Download - Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
1/14
Bagaimana Proses Pilihanraya
Dilaksanakan
1) Pembubaran Dewan
Apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, SPR akan
menerima pemakluman rasmi yang dihantar oleh Yang DiPertua Dewan atau Speaker
kepada SPR. Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai
tempoh selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
2)Persiapan
Bagi tujuan menetapkan tarikh penamaan calon, pengeluaran undi pos, pengundian
awal dan tarikh pengundian, SPR akan mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh
semua anggota SPR. Sebelum itu, SPR akan mengundang semua wakil
kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta di peringkat pusat untuk
mendapatkan kerjasama mereka dalam membantu SPR mengadakan pilihan raya.
Mereka turut dipelawa memberikan pandangan bagi memudahkan SPR menetapkan
tarikh-tarikh pilihan raya.
Apabila tarikh tersebut telah ditentukan, SPR akan mengumumkan tarikh-tarikh
tersebut dalam media massa. Seterusnya, writ atau surat kuasa akan diserahkankepada semua Pegawai Pengurus yang akan membantu SPR menguruskan pilihan
raya di bahagian-bahagian pilihan raya di mana mereka dilantik. Kebiasaannya,
mereka yang dilantik adalah dalam kalangan Pegawai-Pegawai Daerah atau Yang
DiPertua Majlis-Majlis Daerah. Pemilihan mereka disebabkan keupayaan mereka
mengawal jentera-jentera kementerian/jabatan/agensi kerajaan di peringkat daerah
atau kawasan pentadbiran mereka.
Setelah itu, SPR akan mengeluarkan notis memaklumkan tarikh, masa dan tempat
penamaan calon selain mempelawa mereka yang berminat untuk hadir menyerahkanpencalonan mereka pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan. Sementara
menunggu hari penamaan calon, Pegawai-Pegawai Pengurus akan mengadakan
mesyuarat penyelarasan di peringkat bahagian pilihan raya dengan semua wakil
kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta bagi mendapatkan bantuan dan
kerjasama mereka dalam pengendalian urusan pilihan raya yang bakal diadakan.
Pegawai-Pegawai Pengurus turut melantik dan melatih petugas-petugas yang akan
melaksanakan urusan pilihan raya di Pusat-Pusat Mengundi.
3) Penamaan Calon
http://myadha.blogspot.com/2013/03/bagaimana-proses-pilihanraya.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2013/03/bagaimana-proses-pilihanraya.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2013/03/bagaimana-proses-pilihanraya.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2013/03/bagaimana-proses-pilihanraya.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2013/03/bagaimana-proses-pilihanraya.html -
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
2/14
Apabila tiba hari penamaan calon, Pegawai-Pegawai Pengurus akan membuka
kaunter penerimaan kertas penamaan calon. Kebiasaannya, tempoh penyerahan
kertas penamaan calon adalah dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. Dalam
pilihan raya kali ini, urusan pameran dan bantahan ke atas kertas penamaan calon
tidak lagi diadakan. Selain itu, tiada lagi peluang untuk menarik diri dibuka untukcalon selepas muktamadnya penyerahan kertas penamaan pada jam 10.00 pagi. Ini
bermaksud, Pegawai Pengurus akan memeriksa kelayakan calon dan kesempurnaan
kertas penamaan calon dan memuktadkannya selepas jam 10.00 pagi. Selepas itu,
Pegawai Pengurus akan mengumumkan sama ada terdapat pertandingan di
bahagian pilihan raya tersebut. Sekiranya terdapat pertandingan, Pegawai Pengurus
akan mengumumkan nama calon-calon yang akan bertanding serta tarikh-tarikh
pengundian.
4) Tempoh Berkempen
Kempen adalah medium untuk memperkenalkan calon, ideologi politiknya serta
pelan perancangan beliau atau partinya untuk membangunkan bahagian pilihan raya
di mana beliau bertanding. Tempoh berkempen bermula dari pengumuman
terdapatnya pertandingan oleh Pegawai Pengurus pada hari penamaan calon dan
berakhir jam 12.00 malam sebelum hari pengundian. Bagi tujuan memastikan
kempen dilaksanakan secara aman dan teratur, SPR telah menubuhkan Pasukan
Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh ejen-ejen
calon yang bertanding. Kempen boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara bagi
menjelaskan kepada masyarakat pengundi tentang kelebihan calon agar beliau dipilihmewakili masyarakat setempat dalam pilihan raya tersebut. Tugas PP-KPR adalah bagi
memastikan semua jenis medium kempen sama ada secara bersemuka atau melalui
bahan kempen tidak menyentuh sensitiviti perkauman atau menjejaskan perpaduan
dan permuafakatan masyarakat. Keputusan PP-KPR untuk mengenakan tindakan
terhadap sesuatu ceramah atau bahan kempen dilakukan secara bersama oleh semua
ahli PP-KPR termasuk oleh ejen-ejen calon yang menganggotai pasukan tersebut.
5) Hari Pengundian
Kebiasaannya, bangunan sekolah akan dijadikan sebagai Pusat Mengundi dan bilik-
bilik darjah akan dijadikan sebagai Tempat Mengundi. Kawasan sekitar 50 meter
daripada pagar sekolah adalah zon larangan kecuali bagi pengundi dan para petugas.
Zon larangan ini disediakan bagi memberikan keselesaan kepada para pengundi.
Selain pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan
pengundi, petugas-petugas yang dibenarkan berada dalam Pusat Mengundi adalah
Penyelia Pusat Mengundi, Pemandu Arah Pusat Mengundi, dan Kerani-Kerani
Penyemak Daftar Pemilih. Mereka ini bertugas di luar bilik darjah dengan cara
membantu pengundi-pengundi menyemak lokasi Tempat Mengundi mereka, dan
menunjukkan lokasi tersebut selain membantu mereka yang uzur dan kurang upaya.
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
3/14
Di dalam Tempat Mengundi (bilik darjah) pula, Ketua Tempat Mengundi dan kerani-
kerani pengundian ditugaskan melaksanakan proses pengundian. Semasa hari
pengundian, semua petugas dikehendaki datang awal bagi mempersiapkan Tempat
Mengundi. Ejen-ejen yang dilantik oleh calon juga dibenarkan masuk awal ke Tempat
Mengundi. Peranan ejen adalah bagi memerhati perjalanan pengundian. SebelumTempat Mengundi dibuka, Ketua Tempat Mengundi akan menutup dan
memeteraikan peti undi di hadapan ejen-ejen yang hadir. Pada jam 7.50 pagi, Pusat
Mengundi akan dibuka dan para pengundi bolehlah menyemak lokasi Tempat
Mengundi mereka di barung SPR. Selepas itu, mereka bolehlah terus ke Tempat
Mengundi masing-masing dan beratur di luar Tempat Mengundi tersebut. Sebelum
pengundian berlangsung, Ketua Tempat Mengundi akan mengisi butiran buku kertas
undi ke dalam Borang 13. Butiran yang diisikan adalah butiran tempat dan Pusat
Mengundi selain bilangan serta nombor siri kertas undi yang akan digunakan. Ia
merupakan satu prosedur standard bertujuan memastikan kesahihan bilangan kertas
undi yang akan diguna pakai dengan kertas undi yang rosak atau tidak dikembalikan.
Ejen-ejen calon juga dibenarkan untuk memeriksa kandungan Borang 13 ini. Sejurus
sebelum pengundian dimulakan, Ketua Tempat Mengundi akan memberikan taklimat
ringkas kepada kerani-kerani pengundian dan ejen calon tentang perjalanan
pengundian dan perkara-perkara yang dibolehkan dan tidak boleh dilakukan
sepanjang proses tersebut.
6) Proses Pengundian
Sebaik jam 8.00 pagi Tempat Mengundi akan dibuka dan pengundi akan dibenarkanmasuk. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pengundi adalah menyerahkan
kad pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Kerani akan
menyemak nama pengundi dalam daftar pemilih dan meminta pengundi bergerak ke
hadapan Kerani Pengundian Kedua. Kerani Pengundian Kedua akan meminta
pengundi meletakkan jari di atas pad yang disediakan untuk proses calitan dakwat
kekal. Dakwat kekal dicalitkan di atas permukaan jari telunjuk tangan kiri pengundi.
