Download - BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
Dr. Hj. Mohd Sharifudin YusopJabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5
KEMAHIRAN BERTUTUR
• Melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat artikulasi
• Proses memproduksi bunyi setelah menerima dan memahami input
• Kemahiran dikuasai melalui pengalaman mendengar dan meniru; jarang dihasilkan secara semula jadi
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5
• Dipengaruhi oleh– Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran– Ciri mental; kemahiran memahami,
menginterpretasi– Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak
cukup maklumat dan persediaan• Memberi respons dan menyampaikan maklumat
dengan berkesan
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
ASPEK BERTUTUR• Sebutan
– mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
• Tekanan– Melantang sebutan pada bahagian suku kata
perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat tertentu dalam wacana
• Mora– Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang
membezakan makna
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
• Jeda– Persendian; berhenti sebentar antara perkataan,
frasa, klausa dan ayat• Intonasi
– Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat• Nada
– Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi
• Tatabahasa– Sistem yang digunakan untuk menggabungkan
huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi, morfologi dan sintaksis
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
• Kelancaran– Lafazan perkataan dan ayat secara kemas
dan teratur• Kefasihan
– Ketepatan sebutan• Laras bahasa
– Penggunaan bahasa mengikut konteks
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
JENIS BERTUTUR• Monolog
– Dalaman; tutur dan dengar sendiri– Luaran; tutur dan @ tanpa pendengar
• Dialog– Membabitkan dua pihak
• Berbual• Bersembang• Berpidato
– Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap, mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu duga / temu bual, bercerita
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
PERINGKAT BERTUTUR• Awal
– Mengajuk – Menyoal soalan mudah– Menjawab soalan mudah– Bertegur sapa
• Pertengahan– Mendeskripsi gambar– Mendeskripsi pengalaman– Bercerita– Memberi ucapan pendek– Perbualan mudah– Memberi arahan
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
• Maju– Mendeskripsi hal abstrak– Bersyarah, berbahas, berbincang– Memberi penerangan– Mengkritik– Mendeklamasi puisi
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
PRASYARAT PERTUTURAN• Kawalan intro
– Tatacara “menyampuk”• Alu-aluan• Minta laluan• Memastikan isu• Mengemukakan pandangan
• Kawalan postur– Tatacara memasuki majlis
• Kawalan gestur– Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan
hidung
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
TATACARA BERTUTUR• Dalam perbualan
– Tahu apa yang dibualkan – Kenal siapa pelaku– Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang
sesuai, nada sederhana
• Dalam perbincangan – Tahu yang sedang dibincangkan – Siapa peserta – Latar perbincangan– Elakkan emosional– Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
• Dalam pengucapan awam – Tahu tajuk dan fakta – Kenali khalayak; kata sapaan– Jangka masa – Suasana/mood– Penggunaan alat bantu; nota, pembesar
suara, slaid & LCD, papan putih
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
10 PRINSIP MENGATASI MASALAH KETIDAKYAKINAN BERTUTUR DALAM
KHALAYAK
• Speaking in public is not inherently stressful
• You don’t have to be brilliant or perfect to succeed
• All you need is two or three main points
• You also need a purpose that is right for the task
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
• The best way to succeed is not to consider yourself a public speaker
• Humility and humor can go a long way
• When you speak in public, nothing bad can ever happen
• You don’t have to control the behaviour of your audience
• The more you prepare, the worse you will do
• Your audience truly wants you to succeed
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7
BAHASA DALAM PERTUTURAN
• Fungsi asal bahasa– Meluah perasaan, menyebar/bertukar-tukar
berita/maklumat, perkongsian budaya, hubungan sosial
• Lisan– rasmi @ tak rasmi– Ulangan, hentian, ayat pendek
• Kolokial– Basahan– Tak rasmi– Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7
• Slanga– Kosa kata popular semasa– Kumpulan sosial & profesional– Tidak difahami di luar lingkungan
• Dialek– Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial– Kosa kata, tatabahasa, ungkapan
• Laras– Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana– Bentuk pertuturan, cara pertuturan
• Gaya– Kelainan bahasa berasaskan individu @ kumpulan– Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak– Boleh juga dalam tulisan
RAGAM BAHASA PERTUTURAN
• Dialek – Bahasa + Geografi = Dialek– Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak
• Idiolek– Bahasa + Individu = Gaya Bahasa– Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan
• Sosiolek– Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa– Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana
• Wacana– Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa– Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan
GAYA BAHASA
• Perbandingan– Perumpamaan/simile, metafora,
personifikasi, depersonifikasi, alegori, antitesis, tautologi, perifrasis, prolepsis, koreksio/antisipasi
• Perulangan– Aliterasi, asonansi, antanaklasis, kiasmus,
epizeukis, tautotes, anafora, epifora/epistrofa, simploke, mesodiplosis, epanalepsis, anadiplosis
GAYA BAHASA
• Pertautan– Metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme,
eponim, epitet, antonomasia, erotesis/pertanyaan retorik, parallelisme, elipsis, gradasi, asindeton, polisindeton.
• Pertentangan– Hiperbola, litotes, ironi, oksimoron, paronomasia,
paralepsis, silepsis, satira, inuendo, antifrasis, paradoks, klimaks, antiklimaks, apostrof, inversi, apofasis, histeron proteron, hipalase, sinisme, sarkasme.
GAYA BAHASAPERBANDINGAN
• Perumpamaan/simile– Perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi di
anggap sama– Kata kunci – seperti, ibarat, bak, sebagai, umpama, laksana,
penaka, serupa
• Metafora– Perbandingan dua hal untuk mencipta kesan emosi tanpa
menggunakan kata-kata kunci– Ali mata keranjang– Nani jinak-jinak merpati
• Personafikasi– Memberi ciri manusia kepada benda, tumbuhan, bukan manusia– Angin membelai rambutnya.– Mentari mencubit kulitku.
GAYA BAHASA• Depersonafikasi
– Mengandaikan manusia sebagai benda– Kata kunci – kalau, jika, andai, sekiranya– Dia diam membatu.– Kalau aku menjadi bunga…
• Alegori– Metafora yang diperluaskan menjadi wacana– Cerita teladan– Anjing Dengan Bayang-bayang
• Antitesis– Dua kata yg mengandung makna bertentangan– Mereka menangisi kejayaanku.– Kecantikannya membawa celaka.
GAYA BAHASA• Tautologi/pleonasme
– Perbandingan yg membazir– Saya mencatat dengan tangan saya.– Kami memikul jenazah itu di atas bahu kami sendiri.
• Perifrasis– Perbandingan berlebihan menyampaikan satu
maksud– Dia mengakhiri zaman bujangnya dan melayari
bahtera ke pulau idaman – berumah tangga.• Prolepsis/antisipasi
– Penggunaan kata bersifat pra kejadian– Keluarga malang itu telahpun menyediakan keperluan
Hari Raya.
GAYA BAHASA
• Koreksio/epanortosis– Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkan
serta-merta– Masuk kali ini sudah tujuh kali, eh, bukan, sudah
lapan kali dia pindah– Dia yang berlebih-lebihan, tapi isterinya lebih boros
berbelanja.
GAYA BAHASAPERULANGAN
• Aliterasi– Perulangan konsonan secara berturutan dalam ayat.– Dara damba daku datang dari danau dua duka.
• Asonansi– Perulangan vokal secara berturutan dalam ayat.– Sudah tahu membisu pula.
• Antanaklasis– Perulangan kata yang sama tetapi berlainan maksud– Dia selalu membawa buah tangan untuk buah
hatinya.
GAYA BAHASA• Kiasmus
– Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam satu ayat.
– Dia selalu menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah.
• Epizeukis– Perulangan kata berturutan– Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah sementara
pintu taubat masih terbuka.• Tautotes
– Perulangan ungkapan secara berturutan dalam satu binaan ayat.
– Aku adalah kau, kau adalah aku, kau dan aku menjadi satu.
GAYA BAHASA• Anafora
– Perulangan kata pertama dalam ayat secara berturutan.
– Merekalah yang bersalah. Merekalah perosak bangsa. Merekalah harapan masa depan yang pudar.
• Epifora/epistrofa– Perulangan kata akhir dalam ayar secara berturutan.– Suaramu adalah puisi. Tawamu adalah puisi.
