GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YANG MENGAJAR PROGRAM
PENGAJIAN SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL
DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE)
TING SU KHIONG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA YANG MENGAJAR PROGRAM PENGAJIAN
SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN
PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE).
TING SU KHIONG
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
Teristimewa buat insan yang amat kusayangi
Ayahanda Ting Chai Pang
Bonda Hii Siew Hie
Dan
Adinda Ting Tiew Lung
Ting Tiew Wei
Terima kasih atas segala pengorbanan yang diberikan
Kejayaan ini milik kita bersama….
Moga hidup kita dirahmati Tuhan
Di dunia dan di akhirat jua…
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk
menyiapkan projek ini di bawah jagaan-Nya. Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek, Encik Amirmudin bin Udin yang banyak meluangkan masa atas bimbingan,
nasihat dan dorongan yang diberi sepanjang penyelidikan kajian ini. Seliaan yang
sangat berharga dan manfaat ini telah banyak membantu saya dalam memahami
pelaksanaan kajian ini. Seterusnya, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Prof.
Madya Dr. Widad binti Othman yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar
kepada saya.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soal borang soal
selidik ini. Penglibatan ini amat saya hargai. Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua ibu
bapa yang tercinta dan adik-adik yang tersayang. Atas galakkan, nasihat dan
dorongan kalian, saya telah menyiapkan kajian sarjana muda ini dengan jayanya.
v
Akhir sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada orang
perseorangan, Lee Ming Foong serta semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Jasa dan budi
kalian akan dikenang.
Terima kasih.
vi
ABSTRAK
Gaya pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian berbentuk deskriptif dan kuantitatif ini bertujuan untuk
mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) yang mengajar program pengajian separuh masa Sekolah
Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE). Instrumen kajian
yang digunakan adalah Inventori Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann. Seramai 56
orang pensyarah yang terlibat dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan intrumen
kajian adalah α=0.7547. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan
perisisan SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for
Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran pensyarah yang
mengajar program pengajian separuh masa lebih cenderung kepada sifat fasilitator,
pakar dan delegator. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi
berdasarkan pengalaman mengajar dan kelulusan akademik tertinggi. Akan tetapi,
perbezaan hanya wujud dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar amali dari
segi delegator berdasarkan pengalaman mengajar dan tidak terdapat perbezaan
signifikan dalam gaya pengajaran berdasarkan kelulusan akademik tertinggi. Hasil
kajian juga menunjukkan hubungan di antara gaya pengajaran dengan jenis mata
pelajaran yang diajar adalah lemah dan rendah di kalangan pensyarah yang mengajar
program pengajian separuh masa.
vii
ABSTRACT
Teaching styles play an important role in teaching and learning processes.
The purpose of this descriptive and quantitative research is to identify the teaching
styles among the lecturers in Faculty of Education who teach part time education
program of School Of Professional And Continuing Education (SPACE).
Instrument used in this research is Grasha-Riechmann Teaching Styles Inventory.
There were 56 lecturers from Faculty of Education involved in this research. The
reliability value of this research is α=0.7547. The findings of the study are
processed by SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for
Windows. The results showed that the teaching styles of the lecturers who teach
part time education programme are more on facilitator, expert and delegator style.
A significant difference exists in formal authority and personal model among the
lecturers who teach theories based on teaching experience and academic discipline.
