Download - Folio Geografi 2009
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN KEAT HWA II06600 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2009
Mengkaji Petempatan dan Bandaraya Perkembangan Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah berbanding dengan Singapura.
Nama Murid:
Tingkatan:
Angka Giliran:
Nombor Kad Pengenalan:
Nama Guru:
T. Tangan Murid T. Tangan Guru
TAJUK MUKA SURAT
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Peta Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
SENARAI KANDUNGAN
Nama saya XXX. Saya belajar di tingkatan 3 di Sekolah
XXX. Sebagai salah satu perkara yang memenuhi
keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu
Kajian Geografi Tempatan.
Tajuk yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah petempatan di
kawasan Pekan Simpang Kuala dan perbandingannya dengan Singapura. Saya telah
memilih kawasan ini untuk menjalankan kajian saya kerana terdapat banyak maklumat
yang dapat saya peroleh daripada kawasan tersebut.
Antaranya ialah terdapat pelbagai perbandingan antara petempatan di kawasan
Pekan Simpang Kuala dengan Singapura. Kedudukan Pekan Simpang Kuala yang tidak
jauh dari rumah saya telah memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Ini juga
merupakan salah satu faktor saya memilih kawasan ini.
Di Pekan Simpang Kuala juga terfapat banyak aktiviti yang dijalankan di
sekitarnya. Saya telah berjaya menjalankan kajian ini selama 8 minggu berdasarkan
segala maklumat yang diperoleh sepanjang aktiviti ini.
Pertama, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Nya telah
memberikan saya sebuah tubuh yang sihat untuk membuat geografi folio tersebut.
Saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak sekolah dan
pengetua, Encik Lau Choon Hoe yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menyiapkan folio KERJA KURSUS GEOGRAFI ini.
Selain itu, tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran geografi saya, Encik Ooi
Chong Oui yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang cara- cara untuk membuat
folio ini. Ucapan terima kasih juga saya tunjukkan kepada ibu bapa saya yang telah
banyak memberi dorongan, sokongan serta bantuan kewangan kepada saya bagi
menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga menucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada
rakan- rakan saya yang telah banyak memberi maklumat dan sanggup meluangkan masa
untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.
Seterusnya, saya juga terhutang budi kepada jiran saya dan penduduk- penduduk
sekitar Pekan Simpang Kuala yang telah memberi kerjasama kepada saya dan banyak
memberi maklumat tentang kawasan kajian yang telah saya pilih seterusnya memudahkan
lagi proses untuk membuat folio ini.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.
1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Pekan Simpang
Kuala serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Singapura.
2. Mengkaji factor- factor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di kawasan
Pekan Simpang Kuala serta factor- factor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan
di kawasan Singapura.
3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Pekan Simpang Kuala
serta fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Singapura.
4. Mengenalpasti masalah- masalah yang terdapat di kawasan Pekan Simpang Kuala serta
masalah- masalah petempatan yang terdapat di kawasan Singapura.
5. Mengenalpasti langkah- langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan masalah
petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala serta langkah- langkah yang dilaksanakan
untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan Singapura.
6. Menerapkan rasa cinta, nilai- nilai murni serta nilai patriotism terhadap kawasan Pekan
Simpang Kuala di daerah Alor Setar negeri Kedah.
Dalam kajian ini , saya telah memilih kawasan petempatan di Pekan Simpang
Kuala sebagai kawasan kajian. Kawasan ini terletak kira-kira 8 kilometer berdekatan
dengan Bandar Raya Alor Setar yang merupakan ibu negeri Kedah. Kawasan ini lebih
rata berbanding dengan Alor Setar. Di sekelilingnya ada banyak flat dan rumah
setinggan. Petempatan yang ingin saya kaji ini merangkumi kawasan perumahan saya
sendiri. Hal ini memudahkan lagi proses kajian untuk dilakukan dan dijalankan.
