Download - Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 1/81
KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA
http://dreamcometrue.5d6d.com/thread-719-
1-1.html
相关搜索: KEPADA, KEPENTINGAN, NEGARA, PERTANIAN, SEKTOR
Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi
kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi. Menuju Wawasan 2020 yang merupakan
impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian
yang maju, kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan malah perlu
dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.
Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat
melalui sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai
sumber pendapatan utama kepada penduduk desa. Jurang kemiskinan juga dapat
dirapatkan melalui pembangunan sektor ini. Majoriti masyarakat desa masih miskin
dan ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang’. Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor
pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat
nasihat, teknologi, penyelidikan juga pembangunan. Hasil pertanian dapat
dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung
menambahkan lagi peluang pekerjaan masyrakat desa dan meningkatkan
pendapatan. Justeru, keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang
dapat dicapai. Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim FELDA. Melalui
skim ini, tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata
kepada penduduk desa untuk dimajukan.
Selain itu, sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat
penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 2/81
pertanian merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan
makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Eksport makanan
menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada
hitam, berus dan sebagainya. Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk
pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang dibekalkam oleh sektor
pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa. Selain itu, hasil
pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan domestik
rakyat sesebuah negara. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas
penduduk Asia. Kita dapat menikmati harga makanan yang rendah, hasil
sumbangan sektor ekonomi utama negara kita. Contoh yang lain kegunaan
domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti tinggi diperoleh
dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.
Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja
import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara
kita melalui pembangunan sektor pertanian. Hal ini disebabkan hasil sektor
pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil
yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit. Negara kita dengan
bangganya pengeluar kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut
kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam memajukan sektor ini. Kepentingan dari
segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan sektor pertanian untuk menggantikan
import negara. Dasar penggantian import diperkenalkan pada awal rancangan
pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing bagi bahan
mentah sektor pertanian melalui pembangunan sektor ini. Sebagai contoh, buah-
buahan merupakan bahan import utama negara kita. Untuk menggantikan import
bahan-bahan ini, kerajaan telah mengambil langkah mempelbagaikan lagi tanaman
buah-buahan melalui pembangunan yang dilakukan dalam sektor utama. Justeru,
kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang kukuh dapat diwujudkanmelalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang seimbang.
Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar
melalui pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan.
Tekanan ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 3/81
peningkatan hasil negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai
tanpa mengabaikan amanat Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar. Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang
lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran alam
yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan perindustrian
yang pesat. Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan keseimbangan
ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun,
pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai, kumbahan sisa kilang yang tidak
bersistematik dan banyak lagi. Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga
kepentingan keseimbangan ekologi. Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti
seperti penanaman, penyuburan tanah, pembaikan struktur tanah dan sebagainya
dapat menjamin hasil ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan
keseimbangan alam sekitar.
Untuk kepentingan hubungan yang harmonis dengan negara jiran
terutamanya negara yang dilanda keelesetan ekonomi dapat dijaga jika sektor
ekonomi utama dimajukan denga pesat. Hal ini disebabkan peluang pekerjaan yang
begitu luas diwujudkan setelah berupaya menampung keperluan masyarakat desa
dan masih mengalami kekurangan sumber tenaga manusia, buruh asing dari negara
jiran yang susah boleh mencari nafkah di negara kita yang kaya ini. Selain dapat
menjalin hubungan yang erat dengan negara jiran yang memerlukan bantuan,
peperangan dapat dielakkan dan rantau yang aman dapat diwujudkan. Keadaan ini
bukan sahaja dapat menjaga kepentingan diri malah kepentingan negara-negara
yang berdekatan kerana rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan
dan kepercayaan pelabur dan pelancong asing. Secara langsungnya, dapat
meningkatkan lagi pendapatan negara malah mampu meningkatkan status negara
kita. Sikap saling membantu ini dan tidak mementingkan diri bak pepatah ‘adat
kampung, memagar kampung, adat negeri, memagar negeri’ merupakan visikerajaan Malaysia yang bijak dan mulia.
Kesimpulannya, kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus
dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan
sebuah negara yang stabil dari segi kewangan, ekonomi dan politik. Pembangunan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 4/81
yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh negara kita dalam
menuju ke Wawasan 2020.
Tujuan Diadakan Kempen
* untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya :
"Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"
* untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya
kempen semasa pilihan raya
* untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya:
kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota
* untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha
murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah
* untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen
menderma darah
Sambutan Masyarakat terhadap Kempen
* Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada
masyarakat Malaysia
* buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar-
harganya meningkat
* air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
* Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa
dijadikan tanaman komersial
* ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar
raya yang utama juga
Keberkesanan Kempen
* ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang
mendapat sambutan daripada masyarakat
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 5/81
* Contoh kempen yang berjaya :
* "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"- contohnya penjualan
kereta nasionalProton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
* "Kempen Jantung Hatiku"- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan
daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali-
sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak
berkemampuan
* Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:
* kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk
RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini
* kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai
akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan
van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
* kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan
keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan
TEMPAT REKREASI
相关搜索: REKREASI, TEMPAT
Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi
* sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan,
khususnya di kota
* sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dansihat
* sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk
memupuk kasih sayang ke arah keluarga bahagia
* untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana
nyaman
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 6/81
Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi
* amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-
kawasan perumahan, pekan, bandar, dan kota
* mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan
tempatan lalu menyediakan taman rekreasi
* mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh
mereka yang bersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga
Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi
(a) Kemudahan yang Disediakan
* alat-alat permainan untuk kanak-kanak
* alat-alat untuk senaman ringan
* tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki
* bakul sampah, lampu, dna pondok telefon
* gerai makanan dan minuman
(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi
* masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu
* ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu
diganti
* ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak* ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang
berkenaan
Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja
Julai 18, 2007 — mindabahasa
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 7/81
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak
dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.
Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam
kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini
sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk
membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras
negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini.
Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru
tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media.
Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok.
Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi
kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui
pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan
kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu
di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk
membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan
buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.
Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk
berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji.
Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan
mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 8/81
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk
menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan
intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.
SUKAN
相关搜索: SUKAN
Perkembangan Sukan di Malaysia
* perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan
Negara danMajlis Sukan Negeri
* banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu
* banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan
* biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk
meningkatkan pencapaian dalam sukan
* banyak institusi sukan yang dibina- jurulatih asing diambil
* beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton
Terbuka Malaysia
* peningkatan taraf semi-prc - bola sepak
Faedah-faedah Bersukan
* membina kesihatan tubuh dan mental
* menawarkan satu peluang niaga, iaitu pengeluaran alat-alat sukan
* peluang pekerjaan dapat diwujudkan / mengurangkan masalah pengangguran* mengeratkan hubungan dengan negara lain
* mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan
* mengeratkan silaturahim dan persaudaraan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 9/81
Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara
* program latihan sukan yang lebih teratur -misalnya projek BAM untuk
badminton, projek bola sepak MILO, projek sekolah menengah
* menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa -misalnya untuk badminton,
olahraga, bola sepak dan sebagainya
* menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasnya atau acara
sukan -misalnya Bola Sepak Piala Merdeka, Badminton Terbuka, Sukan Komanwel
1988, dan lain-lain
* menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan
* memajukan sukan di sekolah-sekolah
* menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat
antarabangsa
ISU, PEMBALAKAN
Kesan Pembalakan
-Kebaikan
* memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara
* menyediakan peluang pekerjaan
* membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan
-Keburukan
* musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai
* pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
* musnahnya habitan hidupan liar
* hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan
tanah runtuh, banjir kilat, dsb.
* perubahan arah angin dan cuaca berlaku-bekalan oksigen berkurang
* kawasan tadahan negara terjejas
* kesuburan tanah semakin kurang
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 10/81
Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan
* pengeluaran balak dikurangkan dengan menghadkan kawasan pembalakan
* kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Hutan
* penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
* penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
* kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di
pelbagai peringkat
* penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan;
dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
* hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram
Isu Pembalakan Haram
Cara dijalankan:
* secara sulit, yakni jauh di dalam hutan / kawasan pedalaman
* di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk
pembalakan
* di kawasan hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak
dibangunkan
• secara penipuan dan penyelewangan dengan melibatkan orang-orang yangberpangkat dan berpengaruh
ALAM, PENCEMARAN
Punca-punca Pencemaran Alam
* keiatan perusahaan atau perkilangan
* asap-asap kilang meyebabkan pencemaran udara dan sisa-sisa
* pembuangan toksid menyebabkan pencemaran air
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 11/81
* kegiatan pembanguanan dan penerokaan hutan
* mengganggu sistem ekologi bumi
* mengakibatkan hakisan tanah
* menyebabkan bumi tiada kawasan tuduhan hujan; menyebabkan banjir
* kegiatan pengangkutan
* asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun)
* tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut
* kegiatan perladangan dan di rumah
* pembuangan sampah yang tidak bersistem dan penggunaan racun serangga
yang berleluasa menyebabkan udara tercemar
Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam
* meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat pada semua
peringkat
* mengadakan undang-undang yang lebih ketan dan mengenakan hukuman yang
berat kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam
sekitar
* membina kilang jauh dari kawasan kediaman
* memelihara hutan dengan menghadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan
* usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan
perlu dilakukan secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah
Kesan daripada Pencemaran Alam
* apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa;
kesihatan kita terganggu
* lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan
* menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya
* bencana alam seperti banjir, tanah runtuh akan berlaku, dan mengakibatkan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 12/81
kehilangan nyawa dan harta benda
* hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada
hakisan
* hidupan liar terancam dan akhirnya pupus
* air tidak selamat digunakan- bumi tidak selamat didiami
PENGANGGURAN
Punca-punca Berlakunya Pengangguran
* penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku
terutamanya di bandar-bandar* kelulusan akademik yang rendah
* penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti
komputer
* penggunaan tanah yang tidak ekonomi terutamanya di desa
* belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional
* sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia
Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran
* menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga dan beternak
* memperkenalkan mata oelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar
* menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik
* menyemaikan sikap berdikari dalam kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi
* meyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan
* melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai
dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih
* memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran dan teknologi
kepada belia yang ingin berusaha sendiri
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 13/81
Kesan daripada Pengangguran
* belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan
moral
* jenayah terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian,
rompakan, pembunuhan, peras ugut dan sebagainya
* bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk
membayar sewa rumah yang terlalu mahal
* banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan
* ekonomi negara terbantut
SOALAN
Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat
anda, perlukan usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-
permainan tradisional?
Permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh
sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes
masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional.
Walau bagaimanapun, isu peminggiran permainan tradisional ini sentiasa
menjadi buah mulut sehingga menuntut tindakan yang pragmatik untuk
memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.
Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan
menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan
rakyat memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi
peluang kepadasemua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati
permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan
satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu,
pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi
nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.
Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan
permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 14/81
gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan
masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan
berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini
memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang
semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan
tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada
jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.
Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai
salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini
memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak
muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran
yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa
seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak
sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang
penting untuk disertai oleh pelajar.
Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa
mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa.
Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan
permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat.
Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba
mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup
mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi
satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam
masyarakat moden kita.
Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Peribahasa 'tepuk dada tanya selera' sesuai menjadi renungan kita semua
kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 15/81
implikasi globalisasi positif
相关搜索: positif , globalisasi, implikasi
ekonomi
1.menyediakan banyak peluang pekerjaan
- peletakan kilang-kilang multinasional asing seperti Toyota, Sony and sebagainya di
negara kita mewujudkan banyak pekerjaan
bagi pekerja mahir dan separuh mahir tempatan.
- Upah buruh tempatan yang murah dan kos pengeluaran yang rendah berbanding
dengan di negara-negara maju
- Perjanjian GATT dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO) telah
mempercepatkan globalisasi kerana pasaran yang
semakin terbuka.Produk industri negara kita mudah ditembusi pasaran dunia
2.pengaliran modal asing masuk
- rangkaian sistem kewangan dunia yang terbuka membolehkan pengaliran modal
dari negara kaya ke negara membangun
seperti Malaysia
- sistem rankaian internet atas globalisasi menyebabkan dasar kerajaan tempatan
yang liberal dan keruntuhan dasarpdasar
pelindungan (protective barrier) kerajaan menyebabkan pengaliran masuk modal
syarikat transmultinasional
- penubuhan rangkaian baru tapak perniagaan di negara kita menggalakkan
penggunaan bahan mentah tempatan
sosial/budaya
3.meningkatkan pertukaran nilai-nilai sosial budaya
- globalisasi memudahkan nilai,sikap,tradisi dan budaya temoatan tersebar ke
seluruh dunia
- pereka-pereka fesyen tempatan menggabungkan gaya-corak,dan warna pakaian
perlbagai bangsa dunia justeru wujudkan
stile asimilasi. (fusion of culture)
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 16/81
- filem kungfu dan pelakon tempatan spt Michelle Yeoh dapat bekerjasama dengan
syarikat perfileman hollywood
- kedai masakan Cina,India dan Hepun bercambah di merata-rata dunia
sains dan teknologi
4.pemindahan teknologi ke negara membangun
- syarikat-syarikat TNC menemopat operasi ke lokasi pasaran aktif ke negara
membangun secara langsungnya menyalur
masuk teknologi terbaru mereka
- pakar negara maju daripada syaritkat transnational corperat seperti
Microsoft,Nokia mambawa teknologi terbaru. justeru
rakyat dapat menggunakan teknologi 3G dan internet, televisyen satelit, komuter
dan lain-lain
- koridor raya multimedia juga adalah replika kejayaan Lembah Silikon di AS
politik
5.meningkatkan persefahaman sedunia/antarabangsa
- melalui internet, berita dari seluruh dunia dapat disalurkan yakni rakyat dapat
meningkatkan hubungan dengan ngr luar
- rakyat negara dapat menjalin hubungan dengan negara-negara serantau dan
antarabangsai dari pelbagai ideologi atau
politik baik komunis,sosialis mahupun kapitalis
-akibatnya,rakyat dapat belajar menyuarakan pendapat dan menerima pandangan
degang bebes sejajar dengan hak asasi
manusia.
- berita peristiwa dari seluruh dunia membolehkan rakyat tempatan dapat
berfikir,menila dan berjuang menentang sebarang
tindakan kerajaan kejam dan autokratik dan seterusnya memupuk ideologidemokrasi.
- kekuatan TNC negara-negara maju dapat memastikan pemerintah negara
membangun mengamalkan demokrasi dan
ketelusan kerajaan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 17/81
inflasi...
相关搜索: inflasi
kesan
-kos sara hidup tinggi
-tekanan hidup semakin meningkat
-masalah setinggan meningkat di kawasan bandar
-desakan terhadap kerajaan
langkah
-penguatkuasaan undang
-menggalakan masyarakat berperanan meangawal (skim pembayaran ganjaran)
-kempen berjimat cermat
-elaun kos sara hidup
pelan intergriti nasional
相关搜索: intergriti, nasional, pelan
masalah/cabaran
-perubahan keadaan sosial
-berleluasanya mentaliti materialistik-cabaran ekonomi serantau dan global
langkah
-islam hadhari
-penubuhan institut integriti nasional
-memperkukuhkan kuasa badan pencegah rasuah
-penubuhan jawatankuasa khas kabinet mengenai keutuhan pengurusan kerajaan
关于到一些社会问题的 karangan
Sebab-sebab
Sebab1:Kepincangan institusi keluarga
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 18/81
-ibubapa gagal menjadi model yang sempurna-ibu bersikap materialistik dan individualistik-ibubapa tidak menekan pendidikan agama-sikap terlalu memanjakan anak-anak-konflik dalam rumah tangga-kekurangan kasih sayang
sebab2: kelemahan institusi pendidikan-segelintir guru gagal menjadi model yang sempurna-penguatkuasaan peraturan yang longgar-hukuman yang ringan-kurang kerjasama antara ibubapa dan guru-unit bimbingan dan kaunseling kurang berperanan
sebab3:Pengaruh negatif media massa-terlalu banyak stesen Tv swasta-mengutamakan rancangan-rancangan import
-penularan budaya kuning-mencemari dan mengancam budaya tempatan-meracuni pemikiran dan perlakuan rakyat malaysia-peningkatan pelbagai masalah sosial
sebab4:kelemahan pihak berkuasa-penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan hukuman yang terlalu ringan-penyelewengan kuasa dan amalan rasuah-pelaksaan kempen yang kurang berkesanperancangan yg kurang teliti dan tidak konsisten-terlalu meyakini dan mempercayai pihak berkuasa
sebab5:kelemahan diri sendiri-kurang keimanan diri-sikap mempunyai cita-cita dan wawasan hidup-sikap ingin tahu dan ingin cuba-tidak memahami aspirasi keluarga,bangsa dan negara-mudah terpengaruh dgn rakan sebaya-tidak gentar dengan undang-undang
sebab6:kelemahan masyarakat-sikap mementingkan diri sendiri-tidak memberi komitmen dan kerjasama kepada pihak kerajaan-tidak mahu mengalami anjakan paradigma-sikap tidak mahu memikul tanggungjawab-sering meletakan kesalahan pada pihak lain-tiada kesungguhan dan bersikap sambil lewa
sebab7:pengaruh rakan sebaya-rakan mempunyai pengaruh yg besar dlm kehidupan seseorang-banyak gejala sosial spt vandalisme,lumba haram dilakukan secaraberkumpulan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 19/81
-ramai daripada rakan meracuni seseorang melakukan kejahatan-rakan yg datang drpd keluarga bermasalahrakan sebaya tidak berpendidikan agama
Kesan-kesan
kesan positif
1. Kepada negara
-membantu perkembangan ekonomi negara
-menyumbangkan pendapatan lumayan kepada negara
-menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa
-mengurangkan beban kewangan negara
-mengekalkan kestabilan dan keamanan negara
-memupuk perpaduan nasional
2.Kapada masyarakat
-menyumbangkan pendapatan lumayan
-meningkatakan taraf hidup masyarakat
-meningkatkan taraf kesihatan
-menyediakan banyak peluang pekerjaan
-menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat
3. Kepada perhubungan Antarabangsa/Dunia
-mendapat pengiktirafan antarabangsa
-menjalin perhubungan diplomatik
-menerima bantuan dan pelaburan
-publisiti dan promosi di peringkat antarabangsa
-keselamatan dan keamanan dunia
Kesan negatif
1. kesan kepada negara
-mencemari imej negara di peringkat antarabangsa
-meningkatkan beban kewangan negara
-menggugat kestabilan negara
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 20/81
-mengancam perpaduan negara
-mencetuskan masalah pengangguran dan kemiskinan
-pembangunan negara terjejas
2. Kesan kepada masyarakat
-mencemari imej masyarakat
-mengancam adat dan budaya tempatan
-menggugat keselamatan dan kesejahteraan
-masalah kemiskinan dan pengangguran
-hubungan rakyat dengan kerajaan terjejas
3. kepada institusi pendidikan
-mencemari imej sekolah
-sekolah menjadi tempat yang kirang selamat
-mengancam perkembangan sistem pendidikan negara
-masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap Kementerian Pelajaran
-menghalang pembentukan Sekolah Penyayang dan sekolah Wawasan
4. Kepada diri sendiri
-menghancurkan masa hadapan
-mencemari imej diri sendiri
-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-berhadapan dengan masalah pengangguran dan kemiskinan
-menjejaskan kesihatan diri
5.kepada keluarga
-mencemari imej keluarga
-keluarga berhadapan dengan masalah kewangan-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-menjejaskan hubungan baik anggota keluarga
-meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam
6. Kepada perhubungan antarabangsa/dunia
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 21/81
-menjejaskan perhubungan diplomatik
-menerima ancaman daripada negara-negra maju
-keamanan dan keselamatan dunia terancam
-perpecahan,rusuhan dan peperangan
-dunia akan kiamat
Langkah-langkah
1. Peranan keluarga
-mencurahkan kasih sayang dan mengambil berat
-memberikan pendidikan agama
-menjadi contoh dan teladan yang baik
-sentiasa mengawasi pergerakan dan tingkah laku anak - anak
-memberi kerjasama penuh kepada pihak sekolah
2.Peranan Institusi pendidikan
-penguatkuasakan peraturan yang lebih kuat
-melaksanakan semula hukuman rotan
-memperbanyak aktiviti kokurikulum
-pihak sekolah bekerjasama penuh dengan ibu bapa
-unit bimbingan dan kaunseling menyusun program-program khas
3. Peranan kerajaan
-penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang lebih berat
-kempen yang berterusan
-perancangan dan pengurusan yang sistematik
-menyusun dan melaksanakan program-program khas
4. Peranan media massa
-perlu memiliki tanggungjawab sosial
-mengutamakan rancangan-rancangan tempatan
-memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat
-menjadi jambatan perhubung antara kerajaan dan masyarakat
-memperkenalkan produk-produk berkualiti
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 22/81
5.Peranan masyarakat
-perubahan sikap daripada masyarakat
-memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan
-berani membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa
-melibatkan diri secara aktif dalam semua program
-kesungguhan bekerja, mencurahkan idea dan tenaga
6. Peranan diri sendiri
-memiliki cita-cita wawasan hidup-mengutamakan masa hadapan berbanding
keseronokan semasa
-berhati-hati memilih kawan
-memahami aspirasi keluarga, bangsa dan negara
-mengutamakan pelajaran dan kesihatan
-bergiat cergas dalam semua aktiviti anjuran sekolah, masyarakat dan kerajaan
7. Peranan rakan sebaya
-mesti menjadi rakan yang baik
-membimbing rakan lain ke jalan yang sihat
-sentiasa menasihati dan memberi tunjuk ajar positif
-menyelesaikan masalah kawan dan bukannya menimbulkan masalah kepada
kawan
-melatih kawan menyertai pelbagai kegiatan riadah dan reakrasi yang positif
KESIHATAN
Kepentingan Kesihatan
* konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial,
emosi dan rohani
* membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
* mengekalkan kecergasan tubuh badan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 23/81
* menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
* menjadikan otak lebih cerdas
* menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia
* melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa
matlamat yang dirancang
Cara-cara Menjaga Kesihatan
* mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
* melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
* mempunyai waktu rehat yang cukup
* melakukan pemeriksaan kesihatan
* menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
* tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara
berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya
* menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap
rokok, minum minuman keras, dan sebagainya
Tahap Kesihatan Rakyat
* cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam
kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang
tua
* dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
* jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
* kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyatbegitu tinggi
* kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
* perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
* mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya
kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 24/81
* mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga
peringkat antarabangsa
MAJIKAN/PEKERJA
Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja
* bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jantina, bangsa dan agama
* menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja
* menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih serta lengkap dengan
kemudahan seperti surau, kantin dan sebagainya
* membayar kadar upah, elaun dan bonus yang setimpal dengan kerja dan
tanggungjawab yang diberikan kepada pekerja
* menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja
* meyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar
kerjaya mereka dapat berkembang
Kualiti Kerja dan Produktiviti
* rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja
* kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tingg;
misalnya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi,
bermoral tinggi dan sebagainya
* kualiti kerja dapat ditingkatkan jika pekerja diberi
pendedahan tentangpengetahuan terbaru yang berkaitan dengan tugasnya
melalui kursus, seminar, bengkel dan sebagainya
* kualiti kerja dapat ditingkatkan juga melalui suasana tempat kerja yang
selesa dan sempurna serta layanan yang memuakan daripada majikan
Etika Kerja
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 25/81
* bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, atau tingkah laku yang
dijadikan pegangan semasa menjalankan tugas
* antara etika kerja itu termasuklah berdisiplin, bertanggungjawab,
berdedikasi, amanah, jujur dan sebagainya
* penting agar sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna
serta mencapai kualiti yang dikehendaki
* penting juga supaya suasana kerja yang sihat dan harmonis terbentuk
antara pekerja dengan harmonis terbentuk antara pekerja dengan pekerja dan
antara pekerja dengan majikan
PERPADUAN KAUM
Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum
* rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara
* rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis
* negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman
musuh
* keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di
negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara
* menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya
Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum
* menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial
* mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian
antara kaum
* mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum
* memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasam dan
sebagainya
* menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 26/81
kemasyarakatan
* mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai
kaum
* menggalakkan penduduk menyambut hari perayaan, sambutan, hari
kebesaran dan sebagainya
Perpaduan Kaum pada Hari ini
* masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang
sensitif kepadasesuatu kaum
* masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya dan agama kaum
lain
* masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni
di sesuatu kawasan
* konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru; masyarakat
perlbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung
* masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara
TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B
1. Pendahuluan
- dua ayat sahaja
- ayat 1 definisi isu/penyataan berkaitan dengan isu
- ayat 2 - mengulas kehendak soalan
2. ISI
- Calon kena kemukakan 4 isi yang bernas dan seimbang
- setiap isi hendaklah dihuraikan dalam 4 ayat
- ayat 1 - nyatakan isi
- ayat 2 - huraian ayat 1
- ayat 3 - huraian/ contoh/ statistik/ isu-isu semasa yang berkaitan
- ayat 4 - penegasan isi
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 27/81
CONTOH
Punca perdana budaya lepak semakin berleluasa dalam
kalangan pelajar kerana kurangnya kasih sayang ibu bapa. Jika kita lihat, ibu
bapa pada hari ini terlalu mementingkan kerjaya sehingga tiada masa untuk
memberi perhaian dan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Mengulas
perkara ini, Menteri Belia danSukan, Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob meminta
ibu bapa jangan terlalu ghairah mengejar kemewahan duniawi sehingga anak-
anak terabai dan tidak dipedulikan. Tuntasnya, kasih sayang ibu bapa yang
semakin terhakis telah menjadi faktor penyebab budaya lepak semakin menular
pada masa ini.
