Download - Keburukan Pengambilan Mee Segera
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
TESIS MINI
PROGRAM PENGAYAAN SEM
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUKAH,SARAWAK
2014
KEBURUKAN MI SEGERA
(KAJIAN KUANTITATIF)
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
NAMA AHLI KUMPULAN
ERMAN NAZRA BIN KARIM 144098
DZAHIRUL AIMI BIN JAMIL 144011
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
FASILITATOR
ENCIK MOHD SOFRIE BIN MANTARIL
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
PENGAKUAN PENULIS
Kami akui laporan projek ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
PELAJAR :
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
( ERMAN NAZRA BIN KARIM )
NO MAKTAB: 144098
TARIKH :
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
PELAJAR :
( DZAHIRUL AIMI BIN JAMIL)
NO MAKTAB: 144011
TARIKH :
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
PENGAKUAN FASILITATOR
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Saya mengesahkan bahawa tesis mini ini adalah hasil usaha pelajar-pelajar tersebut untuk memenuhi syarat graduasi mereka.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Fasilitator :
( MOHD SOFRIE BIN MANTARIL)
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ISI KANDUNGAN
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 5ABSTRAK 7
BAB1 : PENDAHULUAN 8 - 11
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
PENGENALAN
LATAR BELAKANG MASALAH
OBJEKTIF KAJIAN
TUJUAN KAJIAN
PERANAN PENGKAJI
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 12
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
KAJIAN LAMPAU
BAB 3 :KAEDAH KAJIAN/METODOLOGI 13
TEMA KAJIAN
FOKUS KAJIAN
BAHAN RUJUKAN(METODOLOGI)
BAB 4 : KEPUTUSAN 14 - 18
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BAB 5 :PERBINCANGAN 19
HURAIAN BATASAN KAJIAN
IDEA BAGI MEMPERBAIKI KAJIAN
BAB 6 : KESIMPULAN 20
RUMUSAN KAJIAN
BIBLIOGRAFI 21
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
LAMPIRAN 22 - 24
PENGHARGAAN
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
“BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM”
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta alam, selawat
dan salam buat Nabi junjungan besar iaitu Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah dengan izin
serta limpah kurnia-Nya, dapat juga kami menyiapkan latihan ilmiah ini. Bersyukur kami ke
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
hadrat ilahi kerana telah menganugerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala
urusan semasa menyiapkan latihan ilmiah ini.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada fasilitator kami iaitu Encik Mohd. Sofrie bin Mantaril kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar dan semangat serta dorongan semasa kami menyiapkan latihan ilmiah ini. Tanpa
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
tunjuk ajar dari Encik Sofrie bin Mantaril, kami mungkin tidak dapat menyelesaikan
tanggungjawab ini dengan sempurnanya.
Jutaan terima kasih juga kami tujukan kepada ayah dan ibu kami yang telah banyak
memberi dorongan kepada kami untuk menyelesaikan tanggungjawab kami sebagai pelajar. Jasa
ayah dan ibu kami amatlah kami hargai dan sanjungi. Sesungguhnya, ayah dan ibu adalah insan
yang paling mulia yang amat penting dalam hidup kami.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Seterusnya, buat sahabat-sahabat yang dikasihi, khususnya saudara Badrul Amin bin
Mohamad, Mohd. Milzam bin Mohd. Fauzi, Mohd. Nazirul Hazwan bin Adnan, Shahrulnizam
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Lqmal bin Ibrahim dan Roberto bin Sandai, terima kasih kerana telah banyak memberi bantuan
dan dorongan kepada kami untuk terus berusaha dan menyiapkan kajian ini. Sekali lagi ucapan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah banyak membantu, memberi
sumbangan dan dorongan kepada kami dalam menyiapkan kajian ini dengan sempurnanya.
