Download - Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
1/36
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
MATEMATIKTAHUN SATU
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
2/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
3/36
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)
MATEMATIKTAHUN 1
MODUL TERAS ASAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
4/36
Cet
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Matematik Tahun satu
ISBN 978-967-5094-99-61. Mathematics-Study and teaching (Primary)
1. Malaysia Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.372.7043
akan Pertama 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Dicetak Oleh:CETAKRAPI Sdn Bhd.
No.22, Jalan Sri Ehsan SatuTaman Siri Ehsan, Kepong
52100 Kuala Lumpur.Tel : 03-6273 6391 Faks : 03-6273 6392
Email : [email protected]
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
5/36
KANDUNGAN
SUKATAN DAN GEOMETRI
22Masa dan Waktu
23Panjang
24Timbangan
Isi Padu Cecair 25
Ruang 26
NOMBOR DAN OPERASI
Nombor Bulat Hingga 100 15
Tambah dan Tolak 18
Pecahan 20
Wang Hingga RM10 21
KANDUNGAN iii
RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi
PENDAHULUAN 1
RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH
MATLAMAT 1
FOKUS 2
KERANGKA KURIKULUM KEBANGSAAN 2
STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH
OBJEKTIF 3
KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK 3
STANDARD KANDUNGAN DAN 10STANDARD PEMBELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 11ELEMEN NILAI TAMBAH 12
PENILAIAN 13
1
3
iii
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
6/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
7/36
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memeliharasatu cara hidup demokratik; mencipta masyarakatyang adil bagi kemakmuran negara yang akandapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologimoden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
8/36
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatuusaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha iniadalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
vi
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
9/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
10/36
FOKUS
KERANGKA KURIKULUMKEBANGSAAN
Standard Kurikulum dibina berasaskan kepadaenam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian,Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; KetrampilanDiri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; sertaSains, Matematik dan Teknologi. Enam
tunjang tersebut merupakan domain utamayang menyokong antara satu sama lain dandisepadukan dengan pemikiran kritis, kreatifdan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untukmembangunkan modal insan yang seimbang,berpengetahuan dan berketerampilansebagaimana rajah di sebelah.
.
.
.
InsanSeimbang
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagimembolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembanganpemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkanprinsip berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalammatematik.
2
.
.
i
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
11/36
STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAHRENDAH
Setiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnyaenam tahun pendidikan asas di sekolah. Ini merangkumi tiga tahunpendidikan di tahap I dan tiga tahun pendidikan di tahap II. Setelahitu, murid boleh mengikuti pendidikan di peringkat pengajian yanglebih tinggi.
TAHAP TUJUAN
I Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap Ibertujuan membina kefahaman, kemahiran matematikdan aplikasi asas.
II Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap IIbertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik
dan aplikasi yang lebih kompleks di kalangan muridsupaya dapat digunakan dalam menangani cabarandalam kehidupan seharian secara berkesan.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaranMatematik membolehkan murid:
Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematikdalam pelbagai konteks.
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah,tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor danOperasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea
matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dandengan kehidupan harian.
Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelasserta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untukdiaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategibagi menyelesaikan masalah.
Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik
dalam kehidupan harian. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea
matematik dan perkaitannya. Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif
termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep danmengaplikasi ilmu matematik.
KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK
Kerangka kurikulum matematik menunjukkan program matematikyang diguna pakai di peringkat sekolah rendah. Pembelajaranmatematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yangberfikrah matematik.
FIKRAH MATEMATIK
Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawapengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalamkonteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepadakualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem
3
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
12/36
pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik
ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik danmemahami idea matematik, serta mengaplikasikan secarabertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalamkehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik.
REKA BENTUK KURIKULUM MATEMATIK
BIDANG PEMBELAJARAN
Kandungan matematik dirangkumkan mengikut empat bidangpembelajaraniaitu: Nombor dan Operasi Sukatan dan Geometri Perkaitan dan Algebra
Statistik dan Kebarangkalian
Kandungan bagi KSSR Matematik adalah sebagaimana berikut:
NOMBOR DAN OPERASI SUKATAN DAN GEOMETRI
Nombor Bulat
PenambahanPenolakanPendaraban
PembahagianOperasi Bergabung
PecahanPerpuluhan
Wang
Peratus
Masa dan Waktu
Ukuran Panjang Timbangan
Isi padu Cecair
Bentuk Tiga Dimensi Bentuk Dua Dimensi
PERKAITAN DANALGEBRA
STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN
Koordinat Nisbah dan Kadaran.