3. PENUTUP
- cukup sekadar dua ayat
- ayat 1 - cadangan
- ayat 2 - harapan
MEMUPUK MINAT MEMBACA
Terdapat satu peribahasa cina yang menyatakan bahawa membaca buku
diumpamakan sebagai ‘makanan jiwa’.Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak
menjadi tin kosong dan ini dapat dikepai dengan membaca
buku.Malangnya,masyarakat kini,terutamanya remaja,kurang menghargai buku
berbanding dengan makanan yang dimakan oleh mereka.Mereka tidak sedar
akan kewujudan masyarakat berkualiti bergantung kepada minatmembaca.Banyak pihak telah menyuarakan rasa bimbangan mereka terhadap
masa depan negara.Satu soalan yang pasti berlegar dalam benak kita
iaitu,’bagaimanakah budaya membaca dapat diwujudkan?’
Salah satu cadangan untuk memupuk minat membaca adalah melalui
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 28/81
peranan ibu bapa.Ibu bapa seharusnya menjadi ‘role model’kepada anak-
anak.Anak-anak perlu didedahkan kepada mereka bahan bacaan sejak kecil lagi
agar minat membaca buku dapat dipupuk.Hal ini demiakian kerana “melentur
buluh biar dari rebungnya”.Kanak-kanak yang kecil tidak tahu menghargai buku
dan inilah proses pembelajaran yang perlu diterima.Sekiranya minat membaca
dapat dipupuk sejak kecil,mereka akan menjadikan membaca sebagai satu
kebiasaan.Keadaan inilah yang sentiasa diharap-harapkan oleh pelbagai pihak.
Kesedaran tentang kepentingan dan faedah membaca amat diperlukan dalam
sanubari anak-anak.Sewaktu mereka membaca,mereka harus diberitahu tentang
faedahnya menimba ilmu pengetahuan.Cara ini dapat mengelakkan anak-anak
mereka berputus asa dan menjadikan membaca sebagai amalan.Mereka juga
haruslah dimaklumkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang rajin
membaca.Galakan dan pujian ibu bapa amat diperlukan agar budaya membaca
dapat diteruskan.
Selain itu,guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk
minat membaca dalam kalangan remaja.Hal in kerana remaja menghabiskan
masa enam jam di sekolah.Masa inilah tanggungjawab berkenaan terletak di
bahu guru dan bukannya ibu bapa.Guru-guru dapat menarik minat mereka
terhadap buku tersebut dan secara tidak langsung menimbulkan keinginan
membaca buku tersebut.Di samping itu,perpustakaan juga perlu dikemas kini
dengan bahan bacaan yang ada di pasaran.Persatuan yang berkaitan perlu
bergiat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada bahan bacaan.
Sebenarnya kerajaan juga,turut menyumbangkan tenaga dalam usaha
tersebut.Bermula tahun 2000,komponen kesusteraan dimasukkan dalam
sukatanpelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.melalui cara ini,pelajarberpeluang membaca pelbagai genre,bahan sastera dan mengenali tokoh-tokoh
yang terlibat.Di samping memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar,cara
ini juga dapat membentuk keperibadian yang tinggi dalam kalangan
pelajar.Misalnya nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel pasti akan
meninggal kan kesan dalam minda pelajar.Pengenalan komponen sastera
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 29/81
merupakan satu proses berterusan dan diharapkan minat membaca pelajar
berterusan.
Sementara negara kita sedang berusaha mencapai negara yang maju pada
tahun 2020,remaja hari ini mungkin akan menjadi pemimpin pada hari esok dan
sebad itulah mereka perlu ditekankan akan pentingnya membaca.Kita berharap
masa depan dan satu-satunya menjadikan membaca sebagai kemestian.Budaya
membaca masyarakat Malaysia,mampu melahirkan generasi yang
cemerlang,gemilang,dan terbilang.
JENAYAH
Kes jenayah merupakan satu kejahatan atau perbuatan yang salah di sisi
undang-undang seperti mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya. Tidak
dapat dinafikan bahawa kes jenayah yang berlaku di Negara Malaysia semakin
serious .
Kes jenayah bukan sahaja berlaku di tempat awam , ini juga berlaku di kawasan
sekolah . Kebelakangan ini sekolah saya telah berlaku dua kes , kes pertama
ialah salah seorang pelajar sekolah saya hampir dirogol oleh seorang pemandu
lori sewaktu pulang dari sekolah manakala Kes kedua ialah seorang pelajar
perempuan sekolah saya telah diberhentikan sekolah kerana telah hamil .
Setiap hari kita buka surat khabar , kita akan mendapati ada kes pembunuhan ,
kes rogol ,rompak dan sebagainya berlaku . Adakah undang-undang di Negara
Malaysia tidak ketat? Dari manakah pembunuh itu dapatkan pistol atau
senapang dengan senang? Pelbagai soalan timbul di setiap sudut hati rakyat ,
walaupun setiap kes jenayah tentu tidak dapat melarikan diri daripada undang-
undang ataupun pihak polis tetapi tindakan mereka bagai melepaskan batuk di
tangga. Kalau kita tidak mencari dari manakah datangnya punca tersebut , kes
jenayah akan terus berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Kebanyakkan kes janayah juga bermula daripada perkataan ini iaitu dendam ,
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 30/81
tidakah ramai orang yang berpendapat bahawa ini adalah benar? Jika perkara
kecil yang berlaku sebenahnya dapat diselesaikan dengan senang tetapi
disebabkan perkataan dendam menyebabkan ia menjadi satu kes pembunuhan
dan sebagainya .Selain kes pembunuhan , kes seperti merompak dan mencuri di
khalayak orang ramai juga sering berlaku di Malayasia . Ini bertambah sedih
walaupun kes ini disaksikan oleh ramai orang tetapi tiada seorang pun yang
mahu menghulukan bantuan mereka tak kira melaporkan kes itu kepada pihak
polis atau sebagainya.
Pihak sekolah , pihak polis ,ibubapa serta semua orang harus berani mengatakan
tidak kepada salah laku jenayah. Kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja
manakala orang lain sedang menderita , kita harus mempunyai semangat
kerjasama , tolong-menolong, dan tidak kurang juga semangat kejiranan. Di
Malaysia terutamanya sekitar Bandar seperti Kuala Lumpur , semangat kejiranan
mereka amat lemah disebabkan mereka hanya mementingkan kewangan mereka
, berpeluk tubuh saja atau menyalahkan pihak polis dan kerajaan tidak menjaga
keamanan Negara serta pelbagai alasan lain apabila ada kes jenayah berlaku .
Apa gunanya jika kita belajar Pendidikan Moral di sekolah tetapi sendiri pula
pentingkan diri sendiri? Adakah kita belajar untuk peperiksaan sahaja? Jika
jawapan ialah ya , maka Pendidikan Moral harus dibatalkan dengan
mengfokuskan kepada pelajaran yang lebih penting seperti fizik , kimia , biologi ,
ekonomi, prinsip akaun ,bahasa inggeris , bahasa melayu dan bahasa cina .
Tujuan sebenah Pendidikan Moral adalah untuk menyerapkan nilai moral kepada
setiap rakyat supaya dapat menjadi seorang yang berinsan dan tidak melakukan
salah laku jenayah serta dapat membantu orang lain selain daripada diri sendiri.
Sikap manusia adalah suka bergantung kepada satu pihak sahaja , menyalahkanorang lain dan memberi alasan apabila kes jenayah berlaku. Tidakkah kita
fikirkan bahawa siapakah yang membenarkan kes jenayah berlaku? Jawapannya
ialah diri kita sendiri sebab kita tidak berani menentang atau menghalang salah
laku jenayah berlaku. Kalau setiap orang sanggup berdiri di baris hadapan
menentang berlakunya salah laku jenayah , Negara kita pasti tidak ada kes
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 31/81
jenayah yang berlaku.Tidakkah anda semua setuju tentang perkara ini ?
Penjenayah juga akan takut untuk berhadapan dengan orang ramai yang berani
mencegah jenayah , sebaliknya mereka mungkin akan insaf dengan perbuatan
mereka .
Kesimpulannya , setiap rakyat Malaysia mempunyai kewajiban untuk mencegah
berlakunya jenayah di Malaysia serta ceramah yang selalu diadakan nampaknya
tidak mempunyai kesan yang besar untuk kita membanteras jenayah . Kita harus
membuktikanya dengan tindakan kita bukannya berbual kosong . Jika kita
memastikan keamanan Negara terjamin , kita harus melakukan sesuatu
daripada berpeluk tubuh , ingatlah bahawa KEAMANAN NEGARA ADALAH
TANGGUNGJAWAB KITA .
MALAYSIA MENUJU KE ERA KERAJAAN ELEKTRONIK
1#
打印
字体大小:tT
发表于 2008-8-29 16:28 |只看该作者 踩窝窝 送礼物 问候 Ta
MALAYSIA MENUJU KE ERA KERAJAAN ELEKTRONIK
相关搜索: ERA, ELEKTRONIK, MALAYSIA, MENUJU
Bayangkan satu senario pemotongan cukai, memperbaharui pelbagai lesen,
penggunaan kad pintar dalam pelbagai urusan kerajaan, boleh dilakukan sepanjang
24 jam, sama ada di rumah atau di pejabat dengan tanpa perlu ke
kaunter dantanpa kertas. Senario ini bukan lagi satu khayalan atau fantasi tetapi
semakin menjadi realiti dengan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kerajaan
elektronik, berkat kecanggihan teknologi maklumat. Ted Gaebler dan David Osborne
dalam bukunya yang tersohor ‘Reinventing Government (1992)’, menegaskan
penggunaan teknologi maklumat akan membantu mewujudkan sebuah ‘kerajaan
yang baik’. Menurut Gaebler dan Osborne, sebuah kerajaan yang baik akan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 32/81
mempunyai ciri-ciri kepantasan yakni kepantasan dalam berurusan, berkualiti,
mengecilkan saiz dan memotong belanjawan. Kesemua elemen ini boleh tercapai
dengan cemerlangnya sekiranya sebuah kerajaan itu sanggup menggunakan dan
memperkenalkan perkhidmatannya secarta elektronik. Kewujudan kerajaan
elektronik bukan lagi satu omong kosong tetapi sesuatu yang harus ditawarkan
dalam menangani cabaran alaf baru.
