BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bab ini akan cuba menerangkan serba sedikit tentang latar belakang masalah membaca
suku kata terbuka KVKV yang dihadapi murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah
rendah di Bahagian Sibu, Negeri Sarawak. Dalam bahagian ini, penyelidik akan
memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit huraian tentang fokus utama kajian dan
variabel yang terlibat dan tujuan kajian dijalankan. Penyelidik juga menyatakan tentang
pernyataan masalah kajian.
Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya dikategorikan sebagai sekolah luar bandar disebabkan
kedudukannya yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Sibu. Sibu Jaya
merupakan bandar satelit kepada Bandar Sibu dan lebih dikenali sebagai Bandar Baru Sibu
Jaya. Namun begitu infrastruktur sekolah ini tidaklah begitu jauh ketinggalan berbanding
sekolah di bandar kerana ia dibina sepenuhnya di bawah rancangan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) mula diperkenalkan di SK Sibu Jaya
pada tahun 2006 disebabkan terdapatnya murid berkeperluan khas ini bersekolah di situ.
Sehingga kini terdapat seramai 27 orang murid bermasalah pembelajaran dengan seorang
Guru Penolong Kanan, 7 orang guru pendidikan khas (GPKI) dan dibantu 2 orang Pembantu
Pengurusan Murid (PPM).
Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu
pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang
dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti
membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan
memahami. Zulkifley Hamid (2007), menyatakan bahawa proses menguasai kemahiran
membaca dan memahami bukanlah suatu pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses
dengar-tutur.
1
Dalam proses penguasaan bahasa secara lisan, setiap individu adalah secara automatis
telah dibekalkan dengan suatu alat nurani yang membolehkan mereka mengenali dan
memahami simbol bahasa secara natural. Berbeza dengan penguasaan kemahiran lisan,
dalam proses membaca seseorang itu perlu mengamati, mengingati dan mendengar serta
dapat membezakan bunyi dengan tepat, menyebut simbol-simbol huruf yang mewakili bunyi
tertentu serta menggabungkan sesuatu bunyi bagi membentuk perkataan dan memindahkan
lambang-lambang tadi kepada sistem kognitif bagi tujuan terjemahan dan pemahaman
(Safiah Osman 1990).
1.2 Latar Belakang Kajian
Latar belakang kajian akan menyingkap masalah kajian yang telah dikenalpasti dan
keperluan untuk menjalankan kajian ini. Di sini juga pengkaji akan cuba menerangkan
keadaan semasa atau isu-isu berkaitan yang perlu ditangani dan bagaimana kajian ini akan
menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada.
Dalam bahagian ini juga pengkaji akan menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian
ini dan yang menghasilkan pertemuan signifikan.
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu tahun 2006, membaca adalah
satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang
betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik. Menurut fahaman terdahulu membaca
semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang menyuarakan tulisan
dengan lancar, adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahami.
Justeru itu kemahiran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat untuk
memerhati kepada kekuatan suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi
bacaan oleh murid tidak dipedulikan guru yang mengajar.
Fahaman masa kini pula membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan
kepada suara sahaja bahkan tahu makna dan faham apa yang dibaca. Seseorang murid yang
boleh memindahkan tulisan pada suara dengan lancar dan kuat, tetapi tidak memahami apa
2
yang disebut maka murid itu tidak boleh dianggap sebagai pandai membaca. Memahami isi
bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca. Dalam hal
demikian, bolehlah dikatakan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi
dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Murid memperoleh kemahiran
membaca ini sejak dari awal tadika sehinggalah ke peringkat sekolah rendah. Namun
keadaan kini amat mendukacitakan di mana kemahiran membaca ini menunjukkan
kelemahan yang amat ketara dalam kalangan murid sekolah rendah sehingga ke peringkat
sekolah menengah dan ini menjadi masalah kepada para guru di peringkat sekolah
menengah.
Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia tahun 2002 menunjukkan bahawa tahap
membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak membimbangkan.
Mengikut kadar literasi tahun 2002, sebanyak 93.8% rakyat Malaysia membaca secara purata
hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996, kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun hanya
52% boleh membaca. Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 – 9
tahun sebanyak 96% boleh membaca sementara 73% mengamalkan tabiat membaca.
Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas, sebanyak 93% boleh membaca
dan hanya 87% mengamalkan tabiat membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Di
bandar sebanyak 81% dan di luar bandar pula hanya 77% yang mana kedua-dua lokasi ini
sekadar 56% yang mengamalkan tabiat membaca.
Jadual 1.1 : Kebolehan Membaca dan Amalan Membaca bagi Kanak-kanak Berumur 5
hingga 10 tahun.