However, the differences of teaching styles only occured among the lecturers who
teach practical subject in delegator style based on teaching experience. There were
no significant differences among the lecturers who teach practical subject based on
academic discipline in their teaching style. The result also indicated that there was
a weak and low correlation between the teaching style and the subject teach by
lecturers who involved in part time education programme.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xvii
SENARAI RAJAH xx
SENARAI SINGAKATAN xxi
SENARAI LAMPIRAN xxii
BAHAGIAN SATU BAB I PENDAHULUAN 1-15
1.1 Pengenalan 1-3
ix
1.2 Latar Belakang Masalah 4-7
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8-9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Pensyarah
1.6.2 Pelajar
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Terminologi 11-15
1.9.1 Gaya Pengajaran
1.9.2 Pakar
1.9.3 Autoriti Formal
1.9.4 Model Peribadi
1.9.5 Fasilitator
1.9.6 Delegator
1.9.7 Pensyarah
1.9.8 Pengajian Separuh Masa
1.9.9 SPACE
1.9.10 Jenis Mata Pelajaran
1.9.11 Teori
1.9.12 Amali
1.9.13 Pendidikan Tradisional
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN 16-39
x
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sejarah dan Latar Belakang SPACE, UTM 16-17
2.3 Program Pengajian Separuh Masa 17-18
2.4 Latar Belakang Pelajar SPACE 18
2.5 Model Integrasi untuk Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 18-19
2.6 Pembelajaran Dewasa 19-22
2.7 Gaya Pengajaran 22-25
2.8 Pengajaran Teori dan Amali 25-28
2.9 Model Kajian-Inventori Gaya Pengajaran 28
Grasha-Riechmann
2.9.1 Pakar / Autoriti Formal 28
2.9.2 Model Peribadi/Pakar/Autoriti Formal 28-29
2.9.3 Fasilitator/Model Peribadi/Pakar 29
2.9.4 Delegator/Fasilitator/Pakar 29-31
2.10 Sifat-sifat Gaya Pengajaran dalam Inventori 31
Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann
2.10.1 Pakar 32
2.10.2 Autoriti Formal 32-33
2.10.3 Model Peribadi 33
2.10.4 Fasilitator 33-34
2.10.5 Delegator 34-35
2.11 Faktor Pemilihan Gaya Pengajaran 35
2.11.1 Kepekaan Pensyarah terhadap 35
Gaya Pembelajaran Pelajar
2.11.2 Kebolehan Pelajar untuk 35-36
Menguasai Keperluan Kursus
2.11.3 Keperluan Pensyarah Mengawal 36
Kelas Secara Langsung
2.11.4 Keinginan Pensyarah untuk 36
xi
Membina/Mengelakkan Hubungan
2.12 Hubungakait Gaya Pengajaran dan Gaya Pembelajaran 37-38
2.10 Kajian Lepas 38-39
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI 40-52
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 40-42
3.3 Populasi Kajian 42
3.4 Sampel Kajian 43
3.5 Instrumen Kajian 43-44
3.5.1 Bahagian A : Maklumat Demografi 44
3.5.2 Bahagian B : Item-item Kajian 44-45
3.6 Kajian Rintis 45-47
3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian 47
3.8 Analisis Data 48-52
BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA 53-76
4.1 Pengenalan 53
4.2 Analisis Maklumat Demografi 53-54
xii
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 54-55
Mengajar
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 55
Akademik Tertinggi
4.2.4 Jenis Mata Pelajaran 56
4.3 Analisis Persoalan Kajian
4.3.1 Persoalan Kajian 1
Apakah gaya pengajaran pensyarah Fakulti
Pendidikan yang mengajar program pengajian
separuh masa SPACE? 56-58
4.3.2 Persoalan Kajian 2
Apakah gaya pengajaran pensayarah Fakulti
Pendidikan yang mengajar program pengajian
separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata
pelajaran? 58
4.3.2.1 Analisis gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar
program pengajian separuh masa
SPACE dalam teori dari segi sifat
pakar, autoriti formal, model
peribadi, fasilitator dan delegator 58-60
4.3.2.2 Analisis gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar
program pengajian separuh masa
SPACE dalam amali dari segi sifat
pakar, autoriti formal, model
peribadi, fasilitator dan delegator 60-61
4.3.3 Persoalan Kajian 3
Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran
xiii
pensyarah Fakulti Pendidikan yang mengajar
program pengajian separuh masa SPACE
berdasarkan jenis mata pelajaran
dari segi pengalaman mengajar? 61
4.3.3.1 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam teori dari segi sifat pakar,
autoriti formal, model peribadi,
fasilitator dan delegator berdasarkan
pengalaman mengajar. 62-64
4.3.3.2 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam teori berdasarkan
pengalaman mengajar. 64-65
4.3.3.3 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam amali dari segi sifat pakar,
autoriti formal, model peribadi,
fasilitator dan delegator berdasarkan
pengalaman mengajar. 66-68
4.3.3.4 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam amali berdasarkan
pengalaman mengajar. 68
4.3.4 Persoalan Kajian 4
Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran
xiv
pensyarah Fakulti Pendidikan yang mengajar
program pengajian separuh masa SPACE
berdasarkan jenis mata pelajaran
dari segi kelulusan akademik tertinggi? 69
4.3.4.1 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam teori dari segi sifat pakar,
autoriti formal, model peribadi,
fasilitator dan delegator berdasarkan
kelulusan akademik tertinggi. 69-71
4.3.4.2 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam teori berdasarkan
kelulusan akademik tertinggi. 71-72
4.3.4.3 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam amali dari segi sifat pakar,
autoriti formal, model peribadi,
fasilitator dan delegator berdasarkan
kelulusan akademik tertinggi. 72-74
4.3.4.4 Perbezaan gaya pengajaran
pensyarah yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dalam amali berdasarkan
kelulusan akademik tertinggi. 74-75
4.3.5 Persoalan Kajian 5
Adakah terdapat perbezaan di antara
xv