Kerajaan elektronik dalam konteks Malaysia merupakan salah satu aplikasi perdana
dalam pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diilhamkan oleh Tun Dr.
Mahathir bin Mohamaf sendiri. Objektif kerajaan elektronik adalah untuk
mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam kerajaan dalam
menyampaikan perkhidmatannya melalui penggunaan teknologi maklumat terkini
dan aplikasi multimedia. Visi utama kerajaan elektronik adalah untuk
menggembleng kesepakatan antara kerajaan, syarikat swasta dan orang awam
berganding bahu dan berusaha bersama bagi faedah negara.
Melalui kerjasama dan perkongsian pintar pelbagai pihak ini, akan turut membantu
negara bergerak teguh ke arah mempertingkatkan daya saing. Pelaksanaan
kerajaan elektronik ini akan juga merombak paradigma lama dan
mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran Kerajaan
Malaysia atau “re-invent the Government of
Malaysia’, di samping menjadi pemangkin kepada MSC. Barangkali, harus diingatkan
bahawa pelaksaan kerajaan elektronik bukanlah semata-mata memberi tumpuan
kepada penggunaan komputer di agensi-agensi kerajaan, tetapi yang lebih penting
ialah bagi membolehkan cara pemberian perkhidmatan kerajaan dipercekap dalam
usahanya mencapai kecemerlangan. Hal ini tentu sekali bermatlamat melahirkan
Perkhidmatan Awam yang berinteraksi secara berkualiti dengan pelanggannya. Di
samping itu, pelaksanaan pelbagai aplikasi di bawah Kerajaan Elektronik dan
memberi kesan ke atas cara hidup masyarakat hasil daripada perubahan dan
peningkatan dalam cara penyampaian perkhidmatan kerajaan. Proses-proses yangmenyentuh kehidupan masyarakat seperti pendaftaran kelahiran, pandaftaran
sekolah, pengeluaran kad pengenalan, pengeluaran lesen memandu, dan
sebagainya akan mengalami perubahan memandangkan urusan-urusan tersebut
akan dilaksanakan secara elektronik.
Hubungan dengan sektor swasta juga bertukar corak kerana urusan pendaftaran
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 33/81
perniagaan dan syarikat, pembayaran cukai, pengeluaran lesen import, eksport dan
perolehan kerajaan akan dilakukan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan
multimedia. Begitu juga jalinan komunikasi antara agensi dan sesama anggota
kerajaan akan menjadi lebih rapat, cekap dan berkesan dam dengan demikian
berupaya menghasilkan tahap produktiviti yang lebih tinggi.
Kesemua ini akan membantu sebuah jentera pentadbiran yang lebih cekap dan
beroperasi tanpa kertas. Konsep berperasi tanpa kertas atau ‘paper-less
bureaucracy’ ialah konsep pentadbiran kerajaan yang berupaya berpotensi dengan
cekap tanpa penggunaan kertas.
Menurut Anuar Maarof dalam tulisannya ‘Paper-less bueraucracy(1995)’, bahawa
kerajaan memandang berat kepada masalah karenah birakrasi khususnya yang
menyentuh penggunaan kertas dan dokumen atau ringkasnya ‘paperwork’ yang
membebankan orng awam sebagai pelanggan yang berurusan dengannya serta
pegawai kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan-pelanggan
berkenaan.
Di samping itu, kerajaan juga telah mewujudkan Rangkaian Telekomunikasi
Bersepadu Kerajaan atau ‘Government Intergrated Telecommunications Network
(GITN)’ yang bertujuan memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan rangkaian
kepada agensi-agensi kerajaan yang mempunyai pejabat di dalam dan di luar
negara. Rangkain GITN merupakan satu prasarana yang memudahkan penyampaian
maklumat dan perkhidmatan secara elektronik bagi tujuan luaran.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaksaan kerajaan elektronik akan memberi
banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaannya
banyak bergantung kepada budaya dan penerimaan masyarakat Malaysia dan
kakitangan Perkhidmatan Awam terhadap perubahan paradigma, corak dan budaya
kerja baru yang diperkenalkan melalui wahana kerajaan elektronik. Teknologi
sememangnya boleh membantu tetapi sekiranya sikap terhadap rutin bekerja belum
berubah, tentu sekali melambatkan pelaksanaan kerajaan elektronik, lebih-lebih lagikejayaannya juga banyak bergantung kepada kepuasan pelanggan yang
menggunakan perkhidmatan yang diberikan.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 34/81
AMALAN PEMUSNAH
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok,telah diperkenalkan secara
menyeluruh termasuk ke dunia Islam,oleh penjajah Barat beragama
Kristian,danrokok belum pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w.Dalam kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu,tembakau dihisap
bukan sahaja untuk bersuka ria tetapi sebagai satu acara dalam upacara
kebudayaan dan keagamaan.Pada umumnya umat Islam tidak merokok
melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini,merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam
masyarakat kita,sehingga kadangkala rokok dipandang suatu norma yang
membanggakan.Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah
terpedaya dengan budaya asing,terutamanya yang dipaparkan melalui media
massa,ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan
yang kononnya dikaitkan dengan merokok.Malah tabiat suka meniru dan
menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-
anak pada zaman ini.
KANDUNGAN BERBAHAYA DALAM ROKOK
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan
kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut.Dengan ini setiap
sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.Antara kandungan asap rokok
termasuklah bahan radioaktif(polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan
di dalam cat(acetone),pencuci lantai(ammonia),ubat gegat(naphthalene),racun
serangga(DDT),racun anai-anai(arsenic),gas beracun(hydrogen cyanide)yang
digunakan di “ kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati,dan
banyak lagi.Walaubagaimanapun,racun penting adalah Tar,Nikotin dan Karbon
Monoksida.
Tar mengandugi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi
penyebab kanser(karsinogen).Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis polycyclic
aromatic hydrocarbon(PAH)telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 35/81
proses kanser.
Nikotin ,seperti najis dadah heroin,amfetamin dan kokain,bertindak balas di
dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi
punca utama penagihan.Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan
melalui gejala gian,tolerans dan tarikan,adalah mungkin lebih hebat berbanding
najis dadah.Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis
dadah,sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan.Seseorang yang
kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan
dalam keadaan yang tertekan sekali.oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang
telah terjerat dengan ketagihan merokok,meninggalkan tabiat itu untuk
selamanya,kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak tuhan juga.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan
strok.Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca daripada
tabiat merokok.Di Malaysia,sakit jantung merupakan penyebab utama kematian
sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh
ekzos kenderaan.Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga
menyebabkan kerencatan dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya
paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan,akan
membawa kerosakan pada setiap organ di seapanjang laluannya,iaitu bermula
dari hidung,mulut,tekak,saluran pernafasan.paru-paru,saluran
penghadaman,saluran darah,jantung,organ pembiakan,sehinggalah ke saluran
kencing dan pundit kencing,iaitu apabila sebahagian daripada racun-racun itu
dikeluarkan daripada badan.
Keasan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut
bertanggungjawab pada orang di sekeliling akibat daripada bahaya asap
rokok.Asap rokok yang di hidu oleh perokok atau mereka yang berada di
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 36/81
sekelilingnya,akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke
paru-paru.Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di
sepanjang perjalanan di ruang ini.Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai
penyakit di mulut,kerongkong,paru-paru dan barah.Asap akan melalui saluran
pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,menyebabkan
bronchitis,penyakit di bahagian paru-paru.Selain itu akan merosakkan pundit
udara dalam paru-paru(alveoli)dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan
pencernaan,yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian
esophagus,perut dan pancreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memesuki system saluran darah
dan dibawa ke seluruh badan.Bahan nikotin,bukan sahaja memberi sifat
ketagihan,malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit.Rokok juga
merosakkan dinding alteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini,dalm jangka panjang,akan menyebabkan symptom kebas pada
kaki,jari,migraine,sakit kepala,pedih ulu hati,kekejangan lutut kaki,serangan
penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan daripada
badan melaui air kencing.Dalam proses ini pula,berlaku satu lagi kercunan hasil
penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang.Racun
dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juaga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-
ubatan.Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapakumpulan enzim di hati dan ada kalanya boleh memperhebat kesan sampingan
sesuatu ubat itu.”Rokok Membahayakan Kesihatan”.Justeru,”Jauhilah Rokok
daripada Kehidupan.”
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 37/81
Esei
Badan yang sihat adalah penting untuk membentuk individu yang cergas dan
masyarakat yang cemerlang. Jelaskan langkah-langkah yang berkesan untuk
meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. (Laras Sains)
Pengenalan
Sebagai negara membangun, taraf kesihatan rakyat Malaysia masih belum
mencapai tahap yang memuaskan, terutama penduduk desa.
Langkah-langkah
1. Memupuk amalan pemakanan yang seimbang.
λ —Makanan berkhasiat.
λ —Makanan kurang lemak, kurang garam dan kurang gula.
λ —Makanan termasak.
2. Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap.
λ —Membanyakkan hospital dan klinik, lebih-lebih lagidi kawasan luar bandar.
λ —Melatih pakar dan kakitangan perubatan yang cukup.
λ —Memastikan rawatan percuma diberi kepada golongan miskin.
3. Menggalakkan kegiatan senaman dan sukan.
λ —Menyediakan kemudahan senaman dan sukan di merata- rata tempat.
—Menganjur pertandingan sukan.
λ —Mengurangkan cukai atas alat-alat sukan.
4. Meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan.
λ —Teknologi makanan.
λ —Perubatan.
—Alam sekitar.
5. Mendidik rakyat jelata untuk mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat.
λ —Menjaga kebersihan diri.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 38/81
λ —Menjaga kebersihan alam sekitar.
λ —Menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan dan minuman.
Kesimpulan
Kesihatan ialah aset penting setiap insan. Dengan rakyat yang sihat dan cergas,
Malaysia akan menuju ke arah masyarakat cemerlang.
Tajuk
Hasil tangkapan laut semakin merosot dan masalah kekurangan makanan laut
semakin serius di Malaysia. Apakah potensi dan cabaran kegiatan akuakultur di
Malaysia? (Laras Sastera)
Pengenalan
Kegiatan akuakultur dianggap sesuai dijalankan di Malaysia kerana ada beberapa
potensi. Walau bagaimanapun, kegiatan akuakultur masih menghadapi beberapa
cabaran.
Potensi
1. Malaysia mempunyai sumber alam untuk industri akuakultur.
λ - Malaysia mempunyai banyak tasik, sungai, empangan dan pesisiran pantai
yang boleh diterokai untuk projek akuakultur.
λ - Keadaan iklim yang panas lagi lembap sangat sesuai untuk pelbagai ternakan
air. Kini, kegitan akuakultur meliputi udang, ketam, siput, ikan air tawar, ikan air
masin dan buaya.
λ - Negara kita mempunyai banyak sisa pertanian seperti tahi ayam dan sisa
kebun sayur yang boleh digunakan sebagai bahan makanan dalam akuakultur.
λ - Para petani yang hanya mengerjakan kebun atai ladang di sebelah pagi boleh
megusahakan kegitan akuakultur pada waktu petang untuk memaksimumkan
penggunaan tanaga manusia dan meningkatkan pendapatan mereka.
2. Permintaan terhadap makanan laut dalam negeri semakin meningkat.
λ - Makanan laut degemari semua kaum di Malaysia dan menjadi komponen
makanan yang penting.
λ - Sumber makanan laut yang sedia ada seperti udang dan ikan tidak cukup
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 39/81
dan Malaysia terpaksa mengimport banyak makanan laut daripada negara asing.
λ - Pertambahan penduduk, peningkatan pendapatan dan perubahan cita rasa
rakyat menjamin satu pasaran yang luas bagi hasil akuakultur.
3. Pelaksanaannya memajukan pelancongan tani (agro-tourism)
λ - Akuakultur telah dikenal pasti sebagai mempunyai daya tarikan terhadap
pelancongan lebih-lebih lagi pelancong asing.
