Download - Buku Rujukan Matematik HBMT1203
Appendix 1: Title Page
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBMT 1203
TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS
NAMA : NORHAJAR BT SALASA
NO. MATRIK : 761207085766001
NO. KAD PENGENALAN : 761207085766
NO. TELEFON : 017-5646988
E-MEL : [email protected]
NAMA TUTOR : ENCIK MOHD KHIRIL ANUAR BIN ZULKURNAIN
PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN PERAK
SEMESTER: JANUARY 2013
1
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan …………………………………………………………………….3
2.0 Menambah Dalam Lingkungan 10 …………………………………………….4
2.1 Aktiviti 1 …………………………………………………………….4
Latihan …………………………………………………………….6
2.2 Aktiviti 2 …………………………………………………………….7
Latihan …………………………………………………………….8
3.0 Wang ……………………………………………………………………………10
3.1 Aktiviti 1 ……………………………………………………………10
Latihan ……………………………………………………………11
3.2 Aktiviti 2 ……………………………………………………………12
Latihan ……………………………………………………………14
4.0 Bentuk 3 Dimensi (3D) ……………………………………………………16
4.1 Aktiviti 1 ……………………………………………………………16
Latihan ……………………………………………………………18
4.2 Aktiviti 2 ……………………………………………………………19
Latihan ……………………………………………………………20
5.0 Refleksi ……………………………………………………………………22
6.0 Rujukan ……………………………………………………………………23
2
1.0 Pengenalan
Penulisan buku kerja ini adalah sebagai memenuhi tugasan bagi subjek matematik
HBMT1203 yang mana buku kerja matematik ini digunakan sebagai panduan kepada guru
sekolah yang mengajar matematik pra sekolah. Seperti mana yang kita maklum, kanak-kanak
sukakan suasana dan aktiviti yang riang dan aktif bagi menarik minat mereka untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancang dengan aktif. Pendidikan di pra sekolah
adalah pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kanak-kanak.
Corak pembelajaran kanak-kanak adalah lebih tertumpu kepada ‘bermain sambil
belajar’. Objektif pendidikan kanak-kanak pra sekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan
potensi kanak-kanak di pra sekolah dalam semua aspek perkembangan kanak-kanak,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif di kalangan kanak-kanak sebagai
persediaan kepada mereka untuk masuk ke sekolah rendah.
Buku kerja ini merangkumi topik tentang penambahan dalam lingkungan 10, wang
dan bentuk 3 Dimensi. Setiap topik mengandungi 2 aktiviti dan setiap aktiviti disertakan
lembaran kerja untuk murid. Aktiviti yang dicadangkan untuk murid-murid pra sekolah ini
dapat memperkembangkan pemahaman murid-murid pra sekolah tentang konsep dan
kemahiran asas matematik, menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif serta
meningkatkan kemahiran berkomunikasi, menaakul dan menyelesaikan masalah. Setiap
aktiviti disertakan juga objektif yang akan dicapai oleh murid dan bahan bantu mengajar atau
sumber yang diperolehi.
Setiap aktiviti yang dirancang adalah mengikut tahap perkembangan dan kemampuan
murid. Kebanyakkan aktiviti yang disediakan adalah dalam bentuk berkumpulan . Aktiviti
berkumpulan penting bagi menggalakkan murid pra berinteraksi dengan rakan-rakan mereka
dan memupuk nilai kerjasama di kalangan murid pra. Buku kerja ini juga mengandungi
beberapa kemahiran yang perlu diajar serta latihan mengikut kesesuaian murid berdasarkan
kemahiran yang diajar.
3
2.0 Menambah Dalam Lingkungan 10
2.1 Aktiviti 1
Langkah-langkah :
1. Guru menunjukkan dua buah dadu kepada murid dan menerangkan bilangan titik
yang terdapat pada setiap buah dadu tersebut.
2. Guru memanggil seorang murid tampil ke
hadapan dan meminta murid tersebut melambung kedua-dua buah dadu tersebut dan
murid yang lain pula diminta mengira bilangan titik yang tertera pada dadu pertama
dan bilangan titik yang tertera pada dadu kedua.
3. Guru berkomunikasi dengan murid dan bertanyakan beberapa soalan.
♦ Ada berapakah titik pada dadu pertama?
♦ Ada berapakah titik pada dadu kedua?
♦ Ada berapakah jumlah titik pada kedua-dua buah dadu ini?
4
Objektif: Murid dapat menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu
nombor sehingga nilai 10.