Pekan Simpang Kuala dapat dikatakan sebagai lokasi Alor Setar yang lama. Ini
kerana banyak kedai terdapat di sini. Antaranya ialah kedai membaiki komputer, kedai
runcit, kedai buah- buahan dan lain- lain. Selain itu, Pekan Simpang Kuala terletak
berhampiran dengan Kuala Kedah. Oleh itu, ikan- ikan yang segar akan dijual di pasar
pagi dan pasar malam.
Klinik-klinik swasta yang terdapat di kawasan kajian ini merupakan salah satu
kemudahan yang menyebabkan ramai orang memilih kawasan ini sebagai kawasan
kediaman mereka. Kemudahan ini menjadi faktor penarik yang utama , ramai orang
memilih kawasan ini sebagai kawasan kediaman. Kebanyakan penduduknya berbangsa
Cina. Setelah terbinanya kawasan perumahan, orang Melayu dan India juga menghuni di
sini.
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Antaranya ialah
1. Kaedah Pemerhatian
2. Kaedah Rujukan
3. Kaedah Soal Selidik
4. Kaedah Temu Bual
5. Kaedah Perbincangan
1. Pemerhatian
Saya telah melawat ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian dan membuat
kajian untuk mendapatkan maklumat- maklumat yang saya perlukan.
2. Temu bual
Saya telah mencari beberapa orang penduduk di sekitar kawasan kajian yang saya
pilih untuk mendapatkan maklumat- maklumat tentang aktiviti- aktiviti yang
dijalankan di sekitar kawasan Pekan Simpang Kuala.
3. Soal selidik
Melalui kaedah kajian ini, saya telah membuat soal selidik kepada seramai 20
orang responden yang sanggup bekerjasama dengan saya untuk memberi
maklumat.
4. Rujukan
Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan dengan menelah
buku- buku, majalah, jurnal dan artikel yang mengandungi sebarang maklumat
mengenai petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala dan petempatan di
kawasan Singapura. Saya juga melayari internet untuk mencari peta kawasan
kajian saya.
5. Perbincangan
Saya berbincang dengan guru penilai, guru- guru geografi yang lain dan rakan
sekelas agar dapat menyiapkan hasil kerja kursus yang baik dan mentap.
Jenis dan pola petempatan
Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat oleh saya dan rakan-rakan serta rujukan
yang telah dibuat dengan melayari internet,kawasan,Pekan Simpang Kuala dan kawasan
Singapura terletak di kawasan yang berdekatan dengan bandar.Ini adalah disebabkan oleh
dasar kerajaan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memajukan kawasan Pekan Simpang
Kuala dan perkara yang sama juga terjadi di Singapura. Berdasarkan kajian melalui
pemerhatian pula,saya dapati kebanyakan rumah di kawasan Bercham dibina dengan
tersusun dan rapat antara satu sama lain.Susun atur ini dikenali sebagai pola terancang.
Di kawasan Singapura pula,rumah-rumah di sana juga dibina dengan rapat dan
tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk menampung penduduk yang
banyak. Ini kerana penduduk di Singapura amat padat dan ramai serta terdapat banyak
kegiatan ekonomi yang dijalankan di sekitarnya. Susun atur di kawasan ini pula dikenali
sebagai pola berselerak.
Saya amat bersyukur dan selesa tinggal di Pekan Simpang Kuala. Kejadian yang
berlaku di Singapura tidak berlaku di Pekan Simpang Kuala. Semua ini adalah berikutan
negara kita yang mampu menampung jumlah penduduknya yang sekata. Kerajaan selalu
memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini.
Faktor yang mempengaruhi petempatan
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Pekan Simpang
Kuala. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah :
Bentuk muka bumi
Pekan Simpang Kuala merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Alor
Setar, Kedah. Pekan Simpang Kuala juga berada tidak jauh dari Kuala Kedah. Kawasan
ini lebih rata berbanding dengan Alor Setar. Selain itu,di kelilingnya terdapat banyak flat
dan rumah setinggan.
Kegiatan ekonomi
Pekan Simnpang Kuala dapat dikatakan sebagai lokasi Alor Setar yang lama. Ini
kerana banyak kedai perniagaan terdapat di sini. Antaranya ialah kedai membaiki
komputer, kedai runcit, kedai buah-buahan dan lain-lain. Pekan Simpang Kuala juga
mempunyai pasar pagi dan pasar malam.
