1
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “SEMPURNAKAN SOLAT KAMU”
3 JANUARI 2014M / 1 RABI’UL AWWAL 1435H
إلـه إال اهلل وحده ال شريك له ، وأشهد أن سيدنا محمدا آل أشهد أنله وأصحابه آعبده ورسوله . اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ء
ين . ومن تبعهم بإحسان إلى يـوم الد
أما بـعد ، فيا عباد اهلل ، إتـقوا اهلل حق تقاته ، وال تموتن إال وأنتم .مسلمون
2
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan
sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan
sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang
kepada tali Allah S.W.T yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai
hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah
dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah S.W.T yang penuh
barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan
yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan
meningkatkan amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita
dengan Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan
hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri
rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T di
dalam surah Ali-Imran ayat 103:
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,
dan janganlah berpecah belah”.
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“SEMPURNAKAN SOLAT KAMU”.
3
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Marilah kita sama-sama bayangkan, jika sesebuah rumah itu tidak
mempunyai tiang, bagaimanakah agaknya kedudukan atap, dinding dan
lantai?. Sudah tentu semuanya terletak di atas tanah dalam keadaan
berasingan dan sudah tentu juga ia tidak akan dinamakan sebuah rumah.
Demikianlah solat itu diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai tiang
agama. Sekiranya solat tidak ditunaikan, maka tiadalah agama bagi
seseorang itu dan semua ibadah lain tidak akan berguna kerana perkara
yang membezakan antara orang Islam dengan bukan Islam ialah solat.
Setiap dari kita pasti mengetahui kedudukan solat dalam agama dan
syariat Allah SWT. Solat merupakan rukun kedua yang menjadi asas
terbinanya Islam dan amal pertama yang akan dihitung pada hari qiamat
kelak. Oleh kerana itu atas dasar kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
Rasulullah SAW kepada ummatnya, Baginda berwasiat untuk kali terakhir
berulangkali supaya kita mengerjakan solat.
Dalam al-Quran terdapat lebih daripada 25 tempat ayat اقام yang merujuk
kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat
lebih daripada 70 kali perkataan الصالة yang diulangsebut dalam al-Quran.
Ini menunjukkan betapa penting dan besarnya kewajipan menunaikan solat
kerana ia adalah salah satu rukun Islam yang lima. Allah berfirman dalam
surah an-Nisaa’ ayat 103 :
4
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Yang bermaksud : “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan
solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa
kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila
kamu telah berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat
itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang
tertentu waktunya.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Dalam al-Quran ada menceritakan peristiwa yang berlaku kepada
keturunan Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi
Yaakob, apabila keturunan mereka menjadi leka dan lalai kepada perintah
Allah SWT. Bermula dengan meninggalkan solat, kemudian dengan
mengikut hawa nafsu dan ajaran sesat, akhirnya atas perbuatan itu telah
menghumban diri mereka ke dalam neraka. Para ulama berpendapat, ia
5
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
juga ada kaitannya dengan umat Nabi Muhammad SAW. Setelah sekian
lama masa berlalu, masih ada yang alpa dan leka dalam menunaikan
ibadah solat. Mereka ini juga akan menerima nasib yang sama kecuali
mereka segera bertaubat dan beramal soleh, InsyaAllah mereka akan
diselamatkan oleh Allah SWT.
Meninggalkan solat ibarat meruntuhkan agama dan memutuskan
hubungan keluarga sesama masyarakat Islam. Kita akan mendapat
kemurkaan Allah SWT dan kebencian makhluk yang lain. Kedudukan solat
dalam Islam sangat penting dan tidak bisa ditandingi oleh ibadah yang
lain. Keistimewaannya digambarkan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj, di
mana Rasulullah SAW menerima perintah Allah SWT untuk melaksanakan
ibadah solat. Perintah yang diberi secara langsung kepada Rasulullah di
Sidratul Muntaha menunjukkan bahawa kedudukan ibadah ini terlalu agung
di sisi Allah SWT. Atas kedudukan inilah, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud : "Pokok agama adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan
puncaknya adalah jihad di jalan Allah SWT." (Hadis riwayat At-Tirmidzi).