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi : Buah dadu buatan sendiri
(nombor 1 hingga 5) dan lembaran kerja.
4. Dengan bimbingan guru, murid membuat operasi tambah dengan membilang terus
dari salah satu bilangan titik yang terdapat pada buah dadu tersebut.
Contoh :
Murid diminta mengira dengan mengira nombor 3
dahulu diikuti oleh 4 nombor berikutnya iaitu 4, 5, 6 , 7. Ini bermaksud ( 3 + 4= 7 ).
5. Guru kemudiannya meminta murid lain pula membuat balingan dadu dan mengira
seperti dalam langkah empat.
6. Aktiviti ini berulang sehingga murid dapat membilang terus.
Untuk memberi pengukuhan kepada murid, guru boleh mengadakan aktiviti berkumpulan
untuk murid.
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberikan 2 biji
dadu.
2. Guru memberi arahan kepada murid dengan meminta kumpulan pertama membuat
lambungan biji dadu dan menunjukkan bilangan titik yang tertera kepada kumpulan
kedua.
3. Kumpulan kedua pula diminta membuat pengiraan dan menyatakan bilangan yang
diperolehi. Tiga bintang diberikan sekiranya kumpulan tersebut dapat menjawab
dengan betul.
4. Aktiviti di ulang dengan giliran kumpulan kedua pula melambung biji dadu manakala
kumpulan yang ketiga mengira hasil jawapannya sehinggalah kumpulan yang
seterusnya.
5. Permainan ini dilakukan sebanyak seberapa pusingan yang boleh. Kumpulan yang
dapat mengumpul bilangan bintang yang banyak adalah dikira sebagai pemenang.
Latihan :
5
Bilang dan padankan dengan jumlah yang betul
6
74685
Contoh :
2.2 Aktiviti 2
Langkah-langkah:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberikan beberapa kad nombor dari 1 hingga 9 dan kad simbol
dan
3. Guru menampal 2 keping kad bergambar seperti di bawah.
4. Guru memberi arahan dengan meminta murid mengira bilangan objek yang terdapat
dalam kedua-dua kad bergambar tersebut.
5. Guru berkomunikasi dengan murid dan bertanyakan soalan
♦ Ada berapakah bilangan objek dalam kad bergambar yang pertama?
Jawapan murid : enam
♦ Ada berapakah bilangan objek dalam kad bergambar yang kedua?
Jawapan murid : tiga
6. Murid kemudiannya diminta mengambil kad nombor yang sama bilangan dengan
objek dalam 2 kad bergambar tersebut.
7. Guru memberi arahan kepada murid :
→ Ambil kad nombor yang sama bilangan dengan kad bergambar pertama
→ Ambil kad nombor yang sama bilangan dengan kad bergambar kedua
7
Objektif : Murid dapat membina ayat matematik berdasarkan daripada bilangan objek dalam gambar yang ditunjukkan kepada murid.
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi: kad bergambar, kad nombor, kad simbol (+)(=) dan lembaran kerja
+ =
8. Dengan bimbingan yang diberikan oleh guru, murid dikehendaki membentuk ayat
matematik berdasarkan daripada kad bergambar tersebut dengan menyusunkannya di
atas meja.
Contoh :
9. Permainan diteruskan dengan kad bergambar yang lain pula.
10. Kumpulan yang dapat menyusun kad untuk membentuk ayat matematik dengan cepat
dan betul dikira sebagai pemenang.
11. Aktiviti diulang sehingga seberapa pusingan yang boleh sehinggalah murid mahir
membentuk ayat matematik berdasarkan bilangan objek pada kad bergambar yang
diberikan.
Latihan :
Lengkapkan ayat matematik di bawah.
Contoh :
┼
¿
a
┼ ¿
8
6 + 3 = 9
b.
┼ ¿
c.
Ũ
d.
┼ ¿
3.0 Wang
3.1 Aktiviti 1
9
Langkah-langkah :
1. Guru menunjukkan tabung sambil menggongcangkan tabung tersebut.
2. Guru meminta murid meneka apakah yang terkandung di dalam tabung tersebut.
Jawapan murid : duit syiling
3. Guru memperkenalkan nilai wang syiling satu persatu kepada murid iaitu 5 sen, 10
sen, 20 sen dan 50 sen.
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
5. Setiap kumpulan diberikan 20 keping wang syiling yang terdiri daripada pelbagai
nilai.
