Download - Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 1/9
SEMESTER 2 Sains Praktikal 2
Eksperimen 4
Topik: Pembedahan sistem pernafasan mamalia.
Tujuan:
1. Melatih pelajar untuk membedah haiwan mamalia kecil.
2. Melatih pelajar bagaimana menggunakan peralatan pembedahan.
3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam memapar, melukis dam melabel organ-
organ pernafasan.
4. Membolehkan pelajar mengenal pasti struktur organ-organ utama yang terlibat
dalam pernafasan ( paru-paru, trakea, tulang rusuk dan otot interkostal )
5. Meningkatkan kefahaman pelajar proses pertukaran gas pada haiwan mamalia.
Teori:
Organ-organ utama yang terlibat dalam pernafasan adalah paru-paru, trakea, diafragma,
tulang rusuk dan otot interkostal. Pengecutan dan pengembangan otot interkostal dan
otot pada diafragma akan menggerakkan diafragma dan tulang rusuk, jadi jumlah
isipadu rongga dada berubah. Hal ini akan menyebabkan pengaliran udara keluar dan
masuk ke dalam paru-paru.
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 2/9
Radas-radas dan bahan-bahan:
1. Tikus.
2. Alat-alat pembedahan.
3. Papan pembedahan.
4. Kanta lengan x10.
5. Pembaris plastik lutsinar.
6. Benang.
Prosedur:
1. Pinkan tikus tersebut di atas papan pembedahan dengan permukaan perut
mengadap atas.
2. Buat satu hirisan tengah abdomen di kulit dan potong ke depan sehingga ke
bahagian rahang bawah dan ke belakang sehingga ke bahagian dubur.
3. Pegang kulit tersebut dengan sepasang angkup. Potong tisu penyambung di
antara kulit dengan dinding badan seluas mungkin di sepanjang badan haiwan
tersebut dan pin semula kulit itu.
4. Potong bahagian ventral dan dinding sisi rongga dada untuk memperlihatkan
rongga dada kaviti.
5. Buang kelenjar timus.
6. Potong otot dan tisu pada leher untuk melihat trakea dan larinks.
7. Potong bahagian atas laring. Potong habis tisu penyambung yang terlekat pada
trakea.
8. Buang jantung, paru-paru, trakea, esofagus dan laring bersama-sama.
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 3/9
9. Berhati-hati ketika membuang esofagus dari jantung. Pin laring, trakea dan paru-
paru di atas papan.
10. Buat satu lakaran melabel berdasarkan struktur yang telah diambil keluar.
Keputusan
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 4/9
Hati
GinjalJantung
Usus besar dan
kecil
Trakea dan
oesofagus Pankreas
Paru-paru
Tulang rangka
Hati
Usus besar dan
kecil
HatiPerut
Paru-paru Jantung
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 5/9
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 6/9
Soalan :
1.(a) Berapa pasangkah tulang rusuk tikus?
Tikus mempunyai 13 pasang tulang rusuk. Ianya terdiri daripada 7 pasang
tulang rusuk µbenar¶ dan µ6¶ pasang tulang rusuk µpalsu¶.
(b) Bagaimanakah tulang rusuk berfungsi ketika pertukaran gas pada tikus?
Pada dasarnya, tulang rusuk berfungsi melindungi peparu yang terletak di rongga
toraks semasa pertukaran gas. Seperti manusia juga, ketika menarik nafas tulang
rusuk akan mula bergerak ke atas dan kehadapan. Manakala ketika menghembus
nafas pula tulang rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam disebabkan oleh
pengaruh otot interkosta di bawahnya.
2.(a) Terangkan permukaan dan ciri± ciri diafragma.
Permukaannya kebiruan berkilau putih pada hujung tulang..Diafragma adalah kubah
berbentuk lembaran otot yang membentuk dinding rongga dibawah dada. Diafragma
mudah lentur atau sifatnya yang kenyal. Selain itu diafragma adalah halus hingga
menyebabkannya ia mudah bergerak ke bawah dan ke atas semasa pertukaran gas.
