Download - Bab 3 Menggunakan Ujian Objektif
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
43
Dalam Bab 2 kita telah membincangkan keperluan mentaksir pelajar secara
menyeluruh, melibatkan hasil pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor. Di
dalam empat bab seterusnya kita akan membincangkan bagaimana kita boleh
mentaksir ketiga-tiga jenis hasil pembelajaran ini. Di dalam Bab ini kita akan
memfokus kepada menggunakan ujian objektif untuk mentaksir berbagai jenis
perlakuan dalam bilik darjah. Tiga jenis ujian objektif diperincikan dan garis
panduan membina ujian tersebut akan dibincangkan. Kelebihan dan batasan setiap
jenis ujian objektif akan dijelaskan, diikuti dengan perincian jadual spesifikasi dan
peranannya bagi menentukan distribusi item ujian dalam pentaksiran hasil
pembelajaran yang berbeza.
BBBaaabbb 333:::
MMMEEENNNGGGGGGUUUNNNAAAKKKAAANNN UUUJJJIIIAAANNN OOOBBBJJJEEEKKKTTTIIIFFF
Di akhir bab ini pelajar harus boleh:
Mentakrif ujian objektif
Membezakan di antara jenis-jenis ujian objektif
Membincangkan kebaikan menggunakan jenis-jenis ujian objektif berlainan
Mengenal pasti kelemahan jenis-jenis ujian objektif berlainan
Menerangkan teknik membina item ujian objektif berlainan
Merancang sebuah jadual spesifikasi bagi membuat keputusan tentang apa dan bagaimana untuk ditaksir
BAB SEPINTAS LALU
3.1 Apa itu Ujian Objektif?
3.2 Soalan Aneka Pilihan
a) Apa itu Soalan Aneka Pilihan?
b) Membina Soalan Aneka Pilihan
c) Kenapa Soalan Aneka Pilihan
Digunakan Dengan Meluas?
d) Batasan Soalan Aneka Pilihan
3.4 Soalan Betul-Salah
a) Apa itu Soalan Betul-Salah?
b) Membina Soalan B-S
c) Kelebihan Soalan B-S
d) Batasan Soalan B-S
3.5 Soalan Memadankan
a) Apa itu Soalan Memadankan?
b) Membina Soalan Memadankan
c) Kelebihan Soalan Memadankan
d) Batasan Soalan Memadankan
3.6 Merancang Ujian Anda
Ringkasan
Istilah Penting
Rujukan
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Memutuskan apa yang akan
ditaksir
Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Objectif
Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Karangan
Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Projek dan Amali
Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Pencerapan, Ujian
Lisan, dan Portfolio
Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan
Kaedah Pentaksiran
Bab 8: Analisis Item
Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan
Melaporkan Pentaksiran Pelajar
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
44
3.1 APA ITU UJIAN OBJEKTIF?
Apabila ujian objektif mula digunakan dalam tahun 1845 oleh George Fisher
di Amerika Syarikat ia tidak diterima dengan baik oleh masyarakat. Walau
bagaimanapun, ia kemudiannya digunakan dengan meluas dan hari ini ia mungkin
merupakan format pentaksiran yang paling terkenal untuk mengukur keupayaan,
kecekapan dan sosio-emosi manusia. Ujian objektif digunakan dengan meluas di
sekolah, industri, perniagaan, organisasi profesional, university dan kolej. Bolehkah
anda meneka kenapa?
Apa itu ujian objektif? Sebuah ujian objektif adalah sebuah ujian bertulis yang
terdiri daripada item atau soalan yang memerlukan responden memilih daripada suatu
senarai jawaban yang berkemungkinan. Perkataan objektif bermaksud tepat. Maka, sebuah item atau soalan objektif memberi responden sebuah senarai jawaban yang
berkemungkinan. Sebuah item atau soalan objektif adalah tepat kerana ia tidak boleh dipengaruhi oleh kecenderungan peribadi dan prejudis pentaksir. Dalam erti kata lain,
ia bukan subjektif dan bukan terbuka kepada pelbagai interpretasi. Ini merupakan salah satu sebab ujian objektif terkenal bagi mengukur keupayaan, kecekapan dan
berbagai ciri psikologi seperti keperibadian, minat dan sikap manusia.
Gambarajah 3.1 Format yang Biasa Bagi Ujian Objektif
Ujian objektif berbeza bergantung kepada bagaimana soalannya
dipersembahkan. Tiga jenis soalan yang biasa digunakan dalam kebanyakan ujian
objektif adalah soalan aneka pilihan, soalan memadankan dan soalan betul-salah (lihat
Gambarajah 3.1).
3.2 SOALAN ANEKA PILIHAN
a) APA ITU SOALAN ANEKA PILIHAN?
Pernahkah anda terjumpa soalan aneka pilihan yang ditulis dengan tidak
bagus? Jawabannya mungkin terlalu jelas, boleh diperdebatkan, apa yang diperlukan
tidak jelas atau jawabannya tiada. Selain daripada mengelirukan dan mengecewakan
pelajar, soalan ujian yang tidak ditulis dengan baik boleh menghasilkan markah yang
UJIAN
OBJEKTIF
Soalan Aneka Pilihan
Soalan Memadankan
Soalan Betul-Salah
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
45
syak apabila digunakan sebagai asas mentaksir pelajar (Burton, Sudweeks, Merrill
dan Wood, 1991).
