Download - Cadangan Penyelidikan.ppt
Menyediakan Cadangan Kajian Tindakan
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Apa dia Cadangan Kajian?
Proses mencerna idea kajian yang umum dan luas tetapi menarik kepada set-set tindakan yang mampu diuruskan untuk menjadikannya lebih menarik.
Langkah-langkah menyediakan cadangan kajian
Menentukan soalan-soalan khusus yang ingin dijawab oleh kajianMemikirkan kemungkinan-kemungkinan langkah-langkah tindakan untuk menjawab soalanMenentukan langkah-langkah tindakan yang sesuai diambil berdasarkan masa, sumber serta tenaga manusia yang adaMembentangkan cadangan kajian dalam cara yang menyakinkan untuk mendapatkan sokongan, kewangan
Pertimbangan
Dalam proses menyediakan cadangan kajian yang muktamad, perlu dipertimbangkan di antara apa yang kita suka lakukan dengan apa yang kita boleh lakukan dengan munasabah.
Komponen Cadangan Kajian
Bab PengenalanTajukLatarbelakangPermasalahan kajianObjektif/TujuanRasional KajianKesignifikanan KajianBatasan Kajian
Komponen Cadangan Kajian
Bab Tinjauan Literatur
Komponen Cadangan Kajian
Bab Metodologi KajianRekabentukPersampelanPengumpulan DataAnalisis dan Interpretasi DataBentuk Laporan
Komponen Cadangan Kajian
Anggaran PerbelanjaanJadual kajianJawatankuasa KajianBibliografiLampiran
LatarbelakangSecara umumnya, latarbelakang perlu menjelaskan beberapa objektif. Antaranya: i. dapat menimbulkan minat pembaca kepada topikii. menjelaskan masalah yang membawa kepada kajianiii. meletakkan kajian dalam konteks literatur yang lebih luasiv. dapat menjangkau golongan audience yang tertentuMemperkenalkan topik dan permasalahan kajian. Menjelaskan secara ringkas metodologi yang akan digunakan untuk mengkaji permasalahan kajian.
Pernyataan masalah
Nyatakan pernyataan masalah dengan menyatakan apakah masalahnya dan serta mengapa masalah tersebut perlu dikaji. Boleh lah disokong dengan pandangan serta dapatan kajian yang berkaitan
Objektif kajian
Nyatakan objektif umum dan objektif spesifik
Kepentingan kajian
Nyatakan kumpulan sasaran yang akan mendapat faedah daripada kajian ini seperti guru, sekolah, ibubapa, kementerian pendidikan
Batasan kajian
Batasan darisegi:- Konteks- Subjek- Konstruk
Tinjauan Literatur
literatur yang ditinjau dan dibincangkan itu perlu disusun mengikut urutan yang lebih sesuai dan mudah difaham. PengenalanJelaskan secara ringkas kandungan tinjauan literature (dalam satu perenggan)Perbincangan teori berkaitan – boleh dibincangkan mengikut sub-topik atau tema-tema tertentu yang berkaitan dengan masalah yang dikaji – perlu dikaitkan dengan kajian yang telah dijalankanRumusanMerumuskan perkara-perkara yang telah dibincangkan
Metodologi Metodologi kajian perlu diperjelaskan mengikut urutan sub-topik yang biasa digunakan dalam cadangan penyelidikanRekabentuk kajian Jelaskan paradigma dan ciri-ciri kajian tindakan Jelaskan konsep kajian tindakan serta tokoh-tokoh yang membincangkan tentang konsep dan definisi kajian tindakanJelaskan peranan penyelidikJelaskan bagaimana akses kepada tempat kajian dan subjek kajian akan dibuat
Persampelan
Nyatakan teknik persampelan yang akan digunakan – terutama dalam konteks kajian berbentuk kajian tindakanPemilihan subjek kajian – justifikasi pemilihan
Prosedur Pengumpulan data
Jelaskan metod, teknik dan alat pengumpulan data serta justifikasi pemilihan metod yang sesuai Untuk kajian tindakan, teknik yang biasa digunakan adalah pemerhatian (participation observation atau unobstrusive observation), temubual (berstruktur atau tidak berstruktur), analisis dokumen berkaitan, soalselidik, ujianJelaskan instrumen untuk mengumpul data
Analisis data dan interpretasi data
Jelaskan langkah-langkah dan teknik analisis data yang sesuai digunakan untuk data berbentuk kualitatif dan kuantitatif
Teknik melapor kajian
Bentuk laporan yang akan digunakan: Formal? Naratif?
Jadual kajian
Tindakan-tindakan yang akan diambil dalam menyediakan kertas cadangan serta perlaksanaan kajian mengikut tempoh masa yang sesuai serta mengikut urutan langkah-langkah dalam kajianPerlu dipertimbangkan masa, sumber serta kemudahan akses kepada maklumat dan subjek kajian
Anggaran Perbelanjaan
Menyediakan kos yang diperlukan untuk melaksanakan kajianKos yang disediakan perlu bersesuaian dengan masa, aktiviti-aktiviti serta tindakan yang akan dijalankan