Download - Fatin Hanani Binti Mohamad Akhir
PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIRP5E
Pengenalan
Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara
berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan. Tiga komponen
utama dalam penyata kewangan yang perlu difahami adalah penyata pendapatan, lembaran
imbangan dan belanjawan tunai.
Maksud Pengurusan Kewangan
Pengurusan kewangan merujuk kepada aktiviti merancang, menyusun, mengarah dan mengawal segala aspek dalam perniagaan yang mempunyai nilai kekayaan atau nilai wang, untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
Peranan Pengurus Kewangan
Peranan Pengurusan Kewangan
Penyata Kewangan Penyata kewangan merupakan dokumen
rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan.
Pihak Yang Berkepentingan Terhadap Penyata Kewangan
PENGGUNA •KEGUNAAN PENYATA KEWANGAN
Pemilik / pemegangsaham
•Memastikan modal dilaburkan dengan cekap•Menilai prestasi pihak pengurusan dalam mengurus perniagaan•Melihat keberuntungan perniagaan
Pelabur / bakalpelabur
•Mengetahui pencapaian perniagaan kerana kedudukan kewangan mempengaruhi harga saham syarikat berkenaan •Mengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi baik•Bakal pelabur ingin mengetahui prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan untuk melabur
PENGGUNA •KEGUNAAN PENYATA KEWANGAN
Pihak pengurusan •Membuat keputusan perniagaan yang tepat•Mengawal dan mengambil tindakan untuk membetulkan kelemahan dan kesilapan•Membuat perancangan masa depan sama ada jangka pendek atau jangka panjang
Pemiutang, bank,pembekal / vendor
•Menilai kemampuan membayar balik sebelum memberi ataumemperbaharui kemudahan kredit
PENGGUNA •KEGUNAAN PENYATA KEWANGAN
Pihak pengurusan •Membuat keputusan perniagaan yang tepat•Mengawal dan mengambil tindakan untuk membetulkan kelemahan dan kesilapan•Membuat perancangan masa depan sama ada jangka pendek atau jangka panjang
Pemiutang, bank,pembekal / vendor
•Menilai kemampuan membayar balik sebelum memberi ataumemperbaharui kemudahan kredit
PENGGUNA •KEGUNAAN PENYATA KEWANGAN
Agensi kerajaan •Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan syarikat perniagaanmenyerahkan penyata kewangan kepadanya pada setiap tahun •Lembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan penyata kewangan syarikatsebagai asas pengiraan cukai •Jabatan Statistik menggunakan penyata kewangan untukmengumpulkan data untuk kegunan awam
Kesatuan sekerja,pekerja
•Menjadi asas kepada tuntutan untuk mendapatkan bonus, kenaikan gajidan sebagainya
Kepentingan Pengurusan Kewangan
Memastikan hasil kewangan bukan sahaja dapat menampung segala perbelanjaan malah memperoleh keuntungan
Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan dan dibelanjakan dalam aktiviti perniagaan yang boleh menjanakan keuntungan dan meningkatkan produktiviti.
Memastikan organisasi mempunyai aliran wang yang mencukupi untuk menjalankan operasi perniagaan agar operasi perniagaan tidaak tergendala.
Memastikan organisasi tidak dibebani hutang yang banyak dan memastikan hutang dapat dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.
PENGENALAN Sesebuah organisasi perniagaan dapat mengetahui
keuntungan dan kedudukan kewangan perniagaan berdasarkan penyata pendapatan perniagaannya.
Bagi mencapai keuntungan yang disasarkan, perniagaan perlulah menyediakan proforma lembaran imbangan dan anggaran kedudukan kewangan untuk melihat kesan perancangan atas aset dan sumber kewangan.
Kedudukan defisit tunai dan lebihan wang tunai perniagaan pula dapat dikesan dengan penyediaan belanjawan tunai yang teliti.
Perancangan dan
ramalan kewang
an
4.1. Profoma penyata pendapatan
Satu penyata yang menunjukkan jumlah hasil dan jumlah belanja Tujuannya : menunjukkan keuntungan / kerugian perniagaan. Mencerminkan prestasi perniagaan bagi satu jangka tertentu biasanya satu
tahun. Apabila peniaga merancang kewangan perniagaannya, prestasi perniagaan
dinilai secara membuat pengiraan dan analisis keuntungan dan kedudukan kewangan dalam tahun perancangan.
Penyata pendapatan dapat menilai daya maju bagi keberuntungan perniagaan dan jumlah untung bersih yang diperoleh dalam tahun perancangan.
Cara mengira untung bersih adalah: Untung kasar = Jualan bersih – Kos jualanUntung bersih = Untung kasar - jumlah perbelanjaan
Aset 1. Aset semasa (jangka pendek)
2. Aset bukan semasa (jangka panjang)
4.2. Proforma lembaran imbangan
Proforma lembaran imbangan disediakan pada akhir tahun perancangan
Tujuan = membantu peniaga meneliti dan menilai kesan perancangan atas aset dan sumberkewangan perniagaan dan menyediakan anggarankedudukan kewangan perniagaan pada akhir tahunperancangan.
