Download - Folio Sejarah 2010 Tokoh
SEKOLAH SERI PUTERI
PERSIARAN TASIK,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
KERJA KURSUS SEJARAH
Nama: Nurin Athirah Binti Azman
Kelas: 2 Usaha
Matapelajaran: Sejarah
Tajuk Kajian: Tokoh 9Tun Dr. Mahathir Mohamad
Nama Guru: Cikgu Dayang Melati Binti Abdullah
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
1. Penghargaan
2. Objektif Kajian
3. Kaedah kajian
4. Hasil kajian
5. Rumusan
6. Lampiran
7. Rujukan
KAEDAH KAJIAN
Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa
kaedah kajian bagi mengumpul maklumat unutk dimuatkan dalam kerja kursus ini.
Pertamanya, saya telah mengggunakan kaedah penyelidikan di perpustakaan.
Saya telah membuat kajian di Pusat Sumber Tuanku Nur Zahirah pada masa lapang.
Segala maklumat yang saya perolehi, saya catatkan didalam buku catatan kerana
salinan dalam apa jua bentuk tidak dibenarkan oleh pihak pengeluar buku.
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Saya telah
membuat satu fail menggunakan Microsoft Word untuk menyimpan segala maklumat
yang diperoleh. Ternyata dengan membuat fail ini, lebih mudah bagi saya membuat
kerja kursus ini.
Kaedah pandang dengar juga telah menjadi salah satu daripada cara saya
mengumpul maklumat. Saya telah menonton televisyen mengenai tokoh tersebut dan
segala maklumat yang diperoleh saya catatkan didalam buku catatan.
HASIL KAJIAN
LATAR BELAKANG TOKOH
Tun Dr.Mahathir Mohamad merupakan tokoh yang menjadi pilihan saya dalam
kerja kursus ini. Beliau juga digelar ‘Dr. M’ dan nama penanya Che Det. Tun Dr.
Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada
pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan
di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai,
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan
sembilan orang adik-beradik.
Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang
Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di
Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul
Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun
1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir
telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej,
beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam
pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan
pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan
(M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir
telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di
Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai
Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya.
Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali
(kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King
Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan
pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah
diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos
1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina
(kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani),
Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir
dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian
yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA
merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan
perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-
aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.
Kerjaya :
Doktor pelatih, Hospital Besar Pulau Pinang
Pegawai Perubatan, Hospital Besar Alor Star (1954)
Pernah berkhidmat di Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis
Membuka klinik persendirian (MAHA Klinik), Alor Star, (1957)
Menteri Pelajaran Malaysia (5 September 1974)
Timbalan Perdana Menteri (5 Mac 1976) tetapi masih memegang portfolio
pendidikan
Berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Industri (1977)
Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4 oleh DYMM Yang DiPertuan
Agong, (18 Julai 1981)
Menteri Pertahanan (18 Julai 1981 - 6 Mei 1986) disamping memegang
jawatan Perdana Menteri
Menteri Dalam Negeri (7 Mei 1986) disamping memegang jawatan Perdana
Menteri
Menteri Kehakiman (1987) disamping memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri dan Perdana Menteri
Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri
Menteri Kewangan Pertama (8 Januari 1999) disamping memegang jawatan
Perdana Menteri
Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan
kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan
miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau
bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik
dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di
dunia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka
berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah
nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai
alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali
(laissez-faire).
Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek
mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre
(KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC),
yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan
Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,
makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau
dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas
jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai
Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama
yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari
Indonesia.
SUMBANGAN TOKOH
Ternyata tokoh negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak meberi
sumbangan kepada agama, negara dan bangsa. Berikut merupakan antara sumbangan
beliau yang sempat saya muatkan dalam kerja kursus ini.
Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila Tun
Dr Mahathir bin Mohamad dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar setelah
memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket Perikatan dan mula
menempa nama di kalangan masyarakat. Namun dalam pilihan raya umum berikutnya
pada tahun 1969 Tun Dr Mahathir bin Mohamad tewas di kawasan yang sama kepada
calon PAS. Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan antara golongan muda yang
paling lantang mengkritik pucuk kepimpinan UMNO di bawah Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terutamanya selepas trajedi 13 Mei 1969 . Ini
akhirnya membawa kepada pemecatan Tun Dr Mahathir bin Mohamad dari UMNO
pada tahun 1969.
