Transcript

Muhammad Ikhraam Bin ArisNo 14, AKED MDKP,Bandar Darulaman,Jitra, KEDAH.Guru Besar,SJKC Yit Min,06010 Changlun, Kedah 02/03/2015

Puan,PER : PERLETAKAN JAWATANMerujuk perkara di atas, saya Muhammad Ikhraam Bin Aris, bertugas sebagai Juruteknik Komputer Sambilan Harian ingin memaklumkan kepada pihak pentadbiran tentang permohonan saya untuk meletak jawatan bermula pada 05/03/2015.

2.Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta kerana berpindah ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.

3.Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pentadbiran. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih.Yang benar,

____________________________(MUHAMMAD IKHRAAM BIN ARIS)

s.k Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu.


Top Related