Download - KAA 3033.docx
PEMARKAHAN1 TUGASAN 12 TUGASAN 23 E-FORM
KAA 3033
PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TUGASAN 2 (Individu)
PENULISAN ILMIAH: PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK YANG BERKUALITI
TAJUK: MANA LEBIH BERKUALITI TADIKA KERAJAAN ATAU SWASTA
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO.ID NO.TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING:TARIKH SERAH:
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian tinjauan mengenai persepsi ibu bapa yang menghantar anak
mereka ke Tadika swasta dan Tadika Kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan
ibu bapa terhadap guru Tadika Kerajaan dan juga peralatan yang digunakan. Sampel kajian ini
terdiri dari 90 orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Tadika swasta dan Tadika
Kerajaan di KUB dan Taman Rahmat. Data dianalisis dengan membandingkan pendapat
ibubapa terhadap Tadika swasta dengan Tadika Kerajaan. Kajian ini dijalankan dari bulan
September 2013 hingga Oktober 2013. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan kecil di
antara Tadika swasta dan Tadika Kerajaan. Perbezaan ini terdapat pada bahagian peralatan
dan persekitaran diantara Tadika swasta dan Tadika Kerajaan. Dari segi sikap guru,
pengalaman guru serta tahap pendidikan guru menunjukkan bahawa kedua-duanya adalah
sama.
PENGENALAN
Pelbagai kajian mengenai perkembangan awal kanak-kanak khususnya dibawah umur 4 tahun
menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100 bilion sel saraf (neuron) yang mana
akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-seldirangsang. Hampir 90% perkembangan otak
kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa mereka berumur di bawah 4 tahun. Ini membuktikan
bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi
detik-detikkritikal dalam pembangunan seseorang individu.
Kajian juga menunjukkan bahawa kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung pada
persediaan yang diterima semasa umur sebelum 5 tahun. Pengalaman pembelajaran yang positif,
di samping persekitaran emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi
impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak melalui pembentukan lebih banyak sinaps yang
seterusnya akan berkekalan. Perkembangan ini akan mempengaruhi pembangunan ilmu kognitif,
kemahiran sosial,pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak tersebut dewasa kelak.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara, memberi
penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis,
yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan
kebangsaan dan misi ini seharusnya dimulakan sejak dari lahir bagi memastikan perkembangan
emosi dan kognitif kanak-kanak lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam
persekolahan formal di umur 5 tahun.
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat pada masa hadapan.
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam usaha
memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang dan harmoni.
Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu proses yang berterusan dan bermula sejak
seseorang individu itu masih kecil. Selain itu, pendidikan juga merupakan suatu hak asasi yang
perlu diperolehi bagi setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan kepada Falsafah
Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan seperti ini iaitu yang bersepadu, menurut Muhammad
Qutb pula akan cenderung mewujudkan keseimbangan dan keharmonian didalam diri setiap
manusia.
Oleh yang demikian, pelbagai program telah diwujudkan hasil kepekaan negara serta masyarakat
terhadap keperluan pendidikan yang perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak usia awal lagi.
Program ini dirancang dan dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak mendapat pendidikan
asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang sempurna supaya di usia
dewasa kelak dapat menjadi warganegara Malaysia yang baik.
Antara ciri-ciri yang ingin dicapai hasil daripada program pendidikan awal kanak-kanak ini
adalah seperti menghasilkan kanak-kanak yang cerdik dan pandai, yang mempunyai akhlak dan
budi pekerti yang tinggi dan baik, dan juga kanak-kanak yang sihat dan cergas baik dari segi
jasmani mahupun rohani. Ciri-ciri ini yang sudah diterapkan di Malaysia hasil daripada
penggubalan sistem yang akhirnya diharapkan dapat menghasilkan masyarakat yang seimbang
dan harmoni bagi menjamin ketenteraman negara.
Konsep Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan adalah berasaskan konsep seperti berikut:
i. pendidikan secara holistik atau Whole brain learning;
ii. pendekatan kurikulum menekankan pengupayaan (empowerment) kanak-kanak di mana
kanak-kanak digalakkan meneroka, mencuba, mengeksperimen dan berinteraksi dengan
rakan-rakan dan orangdewasa secara bebas dan dengan alam sekitar yang selamat;
iii. pembelajaran adalah menyeronokkan (learning is fun), bertujuan membina kemahiran
sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi, merangsang minda dan
meningkatkan rasa ingin tahu (curiosity) yang tinggi, di samping membina sosio-emosi
yang ceriadan tenang;
iv. kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan aktif ibu bapa, pakar bidang awal kanak-
kanak, pegawai kesihatan/perubatan, psikologi, neurosaintis, sosiologis, jabatan-jabatan
kerajaan dan pihak-pihak berkuasa tempatan;
v. program pengasuhan bayi dan kanak-kanak adalah meliputi aspek-aspek membina
hubungan emosi (attachement), penjagaan, pemakanan, kebersihan/kesihatan,
keselamatan dan keselesaan persekitaran (well-being);
vi. proses pendidikan disebatikan dengan proses pengasuhan agar perkembangan kanak-
kanak dapat berlaku secara serentak, optimum dan berkesan;
vii. Penilaian kanak-kanak adalah berasaskan pemerhatian klinikal menggunakan kaedah
'pedagogi permainan' (play pedagogy) yang direkodkan dengan jelas
Kepentingan Pendidikan awal kanak-kanak
Ibu bapa masa kini semakin mengambil berat tentang pendidikan prasekolah. Saban tahun
semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun
ke kelas prasekolah samada prasekolah kerajaan mahupun swasta. Di kawasan luar bandar
terutamanya, kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan prasekolah dalam kalangan ibu bapa
semakin meningkat. Namun begitu, sebagai ibu bapa anda perlu bertanya pada diri sendiri
mengapa anda harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah anak-anak anda. Ada tiga
alasan utama mengapa anda sebaiknya tidak hanya mendaftar anak anda ke kelas prasekolah,
tetapi menjadi aktif terlibat di dalam proses pembelajarannya juga samada di kelas mahupun di
rumah.
Pertama, anda harus ingat bahawa pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak
anda. Perkembangan keterampilan dan pengetahuan (kecerdasan dan sikap) anak anda pada
peringkat prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda
ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup mereka. Hari ini
kita mengharapkan anak-anak kita untuk belajar lebih banyak perkara pada saat mereka mula
memasuki umur 4-6 tahun (prasekolah). Sementara generasi sebelumnya hanya mula belajar
asas-asas seperti pengenalan warna , nombor dan abjad ketika di sekolah formal, manakala anak-
anak saat ini ’dimestikan’ untuk mempunyai kemahiran asas ini ketika mereka belajar di
prasekolah.
Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa dengan
memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak anda belajar di prasekolah anda akan
memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga anak anda akan
memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain sambil belajar’ yang pasti
menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu loncatan atau platform yang
memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dan momentum pembelajaran
yang mereka terima di peringkat prasekolah ini akan membantu membuat anak anda
bersemangat belajar seumur hidup mereka.
Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda kelebihan
dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak menerima asas-
asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar tentang abjad, nombor,
bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan formal mereka (darjah 1).
Bagi ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak mereka melalui program prasekolah formal, anda
boleh mengajar anak anda secara tidak formal di rumah jika anda inginkan. Yang penting adalah
anda perlu memastikan anak anda belajar kemahiran yang mereka perlu sepertimana yang
dipelajari oleh kanak-kanak di kelas prasekolah. Banyak bahan-bahan bantu mengajar dan buku-
buku kerja yang boleh anda perolehi di kedai-kedai buku untuk menjadikan proses pembelajaran
lebih menyeronokkan walaupun di rumah.
Anda sebagai ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah
kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang amat penting sebelum kanak-kanak ini
memulakan pendidikan formal. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa pendidikan prasekolah boleh
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan memberikan mereka kemahiran yang mereka
perlukan dari semua aspek rohani dan jasmani.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini adalah untuk meninjau perbezaan antara Tadika swasta dengan Tadika yang
dianjurkan oleh kerajaan seperti KEMAS dalam melahirkan kanak-kanak yang berkualiti. Kajian
ini juga akan mengurangkan skop kajian dan cuba meneliti bagaimana melahirkan pusat
pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti samada Tadika Swasta mahupun Tadika
Kerajaan.
PERNYATAAN DASAR
Dari segi latihan tenaga pendidik, sistem pembelajaran dan persekitaran antara Tadika kerajaan
dan swasta, ia mengikut kaedah dan peruntukan yang berbeza. Jika keadaan ini dibiarkan
berlanjutan, ia tidak akan membantu usaha kerajaan untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti
asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara ini tidak akan tercapai. Kerana terdapat
kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran di Tadika Swasta dan Tadika kerajaan amat
berbeza kerana tertakluk kepada keupayaan Tadika Swasta berkenaan berbanding dengan Tadika
Kerajaan kerana Tadika kerajaan mendapat peruntukkan sepenuhnya oleh kerajaan. Perbezaan
ini memberi kesan kepada pembangunan potensi kanak-kanak berkembang dengan optimum.
OBJEKTIF KAJIAN
Hasil berbagai kajian mengenai amalan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak diantara
Tadika swasta dan Tadika Kerajaan yang mana lebih berkualiti dan ia terhasil kemudahan fizikal
dan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek berikut dititikberatkan iaitu:
i. keselesaan dan kesesuaian premis atau bangunan;
ii. kawasan luaran serta sekitaran yang boleh merangsang minda, fizikal dan emosi kanak-
kanak; dan
iii. kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang berkualiti dan memenohi keperluan
kanak-kanak.
Secara khusus kajian ini adalah bertujuan untuk memastikan pencapaian hasil pembelajaran yang
positif dan berpanjangan. Malahan kemudahan fizikal dan sekitaran luaran boleh berperanan
sebagai guru ketiga kepada kanak-kanak selepas ibu-bapa dan tenaga pendidik di pusat didikan
awal. Oleh itu kemudahan fizikal dan pembelajaran pusat didikan awal perlulah menyumbang
kepada pembinaan keyakinan, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di pusat-
pusat tersebut seterusnya membentuk kanak-kanak yang berkualiti.
KEPENTINGAN KAJIAN
Sebagai sebuah negara demokrasi yang berteraskan kepada keadilan, semua warganegara berhak
mendapat taraf pendidikan yang baik tanpa mengira ras, agama, jantina, kekayaan dan lain-lain.
Namun berdasarkan realiti yang ada di negara kita pada masa kini, ibubapa berpendapatan tinggi
dan mereka yang tinggal dibandar tidak menghantar anak mereka ke institusi prasekolah anjuran
kerajaan. Ibubapa ini terdiri daripada mereka yang tinggi ilmu pengetahuan. Adakah tadika
anjuran kerajaan kurang berkualiti atau tidak menjamin tahap pencapaian anak-anak mereka.
Sekiranya ia benar-benar berlaku, maka amat malanglah ibubapa yang berpendapatan rendah dan
tinggal di luar bandar yang terpaksa menghantar anak mereka ke institusi anjuran kerajaan yang
pastinya mempunyai taraf pendidikan yang rendah jika dibandingkan dengan swasta.
METODOLOGI
Dalam bab ini , penyelidik akan menerangkan beberapa perkara mengenai kaedah penyelidikan
yang digunakan bagi kajian ini. Ianya adalah rekabentuk kajian, tempat kajian, sampel,
instrumen, soalan rintis, item-item soalan serta analisis data yang\ bakal digunakan
Rekabentuk Kajian
Kaedah yang digunakan bagi menjayakan penyelidikan ini adalah dalam bentuk tinjauan. Untuk
mengumpul maklumat, kami menggunakan kaedah soal selidik. Ia merupakan kaedah yang
terbaik bagi mendapatkan pandangan dan persepsi tentang persoalan yang dikemukakan (Mohd.
Najib, 1999). Rasional bagi penyelidik menggunakan soal selidik adalah supaya responden kami
mempunyai ruang masa yang cukup bagi menjawab persoalan yang dikemukakan. Selain dari itu
ia memudahkan penyelidik menganalisis data yang dikemukan oleh ibubapa.
Tempat kajian
Kajian penyelidik dilakukan di sekitar Taman KUB dan Taman Rahmat. Rasional penyelidik
melakukan kajian di taman-taman ini adalah kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal
penyelidik dan juga terdapat dua golongan ibuabapa iaitu ibubapa yang berpendidikan tinggi dan
ibubapa yang berpendidikan sederhana. Selain dari itu terdapat banyak institusi prasekolah yang
tumbuh bak cendawan selepas hujan di kawasan ini.