Ekonomi penduduk di sini ialah perniagaan. Hampir 80 % rumah kedai dan
perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Ini dapat dikenalpasti dari nama-nama Cina dan
tulisan Cina.
Bandingannya dengan Singapura
Bentuk muka bumi
Kawasan Singapura merupakan kawasan petempatan yang terletak di selatan
Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan pinggir laut. Keadaan bentuk muka
buminya juga banyak terdapat kawasan yang terdiri daripada tanah pamah.Oleh itu,
kawasan-kawasan yang rata ini telah dibangunkan untuk dijadikan sebagai kawasan
petempatan yang berkembang pesat.
Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Singapura ialah pelabuhan dan
perindustrian. Oleh sebab negara Singapura mengalami masalah sumber yang terhad,
kegiatan industri dan kehidupan seharian bergantung dengan mengimport bahan mentah
dari negara luar dan mengeksport bahan yang telah siap. Bahan mentah yang telah
diimport telah digunakan oleh sektor industri bagi menghasilkan barangan siap.
Fungsi petempatan
Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan
Pekan Simpang Kuala serta penduduk di Pekan Simpang Kuala. Antara salah satu fungsi
petempatan yang terdapat di kawasan ini adalah sistem perniagaan. Banyak kedai telah
dibina di kawasan tersebut.
Contohnya ialah pembukaan kedai seperti kedai membaiki komputer, kedai
runcit, mini market dan sebagainya. Kedai- kedai tersebut telah mendatangkan banyak
kemudahan kepada kita. Kebanyakan barangan keperluan telah dijual di sini. Oleh itu,
apabila kita hendak membeli apa- apa barang keperluan, kita tidak akan berasa susah.
Terdapat juga beberapa buah pusat tuisyen di Pekan Simpang Kuala seperti Pelangi,
Ceria dan lain- lain lagi. Oleh itu, Pekan Simpang Kuala juga mempunyai sistem
pendidikan yang merupakan salah satu fungsinya.
Manakala di Singapura pula,fungsi petempatannya ialah sebagai sebuah kawasan
perdagangan yang luas dan bersistematik. Perkembangan ekonomi yang pesat
menyebabkan banyak jalan raya baru dibina untuk memudahkan barang dagangan dibawa
dari satu tempat ke tempat yang lain. Bersesuaian dengan kegiatan yang melibatkan
pelabuhan naik mendadak. Pembaharuan telah dilakukan dengan membuka banyak
pelabuhan yang baru yang lebih luas di Singapura.
Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini
kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga
seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta
dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.
Masalah Petempatan
Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik, beberapa
masalah telah dinyatakan oleh 20 responden, antaranya adalah kesesakan lalu lintas dan
juga pencemaran alam sekitar.
Pencemaran terjadi kerana sikap tidak bertanggungjawab penduduk- penduduk di
sekeliling Pekan Simpang Kuala yang suka membuat pembakaran terbuka. Pencemaran
udara turut terjadi disebabkan pelepasan asap dari kenderaan bermotor ke udara dan
pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah- sarap yang dibuang di merata-
rata. Kesan pembuangan sampah ialah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan
mencacatkan pemandangan sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku di Pekan
Simpang Kuala berikutan pelepasan gas beracun daripada kenderaan- kenderaan
bermotor.
Singapura juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Pekan
Simpang Kuala. Singapura juga mengalami masalah pencemaran udara. Ini berikutan
dengan pembangunan pusat- pusat industri baru dan penggunaan kenderaan- kenderaan
bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan
hujan asid. Oleh sebab petempatan yang padat di kawasan kajian, pertambahan bilangan
kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalu lintas sering
berlaku di Jalan Alor Mengkulu. Jalan tersebut juga berdekatan dengan kawasan
perumahan dan laluan utama menuju ke sekolah.