Soalan Aneka Pilihan atau Multiple-Choice Questions (MCQ) digunakan
dengan meluas di dalam berbagai keadaan sebab ia boleh mengukur hasil
pembelajaran kognitif tahap rendah serta juga hasil pembelajaran kognitif yang
kompleks. Soalan aneka pilihan adalah yang paling susah untuk disediakan. Soalan
jenis ini ada dua bahagian: stem yang mengandungi soalannya dan 4 atau 5 pilihan
yang mengandungi jawabannya, dipanggil respon kekunci dan pilihan yang salah
dinamakan pengganggu. Stem mungkin dipersembahkan sebagai soalan, arahan atau
pernyataan manakala pilihan mungkin berbentuk perkataan, frasa, nombor, simbol
dan sebagainya. Mungkin ini zalim, tetapi peranan pengganggu dalah untuk menarik
perhatian responden yang kurang pasti jawaban yang betul.
Anatomi Soalan Aneka Pilihan: Soalan (atau item) aneka pilihan secara tradisinya memerlukan responden memilih
satu jawaban daripada sebilangan pilihan yang diberi.
Contoh:
Apakah ibu negara China?
a. Hong Kong b. Shanghai
c. Beijing d. Kun Ming
Stem harus
a) berbentuk soalan atau pernyataan untuk dipenuhkan b) diekspresi dengan jelas dan ringkas, betul nahu bahasanya, tidak
ambiguous dan bebas daripada pernyataan negatif berganda
c) dipersembahkan sebagai soalan positif. (sekiranya negatif digunakan, ia harus diberi penekanan dengan italik atau digarisbawahkan)
d) secara umumnya meminta satu jawaban sahaja (jawaban yang betul atau yang paling tepat)
Pilihan (yang mengandungi jawaban dan pengganggu)
a) harus terdapat empat atau lima pilihan, semuanya eksklusif dan tidak terlalu panjang
b) semua pilihan harus mempunyai nahu bahas mengikut daripada stem dan selari daripada segi nahu bahasanya
c) semua pilihan harus diekspresi dengan cukup mudah agar perbezaan di antara mereka jelas, dan mesti tidak ambiguous
Stem
Pilihan
Jawaban atau Respon Kekunci
Pengganggu
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
46
d) semua pengganggu harus nampak berkemungkinan sebagai penyelesaian kepada masalah bagi pelajar yang belum mencapai
objektif (pengetahuan atau kecekapan) yang diukur oleh item (atau
soalan) tersebut.
e) pengganggu harus nampak tidak berkemungkinan sebagai penyelesai kepada masalah (atau jawaban) bagi pelajar yang telah mencapai
objektif item tersebut.
f) Penyelesaian kepada masalah (atau jawaban) harus Nampak berkemungkinan kepada pelajar yang telah mencapai objektif item
(atau jawaban) tersebut.
b) MEMBINA SOALAN ANEKA PILIHAN
Walaupun soalan aneka pilihan mudah untuk ditanda atau diberi markah ianya
agak susah untuk dibina. Soalan atau item aneka pilihan boleh dibina untuk mentaksir
berbagai hasil pembelajaran, daripada sekadar mengingat kembali fakta atau konsep
kepada menilai fakta dan konsep (Osterlind, 1998). Berikut adalah beberapa garis
panduan menulis soalan aneka pilihan dan beberapa contoh diberi untuk
mendemonstrasi bagaimana garispanduan tersebut diaplikasi.
Soalan yang Lemah: Perang Dunia Kedua adalah:
a. hasil kegagalan the League of Nations
b. menggerunkan
c. berlaku di Eropah, Asia dan Africa
d. berlaku di antara tahun 1939-1945.
Soalan yang Diperbaiki: Di dalam jangkamasa manakah Perang Dunia Kedua
berlaku?
a. 1914 - 1917
b. 1929 - 1934
c. 1939 - 1945
d. 1951 - 1955
1. Semasa menulis STEM, nyatakan satu pernyataan yang khusus untuk dipenuhi atau dijawab dengan salah satu pilihan yang diberi. Stem harus mempunyai makna dengan sendirinya dan harus menyatakan satu permasalahan yang khusus.
SEMAK KENDIRI 3.1
c) Apa itu ujian objektif? d) Kenapa ujian objektif terkenal untuk mentaksir pelajar? e) Senaraikan beberapa hujah menolak ujian objektif.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
47
Perhatikan bahawa di dalam soalan yang lemah, stemnya tidak jelas apa yang
dikehendaki oleh soalan. Versi soalan yang telah diperbaiki mengenal pasti dengan
jelas soalannya dan memberi pelajar beberapa pilihan jawaban yang hampir sama.
Soalan yang Lemah: Selama hampir satu abad, Sungai Rhine digunakan oleh orang Eropah untuk berbagai
tujuan. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini, pengguna sungai yang bertambah
telah menyebabkan peningkatan pencemaran diesel pada air sungai tersebut. Yang
mana di antara berikut adalah kesan yang paling ketara sekiranya, disebabkan
pencemaran itu, the Council of Ministers of the European Community memutuskan
untuk menutup Sungai Rhine kepada laluan kapal?
a. penutupan pelabuhan-pelabuhan yang sibuk seperti Rotterdam, Marseilles
and Genoa di sepanjang Sungai Rhine
b.peningkatan harga barangan Ruhr
c. Industri Aerospace Perancis akan kurang berdaya saing
d. kekurangan air untuk industri Itali
Soalan yang Diperbaiki: Yang mana di antara berikut adalah kesan yang paling ketara sekiranya, disebabkan
pencemaran itu, the Council of Ministers of the European Community memutuskan
untuk menutup Sungai Rhine kepada laluan kapal?
a. penutupan pelabuhan-pelabuhan yang sibuk seperti Rotterdam, Marseilles
and Genoa di sepanjang Sungai Rhine
b.peningkatan harga barangan Ruhr
c. Industri Aerospace Perancis akan kurang berdaya saing
d. kekurangan air untuk industri Itali
Perhatikan bahawa soalan yang lemah itu terlalu panjang dan mengandungi bahan
yang tidak diperlukan.