(b) Apakah kepentingan ciri ± ciri diafragma di dalam hubungan dengan fungsinya
ketika pertukaran gas?
Ketika kita menarik nafas, diafragma akan bergerak ke bawah dan mendatar manakala
ketika hembus nafas diafragma bertukar menjadi bentuk kubah dan bergerak ke atas
melalui sifat kelenturannya.
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 7/9
3.Terangkan permukaan peparu kanan dan kiri.
Salah satu peparu adalah lebih besar berbanding peparu yang satu lagi. Paru-paru
bahagian kanan lebih besar sedikit berbanding peparu kiri kerana jantung
menggunakan beberapa ruang di peparu kiri kita. Jadi, di dalam membuat ruang untuk
jantung, peparu kiri adalah kecil kecil sedikit berbanding paru-paru kanan. Selain itu,
peparu bahagian kanan permukaannya adalah lebih luas mendatarnya daripada peparu
kiri. Permukaan peparu adalah berspan dan dipenuhi liang epitelium dengan itu ia
mempunyai luas permukaan per isipadu yang lebih luas berbanding luas permukaan
paru-paru. Sekat dada jantung tidak terletak tepat ditengah-tengah rongga dada, tetapi
sedikit ke kiri, sehingga menyebabkan paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan. Isi
rongga dada dapat diperbesar hasil pengaruh otot-otot pengangkatan iga-iga,
pengecutan sekat rongga badan yang melengkung ke atas. Permukaan peparu kanan
adalah lebih licin dan cantik berbanding permukaan peparu kiri apabila diperhatikan di
dalam eksperimen.
4. Satu bahagian paru-paru dipotong. Semak permukaan potongan dengan kanta
pembesar. Terangkan apakah yang anda nampak pada tekstur paru-paru?
Jika diperhatikan dengan teliti permukaan paru-paru dilapisi oleh satu selaput iaitu
selaput paru-paru visceral (selaput paru-paru terdapat celah yang sempit yang berisikan
sedikit cecair). Tekstur peparu yang dilihat adalah kenyal seperti span.
5. Ukur panjang trakea di dalam unit mm, dari laring ke titik dimana cabang keluar ke
dalam dua bronkus.
Trakea, atau lubang tekak, adalah kotak tulang yang menghubungkan hidung dan mulut
ke paru-paru, dan merupakan bahagian penting dalam sistem pernafasan vertebrata
(bertulang belakang). Ketika bernafas pada sesuatu individu, udara mengalir ke paru-paru untuk respirasi melalui tekak. Trakea bermula pada bahagian bawah dari laring
dan terus ke paru-paru. Trakea rangka tulang yang terdiri dari tulang rawan dan sendi,
dan terletak di bahagian depan leher.
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 8/9
Kesimpulan :
Ketika pembedahan terhadap seekor tikus dijalankan, organ-organ haiwan terbabit
telah dikeluarkan dan dilakarkan mengikut prosedur yang telah pun dirancang.
Eksperimen ini telah bertujuan mengkaji sistem pernafasan mamalia melalui seekor
tikus. Sistem pernafasan ini telah dikaji pada tikus bermula dari rongga hidung ke trakeake bronkus sehingga ke bronkiol. Akhir sekali, kajian telah dijalankan pada organ
bronkiol sehingga ke alveolus. Kesemua organ ini boleh didapati dalam paru-paru.
Setelah selesai kajian dijalankan, didapati sistem mamalia memerlukan paru-paru untuk
bernafas dan paru-paru juga merupakan organ yang penting bagi tujuan pernafasan.
8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2
http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 9/9
KAMPUS KOTA BHARU
NAMA : AYISY HARIZ BIN SUKIMAN
NO K/P : 921027-01-6069
NO. MATRIK : IPGKB : S11S - 1006 - 0445
SEMESTER : SEM.2
SUBJEK : SAINS PRAKTIKAL 2, EKSPERIMEN 4, PEMBEDAHAN SISTEM
PERNAFASAN MAMALIA
NAMA : TN. HJ. ASRAN BIN MOHD. AMIN
PENSYARAH
TARIKH HANTAR : 6 MAC 2011