Sekiranya pengundi tiada jari telunjuk, dakwat kekal akan dicalit di mana-mana jari
tangan kiri sebelum beralih ke jari tangan kanan sekiranya tangan kiri pengundi tidak
mengandungi sebarang jari . Sesudah jari dicalit, Kerani Pengundian Pertama akanmeneriakkan nama pengundi untuk disemak oleh ejen-ejen tempat mengundi yang
hadir. Ejen-ejen tempat mengundi akan hadir memerhatikan perjalanan proses
pengundian daripada bermulanya proses tersebut sehinggalah tamat proses
pengiraan undi. Ejen-ejen tempat mengundi turut menggunakan buku daftar pemilih
yang sama dengan Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian dan Kerani
Penyemak Daftar Pemilih. Selepas nama diteriakkan, pengundi akan diberikan kertas
undi oleh Kerani Pengundian Ketiga. Kertas undi ini dicapkan dengan tanda
pengenalan Tempat Mengundi. Setelah menerima kertas undi, pengundi bolehlah
beredar ke petak undi untuk menandakan kertas undinya. Pengundi perlu
menandakan 'X' pada petak disebelah nama calon pilihannya. Seterusnya, kertas undi
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
4/14
tersebut perlu dimasukkan ke dalam peti undi. Pengundi perlu segera beredar keluar
daripada Tempat Mengundi sebaik sahaja memasukkan kertas undinya ke dalam peti
undi. Proses ini akan terus berlangsung sehingga jam 5.00 petang iaitu masa Tempat
Mengundi ditutup.
7) Proses Mengira Undi
Sebaik sahaja Tempat Mengundi ditutup, Ketua Tempat Mengundi akan menutup
bukaan/mulut peti undi dan memeteraiakannya dengan cara meletakkan perekat
keselamatan. Penutupan peti undi ini dilakukan di hadapan ejen-ejen tempat
mengundi/ mengira undi yang hadir. Petugas-petugas pula akan bertindak menyusun
semula Tempat Mengundi mengikut susunan proses pengiraan undi. Sebelum kiraan
dimulakan, Ketua Tempat Mengundi akan memberikan taklimat ringkas berhubung
proses pengiraan undi. Proses pengiraan undi bermula dengan memotong ikatan
penutup peti undi dan mengeluarkan kertas undi untuk dimasukkan ke dalam dulang
'Undi Belum Dikira'. Kertas-kertas undi kemudiannya dikira dalam bilangan sepuluh
dan diikat dalam bilangan seratus. Proses ini bertujuan mendapatkan bilangan
sebenar kertas undi yang berada dalam peti undi untuk direkodkan ke dalam Borang
13. Sekiranya bilangan kertas undi adalah sama atau kurang, proses pemaparan
kertas undi boleh dimulakan. Sekiranya berlebihan daripada yang dinyatakan dalam
Borang 13, Ketua Tempat Mengundi terpaksa mengambil tindakan seperti yang
berikut:
1) memeriksa nombor siri kertas undi bagi memastikan hanya kertas undi dalamturutan nombor siri yang dinyatakan dalam Borang 13 sahaja berada dalam peti undi
tersebut. Sekiranya, Ketua Tempat Mengundi menjumpai kertas yang berlainan
nombor sirinya, kertas undi tersebut perlulah diketepikan.
2) selain memeriksa nombor siri, Ketua Tempat Mengundi juga boleh memeriksa
tanda cap pada kertas undi. Ini kerana cap yang digunakan bagi setiap Tempat
Mengundi adalah unik.
Setelah selesai, Ketua Tempat Mengundi akan memohon ejen-ejen tempatmengundi/ mengira undi untuk menandatangani Borang tersebut sebagai tanda
memahami tatacara yangdilaksanakan dan berpuas hati dengan pengendalian
tatacara tersebut.Kemudian, barulah proses pemaparan kertas undi boleh dimulakan.
Proses ini dilakukan oleh kerani-kerani mengira undi dan dilakukan di hadapan ejen-
ejen tempat mengundi/ mengira undi yang hadir. Proses pemaparan kertas undi
adalah proses membuka dan memperlihatkan kertas undi kepada ejen-ejen tempat
mengundi/ mengira undi yang hadir sebelum dimasukkan ke dalam dulang-dulang
bersimbol calon mengikut tanda di atas kertas undi. Apabila selesai proses
pemaparan ini, barulah kertas-kertas undi ini dikira mengikut dulang masing-masing.
