JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
TEKS KHUTBAH
Tajuk :
JAGA KESIHATAN, CEGAH JANGKITAN
Tarikh Dibaca :
18 Rejab 1441H/
13 Mac 2020M
Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan
1
JAGA KESIHATAN CEGAH JANGKITAN
13 Mac 2020M/ 18 Rejab 1441H
ونستغف ونستعينه مد لل ه، نحمده إن الح ره ون ن شرور أنفسنا ه، ونعوذ بالل ه م توب إلي ومن سي ئات أعمالنا، من يهد الل ه فهو ومن د المهت ا مرشدا.لن تجد له ولي يضلل ف
ه إل ا إلأشهد أن ل ا الل ه يك ل أ وأشهد ه،وحده لا شر ن م دا عبده ور هم حم لل سوله، ا وسل م د وعلى صل له و آعلى نبي نا محم د من و ه صحب ين.لى يوم الد إ ته عا بدعو
ا بعد، فيا عباد الل ه قو أم ا الل ه،، ات و م اوصيك ي نفس تقو ب لع كم ى الل ه وطاعته ل تفلحون.
ڃ ڃ ڃ چ چ ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب خب
SIdang jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
semua dibangkitkan dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa di akhirat
kelak.
Mimbar pada hari ini membicarakan khutbah bertajuk : “Jaga Kesihatan,
Cegah Jangkitan”.
Khutbah Jumaat Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan
2
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya mencegah wabak penyakit adalah tanggungjawab kita
bersama. Dalam menghadapi situasi penularan COVID-19 ini, beberapa
nasihat dan saranan yang sangat penting daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia kepada masyarakat, antaranya :
Pertama : Patuhi tatacara Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah
yang telah ditetapkan kepada individu yang telah diarahkan. Arahan ini
dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1998 (Akta 342).
Kedua : Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke
luar negara sekiranya tiada tujuan yang mendesak, seperti ke wilayah-
wilayah atau bandar-bandar yang telah diisytiharkan sebagai kawasan
wabak COVID-19.
Ketiga : Amalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci
tangan dengan air dan sabun atau menggunakan ‘hand sanitizer’. Bagi
mereka yang ada gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk
atau kesukaran bernafas, segeralah mendapatkan rawatan perubatan.
Amalkan adab yang betul ketika batuk dan bersin.
Keempat : Orang awam yang bergejala walaupun belum dibuktikan
dijangkiti wabak tersebut dinasihatkan agar tidak mengunjungi tempat-
tempat tumpuan orang ramai seperti majlis kenduri dan perjumpaan sosial
yang lain. Jika terpaksa berhadapan dengan orang ramai, jarakkan diri
sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain dan pakailah penutup
mulut dan hidung. Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang
Khutbah Jumaat Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan
3
lain. Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam
sebagai ganti.
Kelima: Amalkanlah gaya pemakanan sihat dan seimbang untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Keenam : Orang awam juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita
atau maklumat yang tidak sahih berkaitan COVID-19. Kementerian
Kesihatan Malaysia akan terus memantau perkembangan jangkitan wabak
COVID-19 dari masa ke semasa. Informasi terkini berkaitan COVID -19 ini
akan terus dikongsi dan dihebahkan kepada masyarakat melalui pelbagai
saluran termasuk di media sosial.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Kepada jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh yang telah berlangsung di
Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020
yang lalu sekiranya mengalami gejala, diminta menghubungi pihak Pejabat
Kesihatan Daerah yang berhampiran atau melalui talian hotline yang telah
disediakan. Sekiranya tidak mengalami gejala, amalkan jarak sosial
sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain selama 14 hari dari tarikh
akhir menghadiri perhimpunan tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia
sangat mengharapkan kerjasama semua yang telah terlibat bagi
memastikan wabak COVID-19 ini tidak terus merebak ke dalam komuniti.
Semoga kita semua dilindungi Allah SWT sepanjang masa.
Mengakhiri khutbah, marilah sama-sama kita renungi beberapa kesimpulan
daripada khutbah hari ini:
Khutbah Jumaat Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan
4
Pertama: Kita mestilah bertanggungjawab dengan mengikuti panduan dan
saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kedua: Umat Islam disarankan menjaga kebersihan, memelihara
persekitaran dan membudayakan cara hidup yang sihat.
Ketiga: Kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan penularan wabak
penyakit dan segera mendapatkan rawatan sekiranya bergejala.
Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat
41:
ڃ ڃ ڃ چ چ
جت يب ىب مب خب حب جب ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ
حت خت
Bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat
dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
بارك الل ه لي ول كم ي وإ القرآن العظيم ونفعن ب اك ي يه من الآيات والم بما ف كيم ذ كر الحميع ه هو الس إن ل من ي ومنكم تلاوته وتقب الل ه العظيم أقول م.علي ال قولي هذا وأستغفر ئر المسلمين والمسلمات وال مؤ لي ول كم ولسا والأموات نهم منات الأحياء م ن والمؤ مني
حيم ه هو الغفور الر .فاستغفروه إن
Khutbah Jumaat Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan
5
KHUTBAH KEDUA
ين ر الحمد لل ه م لام على ،ب العال والس لاة بي الأمي ن د نا محم سي د والص ن، وعلى آله الن ين ومن تبعهم بإحسان إلى اهر د ين.م اليو وأصحابه الط
أشهد أن ا إله إلا الل ه ل يك ل ه، و وحده لا شر د أن سي أشه دا عب ده ورسوله.دنا محم
ا قوا الل ه بع أم د، فيا عباد الل ه، ات و ه حق تقات أمركم ، عظيم ل ه أمركم بأمر موا أن الاعل
يم سليم على نبي ه ال كر لاة والت ا، فقال بالص لل ه ڄ ڄ ڄ ڃ ڄ الى: تع
ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ
هم ص لل د وعلى ا دنا محم د آل على سي نا ل سي دناد كما صل حم م وعلى يت على سي براهيم إ دنا محم آ براهيم وبارك على سي دنا إ د آ علىد و ل سي ا بار ل سي د كم دنا نا محم كت على سي
ب آراهيم وعلى إ براهيم في العال دنا إ ين ل سي مجيد . ك حميد إن م
اشدين و لفاء الر هم عن الخ أج الص ة عن بقي وارض الل امعين، حابة بعين و عن الت ابعين ومن تبعهم بإ وتابعي الت اوم حسان إلى ي ان وارض ع لد ي رم معهم يا أك ن
.الأكرمين
هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمن موات.حياء منهم والأ منات الأ المؤ و ين الل
Khutbah Jumaat Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan
6
وفيق والهد هم أي د بدوام الت ة و ح اية والص الل لامة الس مل ك نا ك باوه دول ليا وي يڠ مها م ة اسري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، السلطان عبد الل ه رعاي ى ن ال مصطف لد ي
بن المرحوم بالل ه شاه ا سلطان حاج أحمد شاه ال مست ه. ن بالل عي
وكذلك ك باو ڠ، ري اڬوايسوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرموه دولي يڠ مها مية حاجه عزيزة أمينة ميمونة إسكند (Tunku)تونكو م ال متوك ل على ال مرحو بنت ر
اج. الل ه سلطان إسكندر الح
وق ووزراءه هم احفظ علماءه وعم الل ضاته ال ور م ه عاياه مؤمنات ن المؤمنين و الاحمين . برحمتك يا أرحم الر
لدنا هم اجعل ب يا الل ا، س ماليز آمنا مطمئن رخا خاء ن وأمان، دل وإيمان، وأم ء، دار عئر بلاد ال مسلمين.وسا
هم أعز الإسلام والمسلمين ، ودم ر أ أعداء ا اءك عد الل صر الد ين، لد ين وانصر من ن واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إل لد ين.وم اى ي
ن ذ و ع ك ب ل ن م ات ام الت الل ه ات م ا خ م ر ش ق ل ، ب ي ذ ال الل ه م س ل ا ي اس ع م ر ض ه م ء ي ش ي ف و ض ر أ ال ل و ء آم ي الس ا ف ه م الس و ع ي ال ع ي ل ا، م هم ادف ا ع لل عن باء البل والو والغلاء اء
وال والمنكر والفحشاء منها وما بطن ،ن والفتن ح م ،ما ظهر ة لدنا هذا خاص ،من ب ة لدان المسلمين عام ،ومن ب شيء قدير هم إن .إن ك على كل االل عوذ بك من البرص، ن
Khutbah Jumaat Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan
7
نون، والجذام، ومن سي ئ الأس هم .قام والج لل مانع ا لا ولامعطي أعطيت ل ما ل ما ولاراد منعت ولاينفع قضيت ل ما احمين. منك ذالجد الجد ، يا أرحم الر
، وابق چانبناال برڤد دمانن، كسالمتن سرتا ڤرليندوڠن أن، كءايا اهلل، كورنياكنله كسجهتر
يڠ منديريكن ٢امي اورڠ يا اهلل، جاديكنله ك .COVID-19خصوصڽ ڤڽاكيت بربهاي
اڬام جليسمي ڤوست ڤوڠوتن زكاة ءصالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ماللو
سها نله اواديكإسالم واليه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن يڠ منونايكن زكاة. ج
MAIWP ي ن باڬركسباليه ڤرسكوتوان سباڬاي ساتو لڠكه يڠ دالم مڠاڬيهكن زكاة دو
كميسكينن. بلڠڬوملڤسكن اصناف دري
نيا حسنة وفي الآخرة حسن نا في الد نا آت ب ار.عذاب الن قناة و ر
عباد الل ه،
چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ
ڎ ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ
يذكركم، واشكروه علىال فاذكروا ل ه العظيم ي نعمه زدك طكم وه من فضله يع م، واسأل ولذكر الل ه أكبر، والل ه يعلم ما تصنعون.