Keadaan ini sama dengan fenomena yang berlaku di Singapura kerana
penduduknya amat padat. Singapura juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan
berikutan barang dagangannya yang sangat padat kerana punca ekonomi utama Singapura
ialah kegiatan pelabuhannya. Singapura juga mengalami masalah membina rumah kerana
kekurangan tanah pamah. Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kepadatan
penduduk di Singapura.
Kesimpulannya, kita hendaklah mengatasi masalah- masalah tersebut. Kita juga
mestilah mematuhi undang- undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara
yang menyalahi peraturan. Oleh itu, sebagai penduduk Pekan Simpang Kuala, kita
haruslah saaling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam
sekitar agar tidak tercemar. Yang paling penting ialah kita hendaklah bersyukur dengan
segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan
mengekalkannya.
Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.
Antara langkah-langkah ynag diambil untuk mengatasi masalah petempatan ynag
berlaku di Pekan Simpang Kuala dan Singapura ialah melebarkan jalan raya,
menguatkuasakan undang-undang, mengitar semula, menyediakan tapak pelupusan dan
membuka kawasan baru. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan daripada
kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya.
Di Pekan Simpang Kuala, pelebaran jalan raya hendaklah dilakukan di Jalan Alor
Mengkulu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tahap ketersampaian akan
bertambah baik. Selain itu, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga
sepatutlah meggalakkan pengeluaran kenderaan awam dan penduduk juga perlulah
memberi kerjasama dengan menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.
Selain daripada mengurangkan kesesakan, pencemaran udara juga hendak diatasi.
Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan pencemaran. Lebih banyak
pokok hendaklah ditanam di sepanjang jalan ini. Selain daripada mengurangkan
pencemaran,pokok bunga juga boleh mencantikkan kawasan. Tambahan pula, kerajaan
juga haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi
masalah pembakaran terbuka yang berlaku. Penyediaan tong sampah kitar semula juga
telah dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran. Pembukaan tapak pelupusan sampah
juga telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
Di negara bandingan iaitu Singapura, masalah kesesakan lalu lintas seperti sudah
menjadi kebiasaan tetapi keadaan ini harus dielakkan bagi memudahkan segala urusan
perniagaan dan perdagangan yang dijalankan agar masalah lain tidak timbul dan menjadi
masalah utama apabila menguruskan segala urusan. Bagi mengurangkan masalah
kerkurangan tempat tinggal pula ialah dengan menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak
kerajaan seharusnya membina rumah kos rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan
kondominium. Masalah pencemaran udara pula ialah dengan meminta semua penduduk
agar menggunakan pengangkutan awam dengan itu, kita boleh mengurangkan kadar
pencemaran. Pembukaan pusat pelabuhan baru yang lebih banyak di Singapura juga
haruslah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negara Singapura untuk mengatasi masalah
kekurangan pelabuhan.
Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil
langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa. Namun
begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program
dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling membantu serta melahirkan rasa
bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.
Saya dan kumpulan ahli saya telah berusaha membuat dan menjayakan kerja
kursus geografi tempatan PMR 2009. Kami telah mengetahui lebih mendalam tentang
tajuk petempatan dan perkembangan di Pekan Simpang Kuala.
Kami juga telah mengetahui faktor- faktor yang mempengaruhi petempatan,
fungsi petempatan dan masalah petempatan. Setelah kami mengetahui masalah-
masalah petempatan kawasan kajian. Kami telah membuat karangan bagaimana
mengatasi masalah yang wujud di tempat kajian. Kami juga belajar bagaimana
bertoleransi dan bekerjasama antara ahli- ahli kumpulan semasa menjalankan proses
kajian ini.
Dalam unsur patrotisme, kami rasa bersyukur dapat tinggal di tempat ini di mana
tempat kerajaan, berusaha sedaya- upaya untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di sini.
Ini telah menimbulkan rasa bangga dan ahli- ahli kumpulan saya sebagai rakyat Malaysia.
http://www.wikipedia.org.com/
http://www.google.com/
Cikgu Ooi Chong Oui (Mata Pelajaran Geografi)
Buku teks Geografi Tingkatan 3