Bilangan kertas undi dalam setiap dulang akan dimaklumkan kepada Ketua Tempat
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
5/14
Mengundi. Sekiranya terdapat kertas undi ragu, Ketua Tempat Mengundi akan
memutuskannya mengikut Buku Panduan Memutuskan Undi Ragu dan keputusan
Ketua Tempat Mengundi adalah muktamad. Maklumat berkaitan bilangan undi yang
diperoleh oleh setiap calon akan diisikan ke dalam Borang 14 (Borang Keputusan
Undi Bagi Setiap Tempat Mengundi). Salinan Borang 14 yang telah lengkap diisi akandiberikan kepada ejen-ejen tempat mengundi/ mengira undi selepas mereka
menandatangani borang tersebut. Ini bermaksud semua pihak mempunyai salinan
keputusan yang sama dan tidak boleh diubah lagi.Selepas itu, semua kertas undi akan
dimasukkan ke dalam sampul-sampul, dimeterai dan dimasukkan ke dalam peti undi.
Peti undi yang telah dimeterai akan di bawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi untuk
simpanan selamat. Borang 14 pula akan diserahkan kepada Pegawai Pengurus untuk
dijumlahkan dengan semua Tempat Mengundi lain dalam bahagian pilihan raya
tersebut.
Borang 10 digunakan sebagai akuan identiti orang yang dipercayai oleh pengundi
uzur atau OKU yang membantu pengundi tersebut mengundi dalam tempat
mengundi
Borang 11 digunakan sebagai akuan kepada pengundi yang maklumat identiti dalam
dokumen pengenalan dirinya berbeza sedikit dengan maklumat dalam daftar pemilih.
Borang 13 digunakan oleh KTM mengisi maklumat bilangan kertas undi yang
diterima dan digunakan sebagai penyata sebelum proses pengiraan bermula.
Borang 14 digunakan oleh KTM mengisi maklumat bilangan undi yang diterima oleh
setiap calon selepas proses pengiraan undi. Salinan borang akan diberikan kepada
ejen pengiraan undi (dilantik oleh calon) yang hadir semasa proses pengundian.
8) Penjumlahan Rasmi Undi & Pengumuman Keputusan
Setelah semua Borang 14 dijumlahkan, Pegawai Pengurus akan mengisikan
keputusan yang diperoleh setiap calon ke dalam Borang 16 (Borang KeputusanPertandingan). Akhirnya, Pegawai Pengurus akan mengumumkan keputusan jumlah
undi yang diperoleh setiap calon dan pemenang bagi pertandingan tersebut yang
seterusnya dipilih menjadi wakil rakyat bagi bahagian pilihan raya tersebut. Selepas
keputusan diumumkan, maka selesailah urusan asas pilihan raya.
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
6/14
Pencerobohan Sulu : Malaysia Perlu Ikut
Undang-Undang Antarabangsa
Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949
berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata
Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan
sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.
Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan
terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka
(kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya
kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal
menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga
menyebabkan pertumpahan berdarah.
Terdahulu, beliau merasmikan program persijilan asas kejuruteraan penerbangan untuk lesen
DCAM Part-66, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM), bagi anggota tentera yang bakal
bersara di sini.
Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan
penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung
Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.
Mengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran
antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata ia merupakan
gambar lama yang dipercayai berlaku di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.
"Gambar itu ditulis dengan perkataan 'Lahad Datu' di bawahnya untuk mengambarkan peristiwaitu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan,"
katanya.
Beliau tidak menolak ia dilakukan untuk berseronok-seronok sahaja tetapi menegaskan bahawa
implikasinya amat besar kepada negara dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras.
Sumber : BERNAMA
http://myadha.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-sulu-malaysia-perlu-ikut.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-sulu-malaysia-perlu-ikut.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-sulu-malaysia-perlu-ikut.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-sulu-malaysia-perlu-ikut.html -
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
7/14
Persepsi salah terhadap Sistem
Penguatkuasaan Automatik AES
PEMASANGAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengawal
tingkah laku dan pemanduan melebihi had laju dalam kalangan pengguna jalan raya
tiba-tiba menimbulkan polemik.
