Download - Kemahiran Lisan Ivy
KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PERBINCANGAN
TAHUN : TIGATEMA : PERPADUANTAJUK : BUDI BAHASA BUDAYA KITA
STANDARD KANDUNGAN1.7 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang sesuai daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
GURU MEMPERKENALKAN ‘MASALAH’
Guru masuk dan berdiri di hadapan kelas Guru memegang kad perkataan ‘Berbisik’ dan
menyatakan masalah yang ingin dibincangkan pada hari tersebut (guru menggunakan nada suara berbisik)
Murid diminta berdiri semasa guru memperkenalkan masalah
CONTOH PERBUALAN GURU: INDUKSI“Cikgu mahu kamu semua pejamkan mata dan dengar
arahan cikgu dengan jelas. Bayangkan kamu sedang menunggu bas sekolah untuk pulang ke rumah. Perhentian bas di hadapan sekolah sangat kecil. Kawan – kawan kamu juga sedang menunggu bas masing – masing. Sekarang, cikgu mahu kamu bayangkan apa yang berlaku semasa bas sekolah kamu dan kawan – kawan kamu tiba. Sesiapa yang telah membayangkan apa yang berlaku boleh buka mata dan duduk dalam keadaan senyap. Cikgu akan panggil sesiapa sahaja secara spontan untuk memberitahu apa yang telah kamu bayangkan”
PERKONGSIAN PENDAPAT (PERBINCANGAN TIDAK LANGSUNG)
Guru akan memanggil tiga orang murid secara rawak untuk memberitahu kepada rakan sekelas mengenai apa yang telah mereka bayangkan
Setelah mendengar gambaran setiap murid, guru akan menayangkan gambar berdasarkan gambaran atau ramalan guru jika guru berada di tempat mereka.
Murid diminta untuk memberi pendapat berdasarkan gambar
Semasa murid menyatakan pendapat, guru cuba membimbing murid untuk meneka tajuk pelajaran pada hari tersebut dengan merujuk gambar
Guru akan mengeluarkan kad perkataan Kerja Kumpulan dan murid harus bersedia untuk berada di dalam kumpulan masing-masing secara senyap
Murid diminta melihat slaid dan berbincang antara satu sama lain untuk memilih bentuk kotak (sama warna) pada slaid tetapi harus menjangka bahawa setiap bentuk mempunyai kandungan yang berlainan
SILA PILIH SATU KOTAK
BINCANGKAN DALAM KUMPULAN
Murid menghantar ketua kumpulan untuk mengambil bahan perbincangan
Soalan Perbincangan :1. Ceritakan gambar yang dilihat
dalam kumpulan masing – masing 2. Mengapa kita harus mengamalkan
sikap seperti di dalam gambar?3. Apakah yang akan berlaku
sekiranya kita melakukan perkara yang sebaliknya?
PERANAN GURU SEMASA SESI PERBINCANGAN
Guru memantau setiap kumpulan dan memastikan ahli dalam kumpulan memberikan pendapat masing – masing
Guru memberi masa yang secukupnya bagi sesi perbincangan
Guru akan meminta setiap kumpulan untuk bersedia menjelaskan isi perbincangan secara ringkas
Guru memilih sekurang – kurangnya 2 kumpulan secara rawak untuk menjelaskan isi perbincangan di hadapan kelas
AKTIVITI 2(GABUNG JALIN TEKNIK
PERBINCANGAN + PERMAINAN BAHASA
‘Radio Karat’)
Guru akan meminta setiap kumpulan berbincang untuk membina satu ayat bagi menjelaskan gambar masing – masing
Ayat tersebut bermula dengan perkataan :“Kita haruslah …” Guru memberi masa kepada setiap
kumpulan bagi membaca semula ayat sebelum memulakan permainan Radio Karat