EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN
10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan
sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan
yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik
darjah.
Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam
seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan
melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan
dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen?
Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa
yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan
di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat
bunga berkembang dalam keadaan sebenar.
Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau
peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk
membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar.
Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi
ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid,
sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh.
Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan
sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan
kepada minat murid terhadap pelajaran.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2
Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk
sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan
kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang
beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda
akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.
10.2 Jenis-Jenis Kamera Video
Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam
majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain
pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin
tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya
terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera
video digital.
10.2.1 Kamera video analog
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera
ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format
seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz
kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai
dengannya sahaja.
Gambar 1.1 : Kamera Video analog yang menggunakan kaset video VHS
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3
10.2.2 Kamera video digital
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera
ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital
Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan
menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-
perisian suntingan video secara digital melalui komputer.
Gambar 1.2 : Kamera Video Digital (DVC)
10.2.3 Bahagian-Bahagian Asas Kamera Video
Sebelum anda menggunakan sebuah kamera video, anda haruslah dapat mengenali
bahagian-bahagian asas sebuah kemera video. Sila lihat gambarajah di bawah dan
cuba kenal pasti fungsi bahagian-bahagian tersebut.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4
Rajah 1.3 : Bahagian kamera video
Rajah 1.4 : Gambar Bahagian Butang Rakaman
10.3 Jenis-Jenis Shot dan Pergerakan Kamera
Tonton beberapa rancangan televisyen. Semasa menonton, lihat pertukaran-pertukaran
imej dan pergerakan-pergerakan kamera. Semasa anda menonton anda akan dapati
ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak
jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula
bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua
perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan
kamera.
Butang rakam
Lensa
Butang Zoom
Pemidang Tilik Pelekap mata
Butang White balance Gelang Fokus
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
5
10.3.1 Jenis-jenis shot
Rajah 1.5 menunjukkan shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.
Big Close-Up (B.C.U.)
Close-Up (C.U.)
Bust Shot (B.S.) Waist Shot (W.S.)
Knee Shot (K.S.) Full Length Shot (F.L.S.)
Long Shot (L.S.)
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6
Rajah 1.5 : Jenis-jenis shot
Seimbang Kepala terpotong
Berat di bawah
Berat ke kanan
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7
10.3.2 Jenis-jenis pergerakan kamera
Rajah 1.6 menunjukkan beberapa jenis-jenis pergerakan kamera. Perhatikan
pergerakan kemera yang dinyatakan.
Pan ke kanan Pan ke kiri
Panning
Tilt Up Tilt Down
Tilting
Pergerakan Dolly
Dolly In Dolly Out
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
8
Rajah 1.6 : Pergerakan Kamera
10.3 Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran
Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti ketika merancang peberbitan video untuk
pengajaran. Berikut adalah urutan proses-proses terbut:
Pergerakan Truck
Truck ke kanan Truck ke kiri
1. Tetapkan Tujuan dan Objektif Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.
2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.
3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benar-benar perlu.
4. Menulis Skrip
Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.
5. Bersedia Membuat Penggambaran Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing-masing.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9
6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran
7. Sediakan Bahan dan Peralatan Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.
8. Mulakan Penggambaran Anda mungkin akan membuat penggambaran luar
dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.
9. Menyunting Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
10. Membuat Rakaman Audio Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, Kesan bunyi dan muzik latar.
11. Prebiu Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.
12. Gunakan Dalam Pengajaran Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.
13. Penilaian Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
10
10.4 Menyediakan skrip video atau papan cerita
Anda telah pun melalui pengalaman menghasilkan skrip audio. Sebenarnya konsep
penyediaan skrip audio dan video adalah sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari
segi formatnya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video di bawah. Bolehkan anda
membuat perbezaannya?
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
12
Mengedit Video
Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat
dalam susunan yang sepatutnya. Kemungkinan juga terdapat imej-imej yang dirakam
terlalu panjang, atau tidak berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu
tidak berjalan dengan licin dan sempurna. Melalui proses mengedit, bahan-bahan
rakaman boleh disusun semula bagi menghasilkan video yang lebih licin dan sempurna.
Mengedit video analog
Kerja mengedit video analog memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna
bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk kerja-
kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain
video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu
disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan
menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.
