Download - Kertas Kerja Pertandinagan Memanah
KERTAS KERJA KARNIVAL PERTANDINAGAN MEMANAH PERINGKAT SEKOLAH ANTARA RUMAH SUKANPENGENALAN
Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Zaman dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba menguasai kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan.
Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya pihak kami khususnya yang terlibat dalam dunia sukan diperlengkapkan dengan sebanyak mungkin ilmu bagi memikul tanggungjawab mendidik, membimbing dan melatih bakal-bakal anak-anak yang masih kecil bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia
RASIONAL
Di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah sama ada peringkat Kebangsaan mahupun negeri telah wujud pertandingan dalam berbagai kategori namun dari segi penyertaannya belum begitu meluas. Perkara ini mungkin didorong oleh kekurangan jurulatih ataupun ketidakmampuan dari segi kos penyediaan alat.
Kekurangan dari segi kos mungkin boleh di atasi dengan agak mudah berbanding masalah dari segi ketiadaan jurulatih. Untuk menyediakan jurulatih yang berwibawa mungkin akan memakan masa yang lama. Justru itu Kelab memanah SK Seri Sekamat dengan kerjasama PIBG berusaha untuk mewujudkan Kelab Memanah SK Seri Sekamat kepada murid-murid. Dengan harapan setelah menceburi bidang sukan ini dapat menaikkan nama sekolah dan seterusnya memberi pengalaman dan dorongan baru pada anak-anak murid dalam bidang sukan antarabangsa ini. Atas keperluan inilah pihak kelab memanah SK Seri Sekamat perlu menubuhkan kelab daripada murid-murid Seri Sekamat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersukan dan memberi mafaat pada semua pihak.
Sehubungan dengan itu setelah tertubuhnya Gerko Memanah di sekolah ini secara tidak langsung anak-anak murid yang terlibat dapat menimba ilmu dalam sukan memanah. Akhirnya setelah mereka didedahkan dengan sukan memanah ini jadi anak-anak murid ini boleh mewakili sekolah dalam kejohanan peringkat MSSD nanti. Sukan memanah adalah sejenis sukan yang sesuai untuk semua golongan tanpa mengira peringkat umur dan kekuatan fizikal. Jadi dengan adanya kelab memanah disekolah ini akan memberi pilihan kepada murid-murid yang terlibat menyertai kelab berkenaan.
MATLAMAT
Adalah diharapkan Penubuhan Kelab Memanah SK Seri Sekamat ini akan memberi peluang kepada anak-anak murid dan ibu bapa yang berminat untuk menerima pendedahan dalam kemahiran memanah. Secara tidak langsung akan dapat melahirkan atlet yang mempunyai pengetahuan asas kemahiran memanah yang akhirnya akan dikembangkan di kalangan masyarakat dan memberi manfaat pada sekolah .
OBJEKTIF
Adalah diharapkan dengan perlawanan peringkat sekolah ini akan dapat :
1. Mencari pemanah yang hebat untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah dan negeri seterusnya kebangsaan.2. Memperkenalkan serta mengembangkan sukan memanah di kalangan murid-murid.
3. Melahirkan tenaga pengajar sukan memanah sebagai memenuhi keperluan masa kini di peringkat daerah.
4. Memberikan pendedahan sukan memanah dari aspek kemahiran asas, pengurusan, teknikal, Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan.
5. Menjadikan sukan memanah sebagai suatu aktiviti riadah bagi murid-murid.
6. Menyumbang ke arah pembangunan sukan memanah di peringkat antarabangsa.
ACARA PERTANDINGANTempat : Padang SK Seri SekamatTarikh
: 22 dan 23 Januari 2014
Masa
: 2.00 Petang
Hari
: RabuSASARAN
30 penyertaan murid
AHLI JAWATANKUASA INDUK:
Penaung: Yang Dipetua PIBG
SK Seri Sekamat
Pengerusi : Guru Besar
SK Seri Sekamat
Setiausaha
: Mohd Yusry Bin Muhamad
Kelab Sukan Memanah SK Seri Sekamat
Penyelaras
: Pn Mahani bt SulaimanPenolong Penyelaras: Pn Haslizawati bt Ab. Razak
Jurulatih
: 1. Pn Maslina bt Che Hussin
2. Pn Haslizawati bt Ab. Razak
JAWATAN KUASA KERJA:
Pengerusi: Guru Besar
SK Seri Sekamat
En.Zulkifli bin Mohd TahirTimbalan Pengerusi: GPK KOKO
En Rosli Bin Julis
Urusetia
: En . Mohd Yusry bin Muhamad
: En. Shah Rizal bin Che Hak
Ahli Jawatankuasa :
a. Peralatan
: Pn Shahima Bt Bakar
b. Pendaftaran
: Pn Rahimah Bt Ibrahim
c. Perasmian dan Penutupan : Pn Maslina bt Che Hussin
e. Buku Program & Dokumentasi : Pn Maslina bt Che Hussin
f. Hadiah & Cenderamata : En Idham Bin Md Adnan
g. Keselamatan
: Pn Mahani Bt Sulaimanh. Hakim pertandingan: Pn Haslizawati bt Ab. Razak
ANGGARAN PERBELANJAAN ALATAN MEMANAH:1. Dacron Bow String
RM20.00 X 5
RM 100.00
2. Angle Finger Tab
RM8500 X 3
RM 255.00
3. Cartel Sight Pin c/w FiberRM12.00 X 5
RM 60.004. Hoty Hunter Rest
RM8.00 X 5
RM 40.005. Plastic Fletchers ( 50/ Pkt) RM30.00 X 3
RM 90.006. Arm Guard
RM30.00 X 5
RM 150.00
Jumlah RM 695.00PENGANGKUTAN DAN MAKAN1. Makan Murid 2 hari RM7.00 X 26X 2 hari
RM 364.00
RM 364.00
HADIAH PERTANDINGAN
KATEGORI LELAKI
Johan : piala iringan berserta sijil
RM 70.00
Naib Johan : piala iringan berserta sijil
RM 50.00
Ketiga : piala iringan berserta sijil
RM 30.00Keempat : piala iringan berserta sijil
RM 30.00
KATEGORI WANITA
Johan : piala iringan berserta sijil
RM 70.00
Naib Johan : piala iringan berserta sijil
RM 50.00
Ketiga : piala iringan berserta sijil
RM 30.00
Keempat : piala iringan berserta sijil
RM 30.00
RM 360.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM1419.00PENUTUP
Adalah diharapkan dengan pertandingan memanah ini, akan membolehkan ke semua murid peringkat usia dapat manfaat Gerko memanah di sekolah ini nanti.
Disediakan oleh
( En Mohd Yusry Bin Muhamad )
Setiausaha
Kelab MemanahSK Seri Sekamat
Disemak
(Pn Mahani Bt Sulaiman)
Pengerusi Kelab Memanah
Diluluskan oleh
( En Zukifli Bin Mohd Tahir)
Guru Besar
SK Seri Sekamat
Disokong oleh
( En Rosli bin Julis )
Penolong Kanan kurikulum
SK Seri Sekamat