Download - contoh assignment.docx
PENGENALAN
Pembelajaran ialah perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman. Pembelajaran berlaku setiap ketika dan di mana sahaja. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek ( Rahil Mahyuddin et al, 2000 ). Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.
Proses pembelajaran biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah kepada persekitaran. Ia bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Ransangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku ( pembelajaran )
Soalan 1 (a)
1. Teori Pembelajaran berikut dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah :
Teori Pembelajaran Gestalt.
Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif.. Teori ini telah diasaskan di Jerman. Perkataan Gestalt adalah perkataan dalam bahasa Jerman yang bermaksud pola ( pattern atau configuration ). Tetapi, fahaman Gestalt lebih mendalam daripada perkataan tersebut. Ahli-ahli Gestalt berpendapat, dalam menkaji subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan
(as a whole ). Teori Gestalt dirumuskan sebagai the whole is greater than the sum of its parts .
TEORI
PRINSIP DAN PENJELASAN
CONTOH
Teori Pembelajaran Gestalt
Mengemukakan konsep celik akal Iaitu manusia mempersepsi di dalambentuk keseluruhan ( deduktif )
Di dalam bilik darjah :
Seseorang kanak-kanak yang ingin makan ayam KFC dan apabila pergi ke restoran tersebut ibu bapa kanak-kanak tersebut mengesyorkan burger tetapi kanak-kanak tersebut inginkan ayam juga. Di dalam fikirannya hanya ayam sahaja walaupun diberi pilihan yang lain.
Di luar bilik darjah :
Suasana di lapangan terbang biasanya penuh sesak dengan orang ramai tetapi apabila kita hendak mengambil sesorang yang kita telah tunggu pastinya kita akan mencari dan melihat atau fokus kepada orang yang kita nantikan itu sahaja walaupun di tempat tersebut ramai dengan manusia malah kita tidak mempedulikan tentang orang lain.
Soalan 1 ( b )
Teori Pembelajaran Gagne
Gegne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat hierarki iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
TEORI
PRINSIP DAN PENJELASAN
CONTOH
Teori Pembelajaran Gagne
1. Bermula daripada yang mudah kepada yang rumit :
Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru. Pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu hierarki.
Di dalam bilik darjah :
Ucapan salam atau selamat pagi oleh murid-murid apabila guru masuk ke kelas. Ucapan tersebut diberi sambil berdiri. Atau ucapan salam ketika bertembung dengan guru atau orang yang lebih tua dalam posisi badan tunduk tanda hormat.
Di dalam bilik darjah :
Pelajar mengikuti pembelajaran di dalam kelas bagi subjek matematik tentang topik masa. Pelajar diajar tentang waktu bermula dengan nombor, apabila di luar kelas pelajar tersebut dapat memberitahu masa atau jam apabila ditanya.
Soalan 2 ( a )
Pembelajaran Kontruktivisme
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Konstruktivisme
Tanggapan Utama
Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak
Kesan
Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru
"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya""Saya ajar ini, mereka belajar itu""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"
Soalan 2 ( b )
Jadual Pembelajaran Teradun ( blended learning pedagogy ) OUM.
Pembelajaran Teradun OUM
Contoh Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran bersemuka:
Merupakan sesi tutorial yang dijalankan di dalam bilik darjah oleh para tutor di pusat pembelajaran OUM
i. Pembelajaran berpusatkan
pensyarah (TCL) contohnya
syarahan.
ii. Pembelajaran berpusatkan
pelajar (SCL) contohnya amali
dan tutorial
Pembelajaran atas talian :
Di dalam bilik darjah maya, bahan komunikasi elektronik. Forum perbincangan dan bilik sembang disediakan untuk membantu interaksi di antara pelajar dan tutor serta fasilitator.
i. myLMS
ii. myProfile
iii. myMail
iv. myLibrary
v. Learner Connexxions
Pembelajaran kendiri :
Memerlukan anda belajar sendiri mengikut kesesuaian masa anda sendiri. Media cetak merupakan sumber utama pembelajaran.
Pengalaman diri sendiri :
i. Tugasan
ii. Manual
iii. Projek
iv. Modul
Soalan 3 ( a )
Teori Progressivist
Teori ini adalah suatu gerakan dan kumpulan yang didirikan pada 1918.
Aliran ini berpendapat bahawa pengetahuan yang benar pada masa kini mungkin tidak benar di masa mendatang.. Pendidikan harus terpusat pada anak bukannya memfokuskan pada guru. Implementasi Progresivism menghendaki sebuah pendidikan yang pada hakikatnya progresif, tujuan pendidikan seharusnya diertikan sebagai rekonstruksi pengalaman yang terus menerus.
Progressivism ini lebih menekankan pada yang didasari oleh kepercayaan bahawa manusia itu mempunyai kemampuan-kemampuan yang wajar dan dapat menghadapi serta mengatasi masalah-masalah yang bersifat menekan atau mengancam keberlangsungan manusia itu sendiri. Sehubungan dengan hal itu, Progressivism kurang menyertujui adanya pendidikan yang bercorak otoriter.
Rumusan tentang teori ini ialah, lebih menekankan pada pendidikan bercorak otoriter, sedangkan para penganut fahaman ini kurang menyetujui tentang sistem yang bersifat otoriter ini. Oleh kerana itu, kemajuan menjadi perhatian fahaman teori ini. Dengan itu beberapa ilmu pengetahuan yang mampu menumbuhkan kemajuan dipandang oleh progressifisme merupakan bahagian-bahagian utama dari kemampanan sesebuah peradaban
Soalan 3 ( b )
Pada pendapat peribadi saya ialah, saya bersetuju dengan teori ini :
Pada pendapat saya, aliran progressivisme ini masih dianggap baru di Malaysia walaupun di negara-negara Barat, progressivisme telah lama bertapak di institusi-institusi pengajian mereka. Sistem pendidikan di Malaysia masih dilihat sebagai tradisional di mana proses pengajaran dan pembelajaran masih berorientasikan penilaian dan peperiksaan (assessment and examination oriented). Sebagai contoh,keadaan ini amat jelas dihadapi oleh semua guru di Malaysia yang bertungkus-lumus untuk menghabiskan sukatan pelajaran, berkejar-kejar untuk menjalankan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan, latih tubi soalan peperiksaan lalu yang bukan sahaja membebankan para pelajar, malah guru itu sendiri sebelum menghadapi peperiksaan awam.
Sistem pendidikan negara kita sebenarnya melahirkan modal insan bersifat robotik di mana murid-murid atau pelajar-pelajar hanya disuapkan ilmu pengetahuan yang diberi secara langsung oleh guru (spoon feeding / rote learning). Peluang untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh amat terbatas kerana murid-murid perlu memenuhi sasaran yang ingin dicapai (kecemerlangan dalam peperiksaan).
Secara peribadi, saya amat bersetuju jika satu anjakan paradigma digarap dan dipraktikkan ke atas sistem pendidikan negara dengan mengambil intipati prinsip-prinsip aliran Progressivisme yang boleh digunapakai dan relevan mengikut aspek budaya negara kita. Ini adalah kerana, aliran ini memberi peluang yang sama rata kepada semua murid (lemah, sederhana dan cemerlang) untuk mengembangkan potensi diri masing-masing. Ini dapat mengurangkan pelajar cemerlang menjadi semakin cemerlang, pelajar sederhana masih di tahap yang sama dan pelajar lemah semakin lemah.
Soalan 4
Hierarki Maslow
KAJIAN
PELAJAR A
PELAJAR B
Latar belakang
i. Anak sulung
ii. Keluarga susah
iii. Anak yatim
iv. Pendiam
v. Lelaki
vi. Luar Bandar
vii. 12 tahun
i. Anak tunggal
ii. Keluarga senang
iii. iii. Masih ada ibu dan ayah
iv. Periang
v. Perempuan
vi. Bandar
vii. 12 tahun
Tahap pencapaian
i. Keputusan ujian dan
peperiksaan agak
lemah ( 3C 2D )
UPSR
ii. Kemahiran membaca
Lemah.
iii. Kemahiran menulis
sederhana.
iv. Kemahiran mengira lemah
v. Kurang aktif dalam ko-ko
i. Keputusan yang cemerlang
dalam ujian dan
peperiksaan ( 5A ) UPSR
ii. Kemahiran membaca agak
Cemerlang.
iii. Kemahiran menulis baik.
iv. Kemahiran mengira baik.
v. Aktif dalam aktiviti ko-ko
Apakah yang ingin dicapai.
i. Ingin berjaya seperti
orang lain.
ii. Ingin menjadi salah
seorang atlit sekolah.
iii. Ingin dipuji dan disanjung
serta dihormati oleh guru
guru dan rakan-rakan.
iv. Ingin menerima hadiah
dalam Hari Anugerah
Sekolah.
i. Tidak puas dengan apa
yang telah dapat dan ingin
lebih daripada itu.
ii. Ingin menjadi atlit mewakili
sekolah peringkat pusat
atau kebangsaan.
iii. Ingin lebih dihormati pada
peringkat luar daripada
sekolah dan masyarakat.
iv. Ingin menerima
penghargaan peringkat
nasional.
Motivasi
i. Tidak ada motivasi diri
sendiri dan perlu
dorongan dari dalam
individu itu.
ii. Ibu bapa
iii. Guru-guru
iv. Rakan-rakan
v. Persekitaran
i. Sudah ada motivasi dalam
diri dan perlu tingkatkan ke
tahap yang tinggi.
ii. Dorongan daripada ibu
bapa yang prihatin.
iii. Guru-guru dan rakan-rakan
yang banyak membantu.
iv. Persekitaran yang baik.
Penutup
Kesimpulannya, Teori pembelajaran memberi kesan yang ketara kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta implikasi yang tinggi di dalam bilik darjah. Terdapat perbezaan dan persamaan antara semua teori yang dibincangkan. Penggunaan teori-teori ini di dalam pengajaran dan pembelajaran saling berkait antara satu sama lain. Sebagai pendidik dan pelajar, kita perlu jelas dan faham pembelajaran atau pendekatan yang diaplikasikan dalam kehidupan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Rujukan
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (2008).
HBEF 2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Psikologi Pendidikan. (n.d.). Diperoleh pada 21 Ogos 2008 dari
http://www.geocities.com/norlionline
Motivasi Dalam Belajar. (n.d.). Diperoleh pada 25 Ogos 2008 dari
http://www.geocities.com/usrafidi/motivasi.html
Pembelajaran. (n.d.). Diperoleh pada 27 Ogos 2008 dari
http://peoplelearn..homestead.com/cognitivism1.html
Pengajaran Berpandukan Kognitif. (n.d.). Diperoleh pada 28 Ogos 2008 dari
http://www.geocities.com/uranus_stewart/sinop_cogntv.htm?20084