Download - Kajian Orang Ulu
BIL PERKARA MUKA SURAT1.0 Tajuk Kajian 1
2.0 Senarai Kandungan 2
3.0 Penghargaan 3 - 4
4.0 Objektif Kajian 5
5.0 Kaedah Kajian 6
6.0 Hasil Kajian 7
6.1 Pengenalan 8 – 9
6.2 Petempatan 9
6.3 Budaya Hidup 9
6.4 Adat Resam 10
6.5 Kepercayaan dan Agama 11
6.6 Keseniaan dan Kebudayaan 12 – 18
6.7 Ekonomi 19
6.8 Penutup 20
7.0 Rumusan 21
8.0 Lampiran 22 - 29
9.0 Rujukan 30
2
Kami menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan
baik. Namun demikian, kami dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan
bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, En. Nordin bin Saad yang
telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan Kajian Lapangan ini di
Sarawak.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Nurul
Atiqah Abdullah dan Puan Noraidah Norman, guru Sejarah Tingkatan 6 kerana telah
banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dan panduan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan Kajian Lapangan ini.
Seterusnya, terima kasih kepada ayah dan ibu kami yang
memberikan dorongan dan galakan kepada kami semasa menjalankan kajian ini.
3
Selain itu, ucapan terima kasih ini kami tujukan kepada rakan-rakan
sekelas kami, yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
lain yang membantu kami secara langsung dan tidak langsung.
4
Objektif khusus Kajian Lapangan Sejarah ini dijalankan adalah untuk :
Memenuhi syarat sekolah iaitu membuat Kajian Lapangan Sejarah.
Mengetahui asal-usul dan perkembangan Masyarakat Ulu.
Memiliki perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan negara.
Mempunyai dan dapat mempertingkat semangat patriotik dan bersedia melibatkan
diri dalam mempertahan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
Dapat menganilisis, merumus dan menilai fakta-fakta tentang sejarah Orang Ulu.
5
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah:
Lawatan dan pemerhatian.- Kaedah ini digunakan untuk mengetahui latar
belakang Orang Ulu di Kampung Budaya, Sarawak . Selain itu, pemerhatian
dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri Orang Ulu.
Temubual – Kami menemu bual dengan dua orang petugas di Kampung Budaya.
Mereka menceritakan latar belakang Orang Ulu dan Orang Penan.
Pembacaan.- Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat
tentang latar belakang Orang Ulu dan Orang Penan.
6
Kami sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kajian
lapangan sejarah dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan kajian
lapangan ini, kami telah pelajari banyak pengetahuan dan nilai moral.
Kami mendapat banyak pengetahuan tentang Orang Ulu. Kami dapat
mengetahui tentang latar belakang, penempatan, agama, budaya dan lain-lain lagi.
Selain pengetahuan, kami dapat menghayati nilai kesabaran dan
ketabahan. Semasa menghasilkan kajian lapangan telah memberi peluang kepada kami
menguasai kemahiran membuat pendidikan dengan tatacara betul serta meningkat
kemahiran berkomunikasi. Kini kami telah mengenali erti tidak berputus asa dalam
menjalankan sesuatu tugasan.
21
6.1 PENGENALAN 7
Pada amnya, istilah Orang Ulu boleh ditakrifkan sebagai penduduk hulu
sungai; penduduk asli di kawasan luar Bandar yang mendiami kawasan pendalaman iaitu
kawasan hulu sungai-sungai yang besar di Negeri Sarawak. Walaupun tidak ada takrifan
yang sah dan rasmi, Orang Ulu selalunya diandaikan untuk merujuk kepada penduduk asli
yang tinggal di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman
Negeri Sarawak. Dengan lain perkataan “They are largely jungle people for majority of
their population within the great forest of Sarawak.” Di samping itu terdapat sekumpulan
kecil Orang Ulu di Negeri Brunei Darussalam, Sabah dan ramai lagi yang menetap di
Kalimantan.
Orang Ulu adalah satu istilah dari bahasa Melayu yang telah pun wujud
sejak zaman pemerintahan Raja Brooke di Sarawak. Iaitu satu istilah yang kerap digunakan
oleh penduduk hulu sungai ketika memperkenalkan diri mereka kepada pegawai-pegawai
Kerajaan Brooke dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kami Orang Ulu (we
the upriver people).Namun istilah ‘Orang Ulu untuk pertama kalinya digunakan secara
rasmi pada tahun 1958, yakni dalam ordinan Undang-undang Adat Pribumi.Ketika itu
penggunaan istilah tersebut hanya dikhususkan untuk suku kaum Kayan dan Kenyah
sahaja. Pada 28 Oktober 1966 istilah’Orang Ulu’ itu muncul sekali lagi dengan penubuhan
satu pertubuhan social Orang Ulu National Association(OUNA) .Pada kali ini istilah
tersebut mula memasukkan kumpulan kaum pribumi yang lain.
8
Orang Ulu termasuk Kayan, suku kaum Kenyah, Kajang, Kejaman,
Punan, Ukit, dan Penan dan baru-baru ini, suku kaum Lun Bawang, Lun Dayeh dan
Berawan dan Kelabit highlanders.
6.2 PETEMPATAN
Semasa lawatan tersebut, kami dapat mengetahui bahawa petempatan
mereka adalah di hulu sungai. Kebanyakan mereka tinggal di bahagian Miri, Bintulu dan
Limbang. Mereka tinggal di perkampungan yang terletak jauh dari pusat bandar dan
mendirikan rumah panjang sebagai tempat kediaman mereka.
6.3 BUDAYA HIDUP
Masyarakat Orang Ulu mengamalkan sistem sara hidup sebagai seorang
petani, menangkap ikan di sungai, mengamalkan corak penanaman padi bukit yang
berpindah-randah, berburu haiwan di hutan, mengambil produk-produk hutan untuk
kraftangan dan kegunaan harian seperti rotan, daun nipah hutan, makanan daripada
tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan, petani
dan pemburu hasil hutan. Orang Ulu menggunakan lembing untuk memburu binatang,
serampang untuk menangkap ikandan mengusahakan padi. Sebelum ini, masyarakat Orang
Ulu bekerja sebagai petani yang menanam padi secara tradisional dan sekarang sudah
bertukar kepada penanaman moden.
9
6.4 ADAT RESAM
PERKAHWINAN
Ketua rumah panjang mengarahkan pengantin lelaki duduk di atas gong
yang kecil, sementara menunggu pengantin perempuannya tiba. Pengantin perempuan
dibawa atas tiang buluh yang diangkat oleh dua lelaki daripada kaumnya. Apabila tiba,
pengantin perempuan duduk di sebelah bakal suaminya yang duduk atas gong yang sangat
kecil. Mereka akan berkongsi satu gong yang kecil. Oleh itu, mereka akan duduk rapat.
Beberapa hadiah telah disediakan sempena majlis perkahwinan ini. Ketua rumah panjang
akan merestui penganti baru ini dengan goncangan beberapa daun kering dan mengikat
tangan mereka dengan tali. Ini melambangkan bahawa mereka haruslah hidup bersama
walaupun menghadapi dugaan hidup. Seterusnya, beliau memakaikan topi (topi berbentuk
kon) ke atas kepala pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan
menyuapkan sirih antara satu sama lain. Ketua rumah panjang membawa pengantin baru itu
berjalan-jalan sekitar rumah panjang itu sebanyak 7 kali. Oleh sebab rumah panjang agak
panjang, ini akan mengambil masa. Ketua rumah panjang boleh mempersembahkan tarian
kalau beliau ingin berbuat demikian.Selepas itu, persembahan tradisional akan diadakan.
Sekian sahaja majlis perkahwinan. Pengantin boleh digelar sebagai suami isteri.
10
6.5 KEPERCAYAAN DAN AGAMA
Orang Ulu Mengamalkan kepercayaan animisme dan sekarang
kebanyakan daripada mereka menganut agama Kristian. Terdapat beberapa kepercayaan
dan pantang larang kaum Orang Ulu. Kalong mempunyai roh sebagai Pelindung. Seni
ukiran., sebelum kerja-kerja mengukir motif dibuat, perlu diadakan upacara penyembahan
dan korban babi, parang ilang dan gong untuk mengingatkan roh atau semangat ukiran itu
agar dapat mengenal siapa empunya yang menjaganya dan untuk melawan sebarang kuasa
jahat yang cuba mengganggu keluarga atau rumah panjang tersebut.
Seterusnya, Kelebit. Kelebit bermaksud Perang Perisai. Motif pada
kelebit menyerupai kepala manusia dengan mata yang bulat terbeliak dan gigi dan taring
yang memanjang keluar dipercayai dapat melemahkan semangat perang pihak lawan.
Pusau Anak. upacara memberi nama tradisi berdasarkan nama-nama moyang. Nama
seseorang itu boleh membawa rahmat atau sebaliknya.
11
6.6 KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN
SENI BINA
Orang Ulu memiliki kepakaran seni bina yang begitu tinggi, misalnya
dalam mendirikan rumah panjang yang kuat, tegap dan utuh.Orang Ulu juga pakar dalam
membina perahu panjang, bukti keupayaan seni ukir pahat yang begitu halus dan tidak
ternilai. Orang Ulu gemar melakukan kerja-kerja seperti anyaman tikar, membuat
peralatan untuk menangkap ikan. Bagi yang mahir dalam seni ukir, mereka akan
menghabiskan masa dengan mengukir, memahat, melukis dan sebagainya
SENI KRAFTANGAN
Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular
di Sarawak. Masyarakat Orang Ulu terkenal dengan karangan manik yang dinamakan
‘Bao Dar’. Bao Dar adalah hasil kombinasi manik-manik yang bersaiz kecil. Penggunaan
manik menggambarkan pangkat dan kedudukan seseorang. Tidak hairanlah jika manik
menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak perempuan. Manik
dikarang menjadi hiasan pada bakul, bekas tembakau dan sirih, dompet, pakaian perang
dan jaket. Juga digunakan untuk menghiasi ajat, ingan, tabung tembakau, sarung parang,
subang dan baju perang. Terdapat beberapa proses pembuatan manik. Papan disediakan
untuk menggubah manik, yang diperbuat daripada kayu jelutung. Papan itu pula perlulah
berpadanan dengan bentuk ukuran sesuatu barang yang hendak dicipta. Seterusnya, ragam
hias dituriskan atau disurihkan pada permukaan papan tersebut. Kaki-kaki halus dipasang
12
iaitu setinggi kira-kira dua belas inci pada papan itu, bertujuan agar penggubah manik
tidak terbongkok-bongkok semasa menggubah nanti. Penggubah memasangkan benang
asas pada hujung papan serta merentanginya sepanjang tepi papan itu menggunakan
jarum biku.Penggubah mengerat beberapa lembaran benang kapas atau nilon yang
diperlukannya. Lembaran -lembaran benang itu diatur rapat-rapat,menutupi ragam hiasan
yang telah terturis di atas papan itu. Lembaran-lembaran benang kapas atau nilon itu
dilipat dua dan digelungkan pada benang asasnya. Dengan demikian hujung lembaran-
lembaran benang yang berpasangan itu terletak pada sebelah yang bertentangan
dengan benang asas pula. Manik-manik halus dicucukan pada sepanjang setiap lembaran
benang itu mengikut corak yang dikehendaki.
SENI UKIR
Seni ukiran merupakan salah satu daripada warisan kesenian yang
dimiliki oleh masyarakat Orang Ulu dan telah diwarisi sejak turun-temurun daripada
nenek-moyang mereka hingga ke hari ini.Bagi masyarakat Orang Ulu, mereka percaya
bahawa suatu motif atau ukiran berkenaan memiliki maksud tertentu yang perlu dipatuhi
dan tidak boleh dipandang remeh. Ini menjadikan seni tradisi. Orang Ulu ini memiliki sifat-
sifat dan seni yang halus dan tinggi.
13
SENI TRADISI
Kaum wanita Orang Ulu menghiasi badan mereka dengan motif-motif
tertentu lebih banyak berbanding kaum lelaki. Dipercayai bahawa tatu pada tubuh badan
wanita berfungsi sebagai penyuluh jalan yang gelap. Kaum Orang Ulu percaya tatu sebagai
cahaya petunjuk dalam perjalanan mereka di dunia lain. Manakala motif yang biasanya
terukir pada lengan kaum lelaki menandakan bahawa dia pernah berlawan dan berjaya
memenggal kepala musuh. Perhiasan tatu pada kaum wanita dan lelaki membawa maksud
dan kepentingan tertentu.
SENI MOTIF TRADISI
Kalong dalam bahasa Kenyah atau Ekeng (bahasa Kayan) bermaksud
motif atau lukisan tradisi Orang Ulu.Setiap kalong atau ekeng memiliki kuasa atau maksud
simbolik tertentu. Mesej abstrak untuk memberitahu kepada orang lain akan kebaikan dan
kepimpinan golongan yang memiliki atau memakai motif tersebut. Orang Ulu sangat
menghormati penggunaan kalong yang tidak boleh diguna pakai sesuka hati pada dinding
rumah, perhiasan baju atau pakaian dan hiasan pada barang-barang kraf lain yang dimiliki
oleh individu. Seni kalong mencerminkan keunikan identiti dan kreativiti masyarakatnya.
Kalong sebagai bahasa simbolik atau bahasa perantaraan antara masyarakat ini dengan
pelindung mereka. Juga bertindak sebagai mesej abstrak untuk memberitahu kepada orang
lain akan kebaikan dan kepimpinan golongan yang memiliki atau memakai motif
tersebut.Masyarakat Orang Ulu sangat menghormati penggunaan kalong yang tidak boleh
diguna pakai sesuka hati.
14
Jenis-Jenis Kalong, Budeng Atau Ekeng:
Kalong Kelunan (motif manusia).
Kalong Kelawit-kawit (ukiran salur paut).
Kalong Penat.
Kalong Niding.
Kalong Besulan.
Kalong Tebenggang atau Tingang (motif burung kenyalang)
�
Masyarakat Orang Ulu percaya kalong atau sesuatu corak motif tradisi
juga memiliki kehidupan seperti manusia. Dipercayai memiliki semangat atau roh yang
dapat membantu, melindungi dan sebaliknya. Masyarakat Orang Ulu tetap menghormati
dan mematuhi batas-batas penggunaan sesuatu motif khasnya masyarakat di rumah
panjang.
TARIAN TRADISI
Kanjet Ngeluput adalah tarian suku kaum Orang Ulu.Penarinya terdiri
daripada kaum lelaki. Pergerakan penari lelaki adalah diubahsuai menunjukkan aktiviti
berburu dan kegagahan seorang wira. Cara menapak dalam teknik tersebut adalah menarik
iaitu tapakan bermula dari dan bahagian luar kaki. Pergerakan tangan walaupun agak lurus
masih mempunyai alunan yang lembut.
15
Tarian Datun Julud adalah tarian oleh wanita daripada suku kaum
Orang Ulu di Sarawak yang membuat persembahan dengan lemah gemalai bersama
pakaian khusus di mana bulu-bulu di pasang di tangan seakan-akan meniru burung-burung
yang sedang berterbangan. Langkah tarinya tertumpu kepada peralihan berat dari satu
kaki seolah-olah berjalan di atas bumi manakala gerakan lengan memberi suatu kesan
seperti terapung atau berterbangan di udara.
PAKAIAN TRADISIONAL
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam
hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pasca
pakaian membentuk motif-motif etnik sama a da dari tenunan,jalinan manik dan labuci.
Perhiasan diri dariperak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi
pemakainya. Setiap kali ada persembahan tarian tradisional Orang Ulu seperti kanjet
lasan, datum lujut, saga putung dan sebagainya, motif-motif dan beberapa kombinasi
kalong yang lain sentiasa mewarnai kain sarung ta`ah yang dipakai penari wanita. Begitu
juga dengan penari lelaki di mana corak kalong digunakan pada bahagian abet, tabit dan
lain-lain. Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri
pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga
iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.
16
ALAT MUZIK TRADISIONAL
Pada sebelah petang atau malam, di rumah panjang selalu akan dengar
bunyi merdu alunan petikan sape oleh mereka yang pandai memetik sape.Sape berukuran
lebih kurang 4 kaki dan kelebaran hampir sama dengan gitar tetapi berat sape adalah dua
kali ganda berat daripada gitar. Instrumen ini diklasifikasikan sebagai lute yang mempunyai
3 atau 4 tali. Lagu yang dipetik dari sape pada hari ini adalah diperturunkan daripada
generasi terdahulu. Sape digunakan untuk tarian upacara dan ada yang liriknya
menceritakan sesuatu.
PEMBINAAN RUMAH PANJANG ORANG ULU
Rumah tersebut dibina beberapa kaki di atas tanah di tengah-tengah
kehijauan hutan tropikal yang subur,sangat cantik dan mewah dengan beranda yang
terbuka, motif tradisional yang sangat bagus yang diukir di tiang-tiang totem dan barangan
serta peralatan yang kaya dengan hasil seni.Rumah panjang juga menonjolkan wanita
dengan pakaian yang berwarna-warni yang dapat dilihat di kampong tersebut. Wanita
rumah panjang akan mempersembahkan tarian selamat datang di beranda utama di mana
para pelawat dibuai dengan aluanan muzik yang asyik dari xylofon kayu tradisional yang
dipanggil Jatung Lutang. Rumah itu juga mempamerkan beberapa sape iaitu instrument
muzik bertali yang dikenali ramai. Proses untuk mengukir sape dari kayu tropikal/buluh
turut ditunjukkan di rumah itu. Di luar rumah panjang, terdapat pondok kecil di mana
padang besi dihasilkan. Proses itu memerlukan kemahiran yang tinggi. Semua puak Orang
17
Ulu membina rumah dengan seni reka yang hampir sama tetapi kemahiran dan kekemasan
yang jauh berbeza. Rumah-rumah mereka selalunya terletak berhampiran sungai. Rumah
panjang Orang Ulu dibina untuk kemudahan penduduk kampung dan untuk menampung
sebanyak 100 keluarga. Rumah panjang biasanya disokong di atas tiang daripada berlian
iaitu sejenis kayu yang mempunyai ketinggian 20-30 kaki. Atap bumbung juga dibuat
daripada kulit berlian. Setiap bahagian rumah panjang mengandungi 1 keluarga yang terdiri
daripada ibubapa, anak perempuan, anak lelaki dan hamba perempuan. Biasanya, bahagian
tersebut mempunyai tempat untuk memasak dan tempat tidur. Pintu utama menuju ke
kawasan galeri yang panjang 2 kali lebar untuk dijadikan ruang tamu dan berehat. Anak-
anak bujang dan pelawat tidur di galeri. Bilik tuai rumah yang 2 kali ganda panjang dari
bahagian lain selalunya berada di tengah-tengah rumah panjang di mana pendiangan dan
tempat menyambut tetamu yang utama terletak. Keluarga yang berdarjat tinggi yang
kebiasaannya adalah saudara tuai rumah mempunyai biik bersebelahan tuai rumah. Bilik-
bilik tersebut juga lebih besar dari bilik lain.
6.7 EKONOMI18
Kegiatan Ekonomi masyarakat Ulu meyara hidup dengan menanam padi
huma di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran
dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang
mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga
yang tinggal di rumah panjang. Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga
dijalankan oleh orang Ulu yang menduduki kawasan pendalaman. Hasil-hasil hutan adalah
seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang
keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Ulu yang
banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu
dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Ulu sering terlibat dalam rusuhan
terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan
adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun
penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalau
disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat
Orang Ulu dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang
kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber
kehidupan mereka.
PENUTUP19
Pada masa dahulu, Orang Ulu tinggal di hulu sungai dan mereka
dikenali sebagai orang pedalaman. Tetapi, kini mereka menjadi moden. Kebanyakan
mereka berhijrah ke Bandar dan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Pada masa ini,
mereka lebih mementingkan pelajaran. Mereka juga menjawat jawatan yang tinggi dalam
bidang pekerjaan. Pada masa kini, mereka seiiring dengan kaum-kaum lain.
20
http://www. yahoo.com
http://www.google.com
Temubual dengan Orang Penan, En. Tomibulan dan Orang Ulu, En.Francis
Lawatan ke tempat kajian, Kampung Budaya
Sarawak Cultural VillagePantai Damai, Santubong,P.O.Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia.Tel: (6082) 846 411Fax: (6082) 846 988Email: [email protected]: www.scv.com.my
Pembacaan di majalah tentang Masyarakat di Sarawak
30
Rumah kaum Orang Penan
Alat muzik Masyarakat Ulu, Sape
22
Bersama Orang Penan
Semasa mencuba menggunakan alat memburu Orang Penan, Sumpit.
23
Alat yang digunakan untuk memburu binatang dan menangkap ikan.
Alat muzik Sape yang belum dicat lagi
24
Kami sedang menemu bual petugas di Rumah Panjang Orang Ulu, Kampung Budaya.
Pengantin lelaki Orang Ulu
25
Semasa pengantin lelaki duduk atas gong kecil.
Pengantin lelaki dan pengantin perempuan duduk bersama-sama di atas gong kecil.
26
Ketua rumah panjang merestui penganti baru ini dengan goncangan beberapa daun kering.
Ketua rumah panjang mengikat tali di kedua-dua tangan pengantin.
27
Tarian Datun Julud
Corak pada dinding Rumah Orang Ulu.
28
Hasilan gubahan manik
Pakaian Orang Ulu
29