Download - Kebersihan & Keselamatan Persekitaran
HBHE 3203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2012
HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
NO. MATRIKULASI : 830706055058002
NO. KAD PENGNEALAN : 830706-05-5058
NO. TELEFON : 012-2305360
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI
SEMBILAN
1
HBHE 3203
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 3
1.1 Stor Sukan 4
1.1.1 Pengenalan 4
1.1.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 5
1.1.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Stor Sukan Sekolah 6
1.2 Kantin 7
1.2.1 Pengenalan 7
1.2.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 8
1.2.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah 9
1.3 Dewan / Foyer 11
1.3.1 Pengenalan 11
1.3.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 12
1.3.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah 12
1.4 Bilik Komputer 14
1.4.1 Pengenalan 14
1.4.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru 15
1.4.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Bilik Komputer Sekolah 15
2.0 Kesimpulan 17
3.0 Risalah Tatacara Penggunaan Kantin 18
4.0 Bibliografi 19
2
HBHE 3203
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, sekolah bermaksud tempat untuk belajar
dan mengajar. Selain itu, sekolah juga didefinisikan sebagai tempat untuk menerima dan
memberi pelajaran. Dalam akta pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai suatu tempat
di mana sepuluh atau lebih orang pelajar yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah
atau lebih bilik darjah tetapi tidak termasuk tempat di mana pengajaran terhad kepada
pelajaran Islam sahaja.
Menurut Nicholson (1985), untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita perlu
mewujudkan sekolah yang berkesan. Sekolah yang berkesan mestilah sekolah yang
selamat dengan cara menjadikan sekolah itu efektif dari sudut penggunaannya. Howard
(1981) menggariskan enam faktor utama yang perlu diterapkan bagi menjadikan sesebuah
sekolah itu selamat. Faktor-faktor tersebut ialah kepimpinan, disiplin, keselamatan,
ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Keenam-enam faktor ini jika
dilaksanakan akan menghasilkan sekolah yang selamat. Salleh Buang (1996) ada juga
menyatakan bahawa di dalam sesebuah institusi, terdapat ahli-ahli yang memerlukan
perlindungan, keselesaan dan keselamatan. Ini bermakna, sesebuah institusi pendidikan
perlu memberikan segala keperluan yang diperlukan warganya bagi memastikan
sesebuah institusi pendidikan itu berjaya. Selain itu, Comer (1998) menyatakan bahawa
perancangan sekolah yang selamat adalah rangka tindakan yang boleh digunakan sebagai
panduan untuk masa sekarang dan masa akan datang. Rangka tindakan tersebut meliputi
pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah dari elemen negatif pihak dalam dan
juga pihak luar.
Oleh itu, bagi memastikan sesebuah sekolah itu berada dalam keadaan yang
sempurna, aspek penjagaan keselamatan perlulah dititik beratkan oleh pihak pengurusan
sekolah. Ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan kejadian yang tidak
diingini. Prosedur keselamatan sewaktu murid-murid berada di dalam kawasan sekolah
perlulah diwujudkan bagi menjamin keselamatan murid-murid di sekolah. Antara tempat
3
HBHE 3203
yang memerlukan prosedur keselamatan ialah di bilik darjah, tandas, stor sukan, kantin,
dewan/foyer, bilik komputer, bilik alat pandang dengar (APD), perpustakaan dan
sebagainya. Sebagai contoh, prosedur keselamatan di dalam kelas seperti dilarang berlari-
berlari, dapat membantu mengelakkan kemalangan di kalangan murid-murid sewaktu
berada di dalam kelas. Ia dapat membantu mengelakkan kejadian yang tidak diingini
daripada berlaku kepada semua warga sekolah dan dapat memastikan keselamatan
warganya pada setiap masa.