λ - Tapak akuakultur seperti ladang ikan, ladang buaya dan ladang udang boleh
menjadi destinasi pelancongan yang menarik jika delengkap dengan kemudahan
seperti restoran dan tempat rehat.
4. Hasil akuakultur untuk eksport.
λ - Makanan laut mempunyai permintaan yang tinggi di luar Malaysia.
λ - Malaysia kini mengeksport banyak udang harimau ke Jepun.
5. Sebagai alternatif kepada penangkapan ikan di sungai dan laut.
λ - Hasil tangkapan sungai dan laut kian merosot.
λ - Permintaan makanan laut kian meningkat.
Cabaran
1. Menjejaskan ekosistem.
λ - Banyak hutan bakau terpaksa ditebus bagi menyediakan kolam pertenakan.
λ - Hal ini memusnahkan tapak pembiakan dan habitat pelbagai jenis hidupan,
2. Kekurangan kepakaran.
λ - Rakyat Malaysia kekurangan kemahiran dan teknologi dalam kegiatan
akuakultur.
λ
- Banyak usaha telah gagal dan mengalami kerugian yang besar. Misalnya,ladang udang harimau di Kedah.
3. Kekurangan tenaga manusia.
λ - Generasi muda kurang berminat.
λ - Bidang kerja lain lebih menarik.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 40/81
Kesimpulan
Sekiranya masalah tersebut dapat diatasi, akuakultur tentu mempunyai masa
depan yang cerah di nagara kita.
Tajuk
Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) diumumkan oleh Dato Seri Dr Mahathir
pada 29 Ogos 1995. Jelaskan kepentingan MSC kepada masa depan Malaysia.
(Laras Sains)
Pengenalan
Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) bertujuan untuk membawa masuk era ICT
yang canggih dan terbaru.
Kepentingan
1. Mewujudkan kerajaan elektronik.
λ - Dengan MSC, pentadbiran kerajaan dapat dijalankan tanpa kertas melalui
rangkaian multimedia.
λ - Maklumat dan data dikongsi oleh semua jabatan.
λ - Pentadbiran akan menjadi lebih cekap dan berkesan.
2. Membentuk sekolah bestari.
λ - Sekolah-sekolah bestari yang banyak menggunakan ICT canggih akan
dibentuk.
- Pengajaran, pembelajaran, peperiksaan serta pentadbiran dapat dijalankan
secara cekap dan berkesan.
3. Menyediakan teleperubatan.
λ - Negara kita menghadapi masalah kekurangan doktor yang serius.
Kebanyakan hospital kerajaan belum disediakan perkhidmatan pakar perubatan
dalam pelbagai bidang.
λ - ICT yang canggih membolehkan teleperubatan. Malalui cara ini, hospital di
tempat berlainan dapat berkongsi pakar perubatan.
λ - Negara kita juga dapat menggunakan perkhidmatan kepakaran asing.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 41/81
4. Mewujudkan pusat pemasaran tanpa sempadan.
λ - Penduduk di dalam dan di luar Malaysia boleh menjalankan urusan
perniagaan melalui kemudahan yang disediakan.
5. Melancarkan penggunaan kad pintar.
λ - Kad pintar dapat menyimpan berbagai-bagai maklumat individu.
- Kad pintar digunakan sebagai kad pengenalan, pasport, kad ATM dan tujuan-
tujuan lain.
6. Menggalakkan P&P.
λ - Kegiatan penyelidikan dan pembangunan akan dijalankan berterusan untuk
meningkatkan lagi ICT.
7. Membangunkan teknologi yang baru, seperti ICT dan bioteknologi.
λ - Teknologi baru dapat memajukan Industri Kecil dan Sederhana yang
memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia.
Kesimpulan
MSC akan membawa banyak faedah kepada Malaysia. MSC membantu negara
kita menuju ke arah pencapaian Wawasan 2020.
Tajuk “Penglibatan sesebuah negara dalam industri berat ialah syarat penting yangmesti dipenuhi untuk negara itu mencapai status negara maju.” Sejauh manakahanda bersetuju dengan pendapat itu. (Laras Sastera)
PengenalanSejajar dengan hasrat kerajaan mencapai matlamat Wawasan 2020 supayamenjadikan Malaysia negara maju, memang betul negara kita mesti berusahamemajukan sektor industri berat.
Kepentingan industri beratIndustri berat memajukan ekonomi negara- Mengurang import.- Membanyakkan eksport.- Mewujudkan peluang kerja baru.- Menambahkan pendapatan negara dan rakyat.
Kepentingan bidang-bidang yang lain
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 42/81
1. Penguasaan teknologi tinggi dan canggih.λ - Mencepatkan pemindahan teknologi dari negara maju.λ - Merangsang dan menggalakkan kegitatan P&P tempatan.λ - Menjadi bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi pencipta teknologibaru.
2. Peningkatan taraf pendidikan rakyat.λ - Kadar kecelikan huruf yang tinggi.- Peluang menerima pendidikan tinggi yang luas.λ - Tabiat suka membaca. Pembacaan merangsang pemikiran. Pemikiran ialahasa kemajuan.
3. Pembangunan kegiatan ekonomi selain industri berat.λ - Sektor pertanian.λ - Sektor pelanconganλ - Sekor industri kecil dan sederhana
Kesimpulan
Industri berat memang penting untuk mempercepat proses negara mencapaistatus negara maju, tetapi beberapa bidang yang lain juga patut diberiperhatian.
Tajuk
Matlamat koperasi adalah untuk membasmi kemiskinan dan menggalakkan
rakyat menceburkan diri dalam berbagai-bagai ekonomi. Bincangkan peranan
koperasi dalam pembangunan negara di Malaysia. (Laras Sains)
Pendahuluan
Koperasi banyak dibentuk di Malaysia. Kerajaan Malaysia menggalakkan
pembentukan koperasi kerana koperasi mamainkan peranan yang penting dalam
pembangunan negara.
Peranan
1. Mengutip modal bagi pembangunan negara.
λ - Usaha pembangunan memerlukan modal yang banyak kerana modal ialah
faktor pengeluaran utama.
λ - Koperasi mengutip modal kecil daripada ramai orang supaya menjad modal
besar.
λ - Modal yang besar dapat digunakan untuk pelbagai projek pembangunan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 43/81
seperti pembinaan rumah, pembukaan ladang, dan pembentukan kilang.
2. Menggalakkan tabiat berjimat-cermat dan menabung.
λ - Koperasi menyediakan kemudahan menabung terutama di kawasan desa.
λ - Koperasi menawarkan pelbagai skim simpanan untuk menarik penyertaan
ahli.
λ - Penyimpan deberi faedah yang munasabah oleh koperasi.
3. Memperbaik taraf ekonomi golongan miskin melalui pelbagai cara.
λ - Menggantikan tempat orang tengah.
λ - Mengurangkan penipuan.
λ - Menghapuskan penindasan daripada golongan ceti.
λ - Mewujudkan peluang untuk memperbaik nasib.
4. Menggalakkan pendidikan.
λ - Pendidikan ialah agen perubahan.
λ - Koperasi menyediakan pelbagai peluang bagi ahli memajukan diri sendiri,
seperti latihan, kursus dan forum.
λ - Koperasi manawar biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada ahli dan anak-
anak mereka.
Kesimpulan
Masih ramai rakyat Malaysia belum menyedari fungsi koperasi. Pihak-pihak
berkenaan patut mengambil tindakan yang lebih gigih untuk mempromosikan
konsep dan gerakan koperasi.
Tajuk
“Semakin banyak ibu menyusui bayi dengan susu formula dan bukan susu ibu.
Sebenarnya penyusuan ibu sangat penting dalam proses pembesaran anak
walaupun terdapat masalah bagi wanita moden melakukannya.” Bincangkan.
(Laras Sains)
Pengenalan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 44/81
Susu ialah makanan utama bagi bayi yang baru dilahirkan. Susu ibu mempunyai
banyak kelebihan berbanding dengan susu formula.
Kepentingan susu ibu
1. Makanan sempurna bagi bayi.
λ - Makanan yang seimbang dan paling sesuai bagi bayi.
- Makanan semula jadi yang tiada kesan sampingan.
λ - Meningkatkan daya tahan penyakit bayi.
2. Amalan yang mudah, bersih dan menjimatkan.
3. Berfaedah kepada kaum ibu.
λ - Kembalikan bentuk badan kepada keadaan asal.
λ - Kurangkan kemungkinan barah kelenjar susu.
λ - Kaedah perancangan keluarga semula jadi.
Masalah
1. Wanita yang bekerja
λ - Tidak boleh membawa bayi ke tempat kerja.
2. Kekurangan kemudahan di tempat awam.
λ - Tidak disediakan bilik khas.
Kesimpulan
Walaupun wujudnya masalah, kaum wanita patut digalakkan menyusui anak
mereka dengan susu ibu. Lebih banyak kempen pendidikan harus dijalankan.
“Pada umumnya ancaman terhadap hidupan liar berpunca daripada kegiatan
manusia sendiri.”
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa pengekalan hutan
merupakan langkah berkesan untuk menyelamatkan hidupan liar yang semakin
terpupus? (Laras Sastera)
Perlindungan hidupan kini telah menjadi isu yang menarik minat seluruh
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 45/81
dunia. Beberapa jenis binatang yang kecil bilangannya di dunia ini sedang
menghadapi kepupusan jika tidak diberi perlindungan khas. Sekiranya binatang-
binatang itu pupus, generasi-generasi akan datang hanya akan mengetahuinya
dalam khayalan, seperti kita berkhayal tentang dinosaur sekarang.
Tidak dapat dinafikan bahawa pengekalan hutan merupakan langkah yang
berkesan untuk menyelamatkan hidupan liar yang semakin pupus. Hutan ialah
habitat semula jadi hidupan liar. Hutan juga tempat hidup yang paling sesuai
untuk hidupan liar mencari makanan dan tempat kediaman. Di Malaysia, di
bawah Dasar Perhutanan, Hutan Simpanan Kekal dan Taman Negara telah
diwujudkan di seluruh negara sebagai usaha mengekalkan hutan.
Walau bagaimanapun, beberapa langkah lain juga dapat menyelamatkan
hidupan liar yang semakin pupus sacara berkesan. Salah satu langkah ialah
penggubalan undang-undang khas untuk melindungi binatang liar. Manusia
salalu memburu dan membunuh hidupan liar sebagai bahan makanan, ubat,
atau pakaian. Di Malaysia, undang-undang khas yang bernama Akta
Perlindungan Hidupan Liar telah digubal. Undang-undang ini menjatuhkan
hukuman denda dan penjara terhadap pesalah yang mengancam keselamatan
hidupan liar yang deberi perlindungan.
Pembentukan agensi khas untuk melindungi hidupan liar jugalah langkah
yang berkesan. Di Malaysia, Jabatan PERHILITAN telah dibentuk dan diberi tugas
untuk melindungi hidupan liar yang menghadapi kepupusan. PERHILITAN akan
mengenal pasti haiwan yang patut deberi perlindungan. PERHILITAN mempunyai
kakitangan yang terlatih untuk menjalankan tugasnya.
Penyelidikan tentang pembiakan hidupan liar harus dijalankan sebagai satulagi langkah berkesan untuk melindungi hidupan liar. Cara-cara patut dicari
untuk menggalakkan binatang yang kecil bilangannya lebih banyak membiak.
Sebagai contoh, kerajaan China berusaha gigih untuk menambahkan bilangan
panda yang hampir pupus. Cara-cara juga mesti dicari untuk menggalakkan
binatang dalam kurungan banyak membiak, misalnya harimau dan singa yang
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 46/81
dikurung di dalam zoo.
Selain itu, kempen propaganda dan publisiti harus dijalankan untuk
menyedari orang ramai tentang kepentingan hidupan liar. Ramai orang masih
tidak menyedari pentingnya usaha melindungi hidupan liar daripada kepupusan.
Pelbagai jenis kempen pendidikan seperti pameran, syarahan dan pertandingan
dapat dijalankan melalui sekolah, badan sukarela dan media massa.
