Download - Assignment Falsafah Pendidikan
Bahagian A: Kajian Kes
Fahami dengan tepat apakah prinsip-prinsip falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kemudian kaitkan dengan sekolah yang anda pilih.
Huraian anda perlu memberi tumpuan kepada perkara-perkara
berikut:
1. Pengenalan
2. Huraian tentang prinsip-prinsip tersebut
3. Keselarasan antara prinsip tersebut dengan pengurusan
sekolah
4. Prestasi sekolah berdasarkan kepada prinsip-prinsip tersebut
5. Rumusan
1
1.0 PENGENALAN
Pendidikan sangat penting dalam era globalisasi sekarang kerana setiap perkara
memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu lebih
maju dan berjaya. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti untuk
mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan
ilmu dengan betul, mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami
perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia.
Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana
proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut
menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha
melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja dari segi aspek
akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak
bermula dari sekolah rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah
penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar
untuk mengamalkan nilai-nilai murni.
Sejarah membuktikan pendidikan wujud dengan wujudnya manusia. Setiap
individu sejak lahir hingga ke akhir hayatnya mengalami atau melalui proses pendidikan
sama ada disedari atau tidak disedarinya. Pendidikan yang diterimanya mungkin secara
langsung atau secara tidak langsung, secara formal atau tidak formal.
Pada masa kini, akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi,
ekonomi, politik dan sosial, fungsi dan pengertiannya sudah berubah. Apakah definisi
pendidikan? Dari segi etimologi: pendidikan (education) sebenarnya berasal dari
perkataan latin, EDUCERE / EDUCARE yang bermaksud mendidik, mengasuh,
memelihara, membimbing atau latihan.
Menurut Plato (427 SM), beliau mentafsirkan bahawa pendidikan sebagai satu
proses mengenali kemampuan semulajadi individu dan mendidiknya supaya menjadi
warganegara yang berguna terhadap masyarakat dan negara. Menurut Socrates ( 470
SM) pula, pendidikan sebagai usaha untuk merangsang pemikiran yang rasional dan
mendisiplinkan mental untuk mendapat dan meningkatkan pengetahuan.
2
John Locke (1623-1704M) pula menolak pendapat Plato dan berpendapat
pendidikan berlaku melalui kederiaan (sensation) dan pemikiran reflektif. Mengikutnya ,
kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan menjalinkan idea yang diperoleh
menggunakan pancaindera. Pendidikan hendaklah juga membentuk pemikiran waras
melalui badan yang sihat.
Jean Jacques Rousseau (1711-1778) pula berpendapat bahawa pendidikan
hendaklah disesuaikan dengan sifat semulajadi dan keperluan individu. Untuk itu, faktor
kesuburan fizikal, sosial dan mental kanak-kanak amat penting. Beliau membahagikan
kesuburan kanak- kanak kepada peringkat bayi, kanak-kanak, awal remaja, remaja dan
belia.
Dari segi konsep luas, pendidikan dianggap sebagai kehidupan ( education is
life) dan kehidupan itu sendiri adalah pendidikan ( life is education). Ini bermaksud
semua aspek kehidupan misalnya sosial, budaya, politik, ekonomi berkaitan pendidikan.
Pendidikan merangkumi segala pengalaman, pemikiran, perbuatan, senang susah kita
dan sebagainya. Konsep luas pendidikan merangkumi apa yang dikatakan sebagai
pendidikan seumur hidup, pendidikan formal dan tidak formal serta termasuklah
pendikan yang berlaku tanpa kita sedari atau tidak sengaja.
Dari segi konsep sempit, pendidikan merujuk kepada situasi-situasi seperti
pengetahuan atau pengalaman terhad yang dirancang secara spesifik untuk
menghasilkan perubahan tingkahlaku, sikap atau sesuatu kemahiran. berpengetahuan
yang tersedia dalam sesuatu bahan dan terhad. Pendidikan yang diperolehi melalui
penerangan atau dalam sesi pengajaran sahaja.
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005), perkataan ‘falsafah’ berasal
daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos
(hikmah, kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud
cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah diertikan
sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu
ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
3
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu seperti matematik,
perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan
menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas.
Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai
ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa
dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat. Sharifah
Alwiah Alsagoff (1984) mentafsirkan falsafah sebagai prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai
serta pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan. Secara
keseluruhannya falsafah ialah suatu pemikiran atau pandangan yang benar, rasional
dan bernas.
Falsafah mempunyai 4 cabang, iaitu metafizik / Ontologi, espitimologi, aksiologi
dan logik. Dari segi metafizik iaitu realiti, aspek ini memberikan perhatian utama kepada
realiti atau kewujudan yang mutakhir. Ia juga mempersoalkan perkara-perkara seperti
alam, jiwa atau roh dan kehidupan. Aspek ini memberi perhatian kepada konsep-
konsep yang keadaannya tidak dapat diukur seperti realiti, perubahan, kendiri, jiwa dan
sebagainya termasuk soalan-soalan yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan.
Dari aspek epistemologi yang bermaksud kebenaran, ini adalah mengenai teori
pengetahuan dan perihal pengetahuan: apakah sumber pengetahuan?sejauh manakah
sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai? Apakah yang boleh diketahui oleh
seseorang? Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita ketahui? Dalam teori
epistemologi, ia lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (sains)
serta memerlukan alasan yang rasional. Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia
berfikir dan merasai. Tugas ahli epitemologi memberi perhatian kepada apa yang
dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi seperti perasaan, pengukuhan dan
mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau tidak
oleh ahli psikologi. (Kneller, 1971)
Selain itu, aksiologi iaitu nilai mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar
atau salah, cantik atau hodoh serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai.
Aksiologi boleh dibahagikan kepada dua cabang lagi iaitu etika dan estetika. Etika
memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia serta mengkaji
kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan kehidupan. Estetika
pula menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman perseorangan,
4
alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas 1979). Seterusnya, kaedah
yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah adalah logik (penaakulan).
Peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-hujah
perbincangan dengan cara yang betul.
Untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada usaha dan rancangan
dalam memajukan bidang pendidikan maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
digubal secara rasminya pada tahun 1988. Salah satu perkara yang ditekankan oleh
kerajaan dalam membangunkan pendidikan ialah Pembangunan Modal Insan ini adalah
kerana kerajaan memerlukan kepakaran hasil daripada sistem pendidikan untuk
membawa negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi menjana
pembangunan modal insan yang seimbang, aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sangat diberikan penekanan seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Falsafah pendidikan kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi
pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau luar
institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira
seluruh aspek yagn berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan
negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah
yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara, serta
ideologi dan budaya masyarakat Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
diumumkan secara rasminya pada tahun 1988 dan awalnya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) yang berbunyi seperti yang berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”
5
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat Falsafah
pendidikan di Malaysia ini berhasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna
dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut:
1. Percaya dan patuh kepada Tuhan.
2. Berilmu pengetahuan.
3. Berakhlak mulia.
4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
5. Memilik sahsiah yang seimbang dan sepadu.
6. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
Selain itu, melalui proses pendidikan, Malaysia juga dapat mencapai matlamat
pendidikannya seperti:
1. Melahirkan rakyat Malaysia yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, semi
memberikan sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan.
2. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan.
3. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya
sebagai seorang warganegara.
4. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum (Melayu, Cina, India) dengan
membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang
berada.
5. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.
6. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat yang berbilang
bangsa.
Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan faktor yang penting
dalam menentukan matlamat falsafah pendidikan. Matlamat pendidikan akan menjadi
lebih jelas, mantap, bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur pendidikan tersirat
dalam ideologi dan aspirasi negara. Segala usaha pendidikan dapat dirancang,
direformasikan dan dilaksanakan ke arah mencapai matlamat mengikut haluan dan
pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6
2.0 Huraian tentang prinsip-prinsip tersebut.
Prinsip-prinsip /
unsur-unsur FPKHuraian
Pendidikan ialah
usaha secara
berterusan
Pendidikan sepanjang hayat.
Proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan
bermula dari kecil hingga akhir hayat.
Pendidikan asas adalah di rumah.
Pendidikan di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah.
Sahsiah akan dibentuk dalam kalangan kanak-kanak
sepanjang persekolahan.
Pendidikan selepas sekolah, iaitu: di maktab, institut
pendidikan tinggi, tempat kerja, komuniti tempatan, di rumah,
berbentuk ICT, kursus, seminar, forum dan maklumat media
massa.
Memperkembangkan
potensi individu
Setiap orang mempunyai bakai, potensi atau kebolehan yang
mungkin dipendam.
Pendidikan diperlukan dan diberikan supaya potensi
terpendam dapat dicungkil, dipupuk, diperkembangkan dan
dipertingkatkan.
Potensi akan dapat terjelma melalui interaksi sosial dengan
orang lain dan alam sekeliling.
Secara menyeluruh
dan bersepadu
Bakat, potensi dan kebolehan tidak dapat diperkembangkan
secara berasingan.
Ia haruslah diperkembnagkan secara menyeluruh dan
bersepadu.
Perkembangan dan peningkatan meliputi empat aspek:
intelek, rohani, emosi, dan jasmani (JERI).
7
Prinsip-prinsip /
unsur-unsur FPKHuraian
Insan yang
seimbang dan
harmonis
Insan yang menghayati dan memiliki ilmu dan berakhlak
mulia.
Insan yang memiliki semangat berjuang dan berani
menghadapi segala masalah dan rintangan.
Insan yang melaksanakan tugas dengan penuh
tanggungjawab dan dedikasi.
Insan yang mempunyai kepercayaan yang teguh kepada
Tuhan.
Insan yang mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta
bersikap positif.
Insan yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas.
Insan yang sentiasa riang gembira dan mempunyai sahabat
yang suka bergaul dengannya.
Keseimbangannya mampu menjamin kehidupan yang selesa,
sejahtera dan harmonis.
Unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan
menulis.
Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan
ilmu pengetahuan.
Berupaya memberi tumpuan kepada daya berfikir secara
kritis dan kreatif.
Sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain.
Unsur rohani Menyedari dan percaya kepada Tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala suruhanNya.
Mengandungi sifat kejiwaan dan kebatinan yang baik serta
berupaya berdisiplin kendiri dan membentuk akhlak yang
mulia.
Sentiasa bersyukur kepada Tuhan.
Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni
seperti tolong-menolong, bekerjasama, kasih sayang dan
bertolak ansur, toleransi dan sebagainya.
8
Prinsip-prinsip /
unsur-unsur FPKHuraian
Unsur emosi Mempunyai perasaan jiwa yang sihat serta berupaya
memperkembangkan kecerdasan emosi ke tahap yang
matang.
Memiliki perasaan kasih sayang terhadap kawan-kawan,
keluarga dan masyarakat.
Memiliki semangat kekitaan, muhibbah dan kerjasama.
Unsur jasmani Berupaya memberi tumpuan kepada perkembangan anggota-
anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. \
Sedar kepentingan kesihatan fizikal.
Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif
dan sosial.
Memanfaatkan kemahiran kecergasan fizikal.
Kepercayaan dan
kepatuhan kepada
Tuhan
Mengakui wujudnya sebagai Pencipta.
Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta.
Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas perbuatannya.
Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama.
Mengikuti dan mengukuhkan ajaran agama dan sentiasa
membuat kebaikan serta menghindari kejahatan.
Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah
peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta.
Rakyat Malaysia
yang berilmu
Suka membaca.
Berfikiran luas, jauh dan terbuka.
Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
Mencintai ilmu pengetahuan.
Berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu
pengetahuan.
Memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan juga orang lain.
9
Prinsip-prinsip /
unsur-unsur FPKHuraian
Rakyat Malaysia
yang
berketerampilan
Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.
Berpandangan jauh dan berinisiatif.
Memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang
sesuai dalam pelaksanaan tugas.
Melaksanakan tugas dengan dedikasi, cekap dan sempurna.
Rakyat Malaysia
yang berakhlak
mulia
Menyedari kesan perbuatan baik dan buruk.
Memahami nilai baik dan buruk.
Yakin dan utuh terhadap nilai murni.
Menghormati nilai kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan.
Mengamalkan perlakuan baik dan menjauhi perlakuan buruk.
Rakyat Malaysia
yang
bertanggungjawab
Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah dan
mesti dilaksanakan dengan sempurna.
Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.
Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran.
Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara.
Rakyat Malaysia
yang berupaya
mencapai
kesejateraan diri
Berkebolehan mengharungi liku-liku hidup.
Memiliki fikiran dan sikap yang waras, jiwa yang tenang serta
tubuh badan yang sihat.
Mempunyai daya ketahanan dan kesabaran kendiri yang kuat
untuk menghadapi cabaran, masalah dan rintangan hidup.
Berupaya mewujudkan hubungan baik dengan orang lain.
10
Prinsip-prinsip /
unsur-unsur FPKHuraian
Rakyat Malaysia
yang berupaya
memberi
sumbangan
terhadap
keharmonian dan
kemakmuran
masyarakat dan
negara.
Berupaya memupuk keharmonian keluarga.
Bersemangat patriotik dan cintakan akan negara.
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Mematuhi, mengekal dan mempertahankan Perlembagaan
dan undang-undang negara.
Mengekalkan kestabilan negara dengan toleransi dan
semangat kerjasama.
Berupaya memupuk keharmonian keluarga.
Berusaha memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama,
berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati.
11
3.0 Keselarasan antara prinsip-prinsip tersebut dengan
pengurusan sekolah
Ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.
Pendidikan bertujuan untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu,
kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta
bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Pendidikan juga berperanan penting dengan sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi,
keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, supaya dapat mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang mulia.
Pendidikan asas dijalankan di rumah dan ibu bapalah yang berperanan untuk memberi
didikan kepada anak-anaknya. Namun begitu, sekolah merupakan rumah kedua bagi
anak-anak murid. Fungsi utama sekolah adalah untuk memberi pendidikan dan latihan
supaya dapat membentuk seorang manusia yang berfikir kritikal dan kreatif. Murid-murid
mendapat pendidikan secara berterusan daripada sekolah rendah sehingga ke sekolah
menengah. Terdapat juga pelajar yang sambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.
Untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya dapat
melahirkan murid-murid yang cemerlang, pengurusan sekolah dan guru-guru
memainkan peranan yang sangat penting. Sekolah sebagai satu organisasi mempunyai
corak kuasa yang formal, peraturan dan prosedur rasmi yang bertujuan untuk mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran sekolah telah mengamalkan
sistem birokrasi dengan setiap pegawai mendapat jaminan, gaji dan pangkat
berdasarkan pencapaian dan peperiksaan. Setiap individu mempunyai jawatan dan
tugas masing-masing. Guru disifatkan sebagai role model dan teladan bagi golongan
murid. Jadi, guru-guru dalam sekolah hendaklah melaksanakan tugasnya berpandukan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang berbunyi seperti berikut:
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyangjung warisan kebudayaan negara,
12
menjamin perkembangan individu yang memelihara satu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.
3.1 Pengurusan Sekolah Dalam Elemen-Elemen Bilik Darjah
Pertama sekali, pengurusan sekolah dalam eleman-elemen bilik darjah adalah
penting. Hal ini demikian adalah disebabkan bilik darjah merupakan satu sisitem sosial
di mana interaksi berlaku di antara guru dengan murid melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Mengikut
kajian, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi cara dan suasana interaksi di dalam bilik
darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal,
faktor kemanusiaan dan faktor teknikal.
