1.0 Pengenalan
Sebelum kewujudan sesebuah kerajaan masyarakat awal hanya diketuai oleh
ketua suku dan ketua agama sahaja. Ketua-ketua agama ataupun ketua suku
merupakan orang yang diberi kepercayaan dan merupakan golongan yang perlu
dihormati dan dijadikan sebagai rujukan oleh masyarakat.
Apabila penempatan manusia semakin berkembang dan jumlah populasi
penduduk semakin bertambah masyarakat memerlukan satu organisasi yang
mampu mengawal tingkahlaku manusia yang pelbagai. Kerajaan wujud melalui
keinginan masyarakat sendiri yang menginginkan satu organisasi atau institusi
pemerintahan yang lebih teratur dan sistematik yang menepati citarasa dan
keperluan rakyat.
Definisi kerajaan menurut David E. Apter1 ialah kerajaan sebagai satu lembaga
yang mempunyai kewibawaan yang sah dalam hal keselamatan, perangkaan
dan pengalaman dasar-dasar. Pendapat David E. Apter ini juga sama dengan
pendapat diberikan oleh Geoffrey K. Roberts2 dan menekankan kerajaan adalah
satu lembaga yang merangka dan melaksanakan dasar-dasar untuk semua
rakyat dalam sesebuah Negara. Beliau juga menekankan istilah kerajaan
sepatutnya merangkumi semua kegiatan atau aktiviti-aktiviti dan pembentukan
dasar-dasar.
Kerajaan dibentuk mengikut kesesuaian sesebuah kawasan dan kekuatan
ideologi serta pengaruh rakyat dalam sesebuah Negara. Kesimpulannya
1 K. Ramanathan,Asas Sains Politik,Fajar Bakti, Kuala Lumpur.1989, m.s, 298.2 Ibid
1
kerajaan dibentuk mengikut citarasa dan keperluan rakyat di dalam Negara
tersebut.
2.0 Kerajaan Sebagai Pemerintah Dalam Sistem Politik
2.1 keamanan dan ketertiban
Kerajaan yang bersistematik haruslah bijak dalam memastikan keamanan dari
segi social,ekonomi dan politik di dalam Negara terpelihara. Negara yang aman
dan mempunyai asas politik yang stabil akan memberi kemudahan dan
kemewahan kepada rakyat. Ini kerana sebuah Negara yang stabil dari segi asas
politiknya, secara tidak langsung ekonomi di Negara tersebut akan berkembang
pesat Apabila rakyat hidup dalam keadaan mewah rakyat akan berpuas hati dan
tidak akan menimbulkan huru-hara kepada kerajaan.
Dalam usaha kerajaan mewujudkan keamanan dan ketertiban Negara,kerajaan
haruslah menggunakan cara yang berdiplomasi iaitu dengan mencari pengaruh-
pengaruh yang boleh menyokong kerajaan dengan menggalakkan penubuhan
persatuan-persatuan yang pro kerajaan. Melalui penubuhan persatuan ini, lebih
mudah bagi kerajaan menyebarkan ideologi dan pengaruh mereka kepada
rakyat. Contohnya penubuhan Rakan Muda, Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia(PEMADAM),Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan sebagainya.
2
Kerajaan juga perlu mengawal keseimbangan dan kebebasan yang telah
diberikan kepada rakyat baik dari segi kebebasan bersuara mahupun berpolitik.
Ini kerana peristiwa 13 mei 19693 telah memberi kesan yang besar kepada
semua pihak dan mengajar rakyat supaya lebih berhati-hati dan tidak menyentuh
sensitiviti kaum mahupun agama. Sensitiviti setiap pihak perlu dijaga dan
diseimbangkan oleh kerajaan agar semua pihak berpuas hati.
Keamanan dan ketertiban ini dapat dicapai keperluan rakyat dipenuhi. Oleh itu
kerajaan harus peka kepada isu-isu semasa agar gangguan daripada anasir-
anasir yang tidak diinigini dan golongan yang mementingkan kepentingan sendiri
dapat digagalkan. Sebagai contoh isu pengangguran siswazah dalam Negara
kita. Menurut Dato’ Dr. Norraesah Mohamad4 iaitu penganalisis ekonomi dan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pengangguran di Negara ini mencatat jumlah 3.1
peratus. Jumlah ini tidak membimbangkan tetapi ini tidak bermaksud pasaran
pekerjaan di Negara ini selamat dan siswazah pada hari ini tidak memiliki
kemahiran yang pelbagai. Menurut beliau lagi,malangnya pada hari ini, Universiti
tempatan lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti.
Oleh yang demikian kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi mengatasi
masalah pengangguran ini, antaranya penubuhan Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Komuniti dan sebagainya
supaya dapat memberi latihan tambahan kepada lepasan siswazah, lepasan
STPM dan lepasan SPM agar memperolehi kemahiran yang memenuhi
3 Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Maskha Sdn Bhd, 2007, m.s 2.4 Dato’ Dr. Norraesah Mohamad, Mencapai Sasaran Negara Berpendapatan Tinggi, Dewan Masyarakat,Disember 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, m.s 20.
3
kehendak pasaran kerja. Malah kerajaan turut memberi elaun kepada pelajar-
pelajar yang mengikuti program-program kemahiran yang telah disediakan.
Keberkesanan kerajaan dalam menyelesaikan pelbagai isu-isu dan masalah
yang timbul ini, menjadi perhatian rakyat. Keadaan ini adalah disebabkan dalam
era globalisasi ini, ancaman kepada keamanan Negara pada hari ini ialah
serangan minda iaitu penyebaran ideologi-ideologi baru yang menentang dasar-
dasar kerajaan. Apabila kerajaan tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah
yang timbul, maka golongan-golongan tertentu akan mengambil kesempatan ke
atas kesilapan kerajaan dengan menyebarkan ideologi-ideologi dan
memperkembangkan lagi pengaruhnya demi kepentingan individu mahupun
kepentingan politik.
Kerajaan merupakan institusi yang memiliki kuasa tertinggi dalam masyarakat
dan memonopolikan penggunaan kuasa secara fizikan untuk melaksanakan
pemerintahannya (Weber,1919/1946;Williams,1970).5 Berdasarkan penyataan
ini, kuasa merupakan satu pengiktirafan yang diberikan oleh rakyat kepada
pemerintah dan tidak ada yang mempertikaikan kuasa pemerintah. Sekiranya
kewibawaan sesebuah kerajaan itu dipertikaikan, maka kuasa pemerintahannya
akan menjadi semakin lemah dan implikasinya amatlah buruk terhadap
perkembangan politik ,sosial dan ekonomi Negara. Oleh itu, kerajaan sesebuah
Negara perlu memperkemaskan asas politiknya dengan memberi kepercayaan
kepada rakyat supaya rakyat sentiasa memberi sokongan yang padu kepada
kerajaan. Oleh yang demikian keraajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk
5 David Popenoe, Sociology, Prentice Hall,New Jersey, 2000, m.s 390.
4
menangani masalah-masalah yang dihadapi bagi mengekalkan keamanan dalam
Negara dan menjamin ketertiban Negara agar rakyat mematuhi dasar-dasar
yang telah ditetapkan.
