FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHASA
INGGERIS DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DAERAH KINTA, IPOH, PERAK.
KON CHON MIN
Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
iii
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek
sarjana muda, En. Kandar Bin Selamat di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat
dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna
dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak
memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pegawai JPN Perak, semua
Pengetua, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.
Penghargaan turut diberikan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak membantu menjayakan cadangan projek penyelidikan ini.
iv
ABSTRAK
Mata Pelajaran Reka Cipta merupakan mata pelajaran pilihan Teknik dan
Vokasional kumpulan II bagi tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah
Akademik yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka
Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal yang akan diajar dalam bahasa
Inggeris pada tahun 2006. Kajian ini dilakukan untuk.mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi para pelajar Tingkatan Empat untuk menggunakan bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan ke
atas 33 orang pelajar dari tiga buah sekolah di daerah Kinta, Ipoh, Perak. Maklumat
dari soal selidik telah diproses menggunakan SPSS 11.0 for windows, bertujuan untuk
mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai
min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta adalah pada tahap sederhana, iaitu 2.97.
Faktor-faktor kajian meliputi minat dan sikap pelajar, peranan guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, peranan rakan sebaya, peranan ibu bapa dan peranan
persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran Reka Cipta.
v
ABSTRACT
Reka Cipta subject is one of the alternative subjects in the group two of
technical and vocational for form 4 and 5 in the upper academic schools. Reka Cipta
subject was based on technology and emphasis on student creativity. Reka Cipta is one
of the technical subjects that are going to be taught in English language in year 2006.
This survey is carried out to identify various factors that influence the form 4 students
in using English language in process of teaching and learning of Reka Cipta subject.
Descriptive research is carried out in the form of survey among 33 students from three
schools in the district of Kinta, Ipoh, Perak. Information from questionnaire are process
using SPSS 11 for windows, to get the frequency, percentage and mean. The results of
the study shows that the mean value for factors that influence students interest in using
English language in Reka Cipta subject is moderate that is 2.97. These factors are
interest and attitude of students, the role of teachers in teaching and learning process,
the role of peers, the role of parents and environment to motivate students using
English language in Reka Cipta subject.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
vii
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.8 Definisi Opersional 9
1.8.1 Minat
1.8.2 Pelajar
1.8.3 Bahasa Inggeris
1.9 Kesimpulan 10
BAHAGIAN DUA
II SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 11
2.2 Minat Dan Sikap Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa
Inggeris Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 12
2.3 Peranan Guru Dalam Menimbulkan Minat Pelajar
Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Semasa
Proses Pengajaran dan Pembelajaran 16
2.4 Peranan Rakan Sebaya Dalam menimbulkan Minat
Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam
Mata Pelajaran Reka Cipta 20
2.5 Peranan Keluarga Dalam Menimbulkan Minat
Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris
Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 23
2.6 Peranan Persekitaran Mempengaruhi Minat Pelajar
viii
Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam
BAB PERKARA MUKA SURAT
Mata Pelajaran Reka Cipta 26
2.7 Kesimpulan 30
BAHAGIAN TIGA
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.6 Prosedur Kajian 37
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Analisis Data 39
3.9 Kesimpulan 40
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN EMPAT
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 42
4.3 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian) 47
4.4.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 48
4.4.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 52
4.4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 55
4.4.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 57
4.4.5 Analisis Data Persoalan Kajian 5 58
4.5 Kesimpulan 60
BAHAGIAN LIMA
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan 63
x
5.3 Perbincangan 64
5.4 Cadangan 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Penutup 73
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI 74
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN Lampiran A – C 79
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai Sekolah Menengah Daerah
Kinta Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Reka Cipta Dan Bilangan Pelajar Tahun 2003 33
3.2 Jumlah Item Mengikut Unsur-Unsur
Kajian Berkaitan 34
3.3 Taburan Skala Likert 35
3.4 Perubahan Skala Likert ` 36
3.5 Markat Skala 3 Mata 36
3.6 Perubahan Markat dan Skala 37
3.7 Nilai Alpha Bagi Setiap Persoalan Kajian
Yang Melibatkan 10 Orang Responden 39
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Sekolah 42
xii
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Umur 42
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Bangsa 43
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Bilangan Adik-Beradik 43
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 43
4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus
Responden Mengikut Jenis Rumah Kediaman 44
4.7 Taburan Bilangan Dan Peratus
Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 44
4.8 Taburan Bilangan Dan Peratus
Responden Mengikut Bahasa Utama
Yang Digunakan Untuk Bertutur Dengan
Ahli Keluarga 45
4.9 Taburan Bilangan Dan Peratus
Responden Mengikut Kelayakan
Akademik Tertinggi Ibu Bapa 45
4.10 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden
Mengikut Penguasaan Bahasa Inggeris
Di Kalangan Ahli Keluarga 46
4.11 Taburan Bilangan Dan Peratus
Responden Mengikut Keputusan Bahasa Inggeris
Dalam PMR 46
4.12 Taburan Bilangan, Peratusan Dan min
xiii
Bagi Faktor Minat Dan Sikap Pelajar 48
4.13 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min
Bagi Peranan Guru Dalam menimbulkan
Minat Pelajar 52
4.14 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min
Bagi Peranan Rakan Sebaya Dalam
Menimbulkan Minat Pelajar 55
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.15 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min
Bagi Peranan Keluarga Dalam
Menimbulkan Minat Pelajar 57
4.16 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min
Bagi Peranan Persekitaran Dalam
Mempengaruhi Minat Pelajar 58
4.17 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Lima
Persoalan Kajian mengikut Min 60
xiv
SENARAI SINGKATAN
F - Frekuensi
% - Peratus
CAD - Computer - Aided Design
SPSS - Statictis Package for Social Science
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A. Surat Kebenaran dari Kementerian 79
Pendidikan Malaysia
B. Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 81
C. Borang Soal Selidik 82
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Reka Cipta ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah
atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka
cipta digubal dengan hasrat membentuk minda murid yang kreatif, inovatif dan
inventif sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan berketrampilan
dalam menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di alaf baru.
Reka Cipta berlandaskan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu
minda, kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan
pencetusan idea bermula daripada minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan
dalam bentuk lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke
dalam bentuk model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seorang pereka
cipta juga penting dalam memantapkan dan memberi nilai tambah kepada produk
sedia ada .
2
Kandungan Sukatan Pelajaran Reka Cipta Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) merangkumi Reka Bentuk, Teknologi Pembuatan, Strategi
Pemasaran, Harta Intelek dan Pendokumentasian. Reka Cipta adalah penghasilan
sesuatu produk baru atau pengubahsuaian barangan yang sedia ada untuk
menyelesaikan masalah dan menenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan
datang. Produk yang bersifat inovatif dan bernilai komersil ini harus diilhamkan
dari idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Dalam proses reka
cipta ini, pengalaman sedia ada daripada pelbagai disiplin ditambah dengan aplikasi
teknologi pembuatan dan reka bentuk yang diperolehi dalam kelas dan dipupuk
dengan sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing akan memberi potensi
yang baik kepada murid dalam pembentukan diri sebagai seorang pereka cipta.
Pengetahuan tentang harta intelek termasuk paten dan strategi pemasaran
membolehkan murid bersedia menghasilkan produk bagi tujuan komersil.
Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan murid yang
berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan
perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah
menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Di antara objektif bagi
mencapai matlmat ini adalah untuk memblehkan pelajar :-
1. memahami dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan
bidang reka bentuk dan teknologi pembuatan dalam mereka cipta
yang inovatif dan bernilai komersil;
2. Memahami sistem elektrik, elektronik, mekanikal mudah dan
kawalan dalam bidang mekatronik;
3. Menggunakan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD)
dalam penghasilan lukisan dua (2D) dan tiga (3D) dimensi;
4. Memahami strategi utuk memasarkan produk;
5. Memahami konsep harta intelek dan cara melindungi hasil reka
cipta;
3
6. Berkomunikasi dengan berkesan dalam pendokumentasi dan
persembahan hasil ciptaan;
7. Mengamalkan sikap positif serta peka terhadap isu,
perkembangan dan hala tuju teknologi.
8. Memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, daya saing,
bekerjsama dan menyedari keagungan Tuhan.
( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 )
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan kepada sukatan pelajaran mata pelajaran Reka Cipta (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002 ) memang wujud kepentingan penggunaan bahasa
Inggeris dalam Reka Cipta terutamanya dalam memahami sistem elektrik,
elektronik, mekanikal mudah dan kawalan dalam bidang mekatronik yang
kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris.Selain daripada itu, pelajar
dikehendaki menggunakan Reka Bentuk Komputer (CAD) dalam perekaan produk.
Pelajar menggunakan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer dalam arahan
bahasa Inggeris untuk menghasilkan lukisan dua (2 D ) dan tiga (3 D ) dimensi.
Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah pencapaian bahasa Inggeris di
kalangan pelajar dalam PMR adalah kurang memuaskan pada keseluruhannya.
Peratusan kelulusan bahasa Inggeris dalam PMR merosot daripada 69.9% pada
tahun 2002 kepada 68.1% pada tahun 2003. Bahasa Inggeris merupakan pencapaian
subjek-subjek teras PMR yang paling rendah (Laporan Peperiksaan PMR Lembaga
Peperiksaan Malaysia, KPM, 2003). Peratus pelajar yang mendapat gred E dalam
mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR tahun 2003 ialah 31.9%..
4
Ini menunjukkan tahap kecekapan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia
adalah kurang memuaskan.
Pencapaian keputusan bahasa Inggeris yang kurang memuaskan dalam PMR di
kalangan pelajar merupakan satu masalah kepada pelaksanaan penggunaan bahasa
Inggeris dalam semua mata pelajaran teknikal pada tahun 2006 nanti.
Menurut Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Jabatan
Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan, Mokhlis Jaafar bahawa semua
mata pelajaran teknikal di sekolah teknik seluruh negara akan diajar dalam bahasa
Inggeris sepenuhnya menjelang tahun 2006 ( Berita Harian, 11 Julai 2003 ). Oleh
itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta memang penting. Ini kerana
Reka Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal di Sekolah-Sekolah
Menengah Kebangsaan.
Bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam bidang teknikal. Menurut
Yeoh Cheng Choo (2000), keupayaan untuk menulis dan bertutur dalam bahasa
Inggeris dengan baik merupakan satu sumbangan yang besar dalam bidang
vokasional kepada seseorang pelajar. Kebanyakan buku teknikal adalah dalam
bahasa Inggeris. Oleh itu, seseorang pelajar teknikal perlu mempunyai penguasaan
bahasa Inggeris yang baik jika ingin menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang teknikal termasuklah bidang reka cipta.
Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terpenting di Malaysia dan
banyak usaha untuk meningkatkan tahap bahasa Inggeris di sekolah tetapi didapati
kurang daripada 10% daripada rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa
Inggeris untuk berkomunikasi ( Fasold, 1984 :136-37 dalam Zulkifley Hamid,
1994).
5
Menurut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad (2001)
menegaskan bahawa
“ If we do not want to left out and become victim of Information Technology,
we must seriously strive to acquire this new knowledge. One condition for us
to master this knowledge is by mastering the English language”
Bahasa Inggeris menjadi alat yang membolehkan sesebuah negara ikut
terlibat dalam perkembangan budaya dunia seperti dalam bidang sains dan
teknologi, perdagangan antarabangsa dan bidang diplomatik ( Fasold, 1984:248 ).
