ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM:
KAJIAN TEKS DAN PANDANGAN TOKOH - TOKOH AGAMA
NORFARIZAH BINTI MOHD NOOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM:
KAJIAN TEKS DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH AGAMA
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NORFARIZAH BINTI MOHD NOOR
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT 2238 JLN HJ IDRIS, USTAZ IDRIS BIN ISMAIL
KG. JENJAROM 42600 Nama Penyelia
JENJAROM, KUALA LANGAT
SELANGOR.
Tarikh:___________________ Tarikh: ______________________
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : Ustaz Idris Bin Ismail
Tarikh :
ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM:
KAJIAN TEKS DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH AGAMA
NORFARIZAH BINTI MOHD NOOR
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( PENGAJIAN ISLAM )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
i
“Saya akui bahawa karya dan penulisan adalah hasil daripada kerja saya
sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelidik : Norfarizah Binti Mohd Noor
Tarikh :
ii
DEDIKASI
بسم هللا الرمحن الرحمي
Ya Allah
Dengan nikmat dan izinMu, setinggi-tinggi kesyukuran Ku panjatkan kepadaMu, Ku syukuri segala nikmat yang tidak terhitung, hanya kepadaMu Ku berserah
dan meminta pertolongan.
Khas Buat Arwah Ayahanda Mohd Noor Bin Hj. Mislam dan Arwah Bonda
Joronah Binti Suraja, yang amat Ku sanjungi dan sayangi, jutaan terima kasih diatas pengorbanan dan nasihat yang menjadi dorongan kepada Ku,
Redhakahlah kehidupan Ku didunia dan diakhirat, anakmu mendoakan kesejahteraan dan kenikmatanMu disana Moga Allah menempatkan kalian disisi
orang-orang yang beramal dan beriman, Amin Ya Rabb….
Buat kekanda semua, segala nasihat, dorongan tujuk ajar dan kata-kata
semangat akan Ku sematkan dalam hati dan kenang selamanya, Buat adinda Ku yang disayangi teruskann perjuangan kerana dengan Ilmu akan
membezakan kita dengan yang lain.
Tidak lupa juga kepada para pensyarah di Fakulti Pendidikan dan juga Fakulti
Tamadun Islam terutama kepada Ustaz Idris Bin Ismail, jutaan terima kasih diatas tunjuk ajar dan Ilmu yang kalian taburkan, halalkan segala Ilmu yang telah kupelajari, semoga dengan Ilmu ini dapat Ku amalkan dan panjangkan
agar menjadi bekalan buat kalian di akhirat sana.
Sahabat-sahabat seperjuangan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), perjuangan kita tidak akan selesai, teruskan perjuangan
kalian dan terima kasih diatas segala, moga kejayaan milik bersama dan semoga beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabb….
iii
PENGHARGAAN
بسم هللا الرمحن الرحمي
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, syukur Ku panjatkan dengan limpah nikmat dan
Kurnia-Nya dapatlah Projek Sarjana Muda ini dilaksanakan dan disiapkan hingga ke
akhir noktah.
Jutaan terima kasih buat penyelia Ustaz Idris Bin Ismail yang banyak
membantu dan memberi nasihat tanpa jemu serta memberi ruang masa dalam
membimbing untuk melaksanakan projek Sarjana Muda ini. Tidak lupa juga kepada
semua pensyarah Fakulti Tamadun Islam, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat
diatas tujuk ajar kalian.
Sabahat seperjuangan, jutaan terima kasih kerana memberikan bantuan,
tunjuk ajar dan berkongsi idea dalam menyalurkan segala bentuk maklumat. Semoga
segala yang diberikan akan diberkati oleh Allah SWT dan memberikan kejayaan
bersama.
Akhir kata, ucapan terima kasih buat pihak-pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam mendapat segala maklumat. Segala budi dan jasa
yang diberikan hanya pada Allah SWT yang dapat membalasnya. Semoga beroleh
rahmat dan perlindungan dari Allah SWT dan seterusnya memperoleh kejayaan di
dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabb…
iv
ABSTRAK
Isu penggunaan Kalimah Allah bagi bukan Islam begitu hebat diperbincangkan
kebelakangan ini, daripada setiap peringkat masyarakat. Oleh itu, kajian ini adalah
bertujuan untuk mengetahui latar belakang permasalahan yang membawa kepada
kekeliruan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam, iaitu dengan mengetahui
konsep penggunaannya dalam al-Quran. Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan
akan penggunaan kalimah Allah menurut pandangan Ulama’ Malaysia dan
menjelaskan akan bentuk-bentuk salah faham masyarakat dalam isu ini. Secara
keseluruhan, penyelidik telah menggunakan metode komparatif. Metode komparatif
ini adalah pengkaji membandingkan pendapat-pendapat Ulama’ melalui ayat hujahan
yang dibahaskan oleh mereka melalui beberapa buah kitab tafsir antaranya Tafsir
Tematik, Tafsir Ibn Katsir, Tafsir al-Qurtubi dan juga Tafsir Fi Zilalil Qur’an, sama
ada pendapat yang membenarkan dan juga pendapat tidak membenarkan penggunaan
kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Di akhir kajian, beberapa cadangan
dapat dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu supaya sebagai umat Islam
hendaklah sentiasa ambil tahu dan berwaspada akan isu-isu yang melibatkan
sensitiviti masyarakat.
v
ABSTRACT
The issue of the use of the Word of God for non-Muslims are great discussion in
recent years, from all levels of society. Therefore, this study aims to determine the
background of the problems that led to the confusion the use of the word of God to
non-Muslims, by knowing the concept used in the Quran. This study aims to clarify
the use of the word of God according to the views of Ulama 'Malaysia and explain to
other forms of public misunderstanding of this issue. Overall, researcher has used the
comparative method. This comparative method compares the opinions of Ulama 'in
the debate section of their arguments through the interpretation of several books
including Thematic Tafsir, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Qurtubi and Tafsir Fi Zilalil
Qur’an, including those who permit and those who prohibit the use of Allah by non-
Muslims. At the end of the study, some suggestions that can be forwarded to the
relevant parties so that the Muslims must always be aware and alert to issues
involving community sensitivities.
vi
ISI KANDUNGAN
Bil
Perkara Halaman
BORANG STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN MAHASISWA i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN
xiii
1 BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
vii
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan kajian dan Skop Kajian 7
1.8 Istilah
1.8.1 Penggunaan
1.8.2 Kalimah
1.8.3 Allah
1.8.4 Orang
1.8.5 Bukan
1.8.6 Islam
8
8
8
9
10
10
11
1.9 Kesimpulan
12
2 BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
13
13
2.2 Latar Belakang Permasalahan isu
penggunaan kalimah Allah
13
2.3 Salah Faham akan Maksud Nas al-Quran
yang membenarkan penggunaan Kalimah
16
viii
Allah kepada agama selain Islam
2.4 Hakikat sebenar kalimah Allah 21
2.5 Pandangan tokoh-tokoh Islam mengenai Isu
kalimah Allah
24
2.6 Fatwa kerajaan dan Majlis fatwa
kebangsaan Malaysia mengenai Kalimah
Allah
27
2.7 Kajian lepas 29
2.8 Kesimpulan
30
3 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
31
31
3.2 Kajian Penentuan Subjek 32
3.3 Kajian Pengumpulan Data 33
3.3.1 Pendekatan Sejarah (Historik) 33
3.3.2 Pendekatan Dokumentasi 34
3.3.3 Pendekatan Perpustakaan 35
3.4 Kajian Analisis Data 35
3.4.1. Pendekatan Induktif 36
3.4.2 Pendekatan Deduktif 36
ix
3.4.3 Pendekatan Komparatif 38
3.5 Kesimpulan
37
4 BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
38
38
4.2 Penggunaan Kalimah Allah dalam Al-
Quran
38
4.2.1 Hujah-hujah golongan yang
membenarkan penggunaan kalimah
Allah
39
4.2.2 Hujah-hujah golongan yang tidak
membenarkann penggunaan kalimah
Allah
45
4.3 Pendapat tokoh Agama Malaysia mengenai
isu penggunaan kalimah Allah
53
4.3.1 Tokoh-tokoh agama yang
membenarkan penggunaan kalimah
Allah kepada Bukan Islam
54
4.3.2 Tokoh-tokoh agama yang tidak
membenarkan penggunaan kalimah
Allah kepada bukan Islam
55
4.4 Makalah-makalah yang dikeluarkan oleh
Institusi mengenai isu penggunaan kalimah
58
x
Allah bagi bukan Islam
4.5 Kesimpulan
60
5 BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN
CADANGAN
61
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Perbincangan hujah-hujah golongan
yang membenarkan Penggunaan
Kalimah Allah bagi bukan Islam
62
5.2.2 Perbincangan hujah-hujah golongan
tidak yang membenarkan Penggunaan
Kalimah Allah bagi bukan Islam
63
5.2.3 Perbincangan daripada tokoh agama
yang menyokong kebenaran
Penggunaan Kalimah Allah bagi
bukan Islam
64
5.2.4 Perbincangan daripada tokoh-tokoh
agama yang tidak menyokong
kebenaran Penggunaan Kalimah Allah
bagi bukan Islam
65
5.2.5 Perbincangan daripada Makalah yang
diterbitkan
66
5.3 Rumusan 69
xi
5.4 Cadangan 71
5.4.1 Cadangan kepada Individu 81
5.4.2 Cadangan kepada Masyarakat 71
5.4.3 Cadangan kepada Badan-badan Bukan
Kerajaan (NGO) dan Institut
Pengajian Tinggi
72
5.4.4 Cadangan kepada Media Massa 73
5.5 Saranan Kajian Lanjutan 73
5.6 Kesimpulan
74
BIBLIOGRAFI 75
LAMPIRAN
xii
SINGKATAN PERKATAAN/ ISTILAH
SWT : Subhanahu Wa Ta’ala
SAW : Sallah’Lhu ‘alayhi Wa Sallam
ABIM : Angkatan Belia Islam Malaysia
BBPM : Badan Bertindak Perpaduan Melayu
Bil : Bilangan
HSD : Hujah Siapa Dulu
HSLG : Hujah Siapa Lagi Lama
HTL : Hujah Tiada Halangan
IKIM :Institut Kefahaman Islam Malaysia
IPT : Institut Pengajian Tinggi
JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KL : Kuala Lumpur
MAIJ : Majlis Agama Islam Johor
NGO : Non Government Organization/ Badan bukan Kerajaan
PAS : Parti Islam SeMalaysia
PKR : Parti Pakatan Rakyat
PPIM : Persatuan Pengguna Islam Malaysia
UIAM : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UM :Universiti Malaya
UMNO : Union Malaysian Nation Organization
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Surat Pengesahan Pelajar
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, berbagai permasalahan muncul dari semua segi perspektif bidang
ilmu, dari bidang akidah, fikh, sirah dan lain-lain. Islam merupakan agama atau al-
din sebagai rujukan dan garis panduan untuk umatnya dalam kehidupan. Rasulullah
s.a.w bersabda:
ا اَح ْح َح ِح ا:ا َح اَحا.ا َح َّد َثَح َح ا َح ُح ا ِح ْح َح اَحا اْحَح ْح ِح ا ا ِح َحَّدا َح ْح ُحا اا ْح ُحا َح َح اٍح َحاَّدا,ا َح َح َحا ِح ا س اا ااصلَّدىا اا َحلَحيْحهِحا سلمَّدايَثَح ْحًم :ا َح ْح َح اا ْح َحا َح ٍحا ا َح اَحا ا.اهَحجَّد ْحتُح َح اَح
ا يَح ٍحا ِحا إْح َثَحلَح َح ا ِح ا َح ُحلَح ْح ا اِحاصلَّدىا اا ليهِحا.ا َح َح ِح َحا َحصْح َح تَح َحخَح َحجَحا َحلَحيَثْح َح ا س اُحا َح ْح ِحهِحا اْح َح َح ُحا.ا َحسَحلَّدمّحا ا ِح ا:ا َثَح َح اَحا.ايَثُح ْح َح ُح ا ِح إْح ِحَلَح ِح ِحمْح ا َثَح َثْحلَحكُحمْح ا َح اَح امَح ْح ِحَّنَّدَح اهَحلَحكَح
ا اْحكِح َح اِحا .ا ِح
Maksudnya: “Bersumber dari Abu Imran Al-Jauni, dia berkata:
“Abdullah bin Rabbah Al-Anshari berkirim surat kepadaku yang isinya
memberitahukan; bahwa Abdullah bin Amer pernah mengatakan: “Suatu
pagi aku bersama Rasulullah SAW tiba-tiba beliau mendengar suara dua
orang berselisih mengenai suatu ayat”. Rasulullah SAW keluar menemui
kami dengan wajah kelihatan murka. Beliau bersabda: “Sesungguhnya
orang-orang sebelum kamu menjadi binasa adalah disebabkan mereka
suka berselisih mengenai Al-Kitab”.
(Riwayat Muslim, Kitab Ilmu no. 47 [2])
2
Oleh itu, sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa mengetahui akan isu-isu
semasa yang berlaku di sekeliling supaya tidak ketingalan dan mengetahui
bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu juga, sebagai
umat Islam hendaklah sentiasa mempunyai perasaan untuk mempertahankan agama
Islam sekiranya berlaku kecaman daripada pihak yang bertentangan.
Umat Islam, secara umumnya merupakan pelbagai bangsa dan mempunyai
kepelbagian lafaz dan bahasa, namun begitu kalimah Allah tidak boleh ditukar dan
diterjemahkan mengikut lafaz dan gaya bahasa masing-masing. Ini adalah
disebabkan bahawa kalimah Allah merupakan kalimah asal lagi suci yang tidak boleh
diubah-ubah mengikut kesesuaian bangsa. Juga telah ditetapkan daripada asal
penurunannya.
Namun begitu, ada beberapa percubaan yang dilakukan oleh pihak Kristian
bagi menggunakan kalimah Allah dalam penggunaan panggilan kepada tuhan
mereka. Daripada ini, berlaku beberapa polimik dan perdebatan antara tokoh agama
dan mahkamah bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah
Herald-The Catholic Weekly.
Oleh itu, banyak pandangan telah diutarakan oleh tokoh agama dan telah
keluar akan Fatwa yang berkaitan mengenai permasalahan ini. Yang demikian juga
membuatkan bahawa setiap umat Islam adalah wajib bagi mempertahankan perkara-
perkara yang berkaitan dengan agama Islam.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekitar Disember 2009 sehingga April 2010 yang lalu, berlaku satu polimik
mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh non- Muslim. Pihak Kristian iaitu ketua
Paderi katolik Murphy Pakiam telah menghantar satu permohonan kepada pihak
berwajib iaitu Mahakamah Rayuan Negara untuk menggunakan Kalimah Allah
3
dalam majalah dalam terjemahan Bahasa Melayu khususnya dalam penerbitan
Herald – The Catholic Weekly. Hakim Mahkmah Tinggi (Bahagian Rayuan dan
Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut.
Sorotan daripada kes ini, diskusi atau perbincangan telah diadakan bagi
menyelesaikan permasalahan ini, dalam penetapan hukum yang mempunyai pelbagai
pandangan.
Pihak kristian telah memberikan beberapa alasan dalam menggunakan
kalimah Allah ini. Dapat dilihat melalui laman sesawang kementerian penerangan
bagi menerangkan perkara ini iaitu pihak Kristian:
• Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu
menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah ‘God’ dan
‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah ‘Lord’.
• Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di
Malaysia telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan
kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah
‘God’. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’
untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di
Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
• Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa
golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.
• Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia
diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa
yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi
penganut Katolik di Malaysia.
• Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam
urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A
4
PerlembagaanPersekutuan.(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?opt
ion=com_content&view=article&id=5683:pointers-larangan-
penggunaan-kalimah-allah-dalam-penerbitan-agama
kristian&catid=16:isu-nasional)
Rentetan itu, sebahagian umat Islam Malaysia merasakan bahawa
permohonan pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan
mereka adalah suatu isu sensitif yang menyentuh soal akidah umat Islam.
Sedangkan syariat Islam yang telah diturunkan oleh Allah SWT akan
siapakah yang sebenarnya Allah dan peroalan-persoalan mengenai-Nya adalah lebih
tepat dan terjawap melalui Firman-Nya dalam surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4:
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah
Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan ia pula tidak
diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
(Surah al-Ikhlas [113]: 1-4)
Dengan demikian, beberapa muzakarah dan perbincangan telah dilancarkan
berdasarkan permasalahan ini. Antaranya adalah yang dilakukan oleh Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam permasalahan ini. Pihak Katolik telah
membahagikan kepada tiga hujah mengapa mereka menuntut penggunaan kalimah
Allah dan dapat dilihat daripada buku berjudul Antara Nama dan Hakikat, Md.
Asham Bin Ahamd (2010) iaitu Hujah Tiada Laranagn (HTL), Hujah Siapa Dulu
(HSD) dan Hujah Sudah Lama Guna (HSLG) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang
bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah
‘Allah’ adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
5
1.3 Penyataan Masalah
Isu mengenai penggunaan kalimah Allah adalah penyebab kajian ini
dijalankan. Ini sewajarnya dikaji kerana telah menyebabkan masyarakat kini
terutamanya kepada masyarakat Islam Malaysia berselisih pendapat antara satu sama
lain mengenai isu ini. Ini mendorong untuk mengkaji dan melihat bagaimanakah
mufassirin dalam penafsiran ayat dan pandangan tokoh-tokoh agama mengenai isu
ini. Penumpuan bagi kajian ini adalah mengenai ayat-ayat al-Quran yang menjadi
hujah dalam penggunaan pangilan Allah bagi agama selain Islam.
Salah faham masyarakat terhadap status penggunaan kalimah Allah juga
mengakibatkan timbulnya beberapa permasalahan kepada agama. Oleh itu
pengkajian ini adalah penting untuk memberi kefahaman kepada masyarakat
terutamanya berkaitan dengan akidah umat Islam.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengetahui konsep penggunaan kalimah Allah dalam al-Quran menurut
pandangan tokoh agama.
ii. Menganalisis hukum penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan
Islam menurut pandangan tokoh agama.
iii. Menjelaskan Makalah yang dikeluarkan oleh Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) dan Jabatan Mufti Johor mengenai isu penggunaan kalimah
Allah.
6
1.5 Persoalan Kajian.
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah konsep penggunaan kalimah Allah dalam al-Quran menurut
pandangan tokoh agama?
ii. Apakah hukum penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam
menurut pandangan tokoh agama?
iii. Apakah Makalah yang dikeluarkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM) dan Jabatan Mufti Johor mengenai isu penggunaan kalimah Allah?