Sampel Kajian
Sampel kajian penyelidik adalah terdiri dari 90 orang ibubapa yang menghantar anak mereka ke
Tadika swasta dan Tadika Kerajaan di kawasan yang telah disebutkan di atas. Kaedah
persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak kelompok di mana kami memilih
beberapa buah Tadika swasta dan Tadika Kerajaan di sekitar Taman KUB dan Taman Rahmat.
Instrumen kajian
Soal selidik telah digunakan di dalam kajian penyelidik. Soal selidik ini telah penyelidik bina
berdasarkan kepada persoalan dan objektif yang telah ditetapkan. Pada amnya ia terdiri dari dua
bahagian iaitu A dan B. Bahagian A merupakan latar belakang responden dan bahagian B
merupakan persoalan yang hendak dikaji.
HASIL KAJIAN
1. Peralatan yang digunakan
Hasil kajian mendapati ramai dikalangan ibu bapa menyatakan bahawa peralatan yang digunakan
di Tadika Swasta adalah lebih baik berbanding Tadika Kerajaan berdasarkan soal selidik
terhadap 90 orang ibubapa mengenai pendapat mereka tentang Tadika Swasta adalah lebih baik
berbanding Tadika Kerajaan yang dijalankan mengunakan beberepa soalan. Berdasarkan kepada
jadual terbabit didapati ibubapa yang berpendidikan tingi dan berkemampuan lebih gemar
memilih tadika swasta berbanding tadika yang disediakan kerajaan.
Jadual 1: Peralatan Yang Digunakan Oleh Tadika Swasta Dan Kerajaan
PERALATAN YANG DIGUNAKAN SWASTA KERAJAAN
Kerusi dan meja yang digunakan amat baik 50 40
Peralatan yang digunakan adalah terkini 55 35
Bilangan peralatan yang digunakan mencukupiberbanding jumlah kanak-kanak.
50 40
Terdapat kad yang tergantung di dalam bangunanyang boleh menarik minat kanak-kanak
30 60
Bangunan / Premis yang digunakan begitu selesa 45 45
Peralatan untuk beriadah amat baik 60 30
2. Persekitaran Tadika Swasta dan Kerajaan
Ibubapa mementingkan keselamatan keselesaan persekitaran anak-anak mereka dalam memilih
antara Tadika Swasta dan Kerajaan. Berpandukan kepada persekitaran Tadika Swasta dan
Kerajaan, di dapati ibubapa menyatakan tadika swasta mempunyai Persekitaran selamat dan
selesa menjadi faktor utama dalam pemilihan pusat pendidikan awal untuk kanak-kanak.
Jadual 2: Persekitaran Tadika Swasta Dan Kerajaan
PERSEKITARAN SWASTA KERAJAAN
Persekitaran tadika sentiasa ceria 50 40
Kawasan beriadah mencukupi 55 35
Terdapat mural di dinding bangunan 50 40
Persekitaran tadika menggalakkan suasana Pengajarandan Pembelajaran
30 60
Jarak dari rumah berdekatan 45 45
Persekitaran selamat untuk kanak-kanak 60 30
3. Sikap Guru Tadika Swasta Dan Kerajaan
Bahagian ini mempunyai 4 soalan di sasarkan kepada guru Tadika Swasta Dan Kerajaan.
Merujuk kepada jadual 3, hasil daripada kaji selidik yang dijalankan terhadap sikap guru, rata-
rata ibu-bapa menyatakan sikap guru Tadika Swasta Dan Kerajaan adalah berbeza.
Jadual 3: Sikap Guru Tadika Swasta Dan Kerajaan
SIKAP GURU SWASTA KERAJAAN
Guru prihatin dan penyayang 50 40
Guru memberi perhatian terhadap tugas 55 35
Personaliti guru menarik 50 40
Guru pandai menghias diri 55 35
4. Pengalaman Serta Tahap Pendidikan Guru Tadika Swasta Dan Kerajaan
Dalam bahagian ini terdapat perbezaan yang sangat ketara kerana rata-rata ibubapa berpendapat
guru Tadika Kerajaan adalah lebih berpengalaman dan mempunyai tahap pendidikan yang lebih
tinggi serta modul pendidikan di Tadika Kerajaan adalah lebih baik daripada Tadika Swasta
kerana Tadika Kerajaan mengunakan modul pendidikan yang selaras dengan kehendak
pendidikan rendah yang akan ditempuhi semasa pembelajaran formal nanti.