Sesungguhnya, jasa kalian akan kami kenang buat selama-lamanya.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Wassalam.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ABSTRAK
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Mi segera merupakan mi separa masak yang memberi kesan buruk kepada manusia. Kini, ramai
pelajar MRSM Mukah cenderung mengambil mi segera sebagai pemakanan utama mereka. Hal
ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan para pelajar sekiranya pengambilan
mee segera ini diambil secara berterusan. Oleh itu, menerusi kajian ini kami berharap dapat
memberi kesedaran kepada para pelajar di MRSM Mukah tentang kesan pengambilan mi segera
terhadap kesihatan mereka. Oleh yang demikian, kami akan menggunakan kaedah soal selidik
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
dengan mengedarkan beberapa borang soal selidik kepada beberapa pelajar MRSM Mukah
dalam melakukan kajian ini.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BAB 1: PENDAHULUAN
PENGENALAN
Makanan segera bermaksud makanan yang mudah untuk disediakan dan tidak perlu
mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Makanan segera adalah makanan yang telah
diproses bagi memudahkan penyediaannya. Sebelum ianya diproses, para pengusaha industri
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
makanan segera ini haruslah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bagi
memastikan tahap keselamatannya. Bahan-bahan yang digunakan di dalam pemprosesan mi
segera seperti bahan aditif akan diuji dan dijalankan penyelidikan sebelum digunakan. Salah satu
contoh yang amat digemari bagi makanan segera ialah mi segera. Walaupun makanan segera
adalah mudah, senang dan menjimatkan masa untuk menyediakannya, pengguna perlu melihat
dari aspek kesihatan pemakanan tersebut semasa membeli bukan kerana faktor iklan yang
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
menarik. Menurut Hidemine, makanan segera juga banyak merubah budaya makan semasa akhir
abad 20-an.
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mi bermaksud bahan makanan yang rupanya
seperti laksa tetapi bewarna kuning yang diperbuat daripada tepung gandum (muka surat 1030)
manakala segera bermaksud tidak berlengah-lengah lagi, cepat,gesa-gesa (muka surat 1410).
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, Biasanya
dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan
perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh
dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya
dengan menggoreng. Mi segera terdiri daripada makanan-makanan yang telah dikeringkan dan
diproses sehingga kering seperti serbuk kari, susu tepung dan biskut. Mi segera dibungkus rapat
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
dan kedap udara serta mempunyai jangka hayat yang panjang bagi tujuan penyimpanan. Mi
segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Mi segera merupakan makanan segera yang dilengkapi dengan keperluan tenaga dan
sangat mudah untuk disediakan iaitu dengan hanya menuangkan air panas atau memasak dalam
masa 3 minit. Selain itu, mi segera juga diperbuat daripada bahan utama iaitu tepung berprotein
tinggi, air dan bahan tambahan yang lain. Zat makanan daripada mi segera adalah seperti
kerbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin serta mengandungi bahan aditif yang
dibenarkan
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Ramai pengguna yang menggemari mi segera disebabkan cara penyediaannya yang mudah
dan cepat di samping rasanya yang enak. Tidak dinafikan bahawa mi segera memunyai nutrien-
nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Akan tetapi,mi segera juga mengandungi bahan
aditif yang ditambahkan sebagai bahan-bahan pengawet,pewarna dan perisa.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Latar belakang masalah kajian ini ialah pengambilan makanan mi segera telah menjadi
tabiat para pelajar MRSM Mukah. Hal ini disebabkan, mi segera sangat mudah dimasak dan
mengenyangkan.Selain itu, rasa yang sedap di samping mudah didapati dengan harganya yang
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
murah berbanding makanan yang lain. Di samping itu, pelajar MRSM Mukah juga kurang
pendedahan dan pengetahuan mengenai keburukan mi segera.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui tahap pengambilan mi segera yang mempengaruhi
amalan pemakanan di kalangan pelajar yang menetap di Maktab Rendah Sains Mara Mukah.
Objektif bagi kajian ini ialah:
i. Memberi kesedaran tentang kesan pengambilan mi segera kepada para pelajar MRSM
Mukah.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ii. Mengetahui sama ada pelajar MRSM Mukah mempunyai pengetahuan tentang keburukan
mi segera.
iii. Menambahkan pengetahuan tentang keburukan pengambilan mi segera.
iv. Sebagai salah satu syarat graduasi untuk pelajar Tingkatan 5.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
1.3 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keburukan pengambilan mi segera kepada
pelajar-pelajar di MRSM Mukah. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan
tentang kesan pengambilan mi segera kepada pelajar di MRSM Mukah. Di samping itu, kajian
ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap makanan seimbang kepada pelajar di
MRSM Mukah.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
1.4 PERANAN PENGKAJI
Peranan kami untuk membuat kajian ini ialah memberi kesedaran dan pendedahan
kapada semua pelajar MRSM Mukah tentang keburukan pengambilan mi segera. Dengan adanya
kajian ini, pelajar-pelajar akan lebih mengetahui tentang keburukan pengambilan mi segera.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Menerusi kajian ini, kami dapat menambah pengetahuan tentang keburukan pengambilan mi
segera. Akhir sekali, kami akan menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan hasil
kajian kami.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
2.1 KAJIAN LAMPAU
Pengambilan mi segera banyak memberi keburukan terhadap kesihatan manusia.
Berdasarkan kepada 5 kajian lampau yang telah kami temui menunjukkan terdapat pengkaji yang
telah membuat kajian yang berkaitan dengan keburukan mi segera.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Antaranya ialah “Keburukan Mee Segera” yang ditulis oleh Mukhriz Al-Hakim pada
tarikh 14 Mei 2011. Selain itu, Exofx juga telah membuat kajian yang bertajuk”Kesan Makan
Maggi Pada Kesihatan.Maggi Lebih Beracun Dari Syabu” pada tarikh 27 Februari 2013. Di
samping itu, Safra Aina Adnan juga telah membuat kajian yang bertajuk” MI SEGERA-adakah
selamat dimakan? ” pada tarikh 21 jun 2010. Selain itu, Julmazli Dempollok juga telah
membuat kajian mengenai “ Keburukan Pada Kesihatan : Mee Segera “ pada tahun 2011. Akhir
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
sekali, Dr Zubaidi Hj Ahmad juga telah membuat kajian mengenai “ Selamatkah makan mee
segera? “ pada tahun 2014.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BAB 3: KAEDAH KAJIAN/METODOLOGI
3.1 Skop/ Tema Kajian
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Kajian ini hanya tertumpu kepada para pelajar di MRSM Mukah. Dalam kajian ini iaitu tentang keburukan mi segera, kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada sepuluh orang pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 secara rawak di MRSM Mukah.
3.2 Fokus Kajian
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Fokus kajian ini bertumpu kepada pelajar lelaki dan perempuan tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat di MRSM Mukah. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat tentang keburukan pengambilan mi segera.
3.3 Kaedah Kajian (Metodologi)
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Untuk menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kaedah yang telah kami gunakan untuk mengenalpasti tentang keburukan mi segera, antaranya ialah melalui internet. Menerusi internet, kami telah mendapatkan maklumat tentang mi segera di laman sesawang. Seterusnya ialah melalui kaedah soal selidik. Kami telah membuat soal selidik kepada sepuluh orang pelajar dari tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 di MRSM Mukah tentang kajian kami. Akhir sekali ialah melalui rujukan guru. Kami telah merujuk kepada fasilitator kami iaitu Cikgu Mohd. Sofrie bin Mantaril untuk membincangkan tentang kajian yang kami jalankan.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BAB 4 : KEPUTUSAN
1. Berdasarkan borang soal selidik yang telah kami edarkan kepada 30 orang responden
yang terdiri daripada tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 tentang keburukan mi
segera. Seramai 30 orang responden iaitu 100% pelajar yang mengambil mi segera di
MRSM Mukah. Oleh itu, jelas menunjukkan pelajar di MRSM Mukah majoritinya
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
mengambil mi segera sebagai makanan harian mereka. Oleh itu, kajian ini dirasakan
sangat penting untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di MRSM Mukah
tentang keburukan mi segera agar mi segera tidak menjadi tabiat pemakanan para pelajar
di MRSM Mukah. Berikut merupakan carta pai, analisis untuk soalan pertama terhadap
pelajar di MRSM Mukah
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ANALISIS PELAJAR MRSM MUKAH
PELAJAR YANG MENGAMBIL MI SEGERAPELAJAR YANG TIDAK MENGAMBIL MI SEGERA
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
2. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden di
MRSM Mukah. Kami mendapati majoriti mereka iaitu 70% pelajar membeli mi segera
dengan harga RM1.00 .Oleh itu, jelas menunjukkan majoriti pelajar MRSM Mukah
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
mengambil mi segera kerana harganya yang murah berbanding dengan mi yang dijual di
kantin seperti mi goreng, mi kolok yang harganya agak mahal iaitu RM 3.00. Selain itu,
mi segera juga mudah didapati di pasaran, mudah dimasak dengan mengunakan air panas
dan sedap dimakan menyebabkan ramai pelajar MRSM Mukah mengambil mi segera ini.