6. Setiap kumpulan juga diberikan empat buah bekas dan setiap bekas dilekatkan label
nilai wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
7. Dengan arahan guru mereka dikehendaki mengasingkan wang tersebut mengikut nilai
yang sama ke dalam bekas yang disediakan.
Contoh :
8. Untuk aktiviti yang seterusnya ialah guru menampal beberapa kepingan gambar wang
syiling di papan putih secara terbalik.
9. Guru memberi arahan dengan meminta murid beratur mengadap papan putih dalam
jarak 1 meter.
10. Apabila wisel dibunyikan murid dikehendaki berlari untuk mencabut satu keping
gambar wang syiling sahaja dan murid kemudiannya diminta menyebut nilai wang
tersebut.
10
Objektif: Murid dapat mengenal wang syiling mengikut nilai.
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi : Wang syiling sebenar, dan wang
syiling mainan 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, gambar wang syiling, tabung duit, gam
dan lembaran kerja.
5 sen 10 sen 20 sen 50 sen
11. Murid yang dapat menyebut nilai wang yang mereka ambil dengan betul akan
menampal wang tersebut di dalam lembaran kerja yang telah disediakan.
12. Permainan ini berulang untuk pusingan kedua sehinggalah keberapa pusingan yang
boleh.
13. Murid yang dapat menampal wang syiling dengan banyak adalah dikira sebagai
pemenang.
Latihan :
Warnakan wang syiling di bawah
5 sen – merah 10 sen sen – kuning
20 sen – hijau 50 sen - biru
3.2 Aktiviti 2
11
Objektif: Murid dapat menyusun mata wang Malaysia mengikut saiz dari kecil ke besar
atau mengikut nilai dan dapat mengenalpasti mata wang Malaysia
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi : Wang syiling sebenar dan wang
syiling mainan 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, wang kertas contoh RM1, RM5 dan
RM10, kad bergambar wang syiling dan wang kertas, krayon atau pensel warna dan
Langkah-langkah :
1. Guru memberi arahan kepada murid supaya duduk di dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan sebuah kotak yang di dalamnya terdapat pelbagai
kepingan wang syiling mainan yang terdiri daripada pelbagai nilai.
3. Guru memperkenalkan perkataan ‘sen’ serta duit syiling lima sen, sepuluh sen, dua
puluh sen dan lima puluh sen.
4. Guru memberi arahan kepada murid dengan meminta setiap murid di dalam kumpulan
mengambil wang syiling tersebut dan menyusunnya mengikut saiz dari kecil ke besar.
Arahan guru : Ambil wang syiling yang saiznya paling kecil
Ambil wang syiling yang besar sedikit daripada wang syiling yang
kamu ambil tadi
Arahan diberikan sehinggalah wang syiling yang seterusnya iaitu wang syiling yang
paling besar saiznya.
5. Guru dan murid membuat perbandingan duit syiling tersebut iaitu lima sen dengan
sepuluh sen, sepuluh sen dengan dua puluh sen dan dua puluh sen dengan lima puluh
sen.
6. Guru menerangkan kepada murid iaitu apabila saiz duit syiling semakin besar maka
nombor pada duit syiling juga semakin besar dan nilainya juga semakin besar.
7. Aktiviti yang sama juga diulangi untuk wang kertas. Guru memperkenalkan tulisan
‘RM’ yang tertera pada wang kertas yang bermaksud ‘ringgit’ dan nilai wang kertas
12
Objektif: Murid dapat menyusun mata wang Malaysia mengikut saiz dari kecil ke besar
atau mengikut nilai dan dapat mengenalpasti mata wang Malaysia
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi : Wang syiling sebenar dan wang
syiling mainan 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, wang kertas contoh RM1, RM5 dan
RM10, kad bergambar wang syiling dan wang kertas, krayon atau pensel warna dan
satu ringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit. Murid membuat perbandingan wang
kertas berdasarkan warna pada wang kertas tersebut iaitu:
RM1 – biru
RM5 – hijau
RM10- Merah
Guru berkomunikasi dengan murid sambil bertanyakan beberapa soalan.
♦ Apakah warna wang kertas bagi satu ringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit?
♦ Wang kertas apakah nilainya yang paling kecil?
♦ Wang kertas apakah nilainya yang paling besar?
Guru bertanyakan soalan satu persatu supaya murid dapat mengenali dan memahami
setiap nilai pada wang kertas dengan lebih jelas.
8. Murid bermain permainan ‘nilai wang saya’. Guru membahagikan murid kepada 4
kumpulan kecil.
9. Setiap kumpulan diberikan 2 keping wang kertas contoh dan 2 keping duit syiling
mainan yang pelbagai nilai.