Gambar 1.7 : Perakam video
Apakah perbezaan di antara pemain dan perakam video? Pemain video dan perakam video adalah sama. Perbezaannya ialah perakam video boleh merakam video. Ini boleh dikenalpasti dengan kehadiran butang Record yang biasanya berwarna merah.
Butang Rakaman (Record)
Butang pegun (Pause/ Still)
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
13
Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel
Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel
Gambar 1.9 : Kabel AV
Proses mengedit sebuah rakaman dilakukan dengan cara memainkan sebuah rakaman
video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk
menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang Pause pada unit perakam
dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada unit pemain. Kemudian tekan semula
Record pada unit perakam untuk meneruskan rakaman.
Mengedit video digital
Terdapat beberapa proses dalam penyuntingan video digital seperti berikut:
1. CAPTURE
Proses capture gambar/ video merupakan proses pemindahan gambar dari
memori penyimpanan (MiniDV atau MicroSD) ke dalam hardisk komputer/ laptop.
A menandakan audio V menandakan video
V A
in
out
A V
in
out
Kabel AV
Pemain Perakam
TV
A V
in
out
in
out
TV
A V
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
14
2. EDITING DALAM SOURCE MONITOR
Proses editing dilakukan untuk memotong beberapa klip video yang mungkin ingin hendak dibuang atau disimpan. Dalam proses ini, pemotongan dan penyambungan berlaku.
a. Pemotongan Gambar
Ada dua jenis pemotongan gambar dalam editing, iaitu cut dan transisi. Cut bererti perpindahan dari satu shot ke shot berikutnya secara langsung, tanpa ada transisi sama sekali. Jenis pemotongan cut terbahagi kepada dua cara:
i. matched cut - kesinambungan antara shot satu dengan cut shot berikutnya
ii. cut away - sebuah sambungan atau cut dipengaruhi oleh beberapa faktor.
b. Penyambungan
Ketika shot disambungkan satu sama lain sehingga menjadi satu rangkaian, maka rangkaian shot tersebut haruslah dapat difahami. Suntingan yang dilakukan berdasarkan kepada prinsip penyambungan shot, yang terdiri daripada sequence shot, cutting to continuity, classical cutting, thematic montage, dan abstract cutting.
i. Sequence Shot – jenis suntingan tanpa membuat pemotongan shot. Rakaman video telah dirancang mengikut babak yang berurutan secara teratur. Kaedah ini digunakan semasa kewujudan teknologi penyuntingan.
ii. Cutting to Continuity - merupakan sambungan atau cut digunakan untuk melanjutkan cerita, cutting to continue telling the story.
iii. Classical Cutting - sebuah pemotongan untuk memperjelas, sesuatu cerita (shot), cutting to clarify, dramatize or underline the previous shot.
iv. Thematic Montage - sebuah suntingan untuk menyambung satu cerita
dengan cerita lain, sebuah babak untuk menyambung babak lain; cutting to connect one story to another; cutting to argue one thesis to another.
3. EDITING DALAM TIMELINE
Jika terdapat bahagian yang masih ingin dihilangkan, lakukan proses dengan menggunakan banyak alat untuk mengedit klip di dalam timeline seperti dibawah ini :
i. Razor Tool : Memotong klip
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
15
ii. Move Tool : Memilih Klip iii. Rate Stretch Tool : Mengatur kecepatan putar klip
4. PENAMBAHAN EFEK
Klip-klip yang ada di dalam timeline dapat diberikan efek tambahan untuk menjadikannya lebih menarik.
5. PENAMBAHAN TRANSISI
Proses penambahan transisi dilakukan agar terjadi perpindahan antar dua atau beberapa klip menjadi lebih halus.
6. RENDERING VIDEO Proses ini merupakan, langkah terakhir setelah semua pengubahsuaian telah dilakukan. Bahan yang disunting akan menjalani proses rendering dengan mebuat penetapan setting seperti jenis format video.
Rumusan
Penguasaan kemahiran teknik asas merakam movie menggunakan kamera video,
sama ada analog mahupun digital membolehkan penghasilan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Kerja-kerja penyuntingan rakaman menggunakan aplikasi
seperti WMM, VCD Cutter dan penyuntingan video dengan menggunakan Ulead
VideoStudio 8, Pinnacle 11, Adobe Premier akan menghasilkan kerja bagaikan seorang
profesional.