Jadual 4: Pengalaman dan tahap pendidikan Tadika Swasta Dan Kerajaan
PENGALAMAN DAN TAHAP PENDIDIKAN SWASTA KERAJAAN
Tahap pencapaian akademik guru mencukupi 20 70
Guru tadika adalah seorang yang terlatih 25 65
Guru pandai mengambil hati pelajar 45 45
Kaedah kawalan disiplin berkesan 25 65
Guru berpengalaman 15 75
PENDAPAT PENYELIDIK
Pada pendapat saya sudah semestinya terdapat perbezaan dari segi sesi pembelajaran samada kita
menghantar anak-anak kita ke tadika swasta atau kerajaan. Dimana prasekolah terdapat silibus
yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia.Ianya seiring dengan silibus seperti tahap
1. Kerana pelajar prasekolah juga mempelajari sains awalan, matematik awalan dimana
penggunaan bahasa inggeris juga diterapkan. Ini kerana pihak kerajaan mahu pelajar prasekolah
sudah terdedah terlebih awal dengan penggunaan istilah bahasa inggeris dalam subjek matematik
dan sains.Mereka juga diberi penghayatan secara "hands on" agar kaedah sesi pembelajaran
berkesan dan menyeronokkan contohnya ketika melakukan aktiviti sains.
Selain itu, walaupun mereka mempunyai Kejohanan Sukan Prasekolah setiap bulan Mei dimana
tradisi sepanjang tahun itu untuk mengasah bakat pelajar prasekolah agar mereka terdedah
dengan sains sukan. Manakala Karnival Prasekolah juga mengetengahkan bakat pelajar
prasekolah agar terlibat dengan aktiviti kesenian seperti pentomen, nasyid, hafazan, nyanyian,
musik dan gerakan serta deodrama (penggunaan tanah liat dalam mereka bentuk mengikut tema
yang ditetapkan dalam peraduan) Ini adalah sebahagian acara untuk meningkatkan kemahiran
berfikir secara logikal dan teknikal. Disamping itu diterapkan nilai-nilai murni seperti hafazan
ayat suci al-qur'an, asas solat, bacaan Muqadam/Al-Qu'ran mengikut kemampuan pelajar
tersebut (jika mengikuti kelas Fardu Ain). Agar murid prasekolah yang beragama Islam, terdedah
dengan asas agama untuk dijadikan landasan panduan hidup.
Begitu juga tadika swasta, pengurusan mereka di pantau oleh KPM agar silibus mereka seiring
dengan prasekolah.Tetapi tadika swasta lebih kepada hafalan, ia bertindak memerah otak, IQ
budak 3~5 tahun boleh terganggu jika terlalu ditekan. Dan semestinya, tadika swasta
memerlukan pembayaran yuran pendaftaran, kemasukan, bulanan, tahunan dimana jika pihak
ibubapa itu sendiri berkemampuan untuk menanggung kos yang tinggi.Manakala prasekolah
semestinya hanya tidak perlu mengeluarkan duit sebegitu rupa.Mungkin ada tetapi hanya untuk
sumbangan kebajikan dan sampingan yang akan diterangkan oleh pihak pengurusan sekolah
berdasarkan persetujuan PIBG.
Dari segi persekitaran, saya dapati dewasa ini terdapat perubahan didalam persekitaran
prasekolah yang lebih kondusif, kerana dasar pendidikan Negara menitikberatkan pembangunan
modal insan bermula dari pendidikan awal kanak-kanak. Namun, masih lagi terdapat segelintir
ibubapa yang berpendapatan tinggi tidak mempercayai kemampuan pendidikan yang disediakan
pihak kerajaan.