[sumber: C.McKenna & J. Bull. 1999. Designing effective objective questions.
Loughborough University]
Soalan yang Lemah: Dengan tahap kesuburan mendekati nadirnya, apakah ramifikasi yang mungkin terjadi
kepada kewarganegaraan sebuah negara membangun?
a. kurangnya tenaga kerja wanita
b. trend menurun dalam ratio kebergantungan kepada belia
c. piramid populasi yang lebar di bawah
d. bertambahnya kadar kematian bayi
2. Apabila menulis STEM, elakkan bahan yang membazir dan tidak berkaitan.
3. Semasa menulis STEM gunakan bahasa yang jelas dan terus terang. Soalan yang menggunakan ayat yang kompleks mungkin menguji kefahaman dan bukan
mentaksir samada pelajar tahu tentang bidang tersebut.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
48
Soalan yang Diperbaiki: Penurunan dalam kesuburan dalam kalangan penduduk negara membangun
kemungkinan menyebabkan
a. kurangnya tenaga kerja wanita
b. trend menurun dalam ratio kebergantungan kepada belia
c. piramid populasi yang lebar di bawah
d. bertambahnya kadar kematian bayi
Perhatikan bahawa di dalam soalan yang diperbaiki perkataannadir diganti dengan penurunan dan ramifikasi digantikan dengan menyebabkan yang merupakan perkataan yang lebih terus terang dan jelas.
[sumber: C.McKenna & J. Bull. 1999. Designing effective objective questions.
Loughborough University]
Soalan yang Lemah: Yang mana di antara berikut bukan simptom osteoporosis?
a. kurangnya kepadatan tulang
b. selalu berlaku patah tulang
c. suhu badan yang tinggi
d. sakit tulang belakang di sebelah bawah
Soalan yang Diperbaiki: Yang mana di antara berikut merupakan simptom osteoporosis?
a. kurangnya kepadatan tulang
b. suhu badan yang tinggi
c. keguguran rambut
d. sakit sendi
Perhatikan bahawa soalan yang diperbaiki dinyatakan dalam bentuk ayat positif agar
mengelak menggunakan ayat negatif dengan perkataanbukan.
Isu menggunakan negatif untuk soalan aneka pilihan boleh diperdebatkan kerana masih ramai menggunakannya apabila membina soalan aneka pilihan. Di
dalam kajiselidik dengan 46 rujukan unggul dalam pengukuran pendidikan, 31
daripada 35 penulis yang membincangkan penggunaan negatif mencadangkan untuk mengelakkannya (Haladyna dan Downing, 1989). Kadang kala, penggunaan item
negatif sesuai untuk soalan yang berkaitan dengan isu kesihatan atau keselamatan, di
mana mengetahui apa yang tidak patut dibuat adalah penting (Burton, Sudweeks,
Merrill dan Wood, 1991). Di dalam situasi sebagini, item negative mesti diungkapkan
dengan hati-hati bagi mengelak mengelirukan pelajar. Perkataan negatif harus
diletakkan di dalam stem, bukan di dalam pilihan, dan harus ditekankan dengan
menggunakan garis bawah, italik, bold atau HURUF BESAR. Tambahan lagi, setiap
4. Semasa menulis STEM elakkan menggunakan ayat negatif. Sekiranya ayat negatif terpaksa digunakan, gunakan huruf besar, gariskan atau gunakan bold.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
49
pilihan jawaban harus diungkapkan sebagai positif bagi mengelak daripada
membentuk negate berganda yang boleh mengelirukan.
Soalan yang Lemah: Ahli Teori atau pluralisma menyatakan bahawa
a. mengekalkan demokrasi memerlukan ramai orang kelas pertengahan.
b. mengekalkan demokrasi memerlukan pusat kuasa countervailing yang
berotonomi.
c. mengekalkan demokrasi memerlukan adanya pelbagai kumpulan
ugama.
d. mengekalkan demokrasi memerlukan pengasingan kuasa kerajaan.
Soalan yang Diperbaiki: Ahli Teori atau pluralisma menyatakan bahawa mengekalkan demokrasi memerlukan
a. ramai orang kelas pertengahan.
b. pusat kuasa countervailing yang berotonomi.
c. adanya pelbagai kumpulan ugama.
d. pengasingan kuasa kerajaan.
Perhatikan bahawa di dalam soalan yang diperbaiki, ayat mengekalkan demokrasi memerlukan dimasukkan di dalam stem supaya ia tidak diulang dalam setiap pilihan.
[sumber: C.McKenna & J. Bull. 1999. Designing effective objective questions.
Loughborough University]
Soalan yang Lemah: Kawasan yang subur di padang pasir di mana air sampai ke permukaan dipanggil
dalam bahasa Inggeris sebagai an ... a. mirage
b. oasis
c. water hole
d. polder
5. Semasa menulis STEM letakkan sebanyak mungkin soalan itu di dalam stem, daripada mengulangnya di dalam setiap pilihan.
