SEJARAH DUNIAFAKTOR – FAKTOR PERANG DUNIA PERTAMA (1914 –
1918)
DISEDIAKAN OLEH :
SAPBRINAMUNIRAH NABILAH
Perang dunia pertama berlangsung antara tahun 1914 –1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara-negaraEropah yang terlibat dalam peperangan ini ialahJERMAN , BRITAIN , RUSIA , PERANCIS , AUSTRIA-HUNGARY , SERBIA , ITALI , BELGIUM , dan TURKI. Negara – negara di Asia dan Afrika turutdilibatkan apabila wilayah di kedua – dua benua tersebutmenjadi rebutan negara – negara Eropah untuk dijadikantanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua pihakiaitu Triple Alliance(Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente(Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai Jerman.
Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan
keseimbangan kuasa dalam kalangan negara – negara
Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya
Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah
menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa
iaitu Triple Alliance(Perikatan Tiga Kuasa) yang
diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria –
Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple
Entente(Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia
yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia,
Romania dan Greece.
Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana –
mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada
lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya
menghalang meletusnya peperangan dalam
kalangan negara – negara Eropah sehingga tahun
1990.
Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke –
20 disebabkan oleh wujudnya persaingan negara –
negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau
balkan setelah runtuhnya Empayar Turki
Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan
tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan
Britain dan tindakan Perancis menggunakan
bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk
mendapatkan semula Alsace – Lorraine.
Keadaan ini menyebabkan wujudnya
ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah.
Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga
1914 di negara – negara Balkan yang bebas
daripadda penguasaan Turki jelas menonjolkan
kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara
mengawal negara – negara berdaulat dalam
hubungan antarabangsa.
Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak
bermakna lagi apabila negara seperti Serbia yang
disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan
menggunakan ketenteraan, tindakan Austria –
Hungary dan Rusia untuk mengukuhkan pengaruh
masing – masing dalam kalangan bangsa slav dan
tindakan Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi
angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah
dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.
Pada penghujung abad ke – 19, negara – negara
Eropah mula mencari tanah jajahan baru untuk
membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di
Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali.
Ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara
negara – negara tersebut untuk mendapatkan tanah
jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan
Pasifik.
Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai
tanah jajahan berusaha bersungguh – sungguh
untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu,
Jerman telah memulakan tindakan dengan
merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara
– negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan
Perancis pada tahun 1890 – an. Manakala Itali pula
cuba mendapatkan bekas jajahan Turki
Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan
Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu
yg dikenali sebagai Libya.
Tindakan Jerman ini telah menimbulkan
kebimbangan negara Britain dan Perancis
terutamanya apabila Jerman telah bertindak
memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu,
Britain turut memperkuatkan angkatan lautnya
untuk melindungi empayar dan aktiviti
perdagangan antarabangsanya. Jerman dilihat
mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya
iaitu Britain dan Perancis, terutama dalam
pengeluaran besi padda tahun 1900.
Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada
tahun 1911 sehingga hampir menggugat kestabilan
di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah
menyebabkan munculnya negeri – negeri kecil
tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari
Eropah pada tahun 1908 hingga 1913.
Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat dan
Rusia untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada
tahun 1908, Austria – Hungary berjaya menakluki
Bosnia – Herzegovina dan sasaran seterusnya ialah
menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan
Austria – Hungary ke atasnya, Serbia berjaya
mendapatkan sokongan Rusia yang bercita – cita
menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah
Turki. Ini telah mendorongg ke arah meletusnya
Perang Dunia Pertama di Eropah.
Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya
antara Jerman, Britain dan Perancis yang telah
membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar
senjata seperti Syarikat Krupp di Jerman dan
Conventry Ordanance Work di Britain. Pada tahun
1906, Britain berjaya menghasilkan HMS
Dreadnought iaitu sebuah kapal perang yang
canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta
berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan
tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukkan
perbelanjaan yang besar.
Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan
Austria – Hungary telah menambah lebih 50%
perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908 hingga
1914 terutama apabila golongan tentera semakin
berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran
di sesebuah negara.
Negara Jerman golongan tenteranyabertanggungjawab terus kepada Kaiser/Raja, nilai –nilai ketenteraan diterima oleh sebahagian besarrakyat Jerman dan rakyat telah memberi sokonganterhadap pengisytiharaan perang yang dibuatkerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangananggota tentera yang ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada danperang tidak dapat dielakkan lagi.
Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa
negara Eropah turut meningkatkan semangat
patriotik yang akhirnya menyemai bibit – bibit ke
arah peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman
memberi penekanan terhadap bahasa Jerman telah
berjaya menyuburkan semangat cintakan negara
dalam kalangan generasi muda.
Manakala, persatuan – persatuan belia di Jerman
diterapkan perasaan mengagungkan peperangan
dan ciri – ciri keperwiraan dengan setiap anggota
sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan
pertempuran adalah lebih baik daripada mati di
atas katil, malah nama mereka yang terkorban akan
dipahat di tugu peringatan.
Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang
dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan
rakyatnya tentangg kemungkinan berlakunya
perang dan rakyatnya diingatkan supaya membuat
persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar
diberitahu kewajipan mempertahankan negara
Perancis.
Peristiwa pembunuhan Arcduke franz Ferdinand
iaitu pewaris takhta Austria – Hungary dan
isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 jun
1914 oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan
ahli kongsi gelap Black Hand telah menjadi sebab
serta – merta meletusnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada
peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan
Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat
Austria yang berbangsa Serb supaya membebaskan
diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan
Austria mendapat sokongan sekutunya iaitu
Jerman.
Melihat keadaan tersebut, Rusia yang merupakan
sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria dan
bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman
yang bimbang dengan perkembangan tersebut
meminta Rusia menghentikan persiapannya. Oleh
kerana Rusia enggan menuruti saranan Jerman
telah menyebabkan Jerman mengisytiharkan
peperangan terhadap Rusia dan sekutunya.
Perang dunia pertama memberikan impakyang sangat besar dalam sejarah dunia. Iabukan sahaja menjejaskan politik negaraterbabit tetapi, turut menyebabkanberlakunya masalah ekonomi. Jumlahkematian dan kemusnahan harta bendayang tinggi dan negara yang kalah sepertiJerman pula terpaksa menerima hukumanyang berat.