatkan pengurusan
sumber manusia dan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam.
Dalam majlis ini juga, beliau turut menyampaikan Anugerah HRMIS
kepada 10 buah agensi kerajaan yang telah mendapat purata markah
tertinggi dalam pelaksanaan KPI HRMIS 2013. Mereka juga merupakan
sebahagian daripada 39 buah agensi yang telah komited untuk
melaksanakan KPI HRMIS 2013 sehingga berjaya mencapai tahap
"Significantly Exceed Target.”
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2014
Program EPSA Week@Melaka 2014 bersama Penjawat Awam Negeri Melaka
telah diadakan pada 30 September 2014 di MITC, Ayer Keroh.
Program bertemakan “Inovasi Pembelajaran Sektor Awam Melalui
EPSA” ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen INTAN dan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Seramai 400 orang penjawat awam dari
pelbagai agensi telah hadir ke Program ini.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam dalam ucapan perasmiannya, E-Pembelajaran
Sektor Awam atau EPSA yang dibangunkan INTAN menawarkan 140 kursus
pelbagai kategori secara atas talian. Pembelajaran EPSA telah dijadikan salah
satu kaedah latihan bagi penjawat awam di pelbagai agensi. EPSA merupakan
inspirasi yang dicetuskan mengambil kira keperluan penyampaian latihan
dalam persekitaran global yang mencabar dan tidak dapat ditampung secara
pembelajaran fizikal dalam kelas.
EPSA Week merupakan program hasil kerjasama agensi-agensi,
memasukkan elemen NBOS atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang
menggunakan pendekatan value innovation selain menyokong prinsip nilai
untuk wang. Mengakhiri ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA berharap
agar penjawat awam mengambil peluang dan kesempatan berdaftar dalam
sistem EPSA dan meningkatkan pengetahuan dan kemahuan melalui sistem
pembelajaran kendiri.
MAJLIS PERASMIAN EPSA WEEK @ MELAKA 2014 DI MITC MELAKA
89
Pada 1 Oktober 2014 berlangsungnya pertemuan antara Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal bersama
Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS bertempat di Dewan Mezzanine, JPA. Program ini telah dihadiri oleh Presiden
CUEPACS, Yang Berusaha Encik Azih bin Muda dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi CUEPACS yang lain.
Pertemuaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif engagement oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal untuk mendapatkan maklum balas kesatuan sekerja berkenaan program dan penambahbaikan penjawat
awam. Program ini menjadi saluran dalam membincangkan isu-isu berkaitan dasar perkhidmatan awam dan kajian
yang sedang dilakukan terhadap skim sedia ada dalam perkhidmatan awam.
PERTEMUAN KPPA BERSAMA AHLI MAJLIS TERTINGGI CUEPACS
SESI TEMU RAMAH KPPA BERSAMA WARGA SKIM F
Program Sesi Temu Mesra Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal bersama 400 orang
penjawat awam Skim Perkhidmatan Teknologi
Maklumat (F) telah berlangsung dalam suasana
harmoni dan penuh muhibah. Pertemuan ini
merupakan proses engagement oleh Yang
Berbahagia Tan Sri bersama dengan penjawat awam
dari kalangan skim F.
Program ini juga menjadi wadah
penyampaian ilmu dan percambahan idea yang
bernas lagi dinamik bagi memastikan kebajikan dan
kesiapsiagaan penjawat awam sentiasa berada pada
tahap yang terbaik untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada rakyat.
Selain itu, sebagai penjawat awam yang
berdedikasi dan produktif, kita perlu mempunyai
kemahiran yang kreatif dan inovatif dalam
memastikan agenda pembangunan negara serta
dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan
jayanya agar ia benar-benar memberi manfaat
kepada semua pihak.
90
15 Oktober 2014 - Program Persada Transformasi Siri 3 bertemakan Patriotisme Transfomasi telah diadakan di Lobi
Blok C2, JPA, Kompleks C, Putrajaya. Program yang diadakan selama lima hari ini bermula dari 13 hingga 17 Oktober
2014 yang bertujuan untuk memberi peluang kepada Bahagian-Bahagian yang mengetuai lima teras Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) memaklumkan status kemajuan yang telah dicapai peringkat JPA hingga
hari ini. Orang ramai yang hadir ke kaunter JPA4U turut berpeluang untuk mendengar dan melihat pencapaian-
pencapaian yang telah dicapai oleh JPA dalam melaksanakan agenda transformasi.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) hadir untuk
merasmikan program ini serta turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JPA. Seterusnya, beliau juga turut melihat
dan mendengar pembentangan yang dibuat oleh peneraju-peneraju teras KTPA oleh Bahagian-Bahagian di JPA.
Pada masa yang sama, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA juga telah meluangkan masa untuk bertemu dengan
pelanggan-pelanggan JPA yang hadir dan bertanyakan tentang pandangan mereka mengenai perkhidmatan yang
diterima sewaktu berurusan di kaunter JPA4U. Keprihatinan dan kemesraan yang dipamerkan antara beliau dan
pelanggan jelas terpancar.
PROGRAM PERSADA TRANSFORMASI SIRI 3/2014: PATRIOTISME TRANSFOMASI
91
On 9th October 2014, INTAN has successfully organized National Digital
Conference (NDC) 2014 at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). The
Conference has been graced by Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa,
Chief Secretary to the Government of Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Director-general of Public Service and Yang
Berbahagia Tan Sri Abdul Halim Ali, Chairman of Multimedia
Development Corporation (MDeC).
This year’s theme is “#innovateMyGov: Continuous innovation to achieve
people-oriented services excellence via digital engagement and public
sharing information.” This year’s event attracted a strong 350 delegates
from both the public and private sectors and 24 distinguished local and
international speakers as well as moderators from Australia, Denmark,
Hong Kong, UK, USA, Sweden, Malaysia and United Nations Develop-
ment of Economic Affairs (UNDESA).
Among important key information from this course are:
i. Effective ICT-driven service delivery remains at the core of our govern-
ment agenda; and
ii. We must learn from ICT challenges and past experiences to be able to
achieve concrete results in order to go forward.
This conference is a platform where innovative minds continue to connect
and exchange ideas to provide excellent service which is the determinants of
any organizational performance and success.
16 Oktober 2014 - Leadership and Transformation Summit 2014 telah diadakan pada 16 Oktober 2014 bertempat di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memperkasa peranan pemimpin masa kini melalui pelaksanaan transformasi ke arah pencapaian agenda pembangunan negara. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama INTAN bersama pelbagai agensi kerajaan, badan-badan swasta dan persatuan komuniti serta mempromosikan INTAN kepada masyarakat umum melalui aktviti-aktiviti yang berbentuk akademik, pameran dan jualan.
Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diaturkan pada hari tersebut seperti:
a) INTAN Leadership Colloquium
b) Sesi Ceramah dan Forum bersama Management Guru
c) INTAN Digital Nexus: Big Data Insights for Government Transformation
d) Government Initiatives Transformation Showcase.
NATIONAL DIGITAL CONFERENCE 2014
INTAN LEADERSHIP & TRANSFORMATION SUMMIT 2014
92
Pada 11 Oktober 2014, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kuching, Sarawak. Yang Berbahagia Tan Sri telah melawat Institut Tadbiran
Awam Negara, Kampus Wilayah Sarawak (INSARA) untuk melihat tapak pembangunan projek di sana. Pada sebelah
petangnya, berlangsung Program Menanam Pokok bertemakan "Tree for Tomorrow". Program ini merupakan usaha
sama antara INSARA dan iM4U. Seramai 150 orang sukarelawan iM4U dari Institut Latihan Perindustrian, Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak dan PLKN hadir menyatakan sokongan
terhadap program ini.
Program menanam pokok pada hari ini diadakan bertujuan untuk memupuk budaya kesukarelawan di kalangan
penjawat awam. Program pada hari ini melibatkan perkarangan seluas 2 ekar dan akan ditanam dengan 100 batang
pokok pelbagai jenis buah seperti buah mangga, rambutan dan ciku. Program menanam pokok ini merupakan simbolik
kepada sikap cintakan alam sekitar dan bumi. Harapan Yang Berbahagia Tan Sri KPPA agar melalui program seperti
ini, kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar semakin tersebar luar dan semakin ramai anak muda dan
para belia menjaga alam sekitar. Selepas itu, berlangsung pula Taklimat #myGST4U yang disampaikan oleh
Penceramah INSARA kepada para sukarelawan iM4U, PLKN serta warga INSARA. Taklimat yang diberikan ini
bertujuan untuk membantu Kerajaan menyebar luas maklumat mengenai dasar-dasar dan program Kerajaan kepada
rakyat. Mereka yang hadir menyifatkan bahawa pembentangan yang diberi adalah santai dan mudah difahami.
Pada 12 Oktober 2014 pula, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua
Setiausaha Negara turun padang ke Kuching, Sarawak untuk Majlis
Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak. Majlis ini
turut dihadiri Yang Berbahagia Tan Sri KPPA dan Yang Berbahagia Datuk
Haji Md Yahaya Basimin, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan
Perdana Menteri. Majlis yang disertai seramai 400 orang penjawat awam ini
dimulakan dengan penyampaian amanat oleh Yang Berbahagia Tan Sri
KSN. Dalam ucapannya, beliau memperkenalkan lima kompetensi yang
diberi nama I-FAME buat penjawat awam agar mereka melaksanakan
tugas dengan lebih efektif dan cekap.
Selain itu, beliau juga menggesa agensi-agensi kerajaan menjalinkan
usahasama yang lebih giat menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan atau NBOS seperti di UTC Kuching. Mengakhiri ucapannya,
Yang Berbahagia Tan Sri KSN berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan
terhadap penjawat awam dalam Bajet 2015 yang baru dibentangkan. Beliau
meminta agar penjawat awam melakukan yang terbaik dalam tugas dan
jangan leka dan abaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Setelah selesai Majlis Perjumpaan, Yang Berbahagia Tan Sri KSN
mengadakan lawatan walkabout ke UTC Kuching. Di sana, beliau
mengambil peluang beramah mesra dan berbual-bual dengan para
pelanggan yang hadir, jurutugas di kaunter serta melihat kemudahan yang
disediakan buat rakyat. Menurut salah seorang pelanggan yang hadir, dia
menyifatkan perkhidmatan yang diberikan adalah pantas dan kemudahan
yang disediakan selesa. Yang Berbahagia Tan Sri KSN amat berpuas hati
dengan kualiti dan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-
agensi di UTC Kuching.
LAWATAN KERJA KE SARAWAK
93
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
Konvensyen ini disertai oleh kumpulan-kumpulan berikut:
1) Cyber Trans (BS)
2) Nellang (INTIM)
3) B'Pro (BPO)
4) Smart Replace (BPM)
5) Barakah Pancaroba (BKP)
6) BP Rangers (BP)
7) Sepatu (BK)
8) Insight (BPPs)
9) De'hupital (BMI)
Tiga orang juri yang profesional telah mengadili konvensyen ini iaitu:
1) Dr. Wan Mohd. Kamil bin Wan Nik, Pegawai Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar;
2) Encik Janudin bin Bakar, Pengurus Universiti Kebangsaan Malaysia; dan
3) Encik Mohd Ramlee bin Musa, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
14 Oktober 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) bagi tahun 2014 bertempat di Dewan Mezzanine, Aras 2, Blok C1, Putrajaya. Majlis bermula kira-kira jam 9.00
pagi dan disertai oleh sembilan kumpulan dari bahagian-bahagian di JPA. Konvensyen ini diadakan bertujuan
menggalakkan budaya inovasi di dalam persekitaran kerja. Selain dapat melakukan penjimatan, inovasi juga dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sesuatu urusan yang dilakukan.
94
Sempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan, JPA telah menganjurkan tiga program iaitu Pertandingan Pidato yang
disertai oleh lapan orang peserta, Pertandingan Mendeklamasi Sajak yang disertai oleh seramai 18 peserta dari
pelbagai bahagian dan Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli Peringkat JPA. Program-program ini diadakan
bertempat di kawasan sekitar Lobi C1, JPA dan Dewan Mezzanine. Pertandingan-pertandingan ini telah diadili oleh
juri-juri profesional yang dijemput khas dari luar. Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini juga, Perpustakaan Negara
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka turut dijemput untuk mengadakan pameran.
Majlis Kemuncak Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA telah diadakan pada 17 Oktober 2014 di Dewan
Mezzanine Aras 2, C1. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga JPA yang hadir.
Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan Ismail (Pengerusi
PUSPANITA Cawangan Kecil JPA), Yang Berbahagia Datin Seri Nik Hasmah (Timbalan Pengerusi PUSPANITA
Cawangan Kecil JPA) dan Pengarah-pengarah Bahagian.
Majlis Kemuncak Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA ini telah dimulakan dengan persembahan
pembukaan dendangan lagu irama asli ‘Budi Setahun Segunung Intan’ oleh En. Mohd Fairuz dan Pn. Siti Nasyreen
dari BKP. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan peringkat akhir daripada peserta pidato, peserta
deklamasi sajak dan peserta nyanyian lagu irama melayu asli. Sebelum pemenang bagi setiap kategori diumumkan,
kesemua peserta diberikan sijil penyertaan terlebih dahulu oleh Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan Ismail.
Penyampaian hadiah diberikan kepada para pemenang pertandingan iaitu kategori pidato; En. Wan Mohd Hasif
Wan Muhamad Ali dari BPPD (tempat pertama), Pn. Noorfaizah Asmuni dari BPO (tempat kedua) dan Pn.
Widiyaastuti Mukhtar dari BP (tempat ketiga).
Bagi kategori sajak; En. Abduh Adni@Ngatiny dari BK (tempat pertama), En. Muhammad Shafiq Saad dari
BMI (tempat kedua) dan Pn. Norazlin Alias dari BPO (tempat ketiga) dan kategori lagu melayu asli pula; En. Razaly
Sidek dari BS (tempat pertama), En. Muhammad Shafiq Saad dari BMI (tempat kedua) dan En. Muhammad Akhmal
Hakim Abd Hamid dari BKP (tempat ketiga).
PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2014 PERINGKAT JPA
95
CAPAM 2014 BIENNIAL FORUM
CAPAM, in collaboration with the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit
(MAMPU) and Public Service Department (JPA), hosted the 10th CAPAM Biennial Conference in Putrajaya
from October 19th to 21st, 2014. This important gathering of Ministers, academics, public service practitioners and
partner organizations took place at the Putrajaya International Convention Centre, and was held in conjunction with the
Commonwealth Secretariat’s Forum of Public Service Ministers.
MAMPU & JPA organized this important programme of learning journeys for delegates, with the entire event
culminating in CAPAM’s 20th anniversary celebration and the presentation of both the International Innovations
Awards and the Gordon Draper Award for excellence in the public service. The conference agenda is designed to offer
insightful dialogue, theoretical and practical knowledge exchange and networking to an international audience that is
building the public service for the future across the Commonwealth.
Conference Themes
The central conference theme of Public Service Transformation: A new conversation encompasses three sub-themes that
will be explored during the event:
DAY 1. Shaping the Future Together – focuses on the “people” aspect of transformation, highlighting the critical
importance of active engagement with both citizens and the public service itself.
In every corner of the Commonwealth, public service leaders understand that prevailing public service models need
to change in order to deliver savings and citizen-centred services. In many cases, this evolution is well underway. Trends
are emerging in the ways employers are articulating their strategies in order to obtain employee cooperation and
commitment. Public service organizations must often work with long-standing principles, practices and attitudes to
manage and support the people who deliver services to the public. One thing is clear – employee involvement underpins
buy-in, and what will ultimately define success is the willingness of the public service to engage their workforce throughout
the transformation.
96
At the same time, the public service is challenged to bridge
the gap between the complexity of government and the need for
more accessible services to citizens. Increasingly, governments are
reaching out and responding to citizen expectations of accessing
services when and how they choose. The public service is exploring
systematic and sometimes unconventional ways to strengthen
communication and participation among stakeholder groups.
DAY 2. Towards a Better Future – emphasizes the
“mechanisms” employed during transformation and details what
processes, technologies, policies and/or other devices have been
utilized.
As the need for change in the public service intensifies, it
becomes clear that governments must not only alter what they
already do but also look for options to cope with issues and
opportunities as they arise. The change process is a journey. It
starts with creating a vision for the future and it cuts across needs
evaluation, the work culture, design issues, fiscal barriers and
people management to name just a few challenges.
The public service must take advantage of new technologies,
stay abreast of the latest best practices, and integrate a culture of
continuous change in the work environment. Examples of practical
change management approaches and successful transformation
projects at all levels of government inspire public servants to think
about innovative ways to broach their issues, replicate what works
and avoid pitfalls.
DAY 3. Building Global Resilience – provides insightful
lessons and country-specific context that governments have
experienced when building a public service that can nimbly react to
shifting trends in the future.
The issues that countries face as they engage in public
service transformation pose major challenges to their ability to meet
economic pressures and citizen expectations. The public service
must plan and implement transformative activities, but it must
also develop capabilities to respond to ongoing demands and
challenges once change is achieved. In this day and age, it is
expected that a culture of change will be the new norm.
Governments are being challenged to resolve the problems of today
with an eye on how to build reliable systems to cope with
decision-making, competing demands and very different priorities
tomorrow. Resilience becomes central to good performance and
leadership.
CONTINUATION — CAPAM 2014 BIENNIAL FORUM
97
Program Motivasi dan Taklimat Biasiswa bagi Pelajar
Tingkatan 5 SMK Presint 8 (1) telah diadakan pada 24
Oktober 2014 di Dewan Putra Perdana, SMK Presint 8
(1), Putrajaya. Program ini merupakan program anjuran
PUSPANITA Cawangan Kecil JPA yang merupakan
salah satu inisiatif JPA4U.
Program ini telah dirasmikan oleh Presiden
PUSPANITA Cawangan Kecil JPA iaitu Yang
Berbahagia Puan Sri Asmahan Ismail. Program
dimulakan dengan sesi taklimat biasiswa oleh Encik
Aris Abd Rahman dari Bahagian Modal Insan dan
kemudian disusuli dengan sesi ceramah motivasi oleh
Encik Muhammad Fareez bin Zakaria dari Bahagian
Pengurusan Psikologi.
Program ini diakhiri dengan ucapan pembakar
semangat serta kata-kata sokongan oleh Yang
Berbahagia Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Pasca
Perkhidmatan kepada para pelajar Tingkatan 5 SMK
Presint 8 (1), Putrajaya yang bakal menghadapi
peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Sebelum majlis melabuhkan tirainya, sesi
pertukaran cenderamata antara pihak SMK Presint 8(1),
Putrajaya dan PUSPANITA Cawangan Kecil JPA dan
sesi bergambar secara berkumpulan telah diadakan.
PROGRAM MOTIVASI DAN TAKLIMAT BIASISWA BAGI PELAJAR TINGKATAN 5
ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL JPA & JPA4U
98
PROGRAM TRANSFORMASI PROFESIONAL SIRI 1/2014
Pada 17 Oktober 2014, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(KPPA) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dan amanat kepada para pegawai Profesional Gred 48 &
52 sempena Program Transformasi Profesional (PTProfesional) Siri 1/2014 yang bertempat di Kem Bina Negara,
Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.
Dalam amanatnya, beliau telah menyifatkan bahawa hasrat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam
yang berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat tidak mudah kerana akan wujud golongan yang
menentang, sukar untuk menerima perubahan dan selesa berada dalam keadaan sedia ada. Namun beliau
percaya dengan strategi, perancangan dan pelaksanaan yang terancang dan komprehensif, penjawat awam dapat
melakukan transformasi dan mengubah penyampaian perkhidmatan awam negara ke tahap tertinggi.
Justeru itu, JPA telah memperkenalkan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) kepada
warga JPA serta penjawat awam. Melalui Lima Teras Strategik komprehensif yang diperkenalkan, Yang
Berbahagia Tan Sri KPPA berharap agar penjawat awam dapat menyelami hasrat dan agenda transformasi
perkhidmatan awam dan seterusnya menyokong dan melaksanakan perubahan dalam setiap aspek
perkhidmatan; organisasi, proses dan cara kerja, sikap dan nilai serta matlamat dan hala tuju.
Mengakhiri ucapan beliau, Yang Berbahagia Tan Sri KPPA yakin dan percaya dengan sikap komited dan
berbekalkan iltizam yang tinggi, penjawat awam akan berjaya merealisasikan agenda transformasi negara dan
transformasi Perkhidmatan Awam yang sedang giat dilaksanakan hingga ke hari ini.
99
Pada 29 Oktober 2014 telah berlangsungnya Anugerah Inovasi & Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri yang
bertemakan 'Menyemarak Inovasi, Merealisasi Transformasi'. Majlis ini telah membabitkan 41 jabatan dan agensi
di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada jabatan dan agensi di
bawah Jabatan Perdana Menteri yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sama ada pengurusan,
penghayatan inovasi, sosial dan pencapaian sukan.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan
Perdana Menteri sambil diiringi Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara serta Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Selain kategori Jabatan
Paling Inovatif, Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri itu juga dibahagi kepada tiga kategori lain iaitu
Kategori Non-ICT, Kategori ICT dan Produk Harapan.
Sekalung tahniah & syabas diucapkan kepada warga JPA yang memenangi dan menerima anugerah pada
hari berkenaan.
HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN
JABATAN PERDANA MENTERI 2014
100
Program jelajah #myGST4U merupakan satu inisiatif terbaharu JPA dalam usaha untuk menyebarluaskan
maklumat berkaitan dasar kerajaan khususnya GST kepada masyarakat terutama penjawat awam di peringkat
Negeri dan Daerah. Negeri Perak telah dipilih sebagai negeri pertama dalam pelaksanaan program Jelajah
#myGST4U, ia akan diikuti oleh beberapa buah negeri lain di Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Sesungguhnya, pelaksanaan GST tidak akan berjaya tanpa sokongan dan peranan yang perlu dimainkan
oleh semua penjawat awam. Penjawat awam bertanggungjawab untuk membantu Kerajaan memperbetulkan
persepsi negatif mengenai GST di kalangan penjawat awam, menyebar luas fakta sebenar mengenai kebaikan
pelaksanaan GST kepada rakyat, mendidik rakyat agar lebih berhati-hati dan berhemah dalam aspek
perbelanjaan, memastikan pematuhan kepada tanggungjawab membayar cukai dalam semua peringkat serta
membantu kerajaan khususnya agensi penguatkuasa dalam memantau aktiviti mengaut keuntungan secara
tidak munasabah oleh peniaga melalui mekanisme yang akan diperkenalkan nanti di bawah Akta Kawalan
Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Program yang berlangsung selama sehari ini menggabungkan pelbagai aktiviti menarik antaranya
Taklimat GST, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Pemeriksaan Kesihatan, Program MyBest Buy (Karavan
Tani) dan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) selaras dengan tujuan untuk:
Memberi kesedaran dan pendedahan kepada kakitangan awam mengenai pelaksanaan Blue Ocean
Communication of GST;
Mewar-warkan inisitif-inisiatif di bawah 1 Malaysian Civil Service Retirement Support (1MCRS);
Mendekati penjawat awam melalui perkhidmatan JPA4U; dan
Mendedahkan inisiatif awal di bawah National Blue Ocean Strategy.
Kerjasama dari semua agensi dalam melaksanakan program Jelajah #myGST4U telah menunujukkan satu
komitmen yang jitu dalam memastikan semua pihak memahami dan menghayati keperluan dalam pelaksanaan
dasar baru Kerajaan pada masa akan datang.
JELAJAH #MYGST4U@PERAK
101
102
MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG
Pada 4 November 2014, telah berlangsung Majlis Penyerahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong. Seramai 12 orang pelajar
menerima penajaan terbabit bagi sesi 2014-2015 daripada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan
Perdana Menteri di Lounge Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Enam pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan enam
pelajar sarjana dalam bidang sains dan teknologi serta undang-undang menerima biasiswa yang diperkenalkan untuk
mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang individu. Bagi penawaran kali ini, satu bidang baru diperkenalkan iaitu
Kewangan Islam selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa. Keistimewaan
penajaan itu ialah mereka menerima elaun sara hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasiswa Persekutuan untuk
pengajian luar negara.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
103
5 November 2014 - Jelajah #myGST4U julung-julung kalinya
telah diadakan di Negeri Sabah. Majlis ini telah direalisasikan
hasil jalinan kolaborasi dan kerjasama padu Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
dan INTAN Sabah dengan kerjasama daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Kepenggunaan dan Koperasi, Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jelajah #myGST4U di Kota Kinabalu ini yang
merupakan negeri kedua daripada enam siri jelajah yang akan
diadakan oleh JPA pada tahun ini. Siri Jelajah yang pertama
telah diadakan di Kuala Kangsar pada 30 Oktober 2014 yang
lalu. Jelajah #myGST4U merupakan salah satu inisiatif di
bawah Blue Ocean Communication on GST yang diterajui oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan
Malaysia.
Melalui program turun padang yang amat digalakkan
oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara di
bawah konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, ia
membolehkan JPA dan MOF menyebar luas agenda dan dasar
mengenai GST serta menjawab segala pertanyaan dan
kemusykilan mengenai GST yang berada di fikiran para
penjawat awam dan kepada rakyat umumnya. Penganjuran
program sebegini diharap dapat membawa anjakan perubahan
baharu yang positif ke dalam minda penjawat awam agar
menyokong dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan ke arah
mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi dan
mampan.
PROGRAM JELAJAH #MYGST4U@SABAH
104
SUNGAI PETANI, KEDAH, 9 NOVEMBER 2014 – Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam telah melancarkan
Kempen Go Green JPA4U di INTAN Kampus Wilayah
Utara (INTURA). Kempen peringkat Jabatan
Perkhidmatan Awam bertemakan “Wilayah Lestari: Ke
Arah Gaya Hidup Hijau” ini adalah bertepatan dengan
Teras Keempat Kerangka Transformasi Perkhidmatan
Awam iaitu menjalinkan kerjasama dan penglibatan
awam-swasta-NGO bagi melahirkan Perkhidmatan
Awam yang berprestasi tinggi dan berjiwa rakyat.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
berkata, Kempen Go Green ini bersempena dengan Hari
Kitar Semula Kebangsaan yang disambut pada 11
November diharap akan memberi kesedaran berterusan
tentang kepentingan menghargai alam sekitar. Beliau
mahukan rakyat bersikap terbuka dan positif membuat
perubahan dalam kehidupan seharian dengan mengitar
semula bahan-bahan seperti plastik, kertas dan kaca demi
untuk menyelamatkan bumi.