Menunjukkan jumlah aset perniagaan, pembiayaan sumber dalaman (modal dan ekuiti pemilik) DAN sumber luaran seperti liabiliti.
Nota : MODAL & EKUITI PEMILIK - Pelaburan dalam perniagaan
EKUITI PEMILIK=ASET-LIABILITI
LIABILITI - Segala yang dihutang oleh sesebuah perniagaan kepada pihak luar yang
perlu dijelaskan dengan wang, barangan atau perkhidmatan
BELANJAWAN TUNAI
BELANJAWAN TUNAI
Setiap perniagaan perlu mengendalikan wang perniagaan secara cekap untuk memastikan tunai yang cekap.
Untuk tujuan itu, peniaga perlu membuat perancangan kewangan dengan menyediakan belanjawan tunai.
Ramalan tentang jumlah tunai yang akan diterima dan dibayar
serta menunjukkan kedudukan tunai yang dijangkakan bagi tempoh masa depan.
Satu jadual yang menunjukkan anggaran tunai masuk dan tunai keluar bagi sesuatu tempoh tertentu (sebulan, suku tahun setengah tahun dan setahun).
BELANJAWAN TUNAI
Belanjawan Tunai merupakan penyata yang menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai serta kedudukan tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan.
Belanjawan Tunai boleh disediakan bagi sebulan, suku tahun, setengah tahun, setahun dan sebagainya.
Belanjawan Tunai menunjukkan jumlah wang yang diperlukan oleh perniagaan untuk beroperasi.
Belanjawan tunai dapat mengenal pasti kekurangan tunai terlebih dahulu. Oleh itu, langkah boleh diambil untuk menyelesaikan kekurangan ini.
Selain itu belanjawan tunai juga dapat mendedahkan lebihan wang yang diperlukan pada masa tertentu yang menyebabkan jualan bertambah. (contohnya musim perayaan)
Belanjawan tunai juga membolehkan pihak pengurusan membuat rancangan terhadap perbelanjaan modal. (contohnya: beli aset bukan semasa yang mahal dan membayar secara sekaligus atau beransur-ansur)
Dapat mengetahui komitmen yang diperlukan daripada mereka untuk memastikan wang yang mencukupi pada setiap masa supaya perniagaan berjalan dengan lancar.
Belanjawan tunai salah satu cara untuk merancang dan mengawal tunai bagi membantu pihak pengurusan:
1. mencari sumber tunai sekiranya berlaku kekurangan tunai perniagaan.
2. merancang penggunaan tunai jika berlaku lebihan tunai perniagaan.
3. membuat perbandingan amaun sebenar dengan amaun belanjawan.
Kepentingan belanjawan tunai
beri maklumat penerimaan tunai, pembayaran tunai dan bakinya bagi satu tempoh tertentu
Tunjuk keupayaan membayar hutangnya atau tidak
Membantu merancang pendapatan dan perbelanjaannya
membantu mengawal penggunaan wang dan membelanja wang mengikut keutamaan
panduan bank untuk meluluskan permohonan pinjaman sesebuah perniagaan
tunjuk keupayaan tunai pada masa akan datang.
Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai
Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai.
Penyediaan Belanjawan Tunai1. Belanjawan tunai disediakan dalam format berlajur2. Setiap lajur menunjukkan anggaran penerimaan dan
pembayaran tunai bagi suatu bulan atau minggu.3. Antara butiran anggaran penerimaan tunai adalah: a. Modal tambahan dalam bentuk tunai.b. Pinjaman bankc. Bayaran oleh penghutangd. Jualan tunaie. Faedah atas simpananf. Dividen atas pelaburang. Jualan tunai aset bukan semasa
4. Antara butiran anggaran pembayaran tunai adalah:
a. Ambilan tunaib. Belian tunaic. Bayaran kepada pemiutangd. Bayaran balik pinjamane. Gaji dan upahf. Sewag. Kadar bayaran (elektrik dan air)h. Insurans
Langkah Penyediaan Belanjawan Tunai Adalah Seperti Berikut:
a. Bermula dengan baki awal tunai (seperti A dalam Jadual 4.4).b. Masukkan semua anggaran penerimaan tunai dan jumlahkan
(seperti B dalam Jadual 4.4).c. Masukkan semua anggaran pembayaran tunai dan jumlahkan
(seperti C dalam Jadual 4.4)d. Dapatkan lebihan atau kurangan tunai pada suatu bulan
(seperti D dalam Jadual 4.4)e. Baki akhir bulan diperoleh (seperti E, iaitu A + D dalam Jadual
4.4)f. Baki akhir bulan berkenaan menjadi baki awal bulan yang
berikutnya (seperti E dalam Jadual 4.4)
Aliran Masuk Wang Tunai
Aliran masuk wang tunai terdiri daripada sumber-sumber seperti:
i. Penerimaan tunai bagi operasi biasa
perniagaan perniagaan.