Sebagai kesimpulan, usaha melindungi hidupan liar yang diancam
kepupusan hanya akan berjaya sekiranya diberi sokongan dan kerjasama oleh
orang ramai.
punca keruntuhan institusi kekeluargaan
1. punca keruntuhan ialah pasangan yang tidak menunaikan tanggungjawab
masing-masing.
~IBU bapa saling menuduh pasangan masing-masing tidak bertanggungjawab.
~MENIMBULKAN PERTENGKARAN DAN PERBALAHAN
~TIADA ADA TOLERANSI DAN TIDAK ADA SEPAKAT
~ANAK-ANAK MENJADI MANGSA PERGADUHAN MEREKA
2.KESIBUKAN MENGEJARKAN KERJAYA MASING-,ASING MENYEBABKAN TIADA
MASA BERMESRA DENGAN KELUARGA.
~SUAMI ISTERI SIBUK MENGEJAR PANGKAT DAN WANG
~MASING-MASING EGO DENGAN KEDUDUKAN
~MENJADI TUAN DI RUMAH~SATU KAPAL DUA NAKHODA KAPAL AKAN KARAM
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 47/81
Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah
Jun 4, 2007 — mindabahasa
Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang
mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau
nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,
ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian
serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,
kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu
dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan
mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah
merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang
fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan
khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang
berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah
dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar
Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua
pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara.
Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda-
pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam
alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada
masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah,
kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah
undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak
boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 48/81
Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang
sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah
melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun
demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul
bersama.
Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan
penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda
lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih
mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat
dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka
menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali
mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan
buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,
benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai
nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan
pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah
matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan
bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan
satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri
daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama
mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,
pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi
disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa
atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan
peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 49/81
Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan
penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap
golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha
terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut
laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659
penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak
15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu
bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan
dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan
mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihandadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat
ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok
tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga
tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin
dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi
najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan
dadah.
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah.
Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya
yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis,
penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah
pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal
pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa
keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan
kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang
amat digeruni.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 50/81
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk
memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah
sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang
“menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada
pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu
“Perangi Dadah Habis-Habisan”.
KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa kesemasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta,lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negarakita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan rayayang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca
daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.
Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih danmengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandudalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberitumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 51/81
Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandumelebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalanlalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hatitanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasadilakukan oleh golongan remaja.
Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkahyang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harusmembuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu danmenyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaanundang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalanraya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini
dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan rayayang lain.
Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Merekatidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikankeselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaianmenjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku danhal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak.Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yangdapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demikesejahteraan bersama.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 52/81
Isi Penting Esei PelanconganJun 30, 2008 — mindabahasa
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju
dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan
Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk
pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion,
termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut
melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia
juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China
dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia
yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga
tempatan.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 53/81
· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.
· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapatdirealisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi
penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan
lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,
semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat
Malaysia.
· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan
promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di
dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’
(pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-
pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan
datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi
galakan yang terbaik.
· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong
ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan
awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya
tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.
· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk
memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi
layanan terbaik kepada pelancong.
· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian,
jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi
memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak
akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan
peranan mereka dengan sebaik-baiknya.
· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara
ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 54/81
dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini.
Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga
dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA)
2001 telah dianjurkan di sini.
· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan
industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta
dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya
tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan
perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan,
perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.
· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan
pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.
· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri
pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak
kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus
bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.
·
Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam
hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang
keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan
pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.
· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup
diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan
kekuatan ekonomi industri itu.
· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong
luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan
memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara
ini.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 55/81
· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke
negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata
dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna
merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan,
ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.
Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat
Mei 15, 2007 — mindabahasa
Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi
teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi
maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat,
anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks
ceramah itu.
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk
memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai
harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya
Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas
750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 56/81
kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC
dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media.
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi
ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas.
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah
dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata
dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui
iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda
sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan
tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk
meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media
dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan
efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau
‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat
laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa
Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru.
Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam
negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan
dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yangmengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel!
Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek
perniagaan.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 57/81
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti
keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta
dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat
dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa
teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap
sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi
tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft
Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius
dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat
pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa
pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama
rendah” dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan
antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli
keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar
dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan
agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui
mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan
jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara
terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet.
Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara
dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin sekalian,
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 58/81
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi
negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di
Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan
internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin
bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang
disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan
kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar
dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan
generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang
maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama
peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar
dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran
sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar
sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu
bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan
kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat
perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga
lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan
vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk
boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan
agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di
luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita
sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan
kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara.
Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 59/81
anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi
media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa
yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita.
Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.
INDUSTRI PELANCONGAN
相关搜索: INDUSTRI, PELANCONGAN
Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan
* mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di
Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-
tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat
setempat, dan sebagainya.
* memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di
luar negara.
* memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi ,
perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya.
* meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan
santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan
pelancong.
* menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya
pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke
negara kita.
Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara
-Kesan Positif
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 60/81
* dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing
ke negara kita
* dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk
tempatan- mengurangkan pengangguran
* dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-
hasil kraftangan, seramik, dan sebagainya.
* dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
* dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat
* dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong
dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta
meningkatkan imej negara di mata dunia
-Kesan Negatif
* mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan
budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja
* penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang
-contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga
yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama
dengan harga yang lebih mahal
* menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas
tahun 1990
* beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS,
kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan
tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit
* membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukanbagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan
sebagainya
* masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka
berpesta dan berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat
Malaysia
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 61/81
Perkembangan Industri Pelancongan
* kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas
cukai- tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan
* kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik
pelancong
-contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat
perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka
sebagai tempat yang ebrsejarah kepada pelancong
CONTOH KARANGAN 1
Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaumnamun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadiresepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin,di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.
Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasanakehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan
memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif sepertihasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkannegara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapaikemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negaramalaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.
Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun denganstabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita
setanding dengan negara-negara maju di dunia.Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perludijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan SekolahWawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengancorak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali danmenghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 62/81
tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat diantara kaum.
Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasildaripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi
usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomimengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segiekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contohkepada negara jiran iaitu Indonesia.
Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung padahubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerairoboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraanhidup .
KARANGAN MODEL 2
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sediawujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagailangkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.
Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialahuntuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagikerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapatmengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negaraiaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apakeuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunannegara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu- padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumiekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan padahari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa.Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaanmengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalandan rakyat menderita kemiskinan.
Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagaiusaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak
dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawabmasing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasimenjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 63/81
Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesamarakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasimedia massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kitanikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara .
Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yangsama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bilamasa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahajasetelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
PANDUAN:
Tulisan yang digaris = ISI, italic = Huraian + Contoh, Bold = Contoh/Fakta/Bukti.
Karangan Kemalangan Jalan Raya
Punca: Sikap pemandu-bersikap mementingkan diri, tidak sabar - tidak mematuhi peraturan jalan raya ( memotong kenderaan di sebelah kiri jalandan di garisan putih berkembar, memandu melebihi had laju yang ditetapkan,melanggar lampu isyarat, tidak memberi isyarat ketika hendak membelok ke kiri atau
ke kanan, mengantuk ketika memandu, mabuk, memberhentikan kenderaan di bahu jalan tanpa sebarang papan tanda amaran)-pembonceng motosikal tidak memakai topi keledar -tidak memakai tali pinggang keledar
Punca: Keadaan Jalan Raya- keadaan jalan raya berlopak-lopak dan berlubang-jalan raya yang sempit, tidak rata-jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam dan berbahaya
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 64/81
-jalan licin-penyelenggaraan jalan dilakukan pada waktu puncak-kurang papan tanda amaran-kadang-kadang terdapat paku yang tertabur di tengah jalan, bangkai binatang-binatang ternakan melintas jalan seperti ayam, kerbau, kambing dan lembu
Punca: Keadaan Cuaca-keadaan berjerebu, jarak penglihatan terhad-apabila hujan, jalan menjadi licin, penglihatan kabur -keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat pada waktu malam
Punca: Keadaan Kenderaan-kenderaan tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan-brek kenderaan tidak makan, tayar kenderaan haus-pengelap cermin kenderaan tidak berfungsi, tidak dapat menyapu air hujanmenyebabkan penglihatan terhad dan kabur -tidak ada cermin sisi, tidak ada tali pinggang/ tali keledar ( bagi kenderaan lama)-kenderaan diubahsuai tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ
Punca: Undang-undang-Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandumelebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan. Pemandu mampubayar -Gejala rasuah dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, Penguatkuasaandaripada JPJ boleh dianggap cuma mengikut musim. Menjelang hari perayaanataupun mendapat aduan daripada orang ramai barulah menjalankan operasi.-Kurang pemantauan dijalankan di lokasi yang sering berlaku kemalangan-Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim perayaan-Kempen yang dijalankan tidak berkesan dan tidak secara konsisten "hangat-hangat
tahi ayam"
Punca: Kegiatan Mat Rempit-perlumbaan haram oleh Mat Rempit, menjadikan jalan raya sebagai tempatberlumba, membahayakan pengguna jalan raya yang lain-Mat Rempit menunggang motosikal secara berkumpulan, tidak mempedulikanpengguna jalan raya yang lain-sengaja melanggar peraturan jalan raya seperti melanggar lampu isyarat danmenunggang melawan aliran kenderaan
Peribahasa/ Slogan/ Frasa yang boleh digunakan:
Malang tidak berbausesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak bergunasudah terhantuk, baru tergadahhangat-hangat tahi ayamnasi sudah menjadi bubur berhati-hati di jalan rayabiar lambat asalkan selamatPandu cermat, jiwa selamatPolis trafik
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 65/81
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)nahas jalan raya/ kemalangan jalan raya/ trageditidak mengetahui adab atau peraturan jalan rayapenunggang motosikal seolah-olah hendak membunuh diri ketikamenunggang motosikalsamseng jalan raya
jalan raya di negara ini dianggap sebagai 'sungai maut'topik tentang jalan raya tidak pernah habis diperkatakan dan akan terusdiperkatakan selagi kemalangan jalan raya terus meningkat.murah sangatkah nyawa manusia?
Sikap Pemandu:-membuat pemeriksaan kenderaan secara berkala-sebelum memulakan perjalanan terutaman perjalanan jauh, membuat pemeriksaandan memastikan kenderaan dalam keadaan baik seperti brek berfungsi, tayar berbunga-tidak meminum arak jika terpaksa memandu, kalau mengantuk, berhenti di kawasanrehat-memandu tidak melebihi had laju dan tidak memotong di garisan berkembar -sabar dan mematuhi peraturan jalan rayaJabatan Kerja Raya(JKR) membaiki jalan-jalan yang rosak, menurap jalan berlubangDenda yang lebih tinggi supaya pengguna jalan raya akan berfikir dua kali sebelummemandu laju
-sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Media Massa:-menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya, menyiarkan babak ngeri nahas
jalan raya-menyiarkan kempen-kempen keselamatan jalan raya pada waktu primer agar lebihramai penonton yang dapat menonton dan memberi kesedaran kepada pengguna
jalan raya sama ada pejalan kaki, penunggang motosikal, pemandu lori dan bas
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 66/81
-kempen keselamatan jalan raya disiarkan saban hari dan seberapa kerap yangmungkin bukan pada musim perayaan sahaja.
Undang-undang:-meningkatkan umur pemerolehan lesen bermotor dari 16 tahun ke 18 tahun-Denda yang lebih berat dan hukuman penjara boleh dipertimbangkan jika
melibatkan kematian-melaksanakan sistem potongan markah, tidak memperbaharui lesen pemandu yangterlibat dalam kemalangan maut.-proses pemerolehan lesen yang lebih ketat, pelajar perlu mengikuti kursuskeselamatan jalan raya
Peranan Ibu Bapa :-memastikan anak tidak terlibat dalam kegiatan Mat Rempit-tidak membelikan motor kepada anak-anak yang didapati tidak mematuhi peraturan
jalan raya-menjadi contoh teladan atau 'role model' kepada anak-anak terutaman semasaberada di jalan raya,-Ibu bapa memandu secara bersopan ketika di jalan raya untuk memberi contohteladan kepada anak-anak, mendidik anak-anak tentang kepentingan menjagakeselamatan ketika berada di jalan raya.