Se la in da r ipa da pengis ia n progra m
JPA4U@INTURA yang merangkumi aktiviti
berkonsepkan “Go Green” dan “Community
Engagement”, program ini turut didatangkan dengan
hidangan intelek seperti Wacana Transformasi
Kepimpinan Muda, Wacana Kepimpinan Al-Fateh dan
Program Khas bersama Angkawasan Negara, Yang Berba-
hagia Dato’ Dr. Sheikh Muzaphar Shukor. Terdapat pel-
bagai jenis pameran yang menyertai program ini seperti
pameran Mybest Buy dari FAMA, e-Filing dari LHDN,
Kitar Semula dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri
Kedah dan sebagainya.
KEMPEN GO GREEN JPA4U DI INTAN KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
105
Program Semarakkan Transformasi
SUNGAI PETANI, KEDAH, 9 NOVEMBER 2014 – Program Semarakkan Transformasi dan
Jelajah #myGST4U Negeri Kedah merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
(SUK) Kedah, CUEPACS serta badan NGO seperti Persatuan Pesara.
Program yang berkonsepkan Merakyatkan Perkhidmatan Awam membolehkan JPA dan agensi-agensi lain
menyebar luas agenda dan dasar mengenai GST serta menjawab segala pertanyaan mengenai GST yang berada di
fikiran para penjawat awam dan kepada rakyat umumnya. Selain itu, penganjuran program ini merupakan
sebahagian daripada inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam JPA untuk turun padang dan berjumpa dengan
penjawat awam bagi menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan transformasi. Terdapat 6 siri jelajah yang akan
diadakan dan negeri Kedah merupakan siri yang ketiga selepas negeri Perak dan Sabah. Melalui penganjuran
program ini, penjawat awam dapat memahami dengan jelas dasar yang diperkenalkan, bersikap terbuka dan positif
untuk membuat perubahan dan sekaligus, membantu kerajaan mempertingkatkan kesedaran di kalangan rakyat
kerana mereka juga merupakan sebahagian dari jurucakap dasar-dasar kerajaan.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dalam ucapannya turut menyentuh mengenai 1Pesara yang
merupakan salah satu inisiatif yang disediakan untuk menjaga kebajikan pesara Kerajaan yang telah banyak
menabur budi dan jasa bakti sepanjang berada dalam perkhidmatan awam. Inisiatif ini diterajui oleh JPA dengan
kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia
yang bernaung di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS).
Pelbagai inisiatif yang disediakan ini adalah untuk menunjukkan betapa Kerajaan secara berterusan
mengambil berat dan prihatin terhadap kebajikan penjawat awam sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang
sudah bersara. Kesemua inisiatif ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan dibalas dengan semangat
patriotisme yang tinggi demi menjaga kedaulatan dan nama baik Perkhidmatan Awam dan Negara. Oleh itu,
kebersamaan semua pihak dalam program hari ini jelas menunjukkan aspirasi serta semangat yang padu serta jitu
oleh penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bagi memastikan agenda nasional dapat digarap, dihasilkan
dan dilaksanakan dengan jayanya.
106
5 November 2014 - Majlis Dialog Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Guru-guru di Sabah telah diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Majlis ini telah direalisasikan hasil jalinan kolaborasi dan kerjasama padu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dalam amanatnya kepada para guru mengajak semua guru untuk bersama JPA melayari bahtera transformasi menuju destinasi iaitu sebuah Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan Berjiwa Rakyat. Melalui program turun padang ini, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berharap dapat mendengar sendiri keluh kesah dan harapan para guru untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan Negara di samping meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan. Beliau juga berharap dengan program turun padang ini, penyampaian agenda transformasi kepada para guru dapat disampaikan dengan jelas dan anjakan minda dan perubahan terhadap dasar-dasar baharu dapat diterima dengan terbuka dan positif.
JPA juga, dengan kerjasama KPM telah melaksanakan projek rintis melalui National Blue Ocean Strategy – Program Pemantapan Profesion Guru atau NBOS - PPG di mana penempatan seramai 445 orang pembantu guru dengan jawatan Pembantu Tadbir dan 229 orang Juruteknik Komputer telah diwujudkan dan ditempatkan untuk membantu Guru Tugas Khas iaitu Guru Data, Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari di 313 buah sekolah di Melaka mulai tahun 2013.
Mengakhiri amanat beliau, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berharap agar para guru dapat memainkan peranan aktif sebagai jurucakap bagi memperjelaskan dasar-dasar Kerajaan termasuklah pelaksanaan GST kepada umum. JPA melalui INTAN dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia telah diberi peranan untuk melatih penjawat awam agar sentiasa bersedia untuk menerangkan kepada rakyat tentang isu GST. Yang Berbahagia Tan Sri KPPA juga sempat membacakan sebuah sajak oleh Sasterawan Negara Usman Awang bagi mengenang jasa guru-guru dalam majlis ini.
SESI DIALOG KPPA BERSAMA GURU-GURU SABAH
DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
107
6 November 2014 - Projek Sekolah Angkat JPA4U@INTAN Sabah ini merupakan projek rintis yang julung-julung kali diadakan. JPA4U dilancarkan pada 9 Disember 2013 untuk menyokong agenda Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara untuk bertemu dengan rakyat, mendengar masalah dan rintihan mereka serta melihat sendiri keperitan yang dilalui oleh masyarakat. Justeru, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya telah terpilih sebagai sekolah angkat yang pertama sebagai menjayakan agenda ini.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dalam ucapannya menerangkan bahawa idea untuk melaksanakan program sekolah angkat ini tercetus apabila menyedari bahawa agensi-agensi Kerajaan, GLC mahupun pihak swasta dilihat kurang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh faktor pulangan komersial atau pun tanggapan kerjasama seumpama ini yang dikatakan kurang menonjolkan imej korporat mereka di mata masyarakat.
Justeru itu, JPA melalui Kampus INTAN Sabah mencadangkan program sekolah angkat ini dilaksanakan di bawah program JPA4U bagi merealisasikan impian Merakyatkan Perkhidmatan Awam melalui konsep perkongsian pintar. Kepakaran dan keupayaan INTAN dari segi tenaga pelatih yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan aset diharap dapat dioptimumkan. Dengan kerjasama strategik ini diharap dapat memberikan pulangan terbaik kepada sekolah. Menyedari kepentingan pemupukan sumber manusia, sekolah adalah institusi penting sebagai pusat utama pembenihan, pertumbuhan dan penyuburan sumber manusia, pembentukan akhlak dan perwatakan generasi muda dan cara pemikiran. Guru memainkan peranan yang amat penting sebagai menyokong dan membantu dalam pembentukan pemikiran dan sikap kanak-kanak sejak dari kecil. Justeru, didikan awal yang betul amat perlu untuk mengubah cara berfikir agar mereka mudah menerima perubahan dan bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan sepanjang proses membesar.
Mengakhiri ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri berharap agar program seumpama ini akan memberi impak yang tidak hanya terhad kepada para pelajar malahan limpahan manfaatnya akan turut dirasai masyarakat umum. JPA melalui INTAN akan bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk menyediakan ruang dan landasan kepada rakyat untuk lebih dekat dan mesra dengan agensi-agensi kerajaan. Pelbagai program akan dirancang sebagai pendedahan terhadap peranan serta fungsi organisasi kerajaan dalam menangani cabaran mendatang.
PROGRAM JPA4U@INTAN SABAH
108
PUTRAJAYA,8 November 2014 - Program Eksplorasi transformasi 2014 dianjurkan oleh Bahagian Transformasi
Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (BTSA, JPA) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PPTD), INTAN Bukit Kiara dan Kelab JPA. Program berbentuk treasure hunt ini bertemakan
Patriotisme dan Bahasa Kebangsaan bermula di Kompleks C, Putrajaya ke INTAN Bukit Kiara. Program
merupakan salah satu inisiatif ke arah menyebarluaskan agenda transformasi, di samping mengukuhkan
semangat berpasukan dan kekitaan di kalangan penjawat awam dalam menyokong pelaksanaaan Program
Transformasi Kerajaan. Melalui penganjuran program ini juga, para peserta akan bersikap lebih positif dan terbuka
untuk menghadapi sebarang perubahan dalam Perkhidmatan Awam.
Acara Pelepasan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Acara Pelepasan bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di
hadapan Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Turut hadir bersama ialah Yang Berbahagia Dato' Sri
Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Yang
Berbahagia Dato' Seri Zainal Rahim Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) serta
Pengarah-Pengarah Bahagian JPA.
Penyertaan terbuka kepada semua kementerian dan agensi kerajaan dan setiap pasukan terdiri dari
maksimum empat orang. Sebanyak 65 buah kenderaan terlibat yang mana lebih 200 orang mengambil bahagian
dalam acara Ekplorasi Transformasi ini. Pasukan yang terlibat antaranya ialah Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan
Penyiaran Malaysia (RTM).