Senyummu juga puisi.• Simploke
– Perulangan kata-kata awal dan akhir dalam ayat secara berturutan.
– Kau kata aku pemalas, biarkan. Kau kata aku lembam, biarkan. Kau kata aku manja, biarkan.
GAYA BAHASA• Mesodiplosis
– Perulangan kata tengah dalam ayat secara berturutan.
– Anak merindui bapa. Isteri merindui suami. Rakyat merindui pemimpin.
• Epanalepsis– Perulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam
ayat yang sama.– Saya akan berusaha mencapai cita-cita saya.
• Anadiplosis– Perulangan kata terakhir dalam ayat, menjadi kata
pertama dalam ayat yang berturutan.– Kita mesti berusaha. Berusaha mencapai cita-cita.
Cita-cita bangsa dan negara.
GAYA BAHASAPERTAUTAN
• Metonimia– Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yg ada
hubungan dengannya.– Dia baru membeli sebuah Kancil.– Saya selalunya makan dua pinggan.
• Sinekdoke– Bahasa figuratif yang memperlihatkan satu kata mewakili satu
kenyataan.– Setiap kepala dikenakan bayaran RM 10.00.– Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia
• Alusi– Pernyataan yg dpt menggambarkan sesuatu.– Semasa Jepun kami makan ubi kayu.– Kita tidak mahu 13 Mei berulang.
GAYA BAHASA• Eufemisme
– Penghalusan kata– Dia telah kembali ke rahmatullah.– Anak mereka memang lambat sikit dalam pelajaran.
• Eponim– Pernyataan sesuatu keadaan berdasarkan sifat seseorang.– Kalau dah Pandir tu,diajar macam manapun tak faham juga.
• Epitet– Pernyataan tentang seseorang yg sesuai dengan sifatnya.– Singa betina tu akan balik sebentar lagi.– Si Kancil tu dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan di
mahkamah.
GAYA BAHASA
• Antonomasia– Penggunaan gelaran menggantikan nama.– Yang Berhormat harus turun padang.– Tuan Pegawai Daerah akan merasmikan majlis itu.
• Erotesis/pertanyaan retorik– Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan sebaliknya
untuk penegasan.– Bersalahkah aku jika tidak mengikutmu ke alam
baqa?• Paralelisme
– Penggunaan ayat secara sejajar.– Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya
berperanan dalam pembangunan negara.
GAYA BAHASA
• Elipsis– Menghilangkan frasa/klausa dalam ayat tetapi masih
difahami keseluruhannya.– Jika awak tidak mahu mengaku…– Pemergian … amat dirasainya.
• Gradasi– Kata-kata yang diulang dari satu klausa ke klausa
yang berikutnya.– Kita harus mengakui,mengakui bahawa
tanggungjawab kita berat, berat demi memelihara negara, negara yang kita cintai ini.
GAYA BAHASA
• Asindeton– Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak
menggunakan kata hubung.– Segala dugaan, cabaran, rintangan, perlu dihadapi
dengan tabah, sabar, berkeyakinan, demi mencapai kejayaan.
• Polisindeton– Kata, frasa, klausa dijadikan satu ayat panjang
menggunakan kata hubung.– Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi
menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini serta meletakkannya di peta negara maju.
GAYA BAHASA
PERTENTANGAN• Hiperbola
– Pernyataan yang berlebih-lebihan– Kemarahannya meluap-luap hingga hampir
mengamuk.– Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih.
• Litotes– Pernyataan dengan tujuan merendah diri.– Singgahlah di pondok saya nanti.– Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini.
• Ironi– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat.– Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-
sungguh.
GAYA BAHASA
• Oksimoron– Pernyataan bertentangan dalam frasa yang sama.– Perkara itu telah menjadi rahsia umum.– Dia resah di dalam diam.
• Paronomasia– Kata-kata yang hampir sama bunyinya tetapi
berlainan makna.– Pokoknya yang harus ditanam ialah pokok kelapa.– Kerja mengukur ruang dapurnya tergendala kerana
ibunya menyuruh mengukur kelapa.
GAYA BAHASA• Paralipsis
– Pernyataan yang menerangkan maksud bertentangan yang lain.– Dia tidak bermaksud menceraikan isterinya dengan talak tiga.