CADANGAN
Tadika yang baik merupakan gabungan kehadiran infrastuktur, input pendidik dan usaha kanak-
kanaknya. Oleh itu samada Tadika Swasta atau Kerajaan haruslah menyediakan unsur-unsur
yang menyokong perkembangan kanak-kanak dari semua segi. Ibu bapa yang mementingkan
perkembangan anaknya yang menyeluruh perlu membuat pilihan berdasarkan ciri-ciri berikut:
1. Refleksi persekitaran
Sewaktu menjalankan pengajaran, pengajar perlu menghubungkaitkan ilmu tersebut dengan
persekitarannya. Contohnya pendidikan berkenaan mengira satu hingga sembilan perlu diikuti
dengan permainan yang berkaitan nombor - hopscotch. Peringkat ini dikenali sebagai fasa
pengukuhan (reinforcement). Lebih lama fasa pengukuhan digunakan lebih lama pengekalan
ilmu atau modifikasi tingkah laku terjadi.
2. Hiasan usaha kanak-kanak
Kelas yang suasana menarik dan kondusif belajar perlu dipenuhi dengan gantungan pelbagai
hasil aktiviti kanak-kanaknya dan bukan hasilan pendidik atau orang asing. Ejaan yang salah
tidak menggambarkan kelemahan kanak-kanak tersebut tetapi melambangkan kebanggaan
pendidik dan kawan-kawannya terhadap usaha seseorang kanak-kanak untuk maju.
3. Variasi teknik pengajaran
Pendidik yang baik akan mempelbagaikan teknik pengajarannya sepanjang masa. Pendidikan
berbentuk formal dan tidak formal digunakan bagi mempertingkatkan kebolehan penyerapan
komponen fizikal, intelektual, spiritual dan emosi seseorang kanak-kanak. Sewaktu pengajaran
formal, penggunaan pengajaran berkumpulan, kumpulan kecil dan individu perlu digunakan bagi
memastikan perkembangan setiap pelajar dilakukan berdasarkan kebolehan dan keperluan setiap
kanak-kanak tersebut.
4. Penggunaan cerita sewaktu rehat
Apabila penat melakukan pengajaran, pendidik sepatutnya menjalankan sesi bercerita interaktif.
Sesi ini akan mempertingkatkan spiritual dan emosi pelajar. Oleh kerana ia dilakukan secara
interaktif, jalan cerita dikembangkan berdasarkan kreativiti kumpulan kanak-kanak tersebut.
Bagi memastikan sesi ini kurang membebankan, ia dilakukan secara berbaring atau duduk di
bawah pokok. Asasnya ia sepatutnya dilakukan di mana sahaja yang dirasai menarik dan boleh
mengurangkan tekanan belajar pada kanak-kanak. Perlu ditekankan sesi ini selalunya tidak
berjadual dan dilakukan apabila sebilangan pelajar didapati penat.
5. Interaksi kanak-kanak di dalam kelas
Interaksi kanak-kanak di dalam kelas melambangkan bagaimana seorang pendidik mengawal
kelasnya. Kelas yang diam dengan kanak-kanaknya hanya duduk bermuka bosan perlu dikenal
pasti. Jika ini berlaku pendidik untuk kelas tersebut secara tidak langsung menghasilkan
persekitaran yang tegang dan dengan itu tidak kondusif untuk belajar. Kanak-kanak pada umur
prasekolah perlu boleh bergerak dan berinteraktif tetapi dalam suasana yang terkawal. Jika
kanak-kanak tersebut sentiasa bermain, bekerja dengan rakan-rakan dan bahan pengajarannya ini
menunjukkan pendidik tersebut berjaya menghasilkan suasana yang interaktif dan mudah
berkomunikasi.
6. Pengorbanan masa bermain
Pengorbanan masa bermain demi untuk menghabiskan objektif pengajaran akan hanya
menghasilkan kanak-kanak yang hanya berupaya memuntahkan maklumat. Kreativiti kanak-
kanak akan terencat. Penggunaan kerja rumah sebagai satu teknik untuk meningkatkan
kefahaman kanak-kanak pada peringkat ini hanya mencerminkan keupayaan terhad prasekolah
untuk mencari teknik pengukuhan alternatif yang lebih baik. Walaupun teknik ini sesuai 5 tahun
lepas, penyusunan semula kurikulum pengajian tinggi dan rendah menyebabkan komponen
kreativiti lebih diutamakan. Malah pada masa kini pemilihan pekerja lebih mementingkan
kreativiti kerana ilmu yang dibawa oleh pemohon hampir sama sahaja.
