[ 1 / 19 ]
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN ICT SEMPENA PENGANJURAN PERSIDANGAN 6TH GLOBAL
SUMMIT ON URBAN TOURISM (GSUT) TAHUN 2017
NO. SEBUT HARGA : MOTAC. 400-10/14/31
KOD BIDANG : 210101
Peralatan Dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan dan Komponen Hardware (low end technology) - Supply all types of computer hardware - Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance; 210201 Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi - Alat Perhubungan 221502 Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Mesin dan Peralatan Pejabat
TARIKH PELAWAAN : 07 NOVEMBER 2017 (Selasa)
TARIKH TUTUP : 10 NOVEMBER 2017 (Jumaat) jam 12:00 tengah
hari
PERINGATAN PENTING:-
1. PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIRAN YANG
TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MENYEMPURNAKANNYA.
2. PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA
PERUNTUKAN DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
DIKELUARKAN OLEH
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA,
ARAS 5, NO. 2,MENARA 1, JALAN P5/6, PRESINT 5,
62200 PUTRAJAYA.
[ 2 / 19 ]
JADUAL KANDUNGAN
1. KENYATAAN SEBUT HARGA ......................................................................... 4
1.1. Pelawaan Sebut Harga..................................................................................... 4
1.2. Pertanyaan ....................................................................................................... 4
1.3. Tarikh Tutup Sebut Harga ................................................................................ 5
2. ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA ......................................................... 7
2.1. Penyerahan Sebut Harga ................................................................................. 7
2.2. PENGHANTARAN DAN PEMBEKALAN ........................................................ 11
LAMPIRAN SEBUT HARGA .................................................................................... 12
[ 3 / 19 ]
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuat kuasa di bawah kod bidang
210101, 210201 dan 221502 serta mempunyai alamat berdaftar di negeri Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Negeri Selangor
Darul Ehsan sahaja.
1. TAJUK : PERKHIDMATAN ICT SEMPENA PENGANJURAN
PERSIDANGAN 6TH GLOBAL SUMMIT ON
URBAN TOURISM (GSUT) TAHUN 2017
2. NO. SEBUT HARGA : MOTAC. 400-10/14/31
3. KELAYAKAN : Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod
bidang:
210101
Peralatan Dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan dan Komponen Hardware (low end technology) - Supply all types of computer hardware - Including PC,notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance; 210201 Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi - Alat Perhubungan 221502 Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Mesin
dan Peralatan Pejabat
4. TARIKH PELAWAAN : 07 NOVEMBER 2017 (Selasa)
5. TARIKH TUTUP : 10 NOVEMBER 2017 (Jumaat) jam 12:00 tengah
hari
[ 4 / 19 ]
1. KENYATAAN SEBUT HARGA
1.1. Pelawaan Sebut Harga
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (‘Kerajaan’)
mempelawa Sebut Harga ini kepada:
a. Syarikat tempatan (‘Pembekal’) yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan masih sah tempoh lakunya di
bawah Kod Bidang seperti berikut :
i. 210101 - Hardware (low end technology) - Supply all types
of computer hardware - Including PC, notebook, printer,
document scanner, peripherals and maintenance;
ii. 210201 - Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi -
Alat Perhubungan;
iii. 221502 - Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan
Mesin dan Peralatan Pejabat
b. Beralamat pendaftaran di negeri Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Negeri Selangor
Darul Ehsan
Untuk menyertai SEBUT HARGA PERKHIDMATAN ICT
SEMPENA PENGANJURAN PERSIDANGAN 6TH GLOBAL
SUMMIT ON URBAN TOURISM (GSUT) TAHUN 2017.
1.2. Pertanyaan
Pertanyaan mengenai urusan sebut harga hendaklah dibuat secara
bertulis melalui e-mel, pos atau faks dan dihantar selewat-lewatnya tiga
(3) hari sebelum Tarikh Tutup Sebut Harga. Tiada pertanyaan boleh
dibuat selepas tarikh tersebut sehingga keputusan sebut harga
dikeluarkan.
Bukti penghantaran pertanyaan tidak boleh dianggap sebagai bukti
penerimaan oleh Kerajaan. Semua pertanyaan akan dijawab mengikut
prosedur aduan awam sedia ada. Pertanyaan hendaklah diajukan
kepada:
[ 5 / 19 ]
Alamat : Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 5, No. 2,Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.