Ciri-ciri Orang% taburan
Boleh membaca% insiden
Amal membaca% insiden
Jumlah 100 79 56
Jantina:-LelakiPerempuan
5149
7880
5557
3
Umur5 - 6 tahun7 - 9 tahun10 tahun ke atas
3862100
529693
307387
Sumber: Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002
Jadual 1.2 : Jenis bahan bacaan yang disukai ( 2002 )
Ciri-ciri Surat khabar Majalah Buku Komik
5 – 9 tahun 6 10 26 41
10 tahun ke atas 79 47 52 32
Sumber: Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002
Jadual 1.2 di atas menunjukkan bahan-bahan bacaan yang sering di baca oleh murid-
murid sekolah. Merujuk kepada jadual di atas amat membimbangkan kerana amalan
membaca buku akademik menunjukkan peratusan yang rendah iaitu 26 % bagi kanak-kanak
berumur 5 hingga 9 tahun dan 52 % bagi mereka yang dalam lingkungan umur 10 tahun ke
atas. Masalah tidak tahu membaca adalah salah satu punca mengapa pembacaan buku
akademik menunjukkan peratusan yang rendah dalam kalangan kanak-kanak.
Perbincangan di atas menunjukkan bahawa kemahiran membaca amat penting dalam
kehidupan seseorang tanpa mengira latar belakang dan status ekonomi. Masalah tidak tahu
membaca ini bukan sahaja mengganggu proses pembelajaran diperingkat awal malah akan
berterusan ke peringkat seterusnya sekiranya tidak dibendung dan ditangani di peringkat
awal. Murid-murid yang tidak boleh membaca memberikan lebih banyak gangguan di dalam
bilik darjah kerana mereka tidak faham apa yang diajarkan guru dan mereka cuba membuat
perkara lain yang dapat mengisi masa luang mereka.
4
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
Pernyataan masalah ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian.
Kenyataan masalah kajian ini amat spesifik dan mengandungi variabel kajian. Kegagalan
membaca membawa kepada masalah keciciran murid dalam kelas (Wikipedia Bahasa
Melayu:2000) Ia juga menyumbang kepada kesahan kajian masyarakat Malaysia yang
kurang membaca. Dua helai muka surat setahun adalah benar (UNESCO:1999). Kaedah
membaca yang digunakan oleh guru memerlukan suatu bentuk pengajaran khas (berbeza
daripada kaedah biasa) kerana murid LINUS adalah murid istimewa yang gagal belajar
membaca mengikut kaedah pengajaran murid normal.
Khadijah Rohani (1987) menjalankan kajian berdasarkan persepsi guru tentang
masalah membaca, dan mendapati bahawa terdapat kira-kira 30 peratus murid-murid tahap 1
di sekolah-sekolah rendah di Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek kemahiran
membaca dan memahami. Dengan kata lain, mereka gagal membaca dengan baik dan
berkesan dalam jangka masa yang sepatutnya ketika berada di tahun 1 persekolahan. Statistik
rasmi daripada Menteri Pelajaran Malaysia Malaysia telah dilaporkan oleh Sapidin (2005)
bahawa kira-kira 100,000 pelajar tempatan tidak berupaya membaca, menulis atau mengira.
Perangkaan ini membuktikan bahawa satu usaha khusus harus dititiberatkan dalam mengatasi
masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak.
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (2002) menunjukkan
bahawa seramai 13,332 orang murid-murid di tahun 1 mempunyai masalah membaca dan
memahami yang serius. Daripada angka tersebut, seramai 1,254 orang murid dikenal pasti
sebagai murid yang memang menghadapi dalam pembelajaran yang berpunca daripada
masalah membaca dan memahami. Daripada jumlah ini (1,254), seramai 619 murid-murid
(51.3%) pula telah dikenal pasti sebagai golongan yang buta huruf. Sementara itu bakinya
pula iaitu seramai 41.0 peratus adalah tergolong dalam kategori lemah dan bermasalah dalam
5
kemahiran membaca. Pernyataan tersebut jelas membuktikan kepada kita betapa masalah
membaca dan memahami sudah menjadi seperti penyakit kronik yang bakal mengundang
petaka sekiranya langkah segera membasminya tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Terdapat lebih 80 ribu murid-murid sekolah di Malaysia yang masih gagal menguasai
kemahiran membaca dan menulis (Unit Rendah, Bahagian Sekolah, 2006). Menyedari
hakikat itu Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak langkah untuk melaksanakan program
Kelas Intervensi Literasi dan Numborasi (LINUS) bagi mengatasi masalah tersebut. Justeru
data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) seharusnya menjadi
penanda aras bagi pemasalahan ini yang kian serius dan perlu ditangani segera. Mahadzir
Mohd Khir, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia semasa merasmikan
Seminar Pendidikan Khas ke-3 telah turut mendedahkan bahawa seramai hampir 520 ribu
orang murid daripada 5.1 juta murid-murid mengalami masalah membaca akibat disleksia
(Utusan Malaysia, Oktober, 2006).
Kesedaran tentang fenomena masalah membaca dan menulis ini perlu ditangani
segera kerana kegagalan semua pihak terutamanya pihak sekolah akan membawa risiko
terhadap kualiti pendidikan secara menyeluruh. Secara tidak langsung dikatakan bahawa
telah berlaku kesan negatif atau dikenali sebagai defisit akademik akibat kelemahan yang
mula bertambah secara kumulatif pada peringkat rendah. Jadual 1.3 di bawah dengan jelas
menunjukkan defisit akademik yang berlaku dalam kalangan murid-murid Tahap 1 di
sekolah-sekolah rendah yang bermasalah dalam kemahiran 3M pada kohort 2003 dan 2004
(Jabatan Pendidikan Khas, KPM 2005).