Semenjak terbuang, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi `pemberontak'
dalam buangan dan menghasilkan buku ` The Malay Dilemma' yang telah diharamkan
pada masa itu. Dalam buku itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad banyak membidas
sikap fatalisme masyarakat Melayu yang menyalahkan takdir dan menerima
kekalahan dengan pasif. Apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak menjadi Presiden
UMNO pada tahun 1972, Tun Dr Mahathir bin Mohamad kembali aktif dalam
UMNO dan mendapat sambutan yang popular.
Kekalahan dan kekecewaan dalam bidang politik tidak pernah mematahkan
semangat beliau. Malah mempengaruhi beliau untuk lebih agresif dalam
memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Populariti Tun Dr Mahathir bin Mohamad
jelas apabila beliau memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan undi
tertinggi pada 1972 dan seterusnya sebagai senator pada tahun 1973.
Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, Tun Dr Mahathir
bin Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada
tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of the
University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the National
University Council pada 1974.
Sebagai calon Barisan Nasional di Kubang Pasu, Kedah Tun Dr Mahathir bin
Mohamad menang tanpa bertanding dalam tahun 1974. Pada 6 Oktober 1974, Tun Dr
Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Menteri Pelajaran di dalam kabinet
Allahyaraham Tun Abdul Razak. Tindakan pertama beliau adalah melaksanakan Akta
Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti di bawah
Kementerian Pelajaran. Pada bulan Jun 1975, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi
Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kepada Allahyaraham Tun
Abdul Razak. Pada masa itu, beliau juga masih memegang portfolio Kementerian
Pelajaran. Dalam satu rombakan kabinet, beliau ditukarkan menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.
Apabila Allahyaraham Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab
kesihatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri yang keempat pada 18 Julai 1981.
Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa
bertanding sebagai Presiden UMNO.
Tugas pertama Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah membersihkan dan
meninggikan taraf perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih, Cekap
dan Amanah. Pengenalan sistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai kerajaan
benar-benar membuka mata masyarakat. Rakyat diberi keutamaan. Tun Dr Mahathir
bin Mohamad mendorong rakyat untuk `Pandang ke Timur' untuk mencapai kemajuan
dari segi pendidikan, teknologi serta cara berfikir. Malaysia mula menjadi perhatian
dunia dengan seorang pemimpin yang berani menyuarakan pendapat walaupun
bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat.
Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengalahkan
lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993, sekali
lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti.
Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti memerintah
Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982,
1986, 1990, 1995 dan 1999.
Penglibatan Politik :
Ahli Kesatuan Pemuda Melayu Kedah
Ahli UMNO Bahagian Alor Star
Ahli Majlis Bandaran Alor Star (1950an)
Ahli Parlimen Kota Setar Selatan (1964)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1973)
Dilantik sebagai Senator oleh Majlis Mesyuarat Negeri Kedah ke Dewan
Negara
Ahli Parlimen Kubang Pasu (1974 hingga kini)
Naib Presiden UMNO (1975)
Timbalan Presiden UMNO(1980)
Presiden UMNO (Jun 1981)
Penglibatan di peringkat antarabangsa :
President of United Nations Sponsored International Conference on Drug
Abuse and Illicit Trafficking (ICDAIT), Vienna, Austria (1987)
Chairman of the High Level Appraisal Group (HLAG) CHOGM (1989)
Pengerusi 27th CHOGM Conference di Kuala Lumpur.
Chairman of the Group 11 Commonwealth Heads of Government
Perasmi Zimbabwe International Trade Fair, orang bukan Afrika pertama
diberi peluang sejak ia dijalankan 34 tahun yang lalu (1994)
Vice President of the World Solar Commision, (1996)
Dari segi pembangunan ekonomi negara, Tun Dr. Mahathir nyata sekali telah
membuat anjakan paradigma yang jelas dalam struktur sistem ekonomi Malaysia.