Seruan dan perintah mengerjakan solat terlalu banyak diceritakan dalam
al-Quran dan Hadis. Dengan melaksanakan perintah Allah SWT ini, umat
Muhammad SAW dijanjikan dengan balasan yang baik. Firman Allah SWT
dalam surah al-A’raaf ayat 170 :
6
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya : “Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan kitab
serta mendirikan solat, sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan
pahala orang yang berbuat kebajikan.”
Firman Alllah SWT lagi di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 22 :
Yang bermaksud : “Dan orang-orang yang sabar kerana mencari
keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan solat, serta menafkahkan apa
yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan
mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; bagi mereka itulah
disediakan balasan yang baik.”
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Perbuatan meninggalkan solat semakin kritikal dalam kehidupan
masyarakat kita hari ini. Manusia semakin terjebak dan leka dengan
timbunan kesibukan perkara dunia dan pelbagai urusan hidup seharian.
Anak-anak muda semakin sibuk dengan kegiatan yang tidak membawa
7
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
faedah, malah amat menyedihkan kerana ibu bapa sendiri seakan-akan
tidak ambil kisah tentang perkara ini. Kesulitan yang dihadapi, bebanan
penderitaan yang ingin dilepaskan dan kegelisahan serta keresahan jiwa
raga diselesaikan dengan cara yang salah dan tidak bermoral. Sebagai
ummat Islam, kita harus tahu bahawa segala perkara yang berlaku kepada
diri kita adalah kerana kehendak Allah SWT tanda peringatan kepada kita
supaya tidak melupakanNya. Kesalahan meninggalkan solat tidak
langsung dipandang serius.
Tuntutan solat ini bukan hanya diwajibkan untuk diri sendiri tetapi Allah
SWT turut memerintahkan semua ahli keluarga kita menunaikan kewajipan
ini. Malah ia menjadi tanggungjawab ibu bapa atau ketua keluarga untuk
mengajar dan mengajak ahli keluarganya mendirikan solat sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 132:
Yang bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu
mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami-lah yang memberi
rezeki kepadamu, dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-
orang yang bertakwa.”
8
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Daripada Amru bin Syuib daripada
ayahnya, daripada datuknya, Rasulullah SAW telah bersabda
"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya bersolat ketika mereka
berumur tujuh tahun, pukullah mereka apabila mereka berumur
sepuloh tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka." (Hadis Riwayat
Abu Daud).
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Menunaikan solat menuntut perlakuan yang ikhlas, khusyu’ dan tawaddu’
kepada Allah SWT. Ia bukanlah satu perbuatan seperti ibarat 'melepaskan
batuk di tangga'. Asal sudah melaksanakannya kita anggap kita telah pun
menunaikan perintah Allah SWT dan terlepas daripada tanggungjawab
sebagai seorang Islam. Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri,
sama ada Allah menerima solat kita atau tidak?. Sempurnakah solat aku?.
Berkualitikah ibadah solatku di mata Allah SWT?. Adakah kita sudah temui
ketenangan dengan menunaikan solat? Dan adakah kita selalu selesaikan
solat kita dengan pantas seperti ingin melepaskan 'beban' yang terpaksa
ditanggung?.
Sebagai ummat Islam, kita harus mencontohi tatacara solat yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW. Pada hari ini mimbar bukan ingin mengajar sidang
jumaat cara bersolat kerana yakin semua sudah tahu bagaimana untuk
mengerjakan solat, tetapi marilah kita sama-sama bermuhasabah untuk
9
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
memperbetulkan solat kita supaya ia menjadi sempurna lagi berkualiti.