No Faksimili : 03 – 8891 7545
Pertanyaan
Teknikal
: i) Encik Syamil bin Zayid
No telefon : 03 8891 7562
E-mel : [email protected]
ii) Encik Wan Mohd Nazri bin Wan Abdullah
No telefon : 03 8891 7551
E-mel : [email protected]
1.3. Tarikh Tutup Sebut Harga
Tarikh tutup sebut harga adalah seperti berikut :
Tarikh : 10 NOVEMBER 2017
Masa : 12.00 tengah hari
Hari : Jumaat
[ 6 / 19 ]
ARAHAN SEBUT HARGA
[ 7 / 19 ]
2. ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
2.1. Penyerahan Sebut Harga
2.1.1 Cadangan sebut harga yang telah lengkap hendaklah dihantar dengan
tangan atau e-mel seperti maklumat berikut :-
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 5, No. 2, Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.
(Untuk Perhatian: Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat)
ATAU
Alamat E-mel : [email protected]
2.1.2 Cadangan sebut harga yang lengkap hendaklah dikemukakan
bersama-sama dengan lampiran berikut:
(a) Lampiran 1 - Tawaran Harga
(b) Lampiran 2 - i) Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
ii) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
Bumiputera Kementerian Kewangan
iii) Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor
iv) Sijil GST (sekiranya ada)
(c) Lampiran 3 - Profil Lengkap Syarikat
(d) Lampiran 4 - Surat Akuan Pembida
(e) Lampiran 5 - Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal
(f) Lampiran 6 - Pengalaman Kerja
2.1.3 Tawaran yang tidak lengkap akan DITOLAK.
2.1.4 Penyebut harga hendaklah menyatakan tawaran harga secara
terperinci bagi semua bekalan atau perkhidmatan di ruangan
LAMPIRAN 1 – Tawaran Harga.
[ 8 / 19 ]
2.1.5 Harga bersih bagi tiap-tiap alat yang ditawarkan mestilah dalam mata
wang Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua
kos iaitu membekal, menghantar, menguji dan perkhidmatan
2.1.6 Tawaran Harga yang dikemukakan adalah tidak termasuk cukai GST.
2.1.7 Harga yang ditawarkan mestilah tidak melebihi dua angka perpuluhan.
Sebagai contoh: RM 123.45/unit.
2.1.8 Harga yang ditawarkan hendaklah sah selama tempoh sembilan puluh
(90) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan Sebut Harga sebagaimana
yang ditetapkan dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama
jika dan apabila perlu.
2.1.9 Penyebut harga hendaklah membuat cadangan teknikal mengenai
bekalan atau perkhidmatan yang sesuai merujuk keperluan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di ruangan
cadangan LAMPIRAN 5 - Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal
2.1.10 Penyebut harga hendaklah meletakan nombor muka surat bagi setiap
helaian dokumen yang dikemukakan mengikut susunannya.
2.1.11 Dokumen sebut harga hendaklah dikemukakan mengikut tarikh, tempat
dan masa yang ditetapkan. Dokumen sebut harga tidak akan
diterima selepas waktu & tarikh tutup sebut harga.
2.1.12 Tawaran Pilihan
Setiap penyebut harga TIDAK DIBENARKAN membuat tawaran
pilihan bagi mana-mana butiran yang dimasuki. Jika terdapat tawaran
pilihan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berhak menolak
semua tawaran yang dikemukakan.
2.1.13 Fi Perkhidmatan Perolehan
Penyebut harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan
dalam menawarkan harga.
Jadual Bayaran yang akan dibuat oleh Kerajaan adalah seperti yang
dinyatakan dalam Perjanjian. Bayaran yang akan dibuat oleh Kerajaan
kepada pembida yang berjaya adalah tertakluk kepada kadar fi
perkhidmatan yang dinyatakan dalam perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun
2013 seperti berikut :
[ 9 / 19 ]
Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment) Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali bayaran (multiple Caj ini akan ditanggung oleh Petender.
2.1.14 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
2.1.14.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar
atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan
secara rasuah kepada dan daripada, mana-mana orang
berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah
di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.1.14.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi
apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran
awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan
dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.1.14.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan
tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan
menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil
sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di
bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.1.14.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat
tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada
kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi
dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang
mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan
kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
2.1.15 Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
Melalui Sistem ePerolehan
2.1.15.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada Surat Arahan
Perbendaharaan (SAP) mengenai pelaksanaan Integrity Pact
[ 10 / 19 ]
bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan
ketelusan dalam perolehan Kerajaan.