Daripada sebuah negara yang berteraskan sistem pertanian sara diri, perladangan
getah dan bijih timah, Malaysia telah menjalankan ekonomi berteraskan industri dan
perdagangan. Beliau turut memperkenalkan industri berat dan berteknologi tinggi di
Malaysia yang telah berkembang menjadi sebuah industri yang maju dan berdaya
saing. Tun Dr. Mahathir telah membawa pembaharuan dalam sistem pentadbiran
negara dengan memperkenalkan 'Dasar Pandang ke Timur' untuk mengambil contoh
kejayaan negara-negara Asia Timur, 'Dasar Penswastaan', 'Dasar Bersih, Cekap dan
Amanah', 'Kepimpinan Melalui Teladan' dan 'Penerapan nilai-nilai Islam' ke dalam
perkhidmatan awam untuk mewujudkan lagi jentera kerajaan yang cekap dan
menghasilkan mutu kerja yang berdaya saing dan berkualiti.
Polisi-polisi ini telah menjadikan perkhidmatan awam di Malaysia antara yang
terbaik di dunia pada hari ini.
Bagi mencapai status negara maju, Tun Dr. Mahathir telah mewujudkan
Wawasan 2020 sebagai tahun untuk Malaysia mencapai status negara maju dan
menyeru rakyat agar berusaha dan mempersiapkan diri bagi mencapai Wawasan
tersebut. Pada akhir 1990an, Tun Dr. Mahathir telah menyediakan Malaysia dengan
cabaran masa depan dengan menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) yang
menekankan teknologi makluvbmat sebagai aset penting negara di alaf akan datang.
Di zaman persekolahannya, Dr. Mahathir amat meminati bidang penulisan.
Beliau pernah menjadi editor majalah Darulaman terbitan Kolej Sultan Abdul Hamid.
Ketika di universiti, beliau merupakan editor majalah terbitan Kolej Perubatan
Singapura.
Sememangnya sumbangan yang diberikan oleh beliau kepada agama, bangsa dan
negara amat besar di dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
dinamik, maju dan canggih. Daya tahan beliau sebagai tonggak utama negara selama
dua dekad merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
PENCAPAIAN TOKOH
TAHUN NAMA ANUGERAHNEGERI
2008Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) Wilayah Persekutuan
2006Certificate of Execellent
from Multimedia University
Malaysia
2006Anugerah Minda Agung
from Malaysian Invention & Design Society (MINDS)
Malaysia
2005Grand Fellow
from Institut Kelautan Malaysia (IKMAL)
IKMAL
(Malaysia)
2004Grand Fellow
from Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala
Lumpur (DPMMKL)
DPMMKL
(Kuala Lumpur)
2004Honorary Doctor of Philosophy in Development
Studies
from University Malaysia Sarawak
UNIMAS
2004“Wira Perdana Negara”
from Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan
Tentera (POLTERA) WP dan Selangor
POLTERA
(WP& Selangor)
2004FIABCI Award of Distinction 2004 for Nation
Building
Malaysia
2004Honorary Doctor of Philosophy in Economics
from University Malaysia Sabah
UMS, Sabah
2004Honorary Doctor of Philosophy in Leadership and
Humanity Development
from University Pendidikan Sultan Idris, Perak
UPSI, Perak
2004Honorary Doctor of Philosophy in Science
from University Sains Malaysia, Penang
USM, Penang
2004Honorary Doctor of Philosophy in Knowledge
Science
from Multimedia University, Cyberjaya
MMU
2004Honorary Doctor of Philosophy in Science
from University Putra Malaysia, Serdang, Selangor
UPM
2004Honorary Doctor of Philosophy in Management of
Development
from University Utara Malaysia, Sintok, Perlis
UUM
2004Honorary Doctor of Philosophy in Law
from University Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor
UKM
2004Institute of Engineers’ Distinguished Honorary
Fellow
from Institute of Engineers’ Malaysia
IEM
2004Honorary Doctor of Philosophy in Government and UiTM
Political Science
from University Teknologi MARA (UITM), Shah
Alam, Selangor
2004Honorary Doctor of Philosophy in Engineering and
Technology
from University Teknologi Petronas (UTP), Tronoh,
Perak
UTP
2004Sports Personality Award 2003
from National Sports Award 2003
Malaysia
2004Doctor of Islamic Thought Honorary Degree
from University Malaya, Kuala Lumpur
UM
2004Honorary Degree of Doctor of Letters
from International Islamic University of Malaysia
IIUM
2003Honorary Fellow
from Acedamy of Science of Malaysia Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
2003“The Father of Modern Malaysia”
from Malaysian Government
Malaysia
2003Honorary Doctorate of Management and
Engineering
from University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai,
Johor
UTM
2003S.M.N
Seri Maharaja Mangku Negara
Malaysia
2003D.K Selangor
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor
2003The Father of National Unity Award
from Parti Bersatu Sabah
Sabah
2003D.S.B.S.