Jadual 1.3 : Data Perbandingan Defisit Akademik (3M) Tahap 1 Sekolah Rendah
Tahun 2003 2004 Perbezaan
Bilangan murid
% Bilangan murid
% Bilangan murid
%
Tahun 1 53,341 11.1 45,654 9.1 7678 2.0
Tahun 2 41,535 9.1 39,296 7.9 2239 1.2
Tahun 3 32,615 7.3 30,044 6.1 2571 1.2
6
Tahap 1 127,491 9.1 114,994 7.7 12,497 1.4
Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, KPM 2005
Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2006, memetik pendedahan Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam yang
menyatakan bilangan pelajar lemah membaca adalah terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah
lebih daripada 500,000 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar tahun enam.
Menurut Utusan Malaysia itu lagi, jumlah ini mewakili 25% daripada 2 juta pelajar-pelajar
sekolah rendah di seluruh negara. Beliau turut menyarankan agar program pendidikan
pemulihan di sekolah diperhebatkan dengan mempelbagaikan pendekatan agar masalah ini
dapat ditangani secara berkesan.
1.4 Soalan Kajian
Soalan kajian sangat penting dalam sesuatu penyelidikan. Soalan kajian ialah soalan yang
dibina berpandukan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan
membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian. Secara umumnya kajian ini
ingin melihat keberkesanan kaedah pandang sebut dan kaedah latih tubi dalam membantu
murid membaca suku kata terbuka. Kajian ini menetapkan 3 persoalan kajian seperti berikut:
1. Apakah punca murid-murid PPKI tidak boleh membaca perkataan suku kata terbuka
KV+KV?
2. Apakah langkah-langkah kaedah pandang sebut dan latih tubi yang dijalankan oleh guru
dalam pembelajaran dan pengajaran membaca suku kata terbuka KV+KV?
3. Apakah penggunaan kaedah pandang sebut dapat meningkatkan kemahiran membaca
suku kata terbuka KV+KV dalam kalangan murid-murid PPKI?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu
kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji
sebab ia membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu
digunakan.
7
Objektif Am;
Di akhir kajian ini, kita akan tahu keberkesanan kaedah pandang sebut dan kaedah latih tubi
dalam membantu meningkatkan kemahiran 5 orang murid PPKI SK Sibu Jaya dalam
membaca perkataan gabungan dua suku kata terbuka KV+KV.
Objektif Khusus;
1. Mengenalpasti punca-punca masalah membaca suku kata terbuka KV+KV dalam kalangan
murid-murid PPKI.
2. Mengetahui langkah-langkah kaedah pandang sebut dan latih tubi yang dijalankan oleh
guru dalam pembelajaran dan pengajaran membaca suku kata terbuka KV+KV.
3. Membuktikan penggunaan kaedah pandang sebut dan latih tubi dapat meningkatkan
kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV dalam kalangan murid-murid PPKI.
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian bermaksud apakah pentingnya hasil kajian anda dan adakah orang akan
mengambil tahu dan berminat dengan hasil kajian kita. Kepentingan kajian akan dilihat dari
sudut pernahkah kajian serupa dijalankan, adakah perlu kajian ini dijalankan, siapakah yang
dapat memanfaatkannya, adakah sesuai dengan trend semasa, berkait dengan masalah yang
praktikal, berkait dengan populasi yang lebih besar dan berkait dengan populasi yang kritikal
atau yang berpengaruh.
Kajian yang dijalankan memerlukan masa, tenaga, wang dan sumber tertentu. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan sumber sendiri iaitu masa, tenaga dan wang untuk
merancang, melaksana dan mendokumentasikan hasil penyelidikan ini. Oleh hal yang
demikian, kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu guru-guru pendidikan khas
terutamanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia membantu murid-murid PPKI
membaca suku kata KVKV dengan lebih berkesan. Selain itu kajian ini dijangka turut
membantu murid-murid lain dalam kelas pemulihan khas dan kelas perdana yang masih
belum menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV.
8
Kajian ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas tentang sejauh mana kaedah
latih tubi memberi kesan kepada peningkatan kemahiran asas membaca dalam kalangan
murid-murid PPKI. Kajian ini juga bertujuan memperlihatkan bagaimana murid-murid PPKI
dapat mempertingkatkan prestasi kemahiran membaca melalui aktiviti pandang sebut yang
terancang dan berperingkat.
1.7 Batasan Kajian
Batasan kajian akan menjelaskan potensi-potensi kelemahan kajian dan cara-cara untuk
meminimumkan kelemahan tersebut, ataupun implikasinya seperti aspek pengumpulan dan
persampelan. Kajian ini lebih tertumpu kepada murid-murid kelas PPKI Amanah di SK Sibu
Jaya. Selain itu kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah pandang sebut dan kaedah latih tubi
dalam pengajaran kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV.
Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik
yang diambil dan diubahsuai daripada pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Justeru itu
kebolehpercayaan dapatan ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, kejujuran dan
keikhlasan dari responden yang menjawab soalan-soalan kajian yang diberikan. Tempoh
kajian akan dijalankan dalam jangka masa 4 minggu. Dalam jangka masa ini, pengkaji akan
menggunakan 20 suku kata mudah.
1.8 Rumusan
Dalam bab 1 ini penerangan serba sedikit tentang latar belakang dan pernyataan masalah
diberikan. Selain itu objektif-objektif dan persoalan kajian turut dinyatakan. Kepentingan dan
batasan kajian juga turut dijelaskan secara ringkas. Jelas menunjukkan bahawa seseorang itu
perlu menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV di peringkat awal.
Kemahiran yang diinginkan di sini ialah murid kenal huruf KV+KV dan tahu membunyikan
huruf KV+KV tersebut. Peranan, komitmen dan usaha guru dalam membantu meningkatkan
9
kemahiran membaca murid amat penting lebih lagi kepada murid-murid yang mempunyai
masalah pembelajaran.
Kemampuan membaca suku kata tidak memadai sekiranya seseorang itu tidak faham
akan maksud perkataan yang dibaca. Kajian ini lebih menumpukan kepada proses membaca
suku kata terbuka KVKV di kalangan murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi di SK
Sibu Jaya. Walaupun mereka adalah golongan kurang upaya dari segi pembelajaran namun
mereka harus diberi peluang sama rata untuk menguasai kemahiran membaca. Ini diharapkan
dapat membantu dan memudahkan mereka dalam aktiviti kehidupan seharian hari ini dan di
masa hadapan.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Perbincangan dalam bahagian ini berdasarkan kajian literatur yang melibatkan pembacaan
buku-buku jurnal, tesis, kertas kerja dan bahan-bahan bacaan lain yang bersifat akademik.
Pengkaji melaporkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelajaran mengenal dan
mengecam abjad dan keberkesanannya tahap pencapaian membaca menerusi pendapat tokoh-
tokoh ilmuan. Bab ini membincangkan tentang konsep-konsep membaca suku kata terbuka,
kaedah membaca dan pendekatan bacaan. Teori-teori dan juga kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan tajuk kajian turut di perjelaskan untuk menyokong kajian ini.
2.2 Literatur Berkaitan
Literatur yang berkaitan merujuk kepada teori-teori dan prinsip-prinsip yang dikemukakan
oleh pengkaji-pengkaji lain dalam negeri atau luar negara, yang telah menjalankan kajian
dalam bidang yang sama dengan bidang kajian ini. Dalam bahagian ini, pengkaji akan
didedahkan tentang keperluan untuk merujuk kepada kajian berkaitan untuk pengkaji
10
mengetahui dapatan-dapatan dan pengkaedahan kajian yang terkini. Dalam kajian ini akan
merujuk kepada kajian-kajian yang telah dijalankan dalam lingkungan 10 tahun kebelakang
iaitu tahun 2001 hingga 2011. Teori-teori, prinsip-prinsip dan hasil kajian ini akan dijadikan
asas, sokongan dan panduan kepada kajian ini.
Smith (1971) menjelaskan bahawa membaca adalah satu bentuk psikolinguistik yang
merupakan satu langkah lanjutan dalam memproses perkembangan pembelajaran yang
diterima. Aktiviti membaca adalah satu aktiviti pentafsiran dan menterjemah lambang-
lambang bercorak kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan. Oleh itu, secara keseluruhannya
membaca merupakan beberapa proses yang kompleks, gabungan beberapa proses seperti
proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental (Frie, 1963). Klien,
(dalam Farida Rahim, 2005) menyatakan definisi membaca mencakupi tiga perkara. Pertama,
membaca merupakan suatu proses di mana informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki
oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Kedua, membaca
adalah strategi. Manakala perkara ketiga ialah membaca merupakan interaktif.
Seseorang yang dapat membaca suatu teks yang bermanfaat, akan menemui beberapa
tujuan yang ingin dicapainya. Kemahiran membaca mengikut Pusat Perkembangan
Kurikulum (2003), ialah murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Kemahiran membaca
merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan ilmu dan sastera dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Kemahiran
membaca amat penting dalam semua aspek terutamanya aspek komunikasi. Membaca
merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu penulis dan pembaca.
Kanak-kanak perlu memiliki kemahiran mendekod iaitu membatang dan
membunyikan suku kata untuk membaca bahasa. Sekiranya kemahiran mendekod tidak
dikuasai dengan baik, maka kanak-kanak tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan lisan
yang dikuasai untuk membantunya membaca perkataan yang tidak dikenali. Menurut
Schickedanz (1982), ini menjelaskan kenapa murid tidak boleh menyebut perkataan yang
mudah walaupun sudah menguasainya dalam bahasa lisan. Ini bermaksud ramai murid yang
11
lancar berkomunikasi dengan orang di sekeliling gagal membaca dengan baik. Kajian yang
dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa
Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud dalam
kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa
daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18% ada mengalami masalah membaca.