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang
terdapat di sekolah. Kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan
sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja kerusi serta alatan di dalam bilik
darjah. Di dalam bilik darjah, penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan akan
dapat memudahkan interaksi antara murid dengan murid, dan guru dengan murid.
Tingkap-tingkap dan pintu mestilah mencukupi untuk membolehkan udara dan cahaya
masuk serta kebersihan dan keindahan kelas pula dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran murid. Selain faktor bilik darjah, faktor fizikal kawasan
sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan bunga-bunga yang
ditanam dan kemudahan seperti tempat permainan dan perpustakaan. Pada amnya,
bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditumbuhi dengan
pelbagai jenis pokok dan bunga serta dilengkapi dengan tempat bermain dan berehat
dapat membawa suasana keselesaan dan ketenangan kepada murid-murid. Suasana
kondusif ini dapat menyenangkan fikiran murid semasa rehat dan bersedia untuk
meneruskan pelajaran yang seterusnya.
Di samping itu, faktor kemanusiaan pula terbahagi kepada dua iaitu suasana
sosial dan suasana emosi. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak
interaksi antara murid dengan murid di dalam bilik darjah. Perhubungan dan corak
interaksi murid dalam kelas mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, khasnya semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Suasana emosi pula
merujuk kepada perasaan murid kepada guru. Contohnya, seorang guru yang bersifat
agresif akan menimbulkan suasana emosi yang kegelisahan dalam kalangan murid.
13
Sebaliknya, guru yang bersifat peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana
emosi kegembiraan dan kekitaan dalam kelas. Dengan sifat-sifat dan amalan yang
positif, murid-murid akan suka berdamping rapat dengan guru, suka bertanya, sedia
menerima ajaran dan ilmun dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, faktor teknikal merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk
merangsangkan semangat dan kesediaan belajar. Kemahiran guru, kecekapan
penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti boleh
merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi
sajak, kiuz, drama dan sebagainya. Projek atau pertandingan berunsur akademik akan
dapat merangsangkan semangat belajar murid, mewujudkan persaingan yang positif
antara murid dan seterusnya dapat menyebabkan murid-murid berusaha dan bergiat
lebih aktif lagi.
Ringkas kata, kejayaan sekolah dalam merealisasikan prinsip Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bergantung kepada keberkesanan pengurusan elemen-elemen
bilik darjah. Ia bukan sahaja bergantung kepada kemudahan-kemudahan yang terdapat
di kelas dan kawasan sekolah, malah sifat dan gaya guru mengajar, serta kecekapan
dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah juga penting. Hal ini demikian akan dapat memastikan
pendidikan secara berterusan dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis
yang akan menjadi tiang negara pada masa depan. Pendidikan yang berterusan ini juga
dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia
serta berketerampilan yang boleh membawa kemajuan negara ke persada dunia.
14
Gambar rajah 3.1: pemandangan sekolah yang indah.
Gambar rajah 3.2: Susunan meja kerusi Gambar rajah 3.3: keindahan kelas
yang kemas
15
Gambar rajah 3.4: Taman permainan sekolah
Gambar rajah 3.5: makmal Komputer
16
Gambar rajah 3.6: bilik muzik sekolah
Gambar 3.7
17
Gambar 3.8
Gambar 3.7 dan 3.8: Perhiasan di tepi tangga dan di dinding sekolah yang cantik dan
kemas.
Gambar rajah 3.9: Pokok-pokok bunga di tepi koridor.
18
Gambar rajah 3.10: Sudut piala yang dikumpul oleh sekolah.
Gambar 3.11:bilik guru sekolah Gambar 3.12: papan fokus pengurusan
sekolah
19
Gambar 3.13: Banner di sekolah.
Gambar 3.14: koridor di sekolah
20
Gambar 3.15: Banyak pokok, bunga ditanam di sekolah.
Gambar 3.16: Kata-kata hikmah
21
Gambar 3.18: koridor dengan pemandangan yang indah di sekolah
22
Gambar 3.19: Alam hutan di sekolah
Gambar 3.20: Taman sains
23
Gambar 3.21: Taman sayur di sekolah
3.2 Pengurusan Sekolah Dalam Iklim Sekolah
Iklim sekolah dirujuk sebagai budaya sekolah atau iklim sosial sekolah. Ia
merangkumi unsur kepimpinan sekolah, perasaan, corak interaksi serta iklim budaya
persekitaran yang dibentuk bersama-sama. Setiap sekolah mempunyai iklim sekolah
yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Iklim sekolah membawa pengaruh
yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental. aspirasi dan interaksi
sosial anggota-anggota dalamnya.
Aspirasi sekolah merupakan faktor utama yang saling berkait dengan gaya
kepimpinan dan pengurusan sekolah dalam pembentukan iklim sekolah yang tersendiri.
Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan telah menjadi
pedoman asas dan ilham untuk menentukan aspirasi sekolah. Aspirasi yang tinggi
diperlukan supaya matlamat Pendidikan Negara untuk melahirkan warganegara yang
baik dan berguna.
24
Jadi, guru besar atau pengetua yang mempunyai aspirasi yang tinggi akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian persekolahan murid-
muridnya, seperti menjalankan tugas dengan sempurna, menguruskan sekolah dengan
baik, kemas dan sistematik, berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan
yang lengkap seperti buku rujukan, menyediakan makmal sains, makmal Bahasa, pusat
sumber dan sebagainya. Guru-guru yang berpengalaman dan dedikasi akan dapat
mendorong anak muridnya ke arah pencapaian persekolahan yang tinggi. Di bawah
bimbingan guru yang baik, murid-murid tentu dapat mendapat kemajuan dalam
pelajaran mereka. Ini telah membuktikan bahawa guru yang berdedikasi merupakan
agen perubahan yang penting dalam merealisasikan prinsip Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Iklim persekolahan yang baik dan kondusif banyak bergantung kepada gaya
kepimpinan Guru Besar. Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan dalam pengurusan
sekolah, iaitu kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik dan kepimpinan laissez-
faire.
Kepimpinan autokratik membawa maksud corak pemerintahan yang mempunyai
kuasa mutlak. Guru besar yang bersifat autokratik menentukan segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid hanya mengikut arahan dan kehendak
serta tidak diberi peluang untuk menyuarakan dan memberi cadangan mereka.
Biasanya corak pemerintahan seperti ini akan mewujudkan iklim persekolahan seperti
berikut:
Interaksi di antara pihak sekolah dengan guru dan murid merupakan interaksi
sehala yang pasif.
Suasana sosioemosi di persekitaran sekolah adalah tegang dan muram, serta
dipenuhi dengan perasaan yang cemas, takut dan bimbang.
Semangat kerjasama kurang diperlihatkan dan diganti dengan sikap pendiam,
pemarah, dan penentang atau submisif.
Seterusnya, kepimpinan demokratik pula membawa maksud berkongsi kuasa di
antara setiap anggota dalam sesuatu organisasi. Guru besar yang mengamalkan gaya
kepimpinan ini bersedia untuk berkongsi kuasa dengan guru-gurunya dalam pengurusan
sekolah. Guru-guru sentiasa digalakkan untuk mengemukakan cadangan dan pendapat
tentang pengurusan sekolah. Sistem kepimpinan demokratik ini akan meningkatkan
25
suasana sosioemosi iklim persekolahan yang kondusif. Semangat kerjasama di antara
pihak pentadbiran sekolah dengan guru-guru dapat dipertingkatkan. Sikap toleransi,
bertimbang rasa serta semangat kekitaan dipupuk dalam kalangan pihak sekolah.
Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah dua hala. Murid-murid cergas
bertindak balas terhadap segala aktiviti pengajaran guru.
Interaksi antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan
diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam kelas.
Perhubungan guru dengan murid menjadi mesra. Murid-murid tidak takut
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
Keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan dan semangat kerjasama
dan sikap toleransi dapat dipupuk dengan baik.
Kepimpinan laissez-faire membawa maksud kebebasan diberi kepada aktiviti
pendidikan dijalankan tanpa kawalan. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan
ini sudi memberi kebebasan sepenuhnya kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti
pendidikan sendiri yang difikir sesuai. Suasana sosioemosi iklim persekolahan gaya
jenis ini menarik. Bagaimanapun, semangat mengajar dan kerjasama dalam kalangan
guru dan murid tidak dapat diperlihatkan.
Di bawah kepimpinan guru yang bersifat laissez-faire, suasana sosioemosi
dalam bilik darjah dikatakan menarik. Hubungan antara murid lebih rapat dan mesra.
Walaubagaimanapun, hubungan antara guru dengan murid kurang rapat kerana murid
tidak digalakkan berbincang dengan guru. Murid diberi kebebasan merancang,
mengurus dan melaksanakan aktiviti pembelajaran mereka, semangat kekitaan dan
kerjasama dipupuk melalui aktiviti seperti ini. Tetapi, interaksi yang terlalu bebas
menimbulkan masalah disiplin yang akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Kesimpulannya, di antara tiga jenis gaya kepimpinan ini, gaya kepimpinan
demokratik paling sesuai digunakan di sekolah. Hal ini demikian kerana kepimpinan
demokratik akan meningkatkan interaksi yang positif antara guru dengan muridnya.
Peningkatkan interaksi akan membawa sosioemosi kepada iklim persekolahan yang
kondusif untuk segala aktiviti pendidikan dan seterusnya merealisasikan aspirasi
pendidikan di Malaysia. Semangat kerjasama atau kekitaan yang dipupuk dapat
melahirkan insan yang berupaya mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
26
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara pada suatu masa nanti
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.3 Pengurusan Sekolah Dalam Aktiviti Kurikulum
Sebagaimana yang kita ketahui, unsur-unsur kenegaraan dan moral telah
tersirap dalam semua mata pelajaran kita sama ada di bawah rancangan KBSR ataupun
KSSR. Tugas guru adalah untuk menonjolkan sikap kenegaraan dan moral itu semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Selain itu, subjek seperti Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, Geografi telah juga
diwajibkan oleh setiap murid. Hal ini demikian adalah untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan murid-murid supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan memberikan sumbangan
kepada kemakmuran negara selaras dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan dan moral juga dilaksanakan secara
langsung apabila guru mengajar mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Pendidikan
Islam, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya, atau secara tidak langsung apabila
murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan. Melalui aktiviti kumpulan, murid-murid akan
27
dilatih mengamalkan sikap atau nilai murni seperti kerjasama, tolong-menolong, hormat-
menghormati, tanggungjawab dan bertoleransi. Nilai murni seperti ini adalah penting
dalam usaha meneguhkan pembentukan sikap kewarganegaraan serta memupuk
citarasa dan perasaan kasih sayang terhadap sekolah, demi menjadikan iklim
persekolahan yang kondusif untuk aktiviti-aktiviti pendidikan yang dirancangkan.
Selain itu, ada sesetengah sekolah telah mewujudkan kelas pemulihan khas
untuk murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. Walaupun murid-murid tersebut
lemah dalam pembelajaran, namun pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia
masih memberi peluang kepada mereka supaya mendapat pendidikan secara
berterusan untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, (1984) telah
mendefinisikan pemulihan sebagai langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira. Mereka hendaklah dipulihkan sebaik sahaja
masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff,
(1983), menyatakan satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas
di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam
darjah untuk pengajaran. Terdapat beberapa objektif program pemulihan, antaranya
ialah:
1. Membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira.
2. Memberi perhatian yang sewajarnya kepada murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran dengan mengenalpasti tahap kebolehan mereka.
3. Memastikan murid-murid dapat belajar dalam sistem persekolahan biasa.
4. Membantu murid-murid memperkembang konsep kendiri dan sikap ingin belajar.
5. Memberi bantuan kepada murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran
dengan mengubah sikap daripada negatif kepada positif.
6. Penekanan terhadap emosi, mental, sosial dan intelek murid-murid diutamakan
agar mereka dapat melupakan permasalahan yang mereka hadapi sewaktu
berada di persekitaran rumah mereka.
28
7. Memberi peluang kepada murid untuk merasakan keseronokan dan
kegembiraan atas pencapaian pembelajaran mereka.
Gearhart dan Weishahn (1980) berpendapat bahawa pendidikan khas ialah
subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan
kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar
biasa. Kirk dan Gallagher (1983) menakrifkan bahawa kanak-kanak luar biasa ialah
yang lelencong daripada mereka bersifat normal dari segi ciri-ciri mental, kebolehan
deria, ciri-ciri fizikal atau neuromotor, tingkah laku sosial, kebolehan komunikasi dan
kegandaan handicap.
Kanak-kanak khas juga memerlukan sistem pendidikan untuk perkembangan
psikososial yang seimbang dan memastikan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih. Antara matlamat pendidikan khas adalah untuk menyediakan
persekitaran yang terbuka serta dapat mendedahkan kanak-kanak tidak normal kepada
persekitaran hidup yang sebenarnya. Selain itu, pendidikan juga dapat menyediakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
tidak normal supaya sedar akan hak mereka untuk tidak berasa malu dan hak mereka
mendapat perkhidmatan pendidikan kerana kanak-kanak khas juga merupakan kurniaan
dan ciptaan Tuhan yang merupakan sebahagian daripada masyarakat.
Ringkas kata, pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani. Walaupun mempunyai sesetengah murid yang lemah dalam pembelajaran
sekolah biasa, tetapi mereka masih diberi peluang untuk belajar supaya tidak tersisih
daripada masyarakat apabila dewasa nanti dan dapat memberikan sumbangan kepada
masyarakat dan negara dalam bidang tertentu yang diceburi. Sebaliknya, murid-murid
dalam sekolah biasa pula diberikan ilmu dan pendidikan supaya prestasi mereka
meningkat dan menjadi seorang yang berilmu, berketerampilan dan berupaya untuk
mencapai kesejahteraan diri. Namun begitu, mengikut pandangan saya, masih terdapat
banyak murid yang tidak minat dan lemah dalam pembelajaran telah tersisih di dalam
sekolah. Guru atau pengetua tidak memberi perhatian kepada pelajar lemah, ini
menyebabkan mereka selalu ponteng kelas atau berhenti sekolah. Pelajar yang ponteng
atau berhenti sekolah inilah yang akan menimbulkan banyak isu gejala sosial seperti
bergaduh, gengsterisme, merokok, pengambilan dadah dan sebagainya. Hal ini
29
demikian telah membuktikan sistem pendidikan Malaysia masih tidak memuaskan hati
dan guru-guru haruslah memberikan perhatian kepada pelajar yang lemah supaya
mereka dapat meningkatkan prestasi akademik dalam kelas.
Gambar 3.22:murid-murid belajar dalam kelas
30
Gambar 3.23: Suasana belajar dalam kelas.