2.2 Kebajikan Rakyat
Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan
keselesaan rakyatnya. Dalam mencapai tujuan ini, kerajaan sesebuah Negara
perlu menyediakan perancangan yang rapi, dan dasar-dasar yang dapat
memenuhi kebajikan rakyat, sebagai contoh ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan yang lebih menumpukan kepada
strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
dan penyusunan semula masyarakat.
Dasar Ekonomi Baru ialah dasar kerajaan untuk merapatkan jurang
pembangunan yang tidak seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar
serta jurang ekonomi dalam kelompok etnik.Faktor kemiskinan merupakan faktor
utama yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan. Melalui
Dasar Ekonomi ini kerajaan telah menyediakan perancangan yang telah
dirangka mengikut keperluan rakyat seperti penyediaan peluang pekerjaan
kepada rakyat,memodenkan kehidupan luar Bandar dengan merapatkan jurang
digital di luar Bandar dengan Bandar6 serta memperbaiki taraf kualiti hidup rakyat
6 Mazmalek mohamad, merapatkan jurang digital keciciran di dalam Bandar, aspirasi digital, julai dan ogos, 2009.
5
melalui pendidikan,latihan kesihatan,kemudahan-kemudahan infrastruktur dan
lain-lain.
Malaysia merupakan Negara membangun yang menuju ke arah status Negara
maju seiring dengan hasrat Wawasan 2020 dan masalah kemiskinan ini
merupakan cabaran utama yang akan dihadapi oleh kerajaan pada era ini. Bagi
meningkatkan lagi taraf hidup rakyat, kerajaan telah membentangkan pelbagai
rancangan yang telah dirangka setiap tahun untuk penambahbaikan Negara.
Contohnya dalam belanjawan 2010 kerajaan telah memperuntukan 191.5 billion
untuk memacu Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi,memastikan
pembangunan holistik yang mampan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat7
selaras dengan tema 1 Malaysia Kemakmuran Bersama.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak8, Perdana Menteri Malaysia ketika
membentangkan belanjawan 2010 di Parlimen pada 23 Oktober 2009 yang lalu,
menyatakan bahawasanya sudah tiba masanya Malaysia berganjak kepada
ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah. Penyataan beliau
ini jelas menunjukkan kerajaan di bawah pemerintahan beliau akan memastikan
kebajikan rakyat dalam aspek ekonomi akan terpelihara.
Dalam aspek pendidikan, kerajaan telah menyedari betapa pentingnya
memperbaiki kualiti pendidikan dan dan kemudahan infrastruktur di sekolah.
Dalam belanjawan 2010 kerajaan memperuntukan RM19 bilion sebagai
7 Aninah Janang, Belanjawan 2010 Tuntutan Modal Ekonomi Baru, Dewan Masyarakat, Disember 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur , m.s 11.8 Aninah Janang, Belanjawan 2010 Tuntutan Modal Ekonomi Baru, Dewan Masyarakat, Disember 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur ,m.s 11.
6
emolumen operasi pendidikan.9 Kerajaan member bantuan kemudahan
infrastruktur yang lebih canggih kepada sekolah-sekolah di dalam Negara baik
dari segi penggunaan teknologi mahupun dalam pengurusan pentadbiran
terutamanya kawasan pendaaman. Bilangan-bilangan sekolah baru yang dibuka
turut ditambah di kawasan pendalaman.Ini kerana kerajaan ingin menaik taraf
sekolah di seluruh Negara dan memberi biasiswa kepada pelajar yang layak
menerimanya agar tidak akan berlaku lagi keciciran di kalangan masyarakat
Malaysia.Kerajaan juga memantapkan pendidikan prasekolah agar
meningkatkan penyertaan kanak-kanak lingkungan umur lima hingga dan enam
tahun sebanyak 67peratus menjelang 2012.
Bidang pendidikan perlu dinaik taraf agar dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti dan memiliki nilai tambah10. Nilai tambah ialah kemahiran tambahan
yang pelbagai. Selain memiliki segulung ijazah, pendidikan dalam era ini harus
dilengkapi dengan nilai tambah seperti integriti,etika,dan kemahiran
berkomunikasi dalam bahasa inggeris selain bahasa ibunda masing-masing.
Masyarakat yang mempunyai kemahiran nilai tambah dan modal insan yang
tinggi akan menarik pelabur asing untuk melabur ke dalam Negara dan kesannya
ialah meningkatkan lagi peluang pekerjaan dalam Negara.
Dari aspek sosial,pihak kerajaan juga telah merancang skim-skim bantuan yang
memenuhi kehendak rakyat seperti perlindungan kanak-kanak, Orang Kurang
Upaya (OKU),perkhidmatan bahagian warga tua dan keluarga dan juga bantuan
9 Aninah Janang, Belanjawan 2010 Tuntutan Modal Ekonomi Baru, Dewan Masyarakat, Disember 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur ,m.s 12.10 Kamarul Rashdan, Mencapai Sasaran Negara Berpendapatan Tinggi, Dewan Masyarakat,Disember 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur ,m.s 12.
7
bencana Alam. Antara institusi yang disediakan oleh kerajaan ialah Rumah Seri
Kenangan(RSK) yang memberi perlindungan kepada warga tua, Desa Bina Diri
iaitu memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang miskin dan sebagainya.
Penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh pihak kerajaan adalah
memudahkan lagi pihak urusan dalam memberi bantuan kebajikan kepada
rakyat. Jabatan kebajikan masyarakat ini mengendalikan dua skim bantuan
kewangan iaitu skim bantuan Am negeri dan skim bantuan Persekutuan11 Skim
Bantuan Am Negeri adalah tidak seragam di antara negeri dan jenis bantuan
yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan
anak yatim, OKU, dan sebagainya. Berlainan pula dengan Skim Bantuan
Persekutuan, skim ini seragam di seluruh Negara tetapi tidak meliputi sabah dan
serawak dan jenis-jenis bantuannya pula ialah elaun pekerja cacat,bantuan Alat
Tiruan,bantuan pemulihan bencana dan kes-kes yang memerlukan bantuan
serta merta.
Selain dari Jabatan kebajikan Masyarakat, Kerajaan juga memastikan bantuan
kesihatan kepada rakyat di terima contohnya pembinaan klinik-klinik desa dan
hospital-hospital kerajaan agar setiap lapisan masyarakat Negara ini menerima
pemeriksaan kesihatan yang diperlukan.
Bencana alam merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut,
bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan
kerosakan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan
11 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=429%3Abantuan-kewangan&catid=202%3Abantuan-dan-subsidi-kerajaan&Itemid=4
8
individu atau masyarakat setempat yang menjadi mangsa dan turut memberikan
impak sosial dan emosi kepada mangsa ekoran kejadian tersebut12. Bencana
alam ini dikategorikan di dalam aspek sosioekonomi kerana ia melibatkan
bantuan sumber kewangan, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang
ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan, yang
berkemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang
panjang.Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan pelbagai
bantuan kepada masyarakat. Oleh yang demikian kerajaan juga menggalakkan
penubuhan badan-badan NGO seperti persatuan palang merah, Mercy dan
sebagainya yang akan memudahkan kerajaan untuk membantu rakyat sekiranya
ditimpa musibah dan bencana alam.
2.3 Mengeratkan Perpaduan dan keharmonian
Perpaduan dan keharmonian menjadi tunjang kepada keamanan dan
kesejahteraan Negara. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai
bangsa, pelbagai anutan agama dan mestilah mempunyai pelbagai pegangan
hidup dan pelbagai budaya. Keadaan ini sudah semestinya memerlukan tolak
ansur antara masyarakat dan kerjasama antara kaum dalam membina sebuah
Negara yang aman. Oleh yang demikian, kerajaan merupakan institusi tertinggi
yang memainkan peranan dalam mengawal keseimbangan kaum di Negara ini.
12http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=407%3Apembangunan-sosio-ekonomi-dan-bantuan&catid=202%3Abantuan-dan-subsidi-kerajaan&Itemid=4
9
Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan
etnik lain (Ranjit Singh Malhi 2005)13 berdasarkan penyataan ini, rakyat malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum harus mempunyai sikap tolak ansur agar
peristiwa pahit Negara iaitu 13 mei 1968 tidak lagi berulang untuk kali keduanya.
Usaha kerajaan perlulah berterusan dalam memupuk perpaduan dan
keharmonian kaum. Dalam sistem pendidikan, perlu diterapkan nilai-nilai
perpaduan antara sesama kaum contohnya dalam pembelajaran sivik,moral dan
kenegaraan. Ini kerana generasi alaf baru merupakan generasi yang akan
meneruskan perjuangan masa hadapan. Oleh itu “Mind Set” genarasi baru ini
harus lah dipupuk dengan perpaduan dan kerjasama sesama kaum dalam
Negara.
Ideologi-ideologi anasir-anasir yang berkepentingan sendiri yang akan
menggugat dan menimbulkan isu perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum
juga perlulah disekat agar tidak mempengaruhi rakyat dan menimbulkan
kekecohan. Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang telah dtubuhkan pada
196014 merupakan satu akta yang digunakan oleh kerajaan untuk mengawal
sesetengah pihak yang lantang mengkritik kerajaan secara terbuka. ISA
digunakan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kepentingannya malah ISA dapat
menyekat ideologi-ideologi yang berunsur pemberontakan. Di Malaysia, Pesalah
ISA merupakan pesalah yang didakwa atas tuduhan mengishytiharkan perang ke
atas duli yang mulia Yang di Pertuan Agong. Dikenali sebagai keganasan putih
13 Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Maskha Sdn Bhd, 2007, m.s 2.14 http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia)
10
(white terror),15 ISA amat ditakuti dan amat dibenci walaupun ia merupakan alat
untuk kerajaan membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.
Walaubagaimanapun ISA ini tetap diteruskan sehingga kini bagi memastikan
kuasa kerajaan tidak terjejas dan memastikan tidak ada golongan yang akan
mula mencetuskan pergaduhan dan pemberontakan.
Pihak kerajaan telah menjalankan kempen perpaduan ini sejak berkurun
lamanya, iaitu sejak dari kemerdekaan Negara dan bebas dari ancaman penjajah
dan pengganas. Ini kerana setiap kerajaan yang memerintah itu perlu
memastikan rakyatnya bersatu padu dan hidup dalam keaadan harmonis supaya
ekonomi,sosioekonomi,politik dan Negara Malaysia mencapai hasrat enam
cabaran dalam wawasan 2020 .
Lima perinsip dalam Rukun Negara iaitu Percaya kepada tuhan,Kesetiaan
kepada raja dan Negara,keluhuran perlembagaan,kedaulatan undang-
undang,kesopanan dan kesusilaan merupakan lima perinsip yang
memperkukuhkan kedaulatan Negara. Rukun Negara dilihat16 mampu
mengukuhkan perpaduan,memelihara corak hidup demokratik dan mencipta
sebuah masyarakat yang adil. Rukun Negara juga sebenarnya menjamin sikap
liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai untuk membina masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.
Menurut pandangan para penyelidik,sarjana,dan pemerhati17,faktor kestabilan
politik dan faktor pertumbuhan ekonomi sebagai teras Negara Malaysia dan
15 http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia)16 http://www.obeyone.com/?page_id=15617 Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Maskha Sdn Bhd. 2007 m.s 3
11
kunci untuk survival Malaysia pada hari ini ialah hubungan etnik yang harmonis.
Menurut mereka lagi sekiranya hubungan etnik yang harmonis ini tergugat maka
survival Malaysia sebagai Negara bangsa turut tercabar ,biarpun kadar
pertumbuhan ekonominya memuaskan dan kestabilan politiknya kelihatan baik.
Oleh itu perpaduan rakyat amat penting dalam Negara ini.
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Wawasan 2020, dan
sebagainya merupakan dasar yang berkait rapat untuk menyeimbangkan
sosioekonomi rakyat agar rakyat merasakan hak yang samarata diberi oleh
kerajaan. Pada tahun 2010 di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib, slogan
“satu Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” merupakan langkah
susulan kepada mengekalkan keharmonian dan kemakmuran Negara.
Pada era globalisasi ini, era manusia dengan kecanggihan teknologi,kerajaan
tidak ketinggalan untuk menggunakan teknologi dalam mendekati rakyat dan
membina perhubungan perpaduan. Sebagai contoh yang nyata ialah facebook
yang disertai kira-kira lima juta warga Malaysia18 dari pelbagai lapisan golongan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Melalui rangkaian
facebook ini mereka boleh bertukar-tukar pandangan sebagainya.
Menurut Datuk Seri Najib lagi sewaktu majlis jamuan teh bersama rakan internet
1Malaysia di laman rasmi beliau di Putrajaya19, keindahan internet ialah
meruntuhkan benteng antara kita. Ia meruntuhkan benteng (perbezaan)
18 Datuk seri Najib Tun razak, lima juta warga Malayasia aktif dalam Facebook, Mingguan Malaysia, Mac 2010,m.s 2.19 Datuk seri Najib Tun razak, lima juta warga Malayasia aktif dalam Facebook, Mingguan Malaysia, Mac 2010,m.s 2.
12
bangsa,agama dan usia. Ini jelas menunjukkan respon kerajaan yang positif
untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat agar dapat menjadikan Malaysia
Negara yang utuh bersatu padu dan makmur.
2.4 Pertahanan dan Keamanan
Kerajaan merupakan satu institusi yang bertanggungjawab mempertahankan
Negara daripada serangan dan ancaman musuh samada dari luar atau dari
dalam. Terdapat sarjana yang membuat kesimpulan bahawa sudah tiada
perbezaan antara keselematan Negara dengan keselamatan kerajaan20. Ini
adalah kerana hubungan antara keselamatan kerajaan dengan keselamatan
Negara adalah berkait rapat. Kerajaan yang selamat akan menjamin
keselamatan negara. Keselamatan dan kemanan merupakan hak yang patut
dimiliki oleh setiap Negara tanpa halangan oleh sesiapa pun dan tidak kira
samada Negara itu miskin ataupun kaya dan sebagainya
Negara yang berkemampuan mampu menyediakan sistem pertahanan yang
canggih berbanding dengan Negara yang miskin yang tidak mampu memiliki
sistem pertahan yang hebat dan moden sekiranya diancam oleh pihak musuh.
