Download - Azfa Hanani

Transcript
Page 1: Azfa Hanani

Azfa Hanani

Nilai kegigihan dalam menuntut ilmu ( pernyataan umum ) dapat dilihat melalui watak Azfa Hanani

yang gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kesusahan.  Dia gigih belajar demi mencapai cita-

citanya sebagai seorang doktor walaupun terpaksa berulang alik sejauh 30km ke Sekolah Menengah Seri

Dian.

Nilai gigih melaksanakan tugasan yang diberikan  (pernyataan umum) juga jelas terbukti melalui

watak Azfa Hanani yang gigihberlatih sebagai pengerusi dalam pertandingan Forum Remaja. 

Kepercayaan yang diberikan oleh rakan-rakannya tidak sia-sia kerana Azfa Hanani akhirnya menjadi

pengerusi terbaik dalam pertandingan itu.

Nilai gigih meneruskan kehidupan (pernyataan umum ) juga dipaparkan melalui watak Pak Long yang

tetap gigih berusaha untuk menyara keluarganya serta sanggup memelihara Azfa Hanani walaupun dia

hidup susah.

 Kembar Amira

Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan

seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah ibu bapa

hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Contoh yang

paling Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya Amira. Dia risau setiap kali Amira tidak ada di Desa

Karpus. Malah dia sara menyesal dan menangis kerana dia merasakan dia tidak memberi perhatian yang

secukupnya semasa Amira dihantar pulang selepas diselamatkan oleh Itai dan Tau di sungai. Jennifer

juga memberian perhatian kepada Malique. Dia berkeras ingin membawa Maliaque keluar dari hutan itu

supaya Malique mendapat rawatan yang sempurna.

Kita juga hendaklah bertanggungjawab dan menjaga alam semulajadi daripada dimusnahkan oleh

golongan yang mementingkan keuntngan. Pembaca dapat mencontohi Tau yang bertindah berani dalam

mempertahankan hutan itu daripada pencerobohan pembalak dan pelombong. Dia menakutkan

pembalak dengan menyamar sebagai makhluk misteri berbulu dan menggantung seorang pekerja balak

secara songsang. Dia juga menangkap dan memberlasah seorang daripada pekerja O’Hara yang begitu

bersungguh-sungguh mencari emas di kawasan itu. Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin

membuktikan kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai

kawasan simpanan kekal.

Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana

penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi

doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Akmal seperti lembu dicucuk hidung kerana dia tidak pernah membantah permintaan rakan-

rakannya walaupun permintaan itu mennyusahkannya.


Top Related