Beberapa perkara perlu dititikberatkan agar kita mencapai prestasi yang
tinggi dalam ibadah solat kita. Antaranya :
Pertama : Solat dengan ilmu. Jangan hanya mengerjakan solat
mengikut cara orang lain tanpa belajar selok beloknya. Banyak ilmu
berkaitan solat boleh kita pelajari dan tambahbaik pengetahuan tersebut.
Kedua : Jaga waktu solat kita. Bersegera dalam melakukan
solat amat dituntut. Jangan terlalu leka sehingga kita mendapat kualiti
solat dihujung waktu.
Ketiga : Jaga kesempurnaan wudhu’. Solat tidak sah jika
wudhu’ juga tidak sempurna. Ia syarat sah untuk menunaikan solat.
Berwudhu’ bukan sekadar membasuh anggota yang perlu tetapi cara
membasuh dan membersih anggota itu lebih diutamakan.
Keempat : Jaga kebersihan dan aurat ketika solat. Bukan itu
sahaja malah kebersihan tempat solat juga perlu diberi perhatian. Kita
ingin mengadap Allah SWT yang Maha Mulia dan suka kepada kebersihan.
Oleh itu tidak salah jika kita membersihkan diri dan menggunakan pakaian
bersih dan cantik serta menutup aurat dengan betul. Memang betul kita
wajib tunaikan solat tidak kira di mana jika waktunya sampai, tetapi
yakinlah dengan kebersihan dan penampilan kita sebelum kita
menunaikannya.
10
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Kelima : Patuhi dan fahami semua rukun solat. Setiap perkara
yang Allah SWT tentukan ada peraturannya. Disiplinkan diri dengan
peraturan tersebut dan contohi tatacara Rasulullah SAW bersolat seperti
sabda Baginda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang
bermaksud : "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku solat."
Keenam : Tunaikan solat dengan keadaan tenang. Bukan cepat
nak selesai. Inilah yang selalu menyebabkan rukun solat tertinggal dan
tidak mengikut rukun yang betul. Jika solat berjemaah, ada pula makmum
yang mendahului imam dalam setiap pergerakannya.
Ketujuh : Fahami bacaan dalam solat. Kita boleh belajar untuk
memahami makna setiap bacaan. Sekurang-kurangnya hati kita sentiasa
tenang dan tetap dalam pergerakan kita.
Kelapan : Khusyu’. Janganlah memikirkan perkara dunia ketika
kita melakukan solat. Anggota badan melakukan perkara wajib tetapi
fikiran melayang ke tempat lain. Memahami maksud ayat yang dibaca
dalam solat boleh membantu khusyu’ dalam solat. Allah SWT berfirman
dalam surah al-Mukminun ayat 1 – 2:
Maksudnya: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman.
Iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya.”
11
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Kesembilan : Sudahi solat kita dengan zikir dan doa. Basahi
lidah kita dengan memuji Allah SWT dan memohon kepada-Nya. Allah
suka orang-orang yang meminta kepada-Nya.
Kesepuluh : Tambahbaik ibadah solat. Melaksanakan yang
fardhu dan sulami dengan solat sunat. Ibadah solat sunat juga mempunyai
keistimewaan dan kelebihan pahala yang diberikan Allah SWT. Sekurang-
kurangnya kita boleh mencapai prestasi yang baik dalam amalan kita.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, MIMBAR sekali lagi berpesan
janganlah sekali-kali kita meremehkan soal ibadah solat. Jadilah diri kita
ini dalam golongan yang selalu memelihara solat. Berapa panjang
sekalipun usia kita, pasti akhirnya akan meninggalkan dunia ini dan kita
perlu bekalan untuk perjalanan ke akhirat. Marilah sama-sama kita
manfaatkan usia yang ada dengan melaksanakan segala perintah Allah
SWT supaya segala amalan baik kita akan menjadi bekalan di akhirat.
Allah SWT tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia, tetapi sebaliknya kita
sebagai hamba yang selalu mensia-siakan kehidupan kita.
12
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Yang bermaksud : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu’. Iaitu mereka yang
percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan
bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 45 – 46)