Proses membantu murid membaca dengan lancar memerlukan strategi pembelajaran
yang khusus. Strategi pembelajaran bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh pelajar
untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan
penggunaan sumber maklumat (Abu Talib 1998). Mengikut Oxford (1990, 1993), tindakan
tersebut diambil bagi membantu pelajar menguasai proses pembelajaran dengan mudah,
cepat, lebih menyeronokkan, lebih ke arah kendiri, lebih cekap, dan lebih mudah dipindahkan
ke situasi baru. Chamot, Beard El-Dinary dan Robbins (1999) pula berpendapat strategi
pembelajaran ialah teknik yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugas
pembelajaran.
Strategi pembelajaran bahasa pula boleh dikaitkan sebagai langkah-langkah yang
disedari atau suatu tingkah laku yang digunakan oleh pelajar bahasa dalam mencapai,
menyimpan, mengingati kembali dan menggunakan semula maklumat baru (Rigney 1978;
Oxford 1990). Dalam konteks pendidikan bahasa dengan ditentukan melalui pelbagai cara
seperti menggunakan diari, prosedur penyuaraan berfikir dan pemerhatian (Oxford 1989).
Dalam pendidikan bahasa, terdapat pelbagai strategi pembelajaran yang boleh digunakan
oleh murid ketika belajar bahasa. Strategi pembelajaran yang berbeza dipengaruhi oleh faktor
kognitif, metakognitif, afektif, sosial, psikologi dan lain-lain (Oxford 1990). Pemilihan
strategi oleh murid perlu mengambil kira aspek seperti jantina, etnik, budaya dan sebagainya
seseorang murid.
Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J
Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk ”Reading Success In The Intervension
Classroom”. Dalam artikel tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca menjadi
semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan ke atas subjek (murid PPKI).
12
Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah. Mereka
memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya. Kajian yang dibuat oleh Holly M Menzies
(2007), dalam jurnal yang bertajuk ”Early Intervention In Reading:From Research To
Practice” mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid semakin boleh membaca
jika mereka diberikan kaedah ”rawatan” yang betul.
2.3 Teori Berkaitan
2.3.1 Teori Behaviourisme Bertujuan, Tolmann (1996)
Model kerangka yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Behaviorisme
Bertujuan (Purposive Behaviorism)-Tolmann (1996) dalam Hasnalee Bin Tubah (2008).
Teori ini menekankan kepada matlamat perilaku terarah iaitu berfokus kepada membaca.
Berdasarkan kerangka Teori Behaviorisme Terarah (Tollmann 1996), struktur dalaman otak
dan pemikiran murid (kognitif) mempunyai keupayaan yang terpendam dan dijangka. Kedua-
dua bentuk pemikiran itu akan membentuk perilaku molar. Diskriminasi desakan boleh
menghasilkan bentuk pembelajaran yang berdasarkan matlamat pengajaran guru. Namun
guru juga boleh menjangkakan tingkah laku murid berdasarkan mod jangkaan kognitifnya.
13
Sumber : Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid-Murid KIA2M, Hasnalee Bin Tubah (2008)
2.3.2 Teori Pembelajaran Bruner
Jerome Bruner yang merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika
Syarikat. Beliau telah membahagikan perkembangan mental manusia kepada tiga tahap iaitu
peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan peringkat simbolik (5-7
tahun). Pada peringkat simbolik, kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti
perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan
simbolik (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2007). Kesimpulannya, kanak-kanak dikatakan
mempunyai kemampuan simbolik semasa Tahun Satu jika didedahkan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.3.4 Teori Konstruktivisme
14
Menurut Borich & Tombari (1997), konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang
dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta
yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman ”binaan”.
Dari kenyataan-kenyataan tersebut, jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran
konstruktivisme, murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi
makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Manusia bukanlah penerima
maklumat yang pasif. Sebaliknya, murid menerima maklumat dengan aktif,
menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan
maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas
maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002). Menurut Dewey (1966),
pembelajaran bermakna (meaningful learning) melibatkan ”belajar dengan membuat”
(learning by doing), yang dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang
masalah yang cuba dihuraikan.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme boleh dilaksanakan
berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002).
a) Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.
b) Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c) Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
d) Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka.
e) Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
f) Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”.
g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
h) Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
i) Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
j) Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.
k) Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
l) Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.
m) Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
15
n) Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.