Ia menjadi kontroversi apabila ada pihak beranggapan sistem itu menyebabkan
rakyat terbeban dengan belenggu saman. Lebih hangat apabila isu ini telah dijadikan
modal kempen politik yang mungkin tidak menyelesaikan isu kemalangan jalan raya
itu sendiri.
Tidak dapat dipastikan sama ada kamera ini yang bermasalah atau kita mempunyai
persepsi salah terhadap budaya selamat di jalan raya.
Cuba fikirkan, mengapa ketika kita memandu di negara lain yang ketat peraturan lalu
lintas, kita boleh mematuhi peraturan yang dikenakan, tetapi kita seolah-olahnya
tidak dapat menerimanya di negara kita sendiri.
Benarlah, sistem AES akan menyebabkan lebih ramai pengguna yang akan disaman,
khususnya apabila ada yang memandu dengan kelajuan melebihi had yangdibenarkan.
Ia mungkin menyebabkan sebahagian pengguna jalan raya, khususnya mereka yang
berpendapatan rendah akan terbeban dengan sistem ini.
Bagaimanapun, kita mungkin perlu juga melihat kepada beban lain yang mungkin
tidak disedari. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dalam
kajiannya merekodkan bahawa terdapat lebih 400,000 kes kemalangan jalan raya di
Malaysia pada tahun 2010.
Pada tahun yang sama, dilaporkan sebanyak 6,872 kes kematian kerana kemalangan
jalan raya.
Kes kemalangan jalan raya semasa pergi dan pulang daripada kerja juga nampaknya
meningkat. Daripada lebih kurang 17,000 kes pada tahun 2001, ia mencecah lebih
22,000 kes pada tahun 2010.
Impak daripada kemalangan jalan raya ini mungkin bukan sedikit. Ia memberi kesan
kepada individu, keluarga dan negara. Akibat kemalangan, ada yang mungkin
http://myadha.blogspot.com/2012/10/persepsi-salah-terhadap-aes.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/10/persepsi-salah-terhadap-aes.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/10/persepsi-salah-terhadap-aes.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/10/persepsi-salah-terhadap-aes.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/10/persepsi-salah-terhadap-aes.html -
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
8/14
berubah daripada manusia normal kepada individu kelainan upaya.
Kesulitan hidup
Ini akan menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan. Ada pula yang mungkinmeninggalkan balu dan anak yatim di rumah sekali gus berdepan pula dengan
kesulitan hidup yang lain.
Semua ini sebenarnya antara kesulitan yang terpaksa dihadapi hanya kerana kecuaian
memandu di jalan raya.
Dalam kebanyakan kes kemalangan jalan raya, ia sebenarnya bermula dengan sikap
manusia itu sendiri. Kemalangan berlaku kerana ada segelintir pengguna yang tidak
mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan tidak bertimbang rasa terhadap
pengguna yang lain.
Sikap buruk yang ada pada segelintir individu ini akan menyebabkan orang lain turut
menjadi mangsanya.
Pemasangan kamera AES tidak menyelesaikan semua masalah kemalangan di jalan
raya. Tidak semestinya juga memandu laju itu satu-satunya sebab kemalangan di
jalan raya.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya, ia sedikit sebanyak membantu kita mengubahsikap pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan.
Untuk permulaan, ia mungkin sedikit 'mengganggu' kehidupan kita yang biasanya
mungkin memandu tanpa mengikut peraturan. Namun, untuk jangka masa panjang,
ia mungkin membantu mewujudkan persepsi baharu kita terhadap budaya selamat di
jalan raya.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa hanya ada satu cara untuk menghidupkan budaya
selamat ini. Ia mesti bermula dengan polisi dan penguatkuasaan.
Di kebanyakan negara maju misalnya di Australia, pemasangan kamera AES ini
bukanlah merupakan isu yang besar. Kita akan melihat begitu banyak kamera yang
dipasang, bukan sahaja di lebuh raya, malah di kebanyakan lampu isyarat di tengah
bandar.
Walau bagaimanapun, kamera ini bukan masalah yang besar kepada masyarakat
yang mengutamakan peraturan dan keselamatan jalan raya.