Berikut merupakan carta pai, analisis untuk soalan yang ke-2 terhadap pelajar di MRSM
Mukah
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ANALISIS PELAJAR MRSM MUKAH
PELAJAR YANG MENGAMBIL MI SEGERA BERHARGA RM0.50PELAJAR YANG MENGAMBIL MI SEGERA BERHARGA RM0.80PELAJAR YANG MENGAMBIL MI SEGERA BERHARGA RM1.00
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
3. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden iaitu
pelajar di MRSM Mukah, majoriti daripada mereka iaitu 26.7% mengambil 3 bungkus mi
segera dalam masa seminggu. Di samping itu, sebanyak 20% orang responden yang
mengambil 7 bungkus mi segera dalam masa seminggu. Jelas menunjukkan bahawa
pelajar di MRSM Mukah sering mengambil mi segera dalam masa seminggu kerana
harganya yang murah, mudah dimasak, sedap dan mudah didapati. Hal ini membuktikan
para pelajar MRSM Mukah perlu diberikan pendedahan tentang keburukan mi segera.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Berikut merupakan carta pai, analisis untuk soalan yang ke-3 terhadap pelajar di MRSM
Mukah
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ANALISIS PELAJAR MRSM MUKAH
1 BUNGKUS MI SEGERA YANG DIAMBIL DALAM MASA SEM-INGGU2 BUNGKUS MI SEGERA YANG DIAMBIL DALAM MASA SEM-INGGU3 BUNGKUS MI SEGERA YANG DIAMBIL DALAM MASA SEM-INGGU4 BUNGKUS MI SEGERA YANG DIAMBIL DALAM MASA SEM-INGGU5 BUNGKUS MI SEGERA YANG DIAMBIL DALAM MASA SEM-INGGU6 BUNGKUS MI SEGERA YANG DIAMBIL DALAM MASA SEM-INGGU7 BUNGKUS MI SEGERA YANG DIAMBIL DALAM MASA SEM-INGGU
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
4. Berdasarkan kepada soalan keempat yang merujuk kepada borang soal selidik yang
diedarkan kepada 30 orang responden yang menetap di MRSM Mukah, majoriti daripada
mereka iaitu 70% responden hanya mengetahui satu kesan apabila pengambilan mi
segera secara berterusan. Jelas menunjukkan pelajar MRSM Mukah perlu diberi
pendedahan dan pengetahuan tentang keburukan mi segera. Di samping itu, sebanyak
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
20% responden yang menetap di MRSM Mukah hanya mengetahui dua kesan dan 10%
responden yang mengetahui ketiga-tiga kesan apabila pengambilan mi segera berterusan.
Jelas menunjukkan pelajar MRSM Mukah masih lemah pengetahuan dan kurang diberi
pendedahan mengenai keburukan mi segera. Berikut merupakan carta pai, analisis untuk
soalan yang ke-4 terhadap pelajar di MRSM Mukah
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ANALISIS PELAJAR MRSM MUKAH
PELAJAR YANG MENGETAHUI SATU KESAN PENGAMBILAN MI SEGERAPELAJAR YANG MENGETAHUI DUA KESAN PENGAMBILAN MI SEGERAPELAJAR YANG MENGETAHUI TIGA KESAN PENGAMBILAN MI SEGERA
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
5. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden yang
menetap di MRSM Mukah, majoriti daripada mereka iaitu 63.3% hanya mengetahui satu
kandungan ramuan yang terdapat dalam mi segera. Oleh itu, pelajar MRSM Mukah perlu
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
diberi pendedahan mengenai kandungan yang terdapat dalam mi segera tersebut. Di
samping itu, seramai 3.3% responden yang mengetahui kesemua kandungan ramuan yang
terdapat dalam mi segera. Ramai dalam kalangan pelajar MRSM Mukah masih kurang
pengetahuan dan pendedahan tentang kandungan yang terdapat dalam mi segera yang
boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang, berisiko serangan kanser dan masalah
obesiti. Berikut merupakan carta pai, analisis untuk soalan yang ke-5 terhadap pelajar di
MRSM Mukah
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
ANALISIS PELAJAR MRSM MUKAH
PELAJAR YANG MENGETAHUI SATU KANDUNGAN RAMUAN YANG TERDAPAT DALAM MI SEGERAPELAJAR YANG MENGETAHUI DUA KANDUNGAN RAMUAN YANG TERDAPAT DALAM MI SEGERAPELAJAR YANG MENGETAHUI TIGA KANDUNGAN RAMUAN YANG TERDAPAT DALAM MI SEGERAPELAJAR YANG MENGETAHUI EMPAT KANDUNGAN RA-MUAN YANG TERDAPAT DALAM MI SEGERA
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BAB 5 : PERBINCANGAN
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
HURAIAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini dibataskan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 di MRSM Mukah (Maktab Rendah Sains Mara Mukah, Sarawak) pada tahun 2014. Kajian ini menumpukan perhatian kepada pemakanan pelajar iaitu pengambilan mi segera. Oleh yang demikian, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar di Maktab Rendah Sains Mara Mukah,Sarawak.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
IDEA BAGI MEMPERBAIKI KAJIAN
Melalui kajian yang telah kami lakukan,terdapat masalah yang kami tidak dapat elakkan
seperti kekurangan responden untuk mendapatkan hasil kajian disebabkan kesuntukan masa.