Kerajaan Malaysia merupakan Negara yang membangun dan bukanlah Negara
kategori kaya yang mampu memiliki sistem pertahanan yang hebat seperti
Negara jirannya iaitu Singapura. Oleh itu kerajaan perlu memastikan masalah ini
20 Mohd.Izani Mohd.Zain, Memastikan Keselamatan Insan, Dewan Masyarakat, Disember 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, m.s 45
13
diatasi dan menguatkan sistem pertahanannya agar digeruni oleh pihak-pihak
yang berhasrat untuk mengancam Negara ini baik dari luar mahupun dari dalam.
Pertahanan bukan sahaja merujuk kepada usaha kerajaan mengukuhkan jentera
angkatan tentera tetapi juga merupakan usaha kerajaan mengukuhkan
pertahanannya dari ancaman penyakit,sosial dan ancaman kemelesetan
ekonomi Negara. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet21, penekanan terhadap
pendekatan kuasa ketenteraan mula diperdebatkan dan rata-rata melihat konsep
keselamatan harus dikembangkan kepada unsur yang lebih terbuka. Oleh itu
pada 1994 konsep keselamatan insan (human Security) diperkenalkan.
Keselamatan insan22 merupakan keselamatan makanan, keselamatan
kesihatan,keselamatan persekitaran keselamatan individu, keselamatan
masyarakat dan keselamatan politik. Kesemua ini merupakan satu
keseimbangan yang dipertekankan supaya kerajaan tidak akan hanya
menumpukan keselamatan dan pertahanan kepada kuasa ketenteraan semata-
mata. Dalam erti kata yang lain pertahanan meliputi ketenteraan, sosial,ekonomi
dan politik.
Di Malaysia dalam aspek ketenteraan dan keamanan, dalam usaha kerajaan
memastikan pertahanan dalam Negara terpelihara, kerajaan telah mengukuhkan
lagi sistem pertahanan Malaysia di darat, Laut, udara mahupun dalam Negara
bagi memastikan Negara ini selamat dari ancaman musuh dan mampu
mempunyai teknologi ketenteraan yang lebih baik. Antara usaha kerajaan untuk
21 Mohd.Izani Mohd.Zain, Memastikan Keselamatan Insan, Dewan Masyarakat Disember 2009 ms 4622 Ibid
14
memperkukuhkan pertahanan laut Negara ialah pembelian dua buah Kapal
Selam scorpene pertama untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) buatan
Perancis dengan kerjasama sepanyol, yang dinamakan KD Tunku Abdul
Rahman dan KD Tun Abdul Razak23 bagi mengukuhkan lagi sistem pertahan di
perairan Negara. Kedua-dua buah kapal Selam ini merupakan Kapal Selam
tempur berenjin diesel paling canggih di dunia pada masa kini.24 Kapal Selam
yang mampu menyelam sehingga kedalaman 300 meter ini merupakan aset
kerajaan yang bernilai dan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk
mengukuh lagi teknologi pertahanan Negara.
Pada tahun 2003 kerajaan Malaysia telah membeli 18 buah Su-30MKM dari
Rusia bernilai RM3.42 bilion25. Pesawat Su-30MKM ini merupakan pesawat
pelbagai peranan dan termoden di dunia. Dari segi kemudahan infrastruktur,
kerajaan berusaha memastikan setiap infrastruktur yang dibina menitikberatkan
faktor keselamatan. Sebagai contoh kerosakan dua buah pesawat Sukhoi di
pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Gong Kedak Kelantan akan dikaji
secara menyeluruh.26
Kerajaan juga menguatkan pertahanan yang melibatkan gangguan-ganguan
dalam Negara sebagai contoh mempertingkatkan lagi kecekapan dan
keberkesanan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia(KDRM)
menjalankan tugas. PDRM dan KDRM ini merupakan institusi yang
23 Kerosakan Kapal Selam Pertama Negara Sudah Diperbaiki, Utusan Malaysia,20 Februari 2010. M.s 4.24 Ibid ms 425 Mohd.Asron Mustapha, Tindakan Tegas Menanti Kontraktor, Utusan Malaysia, 20 Februari 2010, m.s 4.26 Mohd.Asron Mustapha, Tindakan Tegas Menanti Kontraktor, Utusan Malaysia, 20 Februari 2010, m.s 4.
15
bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan dalam Negara dan mengawal
sempadan Negara.
Dalam aspek sosial,lambakan pendatang asing telah mendatangkan rasa kurang
selesa dan tidak selamat kepada rakyat tambahan pula terdapat pendatang
asing yang masuk ke Negara ini tidak melalui cara yang sah. Kemudahan keluar
masuk dalam Negara ini menjadikan pendatang tanpa izin semakin ramai dan
kebanyakan jenayah yang dilakukan mereka tidak dapat dikesan. Selain
daripada itu lambakan pendatang juga akan menyebabkan kecelaruan budaya
dalam masyarakat Negara ini. Contohnya berlaku peristiwa remaja-remaja
perempuan yang dibawah umur dibawa lari ke Lombok,Indonesia tanpa
pengetahuan ibu bapa remaja tersebut oleh warga Indonesia yang datang ke
Malaysia.
Menurut Datuk Seri Rais Yatim,27 menteri komunikasi dan kebudayaan,
kehadiran berjuta-juta pendatang asing boleh menyebabkan taraf kehidupan
rakyat Malaysia menurun. Menurut beliau lagi,ada pendatang asing yang
membawa nilai atau cara hidup yang tidak sesuai dengan keperluan tatasusila
sosial di Malaysia. Keadaan ini merupakan salah satu ancaman kepada Negara
dari aspek sosial yang mana wujud masalah kekeliruan dalam perbezaan
budaya yang ketara dan juga pembawakan budaya yang kurang baik untuk
diikuti masyarakat Malaysia.
Tanpa mementingkan kekuatan ketenteraan semata-mata, konsep pertahanan
yang meyeluruh merupakan satu usaha yang bijak untuk menggabungkan
27 Undang-Undang Tegas Elak Lambakan Warga Asing, Utusan Malaysia, 20 Februari 2010, m.s 5.
16
semua kepentingan pertahanan dan keselamatan untuk sesebuaha kerajaan
dalam mentadbir Negara. Konsep keselamatan semakin terbuka dan rakyat juga
memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dalam Negara
terjamin. Rakyat perlu bekerjasama agar kerajaan dapat menjalankan
tanggungjawab mereka dengan baik.
2.5 Perhubungan Antarabangsa
Sejak dari kurun ke 15 lagi telah berlakunya penggubalan dasar luar. Ini berlaku
pada zaman kesultanan melayu Melaka28. lagi telah berlakunya perhubungan
luar dengan Negara lain. Dasar luar Melaka pada waktu itu lebih kepada
keselamatan dan mahu menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang
mewah. Oleh itu Melaka melaksanakan sistem perdagangan bebas. Selain itu
untuk mengukuhkan keselamatan Melaka, Melaka telah menjalinkan hubungan
dengan Negara china sejak tahun 140329 lagi dan diperkukuhkan lagi dengan
perkahwinan antara Sultan Mansur Shah dengan puteri Hang Li Poh pada tahun
145830.Perhubungan yang dijalinkan adalah salah satu cara sesebuah Negara
memperolehi pengaruh dan perlindungan serta menjalankan perdanganan.