2.4 Kajian Berkaitan
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan dalam dan di luar negara dalam melihat
pencapaian murid sekolah rendah dalam menyebut suku kata terbuka KVKV secara langsung
dan tidak langsung. Kajian-kajian ini akan dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada
kajian ini. Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami Dalam
Kalangan Murid-Murid LINUS oleh Hasnalee Tubah dan Zulkifley Hamid (2011). Kajian
dijalankan bagi meninjau sejauh mana pengaruh demografi berperanan dan mendatangkan
kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak semua faktor demografi murid atau pun
guru mempengaruhi kemahiran membaca dan memahami murid. Fenomena ini menunjukkan
guru LINUS perlu mempunyai kepakaran dalam menentukan kesediaan murid, dan jelas
tentang tahap bantuan (scaffolding) yang perlu diberikan kepada murid-murid LINUS. Di
samping itu guru LINUS juga perlu menguasai kemahiran pengajaran secara psikolinguistik
iaitu menekankan faktor keupayaan mental dan penguasaan bahasa bagi memberikan kesan
yang mendalam terhadap kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS. Orang
ramai melihat murid-murid bermasalah pembelajaran tidak mempunyai masa hadapan yang
cerah, namun melalui inisiatif kerajaan menyediakan Program Pendidikan Khas Intergrasi di
sekolah-sekolah terpilih sedikit sebanyak memberi ruang kepada murid ini untuk mengikuti
satu sistem pembelajaran yang khas untuk membantu mereka belajar.
Diharapkan melalui kajian ini akan membantu murid-murid dan guru-guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini jelas membuktikan bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan
prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar pemulihan. Peningkatan prestasi
yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid
(1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses
16
pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat
mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran
Bahasa Malaysia.
Seperti yang dinyatakan oleh Mengantar Simanjuntak (1982), bahawa masalah
pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya adalah masalah psikolinguistik. Malah
Ahmad Foad Hashim (1989), dalam Abdul Aziz Talib (1989), turut mengatakan bahawa jika
guru ingin pengajaran dan pembelajaran membaca menjadi berjaya dan berkesan, maka
perkara itu perlulah bersandar kepada teori linguistik yang mampu menerangkan sesuatu
takrif bahasa, asal usulnya, cara bekerja dan cara bagaimana sesuatu bahasa itu terhasil dan
dapat difahami.
2.5 Rumusan
Bab ini menyatakan tinjauan literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan
untuk meningkatkan kefahaman. Kajian-kajian lepas dalam dan di luar negara diambil
sebagai sokongan kepada kajian ini yang telah dijalankan dan juga berkait rapat. Hasil
tinjauan literatur mendapati kajian berkaitan tajuk yang dikaji ini telah dikaji terlebih dahulu
oleh pengkaji-pengkaji di dalam dan di luar negara. Sehubungan dengan itu kajian ini akan
menumpukan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi di SK Sibu Jaya.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menjelaskan secara ringkas tentang konsep am dalam menjalankan kajian,
yang meliputi langkah-langkah yang penting yang perlu diikuti semasa menjalankan
kajian. Di sini juga dihuraikan tentang bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data
dirancang dan dilaksanakan. Ini akan dijadikan panduan kepada pengkaji agar tidak
17
melakukan kesilapan semasa menjalankan kajian, kerana ini akan merugikan masa, tenaga
dan sumber kewangan pengkaji. Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumen-
instrumen yang digunakan di samping penjelasan mengenai analisis data. Seperti biasa
bahagian rumusan mengakhiri bab ini.
3.2 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang sesuai dihasilkan daripada tinjauan kajian berkaitan yang merupakan
sumber rujukan utama. Rekabentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang
melibatkan pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai
serta kaedah dan teknik pengutipan data.
Kajian dijalankan menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu
rekabentuk kajian tindakan. Kajian tindakan adalah kajian yang cuba mencari penyelesaian
kepada masalah atau isu spesifik berkaitan amalan profesional harian kita, modul HBEF2503
(2010). Sesuai dengan kajian ini yang ingin melihat keberkesanan kaedah pandang sebut dan
latih tubi dalam membantu murid PPKI belajar suku kata terbuka KVKV. Menurut Ary,
Jacobs & Razavieh (2002) dan Brown & Dowling (1998), kaedah kuantitatif adalah satu
bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran
objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu
fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi. Persembahan data
kuantitatif adalah berbentuk nombor dan ia lebih dipercayai oleh penyelidik dan pengguna.
Di samping itu, pengkaji ingin melihat latar belakang sosio-ekonomin keluarga,
bilangan cerita pendek bahasa Malaysia yang dibaca setiap hari, sama ada ahli-ahli keluarga
bertutur dalam bahasa Malaysia, persekitaran sosial dan sikap murid terhadap bahasa
Malaysia. Variabel-variabel ini boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif, yang boleh
digunakan untuk menentukan proses pembelajaran membaca suku kata terbuka KVKV.
Kajian ini akan dijalankan di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah yang melibatkan
murid PPKI sebagai sampel kajian, dan juga guru mata pelajaran Bahasa Malaysia yang juga
pengkaji. Kajian ini secara langsung akan membantu meningkatkan amalan profesional
18
pengkaji dan juga guru-guru PPKI yang lain dalam usaha membantu murid-murid PPKI
mengikuti proses pembelajaran secara berkesan.
Kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif kerana penyelidik mempunyai masa
yang mencukupi untuk memerhati dan meneliti masalah sebenar di persekitaran yang sebenar
juga (Marohaini, 2001). Menurut Bogdan dan Bikken (1998), kebanyakan kajian kualitatif
yang dijalankan di tempat lapangan adalah bertujuan untuk mengutip data secara
komprehensif. Ini selaras dengan pendapat Jorgensen (1989) dan Marohaini Yusoff (2001),
yang mengatakan sesuatu data itu boleh dikutip jika ia mempunyai ciri-ciri yang sama dan
tidak berubah.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi didefinisikan sebagai kumpulan sasaran
pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digenalisasikan. Sampel kajian ialah
responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Dalam kajian ini,
populasi kajian ialah murid-murid PPKI SK Sibu Jaya iaitu seramai 27 orang. Sampel kajian
ini ialah 5 orang murid kelas PPKI Amanah iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan yang mempunyai
masalah pembelajaran seperti yang telah disahkan oleh doktor perubatan bertauliah.
Murid-murid kelas PPKI Amanah dipilih oleh guru-guru PPKI berdasarkan
keupayaan mereka mengurus diri, boleh berkomunikasi dengan guru dan murid lain dan
mampu berdikari walaupun umur mereka yang berbeza-beza. Pemilihan responden ini adalah
berdasarkan kemudahan yang diperoleh oleh pengkaji yang mengajar di sekolah ini. Ini
bertepatan dengan saranan Mohd Majid Konting (2005), iaitu kebaikan pemilihan sampel
adalah yang boleh mengurangkan kos, tenaga dan masa kajian tetapi tidak mendapat
tentangan daripada pihak tertentu.
3.4 Alat Kajian
19
Pengutipan data kajian, sama ada kuantitatif atau kualitatif, memerlukan alat-alat kajian yang
sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Alat kajian yang dipilih untuk digunakan dalam
kajian ini ialah menggunakan ujian secara lisan iaitu murid diuji melalui dua peringkat ujian
pra dan ujian pasca. Murid diminta menyebut suku kata terbuka KVKV yang sama untuk
kedua-dua ujian ini. Borang semakan disediakan bagi melihat maklum balas murid. Selain
soalan-soalan untuk sesi temu bual bersama dengan responden juga dibina berdasarkan
kepada soalan kajian dalam bab 1. Data kualitatif dikutip melalui temubual bersama
responden, pemerhatian ke atas responden dan penelitian dokumen atau data kuantitatif.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Pengumpulan data berfokus kepada data yang mampu memberikan gambaran holistik
melalui pemerhatian dan temu bual serta bukti dokumentasi yang dapat dijadikan asas dalam
tempoh kajian yang dilakukan (Spradley 1980; Merriam 1988; Bogdan dan Bikken 1988;
dalam Marohaini Yusoff 2001). Secara umum umumnya teknik pengumpulan data yang
digunakan oleh penyelidik melibatkan temu bual bersama dengan responden, pemerhatian ke
atas sesi pembelajaran guru ke atas murid dan membuat analisis dokumen iaitu hasil kutipan
data yang terhasil semasa proses pemerhatian ke atas responden.
a) Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata terbuka KVKV. Guru
sendiri akan menandakan pada borang semakan yang disediakan. Sebanyak 20 suku kata
disediakan dalam bentuk kad perkataan dan murid diberi masa untuk cuba menyebut suku
kata yang diberikan.
b) Ujian Pasca
20
Ujian pasca dijalankan pada minggu keempat. Sekali lagi suku kata yang sama diberikan
kepada murid untuk diuji. Pada ujian kali ini, masa akan ditetapkan kepada setiap murid
untuk menghabiskan menyebut suku kata tersebut. Masa yang ditetapkan itu diambil kira
daripada purata masa yang diambil oleh responden semasa ujian 1 dan ujian 2.
3.6 Kaedah Analisis Data
Prosedur pelaksanaan kajian meliputi reka bentuk dan kaedah kajian; rasional pemilihan
pendekatan kajian kualitatif; penentuan dan pemilihan bahan serta informan; tempat dan
tempoh kajian, dan prosedur pengumpulan dan penganalisisan data bagi menjawab soalan-
soalan kajian. Pelaksanaan pendekatan kualitatif tidak menetapkan suatu prosedur standard
yang dapat memenuhi jangkaan dan keperluan semua pihak kerana prosedurnya banyak
bergantung kepada tujuan dan konteks kajian (Merriam:1994).
Reka bentuk kajian ini berupa tinjauan deskriptif. Menurut Mohd Majid Konting
(2005), kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang
berlaku. Data kajian dikumpulkan, diproses serta dianalisis dengan menggunakan Statistik
Berbantukan Komputer “Statical Package for the Social Sciences 7.5”(aturcara SPSS 7.5’ /
Windows). Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai.