Perwakilan Data Purata
Tanggapan, minat,penghargaan, yakintabah dan berdayatahan
Peribadi, interaksi,prosedur, intrinsik.
Nombor dan Operasi Sukatan dan Geometri
Perkaitan dan Algebra
Statistik danKebarangkalian
Berkomunikasi Menaakul Membuat
perkaitan
MenyelesaikanMasalah
MembuatPerwakilan
Kemahiran matematik Kemahiran menganalisis
Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran membuat penyelidikan Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran menggunakan teknologi
4
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
13/36
Murid harus membentuk dan meneroka idea matematik secara
mendalam melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yangpelbagai. Kesedaran harus dipupuk dan dikembangkan dalamkalangan murid bahawa idea matematik saling berkait, danmatematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan cebisanpengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahamansedemikian, pengertian tentang idea matematik menjadi lebihbermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan muriduntuk mengaplikasikan matematik.
Peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai yang disediakanseharusnya melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaranmatematik, membantu murid membentuk kefahaman mendalamtentang konsep matematik, dan membentuk pengertian yang lebihbermakna tentang idea matematik yang pelbagai. Berlandaskankefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupayamembuat perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik,
seterusnya menjadikan murid lebih yakin untuk meneroka danmengaplikasikan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar,peralatan teknologi dan pelaksanaan tugasan/amali/kerja projekseharusnya dirangkum dalam pengalaman pembelajaran yangdisediakan untuk murid.
KEMAHIRAN
Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dandipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur danmembina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik,manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alatmatematik dan TMK.
Kemahiran Matematik
Kemahiran matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:
Menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan
mengaplikasikan penaakulan mantik.
Menyatakan idea matematik secara jitu.
Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.
Mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik.
Menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.
Kemahiran Menganalisis
Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan seperti
berikut:
Berfikir secara jelas.
Memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek.
Memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci. Memahami penaakulan yang kompleks.
Mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik.
Mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran menyelesaikan masalah merujuk kepada keupayaan
seperti berikut: Membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu
utama permasalahan.
Menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan
mengeksplisitkan andaian yang dibuat.
5
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
14/36
Menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa
masalah yang lebih kecil dan khusus. Bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbeza
untuk menyelesaikan masalah yang sama.
Menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaian
tidak ketara.
Meminta bantuan sekiranya memerlukan.
Kemahiran Membuat Penyelidikan
Kemahiran membuat penyelidikan merujuk kepada keupayaan
seperti berikut:
Merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain.
Mengakses buku di perpustakaan.
Menggunakan pengkalan data.
Mendapatkan maklumat dari pelbagai individu.
Berfikir.
Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merujuk kepada keupayaan seperti
berikut:
Mendengar secara berkesan.
Menulis idea matematik secara tepat dan jelas.
Menulis esei dan pelaporan.
Membuat pembentangan.
Kemahiran Menggunakan Teknologi
Kemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan
mengguna dan mengendali alat matematik seperti abakus,
kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di Internet
dan pakej pembelajaran untuk:
Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih
mendalam.
Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.
Meneroka idea matematik.
Menyelesaikan masalah.
PROSES
Berkomunikasi
Komunikasi tentang idea matematik dapat membantu muridmenjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik.Perkongsian pemahaman matematik secara penulisan dan lisandengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa, murid akan dapatmeningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantauperkembangan kemahiran matematik mereka.
Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan
pembelajaran matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, ideamatematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik.Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisanatau menggunakan simbol dan perwakilan visual (denganmenggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapatmembantu murid memahami dan mengaplikasikan matematikdengan lebih efektif.
6
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
15/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
16/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
17/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
18/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
19/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
20/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
21/36
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masakini dan akan datang menjadikan elemen ini penting dalampengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pendedahanpenggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematikboleh dijaya diaplikasi kepada:
Belajar mengenai TMK
Murid diajar tentang pengetahuan dan kemahiran TMK dalammengendalikan perkakasan dan perisian.Belajar melalui TMKPenggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmupengetahuan menggunakan media seperti CD-Rom, DVD-Rom,Internet dan lain lain lagi.Belajar dengan TMKGuru dan murid menggunakan TMK sebagai alat mengajar dan
belajar.Pengajaran dan pembelajaran TMKboleh dijadikan sebagai akses untuk menjadi pembelajarantersebut lebih menarik dan menyeronok. Murid boleh didedahkandengan pelbagai maklumat komunikasi yang terkini danpenggunaan secara afektif akan menghasilkan pengajaran danpembelajaran yang berkualiti.
PENILAIAN
Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran. Ia perlu dirancang dengan baik dan dijalankanberterusan sebagai sebahagian aktiviti bilik darjah. Denganberfokuskan kepada aktiviti Matematik yang pelbagai, kekuatan dankelemahan murid boleh dinilai. Kaedah penilaian yang berbezaboleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai teknik penilaiantermasuk kerja lisan dan bertulis dan juga tunjuk cara. Ia boleh
dijalankan dalam bentuk temuduga, soalan terbuka, pemerhatiandan kajian. Berdasarkan kepada keputusan, guru dapatmemperbetulkan salah tanggapan dan kelemahan murid dan dalammasa yang sama memperbaiki kemahiran mengajar mereka. Guruboleh mengambil langkah yang berkesan dalam menjalankanaktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan keupayaanmurid.
13
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
22/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
23/36
15
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
1.1 Menyatakan kuantiti secaraintuitif.
(i) Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, samabanyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara:(a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
(b) Membandingkan dua kumpulan secara padanan.(c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
1.2 Menama dan menentukan nilai. (i) Menamakan nombor hingga 100:(a) Membilang objek dalam kumpulan.(b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.(c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan
lebih atau kurang satu hingga sembilan.(d) Menamakan angka.
(ii) Menentukan nilai nombor hingga 100:(a) Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang disebut dengan
menggunakan objek sebenar, gambar, garis nombor dan abakus 4:1.(b) Memadankan kumpulan objek dengan nombor.(c) Membandingkan nilai dua nombor dan menyatakan hubungannya
lebih daripada dan kurang daripada .(d) Menyusun kumpulan objek, kad gambar dan kad angka mengikut
tertib menaik dan tertib menurun.(e) Membandingkan dua nombor dan menyebut sebarang nombor yang
terletak di antaranya.
NOMBOR DAN OPERASI
Tahun 11. NOMBOR BULAT HINGGA 100
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
24/36
16
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
1.3 Menulis nombor. (i) Menulis nombor hingga 100 dalam:(a) Angka(b) Perkataan
1.4 Melengkapkan sebarangrangkaian nombor.
(i) Membilang nombor dalam lingkungan 100 secara:(a) Satu-satu(b) Dua-dua(c) Lima-lima(d) Sepuluh-sepuluhtertib menaik dan menurun dengan menggunakan pelbagai objek dangaris nombor.
(ii) Melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 100 secara:(a) Satu-satu(b) Dua-dua(c) Lima-lima(d) Sepuluh-sepuluhtertib menaik dan menurun.
1.5 Menentukan nilai tempat bagi
nombor.
(i) Menyatakan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 100.
(ii) Menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor hingga 100.(iii) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor dengan
menggunakan abakus 4:1.
NOMBOR DAN OPERASI
1. NOMBOR BULAT HINGGA 100 Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
25/36
17
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
1.6 Menganggar. (i) Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan:(a) Menyatakan kuantitinya.(b) Menggunakan perkataan lebih daripada dan kurang daripada.
1.7 Membundarkan nombor bulat. (i) Membundarkan nombor bulat kepada puluh terdekat denganmenggunakan garis nombor.
1.8 Melengkapkan pola nombor. (i) Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi.(ii) Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah.
NOMBOR DAN OPERASI
1. NOMBOR BULAT HINGGA 100 Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
26/36
18
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
2.1 Mengenal pasti pasangannombor untuk membentuk satunombor yang berkaitan.
2.3 Tambah dan tolak dalamlingkungan 100.
2.2 Mengenal simbol.
(i) Menyatakan pasangan nombor bagi jumlah nombor yang diberi.(ii) Menyebut jumlah dua nombor.(iii) Senaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor yang diberi.
(i) Tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas:(a) Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
(b) Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.(c) Menyatakan fakta asas tolak sejajar dengan fakta asas tambah.(d) Menggunakan strategi tertentu bagi membina dan menyatakan fakta
asas tambah dan tolak.(e) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan
tolak.(ii) Tambah dan tolak dalam lingkungan 100:
(a) Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak.