gaya pengajaran pensyarah fakulti
pendidikan yang mengajar program
pengajian separuh masa SPACE
dengan jenis mata pelajaran yang diajar? 75-76
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 77-95
5.1 Pengenalan 77
5.2 Rumusan
5.2.1 Maklumat Demografi 78
5.2.2 Persoalan Kajian 1 78-79
5.2.3 Persoalan Kajian 2 79
5.2.4 Persoalan Kajian 3 79-80
5.2.5 Persoalan Kajian 4 80
5.2.6 Persoalan Kajian 5 81
5.3 Perbincangan 81
5.3.1 Maklumat Demografi 82-83
5.3.2 Persoalan Kajian 1 83-85
5.2.3 Persoalan Kajian 2 85-89
5.2.4 Persoalan Kajian 3 89-90
5.2.5 Persoalan Kajian 4 90-91
5.2.6 Persoalan Kajian 5 92
5.4 Cadangan 92
5.4.1 Pensyarah 92-93
5.4.2 Pelajar 94
xvi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94-95
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN 96
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN 103
xvii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Perbezaan Pencapaian Prestasi Antara Pelajar SPH 7
Sepenuh Masa dengan Pelajar SPH SPACE
2.1 Ciri-ciri Pengajaran dan Pengajar yang Berkesan 25
2.2 Cara Pengajaran dan Hubungannya dengan Setiap
Kelas Gaya Pengajaran dan Pembelajaran 30-31
2.3 Hasil Kajian Gaya Pengajaran Pensyarah dari
Fakulti Pendidikan yang Terlibat dalam Kajian Grasha
dengan nilai min secara menurun 39
3.1 Jadual Pembolehubah Kajian 41
3.2 Populasi Pensyarah Fakulti Pendidikan yang Mengajar
Program Pengajian Separuh Masa SPACE Mengikut
Jabatan Pada Sesi 2005/2006 42
3.3 Pengelasan Item 45
3.4 Skala Likert 48
3.5 Pengelasan berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran
Grasha-Riechmann 50
3.6 Jadual nilai pekali kolerasi bagi kekuatan hubungan
antara pembolehubah 50
3.7 Kaedah Statistik yang Digunakan bagi Setiap Persoalan Kajian 52
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
xviii
4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 55
4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 55
4.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Mata Pelajaran yang Diajar 56
4.5 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program
Pengajian Separuh Masa 57
4.6 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program
Pengajian Separuh Masa dalam Teori 59
4.7 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program
Pengajian Separuh Masa dalam Amali 61
4.8 Analisis ujian Anova bagi gaya pengajaran pensyarah
yang mengajar program Pengajian Separuh Masa dalam
teori dari segi pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator
dan delegator berdasarkan pengalaman mengajar 62
4.9 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar
Program Pengajian Separuh Masa Dalam Teori Berdasarkan
Pengalaman Mengajar 65
4.10 Analisis Ujian Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah
yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam
Amali dari Segi Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi,
Fasilitator dan Delegator Berdasarkan Pengalaman Mengajar 66
4.11 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar
Program Pengajian Separuh Masa Dalam Amali
Berdasarkan Pengalaman Mengajar 68
4.12 Analisis Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar
Program Pengajian Separuh Masa Dalam Teori dari Segi Sifat Pakar,
Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator
berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi 70
4.13 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program
Pengajian Separuh Masa Dalam Teori Berdasarkan Kelulusan
Akademik Tertinggi 72
xix
4.14 Analisis Ujian Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah
yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam
Amali dari Segi Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi,
Fasilitator dan Delegator berdasarkan Kelulusan
Akademik Tertinggi 74
4.15 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program
Pengajian Separuh Masa Dalam Amali Berdasarkan
Kelulusan Akademik Tertinggi 75
4.16 Kolerasi di antara Kelima-lima Gaya Pengajaran di Kalangan
Pensyarah yangMengajar Program Pengajian Separuh Masa
dengan Jenis Mata Pelajaran yang Diajar 76
xx
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 5.1 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang
Mengajar Program Pengajian Separuh Masa
Mengikut Urutan 85
5.2 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang
Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Teori
Mengikut Urutan 87
5.3 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang
Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Amali
Mengikut Urutan 89
xxi
SENARAI SINGKATAN PJJ Pendidikan Jarak Jauh
SPACE Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
UTM Universiti Teknologi Malaysia P&P Pengajaran dan Pembelajaran
xxii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 103-108
B Surat Pengesahan Pelajar oleh Fakulti Pendidikan 109
C Surat Pengehasan Terjemahan Borang Soal Selidik 110
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 yang bertujuan untuk
menjadikan Malaysia negara industri menjelang tahun 2020. Untuk mencapai
matlamat ini, negara kita memerlukan sumber manusia yang berkualiti dari segi
pendidikan dan latihan (Prospektus Program Pengajian Separuh Masa-SPACE,
2005). Pada bulan Julai 1993, Majlis Universiti Teknologi Malaysia (kini dikenali
sebagai Lembaga Pengarah) telah menubuhkan Sekolah Pendidikan Profesional dan
Pendidikan Berterusan (SPACE). Selain kampus utama di Skudai, operasi SPACE
telah diperluaskan ke kampus UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur (kini dikenali
sebagai UTM “City Campus”). Pada hari ini, program-program Separuh Masa ini
telah dijalankan di lima belas pusat pembelajaran di seluruh negara. Enrolmen
pelajar telah melebihi 5000 orang menjelang tahun 2005.