Pihak Kerajaan:Melalui JPJ, JKR dan Polis trafik untuk menguatkuasakan undang-undang yangtelah digubal-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mengadakan operasi menangkap MatRempit, mengadakan sekatan jalan untuk memeriksa dan mengawalpengubahsuaian kenderaan secara haram dan tidak mengikut spesifikasi yangdiluluskan oleh JPJ
-menyita kenderaan yang diubahsuai dan telah tamat tempoh cukai jalan dan lesenmemandu-memastikan pegawai polis trafik atau JPJ tidak mengamalkan amalan rasuah,mengenakan hukuman berat terhadap pegawai yang menerima rasuah ataumeminta rasuah daripada pengguna jalan raya.-Jabatan Kerja Raya(JKR) selalu memastikan keadaan jalan raya yang sempurnadan membuat kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan jalan pada waktu larutmalam ketika kurang kenderaan menggunakan jalan raya, meletakkan papan tandaamaran di selekoh tajam dan jalan bengkang-bengkok agar pemandu mengetahuikeadaan jalan raya yang bakal dilalui oleh mereka
Kempen & Didikan:
-didikan tentang keselamatan jalan raya diterapkan dalam kurikulum atau aktivitikokurikulum di sekolah. Mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah cara selamat ketikaingin melintas jalan.
Atas permintaan pelajar, saya sediakan isi-isi karangan tentang kemalangan jalanraya
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 67/81
Tajuk Karangan Pilihan SPM Bahasa Melayu 2010
1. Kesedaran mencintai alam sekitar seharusnya wujud dalam diri setiap ahlikeluarga. Jelaskan peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan hasrattersebut.
2. Budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah anda belum mencapai tahapyang memuaskan. Anda ingin mengemukakan cadangan kepada Guru PusatSumber Sekolah (PSS) anda agar amalan membaca dalam kalangan pelajar disekolah anda dapat ditingkatkan.
3. Perpaduan kaum perlu diberi keutamaan bagi menjamin kesejahteraan hiduprakyat dan kemakmuran Negara. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkahuntuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.
4. Usaha untuk merealisasikan budaya disiplin unggul di sekolah amat penting.Jelaskan peranan anda dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai hasrat
tersebut.
5. Pada masa ini, masyarakat Malaysia kurang menitikberatkan amalam membacasedangkan membaca memberikan pelbagai faedah. Huraikan peranan yang perludimainkan oleh pelbagai pihak untuk memupuk minat suka membaca dalamkalanagan masyarakat Malaysia
6. Kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja telah menjadi tanjuk utamaakhbar-akhbar tempatan negara ini. Masalah semakin berleluasa danmembimbangkan pelbagai pihak. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan olehmasyarakat untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dalam kegiatan perlumbaanharam
7. Remaja hari ini gemar memakan makanan ringan. Bincangkan punca-punca dankesan-kesan pengambilan makanan ringan kepada remaja
8. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yangdianjurkan olehKelab Komputer. Tajuk syarahan anda ialah “Usaha-usahaMeningkatkan Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Kommunikasi dalam KalanganRakyat”. Sediakan teks syarahan itu sekelengkapnya.
9. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pihak terutama masyarakat mula memberikanperhatian serius terhadap gejala penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-
jadi. Tulis rencana tentang usaha-suaha menangani masalah tersebut.
10. Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan pembangunan di kebanyakan negaradalam pelbagai aspek. Ulaskan pernyataan di atas.
11. Semangat patriotisme perIu ada dalam diri generasi muda pada hari ini keranamereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh remaja untuk memupuk semangat patriotismedalam diri rnereka.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 68/81
12. Keprihatinan dan kasih sayang ibu adalah penting dalam menentukan kejayaanhidup anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam majalahtempatan Berdasarkan pernyataan tersebut. Tulis rencana itu selengkapnya.
13. Perpaduan dalam kalangan rakyat penting daIam usaha menjanakan ekonomi
sesebuah negara. Huraikan kepentingan perpaduan rakyat terhadap perkembanganekonomi negara tersebut.
14. Konsep Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Pendana Menteri kita mampumenjadi teras keharmonian hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini.Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, bincangkan peranan anda untukmerealisasikan hasrat tersebut.
15. Sebagai pegawai kesihatan, anda telah dijemput oleh Persatuan Ibu Bapa danGuru (PIBG) di tempat anda untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk“Keluarga Memainkan Peranan Penting Melahirkan Anak-anak yang Cemerlang” .Tulis ceramah itu selengkapnya.
16. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, jelaskan kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar
17. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikansatu ceramah tentang peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat.Tuliskan ceramah itu selengkapnya.
18. Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyakberlaku di sekolah-sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yangboleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
19. Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihaktermasuk keluarga berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak merekasejak kecil lagi.Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.
20. Peranan jiran sangat penting dalam kehidupan berkomuniti. Jiran bukan sahajaberperanan sebagai ahli masyarakat setempat, malah menjadi orang yang palingdekat dengan kehidupan kita. Hal ini sesuai dengan cogan kata “Jiran SepakatMembawa Berkat”. Tuliskan suatu karangan berdasarkan cogan kata tersebutmenurut konteks masyarakat masa kini.
21. Warga emas sering diabaikan oleh anak-anak dan keluarga mereka sehinggaterpaksa menumpang di rumah-rumah orang tua. Isu ini semakin hangatdiperkatakan oleh pelbagai pihak termasuklah media massa. Anda inginmengemukakan pendapat tentang faktor-faktor pengabaian warga emas dan caramenanganinya. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalampembentukan sahsiah anak-anak.
22. Penggunaan telefon bimbit amat berleluasa di negara kita pada masa ini. Bolehdikatakan hamper segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 69/81
menggunakan alat ini. Tulis rencana tentang kesan penggunaan alat ini kepadamasyarakat.
23. Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakinserius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyatnegara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu
anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas.
24. Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit jikadibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai bilangan ahlikeluarga yang ramai. Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dankesan-kesannya.
25. Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur keranabanyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangatpatriotisme.
26. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang berada di luar negara. Rakan anda itu bertanyakan penglibatan negara anda dalam membantumangsa bencana alam pada peringkat antarabangsa. Balas surat rakan anda ituselengkapnya.
27。 Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan.Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlumengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara. Tulisrencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagimeningkatkan mutu sukan negara.
28. Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di
kebanyakan negara di dunia baru-baru ini.Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negarayang terlibat.
29. Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatanmanusia yang tidak bertanggungjawab. Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.
30. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajaryang berketerampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapatdilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
31. Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusikekeluargaan di negara ini ekoran peningkatan kes sosial pula.
Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaanuntuk mengekalkan institusi keluarga ini.
Karangan Selesema Influenza A H1N1
Selesema babi semakin serius dan menular dengan begitu cepat. Daripada statusepidemik, selesema babi yang juga dikenali sebagai influenza A H1N1 kini menjadisuatu pandemik. Penularannya yang merentasi benua dan sempadan negara kinimeragut ribuan nyawa dan bilangan kesnya mencecah suku juta. Penyakit ini
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 70/81
dikatakan sangat berbahaya kerana mampu menyebabkan kematian dalam tempohmasa yang singkat jika dibandingkan dengan AIDS atau penyakit berbahaya yanglain. Ada yang menganggap penyakit ini sebagai suatu bala, ada juga beranggapanbahawa penyakit ini berpunca daripada virus yang dicipta oleh manusia. Walauapapun pendapat dan pandangan yang diutarakan, penyakit itu kini semakin kronikdan penularannya peru diatasi dengan segera.
Selesema babi ini mula-mula dikesan di Mexico. Mangsa pertama yangmenghidap penyakit ini ialah penternak babi. Penternak babi tersebut berasatidak sedap badan lalu mendapatkan rawatan di sebuah klinik. Doktor diklinik itu beranggapan bahawa penternak babi itu hanya mengidap demambiasa dan dia dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan. Selangbeberapa hari, penternak babi itu datang semula bersama dengan seoranglagi rakannya yang mempunyai symptom yang sama. Beberapa hari selepasitu, kedua-dua orang pesakit tadi meninggal dunia. Kini, terdapat puluhanribu penghidap selesema babi di Mexico. Negara ini juga mencatat jumlahkematian antara yang tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, Argentina,dan Brazil. Oleh sebab tiada langkah berkesan yang diambil, penyakit itu kinisudah merebak di ratusan negara di seluruh dunia.
Di Malaysia, penghidap pertama penyakit ini ialah seorang pelajar yangmenuntut di Amerika Syarikat. Dia dijangkiti virus ini daripada penumpangyang berasal dari Mexico ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia.Pelajar itu telah dirawat dan dikuarantinkan di Hospital Selayang selamaseminggu. Rakannya yang menuntut di university yang sama turutmendapatkan rawatan secara sukarela selepas mengalami symptom yangsama dengan pelajar tadi. Penularan wabak ini kepada kedua-dua pelajartersebut membuktikan bahawa penyakit ini mudah menjangkiti orang lain.
Terkini, sudah puluhan nyawa yang terkorban dan bilangan kes jugameningkat dari sehari ke sehari. Daripada dua kes import, kita berhadapandengan ribuan penularan kes tempatan. Badan kesihatan dunia, WHO
meramalkan sebanyak 5 juta penduduk di negara ini berisiko dijangkiti wabakini jika tiada langkah drastik yang diambil oleh penduduk dan pihak yangbertanggungjawab untuk menyekat penularannya. Dalam hal ini, cogan kata“cegah sebelum parah” wajar dijadikan panduan.
Selain memikirkan langkah pencegahan, persoalan yang timbul adalahtentang punca wabak ini menular dengan begitu cepat ke serata negara.Pada pihak rakyat, sikap kurang prihatin dan sambalewa mereka dalammencegah wabak ini menjadi punca utama penularan wabak ini di seratanegara. Mereka mengambil mudah akan ancaman penyakit ini dan hanyamendapatkan rawatan apabila penyakit sudah di peringkat serius. Adaanggota masyarakat yang telah mengunjungi negara-negara yang diserang
wabak ini enggan berjumpa dengan doktor setelah mengalami symptompenyakit ini. Selain itu, ada pesakit yang telah diarahkan untuk menjalanikuarantin di rumah gagal mematuhi arahan tersebut. Sikap pesakit yangtidak bertanggungjawab ini samalah dengan maksud peribahasa “ masuktelinga kanan, keluar telinga kiri” dan “bagai mencurah air ke daun keladi”.Lebih membimbangkan adalah apabila mereka tidak memakai topeng mukauntuk mencegah penularan wabak ini kepada orang ramai. Kesimpulannya,pencegahan awal dapat menyelamatkan nyawa dan sikap bertanggungjawabanggota masyarakat dapat menyekat penularan wabak ini.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 71/81
Selain itu, kelemahan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan jugamenjadi punca menularnya penyakit ini. Kelemahan agensi-agensi tersebutdapat dilihat melalui peningkatan kes positif dan kematian yang berpuncadaripada selesema babi secara mendadak. Antara kelemahan yang dikesantermasuklah kelewatan mengambil tindakan drastic untuk menyekatpenularan penyakit ini. Proses saringan di pintu masuk negara juga kurang
berkesan kerana daripada dua kes import, negara kini berhadapan denganratusan kes tempatan setiap hari. Selain menasihati pesakit selesema babi,mereka yang ingkar dengan arahan untuk menjalani kuarantin perludikenakan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian. Tindakan inidapat menyekat penularan tempatan. Selain kempen, pihak kerajaan perlumerangka langkah pencegahan yang lebih efektif dan bukan hanya sekadarmengharapkan kesedaran orang awam semata-semata. Justeru, agensikerajaan yang berkaitan perlu produktif dan efisien semasa menjalankantanggungjawab mereka. Sikap umpama “melepaskan batuk di tangga” perludijauhi oleh kakitangan agensi-agensi terbabit
Selain faktor manusia, faktor perubahan cuaca juga menyebabkan virus ini
cepat merebak. Hal ini turut diakui oleh WHO dan badan kesihatan dunia itumeramalkan bahawa peyakit ini akan menular berkali-kali ganda pada musimhujan. Hal ini demikian kerana keadaan lembab dan kering yang bersilih gantiini menyebabkan banyak penduduk di negara ini akan mengalami selesemadan batuk. Jika tiada langkah pencegahan yang diambil seperti memakaitopeng muka dan mengamalkan kebersihan diri, maka wabak ini akan mudahmenjangkiti orang lain. Oleh itu, orang ramai digesa agar mengambil langkahpencegahan yang disarankan dengan lebih serius agar mereka terhindardaripada pandemik yang sudah dilabelkan sebagai tahap enam oleh WHO.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berhadapan dengan isu ini dengan penuhkesedaran bahawa tiada seorang pun akan terlepas daripada jangkitan jika
tidak menjaga kebersihan dan mengamalkan langkah pencegahan yangberkesan. Oleh itu, “sebelum nasi menjadi bubur”, masyarakat perlumembuat anjakan paradigm dengan tidak meletakkan tanggungjawabpembasmian penyakit kepada pihak yang berwajib sahaja dan pada masayang sama pihak yang bertanggungjawab mestilah meningkatkan mutuperkhidmatan. Hakikatnya, berpegaglah pada peribahasa “ingat sementarabelum kena, jimat sementara belum habis” dan “ sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.