3.4 Pengurusan Sekolah Dalam Aktiviti Kokurikulum
Secara umumnya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti utama di luar bilik
darjah. Aktiviti yang dijalankan oleh kelab, persatuan, unit beruniform, permainan dan
sukan di sekolah boleh digolongkan sebagai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
memainkan peranan yang penting untuk perkembangan potensi murid dalam bidang
kognitif, psikotomotor, afektif, intelek, sosial, jasmani dan rohani mereka. Di samping itu,
aktiviti kokurikulum memberi latihan kepada murid-murid untuk membina sifat
kepimpinan dan sahsiah yang baik, memupuk nilai murni seperti sikap kenegaraan dan
moral serta membolehkan mereka mengisikan masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah. Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:
1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan.
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi murid-murid.
31
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid dalam sekolah
dan di antara sekolah.
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi.
5. Membina dan meningkatkan disiplin murid.
6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala
antara sekolah dan masyarakat.
8. Mewujudkan sekolah berwatak.
Di dalam kelab dan persatuan, murid-murid mendapat peluang interaksi di antara
satu sama lain. Mereka juga berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama,
semangat kekitaan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab
dan persatuan. Semangat perpaduan antara kaum juga dapat dipupuk sekiranya ahli
dalam kelab atau persatuan terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Contoh kelab
dan persatuan yang biasa ada di sekolah adalah Persatuan Sains dan Matematik,
Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Kemahiran Hidup,
Kelab Kebudayaan, kelab koir, Kelab Koperasi, kelab Pembimbing rakan sebaya, dan
sebagainya.
Dalam sukan dan permainan, selain menyihatkan tubuh badan, murid-murid
boleh meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegaraan dan moral, kerana melalui
aktiviti sukan dan permainan, pelajar-pelajar mendapat peluang untuk berinteraksi
dengan pelbagai kaum dan dapat belajar cara bergaul dengan kaum lain yang dapat
memberi kesan yang positif dalam perpaduan negara. Murid-murid juga dapat
mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditentukan dalam
sesuatu permainan. Hal ini demikian dapat meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin
murid ke arah pembinaan sahsiah yang bersepadu. Pelajar juga dapat mengamalkan
sikap toleransi dan bekerjasama dengan pasukan sendiri. Sikap bekerjasama penting
dalam memastikan kejayaan sesuatu kumpulan. Contoh sukan dan permainan yang ada
di sekolah adalah kelab badminton, kelab bola tampar, kelab bola keranjang, kelab
pingpong, kelab olahraga, kelab catur dan sebagainya. Kelab yang ditubuhkan di
sekolah adalah mengikut keperluan kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.
32
Manakala melalui aktiviti unit beruniform pula, pelajar-pelajar dapat membentuk
sikap kenegaraan dan moral semasa mereka menjalankan aktiviti seperti latihan kawat,
gotong-royong, berkhemah, latihan kecemasan dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti
ini, secara tidak langsung pelajar akan disemaikan dengan nilai-nilai murni seperti
kerjasama, keberanian, berdikari, kejujuran, taat setia kepada ketua serta semangat
kemasyarakatan. Nilai-nilai murni seperti ini penting dalam pembentukan sikap
kenegaraan dan iklim persekolahan yang kondusif untuk segala aktiviti pendidikan.
Contohnya aktiviti perkhemahan dapat memberi peluang kepada murid menggunakan
pengetahuan membaca peta (geografi), di samping dapat memberi pengetahuan dan
pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan
berikhtiar. Aktiviti kawat kaki pula dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat
berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan murid-murid. Antara unit
beruniform yang ada di sekolah adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan
Wushu, Kelab Taekwondo, Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat, Persatuan
Pengakap, Persatuan Kadet Polis, Persatuan Pandu Puteri dan sebagainya.
Menurut Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (1985), matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang
bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang
dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan
sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan
gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang pelajar itu diberi didikan yang
menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal, dan spiritual. Mengikut Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Gerak kerja
kokurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan
kekitaan ataupun 'esprit de corps' di antara pelajar-pelajar pelbagai keturunan yang
mempunyai latar belakang dancara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih
pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih
mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka
sertai."
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pelajar yang tidak suka melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum, mereka lebih suka aktiviti bersendirian dan tidak pandai
33
bergaul atau bersosial dengan orang lain. Hal ini demikian memerlukan perhatian
daripada pihak sekolah supaya boleh memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar seperti ini haruslah digalakkan untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum kerana ia sememangnya dapat memberi
peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk
minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan
kewarganegaraan. Jadi, pengurusan sekolah dalam memastikan murid-murid
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum penting untuk merealisasikan FPK dalam
menghasilkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, berilmu dan
memberi sumbangan yang besar dan berharga kepada negara.
34
Gambar 3.24: Aktiviti kokurikulum
3.5 Pengurusan Sekolah Dalam Budaya Sekolah
Budaya sekolah mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek
sosial, aspek perkembangan intelek, dan aspek penggunaan bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti:
Kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah.
Keselamatan anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan
kemudahan, keselamatan yang lengkap.
Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan
baik dan cermat.
Keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara
segar yang membawa suasana tenang.
35
Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok bunga serta
perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan.
Aspek sosial pula merangkumi perkara-perkara seperti:
Hormat-menghormati antara satu sama lain.
Rasa bertanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya.
Bekerjasama dan bersedia membantu serta menjalankan tugas masing-masing
tanpa rungutan.
Perpaduan dimanifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum.
Kemesraan dimanifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti
sosial di sekolah.
Keadilan dimanifestasikan dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut
peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja dan tugas yang adil.
Aspek perkembangan intelek pula merangkumi aspek budaya ilmu seperti
semangat ingin belajar, sama ada di dalma bilik darjah atau di perpustakaan sekolah.
Aspek penggunaan Bahasa pula meliputi penggunaannya secara betul dan jitu di dalam
atau di luar bilik darjah. Antara aktiviti-aktiviti yang meliputi semua aspek budaya
sekolah adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan prestasi dalam aspek fizikal:
a) Menanam pokok bunga di kawasan sekolah.
b) Melukis mural sebagai perhiasan sekolah.
c) Mengadakan latihan kecemasan untuk keselamatan.
d) Membaiki perabot-perabot yang rosak seperti meja dan kerusi murid-murid.
e) Mengadakan pertandingan kebersihan kelas dan perhiasan kelas.
2. Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial:
a) Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum.
b) Menggubal dan melaksanakan peraturan sekolah dengan adil.
c) Mengagihkan kuasa dengan memberi tugas kepada pemimpin-pemimpin kelab,
persatuan, badan unit beruniform semasa menganjur aktiviti-aktiviti mereka.
3. Meningkatkan prestasi dalam aspek budaya ilmu:
36
a) Menyebarkan matlamat-matlamat KBSR atau KSSR sama ada di perhimpunan
atau dipamerkan di papan-papan kenyataan.
b) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.
c) Melengkapkan dengan membanyakkan buku-buku ilmiah dalam perpustakaan.
d) Melengkapkan alat bantu mengajar dan menggalakkkan guru menggunakannya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4. Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa:
a) Menganjurkan aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan, dan pidato sebagai
galakan penggunaan bahasa.
b) Mengadakan peraturan-peraturan yang boleh menghalang murid-murid
menggunakan Bahasa dialek di kawasan sekolah.
Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti seperti:
Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik seperti “Negaraku”
dalam perhimpunan sekolah.
Membaca ikrar dalam upacara-upacara rasmi sepert Hari Sukan, perhimpunan
pengakap dan sebagainya.
Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan
perhimpunan sekolah.
Menjalankan kempen kebersihan sekolah.
Melaksanakan program Minggu Bahasa di sekolah.
Kesimpulannya, adalah nyata bahawa semua aktiviti-aktiviti budaya sekolah
akan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa pengurusan sekolah dalam aspek budaya ini penting dalam memberi
sumbangan ke arah pembentukan sikap kenegaraan dan moral serta iklim persekolahan
yang positif dan sihat.