3.7 Rumusan
Bab 3 ini membincangkan proses pelaksanaan kajian ini. Bahagian ini akan menerangkan
reka bentuk kajian yang digunakan selain penerangan tentang sampel kajian dan alat kajian
yang digunakan. Penerangan tentang pembinaan alat-alat kajian telah diterangkan secara
terperinci dalam bahagian ini. Bahagian ini merupakan bahagian terpenting kerana data yang
dikumpul dianalisis sebelum dibuat intepretasi secara terperinci. Kajian yang dijalankan
adalah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui kaedah kajian tindakan. Hasil
daripada kajian ini akan membantu meningkatkan pencapaian murid-murid PPKI SK Sibu
21
Jaya. Selain itu guru-guru akan merujuk kepada hasil kajian ini untuk menambahbaik sesi
pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Ary, Donald, Lucy Cheser Jacobs, and Asghar Razavieh. (2002). Introduction to Research in Education. Sixth ed. Belmont CA: Wadsworth.
Brown, Andrew, and Paul Dowling. (1998). Doing Research / Reading Research: A Mode of Interrogation for Education. London; New York: Routledge/Falmer.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan:Bacaan Asas. Dewan Bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur.
Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational research: competencies for analysis and applications (7th.Ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc.
22
Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid. (2011). Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu (6) 2011: 29-47
Isahak Haron. (2009). Awal membaca Bahasa Melayu: Kaedah suku kata. Dimuat turun daripada http://www.kaedahsukukata.com pada 15 Oktober 2011.
Jorgensen, D (1989), “Exploring Topics of Consequence In Early Reading Childrens”.Boston : Allyn and Bacon.
Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Kaedah pengajaran kesusasteraan. Petaling jaya: Fajar Bakti
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 – Tahun 6)
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Pekeliling KP/JPK/BPKPK/03/03/1(43).Jabatan Pendidikan Khas. Damansara. KualaLumpur.
Koh Boh Boon. (1987). Cabaran-cabaran Yang Dihadapi oleh Guru Khas Pemulihan.
Mohd. Kamal Mohd Ali. 2007. Amalan Terbaik Pelaksanaan Kelas KIA2M. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Majid Konting. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka
Rashotte, C.A. & Torgeson, J.K 1985. Repeated reading and reading fluency in learning disabled children. Reading Research Quarterly (20):180-188.
Roziah Binti Abdul Halim. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid-murid tahun satu dengan latih tubi menggunakan suku kata dan gambar. Di muat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article32.pdf pada 19 September 2009.
Safiah Osman. (1990). Membaca Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Sapidin, A.M. (2005, October 12). 100,000 Murid Tahun 2 Hingga 6 Tidak Tahu Membaca. Utusan Malaysia, Arkib
Tolmann J. (1996). ”Purposive Behaviorism In Theory of The Children” DELMAR Thomson Learning, Inc.
Unit Perancangan Ekonomi. (2002). Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia Tahun 2002. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Utusan Malaysia. (2006). Murid-murid tingkatan satu tak boleh membaca. Oktober. Hal. 8.
23
Vygotsky L.S. 1978. Mind in Society: The Development of Higher Psychological Processes. Cambridge: Harvard University Press.
Zulkifley Hamid. (2007). Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lampiran 1
Suku kata KV+KV
1. ba + ba = baba
2. be + be = bebe
3. bo + bo = bobo
4. bi + bi = bibi
5. bu + bu = bubu
6. ca + ca = caca
7. ce + ce = cece
8. co + co = coco
9. ci + ci = cici
10. cu + cu = cucu
11. da + da = dada
12. de + de = dede
24
13. do + do = dodo
14. di + di = didi
15. du + du = dudu
16. ha + ha = haha
17. he + he = hehe
18. ho + ho = hoho
19. hi + hi = hihi
20. hu + hu = huhu
21. ga + ga = gaga
22. ge + ge = gege
23. go + go = gogo
24. gi + gi = gigi
25. gu + gu = gugu
26. ha + ha = haha
27. he + he = hehe
28. ho + ho = hoho
29. hi + hi = hihi
30. hu + hu = huhu
31. ja + ja = jaja
32. je + je = jeje
33. jo + jo = jojo
34. ji + ji = jiji
35. ju + ju = juju
36. ka + ka = kaka
37. ke + ke = keke
38. ko + ko = koko
39. ki + ki= kiki
40. ku + ku = kuku
41. la + la = lala
42. le + le = lele
43. lo + lo = lolo
44. li + li = lili
45. lu + lu = lulu
46. ma + ma = mama
47. me + me = meme
48. mo + mo = momo
49. mi + mi = mimi
50. mu + mu = mumu
51. na + na = nana
52. ne + ne = nene
53. no + no = nono
54. ni + ni = nini
55. nu + nu = nunu
56. pa + pa = papa
57. pe + pe = pepe
58. po + po = popo
59. pi + pi = pipi
60. pu + pu = pupu
61. ra + ra = rara
62. re + re = rere
63. ro + ro = roro
64. ri + ri = riri
65. ru + ru = ruru
66. sa + sa = sasa
25
67. se + se = sese
68. so + so = soso
69. si + si = sisi
70. su + su = susu
71. ta + ta = tata
72. te + te = tete
73. to + to = toto
74. ti + ti = titi
75. tu + tu = tutu
76. ya + ya = yaya
77. ye + ye = yeye
78. yo + yo = yoyo
79. yi + yi = yiyi
80. yu + yu = yuyu
26