Download - BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
- Kelengkapan perang tentera Jepun
- Pakatan Jepun-Thailand
-Taktik serangan Jepun
- Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- semangat tentera Jepun
- kelemahan tentera British
- perancangan awal perang
Kelengkapan perang Tentera Jepun
Jepun mempunyai banyak kapal
terbang pejuang yang moden seperti “Zero
Fighter”
Jepun menggunakan
kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah
Melayu
Pakatan Jepun - Thailand
Thailand memberi laluan kepadatentera Jepun mendaratkantenteranya. Sebagai balasan
Jepun tidak menyerang Thailand
Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Perlis kepada Thailand
Tektik seranganJepun
Jepun memulakan serangan dari utara TanahMelayu kerana pertahanan British tertumpu
di Singapura
Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii,yang menjadi pengkalan utama tentera
Amerika Syarikat di Asia Pasifik
Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang melayu
• KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanh melayu
• KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun
Semangat tentera Jepun
Tentera Jepun berpengalaman kerana pernahTerlibat dalam Perang China-Jepun
Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
Tentera Jepun berjuang untuk kemegahanNegara mereka
Kelemahan tentera British
• Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
• Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
• Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
• Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
Perancangan Awal Perang
-Jepun menggunakan propaganda untuk Memenangi hati dan mendapatkan kerjasama Penduduk di Tanah Melayu
-Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan
KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN
EKONOMI SOSIALPOLITIK
Slogan “Asia untuk orang Asia” berjaya mempengaruhi penduduk
tempatan untuk menentang penjajahan Barat.
Bagi mengatasi kekurangan pegawai awam, Jepun telah menubuhkan
Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan orang
Melayu dalam pentadbiran misalnya :
Abang Haji Openg (Kuching), Kapten Mohd Salleh Hj Sulaiman (Hulu Perak) dilantik sebagai Pegawai Daerah.
Ibrahim Hj Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel Pasukan pembela Tanah Air (PETA) yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera bersekutu.
Dasar Jepun untuk membela negara Asia Tenggara tidak
dilaksanakan malah telah mengongkong dan menyusahkan rakyat.
Hal ini dapat dilihat dalam keadaan seperti :
Kegiatan politik diawasi ketat oleh Jepun.
Kebebasan bersuara rakyat disekat kerana surat khabar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun.
Dasar Jepun mula berubah apabila menerima tekanan daripada tentera
bersekutu kerana ingin mendapatkan sokongan dari penduduk
tempatan. Langkah-langkah yang dijalankan oleh Jepun ialah :
Membenarkan pertubuhan politik seperti KMM bergiat semula
Tanah melayu dijanjikan kemerdekaan bersama dengan Indonesia.
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia yang selari dengan konsep Melayu Raya.
Orang India berusaha untuk memerdekakan India manakala orang Cina
pula bersikap Anti Jepun dengan menubuhkan MPAJA dan
bekerjasama dengan Force 136 menentang Jepun.
Ekonomi dan taraf hidup penduduk Tanah Melayu merosot.
Peningkatan kadar pengangguran.
Mata wang Jepun yang dikenali sebagai Wang Pokok Pisang telah dicetak tanpa kawalan telah menyebabkan berlaku inflasi dan nilai mata wang Jepun jatuh teruk.
Berkurangan bekalan barangan pengguna menyebabkan timbulnya pasaran gelap atau kegiatan menyorok barang.
Untuk mengatasi kekurangan makanan Jepun telah mengenakan catuan. Kad catuan diedarkan untuk memastikan setiap keluarga mendapat makanan. Kekurangan beras menyebabkan ubi kayu dan keledek menjadi makanan gantian.
Munculnya begitu banyak industri baru berasaskan sumber tempatan seperti kain benang nanas dan kertas daripada buluh, daun getah.
Masalah kekurangan makanan dan kebuluran yang berleluasa.
Taraf kesihatan penduduk merosot. Akibatnya penyakit seperti malaria, taun, beri-beri merebak dan kadar kematian meningkat.
Ubat-ubatan berkurangan akibat dirampas oleh Jepun bagi merawat askarnya.
Tentera Polis Jepun (Kempeitai) membunuh ramai Anti Jepun terutamanya orang Cina kerana ketika itu Jepun bermusuhan dengan negara China.
Jepun juga telah melaksanakan buruh paksan yang tidak diberi gaji dan ada yang dihantar ke sempadan Thailand-Burma untuk membina “Jalan Kereta Api Maut”.
KOA KUNRENJO
Pelajar Sekolah Latihan Kepimpinan yang mendapat latihan pentadbiran daripada Jepun
WANG POKOK PISANG
Mata wang Jepun atau dikenali sebagai “wang pokok pisang” digunakan semasa pendudukan Jepun. Wang ini begitu rendah nilainya.
CATUAN MAKANAN
Catuan makanan dikuatkuasa kepada penduduk tempatan
JALAN KERETA API MAUT
Buruh paksa sedang bekerja membina jalan kereta api yang dikenali sebagai “Jalan Kereta Api Maut”
JOKORUUNEK
K KU UO OR E N JN
UKIBAYU
IU UB A YK
KOKOPANGPANGSIW
W A
A
N
N
G
G
P
P
K KO O
I S
PKEIMATEK
MK TE E IP A I
DACKANUTA
K A D C A U NT A
Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspek kehidupan penduduk negara kita.
Semangat kebangsaan semakin bersemarak di kalangan penduduk tetapi berpaksikan negara asal masing-masing.
Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua bentuk penjajahan sama adadari Barat atau Timur.