37
3.6 Pengurusan Sekolah Dalam Isu-Isu Disiplin Sekolah
Tidak dapat dinafikan bahawa di sekolah dan di dalam kelas, masalah disiplin
memang berlaku. Ini adalah kerana murid-murid mempunyai latar belakang, sahsiah,
intelek, jasmani, rohani dan sosioemosi yang berbeza-beza. Perkembangan masyarakat
dengan pelbagai pengaruh yang kurang sihat di alam sekitar, masalah-masalah disiplin
di sekolah telah bertambah.
Mengikut analisis, salah laku yang berkerapan tinggi dan berlaku di peringkat
sekolah adalah seperti ponteng sekolah, mencuri, mengancam murid sekolah, berkasar
dengan murid, berbahasa kesat, datang atau masuk kelas lewat, membuat bising dan
mengganggu pelajaran, merosakkan harta benda sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum,
ponteng kelas dan sebagainya. Antara faktor-faktor berlakunya masalah disiplin ini
adalah pelajar menghadapi masalah sosial akibat proses modenisasi, reformasi,
38
perubahan budaya media massa, pengaruh rakan sebaya, atau pengaruh yang negatif
dalam masyarakat.
Pihak sekolah haruslah mengambil tindakan yang secepat mungkin untuk
menangani masalah disiplin sebelum masalah disiplin bertambah serius. Sekolah
haruslah membentuk peraturan-peraturan yang berdasarkan prinsip keadilan dan
merancangkan sistem kawalan disiplin yang rapi. Guru-guru juga bertanggungjawab
dalam memerhati setiap gerak-geri anak muridnya di dalam kelas. Guru boleh
menunjukkan penghargaan untuk murid-murid dan mementingkan kebajikan mereka
agar mereka dapat menerima gurunya sebagai orang yang sayang mereka. Elakkan
amalan mengguna ugutan atau hukuman yang melampau. Murid-murid boleh diberikan
bimbingan dan kaunseling yang wajar supaya tidak menimbulkan masalah disiplin lagi.
Dalam kelas, guru boleh mengajar dengan cara yang menarik supaya murid-murid
memberi perhatian dalam kelas agar masalah disiplin boleh dikurangkan.
Pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah mestilah dikenakan tindakan
atau hukuman yang sepatutnya supaya bertaubat dan insaf agar tidak melakukan
kesalahan yang sama lagi. Sekiranya masalah disiplin berterusan, bukan sahaja imej
sekolah terjejas, malah akan membawa kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Pembangunan negara akan terbantut sekiranya pemimpin negara tidak berilmu, tidak
bertanggungjawab, keharmonian dan kemakmuran negara tidak dapat dipelihara. Jadi,
adalah penting pihak sekolah menguruskan masalah disiplin dengan baik dan berkesan.
4.0 Prestasi Sekolah Berdasarkan Kepada Prinsip-Prinsip
Tersebut
Sekolah yang saya pilih iaitu SJK © Kai Chung di Bintangor, Sarawak
merupakan sebuah sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi tidak kira dalam
bidang kurikulum ataupun kokurikulum. Guru besar di sekolah sangat menitikberatkan
pencapaian yang seimbang dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum
sekolah supaya dapat memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi
insan yang seimbang dan harmonis.
39
Dalam bidang kurikulum, sekolah Kai Chung telah mencapai keputusan yang
cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 6. Lulus keseluruhan
sekolah ini ialah 56.6% dan gred purata ialah 2.22.
Gambar 4.1: analisis keputusan mata pelajaran USR 2013
Gambar 4.2: keputusan UPSR 2013
40
Gambar 4.3: pelajar cemerlang UPSR 2013
Dalam bidang kokurikulum pula, sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam permainan bola tampar. bola keranjang, pingpong, badminton serta
olahraga. SJK © Kai Chung selalu mendapat tempat yang pertama dalam pertandingan
bola tampar peringkat daerah. Banyak pelajar dari sekolah ini telah dipilih untuk
mewakili negeri untuk menyertai pertandingan MSSM peringkat kebangsaan.
Gambar 4.4, 4.5: Pencapaian dalam olahraga dan bola tampar
41
Gambar 4.6: Pelajar yang mewakili ke peringkat Kebangsaan
Selain itu, Sekolah Kai Chung juga mencapai keputusan yang cemerlang dalam
pertandingan bercerita Bahasa Inggeris, Pertandingan Ujian Bertulis, pertandingan
syarahan, pertandingan Public Speaking dan sebagainya. Sekolah ini juga
mementingkan keindahan dan kebersihan sekolah dan telah mendapat anugerah terbaik
dalam pertandingan alam sekitar di peringkat negeri Sarawak.
Gambar 4.7: Anugerah terbaik dalam pertandingan alam sekitar
42
PENCAPAIAN KK SJK KAI CHUNG TAHUN 2011
(A) Permainan / SukanPermainan / Sukan Tarikh Pencapaian Sekolah CatatanPing Pong (MSSR Daerah)
MSSB Sarikei
24.01.2011
26.01.2011
Johan – Pasukan Lelaki Wakil Daerah:Johnny Kong,Wan Afzal,Kang Jia Ying,Joyce Kiu.
Wakil Bahagian:Johnny Kong,Kang Jia Ying.
Olahraga ( Peringkat Daerah) 21.02.2011 Johan – Lompat Tinggi, Lompat Jauh (Sia Pei Chyi); Lontar Peluru (Johnny Kong).N. Johan – Lompat Tinggi (Tu Jia Fa); Lompat Jauh (Ngu Hew King)
Wakil Daerah:Ngu Hew KingTu Jia FaJohnny KongSia Pei Chyi
Badminton (MSSR Meradong) 22.03.2011 Johan – Bergu (P) Sia Pei Chyi, Wong Ee JengN. Johan – Bergu (P) Sia Chi Chyi Kiu Xin HuiT. Ke 3 – Ngu Bing Hee(P)
Wakil Daerah:Sia Pei ChyiWong Ee JengNgu Bing Hee
Bola Tampar (Lelaki)MSSR Sarikei
25.03.201126.03.2011 – 28.03.11
Naib Johan Pemain Terbaik:Johnny Kong
Wakil Bahagian:Johnny KongWong Sing KuiLau Li HaoWakil Negeri:Johnny Kong
Bola Tampar (Perempuan)MSSR Sarikei
25.03.201126.03.2011 – 28.03.11
Johan Pemain Terbaik:Kang Kia YingWakil Bahagian:Kang Jia YingJaslyn SiaSia Pei ChyiAnita LauKelly WongWong Siew LuoWakil Negeri:Kang Jia YingJaslyn SiaSia Pei ChyiAnita LauKelly WongKeputusan
43
MSSR:Johan
Bola Keranjang (Perempuan)(MSSR Meradong)
15.04.2011 Naib Johan Wakil Daerah:Jenefer Midun,Kong Mee Yean,Yii Tiew Ting.
Keputusan MSSR Sarikei:Johan
Bola Keranjang (Lelaki)(MSSR Meradong)
15.04.2011 Johan Wakil Daerah:Lu Sze LikGilbert Ung Lik YanWong Sheng FoHii Tung KeeKelvin Lau Lik YuanYiu Teck Kai
Wakil Bahagian:Lu Sze LikWong Sheng FoYiu Teck Kai
Keputusan MSSR Sarikei:Johan
Catur (Peringkat Daerah) 04.06.201105.06.2011
Johan – Cheng Chung YuT. Ke 3 – Dennis SinT. Ke 4 – Cheng Chung En
Wakil Daerah:Cheng Chung Yu,Cheng Chung En,Dennis Sin.