Negara malaysia pada era moden ini juga perlu menjalinkan hubungan dengan
Negara luar agar berlakunya kerjasama antara Negara dalam bidang pendidikan,
perkongsian tenaga mahir, dan sebagainya asalkan dapat menguntungkan
28 http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Zainal%20Abidin%20Abdul%20Wahid.pdf29 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka30 Ibid
17
kedua-dua belah pihak. Terdapat juga Negara yang menubuhkan kesatuan
kerjasama dalam ekonomi,budaya,sukan dan sebagainya tanpa melibatkan
ketenteraan31 contohnya ASEAN. Manakala pertubuhan seperti NATO pula
adalah semata-mata kerjasama dalam ketenteraan dan EEC pula dalam
ekonomi.
Dalam memastikan hak asasi dan keselamatan Negara terjamin, kerajaan
Malaysia telah menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB ialah
sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 24 oktober 1945 di San Francisco,
California32 selepas berlakunya perang dunia ke-2. PBB merupakan pertubuhan
yang telah mewujudkan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia
yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta
memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. Dengan penyertaan
Malaysia dalam PBB ini kebanyakan isu berjaya diselesaikan antaranya ialah
pertikaian isu hak kawasan yang melibatkan Pulau Batu Putih antara Malaysia
dan Singapura.PBB diberi mandat oleh dunia bertindak sebagai mahkamah
dunia, merupakan satu badan pertubuhan yang mampu mengelakkan
pergaduhan pertumpahan darah dan kekecohan antara Negara.
Seterusnya dalam bidang ekonomi,budaya dan sebagainya Malaysia telah
menyertai ASEAN yang disertai oleh 10 negara di selatan Asia. ASEAN
ditubuhkan pada 8 ogos 196733 dan bertujuan mencapai kerjasama dalam
semua bidang dan juga mengekalkan keamanan serantau. Melalui ASEAN,
31 K. Ramanathan,Asas Sains Politik,Fajar Bakti, Kuala Lumpur.1989 m.s 312.32 ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
33 http://en.wikipedia.org/wiki/ASEAN
18
setiap Negara dapat bertukar pandangan dan juga dapat menigkatkan lagi kualiti
ekonomi dan membantu Negara-negara yang memerlukan bantuan ekonomi
serta kemanusiaan.
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN
sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah
menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone
of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai
pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi
Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971. 34
Terdapat beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia
Tenggara yang telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Antaranya
ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasa besar
dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat pergolakan politik di Vietnam serta
keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika
dari Vietnam pada awal 70an35. Perkembangan-perkembangan tersebut telah
menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya
mungkin menjejaskan kestabilan serantau. Peperangan-peperangan di Korea
dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan
tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia
Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.
34 http://pmr.penerangan.gov.my35 http://pmr.penerangan.gov.my
19
Sebagai sebuah Negara yang kecil dan tidak mempunyai kuasa ketenteraan
yang besar dan teknologi ketenteraan yang hebat, Malaysia mengambil langkah
yang bijak melalui dasar berkecualinya iaitu dengan menyertai Non-Aligne
Movement (NAM) agar tidak terlibat dalam perdebatan antara kuasa-kuasa besar
dunia khususnya Republik china,Amerika Syarikat dan Rusia dan sebagainya
agar tidak diancam oleh mana-mana kuasa besar selaras dengan objektif
ZOPFAN iaitu menjadikan Asia Tenggara satu kawasan aman,bebas dan
berkecuali. Malaysia melihat NAM merupakan pertubuhan yang berkecuali dan
mempunyai matlamat yang sama dengan ASEAN. NAM ditubuhkan pada tahun
1961 dan pada tahun 2009 NAM disertai oleh 118 negara dan 17 negara
pemerhati.36
Selain daripada pertubuhan-pertubuhan yang disertai oleh Negara, kerajaan juga
menjalinkan hubungan antarabangsa secara tidak langsung dengan Negara-
negara luar sebagai contoh ialah Simposium Serantau Antarabangsa Cambridge
2010. Simposium serantau Antarabangsa Cambridge 2010 dengan kerjasama
Centere for International Documentation on Economic and Organise Crime
(CIDOEC)37 ini bertujuan untuk menangani jenayah ekonomi. Simposium
serantau Antarabangsa Cambridge 2010 akan berlangsung di Kuala Lumpur
pada jun 2010, bertempat di Hotel Shangri dan akan dihadiri 500 peserta
termasuk delegasi luar Negara. Kerjasama ini menunjukkan Malaysia bukan
sahaja membina hubungan dalam pertubuhan-pertubuhan serantau sebaliknya
36 http://en.wikipedia.org/wiki/Non-Aligned Movement37 Rosmawati Mion, Simposium Serantau Antarabangsa Cambridge 2010,Mingguan Malaysia, mac 2010,m.s 13.
20
juga berkaitan dengan ekonomi dan memandang serius masalah-masalah dalam
ekonomi yang perlu diatasi..
Lawatan kerja dua hari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) ke kuala
Lumpur pada 11-12 November 200938 membuktikan bahawa hubungan Malaysia
dan Indonesia masih lagi utuh. Ketibaan SBY disambut rasmi oleh Yang di-
Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Perdana Mnteri Datuk Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ini jelas menunjukkan Malaysia memberi
penghormatan yang tinggi kepada presiden Negara itu dan menunjukkan
ketulusan dan kesungguhan kerajaan untuk membina perhubungan yang baik
antara kedua buah Negara.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam lawatan kerjanya menyatakan
hasrat untuk mempelbagaikan lagi kerjasama dalam aspek perlancongan,
keselamtan,makanan, industri halal serta perbankan islam39. Kerjasama ini akan
menguntungkan kedua-dua belah pihak dan jelas menunjukkan hubungan
serumpun penting demi kearah pertumbuhan dan kemajuan Negara dari segi
ekonomi mahupun sosial.
Perhubungan luar merupakan salah satu cara Negara menjalinkan hubugan
ekonomi,sosial dan sebagainya. Ianya amat penting dari segala aspek iaitu
aspek keselamatan, aspek politik,aspek keamanan, aspek pendidikan dan
sebagainya agar membentuk sebuah Negara yang bebas dari ancaman musuh
dan bebas dalam perdagangan. Melalui hubungan sahabat serumpun ini akan
38 Muhamad Rafiq Abdul Rahman,Demi Persahabatan Serumpun, dewan Masyarakat ,Disember 2009, m.s 32.39 Ibid ,m.s 33.
21
membantu Negara menjadi sebuah Negara yang maju selaras dengan hasrat
wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia sebagai Negara maju.
1.0 Pengenalan
kuasa adalah orang atau satu kelompok manusia untuk mengawal atau
mempengaruhi tindakan orang lain, dan kuasa juga ditentukan samaada orang
lain ingin bekerja sama atau tidak.40 Walaupun seseorang bertindak secara
sendirian ia boleh menggunakan kuasa, walaubagaimanapun selalunya kuasa
paling dilaksanakan oleh orang yang bertindak atas nama kumpulan. kuasa
selalunya dikaitkan dengan pemerintah dan yang diperintah. Pemerintah
merupakan sekumpulan manusia yang diberi kepercayaan dan diberi mandat
40 David Popenoe , Sociology, Prentice Hall,New Jersey ,2000, m.s 387.
22
oleh rakyat iaitu yang diperintah untuk memerintah sesebuah kerajaan mahupun
apa sahaja organisasi.Kuasa adalah kemampuan sebuah entiti untuk
mengendalikan lingkungan di sekitar itu sendiri, termasuk perilaku entiti lain.
