Download - Kajian Tindakan an Sains
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
MENGKAJI MINAT DAN SIKAP SERTA CARA-CARA MENINGKATKAN MINAT
MURID-MURID TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH
KEBANGSAAN BANDARAN NO. 3. SIBU.
Oleh Stanley laja anak Jimbau.
______________________________________________________________
ABSTRAK
Kajian ini adalah memberi fokus kepada menilai tahap minat murid-murid
terhadap pembelajran sains. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tentang sikap murid-
murid di sekolah Kebangsaan Bandaran No. 3, Sibu terhadap pembelajaran sains.
Saya telah melalui proses kutipan data dengan menemubual pelajar, merujuk pada
catatan diari saya, catatan murid, borang soal selidik dan markah ujian untuk
membantu saya mengumpul data kajian. Kajian saya ini adalah mengkaji sejauh
mana murid-murid menyukai subjek Sains terutama di sekolah rendah. Saya
berminat menjalankan kajian ini kerana saya merasakan minat dan sikap merupakan
salah satu elemen yang penting bagi memastikan seorang pelajar itu sukses dalam
matapelajaran tersebut atau ujian yang didudukinya nanti. Menurut kajian dijalankan
oleh kementerian Pendidikan, kekurangan minat dan sikap yang negative terhadap
sesuatu pembelajaran tersebut merupakan salah satu faktor penting yang
menyebabkan seseorang pelajar itu gagal dalam ujian. Ini dapat dibuktikan melalui
kajian yang dibuat di salah sebuah sekolah pendalaman. Kebanyakkan guru
menggunakan jenis pembelajaran yang berpusatkan guru. Bagi pembelajaran sains,
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
pembelajaran berpusatkan guru tidak sesuai. Ini kerana murid-murid akan berasa
bosan dalam sesi pembelajaran. Pembelajaran sains haruslah menekankan kepada
kemahiran sains. Ini bermakana setiap sesi pembelajaran sains haruslah ada aktiviti
yang membuatkan murid-murid bergerak. Aktiviti yang dilakukan haruslah
menimbulkan minat untuk membolehkan seseorang murid faham apa yang ingin
disampaikan. Minat yang timbul dari sanubari pelajar itu sendiri akan
membolehkannya menguasai kemahiran saintifik yang terdapat dalam setiap sesi
pembelajaran sains. Walaupun banyak guru yang menekankan proses meningat
tetapi ini tidak berjaya jika murid tersebut tidak minat untuk mengikuti pelajaran yang
diajar oleh guru. Kajian saya tentang minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran
sains sedikit sebanyak dapat membantu mencari faktor-faktor yang menyebabkan
para pelajar tidak ingin mengikuti pelajaran tersebut. Secara tidak langsung, kajian
ini membolehkan kita mengetahui cara-cara yang boleh digunakan untuk
meningkatkan minat pembelajaran sains. Saranan yang disampaikan mungkin boleh
digunakan untuk subjek lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
METADOLOGI DAN LATAR BELAKANG
KAJIAN
1. LATAR BELAKANG SEKOLAH
2. LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN
3. PERNYATAN MASALAH
1. LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bandaran No 3. Sibu, merupakan sebuah sekolah
besar yang terletak di kawasan Bandar. Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari
pusat bandar Sibu. Sekolah ini mempunyai 48 orang guru dan 3 orang staf bukan
akedemik. Bilangan murid disekolah ini lebih kurang 750 orang pelajar.
Kebanyakkan murid terdiri daripada kaum bumiputera. 50 % terdiri daripada kaum
melayu, 30 % terdiri kaum melanau, 15 % kaum iban dan 5 % selebihnya terdiri
daripada kaum lain seperti kaum cina. Dari segi ekonomi, lebih kurang 90 %
daripada murid sekolah ini berasal daripada keluarga yang agak mewah dan
berkerja di kawasan Bandar. Kebanyakkan ibubapa bekerja di pejabat kerajaan,
pejabat swasta dan sekitar kawasan Bandar sebagai buruh. Walaupun begitu
terdapat juga murid-murid yang berasal daripada petani.
Pencapaian akedemik murid-murid sekolah ini agak sederhana iaitu lebih
kurang daripada 65 % dalam semua matapelajaran kecuali Bahasa Melayu.
Walaupun sekolah ini terletak di kawasan Bandar, penguasaan Kemahiran 3M juga
rendah iaitu hampir 40 % murid-murid tidak menguasai kemahiran 3M.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
2. LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN
Subjek kajian saya adalah murid-murid tahun 4 Bersih yang asalnya terdiri
daripada 40 orang. Seramai 22 orang pelajar lelaki manakala selebihnya 18 orang
pelajar perempuan. Umur mereka dalam lingkungan 10 tahun. Dari segi komposisi
pencapaian akedemik kelas ini, 5 orang berpencapaian agak baik, 15 berpencapaian
sederhana, 15 berpencapaian lambat dan 5 orang lagi berpencapaian sangat
lambat. Murid-murid ini sangat pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Sains tetapi apabila berada di luar kelas mereka sangat nakal dan aktif. Daripada
segi pemerhatian saya, mereka agak malas dan pasif apabila sesi proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
3. PERNYATAAN MASALAH
Kelas tahun 5 adalah kelas yang digunakan untuk saya menjalankan
praktikum. Oleh itu, saya tidak pernah mengetahui minat dan sikap mereka terhadap
subjek Sains. Pada awal pra mengajar, saya melihat murid-murid sangat pasif dan
tidak menunjukkan ciri-ciri meminati matapelajaran tersebut. Setelah hampir dua
minggu saya menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran, saya dapati
masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah kurang minat dalam
matapelajaran Sains.
Masalah kurang minat dalam Sains ini telah menimbulkan banyak
permasalahan pembelajaran dalam Sains. Majoriti daripada murid saya adalah
pendiam, hanya 2 hingga 3 orang murid yang memberi jawapan serta tidak
menumpukan perhatian ketika proses P&P dijalankan. Keadaan sedemikian telahn
menyebabkan prestasi murid-murid tahun 4 Bersih tidak begitu memuaskan.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Menurut guru yang telah mengajar mereka, hanya ada 3 hingga 4 murid yang dapat
menguasai kemahiran Sains dengan baik.
Oleh itu, saya cuba mencari faktor-faktor yang menghalang minat murid untuk
meminati matapelajaran Sains. Saya telah cuba menjalankan pembelajaran koperatif
bagi kelas ini dengan harapan memberi harapan atau motivasi untuk menaikkan
minat seterusnya meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran Sains.
Disamping menjalankan aktiviti pembelajaran koperatif, saya mencatatkan catatan
harian selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Selain itu, saya
menemubual murid secara tidak langsung tentang minat mereka terhadap
pembelajaran sains.
REVIEW OF RELATED LITERATURE:
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Memcari faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak minat terhadap
pembelajaran sains.
2. Mengkaji sikap-sikap pelajar terhadap pembelajaran Sains.
3. mewujudkan situasi belajar Sains yang lebih senang serta meningkatkan lagi
minat mereka terhadap matapelajaran Sains melalui kaedah dan teknik
belajar yang berkesan serta menyeronokkan.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
CARA ANALISIS DATA
Data Temubual
1. Membuat temubual dengan beberapa orang pelajar di sekolah tersebut.
2. Menyemak maklumat hasil daripada temubual dengan murid secara terperinci
dengan membca semula catatan yang dibuat kemudian menggariskan
maklumat penting dalam catatan.
3. Membuat kesimpulan terhadap dapatan tersebut.
- contoh-contoh soalan dalam sesi temubual adalah seperti berikut
1. Adakah anda minat belajar semasa subjek sains?
2. Adakah anda rasa subjek sains susah untuk lulus.
Data Soal selidik
1. Satu borang soal selidik disediakan untuk di jawab oleh murid dalam
mengenal pasti sikap mereka terhadap pembelajaran sains.
2. Setelah itu jawapan murid diteliti serta skor jawapan mereka dikira.
3. Kategori sikap murid ditentukan berdasarkan skor pemerolehan dikira.
4. Membuat kesimpulan.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Data Senarai Semak
1. Senarai semak digunakan oleh guru itu sendiri dalam menilai keberkesanan
penggunaan kad kocek dalam pembelajaran.
2. Pemerhatian dapat dibuat semasa p&p dijalankan.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Keadah-keadah:
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Untuk kajian ini saya telah menggunakan beberapa cara untuk mendapatkan maklumat seperti:
1) Pemerhatian
2) Temubual
3) Borang kaji selidik
4) Senarai semak.
TEMUBUAL
1) Adakah kamu selalu berangan-angan semasa sesi pembelajaran?
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
A) Ya B) Tidak
2) Adakah kamu lebih suka belajar Matematik daripada Sains?
A) Ya B)Tidak
3) Kamu berasa bosan semasa pengajaran sains?
A) Ya B)Tidak
4) Adakah kamu rasa Matapelajaran Sains senang untuk lulus?
A) Ya B)Tidak
5) Adakah kamu rasa Matapelajaran Sains susah untuk gagal?
A) Ya B)Tidak
6) Kamu rasa aktiviti sains sangat bosan?
A) Ya B)Tidak
7) Adakah kamu belajar sains kerana untuk lulus peperiksaan?
A) Ya B)Tidak
8) Adakah kamu berasa seronok membuat aktiviti berkumpulan bersama-sama?
A) Ya B)Tidak
9) Adakah kamu mendapat markah yang baik dalam pembelajararan sains karana takut
kepada guru anda?
A) Ya B)Tidak
10) Adakah kamu rasa aktiviti sains sangat menarik?
A) Ya B)Tidak
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %
NO ITEM SBLM SLPS SBLM SLPS SBLM SLPSYA KADANG-
KADANGTIDAK
1 Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran Sains.
2 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat membosankan.
3 Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas.
4 Matapelajaran Sains sangat susah untuk lulus.
5 Bahan untuk pembelajaran sains yang tidak cukup di sekolah.
6 Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja berkumpulan.
7 Murid-murid hanya belajar untuk pemeriksaan.
8 Murid minat pembelajaran kerana meminati guru.
9 Sains tidak seronok seperti pembelajaran Pendidikan Jasmani.
10 Matapelajaran sains sangat susah untuk difahami.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Borang Senarai Semak Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Sains
Nama:Kelas:Arahan : Baca setiap pernyataan dengan teliti. Lengkapkan ruang dibawah dengan memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan berdasarkan skala berikut.
SS(Sangat setuju)
S(Setuju
)
TP(Tidak Pasti)
TS(Tidak setuju)
STS(Sangat tidak setuju)
5 4 3 2 1
BIL ITEM SS5
S4
TP3
TS2
STS1
A MINAT
1. Saya lebih berminat belajar matapelajaran lain seperti Muzik.
2 Saya dapat menyiapkan banyak tugasan jika saya melakukannya bersama murid lain.
3 Saya lebih suka belajar secara pensendirian.
4 Matapelajaran sains sangat membosankan
B GAYA PEMBELAJARAN
5 Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan
6 Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri.
C SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN
7 Saya berasa sangat takut apabila menjalankan eksperimen terutama berkaitan dengan mengkaji serangga.
8 Matapelajaran yang sangat susah untuk lulus.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
9 Terlalu banyak jawapan dan sukar menentukan jawapan yang tetap.
10 Banyak yang perlu diingati semasa sesi pembelajaran sains.
11 Saya rasa sangat susah memahami istilah sains.
12 Matapelajaran yang menghiburkan.
13 Sangat seronok kerana banyak menjalankan eksperimen.
14 Matapelajaran yang senang untuk lulus
15 Matapelajaran yang menyeronokkan kerana saya sendiri yang menjalankan kajian tentang sesuatu topic.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
PERINGKAT PERTAMA
TINJAUAN AWAL
Keadah:
1) Pemerhatian
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
2) Temubual
3) Senarai semak
PERINGKAT PERMULAAN.
Sebagai guru baru, saya telah masuk ke kelas ini dengan membawa watak
yang tegas. Saya mendapati murid berada dalam keadaan diam. Murid tidak
mendatangkan masalah dari segi pengawalan kelas pada peringkat awal. Murid-
murid hanya duduk diam di dalam kelas. apabila disoal hanya beberapa orang murid
yang mejwab soalan yang dikeutarakan. Seperti biasa saya bertanya tentang
markah dalam ujian terdahulu. Hanya 4 orang daripada 40 orang yang melepasi
peringkat lulus. Ini bermakna 10 % orang murid menguasai kemahiran Sains. Saya
bertanya kepada murid secara tidak langsung tentang minat mereka terhadap subjek
sains. Majoriti daripada mereka tidak menyukai subjek sains. Saya mendapati hanya
5 % orang murid yang betul-btul menyukai matapelajaran sains.
KEPUTUSAN
PEMERHATIAN
Sejak minggu pertama, saya melihat subjek kajiaan saya merupakan murid
yang cergas apabila berada di luar kelas. Mereka akan bertindak pasif apabila
berada di dalam kelas. Pada 22 julai 2004, saya melihat subjek kajian saya berada
di luar kelas untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Saya mendapati
mereka sangat aktif dan terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dilaksanakan
oleh guru Pendidikan Jasmani tersebut. Saya telah melihat juga melihat proses
Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas iaitu Bahasa Melayu.
Saya mendapati murid juga aktif mengeluarkan idea yang bernas apabila diminta.
Keadaan ini sebaliknya berlaku apabila tiba masa matapelajaran Sains.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
TEMUBUAL
Saya telah menemubual beberapa orang murid untuk bertanya tentang minat
mereka. Saya telah memilih 5 orang subjek untuk ditemubual. Setiap pelajar yang
dipilih terdiri daripada kategori sangat baik, 2 orang sederhana, lembap, sangat
lembap dari segi pencapaian akedemiknya. Hasil yang diperolehi hanya seorang
pelajar yang menyukai matapelajaran sains, 2 orang kadang-kadang dan manakala
selebihnya tidak menyukai langsung matapelajaran Sains.
SENARAI SEMAK
Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka
pada minggu kedua iaitu sehari sebelum memulakan sesi pengajaran saya didalam
kelas.
ITEM 1
A. MINAT
Melalui penyelidikan tentang minat yang telah dibuat pada peringkat awal.
Seramai 18 orang murid iaitu 45 % menyatakan mereka kurang berminat
terhadap pembelajarn sains. 12 orang hanya orang iaitu 30 % orang yang
berada ditahap tidak minat dan 10 orang iaitu 25 % lagi menyatakan minat
terhadap matapelajaran sains. Secara puratanya 55 % daripada orang murid
yang meminati matapelajaran sains. Ini bermakna seramai 22 orang murid
yang boleh dikatakan subjek Sains.
ITEM 2
B. GAYA PEMBELAJARAN
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Manakala dari segi gaya pembelajaran, kebanyakan murid menyatakan
mereka lebih senang untuk belajar sendiri. Seramai daripada 25 orang murid
iaitu 65 % murid lebih senang belajar sendiri. 5 orang murid iaitu 12.5 %
masih kabur tentang gaya pembelajaran mereka. Selebihnya 10 orang murid
iaitu 20 % lebih minat untuk pembelajaran secara berkumpulan. Secara
puratanya, 80 % aoarang murid memilih corak pembelajaran secara sendiri.
Manakala selebihnya iaitu 20% lebih suka pembelajaran secara berkumpulan.
ITEM 3
C. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN
Kebanyakkan murid memandang negatif matapelajaran sains. Seramai 30
orang subjek kajian iaitu 75 % yang menyatakan mereka tidak minat
matapelajaran sains dan matapelajaran yang sangat susah untuk dipelajari.
Selebihnya 25 % iaitu seramai 10 orang murid menganggap matapelajaran
sains menganggap matapelajaran sains sangat menyeronokkan.
RUMUSAN KAJIAN PERTAMA
Melalui kajian saya pada peringkat pertama, saya mendapati kebanyakkan
murid tidak meminati matapelajaran Sains di sekolah. Melalui temubual yang dibuat
secara tidak formal, mereka lebih meminati matapelajaran lain. Ada juga murid yang
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
menyatakan bahawa mereka tidak meminati matapelajaran sains kerana takut
kepada guru yang mengajar mereka matapelajaran tersebut. Daripada markah ujian
bulaan jelas menunjukkan mereka amat tidak menyukai matapelajaran tersebut.
hanya 10 % daripada subjek kajian yang lulus peringkat 40 % keatas dalam ujian
bulanan. Ini jelas menunjukkan mereka sangat lemah dalam metapelajaran tersebut.
Secara pemerhatian juga saya mendapati murid sangat pasif apabila sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui senarai semak jelas menunjukkan
minat dan sikap terhadap pembelajaran sains di dalam kelas. Hampir 75 % orang
murid memang tidak menyukai atau memandang negatif matapelajaran Sains. Hasil
daripada soal selidik dan temubual yang dijalankan, saya berasa hampa dan kecewa
kerana kebanyakkan murid tidak menyukai matapelajaran yang saya ajar semasa
sesi praktikum fasa 1. Namun begitu, saya menganggap ini sebagai satu cabaran.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
PERINGKAT KEDUA
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
KAJIAN KEDUA
KEADAH:
1) Temubual
2) Borang senarai semak
3) Borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL MENGATASI MASALAH PADA KAJIAN
PERTAMA
1) Pembentukan kumpulan.
2) Pengaplikasian Kemahiran saintifik dalam setiap sesi pengajaran
PEMBENTUKAN KUMPULAN.
Masalah kurang minat dalam matapelajaran Sains telah menyebabkan
timbulnya banyak masalah dalam pembelajaran Sains. Oleh itu, saya cuba
menjalankan pembelajaran secara koperatif bagi kelas ini dengan harapan dapat
mencapai objektif untuk menaikkan minat serta meningkatkan motivasi murid-murid
dan seterusnya prestasi Sains kelas ini dapat ditingkatkan.
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN SAINSTIFIK DALAM SETIAP SESI
PENGAJARAN.
Setiap sesi pembelajaran murid-murid telah disarankan untuk mneguasai
kemahiran sainstifik dalam menjalani proses P & P. Saya juga melekatkan nota
tentang kemahiran sainstifik didalam makmal sekolah supaya murid mengatahui
tentang apa yang diperlukan didalam setiap kemahiran.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
KEPUTUSAN
Setelah hampir 7 minggu saya menjalankan parktikum di sekolah tersebut,
saya telah menemubual beberapa orang murid secara rawak, mengedarkan borang
senarai semak, borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan. Secara tidak
langsung, saya juga membuat pemerhatian sepanjang saya menjalankan sesi P & P.
PEMERHATIAN
Pada 06 Sept 2004, saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran secara
koperatif bagi tajuk “Bahan Semulajadi dan Bahan Sintetik”. Saya telah menyuruh
murid mencari bahan tersebut dan menulis namanya. Saya telah membawa murid
keluar kelas. walaupun kelas agak bising semasa aktiviti dijalankan, namun hasilnya
amat memberangsangkan. Murid telah berkerjasama untuk mendapatkan jawapan
yang tepat. Mereka berasa gembira dan begitu seronok dengan aktiviti yang
dijalankan.
TEMUBUAL
Saya telah menemubual semula murid yang telah disoal oleh saya telah tanya
pada kajian peringkat pertama. 100 % daripada mereka menyatakan mereka amat
gembira dan seronok pada sesi matapelajaran Sains. Ada juga murid yang
menyarankan saya agar terus mengajar mereka. Ini bermakna saya telah berjaya
menarik minat mereka dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sains.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
SENARAI SEMAK
Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka
pada minggu Ketujuh. Ini untuk mengetahui sejauh mana minat dan sikap mereka
terhadap pembelajaran subjek sains setelah diajar oleh saya.
ITEM 1
D. MINAT
Melalui penyelidikan tentang minat yang telah dibuat pada peringkat kedua.
Seramai 35 orang murid iaitu 87.5 % menyatakan mereka berminat terhadap
pembelajarn sains. Manakala 5 orang masih ragu-ragu. Secara puratanya
90% daripada orang murid yang meminati matapelajaran sains. Ini bermakna
hampir semua murid yang boleh dikatakan meminati subjek Sains.
ITEM 2
E. GAYA PEMBELAJARAN
Manakala dari segi gaya pembelajaran, kebanyakan murid telah mengubah
pendirian mereka. 95% orang murid yang meminati pembelajaran secara
berkumpulan selebihnya iaitu 2 orang atau 5 % masih ragu-ragu dengan
jawapan mereka. Kedua-dua murid in sangat lemah dalam matapelajaran
tersebut, jadi mungkin mereka merasa malu apabila sesi perbincangan dalam
kumpulan. Secara keseluruhannya, murid telah memilih pembelajaran
koperatif untuk mereka.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
ITEM 3
F. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN
Murid juga telah mengubah tanggapan mereka terhadap pembelajaran sains.
setelah mereka memahami Kemahiran Sainstifik, mereka telah mengetahui
bagaiman untuk mendapatkan maklumat. Mereka telah menyukai
pembelajaran sains. boleh dikatakan semua murid menyukai pembelajaran
sains. Mereka tidak lagi menganggap matapelajaran Sains sebagai
matapelajaran yang membebankan. Malah mereka merasakan matapelajaran
Sains sangat menyeronokkan dan menghiburkan.
KESELURUHAN ITEM
Secara keseluruhan dapat dikenalpasti bahawa sikap murid terhadap
pembelajaran sains telah meningkat. Secara purata, 74.9 % pelajar telah
menyukai matapelajaran sains. Min bagi skor bagi setiap soalan ialah 3.7. Ini
bermakna kebanyakkan pelajar menyukai matapelajaran sains. Purata bagi
skor murid ialah 56.1. Ini menunjukkan mereka tidak berada diparas bahaya.
Maklumat lanjut adalah terdapat dalam jadual disebelah.
BILANGAN PELAJAR
SKOR MIN/PURATA PERATUS
40 0RANG 56.1 3.7 75
Sila rujuk jadual di sebelah
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
ANALISIS SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN.
1) SEBELUM
Sebelum kajiaan boleh dikatakan bahawa kelas tidak sesuai untuk sesi
P&p. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru terdahulu mungkin
tidak menarik minat murid untuk belajar. Bahan yang tidak mencukupi
di sekolah merupakan bukan cara penyelesaian dalam memupuk minat
murid terhadap pembelajaran sains.
2) SELEPAS
Selepas kajian ini saya mendapati secara kasar bahawa sesi
pengajaran tidak sesuai didalam kelas. Murid lebih suka suasana baru.
Aktiviti yang menarik dapat menarik minat para pelajar untuk belajar.
Jadual analisis di sebelah muka surat.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %
NO ITEM SBLM SLPS SBLM SLPS SBLM SLPSYA KADANG-
KADANGTIDAK
1 Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran Sains.
60 90 35 3 5 2
2 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat membosankan.
75 80 15 15 5 5
3 Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas. 45 30 25 50 30 20
4 Matapelajaran Sains sangat susah untuk lulus. 15 5 55 25 30 70
5 Bahan untuk pembelajaran sains yang tidak cukup di sekolah.
45 70 45 20 10 10
6 Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja berkumpulan.
20 90 60 5 20 5
7 Murid-murid hanya belajar untuk pemeriksaan. 80 15 10 5 10 75
8 Murid minat pembelajaran kerana meminati guru. 60 50 35 40 15 10
9 Sains tidak seronok seperti pembelajaran Pendidikan Jasmani.
80 40 40 40 15 20
10 Matapelajaran sains sangat susah untuk difahami. 90 15 3 25 7 60
Pemerhatian saya sahaja.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
Setelah hampir selesai menjalankan kajian saya, saya telah memberikan
ujian bulanan pada awal bulan September. Didapati hampir 40 % orang pelajar telah
lulus dalam ujian tersebut. Walaupun peratus lulus dalam kelas tersebut tidak
mencapai separuh daripada jumlah sebenar dalam kelas tersebut tetapi jelas
menunjukkan peratus lulus telah meningkat 30 % jika dibandingkan dengan peratus
lulus dalam ujian terdahulu. Setelah menjalankan pembelajaran koperatif dan
menyerapkan unsur kemahiran saintifik, fahaman mereka terhadap isi pelajaran
telah bertambah. Saya mendapati proses pembelajaran dan pengajaran secara
koperatif amatlah sesuai dijalankan bagi matapelajaran Sains di sekolah. Walaupun
suasana agak bising namun ianya mendatangkan hasil yang memuaskan. Hasil
daripada soal selidik dan temubual, saya mendapati saya telah meningkatkan minat
dan motivasi murid untuk belajar matapelajaran Sains. kajian ini telah menghasilkan
dapatan yang menarik. Sesetengah dapatan itu adalah tidak dijangkakan. Dapatan
utama adalah seperti berikut:
CADANGAN
1) Pengunaan makmal.
Melalui maklumat yang diperolehi daripada subjek kajian menyatakan
mereka lebih senang belajar daripada tempat yang berbeza. Makmal
merupakan tempat yang sesuai untuk menggantikan bilik darjah.
2) Pembelajaran Koperatif
Setelah beberapa teknik pembelajaran koperatif dilaksanakan, saya
telah menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Dapatan soal selidik mendapati bahawa 95 % murid menyukai gaya
pembelajaran koperatif. Saya berpendapat pembelajaran koperatif
dapat membantu mereka dalam mempelajari sains kerana rakan-rakan
sekumpulan mereka dapat membantu mereka apabila mereka
menghadapi masalah dalam matapelajaran Sains.
3) Amali
Secara umumnya, saya berpendapat bahawa
amali sains adalah penting dalam pembelajaran sains. Ini dapat
membantu mereka memahami konsep-konsep sains serta kemahiran
Sainstifik. Pembelajaran sains akan lebih bermakna jika banyak amali
dibuat.
4) Pengaplikasian Kemahiran sainstifik setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Kebanyakkan guru menyamakan semua teknik untuk setiap
matapelajaran. Tetapi bagi matapelajaran Sains ianya agak berbeza
sedikit. Kemahiran sainstifik dan kemahiran berfikir hendaklah ilihat
sebagai kompenan pelengkap kepada semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan bukannya sebagai bahan tambahan.
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
BIBLIOGRAFI
1. Jurnal akedemik Jilid XIII 2001/2002, Maktab Perguruan Kuala
Terengganu.
2. Projek Penyelidikan Tindakan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri
Aman – Betong, 2002.
3. Chan Fook Cheong (1983). Ujikaji dalam sains. Disember 1983.
4. Poh Swee Hiang (1988). Pedagogi Sains. Penilaian dan Pengurusan
Kurikulum sains. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman SDN BHD.
5. Abdul Wahid Ismail. 1989. Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
6. Ng Soon Boon. 1999. Pemupukan Kemahiran Berfikir dan Strategi
Berfikir Melalui Pengajaran dan Pembelajaran sains. Kertas kerja
Seminar Pendidikan Kimia Kebangsaan.
7. Enis, R & A.L Costa (pnyl). 1985. Goals For Thinking Curriculum
Developing Minds : A Resource Book For Thinking Skill.
Alexandria.
8. Internet
Sains – kajian tindakan. 04
STANLEY LAJA ANAK JIMBAUG03 – SAINS / PENGAJIAN MELAYU
SEMESTER 4
Sains – kajian tindakan. 04