6. Semasa menulis STEM elakkan daripada memberi jawaban dengan petanda nahu bahasa.
3.1 AKTIVITI
Adakah anda bersetuju bahawa kita tidak harus
menggunakanayat negatif semasa membina soalan aneka pilihan?
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
50
Soalan yang Diperbaiki: Kawasan yang subur di padang pasir di mana air sampai ke permukaan dipanggil
dalam bahasa Inggeris sebagai a/an ... a. mirage
b. oasis
c. water hole
d. polder
Perhatikan bahawa soalan lemah menggunakan article an yang membantu mengenal pasti pilihan b sebagai jawaban yang betul. Dengan mengakhiri stem dengan a/an memperbaiki soalan ini.
Soalan yang Lemah: Yang mana di antara orang berikut telah menyumbang kepada kekalahan Hitler di
Jerman dalam Perang Dunia Kedua?
a. Winston Churchill
b. Josef Stalin
c. Franklin D. Roosevelt
d. George Patton
Soalan yang Lemah: Apakah sumber utama pencemaran sungai di
Malaysia?
a. pembersihan tanah
b. pembakaran terbuka
c. pembuangan sampah
d.hakisan pinggiran pantai
Soalan yang Diperbaiki: Apakah sumber utama pencemaran sungai di
Malaysia?
a. penghasilan karbon dioksida
b. pembakaran terbuka
c. pembuangan sampah
d. hakisan pinggiran pantai
8. Semasa menulis PENGGANGGU untuk soalan aneka pilihan satu respon, pastikan Cuma terdapat satu sahaja jawaban yang betul.
7. Semasa menulis STEM, elakkan selagi boleh, daripada meminta pendapat.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
51
Perhatikan bahawa di dalam soalan yang lemah kedua-dua pilihan a dan c mungkin boleh dikatakan jawaban yang betul.
Soalan yang Lemah: Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga?
a. Hussein Onn
b. Ghafar Baba
c. Mahathir Mohamad
d. Musa Hitam
Soalan yang Diperbaiki: Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga?
a. Hussein Onn
b. Abdul Razak Hussein
c. Mahathir Mohamad
d. Abdullah Badawi
Perhatikan bahawa di dalam soalan yang lemah b dan d bukanlah pengganggu yang baik.
Kita mungkin terpanggil untuk menngunakan pilihan ini tetapi ianya
bermasalah. Pertamanya, ia mungkin nampak seperti suatu pilihan tetapi ia
mengundang jawaban yang salah. Sekiranya anda menggunakannya, pastikan ia
merupakan jawaban yang kadang kala betul. Pilihan semua di atas boleh digunakan dengan pelajar yang bijak menjawab ujian, yang dapat mengenalinya sebagai jawaban
yang betul dengan hanya mengenal pasti dua pilihan. Sama juga dengan pelajar yang
boleh mengenal pasti satu pilihan yang salah, dia boleh juga menolak pilihan ini.
Yang jelas, kemungkinan pelajar meneka jawaban yang betul bertambah dengan
menggunakan teknik ini. Walaupun proses eliminasi tidak dapat digunakan dengan
tiada yang di atas, apabila pilihan ini digunakan sebagai jawaban yang betul, soalan tersebut sekadar menguji kebolehan pelajar mengenal pasti jawaban yang salah, dan
ini tidak menjamin bahawa mereka tahu jawaban yang betul (Gronlund, 1988).
9. Semasa menulis PENGGANGGU gunakan hanya pilihan yang berkemungkinan dan menarik sebagai penggangu.
10. Semasa menulis PENGGANGGU, jika boleh, elakkan pilihan Semua di atas dan Tiada yang di atas. Sekiranya anda memasukkannya, pastikan semua pilihan nampak berkemungkinan adalah jawaban yang betul.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
52
Salah satu teknik mengumpul pengganggu adalah dengan meminta pelajar untuk
merespon kepada soalan pendek yang terbuka, mungkin sebagai pentaksiran formatif.
Kenal pasti respon salah yang paling selalu diberi dan gunakannya sebagai
pengganggu untuk soalan aneka pilihan.
Anda mungkin memilih tiga, empat atau lima pilihan dalam soalan aneka pilihan.
Sehingga kebelakangan ini, ramai yang berpendapat tiga atau empat pengganggu
diperlukan untuk item dianggap cukup susah. Jelas lebih banyak pengganggu,
kuranglah kemungkinan jawaban yang betul diteka, dengan syarat semua pilihan
adalah sama susah. Dan juga, lebih sedikit bilangan item dalam ujian, lebih banyak
kemungkinan pelajar meneka membuta tuli (lihat Jadual 3.1).
Bilangan Soalan 4-Pilihan dalam
Ujian Soalan Aneka Pilihan
Kemungkinan mendapat markah
70% atau Lebih Dengan Meneka
Sahaja
2 1 daripada 16
5 1 daripada 64
10 1 daripada 285
15 1 daripada 8,670
20 1 daripada 33,885
25 1 daripada 942,651
Sumber: S. J. Burton. Multiple-choice test items: Guidelines for university
faculty. Brigham Young University Testing Services. 1991
Jadual 3.1 Probabiliti Meneka
11. Pengganggu berdasarkan kesalahan atau salah anggap pelajar yang biasa adalah sangat berkesan
12. Jangan buat pengganggu yang terlalu dekat dengan jawaban yang betul yang mungkin mengelirukan pelajar yang sebenarnya tahu jawaban kepada soalan. Pengganggu harus berbeza daripada jawaban secara jelas, bukan hanya berbeza sedikit daripada segi ungkapan atau penekanan.
13. Sediakan bilangan pengganggu yang cukup untuk mengurangkan kemungkinan pelajar meneka membuta tuli.
ACTIVITY 3.2
Adakah anda bersetuju bahawa SEMUA DI ATAS atau TIADA YANG DI ATAS tidak harus digunakan semasa Membina soalan aneka pilihan?
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
53
Sebagai contoh, jika suatu ujian terdiri daripada cuma 2 soalan aneka pilihan dengan
empat pilihan setiap satu, anda boleh menganggarkan 1 daripada 16 pelajar akan
menjawab kedua-dua item dengan betul dengan meneka membuta tuli. Sebaliknya,
sekiranya ujian anda terdiri daripada 15 soalan aneka pilihan dengan empat pilihan
setiap satu, anda boleh anggarkan hanya 1 daripada 8,670 pelajar akan mendapat 70%
atau lebih dalam ujian itu dengan meneka membuta tuli.
KENAPA SOALAN ANEKA PILIHAN DIGUNAKAN DENGAN MELUAS?
Soalan aneka pilihan digunakan dengan meluas untuk mengukur hasil kognitif tahap
rendah. Soalan aneka pilihan boleh juga dibina untuk mengukur hasil pembelajaran
tahap tinggi. Ia terkenal sebab perkara-perkara berikut:
Ia boleh mengukur hasil pembelajaran mudah hingga ke kompleks.
Ia menyediakan tugasan yang sangat berstruktur dan jelas.
Ia boleh mengukur sampel pencapaian yang luas.
Pilihan yang salah menghasilkan maklumat diagnostik.
Markah kurang dipengaruhi oleh penekaan berbanding soalan betul-salah.
Markah lebih berkebolehpercayaan berbanding item yang diberi markah secara subjektif (e.g. esei).
Pemarkahan lebih mudah, objektif dan boleh dipercaya.
Analisis item boleh menunjukkan tahap kepayahan setiap item dan sejauh mana diskriminasi di antara pelajar bagus dan lemah di dalam kelas.
Prestasi boleh dibandingkan di antara kelas dan di antara tahun.
Boleh merangkumi banyak bahan dengan cekap (lebih kurang satu item setiap minit waktu ujian).
Item boleh ditulis agar pelajar perlu mendiskriminasi antara pilihan yang berbeza daripada segi tahap kebetulannya.
BATASAN MENGGUNAKAN SOALAN ANEKA PILIHAN
Walaupun terdapat banyak kelebihan menggunakan soalan aneka pilihan, terdapat
juga banyak batasan menggunakan item tersebut:
Membina item yang baik mengambil masa.
Selalunya payah untuk mencari pengganggu yang baik.
Soalan aneka pilihan tidak seberkesan untuk mengukur sesetengah jenis kecekapan menyelesaikan masalah dan keupayaan menyusun dan
mengekspresi idea.
Markah boleh dipengaruhi oleh keupayaan membaca.
Kurang maklumbalas tentang proses pemikiran individu payah untuk memastikan kenapa individu pelajar memilih jawaban yang salah.
Pelajar kadang kala membaca terlalu halus soalan yang diberi.
Ia selaly menfokus kepada pengujian maklumat fakta dan gagal menguji pemikiran kognitif tahap tinggi.
Kadangkala terdapat lebih daripada jawaban yang betul.
Ia terlalu bergantung kepada kecekapan membaca pelajar dan keupayaan menulis pembina ujian.
Tidak memberi ukuran tentang keupayaan menulis pelajar.
Mungkin menggalakkan pelajar meneka.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
54
Jadual 3.2 Peraturan Membina Soalan Aneka Pilihan
Jadual 3.2 memberi ringkasan beberapa peraturan membina soalan aneka pilihan
sebagai tambahan kepada garis panduan yang telah diberikan terlebih dahulu. Sebagai
contoh, anda patut mengelakkan mengambil pernyataan secara verbatim daripada
buku teks, elakkan item yang mengelirukan dan pastikan kosa kata sentiasa konsisten
agar tidak mengelirukan pelajar.
BEBERAPA PERATURAN MEMBINA SOALAN ANEKA PILIHAN
Uji tentang maklumat penting
Elakkan item yang mengelirukan
Gunakan kosa kata yang selaras dengan tahap kefahaman pelajar
Elakkan pengetahuan yang terlalu khusus di dalam item
Elakkan mengungkap secara buku teks, verbatim semasa membina item
Elakkan item berdasarkan pendapat
Sentiasa beri perhatian kepada isu budaya, ugama dan gender
Pilihan harus berasingan dan tidak bertindan
Elakkan memberi petanda melalui penggunaan ayat yang salah nahu
bahasanya
Elakkan menggunakan lawak semasa membina pilihan
Persembahkan situasi yang praktikal atau sebenar kepada pelajar
Gunakan bahan bergambar yang memerlukan pelajar mengaplikasi
prinsip dan konsep
Gunakan carta, jadual atau gambarajah yang memerlukan interpretasi
Elakkan pengganggu yang boleh menguji kebijakan mengambil ujian
SEMAK KENDIRI 3.2
a) Apakah kelebihan menggunakan soalan aneka pilihan? b) Kenapa soalan aneka pilihan harus digunakan sambil
mengingati batasannya?
SEMAK KENDIRI 3.3
a) Semasa membina soalan aneka pilihan elakkan pengganggu yang boleh memberi petanda kebijakan mengambil ujian.
Jelaskan.
b) Elakkan menggunakan lawak semasa membina pilihan. Adakah anda bersetuju?