2.1.15.2 Sehubungan dengan itu penyebut harga DIWAJIBKAN
mengisi Surat Akuan Pembida seperti di LAMPIRAN 4.
2.1.16 Peringatan Mengenai Keperluan Mewajibkan Penggunaan Bahan/
Barangan/Perkhidmatan Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan
2.1.16.1 Kontraktor adalah di wajib menggunakan bahan/barangan
buatan tempatan yang disenaraikan di dalam Senarai Bahan/
Barangan Binaan Buatan Tempatan yang disediakan oleh
IKRAM QA Services Sdn Bhd dan/atau Senarai Bahan/
Barangan Buatan Tempatan yang disediakan oleh SIRIM QA
Services Sdn Bhd atau mana-mana agensi/badan yang telah
diakreditasikan oleh Jabatan Standard Malaysia untuk
menjalankan pengiktirafan dan persijilan barangan tempatan,
mengikut mana yang berkenaan. Sekiranya kontraktor tidak
mematuhi peraturan menggunakan bahan/barangan buatan
tempatan setelah surat setuju terima dikeluarkan, penalti
dan/atau penolakan bahan yang dibekalkan akan dikenakan
ke atas kontraktor.
2.1.16.2 Bagi bahan/barangan buatan tempatan yang tidak
disenaraikan, juga boleh dipertimbangkan jika barangan
tersebut telah terlebih dahulu diuji dan diperakukan oleh
IKRAM QA Services Sdn Bhd atau SIRIM QA Services Sdn
Bhd, mengikut mana yang berkenaan.
2.2. Pindaan Sebut Harga
2.2.1 Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang
membentuk sebahagian daripada pelawaan Sebut Harga ini, pada bila-bila
masa tanpa memberi notis terlebih dahulu untuk menguatkuasakan
perubahan dalam polisi atau membetulkan mana-mana yang silap,
tertinggal, tidak jelas atau tidak selaras yang mungkin timbul selepas
pelawaan Sebut Harga ini dikeluarkan. Sekiranya pindaan Pelawaan Sebut
Harga ini dikeluarkan semula, maka semua Pembekal akan dimaklumkan
dengan sewajarnya.
[ 11 / 19 ]
2.3. PENGHANTARAN DAN PEMBEKALAN PERKHIDMATAN
2.3.1 ALAMAT PENGHANTARAN
Setiap penghantaran bekalan atau perkhidmatan hendaklah dibuat ke
alamat berikut:
**THE MAJESTIC HOTEL,
5, JALAN SULTAN HISHAMUDDIN,
50000, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
** Sebarang komunikasi di antara pihak pembekal dengan pihak Hotel perlu melalui Pihak
Bahagian Pengurusan Maklumat.
** Perubahan Tapak Lokasi acara tertakluk kepada arahan dan persetujuan pihak kerajaan
dari semasa ke semasa.
2.3.2 TEMPOH PERKHIDMATAN
Pembekal wajib menyempurnakan perkhidmatan iaitu Membekal,
Menghantar, Memasang, Menguji dan Mentauliah semua peralatan ICT di
Tapak Lokasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima;
dan
2.3.3 BEKALAN PERKHIDMATAN
Selain daripada perkhidmatan yang diperlukan seperti di Lampiran 1 dan
Lampiran 5, Penyebut harga perlu mengambil kira bagi menyediakan on-
site technical support sepanjang tempoh yang diperlukan.
[ 12 / 19 ]
LAMPIRAN SEBUT HARGA
[ 13 / 19 ]
LAMPIRAN 1
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN ICT SEMPENA PENGANJURAN PERSIDANGAN
6TH GLOBAL SUMMIT ON URBAN TOURISM (GSUT) TAHUN 2017
BIL. KETERANGAN KUANTITI BIL.HARI JUMLAH
(RM)
i. Notebook (Jenis A) 4 4
ii. Notebook (Jenis B) 2 4
iii. Pencetak Laser Berwarna 2 4
iv AP & WiFi 4 4
v. Walkie Talkie 10 4
vi. Mesin Photocopy 1 4
vii. Aksesori ICT
a) Switch 5 port
b) Cat6 Network Cable (5m)
7
35
JUMLAH (RM) – tanpa GST
[* Jumlah Tawaran harga perlu diisi oleh penyebut harga]
“ Saya mengesahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar belaka.”