SPACE yakin bahawa setiap individu yang mempunyai keinginan serta
berusaha untuk memajukan diri boleh dididik tanpa mengira umur serta sejarah
2
pencapaian akademiknya yang lepas. Maka, permohonan kemasukan SPACE
adalah terbuka kepada mereka yang ingin merealisasikan hasrat mereka untuk
menyambung pengajian di UTM secara separuh masa.
Dalam program pengajian separuh masa SPACE, sistem akademik memberi
fokus terhadap aspek ‘hands-on’ dan ‘applied’ untuk memastikan pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi dapat terus digunakan terutamanya di bidang
perindustrian negara. Selain mata pelajaran teras, mata pelajaran-mata pelajaran
wajib Universiti dapat membentuk ciri-ciri peribadi dan ketrampilan diri (Mohd
Zulkifli, 2005). Dalam pendidikan yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang berorientasikan luar kampus, waktu pembelajaran program pengajian
separuh masa SPACE secara formal hanya dijalankan pada hujung minggu sahaja.
Menurut Zalina dan Nur Zakiah (2000), proses P&P sebegini adalah lebih mencabar
memandangkan tempoh umpukan pengajaran pensyarah yang minimum. Oleh
yang demikian, cara pembelajaran pelajar dewasa dalam program SPACE dengan
pelajar yang menerima pendidikan tradisional di universiti tempatan adalah berbeza.
Maka gaya pengajaran yang sesuai harus diamalkan untuk mewujudkan aktiviti
pembelajaran. Menurut Peterson (1992), pengajaran yang berkesan adalah
pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.
Sebagai seorang pengajar secara sedar atau tidak memang mempunyai gaya
pengajaran yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain. Olivia (1988)
menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi yang menunjukkan
dengan jelas seseorang individu sebagai seorang tenaga pengajar yang unik.
Grasha (1996) pula menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan strategi
yang digunakan oleh sesuatu institusi.
3
Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh
tenaga pengajar untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan
pegangannya mengenai pengajaran. Dengan mengetahui pendekatan pengajaran,
tenaga pengajar mempunyai peluang memilih pendekatan yang sesuai dengan pelajar
mereka. Menurut Ee (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai akan
membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan
menyeronokkan. Tuckman (1992) melalui penyelidikan yang memadankan gaya pembelajaran
dengan gaya pengajaran telah menunjukkan bahawa terdapat kolerasi yang
signifikan antara cara belajar pelajar dengan kaedah penyampaian pengajaran guru.
Serasin (1998) juga menyatakan bahawa pendidik seharusnya boleh mengubah
strategi pengajaran mereka berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Pada masa kini, terdapat banyak model gaya pengajaran yang boleh dijadikan
panduan kepada para pensyarah untuk merancang proses P&P mereka. Biasanya
pensyarah akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya (Esah, 2003). Namun
begitu adalah penting juga dipertimbangkan kesesuaian dengan pelajarnya. Gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara meluas dalam pendidikan
dewasa adalah Model Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran Canfield dan
Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha Riechmann (Tieu, 2003). Oleh yang
demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar haruslah dipilih supaya
kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah efisien.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan adalah pelaburan untuk masa hadapan dan merupakan pendorong
kemaraan sejagat ke arah membaiki hidup manusia. Oleh itu, pendidikan dilihat
sebagai faktor penyumbang utama kepada pembangunan negara (Berita UM, 2003).