1.1 Stor Sukan
1.1.1 Pengenalan
Tajuk : Tatacara Penggunaan Stor Sukan Sekolah
Kebanyakan sekolah di Malaysia mempunyai stor peralatan atau dikenali sebagai
stor sukan. Stor sukan memainkan peranan penting sebagai tempat untuk menyimpan
alatan sukan. Pengekalan sesuatu alatan sukan dapat memberi peluang kepada guru-guru
pendidikan jasmani untuk merancang pengajaran mereka supaya menjadi lebih seronok
dan bermakna. Bagi murid-murid sekolah pula, bilangan peralatan yang mencukupi
membolehkan mereka menerima pelajaran dengan sepenuhnya semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani. Selain itu, kewujudan stor sukan juga boleh
menentukan bilangan alatan sukan yang perlu dibeli oleh sesebuah sekolah. Sekiranya
peralatan sukan ini tidak diletakkan di satu-satu tempat yang khas, maka agak sukar bagi
4
HBHE 3203
guru untuk mengetahui jumlah peralatan sukan yang sebenarnya. Ini seterusnya akan
menyukarkan sesuatu pengajaran itu dirancang dan dilaksanakan. Berdasarkan kepada
surat pekeliling ikhtisas bilangan 9/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), terdapat beberapa garis panduan yang perlu diberi perhatian khusus
oleh semua pihak yang terlibat sewaktu menguruskan dan menggunakan stor sukan. Garis
panduan yang ditetapkan oleh KPM adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
1.1.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru
1. Alatan-alatan sukan mestilah diletakkan di tempat khas yang telah
disediakan oleh penyelaras stor sukan.
2. Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan ke dalam buku
keluar masuk peralatan sukan.
3. Penyelaras stor sukan perlu memastikan peralatan sukan yang digunakan
mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang
persatuan sukan.
4. Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang
digunakan sama ada ia rosak atau perlu diperbaiki.
5. Semua murid dilarang untuk masuk ke dalam stor sukan tanpa
kebenaran daripada guru.
6. Murid-murid dilarang untuk mengambil sebarang peralatan sukan tanpa
kebenaran daripada guru.
7. Murid-murid diminta untuk melaporkan kepada guru jika terdapat
sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan.
8. Guru diminta untuk mengawasi dengan rapi penggunaan peralatan sukan
yang boleh dikategorikan sebagai alatan yang merbahaya.
9. Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang
ditetapkan.
5
HBHE 3203 10. Memastikan stor sukan berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur
pada setiap masa.
11. Memastikan hanya jurulatih atau guru penasihat sukan yang bertauliah
mengendalikan peralatan sukan.
12. Memberikan penerangan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk
mengendalikan peralatan sukan dengan cara yang betul.
1.1.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Stor Sukan Sekolah
Bagi tatacara yang pertama, setiap peralatan sukan yang diambil oleh guru perlu
diletakkan semula di tempat khas yang telah disediakan. Ia bagi mengelakkan guru lain
tercari-cari peralatan tersebut jika ia diletakkan ditempat yang berlainan. Tatacara yang
kedua pula ialah merekodkan semua alatan yang dikeluarkan dari stor sukan ke dalam
buku keluar masuk peralatan sukan. Ini bagi memudahkan penyelaras untuk mengesan
sekiranya ada perlatan sukan yang tidak mencukupi atau hilang. Tatacara yang ketiga
ialah penyelaras stor sukan perlu memastikan peralatan sukan yang digunakan
mempunyai kelulusan piawai daripada undang-undang persatuan sukan. Tatacara ini
sangat penting kerana jika berlaku kemalangan disebabkan oleh penggunaan peralatan
yang tidak mengikut piawaian, maka pihak sekolah akan dipersalahkan. Tatacara yang
keempat ialah membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang
digunakan sama ada rosak atau perlu diperbaiki. Ini bagi memastikan setiap peralatan
yang digunakan oleh murid-murid selamat dan tidak boleh mendatangkan kecederaan
kepada mereka.
Tatacara yang kelima ialah semua murid dilarang untuk masuk ke dalam stor
sukan tanpa kebenaran daripada guru. Ini kerana, di dalam stor sukan terdapat beberapa
peralatan yang dianggap merbahaya kepada murid-murid sekolah seperti bola lontar
peluru. Sekiranya murid-murid ini masuk ke dalam stor sukan tanpa sebarang
pengawasan dan berlaku kemalangan, maka guru pada waktu tersebut akan dipersalahkan
oleh pihak sekolah. Tatacara yang keenam ialah murid-murid dilarang untuk mengambil
6
HBHE 3203 sebarang peralatan sukan tanpa kebenaran guru. Tatacara ini dibuat bagi mengelakkan
murid masuk ke dalam stor sukan dan bermain-main dengan peralatan-peralatan sukan
yang tidak sepatutnya. Perbuatan ini boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka.