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
55
3.3 SOALAN BETUL-SALAH
APAKAH SOALAN BETUL-SALAH?
Dalam formatnya yang paling biasa, soalan betul-
salah adalah di mana suatu pernyataan dipersembahkan dan
pelajar memberi indikasi dalam suatu cara bagi
menunjukkan samada pernyataan tersebut betul atau salah.
Dala erti kata lain, hanya terdapat dua respon yang
berkemungkinan bagi setiap item, dan pelajar memilih di
antaranya. Sebuah soalan betul-salah merupakan format
soalan jenis aneka pilihan yang khusus di mana hanya
terdapat dua pilihan jawaban. Soalan jenis ini boleh
digunakan apabila penguji ingin mengukur keupayaan
pelajar untuk mengenal pasti samada fakta sebuah
pernyataan adalah benar atau tidak. Soalan betul-salah boleh digunakan untuk
menguji tentang pengetahuan dan pertimbangan dalam berbagai mata pelajaran.
Apabila dikumpulkan, sebuah siri soalan betul-salah tentang suatu topic atau senario
yang khusus boleh menguji kefahaman yang lebih kompleks tentang suatu isu. Ia
boleh distrukturkan untuk membawa pelajar ke suatu pathway yang logikal (Brown
1997) dan boleh menunjukkan sebahagian daripada proses pemikiran yang digunakan
oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah.
Contoh: Betul Salah
KENAPA SOALAN BETUL-SALAH
DIGUNAKAN?
Soalan betul-salah sesuai mentaksir keupayaan
mengingat kembali atau kefahaman pelajar. Secara
umumnya pelajar merespon kepada banyak soalan,
mencakup kandungan yang luas, dalam masa yang
agak singkat. Daripada perspektif guru, soalan jenis
ini boleh ditulis dengan segera dan mudah ditanda.
Kerana ia boleh ditanda secara objektif, markah
mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi
daripada item yang bergantung kepada pertimbangan
guru. Secara umumnya, ia lebih mudah untuk dibina berbanding soalan aneka pilihan
kerana tidak perlu membina pengganggu. Dengan itu, ia kurang mengambil masa
berbanding membina soalan aneka pilihan.
BATASAN SOALAN BETUL-SALAH
Walau bagaimanapun, soalan betul-salah mempunyai beberapa batasan:
Meneka pelajar mempunyai 1 dalam 2 peluang meneka jawaban yang betul kepada soalan diberi. Markah item betul-salah selalunya tinggi kerana tahap
kesenangan mendapat jawaban yang betul tidak diketahui. Dengan hanya dua
Ikan paus adalah mamalia sebab ia beranak.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
56
pilihan (betul atau salah) pelajar boleh mengharapkan agar dapat meneka dengan
betul untuk separuh item yang jawabannya dia tidak ketahui. Maka, sekiranya
pelajar tahu jawaban yang betul untuk 10 daripada 20 soalan dan meneka jawaban
untuk yang 10 lagi, pelajar itu boleh mengharap dapat markah untuk 15 soalan.
Guru juga boleh meramal markah di antara lebih kurang 50% untuk pelajar yang
semata-mata meneka, dan 100% untuk pelajar yang tahu semua bahan.
Oleh kerana soalan jenis ini adalah dalam bentuk pernyataan, guru boleh mengambilnya daripada buku teks, mengharapkan pelajar mengenali quotation
atau nota yang dengan betul dengan (sedikit) perubahan pada ungkapanyya. Guru
juga mungkin memasukkan bahan yang tidak penting daripada teks. Kedua-dua
amalan ini tidak digalakkan.
Menulis pernyataan yang jelas betul atau salah boleh jadi agak susah lebih lagi untuk bahan yang kompleks.
Format soalan ini tidak mendiskriminasi di antara pelajar berbagai tahap keupayaan sebaik jenis-jenis soalan lain.
CADANGAN-CADANGAN UNTUK MEMBINA SOALAN BETUL-SALAH
Sertakan cuma satu idea utama dalam setiap item.
Seperti di dalam soalan aneka pilihan, secara umumnya kurangkan menggunakan ayat negatif.
Cuba gabungkan dengan bahan lain seperti geraf, peta, bahan bertulis. Gabungan ini membolehkan ujian
keupayaan lebih tinggi.
Elakkan daripada mencedok terus daripada bahan bacaan, nota atau bahan kursus yang lain supaya pelajar mendapat
jawaban betul bukan sekadar melalui hafalan.
Secara umumnya elakkan menggunakan perkataan yang memberi petanda jawaban yang betul kepada pelajar yang
bijak membuat ujian. Perkataan penentu seperti tiada, tidak pernah, sentiasa, semua, mustahil selalunya salah, manakala qualifiers seperti selalunya, umumnya, kadang-kadang selalu berkemungkinan betul.
Sama keadaannya dengan penggunaan "boleh" dalam sebuah pernyataan betul-salah. Sekiranya pelajar tahu
suatu kes di mana ia boleh dibuat, maka pernyataan itu betul.
Pernyataan yang ambiguous atau samar dan perkataan seperti "besar," "masa yang lama," "selalu," "sesetengah," dan "biasanya" baik
dielakkan bagi mengekalkan kejelasan. Sesetengah perkataan mempunyai lebih
daripada satu makna dan mungkin diinterpretasi secara berbeza oleh individu.
Pernyataan yang betul harus sama panjangnya dengan pernyataan yang salah (Kita selalu terpanggil untuk menambah butiran pada pernyataan yang betul untuk
membuatnya bertambah jelas).