(Dia hendak rujuk.)– Pilih buah yang masak sahaja.
• Silepsis/zeugma– Menggunakan satu perkataan untuk memperlihatkan hubungan
dua perkara.– Sila buka mata dan telinga sepanjang kuliah ini.– Dia menundukkan kepada dan badannya tanda hormat.
• Satira– Ironi dalam bentuk tulisan panjang.– Gurindam Emak Si Randang.– Anak Mat Lela Gila.
GAYA BAHASA• Inuendo
– Pernyataan untuk merendah-rendahkan hakikat sesuatu.– Dia semakin mewah semenjak berkahwin dengan jutawan itu.
• Antifrasis– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat di sebaliknya.– Dialah satu-satunya pemimpin yang paling bersih (sebenarnya
terbukti paling korup).
• Paradoks– Pernyataan yang bertentangan dengan keadaan sebenar.– Untuk menyintai kita harus membenci.– Dia kesunyian di tengah-tengah keramaian.
GAYA BAHASA
• Klimaks– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
peningkatan.– Saudaralah anak desa yang bakal memimpin pasukan negeri ke
peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara di peringkat antarabangsa.
• Antiklimaks– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
penurunan.– Dialah pemimpin dunia yang dihormati di negaranya walaupun
sering diperkuda isterinya di rumah.
• Apostrof– Yang dilawan bicara tiada di latar.– Wahai Nabi Allah, limpahkanlah syafaatmu kepada kami.
GAYA BAHASA• Inversi/anastrof
– Pernyataan terbalik dari segi struktur ayat; predikat – subjek.– Kepada merekalah kita menaruh harapan.– Ke pasar agaknya tuan rumah ini.
• Apofasis/preterisio– Pernyataan seperti hendak menyembunyikan sesuatu tetapi
telah menyatakannya.– Saya tidak mahu memecahkan rahsia kejahatan awak di luar
rumah.– Saya masih bujang tiga.
• Histeron proteron– Pernyataan tidak wajar didahulukan daripada kenyataan yang
logik.– Dialah yang menghantar tugasan walaupun hanya
menggunakan mesin taip.
GAYA BAHASA
• Hipalase– Pernyataan yang biasanya digunakan untuk sesuatu keadaan
tetapi digunakan dalam keadaan yang lain.– Dia berbaring di ranjang yang resah.– Mereka mengikuti kuliah saya yang penuh perhatian.
• Sinisme– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir, lebih
keras dan jelas berbanding ironi.– Dialah artis yang amat berbakat dan telah menjadi ikutan remaja
ke kancah negatif.– Bomoh itu terkenal kerana banyak yang mati setelah berubat
dengannya.• Sarkasme
– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir/mencela; lebih keras daripada sinisme.
– Mulut saudara yang celupar itu wajar ditonyoh dengan cili padi.– Penipu besar itu sudah tiba.
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
• Pidato/ucapan/syarahan– Bercakap secara sehala– Memberitahu, menghurai, menjelas sesuatu
tajuk/isu/perkara– Tempoh waktu tertentu– Mempengaruhi khalayak
• Persediaan– Memahami tajuk– Menganalisis khalayak/majlis – Mengumpul dan menyusun maklumat; fakta – susunan
dan kesesuaiannya– Memastikan tempoh masa dan merancang pembahagian
masa– Memastikan tempat dan kemudahan logistik
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
STRUKTUR TEKS/PENYAMPAIAN UCAPAN
• Pembuka kata– Ucapan salam, penyataan syukur– Hirarki sistem panggilan– Makluman pengenalan majlis
• Membina minat– menarik perhatian, provokasi, petikan, data
• Menyatakan tajuk,pegangan dan bahasan– Berdasarkan tema/kehendak majlis– Menyesuaikan tajuk dengan khalayak
KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
• Mengemukakan idea– Mulai idea utama, diikuti idea sokongan,penyampaian
fakta secara tersusun, saling berkait, ringkas dan tepat, rumusan
• Penutup; rumusan, pantun, maaf
KECEKAPAN BERBAHASA– Pemilihan kata/ayat/gaya bahasa– Kelancaran – susunan idea, kawalan
pernafasan– Kefasihan – sebutan, intonasi– Gestur dan postur