Isi Karangan Mat Rempit
Isi-isi1. Sikap remaja sendiri – ego, ingin tunjuk kehebatan, tidak matang, mudahterpengaruh ( langkah : didikan agama dan moral, pengawasan ibu bapa, peka dantahu di mana anak-anak mereka pada setiap masa, memberi suri teladan kepadaanak-anak, melentur aur biarlah dari rebungnya)2. Pengaruh rakan sebaya – mudah termakan janji manis rakan, ingin diterimadalam kumpulan dan sanggup membuat apa sahaja, pantang dicabar rakan sebaya,suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing ( remaja mesti bijakmemilih kawan, jauhkan diri dari kutu embun, mesti berpendirian teguh, mempunyai
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 72/81
iman yang kuat – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan)3. Sikap masyarakat – tidak mengendahkan perbuatan Mat Rempit, tidak membuatlaporan, bersikap enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, takutdituduh menjaga tepi kain orang ( menjalankan tanggungjawab sosial denganmelaporkan kes rempit, memberitahu jiran jika mendapati anak jiran terlibat dalamkegiatan merempit)
4. Penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan tidak konsisten,kenderaan(motor) hanya disita, sepatutnya empunya motor tidak dikembalikankepada remaja (kalau tidak ada motor, tidak ada Mat Rempit)- kuatkuasakanundang-undang, ibu bapa dipertanggungjawabkan jika anak mereka merempit,menambah kekuatan pasukan polis dalam menjalankan operasi penangkapan matrempit5. Media massa – selalu menyiarkan aksi merempit seolah-olah mereka adalah wiradan jaguh , mendorong aksi merempit. : patut menyiarkan keburukan merempitseperti dicekup polis, ditimpa kemalangan, mengalami kecederaan, malah menempamaut, menyiarkan kesan merempit seperti dipenjarakan, dihantar ke pusatpemulihan akhlak dan lain-lain.6. Bantuan tonto ; kumpulan rempit mempunyai bantuan tonto yang menyampaikanmaklumat tentang operasi yang dijalankan oleh polis trafik dan JPJ. Tonto telahmembantu mat rempit memboloskan diri daripada dicekup polis. (menumpaskangolongan tonto, mengenakan hukuman dan denda kepada golongan ini, didakwa dimahkamah)
Penulisan Isi Karangan
Kebanyakan pelajar yang pernah saya ajar menghadapi masalah menulis isikarangan. Hal ini disebabkan mereka kurang dapat membuat huraian ataukembangkan isi karangan. Kebanyakan daripada mereka akan menyenaraikan isi-isikarangan tanpa membuat huraian apatah lagi memberi contoh. Oleh sebab itu,sebagai guru, kita harus mengajar pelajar menulis bahagian pendahuluan dahulu.Selepas pelajar dapat menguasai kemahiran menulis bahagian pendahuluan, kitamengajar mereka teknik menulis isi karangan. Pelajar hanya perlu menulis satu isikarangan untuk pelbagai tajuk yang berlainan sehingga dapat mengetahui selok-
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 73/81
belok untuk mengembangkan isi karangan
Memang tidak dapatdinafikan bahawa penulisan merupakan kemahiran bahasa yang paling sukar dikuasai. Oleh itu, kita perlu bersabar kerana pelajar memerlukan masa untukmenguasai kemahiran ini. Penulisan karangan bukan setakat melibatkan kemahiranmenulis dan kemahiran berbahasa tetapi pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuandan mempunyai fakta yang mencukupi agar dapat menulis dengan lancar.Pelajar-pelajar digalakkan mengumpulkan fakta-fakta karangan supaya mudahdigunakan dalam penulisan karangan nantiPosted by iching at 5:59 PM 0 comments Links to this postLabels: Penulisan Karangan
Karangan Berpandu: Pencemaran sungai
Sungai Pinang danSungai Kelang antara sungai yang cukup terkenal dengan isu pencemaran yangserius. Isu pencemaran sungai ini telah lama mendapat perhatian dan dijadikan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 74/81
bahan perbincangan dalam pelbagai media massa. Isu ini dijangka akan terusmenjadi buah mulut atau topik perbincangan dalam konteks pengurusan sumber bekalan air untuk rakyat di negara ini. Oleh sebab kurangnya perancangan danpengawalan rapi ke atas sumber-sumber air di negara ini, maka timbullah isupencemaran air. Jika langkah mengatasinya tidak diambil, kita akan menghadapikrisis air suatu masa nanti.
Sungai dicemari dengan lautan sampah yang dibuang dengan sewenang-wenangnya sama ada oleh penduduk di tepi sungai. Sungai menjadi tempatpembuangan sampah-sarap. Hal ini disebabkan kegagalan pihak berkuasatempatan dalam menyediakan tong-tong sampah dan mengangkut sampahmengikut jadual yang ditetapkan. Akibatnya, sungai menjadi tempat alternatif pembuangan sisa-sisa yang dihasilkan.
Pembuangan sisa-sisa toksik dan kotoran dari kilang ataupun ladang ternakanmemburukkan keadaan sungai yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Kilang-kilangdan ladang ternakan yang terletak berhampiran dengan sungai memilih sungaisebagai kawasan pelupusan dan pembuangan sisa-sisa dan kotoran yang terhasil.Akibatnya, kualiti air terjejas dan membahayakan kesihatan penduduk di kawasansekeliling yang menjadi air sungai sebagai sumber bekalan air mereka.
Di samping itu, penerokaan atau penggondolan hutan bagi aktiviti pembalakan jugamenyumbang kepada berlakunya pencemaran air sungai. Air sungai menjadi cetekakibat timbunan kelodak dan pasir yang berpunca daripada aktiviti pembalakan yangtidak dikawal. Aktiviti ini menyebabkan air sungai menjadi cetek dan hidupan didalam sungai akan mati.
Kita memerlukan bekalan air bersih agar dapat terus hidup dengan sihat. Oleh halyang demikian, satu sistem pengurusan air yang sistematik dan berkesan perlu
diwujudkan. Satu badan khas perlu ditubuhkan untuk memantau sumber dan kualitiair di negara kita. Pemantauan perlu dijalankan secara konsisten untuk memastikansumber air tidak tercemar.
Indah Water Konsortium atau IWK perlu memainkan peranan yang lebih efektif bagimerawat air kumbahan menjadi air yang bersih dan seterusnya menyalirkan air yangtelah dirawat ke dalam sungai semula. Di samping itu, Indah Water Konsortium yangdiberi tanggungjawab menguruskan kumbahan najis manusia dan binatang ternakanharus merangka satu sistem pengurusan kumbahan-kumbahan ini secara cekapagar tidak mencemarkan air sungai.
Isu pencemaran air tidak boleh dibiarkan terus berleluasa tanpa kawalan dan
pengawasan oleh pihak berkuasa. Jangan sampai sudah terhantuk, baru tergadahkerana tanpa air bersih kualiti hidup manusia akan terjejas. Seperti slogan yangselalu dilaung-laungkan "Cintailah Sungai Kita", marilah kita mencintai sungai kitadengan tidak membuang sampah-sarap ke dalam sungai.Posted by iching at 4:21 PM 0 comments Links to this postLabels: Penulisan Karangan
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 75/81
Pemupukan Amalan Nilai-Nilai Murni dalam Kalangan
Rakyat
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 76/81
TAHUN dan SOALAN
2004 (N) Anda mempunyai tokoh sanjungan keranapencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yangdiceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untukanda mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab
kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapaikecemerlangan.
2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahansempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuksyarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia”
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
2005 (N) Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu
ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagimengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.
Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan olehpihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 77/81
2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkanperpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan olehmasyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.
2006 (N) Industri pertanian memberikan sumbangan yangsemakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomiMalaysia.
Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalammemajukan industri pertanian di negara kita
2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakankempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan.Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuahrencana dalam akhbar tempatan.Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok TerhadapKesihatan ’.
Tulis rencana itu selengkapnya.
2007 (N) Kerajaan telah menubuhkan banyak institusipendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti,
institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antaratujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supayalebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidatoperingkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya.
2008 (N) Penyakit demam denggi yang berpunca daripadanyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkannegara.
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 78/81
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknyapenyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
TAHUN SOALAN2004 (N) Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara
hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negar
tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedauladaripada pelbagai ancaman.Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut
2005 (J) Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu dicapai.Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkahanda ambil untuk mengatasinya.
2005 (N) Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budmasyarakat Malaysia pada masa akan datang.
Ulas pernyataan di atas2006 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan d
daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan“Amalan Gaya Hidup Sihat”.Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2006 (N) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penkehidupan pada masa ini.Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan kemahiran ICT
2007 (J) Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.
2007 (N) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahansekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara MembenBerkualiti ’Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
2008 (J) Kitar semula merupakan satu daripada kaedah penguruterbuang.Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
2008 (N) Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda duntuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cyang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya
KARANGAN UMUM - TAJUK 2 (DIMENSI KELUARGA)
DIMENSI KELUARGA
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 79/81
TAHUNSOALAN
2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk stersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalanremaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-aitu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-a
2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak memkejayaan seseorang pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa merkita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untukmenyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambuperayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.
2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kkeluarga dan negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu
2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah k
Bincangkan.
2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal b
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 80/81
sama keluarga tersayang.
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.
TAHUN SOALAN
2004 (N) Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik s
tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dayang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan.Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk mpersaingan kerja pada masa akan datang.
2005 (J) Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.Bincangkan.
2005 (N) Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah mkeharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2006 (J) Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak msebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah.Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahkeamanan dunia.
2006 (N) Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama deng
negara jiran.Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk masalah tersebut.
2007 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu iaKemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’.Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.
2007 (N) Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negdunia.Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negmiskin.
2008 (J) Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan
dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (N) Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengerathubungan masyarakat dunia.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.TAHUN SOALAN
2004 (N) Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalamsastera berbanding dengan masyarakat negara maju.Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan
2005 (J) Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminHuraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.
2005 (N) ”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwuju
melalui kerjasama anggota masyarakat.Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kemasyarakat majmuk.
2006 (J) Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik.Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yangbertemakan semangat patriotik.
2006 (N) Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalapembaca.Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2007 (J) Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilka
5/7/2018 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-sektor-pertanian-kepada-negara 81/81
kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2007 (N) Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama inimemang salah !Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambatuntuk engkau kembali ke pangkal jalan
2008 (J) Peribahasa "Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam" membawa maksud bahawa orangkurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya.Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.
2008 (N) Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa.Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kamalan berbudi bahasa dalam masyarakat.
http://www.bmspm.net/analisissoalankarangankomsas.htmhttp://karanganbm.blogspot.com/search/label/Plants