Selain itu, kami juga kekurangan maklumat di internet mengenai keburukan mi segera. Akhir
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
sekali, kami juga mengalami masalah untuk mendapatkan maklumat yang betul melalui
internet.
Untuk memperbaiki masalah dalam kajian ini, kami akan mencuba untuk mengedarkan
borang soal selidik kepada pelajar dengan lebih awal untuk mendapatkan hasil kajian kami.
Selain itu, kami akan mencuba untuk menggunakan kaedah lain bagi mendapatkan maklumat
tentang kajian yang kami jalankan seperti majalah, buku ilmiah dan surat khabar . Akhir
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
sekali, kami akan menyelidik maklumat yang kami perolehi dengan lebih terperinci supaya
maklumat yang disampaikan adalah benar.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BAB 6 : KESIMPULAN
RUMUSAN KAJIAN
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Melalui kajian ini, kami dapat merumuskan bahawa hasil kajian kami ini telah mempunyai asas yang kukuh untuk kami mencapai matlamat kami iaitu memberi kesedaran tentang kesan pengambilan mi segera kepada para pelajar MRSM Mukah tentang kesan pengambilan mi segera. Selain itu, kami juga telah mengetahui keburukan mi segera tersebut dengan lebih mendalam serta mula mengurangkan pengambilan mi segera dalam kehidupan seharian. Akhir sekali,kami mula sedar bahawa mi segera merupakan makanan yang tidak seimbang yang boleh membawa pelbagai penyakit seperti penyakit buah pinggang, masalah obesiti dan berisiko serangan kanser.
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
BIBLIOGRAFI
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Julmazli Dempollok . 2011. Keburukan pada kesihatan : mee segera .
Mee Segera: Keburukan Pada Kesihatan - Julmazli Dot Com
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Mukhriz Al-Hakim.2011. Keburukan mee segera .
http://doktorwannabe.blogspot.com/2011/05/keburukan-mi-segera_14.html
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Safra Aina Adnan. 2010. mee segera - adakah selamat dimakan? . Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) .
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-makanan/303-mi-segera-adakah-selamat-dimakan
Dr Zubaidi Hj Ahmad (090311). 2014 . Selamatkah makan mee segera? .
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
http://drzubaidi.com/blog/selamatkah-makan-mi-segera/
Exofx .2014 .Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan.Maggi Lebih Beracun Dari Syabu .
http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/kesan-mee-segera-pada-kesihatan-lebih.html
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
LAMPIRAN
CONTOH MI SEGERA YANG SERING DIMAKAN OLEH PELAJAR MRSM MUKAH
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
MAGGI
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
INDO MIE MI SEDAP
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM MI SEGERA
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
KESAN PENGAMBILAN MI SEGERA
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Borang Soal Selidik Mengenai Keburukan Mee Segera Dalam Kalangan Pelajar
Maktab Rendah Sains Mara Mukah Sarawak
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
Nama: Tingkatan:
1. Jenis mee segera yang sering anda makan?
Maggi Mee sedap Indo mee Mee daddy
2. Harga sebungkus mee segera yang anda sering makan?
RM0.50 RM0.80 RM1.00
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
3. Berapa bungkus mee segera yang anda makan dalam masa seminggu?
1 bungkus 2 bungkus 3 bungkus 4 bungkus 5 bungkus 6 bungkus 7 bungkus
4. Kesan pengambilan mee segera?
Kerosakan buah pinggang Berisiko serangan kanser Masalah obesiti
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
5. Kandungan ramuan yang terdapat dalam mee segera yang anda tahu?
Pewarna tiruan Asid tartarik Kalsium oksida Propylene glycol
SCHOOL ENRICHMENT MODEL 2014
[tandakan √ pada pendapat anda]
*Contoh borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden