Download - Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
1/39
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH ZON TENGAH
1.0 Abstrak
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan
pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk menghasilkan
sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan
mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.
Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah
rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk
membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat
negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini.
Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka
terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan
masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains
dan teknologi.
Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali,
membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang
mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah serta
boleh merekacipta. Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi
masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.
Dengan penggunaan alatan tangan, satu aspek yang perlu diutamakan iaitu aspek
keselamatan. Mengutamakan keselamatan semasa berada di bengkel ataupun semasa
melakukan kerja perlu menjadi amalan bukan sahaja kepada murid Tahun 6 malah
kepada sesiapa sahaja yang menggunakan bengkel Kemahiran Hidup.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
2/39
1.2 Latar belakang masalah
Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tumpuan utama adalah kepada
penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan
dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Kesemua ini
akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang
sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Hal ini akan
menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada
aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi yang selamat bagi
murid-murid menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk
mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel. Di samping
itu, pihak Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah mestilah sentiasa mengemas kini
kelemahan dalam pelaksanaan amalan keselamatan yang sedia ada.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), mendapati
semua bengkel bengkel Kemahiran Hidup di sekolah rendah menggunakan pelbagai
jenis alat-alat tangan dan mesin. Kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan
serta mesin akan dapat dicegah jika tahap amalan murid terhadap amalan keselamatan
bengkel adalah pada tahap maksimum dan alatan diselenggara dengan sempurna dari
masa ke semasa. Sejak kecil lagi kita telah diingatkan supaya menjaga keselamatan
diri, orang lain dan objek yang berada di persekitaran kita. Pendidikan yang diterima
dari kecil ini menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu, adakahkita sedar di manakah tahap pengetahuan murid-murid terhadap amalan keselamatan
di dalam bengkel Kemahiran Hidup.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
3/39
1.3 Pernyataan masalah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mahu melahirkan murid yang mahir dan
memenuhi dari aspek jasmani, efektif, rohani, intelektual dan sosial. Generasi yang
bakal memenuhi kehendak falsafah ini mampu mengubah masa hadapan ke arah
negara yang lebih maju di masa akan datang. Berdasarkan latar belakang masalah di
atas, kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti di manakah tahap pengetahuan dan
amalan keselamatan bengkel yang diamalkan di kalangan murid tahun 6 di Sekolah
Rendah Zon Tengah.
Fokus kajian ini adalah bagi memastikan tahap amalan murid tahun 6 di Sekolah
Rendah Zon Tengah berada pada aras yang sepatutnya ada pada umur 12 tahun.
Kajian ini merangkumi tahap pengetahuan murid terhadap peraturan di dalam bengkel,
kepatuhan murid terhadap peraturan di dalam bengkel, pelaksanaan penyelenggaraan
peralatan di dalam bengkel sekolah dan aspek keselamatan yang perlu ada di dalam
bengkel. Melalui kajian ini, dapatlah dilihat bagaimana tahap pengetahuan murid
terhadap amalan keselamatan bengkel yang sudah diterapkan dalam kalangan murid
Tahun 6 di Sekolah Rendah Zon Tengah.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
4/39
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bagi melihat sejauh manakah tahap pengetahuan murid
terhadap amalan keseamatan di dalam bengkel termasuklah peraturan, amalan
keselamatan, penyelenggaraan alatan dan ciri-ciri keselamatan bengkel yang perlu
dipandang serius terutama di dalam bengkel. Segala amalan dan peraturan hendaklah
diamal dan diketahui oleh seluruh murid tahun 6 supaya kemalangan dapat dielakkan
terutama dalam mengendalikan alatan yang digunakan.
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Memastikan murid mengetahui dengan jelas aspek keselamatan di dalam
bengkel kemahiran hidup sekolah.
ii. Mengamalkan aspek keselamatan di dalam dan di luar bengkel terutama
semasa proses pembelajaran berlangsung.
iii. Mengetahui peraturan-peraturan yang telah digariskan di dalam bengkel
kemahiran hidup.
iv. Menyedari pentingnya kepatuhan terhadap peraturan dan arahan guru semasa
di dalam bengkel.
v. Melaksanakan penyelenggaraan peralatan bengkel semasa dan selepas
digunakan.
vi. Mengutamakan amalan keselamatan yang telah diabaikan semasa berada di
dalam bengkel.
vii. Menyedari kepentingan amalan keselamatan di dalam bengkel.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
5/39
1.5 Persoalan Kajian
Asas kepada kajian ini adalah bertujuan bagi mengetahui segala aspek yang ingin dikaji
antaranya adalah :
i. Pengetahuan murid terhadap peraturan dan keselamatan di dalam bengkel
Kemahiran Hidup.
ii. Apakah Tahap amalan keselamatan murid terhadap peraturan keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup.
iii. Dimanakah tahap kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru
semasa di dalam bengkel.
iv. Bagaimanakah tahap pengetahuan murid terhadap pelaksanaan
penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan.
v. Apakahciri-ciri amalan keselamatan yang diabaikan di dalam bengkel.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
6/39
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini dilaksanakan agar dapat melihat sejauh manakah tahap penguasaan dan
amalan murid terhadap aspek keselamatan bengkel di sekolah rendah khususnya tahun
6. Kajian ini juga diharapkan mampu membuka minda para guru dan murid-murid
tentang pentingnya amalan keselamatan bengkel sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Amalan keselamatan bengkel seharusnya berada di tahap
teratas supaya bilangan kes kemalangan dapat diminimumkan dari masa ke semasa.
Melalui kajian ini juga, murid-murid juga akan lebih menyedari berkenaan rutin yang
perlu dilaksanakan serta yang tidak boleh dilakukan di dalam bengkel kemahiran hidup.
Peningkatan umur murid juga menjadi tunjang kepada kepentingan kajian ini oleh
kerana murid sudah boleh berfikir secara kritis dalam mengendalikan alatan dan
membezakan perkara yang merbahaya ataupun tidak. Guru-guru juga dapat
mengenalpasti tahap pengetahuan amalan keselamatan murid tanpa mereka sedari
melalui kajian ini. Diharapkan kajian ini diharapkan dapat :
i. Menyedari kepentingan amalan keselamatan semasa berada di dalam bengkel.
ii. Menerapkan amalan-amalan yang boleh dilakukan di dalam bengkel dan di luar
bengkel.
iii. Mengetahui dengan lebih jelas kepentingan tahap amalan keselamatan murid
semasa proses pembelajaran berlangsung.
iv. Meningkatkan pengetahuan murid secara teori berkenaan kepentingan
peraturan yang digariskan di dalam bengkel kemahiran hidup.
v. Membantu murid-murid mengenalpasti aspek keselamatan yang diabaikan oleh
guru di dalam bengkel.
vi. Mengenalpasti tahap kepatuhan murid di dalam bengkel.vii. Mengetahui penguasaan murid dalam aspek pelaksanaan penyelenggaraan
peralatan bengkel.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
7/39
2.0 KAJIAN LITERATURE
2.1 Pengenalan
Mata pelajaran kemahiran hidup yang dilaksanakan di sekolah menengah dan
rendah di seluruh negara kebanyakkannya menjalankan kerja amali di bengkel. Oleh
itu, wajarlah langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan dan diberi perhatian. Ini
kerana banyak kes kemalangan yang dilaporkan berlaku semasa kerja-kerja amali
dijalankan. Amalan keselamatan perlu diamalkan oleh pelajar kerana kawasan bengkel
merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan. Justeru itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan
mengeluarkan buku Panduan Pengurusan dan Peraturan Makmal Sekolah (1997). Dari
pembacaan, didapati para pelajar sering kali melakukan kesalahan semasa
menjalankan amali. Selain itu pelajar juga sering dilaporkan mendapat kemalangan
apabila mengendalikan alatan dan bahan. Sikap kurang peka pelajar terhadap
peraturan bengkel juga merupakan faktor pertama yang mendorong berlakunya
kemalangan di bengkel kemahiran hidup. Tuntasnya, tahap pengetahuan murid
terhadap amalan keselamatan, peraturan bengkel, budaya kerja murid dan
penyelengagaraan alatan di dalam bengkel perlu dilihat terlebih dahulu supaya
penambahbaikan dalam pengajaran dapat dilakukan supaya kemalangan di dalam
bengekel boleh dielakkan di samping memantapkan lagi ilmu pedagogi murid terhadap
keselamatan bengkel.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
8/39
2.2 Kajian lepas
Kajian yang dilaksanakan adalah sejajar dengan kajian yang telah dilakukan oleh
Khairul Azhan Bin Mohd Zulpakar yang mengkaji berkenaan amalan keselamatan
bengkel di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3 aliran kemahiran hidup semasa
melakukan kerja-kerja amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti,
Johor. Instrumen kajian yang digunakan oleh beliau adalah melaui soal selidik. Soal
selidik digunakan sebagai instrument kajian yang diedarkan kepada 98 orang pelajar.
Tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan berkaitan
dengan keselamatan bengkel. Analisis kajian dibuat berdasarkan kekerapan, peratusan
dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social
Sciences) versi 13.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 20 orang
responden. Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.737. Dapatan kajian menunjukkan
pelajar dapat mengamalkan dengan baik langkah-langkah keselamatan semasa
melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Beberapa cadangan diberi untuk
meningkatkan mutu keselamatan di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja
amali di masa akan datang.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
9/39
3.0 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, borang soal selidik telah digunakan bagi mengenalpasti di manakah
tahap amalan keselamatan murid terhadap beberapa aspek. Izham (2000), menyatakan
bahawa banyak penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan borang soal
selidik yang dijawab sendiri oleh responden. Antara kelebihan borang soal selidik ialah
responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soal selidik yang
diterima dan ini akan memberikan maklumat dan tindak balas yang lebih baik.
Kaedah soal selidik dapat mengumpul data dengan lebih tepat di samping dapat
memilih skala yang dianggap lebih tepat. Selain itu, soal selidik juga dapat menjamin
kerahsiaan responden dan mampu memberi hasil yang memuaskan.
3.2 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di kalangan murid tahun 6 sekolah Zon Tengah iaitu di
Banting dan Sungai Pelek, Selangor. Sekolah ini dipilih berdasarkan kemudahan
bengkel yang dilihat memuaskan dari segi kemudahan alatan dan persekitaran bengkel
yang baik. Secara tidak langsung, ia mampu memberi kesan kepada dapatan kajian di
mana murid lebih ditekankan terhadap aspek keselamatan berdasarkan kemudahan
yang lebih lengkap berbanding bengkel di sekolah lain.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
10/39
3.3 Sampelan dan populasi
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan am di
kalangan murid-murid tahun 6 terhadap amalan aspek keselamatan semasa berada di
dalam bengkel Kemahiran Hidup di sekolah rendah Zon Tengah khususnya. Hal ini
bertujuan dapat memastikan tahap pengetahuan murid tahun 6 terhadap amalan
keselamatan bengkel adalah baik dan diketahui di kalangan murid-murid tahun 6.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui amalan keselamatan bengkel di
kalangan murid Tahun 6 selama mereka berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup.
Pemilihan murid Tahun 6 dalam kajian ini adalah bertujuan mereka sentiasa
berwaspada dan mengamalkan amalan keselamatan bengkel dengan baik sebelum
menempuh kea lam persekolah yang lebih tinggi pada masa akan datang. Pengalaman
selama 2 tahun lebih iaitu pada tahun 4 dan 5 dapat diukur dalam kajian ini agar saya
dapat melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan amalan keselamatan di dalam
bengkel Kemahiran Hidup di sekolah mereka.
Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek amalan
keselamatan bengkel di kalangan murid-murid tahun 6 di sekolah zon tengah. Jadi,
dapat dilihat juga keberkesanan proses penyampaian ilmu guru kepada murid-murid
mereka terhadap kefahaman amalan keselamatan bengkel di sekolah zon tengah ini.
Kajian soal selidik ini melibatkan 60 orang murid Tahun 6 di mana latar belakang
mereka tidak kurang bezanya iaitu dari kalangan murid yang tinggal di kampung sahaja.
Selain itu, latar pekerjaan penjaga atau ibu bapa responden beserta jantina responden
yang banyak mempengaruhi kepada aspek yang diukur dalam kajian kali ini.
Antara murid-murid yang terlibat dalam kajian ini adalah :
1. 45 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Olak Lempit, Banting, Selangor.
2. 15 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong, Sepang, Selangor.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
11/39
3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini telah menggunakan 2 set borang soal selidik iaitu bahagian A dan
Bahagian B. Penggunaan borang kaji selidik adalah bertujuan bagi menjamin mutu
kajian agar ianya lebih tepat dan mudah diukur. Segala soalan dan instrumen yang
dibina adalah dikenalpasti bersesuaian dan diubah agar dapat memudahkan responden
memahami apa yang ingin dinilai. Soal selidik lebih praktikal dan lebih berkesan kerana
ianya bersesuaian untuk mengukur saiz populasi yang besar dan ukuran anggaran
statistik akan lebih bertepatan dengan peratus yang dikehendaki.
Bahagian A :
Soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Item-item yang
terdapat di dalam bahagian ini adalah seperti jantina, umur, bangsa, nama sekolah,
kekerapan menggunakan bengkel dan saiz bengkel sekolah.
Bahagian B:
Pada bahagian ini, Likert dalam (Ary, Jacobs dan Razavieh, 1985) telah mencadangkan
penggunaaan satu set senarai kenyataan berbentuk positif dan negatif berhubung
dengan sikap individu terhadap sesuatu institusi, isu atau aktiviti. Responden akan
menunjukkan sama ada mereka sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju atau
sangat tidak setuju terhadap setiap kenyataan yang mengukur penilaian. Dalam kajian
ini, menggunakan skala Likert lima mata. Responden hanya perlu menanda satu sahaja
mengikut lima cadangan jawapan yang disediakan.
Antara skala yang diberikan seperti di bawah:
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
12/39
BAB 4 : ANALISIS DATA
4.1 Bahagian A
4.1.1 Demografi Responden
Dalam bahagian A, aspek yang telah dianalisis daripada responden adalah dari aspek
umur, alamat, pekerjaan ibu dan bapa, taraf pendidikan ibu dan bapa, pendapatan
sebulan ibu dan bapa, kaedah pembelajaran Kemahiran Hidup, dan kekerapan
menggunakan bengkel dalam seminggu. Kesemua aspek yang terdapat dalam borang
A ini memberi kesan kepada hasil kajian yang telah dijalankan.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
13/39
4.1.3 Pekerjaan bapa
Jadual 4.3 menunjukkan bilangan jenis pekerjaan penjaga iaitu ibu dan bapa
responden.
Pekerjaan Bapa Ibu
Bekerja sendiri 29 35
Penjawat Awam 13 17
Penjawat Swasta 18 8
Jadual 4.1.3
Carta bar di bawah menunjukkan takat peratus pekerjaan penjaga responden mengikut
jenis pekerjaan yang dikaji.
Bekerja sendiri
Penjawat awam
Penjawat swasta
0
20
40
60
Bapa (%)Ibu (%)
Peratus(%)
Bapa (%) Ibu (%)
Bekerja sendiri 48 58
Penjawat awam 22 28
Penjawat swasta 30 14
Peratus pekerjaan penjaga responden
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
14/39
4.1.4 Taraf pendidikan penjaga responden
Jadual 4.1.4 menunjukkan bilangan dari aspek taraf pendidikan penjaga responden iaitu
ibu dan bapa.
Taraf
pendidikan
SPM Sijil
kemahiran
Diploma Ijazah Phd
Bapa 40 4 10 3 2
Ibu 51 0 7 2 -
Jadual 4.1.4
Carta bar di bawah menunjukkan peratus (%) pekerjaan penjaga responden iaitu ibu
dan bapa.
Bapa
Ibu
0
20
40
60
80
100
SPM Sijil
Kemahiran
Diploma Ijazah Phd
Bapa 66.7 6.7 16.7 3 3.4
Ibu 85 11.7 3.4
Peratus(%)
Peratus pekerjaan penjaga responden (%)
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
15/39
4.1.5 Pendapatan Ibu Bapa sebulan
Pendapatan ibu dan bapa responden diambil dari RM 500 sehingga RM 4000 ke atas
dalam 5 peringkat. Jadual di bawah menunjukkan bilangan sebenar pendapatan
penjaga responden.
Pendapatan Bilangan
RM 500 RM 1000 17
RM 1000 RM 2000 22
RM 2000 RM 3000 15
RM 3000 RM 4000 4
RM 4000 ke atas 2
Jadual 4.1.5
Carta pai di bawah menunjukkan peratus pendapatan penjaga responden mengikut
aras pendapatan yang ditetapkan.
28%
37%
25%
7%3%
Peratus (%) pendapatan penjaga responden
RM 500 - RM 1000
RM 1000 - RM 2000
RM 2000 RM 3000
RM 3000 RM 4000
RM 4000 ke atas
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
16/39
4.1.6 Kaedah pembelajaran kemahiran hidup
Jadual 4.1.6 menunjukkan bilangan sebenar kaedah yang telah dipilih oleh responden
berdasarkan pengajaran yang pernah dilalui oleh responden sendiri. Berdasarkan
jadual di bawah ternyata ketiga-ketiga kaedah yang lazim digunakan oleh guru di
sekolah telah dilaksanakan ke atas responden.
Kaedah Bilangan
Amali/Projek 60
Teori 60
Lawatan -Demonstrasi 60
Jadual 4.1.6
Carta bar di bawah menunjukkan peratus bagi kaedah yang digunakan guru ke atas
responden dalam pembelajaran kemahiran hidup.
0
10
20
3040
50
60
70
80
90
100
Amali / Projek Teori Lawatan Demonstrasi
Pe
ratus(%)
Kaedah
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
17/39
4.1.7 Kekerapan menggunakan bengkel Kemahiran Hidup dalam seminggu.
Jadual di bawh menunjukkan bilangan sebenar bagi kekerapan responden
menggunakan bengkel Kemahiran Hidup dalam seminggu.
Kekerapan menggunakan bengkel Bilangan
responden
1 kali 47
2 kali seminggu 8
3 kali seminggu 3
4 kali ke atas seminggu 2
Jadual 4.1.7
Carta bar di bawah menunjukkan peratus (%) kekerapan murid menggunakan bengkel
dalam seminggu.
0 10 20 30 40 50 60 70 80
1 kali
2 kali
3 kali
4 kali dan keatas
1 kali 2 kali 3 kali 4 kali dan keatas
Peratus 78.3 13.3 5 3.4
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
18/39
4.2 Bahagian B
4.2 Soal Selidik
Dalam menganalisis soal selidik, terdapat lima objektif yang perlu dianalisis supaya
kajian ini lebih jelas dan dapat diukur secara deskriptif. Lima objektif kajian perlu
dianalisis data supaya penyelidik dapat mengukur sama ada objektif tercapai ataupun
sebaliknya. Setiap persoalan terdiri daripada item yang telah dibina oleh penyelidik dan
responden perlu menanda satu pilihan untuk setiap satu item. Data ini telah
dimasukkan dalam software SPSS bagi mendapatkan min untuk mengetahui aras
kesediaan. Terdapat tiga aras yang dapat diketahui antaranya aras rendah, sederhana
dan tinggi.
Markah Min Aras
1.00 2.33 Rendah
2.34 - 3.66 Sederhana
3.67 5.00 Tinggi
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
19/39
4.2.1 Analisis tahap pengetahuan murid terhadap peraturan dan keselamatan di
dalam bengkel Kemahiran Hidup
Jadual 4.2.1 dan rajah 4.2.1 menunjukkan soalan-soalan yang dikemukan
kepada responden dan telah dianalisis melalui min yang telah dikira. Bagi item pertama
iaitu carta senarai peraturan dan amalan keselamatan bengel yang disediakan di dalam
bengkel mencatat min sebanyak 4.33 yang menunjukkan aras kesediaan tinggi. Item
kedua pula ialah berkaitan guru menerangkan peraturan dan amalan keselamatan
bengkel semasa di dalam bengkel mencatat min sebanyak 4.40 yang menunjukkan
aras kesediaan yang tinggi. Manakala item yang ketiga mencatat min sebanyak 4.13
yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi juga iaitu berkaitan murid mematuhi
peraturan dan amalan keselamatan semasa berada di dalam bengkel. Persoalan
seterusnya yang ditanya ialah adakah organisasi yang dilantik menjalankan tugas
masing-masing mencatat min sebanyak 4.12 juga menunjukkan aras kesediaan yang
tinggi. Selain itu, item seterusnya ialah mengenai panel peralatan dilabel dengan betul
mencatat min sebanyak 4.03 menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Item seterusnya
ialah guru membuat pemantauan terhadap murid tentang peraturan dan amalan
keselamatan bengkel mendapat min 3.92 juga menunjukkan aras kesediaan yang
tinggi. Item seterusnya yang dikemukakan ialah alat-alat tangan disusun dengan kemas
di tempat yang ditetapkan mendapat min sebanyak 4.57 yang menunjukkan aras
kesediaan yang tinggi. Item terakhir yang ditanya untuk bahagian ini ialah murid-murid
membuka tingkap setiap kali menggunakan bengkel Kemahiran Hidup mencatat min
sebanyak 3.95 juga menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
20/39
Item
Responden Min Aras1. Adakah carta senarai peraturan dan
amalan keselamatan bengkel
disediakan di dalam bengkel?
60 4.33 Tinggi
2. Adakah guru menerangkan
peraturan dan amalan keselamatan
bengkel semasa berada di dalam
bengkel?
60 4.40 Tinggi
3. Adakah murid mematuhi peraturan
dan amalan keselamatan semasa
berada di dalam bengkel?
60 4.13 Tinggi
4. Adakah organisasi bengkel yang
dilantik menjalankan tugas masing-
masing?
60 4.12 Tinggi
5. Adakah panel peralatan dilabel
dengan betul?60 4.03 Tinggi
6. Adakah guru membuat pemantauan
terhadap murid tentang peraturan dan
amalan keselamatan bengkel?
60 3.92 Tinggi
7. Adakah alat-alat tangan disusundengan kemas di tempat yang telah
ditetapkan?
60 4.57 Tinggi
8. Adakah murid-murid membuka
tingkap setiap kali menggunakan
bengkel Kemahiran Hidup?
60 3.95 Tinggi
Valid N (listwise) 60
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
21/39
Jadual 4.2.1. : Taburan responden terhadap tahap pengetahuan murid terhadap
peraturan dan keselamatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
22/39
Bahagian B
Carta 4.2.1
N Mean Std. Deviation Variance
9. Memakai pakaian yangsesuai untuk mengendalikan
mesin dan peralatan
60 3.93 .936 .877
10. Tidak memakai perhiasan
seperti jam tangan semasa
mengendalikan mesin
60 4.32 .676 .457
11. Pastikan mesin dan alatan
berada dalam keadaan yang
baik sebelum digunakan
60 4.17 .827 .684
12. Membaca arahan
penggunaan mesin sebelum
menggunakan sesuatu mesin
60 4.12 .993 .986
13. Mengendalikan peralatan
dan mesin mengikut prosedur
yang ditetapkan
60 4.33 .681 .463
3.7
3.8
3.9
4
4.1
4.2
4.3
4.4
BAHAGIAN B (Sejauh manakah tahap amalan keselamatan murid terhadap
peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup)
S9
S10
S11
S12
S13
S14
S15
S16
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
23/39
14. Menggunakan peralatan
mengikut kegunaan sebenar
peralatan tersebut
60 4.33 .681 .463
15. Menguji mesin sebelum
digunakan
60 4.13 .892 .795
16. Pastikan suis ditutup
selepas menggunakan mesin
60 3.95 .891 .794
Valid N (listwise) 60
4.2.2 Analisis tahap amalan keselamatan murid terhadap peraturan keselamatan
bengkel Kemahiran Hidup
Jadual 4.2.2 dan rajah 4.2.2 menunjukkan nilai min bagi setiap item soalan tahap
amalan keselamatan murid terhadap peraturan keselamatan bengkel. Bagi item soalan
pertama iaitu murid memakai pakaian yang sesuai untuk mengendalikan mesin dan
peralatan mencatat min sebanyak 3.93 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.
Bagi item soalan kedua iaitu murid tidak memakai perhiasan seperti jam tangan semasa
mengendalikan mesin mencatat min sebanyak 4.32 menunjukkan aras kesediaan yang
tinggi. Bagi item soalan ketiga dan keempat iaitu memastikan mesin dan alatan berada
dalam keadaan yang baik sebelum digunakan dan murid membaca arahan penggunaan
mesin sebelum menggunakan sesuatu mesin masing-masing mencatat min sebanyak
4.17 dan 4.12 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Seterusnya ialah murid
mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan serta murid
menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar masing-masing mencatat min
yang sama iaitu 4.33 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Bagi item
seterusnya iaitu murid menguji mesin sebelum digunakan mencatat min sebanyak 4.13
yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Item terakhir yang diajukan untuk
bahagian ini ialah murid memastikan suis peralatan ditutup selepas digunakan
mencatat min sebanyak 3.95 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
24/39
Bahagian D : Sejauh manakah kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru
semasa di dalam bengkel.
Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation Variance
17. Guru menegaskan
supaya alatan tangan
digunakan mengikut
kegunaan yang betul
60 3.88 .958 .918
18. Guru meminta murid
supaya murid berpakaian
kemas, kuku dan rambut
yang pendek sebelum
memasuki bengkel
60 3.95 .811 .658
19. Guru memberi arahan
supaya tidak bergurau senda
semasa berada di dalam
bengkel
60 4.27 .634 .402
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
4
4.1
4.2
4.3
4.4
BAHAGIAN C (Sejauh manakah kepatuhan murid terhadap peraturan dan
arahan guru semasa di dalam bengkel)
S17
S18
S19
S20
S21
S22
S23
S24
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
25/39
20. Setelah selesai membuat
aktiviti, tangan hendaklah
dicuci dengan sabun
60 3.83 .977 .955
21. Murid perlu memakai
apron, berkasut, baju lengan
pendek atau dilipat hingga ke
paras siku demi keselamatan
60 4.18 1.000 1.000
22. Murid perempuan yang
memakai tudung perlu
memasukkan tudung ke
dalam apron semasa di
dalam bengkel
60 3.90 .969 .939
23. Murid tidak boleh
menyentuh apa-apa alatan
tanpa sebarang arahan dan
kebenaran dari guru
60 4.32 .596 .356
24. Murid perlu mematuhi
peraturan keselamatan yang
telah ditetapkan sepanjang
masa
60 4.17 .785 .616
Valid N (listwise) 60
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
26/39
Analisis tahap kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru semasa di
dalam bengkel
Merujuk kepada jadual 4.2.3 dan rajah 4.2.3 menunjukkan item soalan bagi tahap
kepatuhan murid terhadap peraturan dan arahan guru semasa di dalam bengkel. Bagi
item soalan pertama iaitu guru menegaskan supaya alatan tangan digunakan mengikut
kegunaan yang betul mencatat min sebanyak 3.88 yang menunjukkan aras kesediaan
yang tinggi. Item kedua bagi bahagian ini ialah guru meminta murid supaya berpakaian
kemas, kuku dan rambut yang pendek sebelum memasuki bengkel mencatat min
sebanyak 3.95 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Seterusnya ialah guru
member arahan supaya tidak bergurau senda semasa berada di dalam bengkel
mencatat min sebanyak 4.27 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Bagi item
seterusnya iaitu setelah selesai membuat aktiviti, tangan hendaklah dicuci dengan
sabun mencatat min sebanyak 3.83 yang menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.
Seterunya ialah murid perlu memakai apron, berkasut, baju lengan pendek atau berlipat
hingga ke paras siku demi keselamatan mencatat min sebanyak 4.18 yang
menunjukkan aras kesediaan yang tinggi. Item yang mendapat min sebanyak 3.90 ialah
murid perempuan yang memakai tudung perlu memasukkan tudung ke dalam apron
semasa berada di dalam bengkel mencatat aras kesediaan yang tinggi. Item seterusnya
ialah murid tidak boleh menyentuh apa-apa alatan tanpa sebarang arahan dan
kebenaran dari guru mencatat min sebanyak 4.32 yang menunjukkan aras kesediaan
yang tinggi. Item yang terakhir yang diuji dalam bahagian ini ialah murid perlu mematuhi
peraturan keselamatan yang telah ditetapkan sepanjang masa mencatat min sebanyak
4.17 menunjukkan aras kesediaan yang tinggi.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
27/39
Bahagian E
Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation Variance
25. Alatan perlu dibersihkan dan
dipulangkan kembali selepas
digunakan
60 4.23 .871 .758
26. Tempat menyimpan alatan
perlulah dilabel dengan nama
alatan dan kuantiti supaya mudah
diambil dan direkod jika berlaku
kehilangan
60 4.03 .974 .948
27. Simpan semula alatan di
tempat asalnya dengan baik
supaya memudahkan
pengambilannya untuk kegunaan
lain
60 4.15 .732 .536
3.2
3.4
3.6
3.8
4
4.2
4.4
BAHAGIAN D (Adakah murid melaksanakan penyelenggaraan peralatan
bengkel setelah digunakan?
S25
S26
S27
S28
S29
S30
S31
S32
S33
S34
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
28/39
28. Pemeriksaan perlu dilakukan
dari semasa ke semasa untuk
memastikan perkakas dan alatan
tangan berada dalam keadaan
baik dan dapat mencegah
kehilangan
60 4.32 .676 .457
29. Jika terdapat perkakas atau
alatan tangan yang hilang,
perkara tersebut hendaklah
dilaporkan kepada guru dan
direkodkan
60 4.30 .766 .586
30. Perkakas dan alatan tangan
yang telah digunakan perlulah
disimpan di tempat yang khas
dan selamat
60 4.17 .806 .650
31. Sapukan sedikit minyak untuk
mengelakkan alatan berkarat.
60 4.02 1.049 1.101
32. Gosok dengan kertas las
untuk membuang kesan karat
60 3.85 1.162 1.350
33. Buangkan habuk besi atau
kotoran pada alatan dengan
menggunakan berus
60 3.92 1.154 1.332
34. Basuh alatan dengan bahan
pencuci dan keringkan alatan
dengan kain
60 3.63 1.104 1.219
Valid N (listwise) 60
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
29/39
Analisis pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan
bengkel setelah digunakan
Merujuk kepada Rajah 4.2.4 dan jadual 4.2.4 menunjukkan item soalan yang diselidik
untuk tahap pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan
bengkel setelah digunakan. Item soalan pertama iaitu alatan perlu dibersih dan
dipulangkan selepas digunakan mencatat min sebanyak 4.23 yang menunjukkan aras
kesediaan yang tinggi.
Bil Soalan Nilai min Aras kesediaan
1 Alatan perlu dibersih dan
dipulangkan selepas digunakan
3.58 Sederhana
2 Tempat simpanan alatan perlu
dilabel dan direkod jika berlaku
kehilangan
3.78 Tinggi
3 Simpan alatan di tempat asal agar
mudah diambil pada masa akan
datang
4.12 Tinggi
4 Pemeriksaan perlu dilakukan agar
tidak berlaku kehilangan
3.22 Sederhana
5 Alatan yang hilang perlu dilaporkan
kepada guru
3.32 Sederhana
6 Peralatan yang digunakan perlu
disimpan di tempat yang selamat
3.88 Tinggi
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
30/39
7 Sapukan minyak bagi mengelakkan
karat
3.55 Sederhana
8 Gosok menggunakan kertas las
bagi membuang karat
4.27 Tinggi
9 Buang habuk karat pada alatan
menggunakan berus
3.73 Sederhana
10 Basuh peralatan dengan sabun dan
keringkan dengan kain
3.63 Sederhana
Jadual 4.2.4: Taburan responden pengetahuan murid terhadap pelaksanaan
penyelenggaraan peralatan bengkel setelah digunakan
Pengetahuan murid terhadap pelaksanaan penyelenggaraan peralatan
bengkel setelah digunakan
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
31/39
Rajah 4.2.4
4.2.5 Analisis ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang diabaikan
3.58
3.78
4.12
3.22
3.32
3.88
3.55
4.27
3.73
3.63
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5
Alatan perlu dibersih dan dipulangkan selepasdigunakan
Tempat simpanan alatan perlu dilabel dan direkodjika berlaku kehilangan
Simpan alatan di tempat asal agar mudah diambilpada masa akan datang
Pemeriksaan perlu dilakukan agar tidak berlakukehilangan
Alatan yang hilang perlu dilaporkan kepada guru
Peralatan yang digunakan perlu disimpan di tempatyang selamat
Sapukan minyak bagi mengelakkan karat
Gosok menggunakan kertas las bagi membuangkarat
Buang habuk karat pada alatan menggunakanberus
Basuh peralatan dengan sabun dan keringkandengan kain
Min
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
32/39
Merujuk kepada Rajah 4.2.5 dan jadual 4.2.5 menunjukkan item soalan, nilai min dan
aras kesediaan bagi item dalam ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang diabaikan.
Item soalan pertama iaitu peti pertolongan cemas terdapat di dalam bengkel
menunjukkan nilai bacaan min sebanyak 3.90 dengan aras kesediaan tinggi. Item
kedua pula iaitu terdapat carta laluan kecemasan di dalam bengkel mencatatkan nilai
min 3.30 dengan aras kesediaan sederhana. Bagi item soalan ketiga iaitu guru memberi
tunjuk cara sebelum menggunakan alatan dan mesin menunjukkan nilai min sebanyak
3.93 dengan aras kesediaan tinggi. Item seterusnya pula adalah peralatan diselenggara
dari masa ke semasa menunjukkan bacaan min sebanayk 3.37 maka aras kesediaan
adalah sederhana. Bagi item seterusnya iaitu guru mengingatkan pelajar untuk
memakai but semasa amali dijalankan menunjukkan nilai min sebanyak 2.90 dengan
tahap kesediaan sederhana. Bagi item soalan saiz bengkel sesuai dengan jumlah murid
pula menunjukkan nilai bacaan min 3.90 pula menunjukkan aras kesediaan adalah
tinggi. Terdapat pengcahayaan yang mencukupi di dalam bengkel pula menunjukkan
nilai bacaan min sebanyak 4.22 dengan aras kesediaan tinggi. Seterusnya, item soalan
guru menyediakan carta organisasi murid di dalam bengkel menunjukkan nilai bacaan
min sebanyak 4.50 juga menunjukkan aras kesediaan tinggi. Bagi item terakhir pula
iaitu rak-rak dan almari dilabel dengan betul mencatakan nilai min 3.78 dengan aras
kesediaan tinggi.
Bil Soalan Nilai min Aras kesediaan
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
33/39
1 Peti pertolongan cemas terdapat di
dalam bengkel
3.90 Tinggi
2 Terdapat carta laluan kecemasan di
dalam bengkel
3.30 Sederhana
3 Guru memberi tunjuk cara sebelum
menggunakan alatan dan mesin
3.93 Tinggi
4 Peralatan diselenggara dari masa
ke semasa
3.37 Sederhana
5 Guru mengingatkan pelajar untuk
memakai but semasa amali
dijalankan
2.90 Sederhana
6 Saiz bengkel sesuai dengan jumlah
murid
3.90 Tinggi
7 Terdapat pengcahayaan yang
mencukupi di dalam bengkel
4.22 Tinggi
8 Guru menyediakan carta organisasi
murid di dalam bengkel
4.50 Tinggi
9 Rak-rak dan almari dilabel dengan
betul
3.78 Tinggi
Jadual 4.2.5 : Taburan responden mengikut ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang
diabaikan
Ciri-ciri amalan keselamatan bengkel yang diabaikan
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
34/39
Rajah 4.2.5
BAB 5 : RUMUSAN, PERBINCANGAN, PENAMBAHBAIKAN
3.9
3.3
3.93
3.37
2.9
3.9
4.22
4.5
3.78
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5 5
Peti pertolongan cemas terdapat di dalam bengkel
Terdapat carta laluan kecemasan di dalam bengkel
Guru memberi tunjuk cara sebelum menggunakanalatan dan mesin
Peralatan diselenggara dari masa ke semasa
Guru mengingatkan pelajar untuk memakai butsemasa amali dijalankan
Saiz bengkel sesuai dengan jumlah murid
Terdapat pengcahayaan yang mencukupi di dalambengkel
Guru menyediakan carta organisasi murid di dalambengkel
Rak-rak dan almari dilabel dengan betul
Min
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
35/39
5.1 Rumusan
Amalan keselamatan bengkel merupakan tunjang kepada pengetahuan murid di
dalam bengkel dalam mengendalikan alatan mahupun mesin mudah di sekolah rendah.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, setelah dapatan kajian dianalisis secara
keseluruhan didapati bahawa tahap penguasan amalan keselamatan bengkel
Kemahiran Hidup di kalangan murid tahun 6 sekolah rendah zon tengah adalah berada
pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 3.88. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa purata keseluruhan responden telah mengamalkan amalan
keselamatan bengkel seperti yang telah dikaji berdasarkan persoalan kajian yang telah
dijalankan. Walaubagaimana pun masih terdapat responden yang mempunyai tahap
penguasaan amalan keselamatan bengkel kemahiran di kalangan murid tahun 6
sekolah rendah zon tengah. Masih terdapat murid yang kurang mengerti tentang
kepentingan amalan keselamatan di dalam bengkel. Pada peringkat Tahun 6 ini, murid
seharusnya sudah mengetahui dengan lebih jelas apa yang boleh dibuat dan apakah
perkara yang perlu dititikberatkan di dalam bengkel kemahiran hidup. Faktor yang
mendorong kepada berlakunya kemalangan adalah berpunca daripada sikap murid itu
sendiri terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan keselamatan (Laney
1982). Guru-guru juga harus memandang serius terhadap amalan keselamatan bengkel
yang diamalkan murid supaya mereka lebih berhati-hati di dalam bengkel dan mampu
mengelakkan kemalangan terutama sewaktu melakukan amali yang melibatkan alatan
tajam dan mesin mudah. Peranan dari aspek pedagogi dan peneguhan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya berlaku supaya murid akan lebih
sedar apakah sebab dan akibat sekiranya mereka mengabaikan amalan keselamatan di
dalam bengkel.
5.2 Perbincangan
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
36/39
Amalan keselamatan bengkel kemahiran hidup bukanlah satu perkara asing lagi di
kalangan murid tahun 6. Mereka sudah diperkenalkan dengan bengkel kemahiran hidup
sejak tahun 4 lagi maka tahap penguasaan amalan keselamatan bengkel adalah tinggi
berbanding tahun 5 dan 4. Guru hendaklah sentiasa memainkan peranan sebagai
fasilitator dalam memastikan murid sentiasa berwaspada dan mengetahui garis
panduan di dalam bengkel. Kepekaan murid-murid juga perlulah dipandangg serius
oleh pihak sekolah terutama guru bengkel dalam memastikan setiap aspek yang
ditekankan berada pada tahap maksimum agar kadar kemalangan dapat
diminimumkan. Justeru, tahap penguasaan amalan keselamatan bengkel murid perlu
sentiasa dipantau agar setiap peraturan yang digariskan dapat dilaksanakan dan
dipatuhi dengan baik dari masa ke semasa.
5.3 Penambahbaikan
Dalam setiap aspek kehidupan, penambahbaikan perlulah sentiasa ada agar setiap
amalan akan lebih sempurna. Dalam kajian ini, penambahbaikan dilakukan adalah
berdasarkan data-data yang telah dianalisis. Murid-murid seharusnya meningkatkan
tahap amalan dan keselamatan bengkel agar setiap peraturan dan arahan yang
diberikan oleh guru dipatuhi sepanjang masa. Tambahan pula, bagi murid tahun 6,
tahap amalan keselamatan bengkel seharusnya sentiasa diperbaiki dan berada di tahap
yang tinggi kerana mereka bakal mengharungi situasi yang lebih besar apabila berada
di alam sekolah menengah nanti. Tindakan yang perlu diambil guru pula adalah mereka
seharusnya mengingatkan murid-murid terhadap amalan keselamatan bengkel dan
memastikan sentiasa berada pada tahap maksimum. Beberapa penambahbaikan yang
perlu ditingkatkan di kalangan murid tahun 6 berdasarkan graf yang dianalisis adalah :
1) Memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan yang telah digariskan di
dalam bengkel kemahiran hidup. Hal ini kerana murid-murid yang mematuhi
peraturan lazimnya kurang mengalami masalah atau berlaku kemalangan
semasa berada di dalam bengkel.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
37/39
2) Murid seharusnya memastikan bahawa alatan yang dilabel di dalam bengkel
adalah betul. Hal ini kerana murid sering kali keliru dalam pemilihan alatan dan
boleh menyebabkan kemalangan semasa aktiviti dijalankan.
3) Peranan guru juga hendaklah perlu ada setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Pakaian di kalangan murid semasa berada di dalam
bengkel perlu lebih ditekankan oleh kerana melibatkan pelbagai aktiviti
psikomotor. Untuk setiap aktiviti, guru seharusnya menetapkan pakaian yang
sesuai semasa berada di dalam atau di luar bengkel.
4) Penggunaan mesin semasa menjalankan aktiviti seringkali berlaku dalam amali
di bengkel. Manual penggunaan sangat penting agar mesin tidak rosak dan
dapat dikendalikan dengan baik. Tambahan pula, kemalangan dapat dielakkan
secara tidak langsung kerana murid dapat mengendalikan mesin melalui manual
penggunaan. Guru juga seharusnya sentiasa mengingatkan murid agar
membaca manual penggunaan terlebih dahulu dan bertanyakan sekiranya ada
kurang jelas.
5) Kebersihan di dalam bengkel perlu di ambil perhatian di kalangan murid. Hal ini
kerana mereka sering mengabaikan kebersihan diri selepas melaksanakan
aktiviti. Menampal kata-kata seperti basuh tangan menggunakan sabun di sinki
dapat menjadikan amalan baik di kalangan murid selepas melakukan amali. Hal
ini juga dapat mengelakkan murid dari terkena apa-apa jenis penyakit.
6) Penyelenggaraan alatan juga harus diperbaiki berdasarkan dapatan kajian yang
dijalankan. Terdapat pelbagai aspek yang perlu ditekankan anataranya
membersih alatan selepas digunakan. Selain itu, pembersihan alatan juga dapat
memastikan setiap alatan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama dan
mampu mengurangkan risiko kemalangan sekiranya alatan yang digunakan
bersih. Dalam pada masa yang sama, murid juga dapat mempelajari bagaimana
menyelenggara dan menjaga alatan dengan betul seperti meminyak dan
membuang habuk dan karat.
7) Rekod setiap alatan juga perlu dilakukan bukan sahaja oleh guru malah murid itu
sendiri. Hal ini juga dapat menjadikan murid lebih bertanggungjawab dan
memainkan peranan yang aktif di dalam bengkel. Tambahan pula, segala rekod
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
38/39
keluar masuk dapat dilihat oleh guru dan mampu mengesan alatan atau bahan
yang telah dipakai mahupun hilang. Secara tidak langsung, guru mampu
menambah alatan yang berkurangan di dalam bengkel bagi memastikan
pengajaran murid dapat dijalankan dengan baik.
8) Organisasi atau susun atur di dalam bengkel juga hendaklah disusun dengan
baik agar setiap pergerakan murid mempunyai satu sistem yang teratur.
Contohnya, pelan lantai atau pelan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan
sebagainya. Secara tidak langsung, murid dapat mengetahui apakah yang perlu
dilakukan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga di dalam bengkel.
-
7/29/2019 Kajian Amalan Keselamatan Bengkel
39/39
RUJUKAN
1. Kementerian Pelajaran Malaysia (1977). Panduan Keselamatan Bengkel
Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Cetakan
Pertama. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
3. Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Yusof Bin Boon & Shamsul Bin Kamarudin (2003). Tahap Penguasaan Amalan
Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
5. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
6. Dzulkifli bin Ujang (1999). Kefahaman Mengenai Keselamatan Bengkel di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Automotif (SPMV) Sekolah Menengah Teknik
Kajang, Selangor. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia.