FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT: SATU KAJIAN
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING, JOHOR
BAHRU.
ANNUAR BIN MOHD HAWARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat abah dan mak:
Mohd Hawari b. Mat Daud & Safiah bt. Harun,
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi
dorongan dan sokongan…
Buat semua adik-adikku:
Abd. Hakim (Angah),
Ahmad Dasuki (De),
Mohd Lokman (Atan),
Nurul Ashraf,
Terima kasih di atas segala-galanya…
Buat semua rakan seperjuangan 5SPN,
Jasa kalian terlalu besar sepanjang menjalani kehidupan di UTM ini…
dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung…
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam buat junjungan besar Rasulullah saw sebagai contoh teladan terbaik, para
sahabat dan pejuang Islam. Syukur kepada Allah swt, kesyukuran yang tidak
terhingga kerana dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan laporan Projek Sarjana
Muda ini dengan jayanya.
Dengan sukacitanya saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada penyelia tesis projek, En. Shahrin bin Hashim yang
banyak memberi panduan, tunjuk ajar dan nasihat bagi menyiapkan tesis ini dengan
jayanya.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua
pensyarah yang memberi bantuan dan tunjuk ajar. Juga kepada Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Perling, Puan Hajah Rahmah binti Mohamad yang
banyak memberikan kerjasama semasa menjalankan kajian ini serta kepada semua
pihak secara langsung atau tidak langsung memberikan sumbangan untuk
menjayakan projek penyelidikan ini. Semua kerjasama amatlah dihargai.
Buat semua rakan-rakan seperjuangan, kenangan bersama selama ini amat-
amat dihargai. Akhirnya semoga Allah swt memberi kurniaNya kepada semua.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti adakah faktor minat, faktor guru,
faktor keluarga dan faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor Bahru. Kajian yang dijalankan
adalah turut bertujuan bagi mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang
signifikan di antara faktor-faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar. Seramai 73
orang pelajar tingkatan empat terlibat di dalam kajian ini. Instrumen kajian yang
digunakan adalah berupa set soalan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan instrumen
kajian adalah = 0.834. Data-data yang dikumpulkan dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0.
Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min bagi
setiap faktor manakala korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan
dengan pencapaian. Hasil kajian menunjukkan faktor guru mempunyai pengaruh
yang tinggi terhadap pencapaian pelajar manakala faktor-faktor lain mempunyai
pengaruh yang sederhana. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan di antara faktor minat dengan pencapaian pelajar.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to identify how factors such as students interest
towards Science, teacher, family and peer group influence the achievement of form
four students in Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor Bahru. This
study was also carried to determine the relationship between the factors and students
achievement. 73 students were involved in this study. Research’s instrument was a
set of questionnaire. The reliability of the questionnaires was = 0.834. Collected
data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0.
Descriptive statistic was use to determine the frequency, percentage and mean.
Pearson correlation is been used to determine the relationship between all factors and
students achievement. Result from this study revealed that teachers were the main
factors that influence student achievement in Science. This study also found that
there was significant relationship between students’ interest towards Science and
their achievement.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GRAF xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
viii
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Terminologi 11
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pendidikan Sains 15
2.2.1 Matlamat Kurikulum Sains 17
2.2.2 Penekanan Kurikulum Sains 17
2.2.3 Objektif Kurikulum Sains 18
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi 19
pencapaian pelajar
2.3.1 Faktor Minat 19
2.3.2 Faktor Guru 20
2.3.4 Faktor Keluarga 23
2.3.4 Faktor Rakan Sebaya 25
2.4 Penutup 26
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Sampel Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Analisis Data 30
3.7 Prosedur Kajian 31
3.8 Kajian Rintis 32
3.9 Jangkamasa kajian 32
4.0 Pengedaran Item Soal Selidik 32
ix
IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Bahagian A (Maklumat Demografi 35
Responden)
4.2.1 Taburan Responden Mengikut 35
Jantina
4.2.2 Taburan Responden Mengikut 35
Keturunan
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 37
Pendapatan Bapa
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 38
Pendapatan Ibu
4.2.5 Taburan Berdasarkan Pencapaian 39
Mata Pelajaran Sains bagi Tahun
2003, 2004 dan 2005
4.3 Rumusan Maklumat Demografi Responden 41
4.4 Bahagian B (Soalan Skala Likert) 42
4.4.1 Faktor minat terhadap pencapaian 43
responden dalam mata pelajaran
Sains
4.4.2 Faktor guru terhadap pencapaian 45
responden dalam mata pelajaran
Sains
4.4.3 Faktor keluarga terhadap pencapaian 47
responden dalam mata pelajaran
Sains
4.4.4 Faktor rakan sebaya terhadap 49
pencapaian responden dalam mata
pelajaran Sains
4.4.5 Rumusan Bahagian B ( Soalan 50
x
Skala Likert)
4.5 Hubungan antara minat pelajar terhadap Sains, 52
pengajaran guru, latar belakang keluarga
dan pengaruh rakan sebaya terhadap
pencapaian pelajar
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 57
5.2 Perbincangan 58
5.2.1 Faktor minat terhadap pencapaian 59
pelajar dalam mata pelajaran Sains
5.2.2 Faktor guru terhadap pencapaian 60
pelajar dalam mata pelajaran Sains
5.2.3 Faktor keluarga terhadap pencapaian 62
pelajar dalam mata pelajaran Sains
5.2.4 Faktor rakan sebaya terhadap 64
pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sains
5.3 Rumusan 66
5.4 Implikasi Kajian 66
5.5 Cadangan 67
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.7 Penutup 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Data pencapaian pelajar 4K1 dari 3
tahun 2003 hingga 2005
1.2 Data pencapaian pelajar 4K2 dari 7
tahun 2003 hingga 2005
3.1 Jadual pembolehubah bersandar dan 28
tidak bersandar
3.2 Jadual Skor Skala Likert 30
3.3 Klasifikasi kekuatan korelasi Rowntree 31
3.4 Jadual Pengedaran Item 33
4.1 Frekuensi dan peratusan jantina 35
responden
4.2 Frekuensi dan peratusan keturunan 36
responden
4.3 Frekuensi dan peratusan pendapatan 37
bapa responden
4.4 Frekuensi dan peratusan pendapatan 38
ibu responden
4.5 Frekuensi dan peratusan pencapaian 39
mata pelajaran Sains Tahun 2003
4.6 Frekuensi dan peratusan pencapaian 40
mata pelajaran Sains Tahun 2004
xii
4.7 Frekuensi dan peratusan pencapaian 40
mata pelajaran Sains Tahun 2005
4.8 Jadual Pemeringkatan Skala Likert 42
4.9 Taburan frekuensi, peratusan dan min 43
faktor minat terhadap pencapaian
responden dalam mata pelajaran Sains
4.10 Taburan frekuensi, peratusan dan min 45
faktor guru terhadap pencapaian
responden dalam mata pelajaran Sains
4.11 Taburan frekuensi, peratusan dan min 47
faktor keluarga terhadap pencapaian
responden dalam mata pelajaran Sains
4.12 Taburan frekuensi, peratusan dan min 49
faktor rakan sebaya terhadap pencapaian
responden dalam mata pelajaran Sains
4.13 Analisis tahap persetujuan berdasarkan 51
skor min
4.14 Nilai purata min bagi setiap pernyataan 51
item
4.15 Jadual pembolehubah bersandar dan 53
pembolehubah tidak bersandar
4.16 Klasifikasi kekuatan korelasi Rowntree 53
4.17 Hubungan di antara faktor minat pelajar 54
terhadap Sains dengan pencapaian pelajar
4.18 Hubungan di antara faktor pengajaran guru 54
Sains dengan pencapaian pelajar
4.19 Hubungan di antara faktor keluarga dengan 55
pencapaian pelajar
4.20 Hubungan di antara faktor rakan sebaya 56
dengan pencapaian pelajar
xiii
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
5.1 Perbandingan purata min antara faktor 58
minat, guru, keluarga dan rakan sebaya
xiii
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
5.1 Perbandingan purata min antara faktor 58
minat, guru, keluarga dan rakan sebaya
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SPSS - Statistical Packages for Social Science
r - Nilai pekali korelasi
q - Aras keyakinan
f - Kekerapan
% - Peratus
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di dalam mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 tidak dinafikan
salah satu daripada bidang yang turut mengharungi perkembangan pesat adalah bidang
pendidikan. Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
mempertingkatkan perkembangan dan kemajuan negara kita. Sejajar perkembangan
teknologi semasa, negara memerlukan masyarakat yang celik terhadap sains dan
teknologi. Ini adalah selari dengan pandangan yang di nyatakan oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir:
“Malaysia memerlukan lebih banyak pelajar yang cekap dalam Sains dan
Matematik untuk meningkat lebih maju dan menerokai bidang teknologi maklumat (IT)
secara lebih mendalam”.
(Mingguan Malaysia, 7 September 2003)
Justeru itu pendidikan sains di mana-mana peringkat pengajian mestilah
mengambil daya usaha untuk merealisasikan cabaran Wawasan 2020 ini. Pendidikan
sains dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) memainkan dua fungsi utama
iaitu melahirkan masyarakat umum yang celik sains (scientifically literate) dan
2
keduanya memberikan asas yang kukuh kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang sains dan teknologi. Fungsi pertama dimainkan oleh mata pelajaran Sains
dalam kumpulan Teras dan yang kedua pula oleh mata-mata pelajaran Sains Tambahan,
Biologi, Fizik dan Kimia (kumpulan elektif).
Dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju, maka
pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sains perlu diberikan perhatian. Ini adalah
berdasarkan kepada hasrat kerajaan yang berharap akan dapat membentuk masyarakat
yang inovatif, bergerak ke hadapan dan boleh menyumbang kepada kemajuan di dalam
sains dan teknologi melalui program-program yang terdapat di dalam KBSM.
Bagi melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam mata pelajaran Sains, kajian-
kajian dilakukan bagi menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah. Kajian juga dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi pencapaian di dalam sains. Kajian dan penelitian ke atas perlaksanaan
pendidikan penting kerana sistem pendidikan adalah saluran utama untuk menerapkan
budaya sains dan teknologi yang diingini. Sikap guru dan pelajar, kurikulum yang
digunakan, kaedah mengajar serta kecekapan guru merupakan aspek-aspek relevan yang
boleh dikaji.
Menurut Othman Johan dan Nordin Mukri berdasarkan satu kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Sains dan Matematik pada September 1997,
terdapat hubungan yang signifikan di antara orientasi belajar dengan pencapaian pelajar
di dalam mata pelajaran Sains. Selain daripada itu, kajian Siti Rahayah Ariffin (1988)
mendapati sikap terhadap sains adalah berbeza mengikut kaum, pencapaian akademik
dan status sosio-ekonomi keluarga. Rata-rata pencapaian menunjukkan pelajar lelaki
berprestasi lebih baik daripada pelajar perempuan, pelajar bukan Melayu lebih baik
daripada pelajar Melayu dan golongan yang berlatar belakang sosio-ekonomi (SES)
tinggi lebih baik daripada golongan miskin dan yang mempunyai SES rendah Alias
Baba 1997 (dalam Robiah Sidin, 2003).
3
Selain daripada itu, terdapat juga kajian dari luar negara mengenai pencapaian
Sains. Antaranya adalah kajian oleh Houtz (1995) yang telah menyatakan di dalam
kajiannya bahawa terdapat peningkatan yang signifikan di dalam pencapaian sains bagi
pelajar yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik, manakala pencapaian adalah
sebaliknya bagi pelajar yang berstatus sosio-ekonomi rendah. R. A. Schibeci (1989)
dalam kajiannya menyatakan bahawa pencapaian pelajar di dalam sains adalah berbeza
berdasarkan faktor-faktor seperti rumah, sekolah dan sikap pelajar terhadap sains. Kajian
oleh Woolnaugh (1994) menyebut bahawa sikap seseorang terhadap sains adalah
bergantung kepada beberapa faktor terutamanya latar belakang keluarga, jantina, dan
gaya pembelajaran.
1.2 Latar belakang masalah
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pembangunan
modal insan perlu diseimbangkan dengan kemantapan kekuatan rohani setiap rakyat
Malaysia sebagai persediaan menjadi negara maju. Bagi mencapai perkara itu, negara
berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa dengan berbekalkan ilmu pengetahuan
termasuk bidang sains dan teknologi (Utusan Malaysia, 31 Ogos 2005).
Dalam ucapannya ketika membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi menegaskan
mengenai pentingnya pembangunan modal insan (Berita Harian, 1 April 2006). Menurut
beliau, sekiranya ingin menjadi sebuah negara maju dan kekal pada tahap itu,
pembangunan modal insan harus diutamakan di mana modal insan merupakan suatu
keperluan di dalam konteks dunia global pada masa kini. Pendekatan kepada
pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan
keusahawanan dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang
tinggi. Tiga strategi utama melahirkan untuk melahirkan modal insan kelas pertama
adalah:
4
(i) Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
(ii) Memperkukuhkan keupayaan Sains, R&D dan inovasi
(iii) Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral
Beberapa perubahan dilakukan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai
status negara maju di mana kurikulum digubal bagi mewujudkan masyakat yang
saintifik dan progresif serta berilmu. Antaranya, pada tahun 2002 Kementerian
Pendidikan telah mewajibkan semua murid-murid di sekolah rendah mempelajari Sains
mulai dari Tahun Satu hingga ke Tingkatan Lima.
Setiap pelajar yang mengikuti pendidikan formal akan diuji kebolehannya
melalui ujian atau peperiksaan PMR, SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan di peringkat
sekolah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar tersebut. Tahap pencapaian pelajar
sama ada tinggi atau sebaliknya adalah berkaitan dengan faktor-faktor tertentu seperti
minat, rakan, guru, keluarga dan sebagainya.
Bagi mendapatkan situasi sebenar mengenai pencapaian pelajar di dalam mata
pelajaran Sains, penyelidik telah menjalankan satu tinjauan di sebuah sekolah di dalam
daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perling.
Pencapaian bagi mata pelajaran Sains Tingkatan Empat bagi pelajar-pelajar tingkatan
empat aliran sastera yang terdiri daripada pelajar kelas 4K1 dan 4K2 di SMK Seri
Perling sejak mereka dari tingkatan 2 hingga tingkatan 4 iaitu dari tahun 2003 hingga
tahun 2005 adalah ditunjukkan seperti di dalam jadual 1.1 dan 1.2:
5
Jadual 1.1: Data pencapaian pelajar 4K1 dari tahun 2003 hingga 2005
Sampel Kelas 4K1 Pencapaian dalam mata pelajaran Sains 2003 2004 2005
Pelajar 1 A C 3B Pelajar 2 A D 5C Pelajar 3 B E 6C Pelajar 4 B E 7D Pelajar 5 B E 7D Pelajar 6 B E 8E Pelajar 7 C E 6C Pelajar 8 A E 4B Pelajar 9 D E 8E Pelajar 10 D E 8E Pelajar 11 E E 8E Pelajar 12 D E 9G Pelajar 13 E E 9G Pelajar 14 E E 9G Pelajar 15 C E 8E Pelajar 16 D E 9G Pelajar 17 E E 8E Pelajar 18 E E 9G Pelajar 19 B E 9G Pelajar 20 E E 9G Pelajar 21 C E 7D Pelajar 22 E E 9G Pelajar 23 D E 9G Pelajar 24 E E 8E Pelajar 25 E E 9G Pelajar 26 E E 8E Pelajar 27 E E 9G Pelajar 28 D E 8E Pelajar 29 D E 7D Pelajar 30 D E 9G
6
(Sumber: SMK Seri Perling)
Pelajar 31 C E 9G Pelajar 32 E E 9G Pelajar 33 E E 9G Pelajar 34 E E 9G Pelajar 35 D E 9G Pelajar 36 E E 9G Pelajar 37 E E 9G Pelajar 38 D E 9G Pelajar 39 E E 9G Pelajar 40 E E 9G Pelajar 41 E E 9G Pelajar 42 C E 9G Pelajar 43 D E 9G
7
Jadual 1.2: Data pencapaian pelajar 4K2 dari tahun 2003 hingga 2005
Sampel Kelas 4K2 Pencapaian dalam mata pelajaran Sains 2003 2004 2005
Pelajar 1 D E 8E Pelajar 2 C E 7D Pelajar 3 D E 5C Pelajar 4 D E 9G Pelajar 5 D E 9G Pelajar 6 E E 9G Pelajar 7 D E 8E Pelajar 8 D E 7D Pelajar 9 E E 7D Pelajar 10 E E 8E Pelajar 11 D E 8E Pelajar 12 E E 9G Pelajar 13 E E 9G Pelajar 14 E E 9G Pelajar 15 D E 9G Pelajar 16 E E 9G Pelajar 17 B E 5C Pelajar 18 E E 9G Pelajar 19 C D 5C Pelajar 20 E E 9G Pelajar 21 E E 7D Pelajar 22 D E 9G Pelajar 23 D E 8E Pelajar 24 E E 9G Pelajar 25 E E 9G Pelajar 26 E E 9G Pelajar 27 E E 9G Pelajar 28 E E 9G Pelajar 29 E E 9G Pelajar 30 E E 9G
8
(Sumber: SMK Seri Perling)
Pelajar 31 E E 9G Pelajar 32 E E 9G Pelajar 33 D E 9G Pelajar 34 E E 9G Pelajar 35 E E 9G Pelajar 36 E E 9G Pelajar 37 E E 9G Pelajar 38 E E 9G Pelajar 39 D E 9G Pelajar 40 E E 9G Pelajar 41 E E 9G Pelajar 42 E E 9G Pelajar 43 E E 9G
Berdasarkan data pencapaian mata pelajaran Sains bagi pelajar-pelajar tingkatan
4K1 dan 4K2 di SMK Seri Perling dari tahun 2003 hingga 2005, penyelidik berpendapat
bahawa satu kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar dalam pencapaian mata pelajaran Sains
KBSM Tingkatan 4.
Ini adalah kerana keputusan peperiksaan menunjukkan suatu pencapaian yang
amat tidak memuaskan. Pencapaian yang sebegini dikhuatiri akan membantutkan usaha
kerajaan dalam menghasilkan masyarakat yang celik sains terutama dalam era sains dan
teknologi ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidik ingin mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajar-pelajar tingkatan 4K1 dan 4K2 dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Empat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling. Faktor-faktor yang akan dikaji adalah
faktor minat, pendekatan pengajaran guru Sains, faktor keluarga dan pengaruh rakan
sebaya.
9
1.4 Objektif
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, kajian ini mempunyai
empat objektif utama iaitu untuk:
i) Mengenal pasti hubungan antara faktor minat pelajar terhadap Sains
dengan pencapaian pelajar.
ii) Mengenal pasti hubungan antara faktor pengajaran guru dengan
pencapaian pelajar.
iii) Mengenal pasti hubungan antara faktor keluarga dengan pencapaian
pelajar.
iv) Mengenal pasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan
pencapaian pelajar.
1.5 Persoalan kajian
Berdasarkan objektif yang dikemukakan, kajian ini adalah bertujuan untuk
menjawab persoalan-persoalan yang berikut:
i) Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sains?
ii) Adakah faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sains?
iii) Adakah faktor keluarga mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sains?
iv) Adakah faktor pengaruh rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Sains?
v) Apakah faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sains?