Pendapat Fasold adalah menepati salah satu daripada objektif mata pelajaran Reka
Cipta iaitu untuk membolehkan pelajar mengamalkan sikap positif serta peka
terhadap isu, perkembangan dan hala tuju bidang teknologi.
Robiah Sidin (1998 ) bahawa penguasaan bahasa Inggeris pelajar perlu
dipertingkatkan. Kita tidak dapat menyangkal kepentingan bahasa Inggeris dalam
konteks pengajian akademik dan peningkatan ilmu. Oleh itu, pendedahan awal
kepada bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan
asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang yang berkaitan
dengan Reka Cipta. Dalam dokumen pentaksiran projek Reka Cipta (3763/2) SPM
2004, Elemen 1 : Proses Mereka Cipta ( Lembaga Peperiksaan, KPM ). Pelajar
dikehendaki mengumpul data atau maklumat reka ciptaan yang sedia ada (inovasi)
atau mengumpul data atau maklumat mengenai reka ciptaan yang baru ( penemuan
baru ) untuk mendapatkan gred A. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pelajar
biasanya akan melayari laman web atau buku rujukan yang berkaitan dengan reka
cipta atau inovasi baru dalam bahasa Inggeris.
Perdana Menteri mengatakan bahawa “ …Ninety-nine percent of
information we need comes from foreigners in English. Similary, hardware and
software technology are developed and distributed in English. It is quite
impossible for this information to translated into Malay for us to use although there
6
are sophisticated translation equipment…” Oleh itu, adakah pelajar berminat
untuk menggunakan bahasa kedua ini dalam mata pelajaran Reka Cipta?
1.3 Pernyataan Masalah
Semua mata pelajaran teknikal di sekolah teknik seluruh negara akan diajar
dalam bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun 2006 . Reka Cipta merupakan
salah satu mata pelajaran teknikal di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) yang
akan diajar dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006. Matlamat ini tidak akan
tercapai sekiranya pelajar tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kejayaan dalam
pelaksanaannya harus mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi minat
pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran tersebut. Oleh
itu, pengkaji ingin mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan
bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta di kalangan pelajar Tingkatan
Empat Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kinta, Ipoh, Perak.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan :
1. Mengenal pasti minat dan sikap pelajar untuk menggunakan bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta.
2. Mengenal pasti peranan guru dalam menimbulkan minat pelajar untuk
menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenal pasti peranan rakan sebaya dalam menimbulkan minat
pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta.
4. Mengenal pasti peranan keluarga dalam menimbulkan minat pelajar
menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta.
5. Mengenal pasti peranan persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji minat pelajar menggunakan
bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Antara persoalan kajian ini ialah
;
1. Apakah tahap minat dan sikap pelajar untuk menggunakkan bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta?
8
2. Apakah tahap peranan guru dalam menimbulkan minat pelajar untuk
menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka cipta semasa
proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah tahap peranan rakan sebaya dalam menimbulkan minat pelajar
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta?
4. Apakah tahap peranan keluarga dalam menimbulkan minat pelajar
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta?
5. Apakah tahap peranan persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta?
1.6 Kepentingan Kajian
Adalah menjadi hasrat pengkajian ini untuk membantu para guru untuk
menilai kekurangan atau kepincangan yang berlaku ketika menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran, terutamanya meningkatkan minat pelajar
menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian ini akan
memberi maklumat kepada guru untuk terus bersedia dalam segala keperluan yang
diperlukan bagi melahirkan para pelajar yang berminat untuk menggunakan Bahasa
Inggeris dalam Reka Cipta.
Kajian ini juga akan dijadikan rujukan pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menyusun strategi pengajaran & pembelajaran yang lebih berkesan
untuk menghasilkan pelajar yang mampu dan berminat untuk menggunakan
Bahasa Inggeris dalam Reka Cipta.