Download - BAB 1 Pen Gen Alan
BAB 1
PENGENALAN DAN
LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.1 Pengenalan
1.1.1 Pendahuluan
Latihan Industri merupakan salah satu syarat utama yang telah
ditetapkan dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan diwajibkan ke atas
semua politeknik di seluruh Malaysia termasuk Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah, Kuantan sebelum para pelajar diperakukan untuk penganugerahan Sijil
atau Diploma mengikut kursus yang ditawarkan. Tempoh Latihan Industri
selama lima bulan bersamaan dengan satu semester di mana pelajar sijil akan
menjalani Latihan Industri di semester ketiga dan pelajar diploma di semester
yang keempat. Sehubungan itu, setiap pelajar wajib lulus Latihan Industri ini
sebelum meneruskan semester berikutnya. Namun begitu, bagi pelajar yang
gagal diwajibkan mengulangi semula Latihan Industri ini.
Latihan Industri memainkan peranan penting bagi mendedahkan
keadaan alam pekerjaan yang sebenar kepada para pelajar supaya pelajar
lebih besedia untuk menghadapi situasi pekerjaan kelak. Selain itu, Latihan
Industri dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih jelas lagi
tujuan sesebuah subjek apabila dapat diaplikasikan semasa menjalani Latihan
Industri.
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Dalam merealisasikan objektif Latihan Industri ini, pihak Politeknik telah
memberi peluang kepada para pelajar bagi membuat pemilihan sendiri tempat
latihan mengikut bidang yang bersesuaian dengan kursus yang diambil. Antara
objektif latihan industri ialah :
a) Mendedahkan para pelajar dengan realiti alam pekerjaan yang
sebenar.
Latihan Industri dapat memperkenalkan suasana yang sebenar kepada para
pelajar serta dapat melatih setiap pelajar menyesuaikan diri mengikut keadaan
yang berbeza-beza mengikut situasi di tempat kerja.
b) Membolehkan pelajar mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari
dengan aspek praktikal.
Dengan mengikuti latihan industri, para pelajar dapat memahami dengan
lebih jelas kegunaan subjek yang dipelajari ke atas tugasan di pejabat. Ini
secara tidak langsung dapat melahirkan minat yang lebih mendalam terhadap
pelajaran di politeknik.
c) Menanam semangat kerja berpasukan dan kemahiran
berkomunikasi di antara rakan setugas.
Kerjasama adalah penting dalam menjayakan sesebuah usaha. Pelatih juga
akan dapat memupuk sikap saling memahami antara satu sama lain.
Kemahiran komunikasi juga dapat dipertingkatkan dalam diri pelajar.
d) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab, dan yakin pada diri.
Semasa latihan industri, para pelajar dapat mempelajari etika kerja yang baik
di mana dapat membentuk sahsiah diri serta melahirkan tanggapan yang positif
terhadap diri mereka sekaligus menanam sifat amanah dan bertanggungjawab
kerana sikap ini adalah aset paling berharga dalam meningkatkan produktiviti
syarikat.
e) Mematuhi peraturan-peraturan keselamatan di alam industri.
Walaupun pelajar politeknik telah dibentuk untuk berdisiplin, namun latihan
industri dapat menyedarkan setiap pelajar tentang pentingnya mematuhi
peraturan. Aspek ini dapat dilihat terutama dari segi kedatangan dan ketepatan
masa semasa bekerja.
f) Menyediakan laporan Latihan Industri.
Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap yang berkaitan kerja
yang dilakukan semasa latihan. Keadaan ini mampu menguji kebolehan pelajar
memberikan hasil yang memuaskan dalam mengerjakan sesuatu amanah.
1.1.3 Objektif Laporan
Laporan adalah dokumen yang perlu disediakan berdasarkan buku
laporan harian yang telah dihasilkan mengikut pengalaman yang diperolehi
semasa latihan dan akan diserahkan selepas tamat latihan industri. Terdapat
beberapa tujuan atau objektif Laporan Latihan Industri ini perlu dihasilkan oleh
setiap pelajar.
Antara objektif laporan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berjaya
menterjemahkan setiap apa yang dipersembahkan secara berkesan kepada
pembaca. Ia juga adalah sebagai pendedahan awal sebelum menempuhi alam
pekerjaaan dimana disitulah lebih banyak laporan kerja yang perlu dilakukan.
Laporan ini perlu disediakan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. Dengan ini, pelajar dapat mendisiplinkan diri dengan menulis
laporan mengikut format yang telah diberi. Selain itu, pelajar akan bekerja keras
untuk mengumpul maklumat dan menyiapkan laporan dalam masa yang telah
ditetapkan.
Antara objektif lainnya adalah untuk menguji sejauh mana pemahaman
pelajar terhadap apa yang telah diperolehi dengan menterjemahkan dalam
bentuk penulisan. Secara tidak langsung pelajar dapat memperbaiki kemahiran
komunikasi semasa berinteraksi dengan pekerja dalam bidang profesional.
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri
Latihan Industri memberikan banyak kepentingan kepada para pelajar
terutama persediaan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
pada masa akan datang iaitu semasa menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.
Dengan menjalani Latihan Industri, para pelajar dapat mempelajari
segala persediaan dan prosedur sebelum, semasa dan selepas bekerja.
Contohnya, penyediaan diri semasa pendaftaran pertama bekerja dan
mempelajari segala perkara asas serta menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi
semasa latihan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengikuti latihan
industri yang memberikan situasi realiti alam pekerjaan.
Selain itu, Latihan Industri memberi ruang kepada pelajar untuk menimba
pengalaman disamping melahirkan sikap positif seperti bertanggungjawab,
berdaya saing, keyakinan diri yang tinggi, bekerjasama dalam menangani
masalah, mematuhi peraturan yang termaktub dalam sesuatu organisasi dan
menanam sifat amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.
1.2 Latar Belakang Organisasi
1.2.1 Pengenalan Organisasi
Amalina Holdings Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah syarikat yang
menjalankan perniagaan dalam bidang industri pembinaan. Syarikat ini terletak
di daerah Raub beralamat No. 25A Tingkat 1 Jalan Dato’ Abdullah, 27600 Raub
Pahang Darul Makmur. Lokasi syarikat yang strategik kerana terletak di tengah-
tengah Bandar raub telah memudahkan segala urusan jual beli dengan orang
ramai dengan kadar segera.
Amalina holdings sdn. Bhd. telah bergiat lebih kurang 23 tahun dan semakin
berkembang dari semasa ke semasa. Sehingga kini amalina holdings telahpun
menubuhkan tiga lagi anak syarikatnya iaitu amalina development sdn. Bhd.,
amalina trading & supplies sdn. Bhd. dan amalina agency sdn. Bhd. Keempat -
empat syarikat ini bersatu membentuk satu organisasi yang mantap dan teguh
untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Berbekalkan daripada usaha yang gigih dan kecekalan serta kemantapan
pengurusan yang bersistematik telah sehinggalah kepada kesetiaan pekerja
telah mewujudkan sebuah syarikat yang terus maju dan mendapat kepercayaan
masyarakat sekeliling bukan sahaja di daerah raub malah pihak luar juga turut
menggunakan khidmat amalina holdings. Buktinya, syarikat ini telahpun
menjalankan projek perumahan kos rendah dan banglo di daerah bentong,
pembinaan jambatan besi di kuantan dan beberapa projek lagi.
1.2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi
Amalina Holdings Sdn Bhd ( AHSB ) telah ditubuhkan pada 22 januari
1986 dibawah Akta Syarikat (1965) sebagai syarikat Sendirian Berhad yang
merupakan sebuah syarikat keluarga En. Abd Majid B. Abd Rahman bernombor
pendaftaran syarikat 149840 - W dan beralamat di No. 25A Tingkat 1 Jalan
Dato’ Abdullah 27600 Raub Pahang Darul Makmur. AHSB mempunyai
kelayakan PKK Kontraktor Kelas A, CIDB G7(unlimited category) sebagai
sebuah syarikat kontraktor yang bertauliah dan berdaftar, selain merupakan
syarikat yang diuruskan sepenuhnya 100% bumiputera.
Pada awal penubuhan syarikat Amalina Holding Sdn.Bhd, ia diterajui oleh
En Abd Majid B. Abd Rahman selaku pengasas syarikat ini. Selepas beberapa
tahun, syarikat ini diambil alih oleh tiga orang anaknya, iaitu En Ramlan Bin Hj
Abd Majid Pengarah Urusan yang merupakan pemegang saham terbesar, Dato
Salim Bin. Hj Abd Majid pengurus tapak projek dan Asmah Binti Hj Abd Majid
selaku pembantu pengarah urusan.
Seawal pembabitan syarikat ini, Amalina Holdings hanya mempunyai
beberapa orang pekerja. Namun, dengan azam yang teguh dan usaha yang
ikhlas, kini amalina holdings mempunyai lebih 140 orang pekeja yang telah
ditapis bertujuan untuk mencari kualiti dan bukan kuantiti. Pada masa itu juga,
AHSB banyak mendapat tentangan daripada pihak luar. Namun kualiti AHSB
terbukti apabila menjayakan projek pertamanya, iaitu projek Taman Amalina.
Selepas kejayaan pertama, syarikat ini banyak mendapat projek luar daerah dan
mendapat kepercayaan dari kerajaan negeri Pahang .