Istilah autoriti sering digunakan untuk kuasa dan dianggap sah oleh struktur
sosial.
Kuasa penting untuk seseorang pemimpin mencapai matlamat dan
kehendaknya. Kuasa ini penting untuk mendapat sokongan daripada pelbagai
pihak dan juga mempengaruhi pelbagai pihak untuk menyokong pemerintah agar
kuasanya bertambah kuat. Kuasa penting agar tiada pertikaian yang dibuat
keatas seorang pemimpin.
Kuasa boleh dilihat sebagai jahat atau tidak adil, tetapi pelaksanaan kuasa
diterima sebagai panduan dalam mengawal kehidupan sosial masyarakat. Kuasa
terbahagi kepada dua dimensi iaitu kuasa sebagai mempengaruhi dan kuasa
sebagai dominan.
2.0 Kuasa
2.1 Kuasa Sebagai Dominan
kemampuan untuk menentukan atau mengawal keputusan politik terutamanya
berkekalan dan terus-menerus bukan hanya kadang-kadang adalah merupakan
kemampuan untuk menjalankan dominasi dalam kehidupan politik. Dominasi
23
adalah tahap maksimum kuasa politik41. Kumpulan manusia yang
mendominasikan kuasa selalunya akan mendapatkan apa pun yang mereka
inginkan daripada kerajaan. Indiviu atau kumpulan yang mendominasikan kuasa
ini adalah selalunya terdiri daripada pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa
autoriti yang sangat besar ditangannya atau kumpulan bukan kerajaan atau
individu yang mempunyai pengaruh yang besar sehingga boleh menentukan
corak pemerintahan kerajaan, sebagai contoh terdekat ialah golongan yang
merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Negara.
Contoh lain ialah di Afrika selatan minoriti kulit putih adalah kumpulan sosial
yang dominan sebelum pilihanraya bersejarah pada tahun 1994.42 sampai saat
itu, orang kulit putih sepenuhnya mendominasi orang bukan kulit putih, mereka
menafikan hak orang bukan kulit putih dan melaksanakan hukum segregasi
perkauman yang ketat. Segreasi ialah satu tindak tanduk yang memisahkan
orang dari berlainan bangsa,agama,jantina dan melayan mereka dengan cara
yang berbeza.
2.2 Kuasa Sebagai Pengaruh
Pengaruh ialah kapasiti untuk menentukan satu keputusan secara langsung atau
tidak langsung. Istilah pengaruh dalam politik43 ialah kemampuan atau
keupayaan yang memberi kesan keatas Keputusan kerajaan, tindakan kerajaan,
41 John J. Harrigan and David C. Nice,Politics , Policy in States and Communities,Pearson Longman, Singapore 2008, m.s 10042 Ibid 43 John J. Harrigan and David C. Nice,Politics and Policy in States and Communities,Pearson Longman, Singapore 2008, m.s 101
24
atau perilaku kerajaan tanpa mengawal kerajaan sepenuhnya. Mempengaruhi
merupakan satu tindakan yang mempengaruhi sesuatu keputusan samaada ia
dari kumpulan atau indivu kerajaan ataupun bukan kerajaan. Contoh terbaik ialah
Presiden Amerika Syarikat44 yang mempunyai pengaruh yang kuat sehinggakan
beliau mampu mempengaruhi keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dan juga Negara-negara lain seperti arahan sekatan ekonomi ke atas Iraq
dan sebagainya. Ini kerana Amerika Syrikat mempunyai kuasa ketenteraan yang
kuat dan juga kuasa ekonomi yang besar.
2.3 Kewujudan Kuasa dan Pembahagian Kuasa
Kuasa wujud setelah masyarakat merasakan mereka harus memberi
sepenuhnya kepercayaan dan hak kepada orang yang bakal memimpin45.
Keadaan ini berlaku apabila sesebuah masyarakat mula bertambah dan
merasakan mereka memerlukan seorang pemimpin yang mampu mengawal
norma-norma dan tingkah laku manusia agar tidak berlaku pergaduhan dan
kekecohan.Terdapat tiga pembahagian kuasa dalam kepemimpinan iaitu kuasa
politik, kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan.
2.3.1 Kuasa Politik
44 Ibid 45 K. Ramanathan,Asas Sains Politik,Fajar Bakti, Kuala Lumpur.1989 m.s 80.
25
Kuasa wujud setelah masyarakat merasakan mereka harus memberi
sepenuhnya kepercayaan dan hak kepada orang yang bakal memimpin46.
Keadaan ini berlaku apabila sesebuah masyarakat mula bertambah dan
merasakan mereka memerlukan seorang pemimpin yang mampu mengawal
norma-norma dan tingkah laku manusia agar tidak berlaku pergaduhan dan
kekecohan.Terdapat tiga pembahagian kuasa dalam kepemimpinan iaitu kuasa
politik, kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan.
2.3.2 Kuasa Ekonomi
Kuasa ekonomi pula ialah Kebiasaannya orang yang memiliki sumber kekayaan
dan harta yang banyak akan dihormati dan berkuasa dalam kalangan
masyarakatnya. Mereka yang kaya dan mempunyai kuasa ekonomi ini
mempunyai kedudukan dan keupayaan untuk memberi arahan serta suruhan
kepada masyarakat bawahan. Masyarakat akan patuh dan taat pada mereka
yang memiliki kuasa ekonomi ini dengan harapan akan mendapat ganjaran dan
habuan. Contohnya ialah seorang ayah akan memberi ganjaran RM5 kepada
anaknya sekiranya anaknya menyiapkan kerja sekolah. Keadaan ini memberikan
ayah tersebut menguasai anaknya kerana ayah tersebut mempunyai keupayaan
46 Ibid
26
untuk menyediakan wang untuk digunakan sebagai alat kuasa (kuasa
Kompensator).
2.3.3 Kuasa Ketenteraan
Kuasa ketenteraan pula ialah satu kuasa yang menjadikan kekuatan sebagai
ukuran.47 Kuasa ketenteraan dapat dilihat dengan jelasa sewaktu perang dunia
kedua dimana Negara-negara yang mempunyai kuasa ketenteraan yang besar
Jepun, Rusia mampu menakluki Negara-negara yang kuasa ketenteraannya
lemah. Contohnya Tanah Melayu yang Berjaya dijajah oleh Jepun pada 15
februari 1942. Pada era moden ini kuasa ketenteraan terbesar dunia dimiliki oleh
Amerika Syarikat sehinggakan Negara itu dianggap sebagai polis dunia.
Keseluruhannya kuasa boleh menyatakan sesuatu makna untuk berbuat sesuatu
tindakan dan ia amat diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu konflik samaad
secara paksa ataupun dengan cara mempengaruhi. Kuasa ini amat penting bagi
pemerintah untuk mentadbir sesebuah Negara dan mengawal tingkah laku
manusia. Sebuah kerajaan perlu mengukuhkan kuasanya agar kerajaan itu stabil
dan mempunyai mandat yang berterusan dari rakyat.