Ungkapkan pernyataan dengan jelas supaya ia boleh dianggap jelas samada betul atau salah.
Elakkan menggunakan ayat negatif dan elakkan negative berganda.
Pernyataan berbentuk pendapat harus merujuk kepada sumber yang khusus.
Pernyataan harus sentiasa pendek dan gunakan struktur ayat yang mudah.
BETUL
ke
SALAH?
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
57
Elakkan petanda verbal (determiner khusus) yang memberi indikasi jawaban.
Uji idea yang penting dan bukan yang remeh.
Jangan persembahkan item dalam bentuk yang mudah dipelajari.
3.4 SOALAN MEMADANKAN
KENAPA SOALAN MEMADANKAN DIGUNAKAN?
Soalan memadankan digunakan untuk mengukur
keupayaan pelajar mengenal pasti hubungan di
antara dua terma, frasa, pernyataan, takrifan, tarikh,
kejadian, orang dan sebagainya, yang disenaraikan.
MEMBINA SOALAN MEMADANKAN
Semasa membina soalan memadankan, anda perlu
mengenal pasti dua column bahan yang
disenaraikan secara vertikal. Item dalam Column A
(atau I) digelar premise dan diberi nombor (1, 2, 3, dan seterusnya) manakala item
dalam Column B (atau II) digelar respon dan ditandakan dengan huruf besar (A, B, C,
dan seterusnya). Pelajar membaca suatu premise (dalam
Column A) dan mencari respon yang sesuai dalam Column B.
Pelajar kemudian menulis huruf yang betul sebagai respon
dalam tempat kosong sebelah premise dalam Column A. Guru
juga boleh mengarahkan pelajar meletakkan garisan daripada
premis kepada respon yang betul, tetapi ini lebih mengambil
masa untuk menandanya. Satu cara untuk mengurangkan
kemungkinan meneka jawaban yang betul adalah untuk
menyenarai bilangan respon (Column B) yang lebih
berbanding premise (Column A), seperti di dalam contoh. Cara
yang lain mengurangkan kemungkinan pelajar meneka ialah
dengan membenarkan respons digunakan lebih daripada satu kali. Arahan kepada
pelajar tentang penggunaan respon mestilah jelas.
Ada ahli psikometri mencadangkan harus ada lebih daripada 5 hingga 8
premise (Column A) dalam satu set. Untuk setiap premise, pelajar mesti membaca
semua dalam senarai respon (atau yang belum digunakan) untuk mencari respon yang
sepadan. Oleh kerana itu, Column B harus mengandungi elemen yang lebih pendek
daripada Column A untuk mengurangkan pembacaan bagi setiap item (Alabama
Satu soalan memadankan boleh menggantikan beberapa soalan betul-salah.
SEMAK KENDIRI 3.4
a) Apakah kelebihan soalan betul-salah?
b) Senaraikan beberapa batasan soalan betul-salah.
c) Cadangkan beberapa kelebihan dan kelemahan menggunakan
soalan betul-salah.
questions.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
58
Contoh:
Arahan: Column A mengandungi pernyataan yang menerangkan Bandar-bandar terpilih di Asia. Untuk setiap pernyataan diberi cari bandar yang sesuai dalam
Column B. Setiap bandar dalam Column B boleh digunakan hanya sekali.
Column A Column B _____ 1. Ibu negara lama Thailand A. Ayuthia
_____ 2. Bandar terbesar di Sumatera B. Ho Chih Min City
_____ 3. Ibu negara Mynmar. C. Karachi
_____ 4. Dahulu dikenali sebagai Saigon D. Medan
_____ 5. Ibu negara lama Pakistan E. Yangdon
F. Hanoi
G. Surabaya
Department of Education, 2001). Respon (Column B) harus disenaraikan dalam
urutan yang logik sekiranya ada (kronologi, mengikut saiz, dan sebagainya).
Sekiranya tidak ada urutan yang jelas, respon harus disenaraikan mengikut abjad.
Premise (Column A) harus disenaraikan dalam urutan yang serupa seperti respon.
Anda harus berhati-hati agar hubungan yang dipersembahkan sebagai jawaban yang
betul adalah benar-benar betul dan bilangan item yang bernombor tidak boleh
dihubungkan dengan jawaban yang lain.
KELEBIHAN SOALAN MEMADANKAN
Soalan memadankan sangat bagus untuk mentaksir kefahaman pelajar tentang hubungan. Guru boleh menguji ingatan kembali dengan meminta pelajar
memadankan elemen-elemen berikut (McBeath, 1992).:
o Takrifan - terma o Peristiwa sejarah- tarikh o Pencapaian - orang o Pernyataan- postulate o Penerangan - prinsip
Guru juga boleh mentaksir keupayaan pelajar mengaplikasi pengetahuan dengan meminta pelajar memadankan yang berikut:
o Contoh - terma o Fungsi - bahagian o Klasifikasi - struktur o Aplikasi - postulate o Problems - principles
Soalan memadankan sebenarnya adalah suatu jenis soalan format aneka pilihan. Sekiranya anda mendapati bahawa anda menulis soalan aneka pilihan
yang berkongsi pilihan jawaban, anda mungkin boleh mempertimbangkan
untuk mengumpul soalan-soalan itu menjadi item soalan memadankan.
Soalan memadankan adalah secara umumnya mudah ditulis dan ditanda sekiranya kandungan yang diuji dan objektifnya bersesuaian.