Berkat kecekalan pengarah syarikat, En. Ramlan bin Hj. Abd majid,
AHSB kini jauh berbeza dari dulu. Disokong spenuhnya oleh bekalan bahan
mentah yang lebih dari mencukup serta berkualiti, perjuangan tiga beradik ini
diteruskan sehingga kini. Syarikat diterajui bersama dua beradiknya iaitu Dato.
Salim bin Hj. Abd majid dan Pn. Asmah bt Hj. Abd majid dengan modal yang
dikeluarkan sebanyak RM 1,500,000.00 yang mana RM 625,000.00 dikeluarkan
oleh Dato. Salim dan RM 875,000.00 dikeluarkan oleh En. Ramlan.
Antara projek besar yang diterajui oleh AHSB ialah membina lebih seribu
unit rumah ( teres dan berkembar ), beberapa banglo, tangki air terbesar di
raub, masjid dan 33 unit rumah kedai.Projek ini dijangka siap sepenuhnya
dalam masa beberapa tahun lagi.
1 Tarikh Ditubuhkan
22 Januari 1986
2. Nombor Pendaftaran Syarikat
149840 - W
3. Modal Yang Dibenarkan
RM 10,000,000.00
4. Modal Berbayar
RM 1,500,002.00
5. Alamat Didaftarkan
No. 50A, Kampung Melayu Sempalit,
27600 Raub, Pahang Darul Makur.
6. Alamat Perniagaan
No. 25A, Tingkat 1, Jalan Dato’ Abdullah, 27600 Raub, Pahang
Darul Makmur. (H.Q)
Tel/Fax : 09-3551696
No 6 Rumah kedai,Taman Amalina Lestari 27600 Raub Pahang
Drul Makmur. ( Site Office )
Tel/Fax: 09-3634970
7. Pejabat Cawangan
A-403, Tingkat 2, Taman Beserah Jaya, Jalan Beserah,25300
Kuantan. - Tel/Fax : 09-5664033
8. Setiausaha Syarikat Korporat
EPC Management Resources
No. 1050, Tingkat 2, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4449800
9. Advocates & Solicitors
T.S. Teoh & Partners
No. 30-4, Jalan 10/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai
Lama, 58200 Kuala Lumpur.
10.Bank Komersial/ Kemudahan Perbankan
Malayan Banking Bhd. Mentakab, Pahang Darul Makmur
Bank Islam (M) Bhd. Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Bank Islam (M) Bhd. Temerloh Pahang Darul Makmur
11.Pengaudit
Ahmad Naina Mydin & Associates.
Public Accountants (MIA),
Lot 1, 1st Floor, Jalan Kemuja Bangsa Utama
59000 Kuala Lumpur - Tel : 03-2835023
1.2.3 Ahli Lembaga Pengarah
NAMA ALAMAT SEMASA JAWATAN
DISANDANG
En. Ramlan Bin Hj.
Abd.Majid
50A, Kampung Melayu
Sempalit,
27600 Raub, Pahang Darul
Makmur.
Pengarah
Syarikat
En. Salim Bin Hj.
Abd.Majid
50A, Kampung Melayu
Sempalit,
27600 Raub, Pahang Darul
Makmur.
Penolong
Pengarah
Syarikat
Jadual 1.1 : Ahli Lembaga Pengarah
AHSB
ADSB ATSBAMALIN
A AGENCY
1.2.4 Aktiviti Organisasi
o Amalina Holding Sdn. Bhd – AHSB
AHSB merupakan syarikat induk yang menjalankan segala urusan
berkenaan jualan dan pemasaran, mencari projek dan pengurusan am,
kewangan, pengurusan pekerja serta segala prosedur yang berkaitan jual beli
dan binaan rumah. AHSB diketuai oleh Encik Ramlan bin Hj Abdul Majid sendiri
sebagai Pengarah Urusan.
Urusan jualan dan pemasaran termasuk perkara-perkara yang
melibatkan surat menyurat dan perjanjian jual beli rumah akan diuruskan oleh
AHSB di mana pembeli yang ingin mendapatkan segala maklumat mengenai
jenis-jenis rumah yang ingin dibeli, status serta peratus siap projek boleh
mengetahuinya di AHSB.
AHSB juga bertanggungjawab berusaha mencari projek-projek
persendirian di samping projek kerajaan serta mengambil alih projek
terbengkalai yang mana segala urusan berkenaan kertas kerja atau yang
memerlukan AHSB berurusan dengan pihak yang berwajib seperti Majlis
Daerah, JKR dan lain-lainnya.
Selain itu, AHSB juga menguruskan tentang proses mendapatkan
pinjaman kerajaan dan swasta untuk pembeli-pembeli rumah. Pengurusan
pekerja berkaitan KWSP, SOCSO, insuran, mendapatkan permit bagi pekerja
asing serta lain-lainnya menjadi tanggungjawab bagi AHSB.
o Amalina Development Sdn. Bhd – ADSB
ADSB di bawah kelolaan Dato. Salim bin Hj Abdul Majid
bertanggungjawab membangunkan projek-projek pembinaan serta segala
urusan yang berkaitan di tapak projek di mana saya telah di tempatkan.
Segala urusan yang berkaitan pembinaan dan pembangunan projek
adalah di bawah tanggungan ADSB termasuklah berkaitan peralatan, jentera,
bahan mentah dan urusan subkontrak. Segala peralatan dan jentera yang
diperlukan hendaklah diuruskan sebaik mungkin bagi tidak mengganggu
perjalanan program kerja yang telah dibentuk. Bahan-bahan yang diperlukan di
tempah lebih awal sebelum diserahkan kepada ATSB yang menguruskan
tentang pembelian barangan untuk menjalankan sesuatu projek.
ADSB juga perlu berurusan secara langsung dengan pihak seperti Majlis
Daerah, JKR, TNB, Polis, Bomba dan lain-lain terutamanya dalam proses dan
prosedur sebelum mendapatkan Sijil Menduduki (CF). Selain itu, ADSB juga
membina prasarana yang secara langsung menyumbang kepada
tanggungjawab sosial seperti membaikpulih sistem pengairan, membina tangki
air, penurapan jalan, kerja-kerja perpaipan dan sebagainya.
o Amalina Trading Sdn. Bhd – ATSB
Tanggungjawab utama bagi ATSB ialah membuat pembelian bahan-
bahan mengikut tempahan yang telah dibuat. Segala urusan adalah di bawah
tanggungjawab Encik Jassmi bin Yusof sama ada yang melibatkan
tempahan/pembelian terus bahan di kedai hardware sehinggalah penghantaran
ke tapak projek di uruskan oleh ATSB.
Di samping itu, di bawah ATSB terdapat bahagian lain yang
bertanggungjawab untuk menguruskan stor yang mengawasi pengeluaran dan
kemasukan barangan/peralatan agar projek dapat dijalankan dengan sistematik
serta mengikut program yang telah ditetapkan.
o Amalina Agency (INSURANCE)
Segala urusan yang melibatkan claim dan surat menyurat adalah melalui
Amalina Agency di mana Puan Rohana Zainudin dari Jabatan Akaun,
Maydeborah Jane Kamarazaman dari Pengurusan Pejabat, serta Encik Dzairul
Haizal Mohd Dawang dan Azhar bin Dollah merupakan individu-individu yang
menguruskannya.
1.2.5 Halatuju Organisasi
Misi syarikat
“We Are Ready To Serve To Create A Better Future Of Our Clients Any Time
And Any Place”
Objektif Syarikat
Membantu membangunkan semula projek-projek yang telah terbengkalai.
Bersedia membangunkan projek-projek persendirian dan kerajaan.
Bersedia membangunkan projek-projek kos rendah, kos sederhana dan
komersial.
Memfokuskan kepada polisi kepuasan pelanggan.
Pengurusan & OperasiRamlan B Hj Abd Majid
Pengurus BesarDato.Salim B Hj Abd Majid
Pengarah UrusanRamlan B Hj Abd Majid
Eksekutif TradingJaasmi Yusof
Muhammad HassanJastinaning bt Ahmad
Jasnin
Pengurus KontrakAhmad Johari
Pengurus AkaunSafnawati Sharbini
Pengurus Admin.Rohana Zainudin
Pengurus ProjekToo Tat Wei
Eksekutif HR dan PejabatAzhar Dollah
Maydeborah Jane Kamarazaman
Dzairul Haizal Mohd Dawang
Jurutera Tapak / Penyelia
Too Tat WeiAbdul MuthalliffNazail JasatAbdul Razak
SurveyerAhmad Fadzil Kassim
Carta Organisasi Syarikat ( AHSB )
Carta 1.1 : Struktur Organisasi AHSB
Pembangunan Perniagaan & Kewangan
Asmah Bt Abd Majid
Lembaga PengarahRamlan B Hj Abd Majid
Dato.Salim B Hj Abd MajidAsmah Bt Hj Abd Majid
Ahmad Johari B
- Struktur organisasi Amalina Development Sdn. Bhd ( AHSB )
Carta 1.2 : Struktur Organisasi ADSB
Jurutera TapakToo Tat Wie
Penjaga StorMohamad Hassan
Pegawai KeselamatanIbrahim Omar
KeraniMohd Ridhuan
Penyelia Alat JenteraAbdul Razak Hussein
Penyelia PlumberAbd Muthaliff
Penyelia TapakNazail Jasat
Pengurus BesarDato.Salim Bin Haji Abd Majid
Penyelia TapakZamri Abdul Aziz