2.4 Struktur Kuasa
47 K. Ramanathan,Asas Sains Politik,Fajar Bakti, Kuala Lumpur,1989 m.s 82.
27
Kuasa kumpulan melindungi kuasa individu48. Kuasa kumpulan ialah kuasa
sesebuah organisasi yang mengawal kepentingan individu dalam mencapai
tujuan dan kepentingan tersendiri. Organisasi sosial ini telah wujud sejak
pertempatan dan tamadun manusia mula berkembang. Organisasi ini perlu untuk
menentukan corak pemerintahan dan ianya dibahagikan kepada beberapa kuasa
piramid49.
Kuasa Piramid Kasta ialah merupakan kuasa diantara Kasta rendah dan Kasta
Tinggi. Masyarakat yang berkasta tinggi mempunyai pengaruh yang kuat kepada
kerajaan. Golongan ini mendominasi golongan masyarakat berkasta
rendah.masayarakat berkasta tinggi selalunya terdiri daripada golongan
bangsawan.
Seterusnya ialah kuasa Piramid Oligarki terdapat pemisahan dari segi
kedudukan. Ia berbeza daripada kuasa Piramid Kasta. Setiap individu
berpeluang untuk naik ke kedudukan yang lebih tinggi. Pihak yag memainkan
teraju utama dalam kuasa ini adalah pihak perindustrian dan kewangan dalam
erti kata lain pihak yang mempunyai tahap ekonomi yang kuat sehingga mampu
mengawal dan menentukan kemahuan mereka sendiri.
Kuasa Piramid Demokratik pula terdapat peringkat-peringkat tetapi sentiasa
berubah-ubah. Daripada peringkat bawah, seseorang itu dapat menerajui
peringkat tinggi. Kuasa tidak terhad pada golongan peringkat tinggi sahaja.
48 K. Ramanathan,Asas Sains Politik,Fajar Bakti, Kuala Lumpur,1989 m.s 84 49 Ibid
28
Golongan bawahan juga mempunyai bidang kuasa mereka sendiri. Kuasa-kuasa
ini tetap dan tidak dapat dipertikaikan.
Kuasa Piramid Demokrasi adalah kuasa memerintah atau mengarah tidak wujud
jika tiada yang mematuhinya.ini bermakna perlaksanaan sesuatu arahan itu akan
dapat berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada golongan yang
menerima arahan. Pemerintah tidak mempunyai hak tersendiri dalam
melaksanakan sesuatu arahan dari dasar atau lain-lain.
3.0 Autoriti
Autoriti ialah kuasa yang sah dan diterima umum50. R.Michels dalam Encylopedia
of Social Sciences mendefinisikan autoriti sebagai satu kapasiti, semula jadi atau
diperoleh bagi penggunaan untuk menentukan siapa yang berkuasa. Manakala
Herbert R.Winter dan Thomas I. dalam People and Politics: an Introduction to
Political Science berpendapat bahawasanya Autoriti merupakan kuasa yang
diberikan oleh warganegara yang dianggap sah. Ini tidak beerti seseorang
bersetuju dengan setiap perkara yang dicadangkan oleh seseorang yang
mempunyai autoriti. Ia merupakan perhubungan antara autoriti dan paksaan.
3.1 Jenis-jenis Autoriti
50 K. Ramanathan,Asas Sains Politik,Fajar Bakti, Kuala Lumpur,1989 m.s 101.
29
Max Weber (1919/1946)51membuat perbezaan antara kuasa yang melibatkan
paksaan dan suatu kuasa yang dianggap sebagai tindakan yang sah (legitimasi).
Sebagai contoh seorang samsing yang meminta wang perlindungan daripada
pemilik kedai dengan menggunakan keganasan dan paksaan manakala pihak
kerajaan pula meminta dan menerima cukai jualan daripada penjaga kedai yang
sama dengan menggunakan kuasa yang sah. Weber amat berminat untuk
mendalami kenapa sesebuah pihak itu membenarkan pihak yang lain menguasai
mereka sehinggakan weber membuat kesimpulan bahawa wujud tiga jenis
autoriti iaitu Autoriti Tradisional, Autoriti karismatik dan Autoriti Undang-undang.
3.1.1 Autoriti Tradisional
Autoriti tradisional ialah diberikan oleh adat dan amalan-amalan masyarakat
yang menerimanya. Seseorang pemerintah memiliki hak untuk memerintah yang
berpunca daripada penggunaan kuasa politik yang berterusan. Autoriti tradisi
juga merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang pemimpin secara
turun-temurun. Biasanya, jenis autoriti tradisi ini terdapat dalam masyarakat
tradisional. Masyarakat cina pada zaman kuno mempercayai bahawa maharaja-
maharaja yang memerintah empayar Cina diberi mandat dari syurga.
Masyarakat ini tidak membangkang dan akan mematuhi pemimpin ini tanpa
51 David Popenoe , Sociology, Prentice Hall,New Jersey ,2000 ,m.s 388.
30
sebarang bantahan kerana mereka mempercayai bahawa kuasa pemerintah
adalah mutlak dan harus dipatuhi supaya tidak melanggar arahan dari tuhan.
Kewibawaan pemimpin ini tidak akan tercabar kerana ia diwarisi dari keturunan
pemimpin terdahulu. Dalam masayarakat melayu tradisional pula konsep daulat
digunakan agar rakyat tidak menderhaka kepada raja agar tidak menerima tulah
atau balasan buruk kepada penderhaka. Oleh itu, melalui kepercayaan yang
dibina samaada daripada adat ataupun agama kuasa pemerintah akan terus
kukuh.
3.1.2 Autoriti Karismatik
Autoriti karismatik pula berpunca daripada ciri-ciri peribadi luar biasa yang ada
pada seseorang pemimpin. Autoriti karismatik ini berkait rapat dengan
kemampuan seseorang pemimpin itu membina hubungan istimewa dengan
pengikutnya. Sesetengah pengikut percaya bahawa pemimpin mempunyai
keistimewaan luar biasa dan kebolehan-kebolehan yang diberikan oleh tuhan,
contohnya penganut agama Islam percaya bahawa Nabi Muhamad S.A.W
merupakan seorang pemimpin yang berkarismatik dan mempunyai keistimewaan
yang diberikan oleh tuhan. Pemimpin yang mempunyai autoriti karismatik juga
mempunyai personaliti yang menarik seperti ketabahan peribadi, kebolehan
berpidato, sifat kepimpinan yang baik dan sebagainya. Secara kesimpulanya
karismatik ditakrifkan “gift of grace” 52iaitu sebagai kurnia rahmat dari langit,
diberikan kepada individu yang unik
52 David Popenoe , Sociology, Prentice Hall,New Jersey ,2000 m.s 390.
31
3.1.3 Autoriti Legal-Birokratik
Akhir sekali ialah autoriti legal-birokratik atau juga dikenali sebagai rasional
undang-undang. Peraturan yang mencerminkan keupayaan untuk membuat
sesebuah institusi itu melakukan apa yang seharusnya mereka lakukan. Pegawai
kerajaan dan pegawai yang dipilih oleh sesebuah institusi akan menguasai
autoriti jenis ini Melalui autoriti ini, kuasa diberikan kepada seseorang
berdasarkan kepada undang-undang formal. Autoriti jenis ini wujud daripada
jawatan politik yang dipegang oleh seseorang individu dan bukan daripada
individu yang memegang sesuatu jawatan. Contohnya di Malaysia terdapat
badan perundangan dan badan kehakiman yang menentukan sesuatu hukuman
keatas pesalah. Sesetengah pemimpin politik mungkin memiliki autoriti politik
tetapi tidak berupaya atau teragak-agak untuk menterjemahkannya menjadi
kuasa politik. Sebagai contoh, autoriti Jeneral de Galle diiktiraf di kawasan yang
diduduki oleh tentera Jerman di Perancis, tetapi kuasa paksaan kerajaan Jerman
dan kerajaan Perancis yang pro-Jerman menghalang pertukaran autoriti menjadi
kuasa politik.