Contohnya daripada jualan
tunai dan pembayaran hutang oleh pelanggan.
ii. Penerimaan tunai bagi bukan operasi
Contohnya hasil pendapatan
daripada dividen pelaburan, sewa
diterima dan jualan aset tetap
perniagaan.
Jualan
Aliran tunai masuk bagi perniagaan yang menjalankan jualan secara tunai adalah mudah dianggarkan.
Jika perniagaan menjalankan jualan secara kredit, pengusaha perlu melihat rekod-rekod jualannya terlebih dahulu untuk melihat corak jualan secara tunai dan jualan secara kredit sebelum aliran tunai dianggarkan.
Contoh: Sekiranya Perniagaan Nanimaju Enterprise
mempunyai rekod-rekod perniagaan tahun-tahun lalu yang mempunyai corak penjualan secara tunai sebanyak 70% dan jualan kredit sebanyak 30%, jadi anggaran jualan tunai dan kredit bagi tahun kewangan 20X2 adalah adalah ditunjukkan dalam jadual 4.3 di bawah.
Kutipan Hutang
Adakalanya pelanggan membayar hutang kepada peniagaan dengan mendapat tempoh dan peratusan tertentu.
Peniaga perlu meneliti peratusan kutipan hutang yang sepatutnya dibuat dalam bulan-bulan berkenaan.
Maklumat jadual dan corak pembayaran hutang biasanya tertera dalam rekod-rekod jualan dan ini memudahkan peniagaan mengutip hutangnya.
Contoh: Perniagaan Ninamaju mendapati bahawa kutipan
hutang pelanggan dibuat sebanyak 40% dalam bulan pertama, 30% dalam bulan kedua
dan 30% lagi dalam bulan ketiga. Sekiranya urusniaga dalam bulan Februari 20X1 sejumlah RM235,948.00 jadi, kutipan hutang adalah seperti berikut:
Aliran Keluar Wang Tunai
Aliran keluar wang tunai digunakan untuk tujuan berikut:
i. Pembayaran tunai yang berkaitan operasi biasa seperti belian stok, bayaran hutang kepada pembekal dan bayaran kos angkutan masuk belian.
ii. Pembayaran tunai yang bukan dalam belanja overhed seperti bayaran insuran perniagaan, belian aset tetap dan bayaran ansuran pinjaman jangka panjang.
Belian Stok Belian stok adalah jumlah pembayaran bagi
barang-barang yang biasanya dijalankan oleh peruncit, pemborong dan pengilang. Anggaran bagi pembelian stok perlu dibuat sama ada secara tunai atau kredit kepada pembekal.
Contoh: Perniagaan Nanimaju terlibat dalam pembelian
stok secara kredit dan berhasrat membayar hutang kepada pembekal selepas sebulan urusniaga. Sekiranya Perniagaan Nanimaju membeli stok secara kredit bermula bulan Jan 20x1, jadi pengiraan pembayaran hutangnya dan jumlah wang tunai keluar adalah seperti dalam jadual 4.5 berikut:
Belanja Overhed Belanja overhed adalah belanja yang dikenakan setiap bulan
(sewa, gaji, kadar bayaran bil elektrik, air, jalur lebar dan telefon). Walaupun belanja overhed dibayar secara tunai tetapi pembayaran ini adakalanya dilaksanakan dalam bulan berikut.
Terdapat juga belanja overhed dibayar 1 tahun sekali , 6 bulan sekali atau 3 bulan sekali (insurans, cukai jalan pengangkutan, caj pembentungan, cukai pintu dan cukai tanah)
Hanya belanja overhed yang dibayar tunai sahaja yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai.
Contoh perbelanjaan yang tidak termasuk dalam belanjawan tunai adalah susut nilai aset.
Jumlah susut nilai hanya dikurangkan daripada kos aset yang melibatkan pengurangan untung tanpa mengeluarkan wang tunai.
Contoh: Belanjawan tunai bagi Perniagaan Nanimaju Enterprise disediakan
dengan mengambil kira andaian-andaian berikut:
i. Baki awal tunai pada tahun 20X4 berjumlah RM7,800ii. Belanja overhed seperti gaji, penyelenggaraan, kadar bayaran, insurans,
sewa, alat tulis dan belanja am dibayar secara sama rata setiap bulan.iii. Belanja promosi dibayar setiap tiga bulan iaitu: Mac RM1,300, Jun
RM3,200, September RM4,290 dan Disember RM8,782iv. Belanja kenderaan (kompenan tetap) dibayar pada setiap Januari dan
belanja kenderaan (berubah) dibayar setiap bula pada kadar 0.4% daripada jualanv. Belanja bayaran balik faedah pinjaman bank dibayar 4% atas ansuran
pokokRM1,500 sebulan.vi. Cukai dianggarkan sebanyak RM68,900. Bayaran akan dijelaskan secara bulanan selama 12 bulan mulai Mac 20x4 hingga April 20X5