........................................
(Tandatangan Pihak Syarikat)
(Cop Syarikat)
(Tarikh)
[ 14 / 19 ]
LAMPIRAN 2
1. SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM),
2. SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA,
3. SIJIL AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR; DAN
4. SIJIL GST (Sekiranya ada)
[*Dilampirkan penyebut harga]
“ Saya mengesahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar belaka.”
[ 15 / 19 ]
LAMPIRAN 3
PROFAIL SYARIKAT
[*Diisi oleh penyebut harga]
“ Saya mengesahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar belaka.”
[ 16 / 19 ]
LAMPIRAN 4
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
PERKHIDMATAN ICT SEMPENA PENGANJURAN PERSIDANGAN 6TH GLOBAL
SUMMIT ON URBAN TOURISM (GSUT) TAHUN 2017
Saya, nombor K.P yang mewakili
__________________________________Nombor Pendaftaran ________________
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili
syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu
dalam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat
di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili
syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini
didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana - mana individu
dalam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau mana-mana
individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka
saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas: atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan
Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya
atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk
dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera
melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau balai polis berhampiran.
Yang Benar,
...............................................................
(Nama dan No.KP)
Cop Syarikat :
[ 17 / 19 ]
LAMPIRAN 5
SPESIFIKASI TEKNIKAL PERKHIDMATAN ICT SEMPENA PENGANJURAN PERSIDANGAN 6TH GLOBAL SUMMIT ON URBAN TOURISM (GSUT) TAHUN
2017
PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
BIL KETERANGAN KUANTITI
PEMATUHAN
SPESIFIKASI*
(SETUJU/TIDAK
SETUJU)
PERKHIDMATAN ICT SEMPENA
PENGANJURAN PERSIDANGAN 6TH
GLOBAL SUMMIT ON URBAN
TOURISM (GSUT) TAHUN 2017
1. Notebook (Jenis A)
Model: Sila nyatakan
OS: Windows 7 or higher.
Processor: i5 or better.
RAM: 4.0 GB
HDD: 250GB or better
Software: MS Office 2013 or better, Antivirus, Acrobat Reader, Video Player support most format .mp4 .mp3 .avi etc .
Aksesori: External Mouse, DVD Reader, NIC, WiFi, External Mouse, USB port, Power adapter and charger, Converter HDMI to VGA port.
4
2. Notebook (Jenis B)
Model: Sila nyatakan
OS: MacOS
Processor: Intel core i5
RAM: Min 4.0 GB
HDD: Min 250 GB
Software: MS Office 2013 for Mac, Acrobat
Reader, Video Player support most
format .mp4 .mp3 .avi etc (Sila nyatakan)
Aksesori: External Mouse, Converter to VGA
port, WiFi, USB port, Power adapter and
2
[ 18 / 19 ]
charger,
3.
Pencetak Berwarna
Model: Sila nyatakan
Jenis: Laser Technology
Paper Size: A4,A5,A6
Toner secukupnya.
2
4.
AP & WiFi
Nama ISP: Sila Nyatakan
Akses:Unlimited
4
5.
Walkie Talkie
Model: Sila Nyatakan
Radius Coverage: 5 km
Portable walkie talkie with battery and
charger. Aksesori lain sila nyatakan. (yang
telah di konfigurasi mengikut channel yang
ditetapkan)
10
6. Mesin Photocopy
Model: Sila nyatakan
Machine Type: Copier (Black/White) with
Network Printing capabilities.
Features: Printing, Copy, Scan, Duplex,
Staple (yang telah di konfigurasi)
Meter Reading: 15 000 copies (include
consumables such as toner, developer
except paper)
1
7. Aksesori ICT
a) Switch 5 port
Model: Sila nyatakan
b) Cat6 Network Cable (5m)
7
35
[*Diisi oleh penyebut harga]
“Saya mengesahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar belaka”
[ 19 / 19 ]
LAMPIRAN 6
PENGALAMAN KERJA
[*Diisi oleh penyebut harga]
“ Saya mengesahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar belaka.”