Download - hbml4203
-
7/28/2019 hbml4203
1/17
MAY /2012
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :
-
7/28/2019 hbml4203
2/17
HBML4103
SEKAPUR SIRIH
Memetik daripada kata-kata dan doa yang sering di tebarkan di atas sejadah solat ..
Ya Allah.. Sesungguhnya permudahkanlah urusan dunia ku dan urusan akhirat ku dan
jadikanlah setiap perbuatan hamba Mu ini satu ibadat kepada Mu ....
Portfolio ini adalah manifestasi doa dan usaha serta tanda terimakasih dan syukur kepada Ilahi
serta rakan taulan dan juga pensyarah yang memberi ruang dan peluang memungkinkan kalam
ini tertulis dan dipersembahkan.
Amin Ya Rabbal Alamin
2
-
7/28/2019 hbml4203
3/17
HBML4103
ISI KANDUNGAN
Sekapur Sirih ........................................................ ms 1
Latar belakang Tokoh ....................................................... ms 3 7
Anugerah Tokoh ......................................................... ms 8
Karya Tokoh ......................................................... ms 9 -12
Ulasan karya tokoh ......................................................... ms 13- 15
Penutup ........................................................... ms 16
Bibliografi .......................................................... ms 17
3
-
7/28/2019 hbml4203
4/17
HBML4103
LATAR BELAKANG TOKOH
Sasterawan Negara, Dato' Abdullah Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau
Dalam, Yan Kedah. Pada tahun 1926, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu
sehingga lulus darjah lima dalam tahun 1931 dan meneruskan pendidikannya di Sekolah St.
Michael, Alor Star, Kedah dari tahun 1932 hingga 1933. Kemudian pada tahun 1935, beliau telah
meneruskan pengajian di Anglo Chinese School, Alor Star, Kedah, hingga lulus darjah VII.
Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1943, beliau sempat belajar di Syonan Koa Kunrenzo
(Sekolah Latihan Pegawai-Pegawai Tinggi) di Singapura selama tiga bulan.
Pendidikan
Pada tahun 1926, Abdullah mula belajar di Sekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V
dalam tahun 1931. Kemudian, Abdullah memohon untuk menjadi guru pelatih tetapi
permohonannya ditolak. Dari tahun 1932 hingga tahun 1933, Abdullah belajar pula di Sekolah
St. Michael, Alor Setar hingga lulus darjah VII dalam tahun 1935. Sesudah itu, beliau mula
mencari pekerjaan. Semasa tentera Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura, Abdullah
sempat belajar di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Tinggi) di
Singapura selama tiga bulan dalam tahun 1943 sebagai calon dari Aceh.
4
-
7/28/2019 hbml4203
5/17
HBML4103
Latar belakang kerja
Pekerjaan awalnya ialah penolong penjaga stor dalam sebuah perusahaan lombong bijih di
Pahang dalam tahun 1939. Pada akhir tahun itu, beliau berhijrah ke Pulau Pinang dan bekerja di
surat khabar Sahabat. Semasa di Pulau Pinang inilah, Abdullah mendapat dorongan menulis
daripada pengarang akhbar tersebut iaitu Ahmad Noor Abdul Shukoor. Di samping itu,
Abdullah giat dalam Perkumpulan Sahabat yang kerap mengadakan pertemuan sesama penulis di
utara Semenanjung. Kebolehan awalnya dalam bidang penulisan telah terbukti, apabila cerita
bersirinya berjudul Binti Penghulu diterbitkan dalam akhbar Sahabat, disusuli cerita Harta
dan Jodoh Menanti di England sebanyak 38 siri. Abdullah tidak menerima apa-apa bayaran
daripada karya tersebut.
Pada tahun 1940, Abdullah bertugas pula sebagai pembantu pengarang Saudara di Pulau Pinang.