Darjah Satria Bintang Sarawak
Sarawak, Malaysia
2003D.K. The Most Honourable Order Of The Royal
Family Of Kedah
Kedah, Malaysia
2002D.K. The Most Esteemed Order Of The Royal Family
Of Kelantan
Kelantan, Malaysia
1997Tuanku Syed Putra Of Perlis Royal Outstanding
Award
Perlis, Malaysia
1997S.S.A.P. Knight Commander Of The Sultan Ahmad
Shah
Pahang, Malaysia
1996Fellowship of The International College of Surgeons Malaysia
1996Anugerah Cemerlang Perlis, Malaysia
1995D.K.
The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of
Tuanku Syed Putra
Perlis, Malaysia
1994Wira Keadilan Pasir Mas Foundation
1992Melaka Historical City’s Honorary Citizen Award Melaka
1991Wira Nusa Raya UMNO, Sabah
1989D.K.(I)
The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of
Johor
Johor, Malaysia
1988D.U.K.
Kedah Order Of Merit
Kedah, Malaysia
1985‘FAR’, Father of Modern Development By the Pasir
Salak UMNO Division
Pasir Salak
1985P.I.S Sultan Ibrahim Medal I Johor, Malaysia
1982D.U.N.M Knight Grand Commander Of The Most
Honourable Order Of Melaka
Melaka, Malaysia
1982S.S.M.T
Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu
Terengganu
1982D.K.N.S The Most Esteemed Order Of The Royal
Family Of Negeri Sembilan
Negeri Sembilan,
Malaysia
1981D.U.P.N Knight Grand Commander Of The Most
Honourable Order Of Pulau Pinang
Pulau Pinang,
Malaysia
1981S.P.N.S Knight Commander Of The Most Honourable
Order Of Negeri Sembilan
Negeri Sembilan,
Malaysia
1981S.P.D.K
Seri Panglima Darjah Kinabalu
Sabah, Malaysia
1981S.P.C.M Perak, Malaysia
Seri Paduka Cura Si Manja Kini
1980D.P.Sarawak
Dato Patinggi Bintang Kenyalang
Sarawak, Malaysia
1979S.P.M.J.
Dato’ Seri Paduka Mahkota Johor
Johor, Malaysia
1978S.P.M.S.
Seri Paduka Mahkota Selangor
Selangor, Malaysia
1977D.S.D.K.
Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah
Kedah, Malaysia
1977SSAP Pahang, Malaysia
1976The Second Tun(Dr) Ismail Oration Academy of
Medical
Malaysia
1965Pingat Perak Perak, Malaysia
ANUGERAH ANTARABANGSA
TAHUN NAMA ANUGERAHNEGARA
2007Honorary Membership from IIUM Alumni Chapter of
Bosnia and Herzegovina
Bosnia and
Herzegovina
2007Honorary Doctorate from Universitas Syiah Kuala
Darussalam, Banda Aceh
Indonesia
2006Mother Teresa Award India
2005Gaddafi International Prize for Human Rights Libya
2005Huesped de Honor from Alcalde de Medellin Republic of
Colombia
2005Orden Del Congress Grado Republic of
Colombia
2005Orden De La Democracia “Simon Bolivar” – En El
Grado de Gran Cruz Extraordinaria – Con Placa de Oro
Republic of
Colombia
2005Diplome-Pocasnog Clana Nastavnickog Vijeca Skole Sarajevo
2005Honorary Citizen of the Municipality of Travnik from
the Municipal Council Travnik
Travnik
2005The Linus Pauling Award from the International
League of Humanists for Peace and Tolerance
Bosnia Herzegovina
RUMUSAN
Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak memperoleh ilmu
pengetahuan. Kajian yang dibuat terhadap tokoh pilihan saya iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah banyak memberi pengajaran kepada saya dalam menjalani kehidupan
yang penuh cabaran. Beliau telah banyak mengajar saya erti kehidupan berdasarkan
konflik dan kesulitan hidup yang beliau hadapi demi mencapai kejayaan. Kini, saya
sedar bahawa kejayaan itu tidak akan datang dengan mudah tanpa halangan. Beliau
telah mebakar semangat saya untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Saya telah memperoleh beberapa kemahiran setelah mebuat kerja kursus ini.
Antaranya ialah kemahiran mendengar berdasarkan kaedah pandang dengar yang saya
lakukan dan kemahiran mencatat maklumat dengan cara yang betul. Saya juga dapat
belajar mengenai kemahiran kajian ilmiah engikur prosedur yang betul.
Selepas membuat kerja kursus ini, saya mendapati bahawa bnayak faedah yang
dapat kita perolehi. Di masa hadapan, saya mencadangkan agar kerja kursus sebegini
wajar terus dilaksanakan agar generasi akan datang juga dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dan dapat mempelajari kemahiran mebuat folio dengan betul.
LAMPIRAN
Mahathir ketika kecil
Mahathir bersama isterinya Siti Hasmah
Mahathir, pemimpin yang berkaliber
Mahathir membawa Malaysia
ke pentas dunia
RUJUKAN
1. rujukan televisyen
Discovery channel, Astro
2. Rujukan perpustakaan
Perpustakaan Pusat Sumber Tuanku Nur Zahirah, Sekolah Seri Puteri,
Cyberjaya.
3. rujukan folio
Muhammad Aizat Afiq, Folio Sejarah: tokoh, 2008.
4. rujukan internet
www.google.com,www.wikipedia.comwww.yahoo.com
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu
Puan Dayang Melati binti Abdullah kerana telah banyak memberi didikan dan tunjuk
ajar kepada saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Tanpa panduan beliau,
maka tidak akan sempurnalah kerja kursus saya ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
iaitu Azman bin Abu Hasan dan Norlaila bbbinti Md Zakaria kerana telah banyak
memberi sokongan kepada saya dalam usaha untuk terus menyiapkan kerja kursus ini.
Akhirnya, saya telah menyiapkan kerja kursus ini dengan sokongan ibu bapa yang
tercinta.
Berbanyak terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya yang
sentiasa menyokong saya. Terima kasih saya ucapkan kepada saudari Sharifah Farisha
Syed Zain, Nadya Sri Rahayu Rushdi dan Sarah Hayani Ahmad Kushairi kerana
sentiasa memberi semangat kepada saya ketika menyiapkan kerja kursus ini. Terima
kasih diucapkan kepada semua yang turut membantu.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah membuat folio Sejarah ini berdasarkan beberapa objektif. Objektif yang
pertama ialah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai tokoh yang dikaji.
Melalui folio ini, saya telah dapat mengetahui serba sedikit mengenai tokoh yang saya
kaji. Hal ini telah membuka minda saya unutk terus berfikiran ke hadapan
berdasarkan perwatakan took tersebut.
Kedua, saya membuat folio ini atas tujuan unutk memupuk rasa bangga terhadap
tokoh di negara Malaysia. ini telah membuatkan saya lebih bersemangat patriotik dan
cintakan negara justeru berusaha memelihara kemerdekaan negara.
Folio ini juga saya lakukan atas tujuandapat mempelajari proses menghasilkan kajian
sejarah mengikut prosedur yang betul. Saya dapat belajar tentang cara-cara yang betul
untuk menghasilkan folio yang bagus.