10. Guru akan menunjukkan satu gambar nilai wang syiling atau wang kertas kepada
murid.
Contoh :
11. Kumpulan yang mempunyai nilai wang yang sama dengan nilai wang yang
ditunjukkan oleh guru akan menunjuk dan menyebut nilai wang tersebut. Kumpulan
yang cepat dan betul menyebutnya akan diberikan 5 bintang.
12. Permainan ini diteruskan sehingga murid boleh mahir dan mengenali wang mereka.
Latihan ;
13
Padankan wang syiling di bawah dengan nilai yang betul.
Tulis nilai wang di bawah.
Contoh :
14
20 sen
50 sen
5 sen
10 sen
4.0 Bentuk 3 Dimensi ( 3D)
4.1 Aktiviti 1
15
RM 1
Objektif: Murid dapat mengenalpasti dan menamakan bentuk 3 Dimensi iaitu
kubus, kuboid, sfera, silinder, kon dan piramid.
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi : Model bentuk 3 Dimensi
iaitu kubus,kuboid, sfera, piramid,kon dan silinder , kad bergambar dan kad
imbasan perkataan bentuk 3 Dimensi , sebarang objek yang mempunyai bentuk 3
Langkah-langkah :
1. Guru menunjukkan beberapa objek seperti tin kosong, kotak kasut, kon ais
krim, lampu tidur, topi hari jadi, kotak tisu dan sebarang jenis bola.
2. Guru memperkenalkan bentuk 3 Dimensi kepada murid dengan menunjukkan
model 3 Dimensi iaitu kubus, kuboid, sfera, silinder, kon dan piramid yang
mewakili bagi setiap objek yang ditunjukkan tadi.
Contoh :
kotak kasut bentuk
kuboid
3. Guru menampal kad imbasan perkataan bentuk 3 Dimensi tersebut di papan
putih dan mengarahkan murid supaya bersama-sama menyebutkannya dengan
betul.
4. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap
kumpulan diberikan iklan barangan pasaraya seperti di bawah
16
Objektif: Murid dapat mengenalpasti dan menamakan bentuk 3 Dimensi iaitu
kubus, kuboid, sfera, silinder, kon dan piramid.
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi : Model bentuk 3 Dimensi
iaitu kubus,kuboid, sfera, piramid,kon dan silinder , kad bergambar dan kad
imbasan perkataan bentuk 3 Dimensi , sebarang objek yang mempunyai bentuk 3
Iklan pasaraya
5. Setiap kumpulan juga diberikan satu bentuk 3 Dimensi
6. Guru memberi arahan kepada murid. Mereka dikehendaki mencari sebarang
objek yang sama dengan bentuk yang telah guru berikan tadi di dalam keratan
iklan tersebut.
Contoh : Kumpulan yang mendapat bentuk kubus dikehendaki mencari objek
yang berbentuk kubus seperti dadu dan sebagainya begitu juga dengan
kumpulan yang mendapat bentuk 3 Dimensi yang lain perlu mencari objek
yang sama dengan bentuk 3 Dimensi yang mereka perolehi.
Objek berbentuk kubus
bentuk kubus
7. Murid diminta menampalkan objek tersebut dalam lembaran kerja yang telah
disediakan. Guru harus membimbing murid dalam mencari gambar objek 3
Dimensi dan mengawasi murid ketika menggunting gambar tersebut.
Latihan :
Padankan objek dengan nama dan bentuk 3 Dimensi yang betul.
Contoh :
17
4.2 Aktiviti 2
18
kubu
kon
sfera
kuboi
silinde
piramid
Objektif: Murid dapat memahami ciri-ciri bentuk 3 Dimensi melalui ciri-cirinya dengan
melakukan aktiviti menyentuh , memegang dan merasai permukaan, sisi dan bucu
bentuk tersebut. Murid juga dapat mengkelaskan bentuk 3 Dimensi mengikut ciri-
cirinya.
Bahan bantu mengajar/ sumber yang diperolehi : Model bentuk 3 Dimensi iaitu
kubus, kuboid, silinder, sfera, piramid dan kon. Kad bergambar dan kad imbasan
Langkah-langkah :
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberikan set bentuk 3 Dimensi iaitu kubus, kuboid, silinder, sfera,
piramid dan kon.
3. Apabila guru mengangkat satu bentuk 3 Dimensi, murid juga diminta turut
mengangkat bentuk yang sama dengan guru. Sambil itu, guru berkomunikasi dengan
murid dan bertanyakan soalan.