Beliau bertugas di situ hingga awal tahun 1941 apabila Saudara ditutup. Dalam tahun itu juga,
telah terbit dua buah noveletnya iaitu Kasih Isteri dan Dia ... Kekasihku. Beliau kemudiannya
bertugas di Kem Tentera Inggeris di Sungai Petani, Kedah sebagai kerani hinggalah kedatangan
tentera Jepun yang mendesak beliau kembali ke kampung halamannya.
Sebulan sesudah tentera Jepun menduduki Kedah, Abdullah dibawa oleh pasukan Fujiwara
Kikan ke Kuala Lumpur dan kemudian dikirim ke Sumatera sebagai fifth columnist (semacam
perisik utama sebelum sesuatu tindakan diambil). Malangnya, sebaik sahaja mendarat di
Sumatera, Abdullah telah ditangkap oleh pemerintah kolonial Belanda lalu ditahan di Medan.
Apabila Jepun mendarat di Sumatera, Abdullah segera dibebaskan lalu dibawa ke Aceh dan
diberi tugas di Gunseikanbu. Abdullah kemudiannya dihantar ke Singapura untuk menjalani
kursus pentadbiran di Syonan Koa Kunrenzo selama tiga bulan. Sekembalinya ke Aceh, beliau
dilantik menjadi kerani Gunseibu di Langsa. Tugas ini merapatkan beliau dengan Aceh, tempatasal orang tuanya. Semasa di Banda, Aceh, beliau ikut mendirikan surat khabar Acheh Shimbun
dan menjadi koresponden beberapa akhbar termasuk Sumatera Shimbun. Abdullah menyertai
beberapa sayembara mengarang roman sejarah dengan karya berjudul Darah Pembalasan.
Beliau pernah mendapat tempat kedua dalam sayembara mengarang cerpen di Aceh dengan
cerpennya berjudul Manusia Baru dalam tahun 1943.
5
-
7/28/2019 hbml4203
6/17
HBML4103
Setelah Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, Abdullah dilantik menjadi Kepala Polisi (Polis)
Daerah Langsa dan ikut mengumumkan proklamasi kemerdekaan Indonesia. Tidak lama
sesudah itu, beliau dilantik pula sebagai Wedana Daerah Langsa. Kedatangan semula tentera
Belanda ke Indonesia sesudah berundurnya tentera Jepun, menjadikan Indonesia bergolak dan
Abdullah turut terlibat dalam perjuangan kemerdekaan itu.
Pada tahun 1947, beliau kembali bertugas di dalam kepolisian sebagai Kepala Polis Pulau
Sabang, di samping menjadi wakil Kepala Bahagian Penelitian Aliran Masyarakat, yakni
semacam bahagian cawangan khas di Jabatan Polis. Pada tahun 1948, Abdullah berangkat ke
Pulau Pinang sebagai agen pemerintah daerah Aceh dan bekerja sebagai Pengurus Cardoba
Trading Co., iaitu sebuah syarikat import dan eksport. Kemudian, beliau bertugas pula sebagai
Pengurus Pacific Trading Co., di Phuket, Thailand hingga tahun 1949 sebagai agen menyeludup
senjata ke Indonesia bagi keperluan perjuangan kemerdekaan Indonesia.
SUMBANGAN TOKOH
Pada tahun 1950, Abdullah kembali semula ke Sumatera dan menjadi pengarang majalah Puspa
di Medan. Beliau telah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen sempena
perayaan Hari Buruh di Medan dengan karyanya yang berjudul Kario Buruh Kebun.
Pada tahun 1951, beliau meninggalkan Medan menuju ke Singapura dan menjadi kerani di
Syarikat Perkapalan Acheh Trading and Shipping Company yang berpangkalan di sana. Dalam
tahun-tahun berikutnya, Abdullah lebih banyak menumpukan masanya dalam bidang penerbitan
dan penulisan. Beliau menjadi koresponden surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan majalah
mingguan Merdeka (terbit di Jakarta), menjadi Pengurus Empiric Film Company, Pengarang
Majalah Bintang, Majalah Filem, Akhbar Semenanjung dan Pengurus firma import dan eksport
Hasbur Trading Company. Kemudian beliau menjadi Pengurus Penerbitan P. Ramlee dan
diterbitkan oleh Malay Film Production di Singapura.