Meskipun hanya satu jenis Autoriti sahaja yang mendominasi,terdapat juga tiga
autoriti yang diterima pakai oleh sesetengah masyarakat. Contohnya Pope John
Poul II merupakan orang yang mempunyai ketiga-tiga jenis autoriti. Sebagai
seorang lelaki tertua beliau mempunyai pengiktirafan dalam tradisional Autoriti
dan sebagai ketua agama Roman Katolik yang terbesar beliau mempunyai
32
autoriti legal serta sebagai seorang bijak dan mempunyai daya tarikan peribadi,
beliau juga seorang yang berkarismatik. kepimpinan politik biasanya paling
berjaya apabila sumber legitimasi yang menggabungkan dengan beberapa unsur
karismatik autoriti53. Ini telah dibuktuktikan pada era moden oleh beberapa ahli
politik yang Berjaya iaitu Winston Churchill, Charles de Goulle,John F Kennedy,
dan Ronald Reagen.
3.2 Corak Autoriti
Terdapat dua jenis corak autoriti iaitu autoriti de Joure dan Autoriti de facto
3.2.1 Autoriti de Joure
Konsep ini menyatakan seorang pemimpin yang memegang jawatan yang rasmi,
pemimpin tersebut akan mempunyai autoriti yang bercorak de Joure iaitu bidang
kuasa yang sah dan semulajadi kepada jawatan yang dipegang. Tindak tanduk
pemimpin ini dalam pemerintahan dianggap sah dari segi undang-undang.
3.2.2 Autoriti de Facto
Autoriti de Facto ini wujud apabila seseorang itu menganggap orang lain berhak
memerintahnya. Perhubungan dan kebolehan mempengaruhi orang lain untuk
melakukan sesuatu apabila diperintah mestilah ada pada seseorang itu.53 David Popenoe, Sociology, Prentice Hall,New Jersey, 2000, m.s 390.
33
Corak Autoriti de Facto menyatakan tentang pengaruh yang ada pada seorang
pemimpin sehingga semua golongan menerimanya sebagai pemimpin dan
berlakunya kepatuhan serta kepercayaan rakyat kepadanya. Semua pihak di
dalam sesebuah Negara itu menyetujui akan pemerintahannya tanpa ada
petelagahan. Sebagai contoh presiden Ali Akbar Rafsanjani,presiden iran yang
mendapat restu dari Ayatollah Khomeni dan Mullah yang mempunyai pengaruh
yang besar di Iran.
Rumusan
Secara keseluruhannya kerajaan perlu mendekati rakyat. Kerajaan pada hari ini
harus bertindak lebih cekap dan cepat kerana dalam duniahari ini boleh
dikatakan setiap orang mempunyai internet yang menghubungkan manusia
tanpa sempadan. Penyebaran berita mahupun fitnah mahupun apa sahaja akan
tersebar dengan meluas.
Pada era ini, zaman kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir. Pada era
ini rakyat lebih bijak dalam memilih kehendak mereka. Rakyat lebih terbuka
mindanya dan zaman kerajaan lebih mengetahui sudah berakhir. Oleh itu
kerajaan perlu berhati-hati dan perlu mendekati rakyat dan mendahulukan rakyat
berbanding kepentingan diri sekiranya ingin terus memerintah.
34
Kerajaan juga perlu menyediakan dasar-dasar yang yang tersusun rapi untuk
dituruti rakyat tanpa pertikaian. Tanpa dasar yang jelas,rakyat akan mula hilang
kepercayaan kepada kerajaan. Dasar-dasar kerajaan dan perlaksanaan ini juga
menurut saya mungkin akan bertukar haluan pada masa lain kerana factor
kepimpinan, kewangan,pengaruh politik dan lain-lain.
Kerajaan berkait rapat dengan kuasa dan autoriti. Tanpa kuasa kerajaan tidak
boleh memerintah rakyat kerana kuasa kerajaan lemah dan rakyat akan mula
hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
Secara umumnya kerajaan yang selamat menjamin Negara yang selamat.
BIBLIOGRAFI
K. Ramanathan .(1989). “Asas Sains Politik,Fajar Bakti, Kuala Lumpur
David Popenoe. (2000). Sociology, Prentice Hall,New Jersey
Shamsul Amri Baharuddin .(2007). Modul Hubungan Etnik, Maskha Sdn Bhd
John J. Harrigan and David C. Nice,Politics .(2008). Policy in States and
Communities,Pearson Longman, Singapore
Mingguan Malaysia 14 Mac 2010
Mingguan Malaysia,7 mac 2010
Utusan Malaysia,20 Februari 2010
Dewan Masyarakat,Disember 2009
35
aspirasi digital julai dan ogos 2009
KOSMO 22 Februari 2010
ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_antarabangsa
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1229%3Apertubuhan-bangsa-bangsa-
bersatu-pbb&catid=240%3Apbb&Itemid=39 (Microsoft word yg ade gambar)
ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1229%3Apertubuhan-bangsa-bangsa-
bersatu-pbb&catid=240%3Apbb&Itemid=39
http://en.wikipedia.org/wiki/ASEAN
http://www.aseansec.org/18619.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Non-Aligned_Movement
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=252:konsep-kawasan-aman-bebas-a-
berkecuali-zopfan-di-asia-tenggara&catid=88:dasar-dasar-negara
http://www.icu.gov.my/icu/pdf/artikel/DPN.pdf (pemabngunan nasioal dr M)
http://morazakh.tripod.com/jurnal/SistemPendidikanKebangsaan.pdf (dasar
pendidikan negar)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia
36
http://www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/
18KemudahanMasyarakat/GP18_07KemudahanKesihatan.htm (sal hospital
dan klinik)
http://www.lfip.org/english/pdf/bali-seminar/Keamanan%20Nasional
%20Pertahanan%20Negara%20-%20koesnanto%20anggoro.pdf(Keamanan
Nasional Pertahanan Negara - koesnanto anggoro)
http://id.wikipedia.org/wiki/Komando_Pemulihan_Keamanan_dan_Ketertiban
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1431%3Abantuan-mengikut-
kategori&catid=202%3Abantuan-dan-subsidi-kerajaan&Itemid=4
http://en.wikipedia.org/wiki/Political_power
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Zainal%20Abidin%20Abdul
%20Wahid.pdf
37