PERTANDINGAN EKSPLORASI TRANSFORMASI 2014
109
PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI & JELAJAH #MYGST4U @ PERLIS
24 November 2014 - Program Semarakkan Transformasi dan Jelajah #myGST4U diteruskan lagi di Negeri Perlis. Ini
merupakan negeri keempat selepas Perak, Sabah dan Kedah. Program ini dilaksanakan menerusi usahasama Strategi
Lautan Biru Kebangsaan bersama-sama kementerian, agensi dan Jabatan lain di peringkat Persekutuan dan Negeri
antaranya Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kastam Diraja
Malaysia serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi penerangan tentang
Transformasi Perkhidmatan Awam dan GST kepada seluruh penjawat awam peringkat Negeri Perlis.
Jelajah #myGST4U di Perlis ini merupakan
negeri keempat daripada enam siri jelajah yang
diadakan oleh JPA pada tahun ini. Jelajah
#myGST4U merupakan salah satu inisiatif di
bawah Blue Ocean Communication on GST yang
diterajui oleh JPA dan Kementerian Kewangan
Malaysia.
Demi menyokong hasrat Kerajaan ke arah
mencapai hasrat negara maju, Program
Semarakkan Transformasi turut diadakan bagi
menerangkan mengenai Agenda Transformasi
Negara khususnya Transformasi Perkhidmatan
Awam. Anggota perkhidmatan awam merupakan
pelaksana dasar Kerajaan dan penyampai harapan
rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. JPA yang menerajui Transformasi
Perkhidmatan Awam ingin mengajak semua
penjawat awam Negeri Perlis untuk bersama
mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam yang
Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan
Berjiwa Rakyat berdasarkan Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) yang
telah digarap dan dibangunkan oleh JPA.
Melalui program turun padang di bawah
konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, ia
membolehkan JPA dan MOF menyebar luas
agenda dan dasar mengenai GST serta menjawab
segala pertanyaan dan kemusykilan mengenai GST
yang berada di fikiran para penjawat awam dan
kepada rakyat umumnya. Penganjuran program
sebegini diharap dapat membawa anjakan
perubahan baharu yang positif ke dalam minda
penjawat awam agar menyokong dan
melaksanakan dasar-dasar Kerajaan ke arah
mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi
dan mampan.
110
Mesyuarat Bersama Kebangsaan (MBK) telah diadakan
bermula 20 hingga 21 November 2014. MBK telah
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu MBK Am, MBK
Sains dan Teknologi dan MBK Pengurusan dan Profesional
(P & P). Mesyuarat selama dua hari ini diadakan bagi
mencapai persetujuan bersama berdasarkan kepada
perbincangan dengan semua pihak berhubung perkara yang
telah dibincangkan dalam Mesyuarat Pre-Council pada 19
November yang lalu. Harapannya agar mesyuarat ini
berjalan dengan lancar, harmoni dan ahli-ahli mesyuarat
berupaya mencari permuafakatan bagi meningkatkan
penyampaian Perkhidmatan Awam.
Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam mengajak semua penjawat awam untuk membuat
anjakan pemikiran, tindakan dan aspirasi baharu serta
mendepani masa. Hasil dari kemahuan dan kebolehan
berfikir, bertindak dan beraspirasi boleh melonjakkan
kreativiti, maka terhasillah inovasi yang hebat. Dengan itu,
perkhidmatan awam akan menjadi satu institusi yang bukan
sahaja mempunyai pekerja yang berdaya saing tetapi turut
sentiasa mencetus idea-idea baru, berdaya maju, mempunyai
mentaliti terpuji dan mendepani masa, lantas dapat
memenuhi ciri-ciri warga sebuah negara maju.
Yang Berbahagia Tan Sri juga menekankan mandat
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada penjawat
awam melalui Ucapan Bajet 2015 yang memberi fokus
kepada Ekonomi Keperluan Rakyat, iaitu melalui strategi
ketiga: Mengupaya Modal Insan Dan Keusahawanan, antara
tindakan yang perlu dilaksanakan ialah Memantapkan
Profesionalisme Perguruan dan Prestasi Sekolah,
Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan dan lain-lain
tindakan lagi.
Setiap cadangan daripada Pihak Pekerja dalam
mesyuarat ini akan dipertimbangkan mengikut merit yang
ditetapkan dan proses penambahbaikan kebajikan penjawat
awam akan dilaksanakan secara berterusan. Semua wakil
Pihak Pekerja diharap terus berperanan secara aktif dalam
menyampai dan menyokong dasar-dasar Kerajaan.
Pemimpin Pihak Pekerja perlu membuat kajian terperinci
serta perbandingan dan melihat sesuatu tuntutan secara
holistik sebelum ia dikemukakan kepada agensi pusat, bagi
mencerminkan kredibiliti pemimpin kesatuan yang dapat
memperjuangkan tuntutan-tuntutan pekerja dengan
saksama.
JPA amat menghargai sokongan padu Pihak Pekerja
kerana memberi kerjasama erat dan telah bersama-sama
dengan Pihak Pegawai dalam mendokong dasar-dasar
Kerajaan sebagaimana yang diharapkan.
MAJLIS MESYUARAT BERSAMA KEBANGSAAN
111
PERHIMPUNAN BULANAN JPA BAGI BULAN NOVEMBER
ANJURAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
17 November 2014, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan November yang bertemakan “Modal
Insan Berintegriti Pemacu Transformasi”. Integriti merupakan dasar terpenting yang menjadi pemacu pentadbiran
Kerajaan dan penjawat awam seharusnya tidak mengabaikan nilai-nilai integriti dalam penyampaian
perkhidmatan.
Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada tahun 2004 adalah sebuah pelan yang digarap sebagai
pemangkin kepada pencapaian wawasan untuk melahirkan masyarakat yang menjulang tinggi nilai integritinya
selain dari usaha kerajaan dalam mentransformasikan Perkhidmatan Awam. Tema kali ini adalah bertepatan
dengan peranan JPA selaku peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam sempena Hari Integriti Kebangsaan yang
disambut pada bulan November setiap tahun. Malah ia menjadi salah satu daripada enam Teras Strategik Agenda
Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu Nilai Bersama dengan membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos
dan berintegriti. Pembudayaan nilai-nilai ini menjadi nadi utama yang akan membentuk penjawat-penjawat awam
yang hebat dalam aspek integriti dan penghayatan sepenuh jiwa kepada etos Perkhidmatan Awam demi
memastikan semua dasar yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai objektif seperti yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, sebagai penjawat awam kita perlu berganding bahu, membulatkan tekad dan azam
untuk melaksanakan Agenda Integriti Negara dan membuat perubahan diri agar di akhirnya nanti, bukan sahaja
kita mampu mencapai status sebuah Negara yang maju tetapi juga memiliki lapisan modal insan yang unggul dari
segi membudayakan prinsip-prinsip nilai murni, etika dan integriti, yang dapat terus memacu usaha ke arah
transformasi Negara yang berjaya.
112
Pada 21 sehingga 24 November 2014 telah berlangsung Program Kembara Kasih MAKSWIP 2014 yang diadakan di
Kampung Ujung Bukit, Kangar, Perlis. Program ini merupakan anjuran MAKSWIP dengan kerjasama MAKSAK
Perlis, Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis, Kelab JPA dan PUSPANITA Cawangan Kecil JPA. Program telah
dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Yang Dipertua MAKSWIP. Turut hadir bersama
ialah Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan Ismail, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPA; Yang Berbahagia
Datuk Adnan Md Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan; dan Yang Berbahagia Dato’ Jamil
Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Exco MAKSWIP; Tuan Romli Dai, Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis; Pengarah-pengarah Bahagian JPA dan JKKK Kampung Ujung Bukit, Kangar, Perlis.
Program turun padang kali ini disertai oleh penduduk kampung dan ahli MAKSWIP dan PUSPANITA
Cawangan Kecil JPA. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong membersihkan kawasan perkuburan Kg.
Ujung Bukit, mengecat rumah warga emas serta penyampaian sumbangan warga JPA berjumlah RM3,600 kepada
anak yatim, ibu tunggal dan warga emas Kampung Ujung Bukit yang dikutip oleh Kelab JPA. Penduduk kampung
dan ahli-ahli MAKSWIP turut bergotong-royong memasak hidangan tengah hari untuk semua peserta, petugas dan
penduduk kampung yang terlibat.