Pertandingan Ping Pong(anjuran Persatuan Ping Pong Meradong)
Naib Johan – Johnny Kong
Olahraga Pembangunan 11TKBdan 10TKB
27.09.2011 Johan:Lontar Peluru – Johnny Kong, Alan LauLompat Tinggi – Sia Chi ChyiT. Ketiga:Lompat Tinggi – Kelly Chee Kai Ting100m, 200m – Wan Afza100m – Kelvin Siew
Wakil Daerah:Johnny KongAlan LauWan AfzalSia Chi ChyiKeputusan:Johan: Johnny KongWakil Bahagian:Johnny Kong
Pertandingan Bola Keranjang 3 lawan 3 (Lelaki) – Anjuran Persatuan Bola Keranjang Meradong
08.10.2011 Johan – Lelaki (A)
Pertandingan Bola Keranjang 3 lawan 3 (Perempuan) – Anjuran
08.10.2011 T. Ketiga – Perempuan (A)
44
Persatuan Bola Keranjang MeradongPertandingan Ping Pong Pembangunan MSS Sarikei
14.10.201115.10.2011
T. Ketiga – LelakiT. Keempat – Perempuan
Pertandingan Bola Tampar 12TKB anjuran Persatuan Bola Tampar Meradong (Pasukan Lelaki)
21.10.2011 Johan
Pertandingan Bola Tampar 12TKB anjuran Persatuan Bola Tampar Meradong ( Perempuan)
21.10.2011 Johan
Pertandingan BadmintonAnjuran Persatuan Badminton Meradong
08.10.2011 Perempuan 12TKBJohan: Sia Pei Chyi
(B) Kelab / PersatuanKelab / Persatuan Tarikh Pencapaian Sekolah CatatanKaligrafi (挥春比赛)(Perngkat Bahagian)
12.02.2011 Johan – Kiu Xin HuiN. Johan – Wong Ee Jeng
Pertandingan Bercerita BM (Peringkat Daerah)
03.03.2011 N. Johan:Munna Batrisyia (Tahap 1)Joyce Kiu (Tahap 2)
Bahasa Inggeris – Public Speaking ( Peringkat Daerah)
08.04.2011 Naib Johan – Aina SopheaT. Ke 3 – Grace Dagang
Wakil Daerah:Aina Sophea;Grace Dagang Keputusan Peringkat Bahagian:N. Johan –Grace Dagang
BM Ujian Bertulis( Peringkat Bahagian)
27.04.2011 T. Ke 4 – Joyce Kiu Sing YeeSaguhati – Joyce Sii Tai Hee
Wakil Bahagian:Joyce Kiu Sing Yee
BM Pertandingan Syarahan( Peringkat Bahagian)
27.04.2011 T. Ke 4 – Ngu Bing Hee
Pertandingan Syarahan Bahasa CinaAnjuran Persatuan
03.07.2011 Saguhati – Ngu Bing Hee
45
Lembaga Bersatu Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bantuan SarikeiPertandingan KaligrafiAnjuran Persatuan Lembaga Bersatu Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bantuan Sarikei
03.07.2011 “Zhong Kai”:Johan: Joyce Kiu Sing YeeNaib Johan: Kiu Xin HuiT. Ke-3: Wong Ee Jeng“Xiao Kai”:Saguhati:Joyce Kiu Sing Yee Wong Ee Jeng
Wakil Bahagian:Joyce Kiu Sing YeeWong Ee JengKiu Xin Hui
Kuiz Bahasa CinaAnjuran Persatuan Lembaga Bersatu Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bantuan Sarikei
25.06.2011
Saguhati:Daphne Sii Wan Yin
Pertandingan syarahan & bercerita Bahasa Cina Zon 1, Meradong
22.07.2011 Pertandiangan Syarahan:Johan:Ngu Bing HeePertandingan BerceritaJohan:Teng En Ci
Pertandingan Mewarna – Public Bank
Johan – Sharon UngN. Johan – Clement KiuT. Ke 3 - Munna
Kuiz 3 BahasaAnjuran Persatuan Guru Sekolah Rendah Cina Meradong
25.08.2011 Tahun Enam:Naib Johan : Daphne Sii Wan YinT. Ke3:Joyce Kiu Sing YeeTahun Lima:T. Ke3:Kong San LingSaguhati:Ngu Bing Hee
Pertandingan PosterAnjuran Lion Club, Bintangor
15.10.2011 Johan:Lau Li HaoT. Ke3:Joyce Kiu Sing YeeSaguhati:Cheng Chung En Kiu Xin Hui
Pertandingan NyanyianAnjuran Persatuan Guru Sekolah Rendah Cina Meradong
08.10.2011 Kategori Perempuan (Tahap2):Johan:Wong Siew RuoKategori Lelaki (Tahap 2):T. Ke4:Cheng Chung EnKategori Perempuan (Tahap1):T. Ke4:Sii Ing NgiKategori Lelaki (Tahap 1):T. Ke4:Billy Tang Jia Jun
Wakil Daerah:Wong Siew Ruo
46
2012 年开中小学课外活动成绩Pencapaian KK SJKC Kai Chung Tahun 2012
项目Acara
日期Tarikh
学校成绩Keputusan Sekolah
备注Catatan
马拉端县小学羽毛球比赛Pertandingan Badminton MSSD Meradong
12/01/2012
女单(Perseorangan Perempuan):冠军 Johan:谢枝錤季军 T.K3 :吴炳妃女 双 (Bergu Perempuan):冠军 Johan:谢枝錤、吴炳妃季军 T.K3:黄馨慧、苏菲亚
县代表 Wakil Daerah:谢枝錤、吴炳妃省 代 表 Wakil Bahagian:谢枝錤
泗里街省小学排球赛Pertandingan Bola Tampar MSS Sarikei
16-17/01/2012
男队 – 冠军女队 – 季军Pasukan Lelaki – JohanPasukan Perempuan – T.K3
省 代 表 Wakil Bahagian:男队(Lelaki):江凯纶、黄新贵、刘力豪、毛维寨、黄劲运女队(Perempuan):黄旌琳、李心萍州代表 Wakil Negeri:男队(Lelaki):江凯纶女队(P) :黄旌琳
马拉端县小学篮球赛Pertandingan Bola Keranjang MSSD Meradong
18-19/01/2012
男队 – 冠军女队 – 季军Pasukan Lelaki – JohanPasukan Perempuan – T.K3
县代表 Wakil Daerah:男队(Lelaki):余泽凯、许传奇、柯奇锦、刘立源女队(Perempuan):徐凯婷、叶霄淮、刘子溦省 代 表 Wakil Bahagian:
47
男队(Lelaki):余泽凯、许传奇、柯奇锦女队(Perempuan):徐凯婷、叶霄淮、刘子溦
泗省学联乒乓赛Pertandingan Bola Tampar MSS Sarikei
19-20/01/2012
女队 – 亚军男队 – 亚军Pasukan Perempuan & Lelaki– Naib Johan
县代表 Wakil Daerah:黄慧妮、杨凯慧、吴凤微、翁立娗、邱珖豪、阿夫扎省 代 表 Wakil Bahagian:黄慧妮、阿夫扎
泗里街省壬 辰 年 迎 岁挥春比赛Pertandingan Kaligrafi (Hui Chun)
21/01/2012 吴炳妃 – 安慰奖Hadiah Saguhati
马拉端县小学田径赛Kejohanan Olahraga MSSD Meradong
20/02/2012