Menegur pengguna
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
9/14
Malah, orang awam sendiri boleh melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada
pemandu yang melakukan kesalahan, misalnya tidak memakai tali pinggang keledar
atau memandu secara cuai. Orang awam juga boleh menegur pengguna yang lain
sekiranya ada yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Negara-negara maju ini melaksanakan undang-undang yang jauh lebih ketat
daripada apa yang cuba kita terapkan.
Tidak hanya had kelajuan maksimum, bahkan kenderaan tidak boleh diparkir sesuka
hati. Kereta yang diparkir di tepi jalan tidak boleh menghadap arah yang
bertentangan dengan arah jalan.
Ada kawasan-kawasan tertentu, kenderaan hanya boleh diparkir tidak lebih daripada
15 minit. Itu belum termasuk udang-undang yang menghalang merokok di dalam
kenderaan sekiranya ada kanak-kanak bersama di dalamnya.
Bagaimanapun, budaya selamat dan berhemah ini belum lagi muncul dalam budaya
kita. Tatkala orang lain berlumba-lumba untuk memastikan masyarakatnya mematuhi
peraturan di jalan raya, kita pula masih berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa
yang paling hebat di jalan raya dengan memandu secara laju dan membahayakan.
Persepsi salah kita terhadap budaya selamat itulah sebenarnya menjadi punca
mengapa ada pihak yang tidak mampu menerima pelaksanaan peraturan yang
diperkenalkan oleh pihak berwajib.
Satu-satunya cara untuk kita semua mengelakkan disaman ialah mematuhi peraturan
jalan raya.
Sebenarnya ianya adalah satu sistem kamera had laju yang terbaru dari JPJ. Berikut
adalah 10 fakta tentang sistem tersebut:
Mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik menggunakan
sistem termaju di mana kamera diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku
kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya, jalan utama dan
persimpangan trafik. Sistem ini terdiri daripada kamera tetap dan kamera mudah
alih.
Ia merupakan sebuah sistem terbukti, yang kini digunakan di banyak negara
termasuk di Perancis, Jerman dan Australia.
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
10/14
Sistem ini bukanlah kamera yang tersembunyi! Amaran yang mencukupi dalam
bentuk papan tanda akan diletakkan sebelum pengguna jalan raya memasuki zon
AES.
AES membantu inisiatif penguatkuasaan lalu lintas dengan memastikan kaedah
mengesan kesalah yang tepat dan tidak mungkin disalahgunakan sertapengeluaran saman yang cekap dan boleh dipercayai ke alamat-alamat yang
dikemas kini.
Sistem ini tidak mendiskriminasikan dalam apa jua cara kerana tiada interaksi
peribadi antara pesalah trafik dan sistem. AES akan turut mengesan kesalahan
yang dilakukan oleh pengguna semua jenis kenderaan, sama ada persendirian,
perdagangan mahupun awam.
Kamera-kamera AES ditentukur, disahkan dan diperakui oleh badan-badan yang
kompeten dan diberi tanggungjawab (SIRIM Berhad dan MIROS) di makmal serta
di lokasi bagi memastikan tahap ketepatan dan kebolehpercayaan yang tinggi. AES meningkatkan Persepsi untuk ditangkap (POBS). Biasanya persepsi
pengguna jalan raya untuk ditangkap di Malaysia adalah 25% pada hari-hari
biasa dan meningkat kepada 50% semasa musim perayaan apabila kempen
keselamatan jalan raya sedang dilaksanakan. Di negara-negara maju di mana
pengguna jalan raya adalah lebih berpengetahuan, tahap persepsi adalah antara
80-90%.
Sistem ini boleh mengesan beberapa kenderaan secara serentak yang
melakukan kesalahan pada bila-bila masa.
Buat masa ini, sistem ini digunakan untuk mengesan mereka yang melebihi hadlaju dan melanggar lampu merah. Ini merupakan kesalahan trafik yang kerap di
jalan raya Malaysia dan merupakan antara punca utama kemalangan jalan raya.
Sistem ini adalah demi keselamatan anda. Tujuan utama AES adalah untuk
membantu menjadikan jalan raya kita lebih selamat. Ia bukan bertujuan
menghukum, tetapi untuk menyelamatkan nyawa dengan mengubah amalan dan
tingkah laku pengguna jalan raya.
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
11/14
Gaji minimum: Perjuangan yang sudah
selesai?
RAMAI yang tersenyum lebar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
memberi " hadiah" Hari Pekerja tahun ini dengan mengumumkan kadar gaji
minimum kebangsaan bagi sektor swasta iaitu sebanyak RM900 di Semenanjung dan
RM800 di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, dasar terbaharu ini tidak melibatkan sektor domestik seperti tukang
kebun dan orang gaji.
Ini bermakna perjuangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama 15
tahun telah membuahkan hasil walaupun pada hakikatnya mereka memperjuangkankadar gaji minimum kebangsaan adalah RM1,200.
Dengan pengumuman ini, pasti golongan pekerja sektor swasta boleh menarik nafas
lega kerana telah mempunyai "duit lebih" untuk berdepan dengan kos sara hidup
yang semakin meningkat ketika ini.
Malah ia juga dilihat sebagai satu jaminan tidak akan ada lagi pekerja di sektor itu
menerima kadar gaji di bawah paras kemiskinan kebangsaan.
Di Malaysia, gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah di mana
Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009
mendapati 33.8 peratus pekerja bergaji di bawah paras kemiskinan kebangsaan iaitu
RM800 sebulan pada masa ini.
Namun, perlu diingat bahawa kerajaan tidak akan melakukan perubahan ini dengan
sia-sia. Pengumuman ini pastinya hadir bersama harapan besar untuk melihat
golongan pekerja di negara ini turut meningkatkan produktiviti dan kualiti.
Produktiviti dan kualiti merupakan kata kunci bagi memastikan hasrat untuk melihat
Malaysia berubah kepada sebuah negara berpendapatan tinggi serta berstatus
negara maju berjaya dicapai.
Pelaksanaan dasar ini juga seharusnya menjadi penyuntik semangat kepada warga
pekerja sektor swasta untuk berusaha dengan lebih gigih dan komited.
Walaupun ada segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati mengenai kadar
tersebut dan ramai juga yang mendesak mahukan gaji minimum kebangsaan
ditetapkan pada RM1,200, terdapat rasional kenapa ia tidak boleh dilaksanakan,
http://myadha.blogspot.com/2012/05/gaji-minimum-perjuangan-yang-sudah.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/05/gaji-minimum-perjuangan-yang-sudah.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/05/gaji-minimum-perjuangan-yang-sudah.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/05/gaji-minimum-perjuangan-yang-sudah.html -
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
12/14
sekurang-kurangnya pada waktu sekarang.
Pengenalan kepada gaji minimum atau kenaikan gaji pada kadar apa sekalipun sudah
pastinya akan menyebabkan lonjakan harga barangan seterusnya mendorong kepada
tekanan inflasi.
Walau apa pun alasan yang bakal digunakan peniaga, sama ada kos semakin
meningkat, harga bahan mentah semakin mahal di pasaran atau sebagainya, ia pasti
memeritkan pengguna dan menyebabkan kuasa beli merosot. Sudah tentu ia bukan
satu faktor positif kepada ekonomi.
Gaji minimum juga dikhuatiri boleh menyebabkan perniagaan-perniagaan kecil
seperti industri kecil dan sederhana (IKS) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
mengalami masalah dari segi kos overhed malah mungkin mengakibatkan syarikat-
syarikat ini terpaksa gulung tikar.
Persatuan IKS Malaysia semasa satu sidang akhbar sebelum ini pernah memberitahu,
sekiranya dasar gaji minimum kebangsaan dilaksanakan, ia bakal memberi kesan
yang sangat besar kepada kos pengilangan kerana syarikat-syarikat tersebut amat
bergantung kepada tenaga buruh.
Malah dengan margin keuntungan bersih sekitar tiga hingga lima peratus sahaja, ia
dilihat mampu membunuh syarikat-syarikat tersebut dan menyebabkan kadar
pengangguran di negara ini meningkat.
Ini dapat dilihat di Thailand apabila kerajaan menaikkan kadar gaji minimum harian
sebanyak 40 peratus pada 1 April lalu, dijangka 100,000 PKS akan ditutup selepas
enam bulan pelaksanaannya.
Syarikat-syarikat itu tidak mampu untuk terus menanggung kos overhed yang lebih
tinggi berbanding keuntungan.
Namun apa yang diharapkan ia tidak berlaku di Malaysia di mana pelaksanaan gajiminimum seharusnya mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak;
pekerja dan syarikat seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
yang lebih positif.
Mungkin tempoh enam bulan "grace period" selepas ia diwartakan bakal memberi
tempoh yang mencukupi untuk majikan terutamanya yang terdiri daripada usahawan
IKS dan PKS untuk bersedia.
Penetapan gaji minimum swasta untuk kebajikan pekerja
http://myadha.blogspot.com/2012/05/penetapan-gaji-minimum-swasta-untuk.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/05/penetapan-gaji-minimum-swasta-untuk.htmlhttp://myadha.blogspot.com/2012/05/penetapan-gaji-minimum-swasta-untuk.html -
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
13/14
on Wednesday, May 2, 2012
Penetapan kadar gaji minimum pekerja swasta perlu diterima dan bukan dipolitikkan
kerana ia diasaskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ekonomi, bukannya ahli
politik kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
"Kadar gaji minimum ini bukan diwujudkan oleh pihak politik tetapi diasaskan
menerusi input Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) iaitu
penyelaras-penyelaras ekonomi serta Bank Dunia yang telah membuat kajian
mendalam sebelum kadar itu diterima oleh majlis-majlis yang diwakili para majikan
dan pekerja," katanya selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam
Peringkat Kebangsaan 2012 di Kuantan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penetapan kadar gaji
minimum swasta iaitu RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak danWilayah Persekutuan Labuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak sempena sambutan Hari Pekerja, di Putrajaya.
Menurutnya, sebelum kadar itu ditetapkan, pihak majikan dan pekerja mempunyai
pandangan yang berbeza namun setelah mengambil kira semua perkara ke dalam
perbincangan bersama maka akhirnya kadar itu dipersetujui.
"Memang majikan mahu kadar yang lebih rendah manakala pekerja mahu kadar yang
lebih tinggi, ada pihak yang cakap kadar perlu lebih RM1,200 atau RM1,300 tetapikalau mengikut kajian yang dibuat, kalau lebih RM1,000 maka implikasi kepada
ekonomi kita teruk dan kesan negatif lain seperti meningkatkan pengangguran.
"Tetapi selepas semua pihak berbincang tentang perkara ini maka satu persetujuan
telah dicapai iaitu dengan kadar tersebut yang dianggap munasabah dan tidak
memberikan implikasi negatif kepada ekonomi," katanya.
Subramaniam berkata, dua perkara utama yang diambil kira oleh Jawatankuasa
Teknikal MPGN dalam kajian berhubung kadar gaji minimum ialah dari segi indeks
garis kemiskinan dan gaji penengah.
Menurutnya, kajian juga dibuat bersandarkan kepada tiga faktor lain iaitu Indeks
Harga Pengguna (CPI) yang merujuk kepada kos kehidupan semasa, aspek
produktiviti dan kadar pengangguran.
"Sebelum kadar RM800 ditetapkan di Sabah dan Sarawak, wakil-wakil majikan di
kedua-dua negeri itu meminta gaji minimum sebanyak RM700 tetapi ia di bawah
paras garis kemiskinan iaitu RM800 jadi kita tetapkan kadar di kedua-dua negeri itu
RM800, kalau lebih RM800 industri kecil dan sederhana pula tidak mampu dan akanmenyebabkan mereka kerugian," katanya.
-
7/30/2019 Bagaimana Proses Pilihanraya Dilaksanakan
14/14
Bagaimanapun, beliau berkata, kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak itu akan
diselaraskan dengan kadar gaji di Semenanjung selepas ekonomi di sana semakin
meningkat pada masa akan datang.
Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, dia tidak menolak kemungkinan kadar gaji
minumum swasta ini akan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengambil
kesempatan menangguk di air keruh terutamanya pada musim menjelang pilihan
raya umum.
"Perkara ini akan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu, kalau ada orang tidak
bertanggungjawab cakap RM1,500 sepatutnya kadar miminum, saya cabar mereka
buat di kawasan masing-masing, saya yakin mesti tutup kilang kerana mereka
keluarkan kenyataan ini hanya untuk kepentingan politik," katanya.