PROGRAM KEMBARA KASIH MAKSWIP 2014
113
Pada 25 November 2014 telah berlangsung Lawatan Sambil Belajar oleh 60 Peserta Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik
(PTD) Bilangan 2/2014 di bawah pengurusan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lawatan Sambil Belajar ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengurusan dan
pembangunan organisasi JPA selain memenuhi keperluan salah satu modul pembelajaran mereka iaitu Modul Pengurusan
Sumber Manusia dan Organisasi (PESMO). Lawatan dimulakan dengan taklimat korporat JPA daripada Pasukan
Komunikasi dan seterusnya lawatan ke bahagian-bahagian utama JPA. Kemuncak lawatan ialah sesi perbincangan kajian
kes bersama fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPA.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PESERTA KADET PTD BIL 2/2014
Pada 27 November 2014 telah berlangsung Majlis Pengenalan Jersi Kelab JPA dan
Penyampaian Sumbangan Bantuan Kelab JPA di Dewan Melur, INTAN Bukit Kiara
Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kelab JPA kerana telah
dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Kelab Bukit Perdana Peringkat Jabatan Perdana
Menteri Tahun 2014 di Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM pada 29 Oktober 2014.
Kejayaan ini membuktikan bahawa kecemerlangan warga JPA merangkumi
keseluruhan aspek termasuk kejayaan dalam pencapaian aktiviti-aktiviti sukan serta
pelaksanaan aktiviti-aktiviti rekreasi, kerohanian dan kebajikan.
Selain daripada itu, Yang Berbahagia Tan Sri juga mengucapkan tahniah
kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri Presiden atas usaha menggerakkan pasukan
sukan JPA dengan mengeluarkan jersi baharu berwarna kuning untuk kegunaan
pemain-pemain JPA. Warna kuning dipilih kerana ia melambangkan semangat tidak
mengaku kalah yang dimiliki oleh pemain-pemain yang akan bertanding dalam
Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah dan Bola Tampar Pantai Peringkat
MAKSWIP pada 5 & 6 Disember 2014 di Kangar, Perlis. Yang Berbahagia Tan Sri
percaya dengan adanya jersi baharu ini, ia akan menaikkan lagi semangat berjuang
para pemain JPA dalam bertanding.
MAJLIS PENGENALAN JERSI KELAB JPA &
PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KELAB JPA
Sumbangan Bantuan Persekolahan oleh Kelab JPA kepada Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Syifa, yang
terletak di Setapak, Kuala Lumpur turut diadakan. Sumbangan bantuan dari Kelab JPA ini merupakan sebahagian
daripada hasil wang kemenangan para pemain JPA dalam pertandingan-pertandingan sebelum ini. Semoga anak-anak
yatim dan saudara baharu berjumlah 30 orang ini akan mendapat manfaat hasil sumbangan bantuan persekolahan yang
diberikan untuk kegunaan pada tahun hadapan.
114
Interaction Session with Participants of the Advanced
Leadership and Management Programme (ALMP) Course
Series 45, Number 3/2014 was held on 27 November 2014.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Director-
General of Public Service advised the participants to be ready
to introduce transformational change in ministries and
agencies. This is what JPA has been trying to do today through
the Public Service Transformation Framework. The Framework
is founded on the principles of good governance, patriotism,
ethics, integrity, innovation and diversity. It is built upon an
enabling eco-system that is supported by scientific and
technological advancements.
As of today, all ministries have participated in the
Public Service Transformation lab series conducted in INTAN.
During these lab sessions, officers from the ministries learned
to apply the Public Service Transformation Framework within
the context of their organisations. They then developed strategic
measures with bold and radical strategic initiatives for
implementation in their ministries. Yang Berbahagia Tan Sri
hoped that all of the participants will be actively involved in
helping to implement these initiatives and ensure the success of
the transformation agenda in organisations.
Public service is a public sector in transformation, and
there is no doubt that civil servants need to change in order to
respond to governance challenges. Upon returning to respective
organisations, Yang Berbahagia Tan Sri wishes to see partici-
pants becoming good leaders, with the ability to create positive
change.
INTERACTION SESSION WITH PARTICIPANTS OF ADVANCED LEADERSHIP &
MANAGEMENT PROGRAMME (ALMP) COURSE SERIES 45, NO. 3/2014
MAJLIS MENGHADAP DYMM TUANKU RAJA PERLIS
Pada 25 November 2014, DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan
menerima menghadap Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta beberapa
Pengarah Bahagian JPA di Istana Arau, Perlis. Ketika menghadap,
Yang Berbahagia Tan Sri telah menyembah maklum kepada Tuanku
mengenai program-program transformasi Perkhidmatan Awam yang
telah dijalankan oleh JPA dan pemilihan negeri Perlis sebagai negeri
pertama diadakan Lab Transformasi Perkhidmatan Awam peringkat
negeri. Dalam titah balas, baginda berharap JPA dapat
mengutamakan Pegawai-Pegawai yang berpengetahuan tinggi dan
berpengalaman untuk ditempatkan di Negeri Perlis bagi
menyumbang idea dan usaha untuk memajukan negeri Perlis.
Pada masa yang sama, Pengerusi PUSPANITA Cawangan
Kecil JPA, Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan Ismail dan barisan
Exco PUSPANITA Cawangan Kecil JPA turut menghadap DYMM
Tuanku Raja Perempuan Perlis dan menyembahkan cenderahati
kepada baginda. Selepas majlis menghadap, Tuanku berdua telah
berkenan untuk bersantap tengah hari bersama rombongan JPA.
115
116
PROGRAM GEGAR #MYGST4U @ MAEPS, SERDANG
Program Gegar #myGST4U @ MAEPS, Serdang merupakan kemuncak program di bawah Blue Ocean Communication on
GST bagi tahun 2014. Blue Ocean Communication on GST merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah Strategi
Lautan Biru Kebangsaan ataupun NBOS yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dipacu
sendiri oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. Program ini dijayakan dengan kerjasama pelbagai
agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan
Kastam Diraja Malaysia. Penglibatan pelbagai agensi dalam merealisasikan Program Gegar #myGST4U ini adalah
selaras dengan semangat pelaksanaan inisiatif di bawah NBOS yang berasaskan high impact, low cost dan speedy
execution.
SEKITARSEKITARSEKITAR Kupasan Perjalanan Transformasi JPA
117
Demi menyokong hasrat Kerajaan ke arah mencapai status negara maju, Program 1PESARA turut diadakan pada 17
Disember 2014 bagi menerangkan mengenai faedah-faedah persaraan yang disediakan dari aspek kemudahan kesihatan,
khidmat nasihat pengurusan kewangan dan perniagaan serta peluang bekerja semula.
Perkhidmatan awam merupakan pelaksana dasar Kerajaan dan penyampai harapan rakyat untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. JPA yang menerajui Transformasi
Perkhidmatan Awam mengajak semua penjawat awam untuk bersama-sama mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam
yang Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan Berjiwa Rakyat berdasarkan Kerangka Transformasi Perkhidmatan
Awam (KTPA) yang telah digarap dan dibangunkan oleh JPA. Dalam ucapan beliau, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal telah menggesa penjawat awam menjadi penyebar kepada manfaat pelaksanaan dasar-dasar baharu
Kerajaan kepada rakyat.
Melalui program turun padang di bawah konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, ia membolehkan JPA dan
MOF menyebar luas agenda dan dasar mengenai GST serta menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan mengenai
GST yang berada di fikiran para penjawat awam dan kepada rakyat umumnya. Penganjuran program sebegini diharap
dapat membawa anjakan perubahan baharu yang positif ke dalam minda penjawat awam agar menyokong dan
melaksanakan dasar-dasar Kerajaan ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi dan mampan.
SAMBUNGAN; PROGRAM GEGAR #MYGST4U @ MAEPS, SERDANG
118
Kejohanan Golf Amal merupakan yang julung-julung
kali diadakan oleh KOPROJAYA. Penganjuran
Kejohanan Golf Amal ini merupakan usaha murni untuk
membuka ruang interaksi antara KPPA dengan pegawai
muda dalam suasana yang lebih santai serta menjadi
platform kepada pegawai-pegawai muda untuk
meluaskan jaringan merentasi skim perkhidmatan, gred
dan latar belakang dalam Perkhidmatan Awam. Ini
merupakan falsafah asas KOPROJAYA untuk menjadi
wadah kerjasama pegawai awam muda dalam
perkhidmatan awam.
Tabung Amal KOPROJAYA juga dilancarkan
bersempena dengan penganjuran Kejohanan Golf Amal
ini. Sebagai permulaan, sejumlah RM5,000 telah
diperuntukkan dan akan bertambah dengan sokongan
rakan strategik KOPROJAYA terutamanya dari sektor
korporat yang prihatin. Pelbagai manfaat akan dinikmati
oleh ahli KOPROJAYA melalui Tabung Amal ini
termasuklah hal seperti kecemasan, bencana, pencapaian
serta kecemerlangan perkhidmatan.
Dengan penganjuran aktiviti sebegini, hubungan
silaturrahim antara para pegawai awam yang terdiri
daripada pelbagai kementerian, agensi dan jabatan dapat
dieratkan. Aktiviti sebegini juga dilihat sebagai salah
satu kaedah networking dalam tugas kerana akan dapat
membantu menghasilkan kerja yang berkualiti dan
memelihara hubungan yang baik antara satu sama lain.
On 4th December 2014, JPA received a delegation visit from the Public Service Pensions Fund, United Republic
of Tanzania. 12 managers came to JPA to learn more about Post-Service Management for Civil Service’s
pensioners. Yang Berbahagia Dato’ Yeow Chin Keong, Director of Post-Service Division, JPA shared his insight
and knowledge on the topic.
PUBLIC SERVICE PENSIONS FUND, UNITED REPUBLIC OF TANZANIA VISITS TO JPA
KEJOHANAN GOLF AMAL BERSAMA PEGAWAI MUDA PERKHIDMATAN AWAM
119
PERHIMPUNAN BULANAN JPA BAGI BULAN DISEMBER
ANJURAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Pada 17 Disember 2014, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember yang bertemakan
“Kejayaan 2014, Inspirasi 2015.” Tema ini dipilih bagi mengimbau kembali program-program yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun 2014 agar dapat memberi inspirasi untuk JPA merancang kejayaan yang lebih
cemerlang dan gemilang pada tahun 2015.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Ucapan Bajet 2014 telah berkata, “Transformasi Perkhidmatan
Awam menjadi satu kemestian bagi mengukuh dan menyusun semula organisasi supaya relevan dengan
perkembangan semasa”. Transformasi Perkhidmatan Awam bermula dengan penghasilan Kerangka Transformasi
Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai KTPA oleh JPA menggunakan kepakaran dalaman melalui proses
konsultasi, dapatan kajian dan pandangan daripada dalaman dan luaran JPA. KTPA telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam atau JKK-MPGSA yang dipengerusikan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 Julai 2013. Perjalanan JPA menyebarluaskan KTPA bermula di
Kementerian-kementerian melalui Program Lawatan Transformasi dan Lab Transformasi.
Yang terkini, Kembara Transformasi diteruskan lagi dengan Lab Transformasi di peringkat Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang pertama ialah Negeri Perlis yang telah
diadakan pada 25 hingga 27 November 2014 di Kangar, Perlis dengan penglibatan seramai 50 orang peserta yang
terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan pegawai di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, agensi
negeri dan persekutuan di Negeri Perlis.
120
15 Disember 2014 (Isnin) – Telah berlangsungnya Program Genta Bahasa 2014 iaitu Majlis Kemuncak Bulan Bahasa
Kebangsaan Peringkat Sektor Awam di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1. Kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang Sariyan,
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah disambut dengan gimik lakonan-tarian oleh ASWARA.
Berikutan pelbagai program yang telah diadakan sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor
Awam, tayangan montaj berkisarkan Pertandingan Sajak, Pantun, Nyanyian Lagu Irama Asli, Gegar Pidato Piala
Pusingan KPPA, Karnival Patriotisme, Program Bahasa Merentas Desa dan Seminar Pugar Bahasa telah ditayangkan
dalam Majlis Genta Bahasa 2014 yang bertemakan ‘Semurni Bahasa Senada Bicara’.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan Teater Muzikal bertajuk ‘Bunga & Cinta’ oleh ASWARA di mana
teater muzikal yang mengisahkan tentang kedatangan seorang gadis dari utara tanah air ke ibu kota di atas jemputan
seorang profesor universiti ini membawa mesej untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
kebangsaan dan mendaulatkan Bahasa Melayu di mata dunia. Dalam majlis ini juga, Sesi Penyampaian Sijil Audit
Bahasa, cenderamata dan hadiah bagi para pemenang Pertandingan Sajak dan Puisi, serta Pidato Piala Pusingan
KPPA juga telah diadakan. Sebanyak tujuh kementerian, sebuah agensi dan enam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
telah menerima Sijil Audit Bahasa. Bagi Pertandingan Sajak dan Puisi, tempat pertama telah dimenangi oleh En.
Abdul Hadi bin Yusof dari Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, diikuti oleh En. Abdul Samad Othman dari
Kementerian Luar Negeri di tempat kedua dan En. Muhammad Nur Anuar Nordin dari Kementerian Luar Negeri di
tempat ketiga. Bagi Pertandingan Gegar Pidato Piala Pusingan KPPA pula, tempat pertama dimenangi oleh En. Wan
Mohd Hasif Wan Muhamat Ali dari Jabatan Perkhidmatan Awam, diikuti dengan Pn. Lyn D’Amor Buquing dari
Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat dan En. Mohd Ismail Adnan dari Radio Televisyen
Malaysia di tempat ketiga.
PROGRAM GENTA BAHASA 2014
121
4 Disember 2014 - Majlis Anugerah Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam 2014 Peringkat Kebangsaan ke-31 telah
diadakan di Hotel Renaissance, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tema Konvensyen kali ini iaitu "Melestari Inovasi
Merealisasi Transformasi" merupakan semangat yang mendasari agenda transformasi perkhidmatan awam yang
sedang giat dilaksanakan.
Tahun 2014 ini, beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah dirintis dari sudut penganugerahan
konvensyen. Anugerah Khas KIK diperkenalkan buat julung kalinya bagi memberi nafas baharu kepada pelaksanaan
KIK sedia ada. Ia merupakan gabungan dua atau lebih organisasi bagi membentuk satu kumpulan KIK untuk
merealisasikan projek yang membawa impak berskala besar dan lebih signifikan. Melalui anugerah ini, budaya kerja
secara silo akan dapat dikurangkan, manakala perkhidmatan kepada rakyat dapat disampaikan dengan lebih
berkesan.
Di samping itu, sebagai penghargaan kepada individu yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan
pelaksanaan projek KIK, Anugerah Mentor KIK diperkenalkan. Sebanyak 53 kumpulan akan bersaing bagi merebut
lima (5) anugerah yang dipertandingkan. Pertandingan KIK ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori
Pengurusan dan kategori Teknikal.
Ucapan ribuan terima kasih dan tahniah dirakamkan kepada Yang Berhormat Dato’ Ismail Karim, Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor dan seluruh warga SUK Negeri Johor atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan
Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-31 pada tahun ini. Semoga permuafakatan dan
kolaborasi yang terjalin ini dapat membuahkan outcome yang konstruktif ke arah membudaya inovasi bagi merealisasi
transformasi perkhidmatan awam.
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF
122
2 Disember 2014 - Program Jelajah #myGST4U@Johor
telah berlangsung di Persada Johor International
Convention Centre, Johor Bahru. Johor merupakan
negeri kelima dalam siri jelajah yang dirancang oleh
JPA pada tahun ini di mana Jelajah #myGST4U telah
diadakan di :
Kuala Kangsar, Perak pada 30 Oktober 2014;
Kota Kinabalu, Sabah pada 5 November 2014;
Sungai Petani, Kedah pada 9 November 2014;
dan
Kangar, Perlis pada 24 November 2014.
Jelajah #myGST4U merupakan salah satu
program di bawah Blue Ocean Communication on
GST yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia.
Blue Ocean Communication on GST merupakan salah
satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaaan ataupun National Blue Ocean Strategy
(NBOS) yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dan dipacu sendiri oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha. Pelaksanaan
inisiatif di bawah NBOS adalah berasaskan high
impact, low cost dan speedy execution.
Berasaskan itu, kita dapat lihat penglibatan
pelbagai agensi di dalam merealisasikan program
Jelajah #myGST4U@Johor pada hari ini. Dalam
ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal memohon agar semua
penjawat awam meletakkan diri mereka sebagai
saluran penghubung dalam menyalur dan
memperjelaskan maklumat mengenai dasar kerajaan
kepada masyarakat.
PROGRAM JELAJAH #MYGST4U @ JOHOR
123
PROGRAM WACANA KEPIMPINAN PERDANA PPTD BERSAMA YAB PM
PUTRAJAYA 17 Dis. - Majlis Wacana Kepimpinan Perdana merupakan suatu Majlis Perjumpaan antara Persatuan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri yang telah diadakan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali
Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden
PPTD, Yang Berbahagia Datuk Seri Zainal Rahim Seman. Dalam majlis ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan mengumumkan kelulusan permohonan Persatuan
Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTTD) bagi membina sebuah rumah kelab bagi Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) di Presint 1, Putrajaya.
Dalam ucapan beliau, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan analogi pendakian gunung
untuk menggambarkan keadaan semasa negara dengan menyatakan misi menawan puncak semakin mencabar
selari dengan tahap ketinggian yang dicapai. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, kedudukan Malaysia
pada masa ini bukan berada di kaki gunung tetapi di base camp iaitu tidak jauh dari puncak gunung tetapi cabaran
yang dihadapi juga menjadi semakin kompleks. PTD sudah sampai satu tempat bawah sedikit lagi dari puncak.
Oleh itu, PTD perlu lakukan suatu yang lebih daripada biasa dan mesti ada idea yang inovatif dan kreatif.
PTD juga dipesan untuk memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dengan memberi penerangan
kepada orang ramai mengenai isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi. PTD harus
mempunyai perikatan emosi (emotional bonding) dengan pemimpin negara supaya masing-masing boleh berkongsi
hasrat dan cita-cita untuk menjayakan matlamat bersama. PTD perlu adakan banyak program bersama dan
membuka peluang agar ketua Kerajaan boleh mengenali lebih banyak pentadbir, bukan sahaja pegawai kanan
tetapi juga pegawai muda. Untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan membolehkan rakyat hidup
sejahtera, pemimpin dan pegawai perlu ada perikatan emosi dan visi bersama. Lebih daripada 3,000 pegawai tadbir
dan diplomatik (PTD) telah menghadiri Majlis Wacana semalam.
124
Pada 11 Disember 2014 telah berlangsung Majlis
Pentauliahan AKRAB bagi kali ke-10 di Hotel Royale
Bintang, Pulau Pinang. Program ini merupakan
anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA dan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang
telah berkolaborasi dalam menjayakan majlis
pentauliahan pada kali. Tema yang dipilih pada kali ini
ialah “AKRAB Agen Transformasi”. Ia dipilih kerana
peranan AKRAB amat signifikan dalam usaha
merealisasikan transformasi dalam perkhidmatan
awam. Transformasi perkhidmatan awam tidak dapat
dielakkan dan ianya pasti berlaku dalam era
globalisasi, teknologi, inovasi dan kreativiti dalam
dunia tanpa sempadan yang berpaksikan pengetahuan.
Pada masa yang sama, ekspektasi rakyat untuk
mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada
penjawat awam dan kerajaan kian meningkat.
Dalam sesi terakhir Perhimpunan Bulanan JPM
bagi tahun 2014 di Dataran Putra beberapa hari yang
lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
menggariskan empat perkara penting buat penjawat
awam bagi mendepani cabaran dan ancaman pada
tahun 2015.
MAJLIS PENTAULIAHAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
TAHUN 2014
Empat perkara yang dinyatakan ialah Cabaran Keamanan; Keselamatan dan Keharmonian; Menangani Rasuah
dan Salah Guna Kuasa; dan Amalan Konsep Solidariti Nasional serta Amalan Budaya Berprestasi Tinggi. Menurut
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lagi, empat perkara itu perlu diberi perhatian serius dan fokus oleh penjawat
awam bagi membolehkan Malaysia mencatat kejayaan lebih cemerlang pada masa depan. Ahli AKRAB boleh
memainkan peranan penting dalam membantu pengurus sumber manusia memastikan anggota perkhidmatan awam
bersedia melakukan perubahan minda dan tingkah laku demi mencapai aspirasi kerajaan.
125
Pada 10 Disember 2014 telah berlangsungnya Program HLP Scholars Breakfast Talk di Ruang Legar Lobi C1, JPA.
Program anjuran Bahagian Modal Insan (BMI) ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Program ini berkonsepkan ala 'tea talk-intellectual discourse' oleh para
penerima HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) yang telah bergraduasi bersama warga JPA, di mana program ini
diadakan bertujuan sebagai medium untuk berkongsi pengetahuan berkenaan pengajian, pengalaman pembelajaran
dan percambahan ilmu baharu antara para penerima HLP dengan penjawat awam amnya dan warga JPA khususnya.
Seramai lapan orang penerima HLP yang telah bergraduasi daripada universiti-universiti dari dalam dan luar negara
telah menyertai program ini. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada warga JPA dan membawa kepada pendedahan baharu kepada warga JPA.
Seramai enam pembentang telah terpilih berdasarkan bidang yang dikaji dan peringkat pengajian masing-
masing. Antaranya ialah bidang Strategi dan Keselamatan, Pengurusan Pendidikan, Kewangan Islam, Alam Sekitar,
Pengurusan Awam-Polisi dan Hubungan Antarabangsa.
HLP SCHOLARS BREAKFAST TALK
126
Pada 9 Disember 2014 telah berlangsung Majlis Perasmian
JPA-COTI On Site Joint Training Programme di
Auditorium, Kampus INTAN Sabah. Majlis ini dirasmikan
oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Mr. Lee
Yang-goo, Pengarah Pejabat Latihan dan Kerjasama
Antarabangsa, Central Officials Training Institute (COTI).
Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk
meneruskan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenal-
kan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat
Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982.
Program ini diadakan mengadakan hubungan yang baik
antara pegawai kerajaan di Korea dan Malaysia, di
samping menambah baik pemahaman tentang kedua-dua
budaya, cara bekerja dan strategi pembangunan sumber
manusia. Kebanyakan peserta COTI memberikan maklum
balas yang positif mengenai program yang telah dijalan-
kan dan mereka berharap agar program-program seperti
ini akan diteruskan lagi di masa akan datang.
MAJLIS PERASMIAN JPA-COTI ON SITE JOINT TRAINING PROGRAMME
GEGAR TRANSFORMASI
Program Gegar Transformasi ini berkonsepkan ala mini persada transformasi dalam suasana yang santai dan ceria
tetapi berinformasi. Pelaksanaan dan persembahan program ini adalah berdasarkan pengisian program dibahagikan
kepada lima (5) segmen iaitu Reality Check, Outside Look, Heart 2 Heart, Wake Up Call dan Moving Forward. Program ini
juga merupakan salah satu inisiatif JPA bagi menyemarakkan sekaligus menerapkan aktiviti-aktiviti transformasi di
JPA.
127
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR JPA4U
Pada 31 Disember 2014, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
bersama Pasukan Sukarelawan JPA4U telah turun padang ke Perak bagi melawat mangsa banjir di kawasan Lambor
Kiri, Lambor Kanan, Changkat Lada dan Kampung Gajah, Perak. Lawatan yang disertai 30 orang sukarelawan JPA
bergerak ke Perak pada jam 6.00 pagi menggunakan bas Transform JPA. Sewaktu melawat kawasan banjir, Yang
Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mendengar taklimat yang diberikan berkenaan kejadian banjir, sebelum
dibawa melihat kawasan. Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal turut mengambil kesempatan singgah ke
penempatan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri, Perak dan beramah mesra bersama kanak-
kanak yang terlibat dengan musibah ini.
Pada 1 dan 2 Januari 2015, Yang Berbahagia Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal dan sejumlah 15 orang
sukarelawan JPA4U turun ke Kelantan untuk Misi
Kemanusiaan Sumbangan Bantuan JPA4U. Sebuah lori
dan sebuah van digunakan sebagai pengangkutan ke
sana. Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
telah meninjau keadaan kawasan yang terjejas akibat
banjir dan bertemu dengan para petugas di pusat
pemindahan banjir di Kuala Krai dan Kota Bharu di
samping melihat perkhidmatan yang disediakan bagi
meredakan kesulitan mangsa banjir di kawasan tersebut.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
juga mengambil kesempatan beramah mesra bersama
kakitangan Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja
Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Yang Berbahagia Tan
Sri Mohamad Zabidi Zainal diberi taklimat mengenai
keadaan banjir di negeri Kelantan oleh Yang Berhormat
Dato' Haji Mohd. Faudzi Haji Che Mamat, Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan.
Sambungan di sebelah..
128
Taklimat ini juga disertai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Farida Mohd. Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian
Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan dan wakil-wakil Jabatan serta Universiti di peringkat negeri.
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal merakamkan ucapan terima kasih di atas pengorbanan
para sukarelawan, pegawai dan kakitangan hospital dalam urusan banjir di Kuala Krai terutamanya khidmat bakti
kepada pesakit. Yang Berbahagia Tan Sri KPPA juga menekankan semangat kerjasama berpasukan dari pelbagai
Jabatan dan Agensi di bawah payung perkhidmatan awam bagi memudahkan urusan terutamanya bagi
menghadapi situasi banjir yang berlaku. Rasa tanggungjawab perlu wujud di dalam diri penjawat awam seperti
yang dilakukan oleh setiap kakitangan Hospital Kuala Krai dalam membantu masyarakat setempat dan pesakit
akibat banjir.
129
Pada 30 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015, Malaysian Crisis
Intervention Team (MCIT) telah menjalankan misi untuk membantu
mangsa-mangsa bencana banjir dengan mengadakan kolaborasi
bersama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan
Malaysia dan PERKESO, Kementerian Sumber Manusia.
Seramai 50 orang anggota MCIT menggunakan 11 buah
kenderaan 4WD telah menyertai misi ini. Anggota MCIT terdiri
daripada Pegawai Psikologi kementerian dan jabatan. Misi kali ini
bergerak menuju ke empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu,
Pahang dan Perak. Seramai 63 orang anggota telah terlibat menjalan-
kan tugas menyampaikan intervensi krisis. Seramai 34 orang anggota
telah bertugas di Kelantan, 16 orang bertugas di Terengganu, tujuh
orang di Pahang dan enam orang di Perak. Seramai 335 orang mangsa
banjir terlibat dengan psikopendidikan dan seramai 94 orang mangsa
banjir telah menjalani intervensi krisis.
MISI BANTUAN INTERVENSI KRISIS PANTAI TIMUR
130
131