Contoh soalan : Saya ada enam permukaan rata. Saya ada lapan bucu dan dua belas
sisi. Semua permukaan saya adalah sama besar. Siapakah saya?
Guru boleh menggunakan nada suara yang berbeza supaya dapat menarik
perhatian murid.
Sambil berkomunikasi, guru menunjukkan bahagian permukaan rata dan
meminta murid bergilir-gilir turut sama menyentuhnya.
Guru meminta murid mencari dan menyebut objek di dalam kelas yang
mempunyai permukaan rata.
Guru seterusnya menerangkan ciri-ciri lain yang ada pada bentuk kubus iaitu
bucu dan sisi.
4. Guru menampalkan kad bergambar bentuk kubus dan kad imbasan perkataan kubus.
5. Guru berkomunikasi lagi untuk bentuk yang lain dengan memperkenalkan ciri-ciri
untuk bentuk kuboid, kon, silinder, sfera dan piramid.
6. Untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid, guru mengadakan aktiviti berkumpulan.
Setiap kumpulan diberikan 2 buah bakul.
7. Guru meminta murid mengasingkan bentuk 3 Dimensi mengikut arahan guru iaitu:
Pertama murid diminta mengasingkan bentuk yang mempunyai permukaan
melengkung/ tidak mempunyai permukaan melengkung.
Kedua murid diminta mengasingkan bentuk yang mempunyai permukaan rata/
tidak mempunyai permukaan rata.
19
Ketiga murid diminta mengasingkan bentuk yang mempunyai sisi/ tidak
mempunyai sisi dan
Keempat murid diminta mengasingkan bentuk yang mempunyai bucu/ tidak
mempunyai bucu.
8. Selepas aktiviti ini dijalankan, guru mengedarkan lembaran kerja A dan lembaran
kerja B kepada setiap murid. Untuk lembaran kerja A, murid dikehendaki
menggunting bentuk yang betul dengan ciri-ciri yang dikehendaki dan
menampalkannya dalam lembaran kerja B.
9. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru harus membimbing dan mengawasi murid ketika
melakukan aktiviti tersebut.
Lembaran Aktiviti A
Gunting gambar bentuk 3 Dimensi yang berikut
Lembaran Aktiviti B
Saya boleh mengkelaskan bentuk 3 Dimensi mengikut cirinya.
20
Ciri-ciri Lekatkan bentuk 3Dimensi yang betul
Bentuk 3 Dimensi
yang mempunyai
permukaan
melengkung dan
sisi
Bentuk 3 Dimensi
yang mempunyai
permukaan rata dan
bucu
Bentuk 3 Dimensi
yang mempunyai
permukaan
melengkung sahaja
5.0 Refleksi
Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa dan selepas menyiapkan buku kerja
ini. Pada mulanya saya amat risau memikirkan untuk menyiapkan buku kerja ini kerana saya
21
perlu memikirkan dan merancang aktiviti yang benar-benar sesuai untuk murid pra sekolah.
Pengalaman saya mengajar matematik murid-murid tahun 1 membolehkan saya
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk disesuaikan dengan murid-
murid pra sekolah ini.
Dalam penerangan aktiviti ini, saya telah kaitkan dengan apa yang ada di sekeliling
murid dan yang pernah mereka lihat. Penggunaan bahan bantu mengajar pula adalah selamat
dan mudah diperolehi. Setiap aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan tahap murid
dan dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses pembelajaran guru dan menjadikan
pembelajaran matematik lebih menyeronokkan serta menarik minat murid terhadap
matematik.
Harapan saya agar saya dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran saya sebagai guru
matematik. Mohon segala kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dalam buku kerja ini dan
saya perlu belajar dari kesilapan.
6.0 Rujukan :
Bright Kids Books. (2006). Pre-Primary Maths. Kuala Lumpur: Pelangi Sdn. Bhd.
22
Marzita Puteh et al. (2010). Buku Teks Matematik KSSR Tahun 1 Jilid 1 dan 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Modul Guru Asas 1. (2012). Linus Numerasi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Modul Matematik Awal. (2009). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Apples4theteacher.com. (1999) . [online]. Available:
http://www.apples4theteacher.com/math.html
Education.com. (2006). [online]. Available:
http://www.education.com/activity/preschool/math/
Karen.(1997).Coolmath-Games.com.[online]. Available:http://www.coolmath-games.com/1-
games-for-preschool-kindergarten-01.html.
.
23