Soalan memadankan sangat cekap kerana banyak pengetahuan boleh disampelkan dalam masa yang singkat.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
59
BATASAN SOALAN MEMADANKAN
Soalan memadankan terbatas kepada bahan yang boleh disenaraikan kepada dua column dan mungkin tidak banyak bahan yang dibuat dalam format
sedemikian.
Sekiranya terdapat empat item dalam satu ujian memadankan dan pelajar tahu jawaban kepada tiga daripadanya, item keempat sudah tentu diketahui melalui
proses eliminasi.
Susah untuk membezakan di antara item berkesan dan yang tidak berkesan.
Selalu membawa kepada pengujian fakta yang remeh atau maklumat kecil.
Selalu dikritik kerana menggalakkan penghafalan.
CADANGAN UNTUK MEMBINA SOALAN MEMADANKAN YANG BAIK
Sediakan arahan yang jelas. Ia harus menerangkan berapa kali respon boleh digunakan.
Selagi boleh, biar semua maklumat dalam sesebuah column adalah sejenis.
Masukkan lebih banyak respon daripada premise atau benarkan respon digunakan lebih daripada satu kali.
Letakkan item dengan lebih perkataan dalam Column A.
Jawaban yang betul tidak harus terlalu jelas kepada seseorang yang tidak tahu kandungan yang diajar.
Harus ada kata kekunci dalam premis dan juga respon, yang memberi petanda kepada jawaban yang betul.
Semua respon dan premis untuk item memadankan harus dalam mukasurat yang sama.
AKTIVITI 3.3
a) Apakah di antara kelebihan soalan memadankan?
b) Senaraikan batasan soalan memadankan.
c) Cadangkan kelebihan dan kelemahan lain menggunakan
soalan memadankan.
d) Pilih 5 soalan betul-salah dalam mata pelajaran anda dan analisa setiap item
menggunakan garis panduan di atas.
e) Pilih 5 soalan memadankan dalam mata pelajaran anda dan analisa setiap
item menggunakan garis panduan di atas.
f) Cadangkan bagaimana anda akan memperbaiki item yang lemah untuk setiap
jenis soalan itu.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
60
RINGKASAN
Ujian objektif adalah ujian bertulis yang terdiri daripada item atau soalan yang memerlukan responden memilih daripada sebuah senarai jawaban yang
berkemungkinan.
Item atau soalan objektif adalah tepat kerana ia tidak boleh dipengaruhi oleh kecenderungan peribadi dan prejudis penanda.
Ujian objektif berbeza bergantung kepada bagaimana soalan ditulis. Tiga jenis soalan yang biasa digunakan dalam kebanyakan ujian objektif adalah soalan aneka
pilihan, soalan memadankan dan soalan betul-salah.
Soalan aneka pilihan mempunyai dua bahagian: stem yang mengandungi soalan dan 4 atau 5 pilihan yang mengandungi jawaban yang betul, dipanggil respon
kekunci dan pilihan yang salah dipanggil pengganggu.
Soalan aneka pilihan digunakan dengan meluas kerana ia boleh mengukur hasil pembelajaran daripada yang mudah kepada yang kompleks selagi soalan
distruktur dengan baik dan tugasannya jelas dan menguji sample pencapaian yang
berbagai tahap.
Soalan aneka pilihan susah untuk dibina, selalunya mengukur hasil pembelajaran tahap rendah, mengundang pelajar meneka dan tidak mengukur kebolehan
menulis.
Soalan betul-salah adalah soalan yang mempunyai pernyataan dan pelajar mengindikasi samada pernyataan itu betul atau salah.
Soalan betul-salah boleh ditulis dengan cepat dan senang ditanda. Oleh kerana ia diberi markah secara objektif, markahnya lebih tinggi kebolehpercayaannya
berbanding item yang bergantung kepada pertimbangan guru.
Elakkan mencedok terus daripada bahan bacaan, nota atau bahan kursus lain yang membolehkan pelajar menjawab melalui penghafalan sahaja.
Soalan memadankan digunakan untuk mengukur keupayaan pelajar mengenal pasti hubungan di antara dua senarai terma, frasa, pernyataan, takrifan, tarikh,
peristiwa, orang dan sebagainya.
Bagi mengurangkan kemungkinan pelajar meneka jawaban, senaraikan lebih banyak respon daripada premis dan benarkan respondigunakan lebih daripada satu
kali.
Sebuah jadual spesifikasi dapat membantu memastikan agar ujian lebih tinggi keesahannya, mewakili objektif pembelajaran dan kandungan yang diliputi dalam
ujian.
-
Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
61
Semasa menulis item ujian, guru harus peka tentang panjangnya ujian atau peperiksaan serta tahap pembacaan pelajar.
RUJUKAN:
Burton, S., Sudweeks, R., Merrill, P. and Wood, B. (1991). Multiple-choice test items: Guidelines for university faculty. Brigham Young University Testing Services.
Utah.
Haladyna, T. M., & Downing, S. M. (1989a). A taxonomy of multiple-choice item-writing rules. Applied Measurement in Education, 2(1), 37-50.
McKenna, C. and Bull, R. (1999). Designing effective objective questions. London: Loughborough University.
Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Osterlind, S. J. (1998). Constructing test items. Boston: Klumer Academic.
ISTILAH PENTING
Ujian objektif Soalan betul-salah Peruntukan masa
Stem Meneka Respon
Pengganggu Soalan memadankan Premis
Pilihan Rancangan Liputan kandungan
Soalan aneka pilihan Jadual spesifikasi