Tatacara yang seterusnya ialah murid-murid diminta untuk melaporkan kepada guru jika
terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan. Laporan perlu dibuat oleh
murid sekiranya peralatan yang mereka gunakan bermasalah dan guru juga boleh
mengasingkan peralatan tersebut daripada digunakan oleh kelas yang lain. Tatacara yang
kelapan ialah guru diminta untuk mengawasi dengan rapi penggunaan peralatan sukan
yang boleh dikategorikan sebagai alatan yang merbahaya. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan kemalangan daripada berlaku kepada murid sekiranya tiada pengawasan
daripada guru.
Tatacara yang kesembilan ialah guru perlu mengembalikan semua alat sukan yang
telah digunakan pada masa yang telah ditetapkan. Guru-guru dilarang daripada
meminjam peralatan sukan selain daripada waktu pengajaran dan pembelajaran mereka
bagi mengelakkan guru lain kekurangan bahan untuk pengajaran. Tatacara yang
kesepuluh ialah memastikan stor sukan berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur
pada setiap masa. Keadaan stor sukan yang kemas dan teratur akan memudahkan guru
untuk mencari peralatan sukan yang dikehendaki. Tatacara yang kesebelas ialah
memastikan hanya jurulatih atau guru penasihat sukan yang bertauliah mengendalikan
peralatan sukan. Ini kerana, cara pengendalian setiap peralatan sukan adalah berbeza.
Cara pengendalian yang betul akan mengurangkan risiko kerosakan kepada peralatan
tersebut. Tatacara yang terakhir ialah memberikan penerangan kepada murid-murid
tentang cara untuk mengendalikan peralatan sukan dengan cara yang betul. Penerangan
yang diberikan oleh guru dapat membantu untuk mengelakkan sebarang risiko
kecederaan yang mungkin dihadapi oleh murid sekiranya mereka mengendalikan sesuatu
alatan sukan dengan cara yang salah.
7
HBHE 3203
1.2 Kantin
1.2.1 Pengenalan
Tajuk : Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1989), pembekalan perkhidmatan
makanan kepada guru dan murid merupakan satu kewajipan dalam setiap sekolah. Kantin
sekolah adalah sumber utama kepada guru, murid dan warga sekolah yang lain untuk
mendapatkan bekalan makanan semasa sesi persekolahan. Selain daripada menyediakan
makanan, kantin juga merupakan satu tempat penting bagi mewujudkan pelbagai
pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Murid-murid boleh membina
pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan, kebersihan dan
keselamatan serta tabiat sosial. Menurut Dudley S.R (1998), objektif utama dalam
perkhidmatan makanan di sekolah adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat
dan selamat untuk dimakan. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 2/1983 yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada menyatakan bahawa kantin merupakan
satu kemudahan yang penting di sekolah dan pihak pentadbir perlu memastikan bahawa
kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah.
8
HBHE 3203 1.2.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru
1. Guru yang bertugas perlu memastikan menu yang disediakan oleh
pihak kantin mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.
2. Murid-murid diminta untuk meletakkan bekas makanan dan minuman
ke dalam bekas yang disediakan.
3. Semua murid diminta untuk membasuh tangan dengan menggunakan
sabun yang telah disediakan.
4. Murid-murid diminta untuk beratur sewaktu membeli makanan dan
minuman.
5. Pihak sekolah perlu memberi teguran kepada pengusaha kantin
sekiranya terdapat peraturan-peraturan yang tidak dipatuhi.
6. Semua murid tidak dibenarkan untuk membuat bising sewaktu berada
dikawasan kantin sekolah.
7. Murid-murid perlu mengikut arahan pengawas yang bertugas sewaktu
berada di kantin.
8. Semua murid diminta untuk membuang sisa makanan ke dalam bekas
yang disediakan.
9. Semua warga sekolah perlu memastikan kebersihan kantin pada setiap
masa.