Dalam kesibukan menyelenggara majalah dan perniagaan, Abdullah masih sempat ke luar
negeri. Dalam tahun 1957, beliau ke Saigon sebagai wakil Darul Islam menemui Presiden Ngo
Dhien Dhiem, Presiden Negara Vietnam dan ke Manila. Beliau pernah tinggal di Hong Kong
untuk beberapa bulan.
6
-
7/28/2019 hbml4203
7/17
HBML4103
Mulai 1 Januari 1961, Abdullah pindah dan bekerja di Kuala Lumpur. Beliau bertugas di Oxford
University Press sebagai pembantu pengarang kanan hingga 31 Disember 1964. Sewaktu
bertugas di penerbitan itulah, Abdullah telah menterjemahkan beberapa karya sastera dunia.
Dari tahun 1965 hingga bulan Februari 1968, beliau menjawat tugas yang sama di Franklin
Books Programme di samping menjadi editor majalah Angkatan Baru. Mulai 1 Mac 1968,
Abdullah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai Penolong Pengarang,
kemudian Pengarang dari mulai tahun 1972, menjadi Pegawai Penyelidik di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera.
Di samping menjadi editor majalah-majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Dewan
Sastera, beliau juga menjadi editor dan penerbit majalah Penulis, lidah rasmi Persatuan Penulis
Nasional (PENA). Sewaktu di bahagian inilah, Abdullah Hussain banyak sekali membuat
sorotan cerpen yang bersifat membimbing bakat-bakat baru seperti yang tersiar dalam Dewan
Sastera 1972 dan 1973. Kemudian Abdullah bertugas sebagai Ketua Unit Bahasa dan Sastera di
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah di Kota Kinabalu dan bertanggungjawab
memimpin majalah Dewan Perintis edisi Sabah sejak Mei 1978 hingga September 1979. Mulai
Oktober 1979, Abdullah menjadi Ahli Cipta di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mulai 1
Julai 1982 pula, beliau mendapat tawaran bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, sebagai
Pegawai Bahasa Kanan dan mengetuai Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera di
samping menjadi ketua editor majalah Bahana dan Mekar. Abdullah pernah menjadi karyawan
Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1993-1994, dan tahun 1995-1996.
Tulisan Abdullah yang pertama berupa sebuah cerita lucu yang tersiar dalam majalah Tanah
Melayu pada tahun 1939. Setelah Hampir 40 tahun menulis, sumbangannya terhadap
kesusasteraan Melayu masih terus mengalir seolah-olah beliau tidak pernah kekeringan ilham
dan tenaga. Beliau menulis dalam semua genre. Menjawab pertanyaan, mengapa dalam
sebilangan besar novel-novel beliau mengikutsertakan watak-watak pelbagai bangsa, beliaumenyatakan bahawa, penduduk negara ini terdiri daripada berbagai-bagai suku kaum di samping
bangsa Melayu yang menjadi peribuminya, maka perpaduan bangsa hanya dapat dicapai melalui
penggunaan satu bahasa yang sama dan bahasa Melayu yang baik.
7
-
7/28/2019 hbml4203
8/17
HBML4103
Pada peringkat awal sebagai penulis, Abdullah sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh
pembacaan karya-karya sastera dari Indonesia dan Rusia. Bacaannya yang luas terhadap karya-
karya dari negara tersebut turut memberikannya pengalaman untuk menterjemah karya-karya
besar sastera dunia. Satu hal yang menarik ialah pengakuan Abdullah sendiri yang mengatakan
bahawa beberapa buah novelnya yang tebal-tebal itu adalah akibat daripada pengaruh novel-
novel tebal yang ditulis oleh pengarang-pengarang Rusia.
Novel-novelnya iaitu Terjebak, Peristiwa dan Aku Tidak Minta merupakan rakaman
pengalaman-pengalaman berunsur seram, tragis, dan lucu sewaktu Abdullah di Indonesia dan di
Thailand. Ketiga-tiga novel tersebut, di samping Rantau Selamat dan Interlok adalah
sumbangannya yang bermakna dalam bidang penulisan novel sehingga kini. Sementara bukunya
yang menyangkut bidang bahasa iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dianggap sebagai
salah satu kamus peribahasa yang terbaik setakat ini.
Usaha gigih Abdullah menterjemah beberapa buah karya sastera dunia dapat kita hayati melalui
novel Angin Timur Angin Barat dan Bumi Bertuah (Pearl S. Buck), Muatiara (Steinbeck), Orang
Tua dengan laut (Hemingway) dan Lorong Midaq oleh Naguib Mahfouz. Dalam bidang
biografi, Abdullah telah menghasilkan biografi tentang P. Ramlee dan Zaba, masing-masing
adalah seniman dan ahli bahasa Melayu yang terulung. Abdullah juga menulis biografi Tun
Datu Haji Mustapha, pemimpin politik dari Sabah dan seterusnya ialah biografi tentang tokoh
sastera, Harun Aminurrashid.
8
-
7/28/2019 hbml4203
9/17
HBML4103
ANUGERAH TOKOH
Selain mendapat pengiktirafan tertinggi dalam bidang penulisan kreatif, Abdullah Hussain juga
telah dianugerahi Pingat Jawa Hukom Ngon Adat Lembaga Kebudayaan Aceh (LAKA) 1995,
dan bersempena hari ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, beliau telah dianugerahi Darjah
Kebesaran Dato Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato dalam tahun 1995.
Sebagai penulis yang kaya dengan pengalaman, Abdullah Hussain telah berjaya merakamkan
pengalaman beliau yang pelbagai dan menarik itu ke dalam cerpen dan novel-novel karya beliau.
Hasil kesungguhan dan kegigihan beliau berkarya, maka novel terbaru beliau iaitu Imam telah
terpilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1994/95, dan sebelum itu novel yang sama telah
berjaya menggondol hadiah Hadiah Novel Nasional (mengingati Pak Sako), 1992/94, yang
dianjurkan bersama oleh Syarikat Utusan Melayu dan Public Bank Berhad. Dan puncak dari
segala-galanya itu ialah, apabila Abdullah Hussain dinobatkan sebagai Sastera Negara yang
kelapan dalam tahun 1996. Sebelum itu iaitu dalam tahun 1981, Abdullah Hussain telah terpilih
menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok.
9
-
7/28/2019 hbml4203
10/17
HBML4103
KARYA TOKOH
Novel
- Dia... Kekasihku, Johor Baru: The Annies Printing Works, 1941, 64 hlm
- Kasih Isteri, Johor Bahry: The Annies Printing Works, 1941, 112 hlm
- Amin Pemuda Desa, Pulau Pinang: Penerbitan Angkatan Baru, 1947, 77 hlm
- Berenang di Lautan Madu, Singapura: Geliga Limited, 1957, 96 hlm
- Kalau Tidak Kerana Tuan, Singapura: Geliga Limited, 1957, 75 hlm
- Janganlah Jangan, Kuala Lumpur: Penerbitan Angkatan Baru, 1964, 135 hlm
-Si Bulat Pemuda Desa, diterbitkan melalui majalah cerita bulanan, Terang Bulan, Oktober
1964, Bil. 1, 37 hlm
- Terjebak, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, 380 hlm
- Peristiwa, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1965, 273 hlm
- Rantau Selamat, Kuala Lumpur: Pustaka Nasional, 1965, 508 hlm
- Interlok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, 341 hlm
- Intan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 112 hlm
- Noni, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1976, 133 hlm
-Buih di atas Air, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1980, 201
hlm
- Masuk ke dalam Cahaya, Kuala Terengganu: 1983, 306 hlm, dicetak semula oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka, (Edisi Khas Sasterawan Negara), 1997, 323 hlm
Imam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1995, 705 hlm
-Cerpen : Hadiah (Peny. Bersama A. Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1973, 329 hlm
-Jejak Langkah (Peny. Bersama Ismail Ahmad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1975, 285 hlm
10
-
7/28/2019 hbml4203
11/17
HBML4103
- Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti
Malaya, 1977, 446 hlm
- Kota ke Kota, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, 194 hlm
- Sebuah Impian (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1979, 235
hlm
- Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm
-Bunga Gunung (antologi bersama), Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153
hlm
-Sebuah Pekan Bernama Semporna, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 303
hlm
-Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.,
1984, 218 hlm
-Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
1985, 339 hlm
-
Dari Kota Cahaya (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997, 681 hlm
Drama
-Di Atas Pentas (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd.,
1984, 209 hlm
Esei/Kritikan
-Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1980, 64 hlm
Autobiografi
11
-
7/28/2019 hbml4203
12/17
HBML4103
- Sebuah Perjalanan, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1984, 547 hlm
Biografi
-P. Ramlee Seniman Agung, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1973, 216
hlm
- Pendeta Zaba dalam Kenangan (bersama Khalid Hussain), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1974, 318 hlm
- Harun Aminurrashid: Pembentuk Semangat Kebangsaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1982, 412 hlm.
Terjemahan
-Orang Tua dengan Laut/Ernest Hemingway, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961,
127 hlm
- Bumi Bertuah/Pearl S. Buck, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1962, 409 hlm
- Mutiara/Johan Steinbeck, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1962, 122 hlm
-Angin Timur Angin Barat/Pearl S. Buck, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964,
229 hlm
- Lorong Midaq/Naguib Mahfouz, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 443 hlm
Umum
-Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1965, 207
hlm
- Kamus Simpulan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966, 464 hlm
- Balabatu dan Lain-lain, Kata-kata Sebunyi, Singapura: Harmy Press, 1959, 172 hlm
- Bunga Bahasa, Singapura: Malay Publishing House Ltd., 1961, 318 hlm
- Pertemuan Sasterawan Nusantara IV (Peny. Bersama Mohd. Shahri Hussin), Bandar Seri
12
-
7/28/2019 hbml4203
13/17
HBML4103
Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 249 hlm
-
Canai Budi (kumpulan peribahasa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 182
hlm
ULASAN KARYA TOKOH INTERLOK
Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha
membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya.
Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah
keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya
yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah. Seman melawat Kampung
Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik
oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu
Mat Ranggi.
Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu.
Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik
dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa yang sama
13
-
7/28/2019 hbml4203
14/17
HBML4103
juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawa
Poh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai
terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan
adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu
petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi kerana
disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama. Seorang
Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulah
diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor
Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak LImah.Harga
barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia ditangkap Jepun .
Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang Cina. Orang
yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang) menangkap orang-
orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim telah
membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu
diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang
penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula
berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama
dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tema novel
Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India
yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang
bebas dan bermaruah.Pak Musa, Maniam, dan Kim Lock masing-masing hidup dalam dunia
yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam dunia yang berasingan sehingga mereka
ditemukan dalam situasi yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain.
Pak Musa terpaksa berhutang dengan Kim Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi
tidak sempat melunaskan hutangnya sebelum mati. Akibatnya semua hartanya diambil oleh Kim
Lock menyebabkan anak dan isterinya melarat. Maniam pula membawa diri meninggalkam
isteri yang sarat mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, Temaorang kampungnya sendiri.
Kim Lock pula lebih mementingkan harta benda hingga memandang rendah terhadap orang-
14
-
7/28/2019 hbml4203
15/17
HBML4103
orang lain di sekelilingnya.Walau bagaimanapun dalam generasi kedua, Seman anak Pak Musa
menyelamatkan Poh Eng anak Kim Lock, manakala Poh Eng menyelamatkan Maniam. Yew
Seng anak Kim Lock yang cedera di kaki lebih suka menerima kaki palsu yang didermakan oleh
masyarakat
Gaya Bahasa
1. Diksi
Penggunaan telor Cina
Contoh : Gua tidak mahu miskin susah sama lu, Seman, kata orang Cina itu setelah Seman
duduk di atas bangku
2. Personifikasi
Malam yang masih muda.
Bunyi jengkerik mendayu-dayu, begitu memilukan.
3. Simile
Tangan Mak Limah yang berkerut seribu dan kurus seperti cakaran itu terus menghentak-
hentak
Musa pejam rapat, nafasnya saja yang agak keras seperti lembu marah.
Dalam masa hatinya bergelora bagai laut musim tengkujuh itu.
4. Peribahasa
Makan hati berulam jantung
5. Hiperbola
Gejolak kemarahan itu menjilat-jilat ke kiri kanan, mencari gas pembakar dari bahan-
bahan kering untuk menyemarakkan lagi nyalanya, untuk mempercepat kemusnahan.
15
-
7/28/2019 hbml4203
16/17
HBML4103
6. Sinkope
Banyak singkatan digunakan sesuai dengan latar belakang watak, cerita, dan latar
zaman cerita ini .
Contoh :
- Aku belum mahu kahwin, mak, katanya. Belum ada perempuan yang bersetuju dengan
hatiku.
- Masakan tak ada pula, jawabnya. Anak tahir yang nombor dua itu bukan tak cantik. Kalau
kau mahu yang cantik
Penutup
Penulis yang cukup prolifik lagi konsisten ini, mempunyai pengalaman yang luas. Malah, tidak
keterlaluan kalau dikatakan beliau adalah salah seorang penulis Malaysia yang kaya dengan
pelbagai pengalaman yang menarik hati. Pengalamannya yang luas serta penguasaannya dalam
beberapa bahasa merupakan faktor-faktor yang membantu beliau dalam lapangan karang-
mengarang. Hasilnya, kita temui pelbagai tema dengan latar belakang yang berbeza-beza pula
dalam karya-karyanya.
Pengetahuannya dalam bidang bahasa dapat diukur daripada buku-buku bahasa dan peribahasa,
serta terjemahan karya-karya sastera luar negeri yang telah diusahakannya. Di samping itu,
Abdullah juga seorang penulis biografi yang teliti, juga pernah menghasilkan puisi, ulasan
sastera dan rencana umum. Namun, sumbangannya yang cukup bererti dalam kesusasteraan
Melayu adalah dalam bidang cerpen dan novel.
16
-
7/28/2019 hbml4203
17/17
HBML4103
Menerusi hasil tulisan yang dihasilkan, beliau berusaha menampilkan nilai-nilai positif
masyarakat dan berusaha membina jati diri kepengarangannya. Beliau merupakan seorang
sasterawan veteran yang terus komited dan gigih dalam mengembangkan bakat kreativitinya.
Dalam usianya yang sudah menjangkau 74 tahun, semangat perjuangannya dalam dunia
penulisan masih terus bersemarak.
Bibliografi
Abdullah Hussain. (1996). Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (ed). (1986). Bahasa Melayu Tinggi: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik Malaysia & Nurin Enterprise.
Octavian G. Gabor. (2002). Penulisan Dalog dalam Falsafah dan kesusasteraan: Kajian
Terhadap Crito dan Gorgias dan Nightmare Abbey oleh Peacock.Virginia Polytechnic
and State University.
Rahman Shaari. (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
17