(b) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dantolak.(c) Menggunakan strategi pengiraan secara mental bagi penambahan
dan penolakan.
(i) Menggguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevandalam konteks tambah dan tolak.
(ii) Memperkenalkan simbol bagi tambah, tolak dan sama dengan.(iii) Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat
matematik berdasarkan situasi yang diberi.
NOMBOR DAN OPERASI
2. TAMBAH DAN TOLAK Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
27/36
19
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
2.4 Membina dan menyelesaikanmasalah yang melibatkansituasi cerita bagi operasitambah dan tolak.
(i) Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 100.(ii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi atau model
situasi.(iii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan situasi harian.
NOMBOR DAN OPERASI
2. TAMBAH DAN TOLAK Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
28/36
20
STANDARD KANDUNGANMuriddibimbing untuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
3.1 Mengenal pasti konsep satuperdua dan satu perempat.
(i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan mengunakanperkataan setengah, separuh dan suku dengan menggunakan bahankonkrit, gambar dan lipatan kertas.
NOMBOR DAN OPERASI
. PECAHAN Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
29/36
21
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.
4.2 Tambah dan tolak melibatkanwang.
(i) Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wangkertas.
(ii) Mewakilkan nilai wang:(a) Sen hingga RM1.(b) Ringgit hingga RM10.
(iii) Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus 4:1.(iv) Menukar wang:
(a) Syiling hingga 1 ringgit.(b) Ringgit hingga RM10.
(i) Tambah dan tolak:(a) Sen hingga RM1.(b) Ringgit hingga RM10.
(ii) Tambah dan tolak melibatkan wang dengan menggunakan abakus 4:1.
NOMBOR DAN OPERASI
WANG HINGGA RM10 Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
30/36
22
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
5.1 Menamakan hari dan bulandan menerangkan aktivitisejajar dengan haripersekolahan.
(i) Menyatakan waktu dalam sehari.(ii) Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari (pada hari persekolahan
sahaja).(iii) Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan.(iv) Menamakan bulan dalam setahun.
5.2 Menyebut dan menulis waktu. (i) Mengenal pasti dan menyatakan setengah dan satu perempatberdasarkan muka jam.
(ii) Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam sahaja denganmenggunakan jam analog.
SUKATAN DAN GEOMETRI
5. MASA DAN WAKTU Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
31/36
23
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
6.1 Menggunakan unit relatif untukmengukur panjang.
(i) Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai.(ii) Membanding dua atau lebih ukuran objek menggunakan unit bukan
piawai.(iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran
panjang dalam konteks.
SUKATAN DAN GEOMETRI
6. PANJANG Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
32/36
24
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
7.1 Menggunakan unit relatif untuktimbangan.
(i) Membuat timbangan objek berkaitan jisim menggunakan unit bukanpiawai.
(ii) Membanding dua atau lebih timbangan objek menggunakan unit bukanpiawai.
(iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata timbangandalam konteks.
SUKATAN DAN GEOMETRI
. TIMBANGAN Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
33/36
25
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
8.1 Menggunakan unit relatif untukisi padu cecair.
(i) Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan isi padu cecair menggunakanunit bukan piawai.
(ii) Membandingkan dua atau lebih bekas cecair menggunakan unit bukanpiawai.
(iii) Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isi padu cecairdalam konteks.
SUKATAN DAN GEOMETRI
ISI PADU CECAIR Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
34/36
26
STANDARD KANDUNGANMurid dibimbinguntuk
STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk
9.1 Mengenal pasti bentuktiga dimensi.
(i) Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat sama,silinder dan sfera.
(ii) Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk tiga dimensi.(iii) Menyusun objek mengikut pola.(iv) Membina model tiga dimensi dan menerangkannya.
(i) Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga danbulatan.
(ii) Memperihalkan garis lurus, sisi, penjuru dan lengkung bagi bentuk dua dimensi.(iii) Menyusun bentuk dua dimensi mengikut pola.(iv) Menghasilkan corak berasaskan bentuk dua dimensi.
9.2 Mengenal pasti bentukdua dimensi.
SUKATAN DAN GEOMETRI
9. RUAN Tahun 1
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
35/36
-
7/31/2019 Dokumen Standard Matematik SK Tahun 1
36/36
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
hp:// www.moe.gov.my/bpk
9 789675 094996
ISBN 978-967-5094-99-6