10. Murid-murid perlu mematuhi semua peraturan kantin yang telah
disediakan oleh pihak sekolah.
11. Guru-guru perlu memastikan peralatan yang terdapat dikantin
mencukupi.
12. Guru perlu memantau jenis-jenis makanan yang dijual di kantin
supaya mematuhi peraturan yang telah disediakan.
1.2.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah
Berdasarkan kepada tatacara penggunaan kantin sekolah di atas, tatacara yang
pertama ialah guru yang bertugas perlu memastikan menu yang disediakan oleh pihak
9
HBHE 3203 kantin mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Ini penting bagi memastikan menu
yang dibuat merangkumi semua nutrisi harian yang diperlukan oleh murid-murid.
Tatacara yang kedua ialah murid-murid diminta untuk meletakkan bekas makanan dan
minuman ke dalam bekas yang disediakan. Tatacara ini bagi mendisiplinkan murid-murid
terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tatacara yang ketiga ialah
semua murid diminta untuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang telah
disediakan. Ia bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara yang betul
untuk membersihkan tangan sebelum dan selepas makan. Tatacara yang keempat ialah
murid-murid diminta untuk beratur sewaktu membeli makanan dan minuman. Tatacara
ini sangat penting kerana jika mereka tidak melakukannya akan berlakukan pergaduhan
dan perebutan sewaktu membeli makanan dan minuman di kantin.
Tatacara yang kelima ialah pihak sekolah perlu memberi teguran kepada
pengusaha kantin sekiranya terdapat peraturan-peraturan yang tidak diikuti. Jika
pengusaha kantin tidak menutup makanan yang dijual, maka teguran perlu diberikan oleh
pihak sekolah bagi mengelakkan makanan yang dibeli oleh murid tercemar dengan
kuman. Tatacara yang keenam ialah semua murid tidak dibenarkan untuk membuat bising
sewaktu berada di kawasan kantin sekolah. Ini bagi mengelakkan suasana di kantin
menjadi tidak terkawal dan arahan dari pengawas yang bertugas di kantin tidak dapat
didengari oleh murid-murid. Tatacara yang ketujuh ialah murid-murid perlu mengikut
arahan pengawas yang bertugas. Tatacara ini penting untuk diikuti oleh murid kerana
arahan yang dibuat oleh pengawas adalah bagi melicinkan perjalanan di kawasan kantin.
Tatacara yang kelapan ialah semua murid diminta untuk membuang sisa makanan ke
dalam bekas yang disediakan. Ini penting kerana pembuangan sisa makanan yang tidak
betul akan menyebabkan kuman mudah merebak ke kawasan persekitaran kantin.
Tatacara yang kesembilan ialah semua warga sekolah perlu memastikan
kebersihan kantin pada setiap masa. Sekiranya kantin berada dalam keadaan yang tidak
bersih seperti ada sampah di sekitarnya, murid-murid mungkin akan terpijak dan
tergelincir dan seterusnya akan menyebabkan kemalangan. Tatacara yang kesepuluh ialah
10
HBHE 3203 murid-murid perlu mematuhi semua peraturan kantin yang telah disediakan oleh pihak
sekolah. Ini supaya perjalanan dikawasan kantin berjalan lancar. Tatacara yang kesebelas
ialah guru-guru perlu memastikan peralatan yang terdapat dikantin mencukupi. Peralatan
yang tidak mencukupi ini akan menyebabkan keadaan kelam kabut dan menimbulkan
suasana huru hara di kalangan murid-murid. Tatacara yang terakhir ialah semua guru
perlu memantau jenis-jenis makanan yang dijual di kantin supaya mematuhi peraturan
yang disediakan. Pemantauan ini perlu dilakukan dengan kerap supaya pihak kantin tidak
menjual makanan yang dilarang seperti makanan berlemak dan mempunyai gula yang
berlebihan kepada murid.
1.3 Dewan
1.3.1 Pengenalan
Tajuk : Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah
Dewan ialah tempat untuk berkumpul bagi murid, guru dan pihak pentadbiran.
Bukan itu sahaja, dewan juga selalu digunakan untuk majlis-majlis anjuran pihak Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) atau pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Acara yang selalu
dibuat di dewan sekolah ialah, perhimpunan unit beruniform, mesyuarat PIBG,
pertandingan sukan seperti badminton, ping-pong dan sebagainya. Dewan sekolah juga
sering digunakan oleh pihak luar bagi membuat majlis keraian oleh penduduk setempat.
11
HBHE 3203 Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif untuk membuat peraturan
dan tatacara supaya ia boleh dipatuhi oleh semua pihak. Peraturan yang dibuat akan
memberi panduan kepada pihak luar tentang tatacara yang perlu mereka patuhi sewaktu
menggunakan dewan sekolah.
1.3.2 Tatacara Penggunaan Am, Murid dan Guru
1. Dewan sekolah hanya boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja.
2. Kebenaran secara bertulis perlulah dibuat jika ada pengguna yang
hendak menggunakan dewan pada hari sabtu atau ahad.
3. Dewan sekolah hanya boleh digunakan sebelum pukul 10.00 malam
pada hari persekolahan.
4. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan untuk dibawa masuk
ke dalam dewan.
5. Lampu dan kipas hendaklah ditutup sebelum pengguna keluar dari
dewan sekolah.
6. Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan yang berada di
dalam dewan.
7. Sebarang kerosakan yang berlaku di dalam dewan perlulah dilaporkan
kepada guru besar dengan segera.
8. Murid-murid dilarang membuat bising semasa berada di dalam dewan.
9. Jika murid menghadapi sebarang masalah untuk mengendalikan
peralatan di dalam dewan, guru yang bertugas perlulah dirujuk.
10. Guru-guru perlu memastikan peralatan yang digunakan berada dalam
keadaan yang baik.
11. Guru perlu mengunci pintu dewan apabila mereka selesai
menggunakannya.
12. Guru perlu menulis di dalam buku khas penggunaan dewan apabila
mereka menggunakan dewan pada bila-bila masa.
12
HBHE 3203
1.3.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah
Tatacara penggunaan dewan yang pertama ialah dewan sekolah hanya boleh
digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja. Ini bagi
mengelakkan dariapada dewan digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah
seperti melepak. Tatacara yang kedua ialah kebenaran secara bertulis perlulah dibuat jika
ada pengguna yang hendak menggunakan dewan pada hari sabtu atau ahad. Ini kerana
pihak sekolah perlu mengetahui tujuan penggunaan, siapa yang terlibat dan acara yang
hendak dibuat pada hari sabtu atau ahad. Tatacara yang ketiga ialah dewan sekolah hanya
boleh digunakan sebelum pukul 10.00 malam pada hari persekolahan. Ini bagi
mengelakkan dewan digunakan sehingga lewat malam dan mengganggu warga sekolah
dan penduduk setempat. Tatacara yang keempat ialah sebarang makanan dan minuman
tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan. Di dalam dewan terdapat
peralatan elektrikal yang tidak boleh terkena air dan sisa makanan. Sekiranya ada sisa
makanan yang tertinggal, serangga kecil akan merosakkan peralatan yang ada di situ.
Tatacara yang kelima ialah lampu dan kipas hendaklah ditutup sebelum pengguna
keluar dari dewan sekolah. Ini bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik. Tatacara
yang keenam ialah tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan yang berada di
dalam dewan. Ini bagi mengelakkan peralatan tersebut hilang atau tersalah letak dan ini
akan menyukarkan pihak lain untuk menggunakannya. Tatacara yang ketujuh ialah
sebarang kerosakan yang berlaku di dalam dewan perlulah dilaporkan kepada guru besar
dengan segera. Ia perlu dibuat supaya peralatan yang rosak dapat digantikan dan perbaiki
supaya perjalanan sesuatu majlis berjalan dengan lancar. Tatacara yang kelapan ialah
murid-murid dilarang membuat bising semasa berada di dalam dewan. Ini bagi
mengelakkan gangguan terhadap sesuatu majlis atau acara yang berlangsung.
Tatacara yang kesembilan ialah jika murid mempunyai sebarang masalah untuk
mengendalikan peralatan di dalam dewan, guru yang bertugas perlulah dirujuk. Ini bagi
13
HBHE 3203 mengelakkan peralatan tersebut rosak jika tersalah guna. Tatacara yang kesepuluh ialah
guru-guru perlu memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik.
Ini bagi melancarkan perjalanan sesuatu majlis tanpa ada gangguan akibat peralatan yang
rosak. Tatacara yang seterusnya ialah guru perlu mengunci pintu dewan apabila mereka
selesai menggunakannya. Tatacara ini penting untuk dilaksanakan bagi mengelakkan
sebarang peralatan yang terdapat di dalam dewan dicuri. Tatacara yang kedua belas ialah
guru perlu menulis di dalam buku khas penggunaan dewan apabila mereka menggunakan
dewan pada bila-bila masa. Ini kerana, sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan
dewan, pihak sekolah boleh mencari guru yang menggunakan dewan sebelum kejadian
tersebut untuk mendapatkan penjelasan.
1.4 Bilik Komputer
1.4.1 Pengenalan
Tajuk : Tatacara Penggunaan Bilik Komputer Sekolah
Bilik komputer merupakan salah satu daripada kemudahan yang disediakan oleh
pihak sekolah untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Zoraini Wati Abas (1993), kewujudan penggunaan komputer
bukan sahaja dapat merangsang pemikiran pelajar, bahkan dapat memperbaiki dan
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, pendedahan
kepada penggunaan komputer di sekolah telah direalisasikan oleh pihak Kementerian
14
HBHE 3203 Pelajaran Malaysia (KPM) agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Disebabkan itu, pihak sekolah perlu
mengambil inisiatif dengan membuat satu tatacara atau peraturan yang boleh diikuti oleh
semua orang supaya perjalanan sesuatu aktiviti di dalam bilik komputer berjalan dengan
lancar.
1.4.2 Tatacara Penggunaan Am
1. Murid-murid diminta untuk menanggalkan kasut sekolah sebelum masuk
ke dalam bilik komputer.
2. Dilarang merokok, makan atau minum di dalam bilik komputer.
3. Hanya pengguna yang mendapat kebenaran sahaja yang boleh berada
dalam bilik komputer.
4. Pengguna tidak dibenarkan untuk mengganggu atau mengubah suai
peralatan komputer.
5. Pengguna yang menggunakan kemudahan dalam bilik komputer
hendaklah menggunakan peralatan dengan berhati-hati.
6. Pastikan penghawa dingin dipasang sebelum suis komputer dihidupkan.
7. Murid-murid dilarang membuat bising sewaktu berada di dalam bilik
komputer.
8. Sekiranya terdapat masalah dengan penggunaan komputer, sila
maklumkan kepada guru.
9. Sila pastikan suis komputer ditutup sebelum anda keluar.
10. Guru-guru dan murid-murid perlu mendapatkan kebenaran daripada
penyelaras bilik komputer sebelum menggunakan kemudahan komputer.
11. Mematuhi panduan yang betul sewaktu menghidupkan dan mematikan
peralatan komputer.
12. Mencatatkan kehadiran ke dalam buku khas yang telah disediakan.
1.4.3 Penerangan Tatacara Penggunaan Bilik Komputer Sekolah
15
HBHE 3203 Tatacara penggunaan bilik komputer yang pertama ialah murid-murid diminta
untuk menanggalkan kasut sekolah sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Ia bagi
mengelakkan sebarang kekotoran dibawa masuk ke dalam bilik komputer kerana
kekotoran tersebut boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan komputer. Tatacara
yang kedua ialah dilarang merokok, makan atau minum di dalam bilik komputer. Ini bagi
mengelakkan peralatan komputer tersebut rosak terkena sisa makanan dan minuman yang
tumpah. Tatacara yang ketiga ialah hanya pengguna yang mendapat kebenaran sahaja
yang boleh berada dalam bilik komputer. Perkara ini sangat penting untuk dipatuhi bagi
mengelakkan orang yang tidak mendapat kebenaran menggunakan bilik komputer dan
mengambil giliran orang lain. Tatacara yang keempat ialah pengguna tidak dibenarkan
untuk mengganggu atau mengubah suai peralatan komputer. Ini bagi mengelakkan
peralatan komputer tersebut sukar digunakan oleh orang lain.
Tatacara yang kelima ialah pengguna yang menggunakan kemudahan dalam bilik
komputer hendaklah menggunakan peralatan dengan berhati-hati. Ini kerana, peralatan di
dalam bilik komputer ialah peralatan elektrikal yang sensitif dan memerlukan
penggunaan yang berhati-hati dan teliti bagi mengelakkan kemalangan. Tatacara yang
keenam ialah memastikan penghawa dingin dipasang sebelum suis komputer
dihidupkan. Perkara ini penting kerana peralatan komputer memerlukan pengudaraan
yang baik bagi mengelakkan peralatan tersebut cepat rosak. Tatacara yang ketujuh ialah
murid-murid dilarang membuat bising sewaktu berada di dalam bilik komputer. Ini bagi
mengelakkan pihak lain berasa terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh
pihak yang lagi satu. Tatacara yang kelapan ialah sekiranya murid mempunyai masalah
penggunaan komputer, sila maklumkan kepada guru. Murid-murid dilarang sama sekali
cuba menyelesaikan sendiri masalah yang melibatkan bahagian teknikal komputer bagi
mengelakkan masalah tersebut bertambah buruk.
Tatacara yang kesembilan ialah memastikan suis komputer ditutup sebelum anda
keluar. Ini bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik daripada berlaku. Tatacara yang
seterusnya ialah guru dan murid perlu mendapatkan kebenaran daripada penyelaras bilik
16
HBHE 3203 komputer sebelum menggunakan kemudahan komputer. Kebenaran perlu dibuat supaya
penyelaras dapat memantau penggunaan komputer. Tatacara yang kesebelas ialah
mematuhi panduan yang betul sewaktu menghidupkan dan mematikan peralatan
komputer. Ini bagi memastikan peralatan komputer berada dalam keadaan baik dan tidak
mudah rosak akibat daripada penggunaan yang salah. Tatacara yang terakhir ialah
mencatatkan kehadiran ke dalam buku yang telah disediakan penyelaras bilik komputer.
Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti peralatan komputer
rosak teruk, maka penyelaras bilik komputer dapat mengetahui pengguna terakhir yang
menggunakan peralatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan.
2.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, stor sukan, kantin, dewan dan bilik komputer sekolah
merupakan antara kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk kemudahan
semua warganya. Pihak pentadbiran sekolah, guru dan murid mempunyai tanggungjawab
yang sama bagi memastikan peralatan dan kemudahan yang digunakan berada dalam
keadaan baik, terjaga dan tidak mendatangkan bahaya kepada pihak yang
menggunakannya. Ini kerana, setiap tatacara yang dirangka adalah meliputi aspek
keselamatan, kebersihan dan pengurusan untuk kepentingan semua pihak. Tatacara yang
dibuat dapat membantu memberikan panduan kepada semua pihak tentang bagaimana
untuk melakukan sesuatu perkara dengan cara yang betul. Maka, adalah penting bagi
semua warga sekolah terutamanya murid-murid untuk mematuhi tatacara penggunaan
yang dibuat oleh pihak sekolah supaya kejadian yang tidak diingini boleh dielakkan
daripada berlaku.
17
HBHE 3203
18
HBHE 3203
Bibliografi
Comer, J.P. (1998). Model of The School Development Program Success. New Haven, CT: Comer School Development Program. Yale Child Study Centre.
Dudley, S.R. (1998). Mastering Catering Science. London: Mcmillan Education.
Hjh Noresah Baharom, et al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Howard, W. (1981). ‘School Without Failure”. New York: Harper & Row Publishers.
Nicholson, G. Stephen, R. Leavit, V. (1985). “Safe School: You Can Do It Alone”. Phi Delta Kappan, volume 66, number 7, page 491-496.
Salleh Buang. (1996). Sejarah Perundangan Malaysia: Kes dan Material. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zoraini Wati Abas. (1993). Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn Bhd.
http://forum.smkengkilili.com/index.php?topic=1112.0
http://pat.ipti.edu.my/file.php/1/peraturan_makmal_ipti_hyo.pdf
http://www.slideshare.net/asifyahya/garis-panduan-kantin-sekolah
19