7. Semua sama
Pendidik merupakan manusia biasa yang kerap melakukan kesalahan. Kadangkala pendidik lebih
cenderung untuk memberi bantuan kepada seorang kanak-kanak berbanding kanak-kanak yang
lain. Walaupun ini terjadi secara tidak sengaja, mekanisma check and balance perlu wujud dalam
bentuk pendidik tambahan pada setiap kelas. Ini membolehkan semua kanak-kanak diperlakukan
secara saksama dari semua segi. Ia secara tidak langsung menghasilkan persepsi bahawa setiap
pelajar dihormati dan setiap pendapat mereka dihargai. Kesalahan yang dilakukan akan
dikenakan tindakan yang sama tidak mengira rupa, jantina ataupun kedudukan.
8. Minat ke kelas
Indikasi paling mudah bagi menentukan jika sesebuah kelas sesuai dengan seseorang kanak-
kanak adalah kecenderungan kanak-kanak tersebut untuk kembali ke kelas untuk keesokan
harinya. Jika terdapat tindakan teragak-agak oleh kanak-kanak ia mungkin menunjukkan
kehadiran konflik di kelas yang tidak berjaya ditangani oleh pendidik.
KESIMPULAN
Didalam membuat keputusan untuk memilih Tadika ibubapa mestilah memastikan tadika terbabit
selamat dan mesra untuk kanak-kanak Keselamatan anak adalah keutamaan anda. Itulah
sebabnya mengapa anda perlu menghantar anak ke prasekolah yang berdaftar kerana ia
memenuhi keperluan keselamatan tempat, keselamatan kebakaran dan juga kebersihan. Sebagai
tambahan, anda boleh perhatikan sama ada terdapat ciri-ciri keselamatan yang lain. Contohnya,
pastikan kawasan luar prasekolah berpagar, tiada bucu-bucu tajam di meja, dan sinki dan tandas
sesuai untuk kanak-kanak.
Bilangan kanak-kanak yang sesuai Memandangkan komunikasi terbuka juga penting dalam
proses pembelajaran, kelas yang ideal ialah antara 12 hingga 15 kanak-kanak dengan seorang
guru dan seorang pembantu. Guru yang baik dan berkelayakan Seorang guru prasekolah yang
bagus adalah baik hati, ceria dan menyukai kanak-kanak. Dia berminat untuk melibatkan diri
dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak. Dia berpakaian yang memudahkannya
berbongkok apabila bercakap dengan kanakkanak, berlari atau merangkak apabila bermain
bersamanya. Dia perlulah mempunyai kelayakan akademik dan profesional, mempunyai
pengetahuan mengenai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan boleh menjelaskan bagaimana
dia menggunakannya di dalam kelas.
RUJUKAN
Mohd. Salleh Bin Lebar (1995). Asas Psikologi Pendidikan. K.L: Utusan Publication &
Distributions
Mohd Daud Bin Hamzah (1996). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran, K.L: Utusan
Publications & Distributions.
Rohaty Bt. Mohd Maizub dan Abu Bakar B Nordin (1994). Pendidikan Prasekolah, K.L: Fajar
Bakti.
Rozaimah Bt. Baharudin dan Salma BT Ishak (1986). Panduan aktiviti Prasekolah, Selangor:
Fajar Bakti.
Hobart, Christine and Frankell, Jill (1994). A Practical Guide To Child Observation, U.K.:
Stanley Thornes.
Kamarudin Bin Hj. Hussin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak, K.L: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Halimah Bt Abd. Rahman dan Kamariah Bt. Ibrahim (1993). Pengurusan pengelolaan Pusat
Prasekolah, K.L: Fajar Bakti.
Kementerian Pelajaran Malaysia: Laporan Seminar Kebangsaan pendidikan Prasekolah, 1981.
Mohd. Salleh Bin Lebar (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia.
Edisi Pertama, K.L.: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Habibah Ellias (1993). Kaeah Penyelidikan Pendidikan, Edisi Ketiga. K.L. : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mustafa Kamil Ayub (1995), “Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Bagi Menjamin Suasana
Persekolahan Yang Sihat Dalam Penerapan Nilai-nilai Islam”’ Jurnal guru, keluaran 7.
Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal Untuk Pusat Anak Permata Negara (Papn)