Untuk menangani cabaran abad ke-21 dan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara
maju, maka pembangunan pendidikan yang bertaraf dunia dari aspek sistem,
program dan prasarana adalah menjadi prasyarat utama (Warnoh et al., 2000). Dalam merealisasikan tujuan tersebut, UTM telah mengambil inisiatif
dengan menubuhkan SPACE pada bulan Julai 1993 iaitu bersandarkan falsafah
bahawa pendidikan ialah proses sepanjang hayat dan objektif memperluaskan
peluang pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat. Semasa program
pengajian separuh masa SPACE dijalankan, pelajar-pelajar dari pelbagai kawasan
akan menghadiri kuliah di pusat pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti. Pertemuan formal antara pensyarah dengan pelajar hanya berlaku
apabila sesi kelas dijalankan. Proses P&P sebegini adalah lebih mencabar
memandangkan tempoh umpukan pengajaran pensyarah yang minimum (Zalina dan
Nur Zakiah, 2000). Dalam kajian Fadzilah et al. (2000), masalah interaksi wujud
di antara pelajar dengan pengajar kerana pelajar hanya berinteraksi dengan
pensyarah sewaktu menghadiri kelas.
Proses P&P SPACE dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu
ianya bermula 2 petang hingga 6.30 petang dan hari Ahad bermula 8.30 pagi hingga
6.30 petang. Oleh kerana penyusunan jadual yang padat, pelajar sukar untuk
menumpukan perhatian dalam pelajaran pada jangka masa yang panjang. Oleh
yang demikian, pensyarah memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan
suasana P&P yang menarik supaya isi pengajaran boleh disampaikan dengan
berkesan kepada pelajar.
5
Pelajar dewasa lazimnya melalui proses P&P yang berbeza dari segi
psikologi kognitif, afektif dan psikomotor berbanding dengan pelajar yang menerima
pendidikan tradisional. Mereka mempunyai pengalaman, kemahiran teknikal dan
pengalaman sosial yang berlainan (Buletin P&P, 2005). Justeru itu, tenaga pengajar
perlu mengamalkan gaya pengajaran yang sesuai supaya proses P&P yang dijalankan
adalah berkesan. Mekanisme proses P&P yang dapat memberikan cabaran yang
betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap
pencapaian akademik mereka akan membuatkan proses P&P tersebut lebih menarik,
produktif dan cekap (Mohd. Azman, 1991). Kajian yang dijalankan oleh Noraziah et al. (2000) menunjukkan kebanyakan
responden menganggap pertemuan pelajar dengan pensyarah melalui kelas syarahan
penting. Mereka menyatakan lebih faham dengan kandungan kursus selepas
mengikuti kuliah. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil mereka yang
mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan sistem pembelajaran sebegini seperti
masa yang begitu panjang untuk sesuatu kursus, kelas yang membosankan,
pensyarah yang tidak bersedia dan bukan pakar dalam bidang yang diajar dan
sebagainya. Berdasarkan daripada rekod yang dikeluarkan oleh pihak SPACE mendapati
bahawa terdapat peningkatan bagi pelajar yang menarik diri bermula sesi 1999/2000
sebanyak 8% diikuti dengan sesi 2000/2001 sebanyak 16% dan sesi 2001/2002 bagi
semester I sebanyak 4.3% (Irniwati, 2002). Kajian yang dijalankan oleh Latifah
et.al (2000) menunjukkan tiga faktor utama pelajar menarik diri merangkumi
masalah pengajaran. Melalui kertas kerja yang dihasilkan oleh Melor et al. (2000)
mengenai masalah utama mengapa pelajar PJJ gagal sehingga diberhentikan adalah
disebabkan oleh pertemuan dengan pensyarah tidak mencukupi, modul sukar
difahami dan penyampaian kuliah tidak memuaskan.
6
Beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai isu mengenai keputusan pelajar
yang mengikuti program luar kampus adalah lemah telah ditimbulkan. Dalam
kajian Tieu (2003), didapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam
pencapaian CPA pelajar sepenuh masa dan pelajar SPACE pada sesi 2001/2002
semester I dan semester II. Pelajar sepenuh masa yang terlibat dalam kajian
tersebut adalah terdiri daipada pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Kemahiran Hidup (SPH) di Fakulti Pendidikan, UTM. Manakala pelajar SPACE
pula terdiri daripada pelajar SPH di pusat pembelajaran SPACE di Kuching, Johor
Bahru dan Kuala Lumpur. Dengan merujuk kepada jadual 1.1, didapati bahawa
pencapaian pelajar SPH sepenuh masa adalah lebih baik daripada pelajar SPH
SPACE pada kedua-dua semester tersebut.
Menurut Diaz dan Cartnal (1999), kebanyakan pendidik memindahkan
kaedah pengajaran yang sama di mana ia telah berjaya dalam program sepenuh masa
kepada program luar kampus. Mereka beranggapan bahawa pelajar mempunyai
sifat yang sama bagi kedua-dua program tersebut. Kaedah yang berjaya dalam
program sepenuh masa dianggap juga akan berjaya dalam program luar kampus.
Sebenarnya, terdapat perbezaan pembelajaran antara pelajar dewasa dan sepenuh
masa. Oleh itu, pendidik harus berusaha untuk mengenalpasti gaya pembelajaran
yang diamalkan oleh pelajar dan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai
dengan pelajarnya. Gaya pengajaran merujuk kepada cara seseorang mengamati dan memproses
sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada seseorang yang lain (Felder, 1996).
Untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan dalam suatu proses P&P,
keserasian antara gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran adalah amat diperlukan
(Felder, 1993). Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar akan mempunyai
pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap
yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran guru disesuaikan
7
dengan gaya pembelajaran mereka (Dunn & Dunn, 1978). Kesimpulannya, gaya pengajaran memainkan peranan yang penting dalam
proses P&P untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, kajian ini
adalah bertujuan untuk mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan
UTM yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE. Jadual 1.1 : Perbezaan pencapaian prestasi antara pelajar SPH sepenuh masa
dengan pelajar SPH SPACE (Tieu, 2003).
Sesi 2001/2002 Sesi 2001/2002
CPA Semester I CPA Semester II
Status
Pelajar SPH
Sepenuh Masa
Pelajar
SPH
SPACE
Pelajar SPH
Sepenuh Masa
Pelajar
SPH
SPACE
CPA ≥ 3.70 0
0.0%
0
0.0%
0
0.0%
1
2.2%
3.00≤CPA <3.70 117
40.5%
3**
12.5%
106
39.7%
5**
11.1%
2.30≤CPA<3.00 170
58.8%
10
41.7%
157
58.8%
26
57.8%
2.00≤CPA<2.30 2
0.7%
6**
25.0%
4
1.5%
8**
17.8%
1.70≤CPA<2.00 0
0.0%
0
0.0%
0
0.0%
0
0.0%
CPA ≤1.70 0
0.0%
5**
20.8%
0
0%
5**
11.1%
Jumlah 289
100%
24
100%
267
100%
45
100%
** Perbezaan yang ketara
8
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik
mendapati bahawa gaya pengajaran adalah perkara yang penting dalam proses P&P
untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, dalam kajian ini
penyelidik ingin mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah Fakulti Pendidikan,
UTM yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan Inventori
Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann dari segi pakar, autoriti formal, model peribadi,
fasilitator dan delegator. Penyelidik juga ingin mengenalpasti perbezaan gaya
pengajaran pensyarah berdasarkan pengalaman mengajar dan kelulusan akademik
tertinggi berdasarkan jenis mata pelajaran yang diajar. 1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut:
(i) Mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang
mengajar program pengajian separuh masa SPACE.
(ii) Mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang
mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis
mata pelajaran.
(iii) Membezakan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang
mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis
mata pelajaran dari segi pengalaman mengajar.
(iv) Membezakan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang
mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis
9
mata pelajaran dari segi kelulusan akademik tertinggi.
(v) Mengenalpasti hubungan di antara gaya pengajaran pensyarah fakulti
pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE
dengan jenis mata pelajaran yang diajar..
1.5 Persoalan Kajian
Berhubung dengan pernyataan masalah yang telah dibicarakan, berikut
adalah persoalan-persoalan kajian: (i) Apakah gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar
program pengajian separuh masa SPACE? (ii) Apakah gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar
program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata
pelajaran?
(iii) Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran pensyarah fakulti
pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE
berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi pengalaman mengajar?
(iv) Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran pensyarah fakulti
pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE
berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi kelulusan akademik
tertinggi?
(v) Adakah terdapat hubungan di antara gaya pengajaran pensyarah
fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa
SPACE dengan jenis mata pelajaran yang diajar?