冠军 Johan:柯奇锦 – 铅球许传奇 – 200 米赛跑亚军 Naib Johan:许传灿 – 跳高许传奇 – 跳远殿军 T.Ke3:徐凯婷 – 跳高陈忆凌 – 100 米赛跑
县代表 Wakil Daerah:许传灿、许传奇、柯奇锦
英语演讲比赛Public Speaking
05/04/2012冠军 Johan – 恩慧季军 N.Johan– 苏菲亚
省 代 表 Wakil Bahagian:恩慧、苏菲亚
泗 省 董 联 会书法比赛Pertandingan Kaligrafi Peringkat Bahagian Sarikei
09/06/2012安慰奖 – 恩慧(中楷、小楷)Hadiah Saguhati
第 一 区 华 小 15/06/2012 亚军 Naib Johan –
48
课程委员会国语笔试Pertandingan Bertulis BM Zon 1 Daerah Meradong
苏菲亚
泗 省 董 联 会常识比赛Pertandingan Bertulis BC Peringkat Bahagian Sarikei
16/06/2012冠军 Johan– 刘运治安慰奖 Saguhati–江珊琳
省 代 表 Wakil Bahagian:刘运治(全砂第 6 名)T.Ke 6 (Peringkat Negeri)
马 拉 端 乒 总分龄赛Pertandingan Ping Ping anjuran Persatuan Ping Pong Meradong
7-8/07/2012亚军(女):邓恩慈Naib Johan - Perempuan殿军(男):邓道翼T. Ke 4 - Lelaki
泗里街省中 小 学 武 术分龄赛Pertandingan Wushu Peringkat Bahagian Sarikei
29/07/2012
冠军 Johan:邱珖豪 – 初级长拳 基础长拳谢枝錤 – 初级长拳 基础长拳黄忠昱 – 初级南拳余明恩 – 长拳组合吴炳泉 – 南拳组合亚军 Naib Johan:黄忠昱 – 基础长拳李小文 – 长拳组合徐钰雯 – 长拳组合季军 T. Ke 3:吴炳泉 – 基础长拳龚得斌 – 长拳组合刘欣宜 – 长拳组合黄灵锋 – 南拳组合黄薏洁 – 长拳组合
集 体 拳 Acara Kumpulan:季军 T.Ke 3:开中小学 A 队殿军 T. Ke4:开中小学 B 队
马拉端县 18/08/2012 冠军 Johan – 陈聪语 县代表 Wakil Daerah:
49
象棋公会象棋选拔赛Pertandingan Catur Peringkat Daerah
季军 N.Johan– 沈明保殿军 T.Ke 4 – 陈聪恩
陈聪语
马拉端县10 岁&11 岁田径赛Kejohanan Olahraga Pembangunan 10 & 11TKB
04/09/2012 10 岁组 (10TKB):冠军 Johan:徐钰雯 – 跳高亚军 Naib Johan:郑俍宏 – 铅球殿军 T. Ke 3:Wan Aniq – 60 米 赛跑林国帽 – 跳远萧扬武 – 跳高佳佳 – 跳高11 岁组(11TKB):亚军 N.Johan:杨慧淇 – 跳高黄慧妮 – 铅球殿军 T.Ke3:Wan Afzal – 200 米赛跑刘联发 – 跳远黄勤杰 – 跳高
全场总冠军Johan Keseluruhan
县代表 Wakil Daerah:郑俍宏、徐钰雯、杨慧淇、黄慧妮。
马拉端县华小教师会华语歌唱赛Pertandingan Nyanyian Peringkat Daerah Meradong
13/10/2012
高年级女子组季军:T. Ke3 (Perempuan Tahap 2):翁立恩低年级女子组第四名:T.Ke4 (Perempuan Tahap 1):徐仁仪低年级男子组第五名:T.Ke5 (Lelaki Tahap 1)叶祖铨
马拉端篮总三人制篮球赛Pertandingan
13/10/2012 冠军 – 男 A 队Johan – Lelaki (A)季军 – 女 A 队T.Ke3 –
50
B.Keranjang 3 lawan 3 Perempuan A
泗里街中小学书法比赛Pertandingan Kaligrafi Bahagian Sarikei
27/10/2012佳作奖 – 吴炳妃Hadiah Cemerlang
马拉端篮总小学篮球赛Pertandingan B.Keranjang anjuran Persatuan B.Keranjang Daerah Meradong
27-28/10/2012
冠军 – 男队Johan - Pasukan Lelaki亚军 – 女队Naib Johan – Pasukan Perempuan
马拉端排总小学排球赛(11 岁组)Pertandingan B.Tampar 11TKB anjuran Persatuan B.Tampar Meradong
01/11/2012
冠军 – 男队Johan –Pasukan Lelaki冠军 – 女队Johan – Pasukan Perempuan
马拉端排总小学排球赛(12 岁组)Pertandingan B.Tampar 12TKB anjuran Persatuan B.Tampar Meradong
02-03/11/2012
冠军 – 男队Johan - Pasukan Lelaki亚军 – 女队Naib Johan – Pasukan Perempuan
51
Pencapaian KK SJKC Kai Chung Tahun 2013(Sehingga Bulan September)
Acara Tarikh Pencapaian Sekolah Catatan
Pertandingan Ping Pong MSS Sarikei
16 - 18.01.2013
Tempat Ketiga:Pasukan lelaki & perempuan
Wakil Daerah:Jacklyn Ung Lik Ting* Keputusan Peringkat Negeri: T.Ke3
Pertandingan Kaligrafi (Hui Chun) Peringkat Bahagian Sarikei
03.02.2013 Tempat Ke 3: Grace DagangSaguhati: Clement Kiu
Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa MelayuDaerah Meradong
01.03.2013 Naib Johan: Lesslie ak SibaSaguhati: Grace Dagang
Wakil Daerah:Lesslie ak Siba(T.Ke 4 Peringkat Bahagian)
Kejohanan Olahraga 12TKB MSSD Meradong 07.03.2013
Naib Johan:William Ling (100m)Winnie Sii (Lompat Tinggi)Sia Chi Chyi (Lompat Jauh)Christy Yong (Lompat Jauh)Tempat Ketiga:William Ling (Lompat Tinggi)William Ling (200m)Christy Yong (Lompat Tinggi)
Wakil Daerah:Winnie Sii Ngiik UngSia Chi ChyiWilliam Ling
Pertandingan Syarahan BM Peringakat Bahagian Sarikei
19.03.2013 Naib Johan: Amni Yew
Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah Meradong
21.03.2013 Johan: Grace DagangTempat Ke 4: Stephen Tang
Wakil Daerah:Grace Dagang
Pertandingan Public 04.04.2013 Naib Johan: Grace Dagang
52
Speaking Peringkat Bahagian Sarikei
Pertandingan Bercerita dan Syarahan BC Zon 1 Meradong
05.04.2013
Syarahan:Johan: Teng En CiBercerita:Johan: Wong Shi Mei
Pertandingan Bola Tampar MSS Bahagian Sarikei 05.04.2013
Johan:Pasukan LelakiNaib Johan:Pasukan Perempuan
Wakil Bahagian:Pasukan Lelaki:Alan Lau, Wan Afzal, Wong King Yun,Nicholas Sii,William Ling.Pasukan Perempuan:Sia Chi Chyi, Zoey Lau, Sally Wong.Wakil Negeri:Pasukan Lelaki:Alan Lau, William Ling.Pasukan Perempuan:Sia Chi Chyi,Sally Wong.
Pertandingan Bercerita BI Peringkat Bahagian 11.04.2013 Naib Johan: Grace Dagang
Pertandingan Syarahan BC Peringkat Bahagian Sarikei 04.05.2013 Naib Johan: Teng En Ci
Pertandingan Kaligrafi Peringkat Bahagian Sarikei 04.05.2013
Naib Johan: (zhong kai)Grace DagangClement KiuSaguhati: (xiao kai)Grace Dagang
Pertandingan Nyanyian anjuran Persatuan Guru-Guru Cina Meradong
11.05.2013
Tempat Ketiga:Cheng Chung Yu (Lelaki Tahap 2)Josep Yek (Lelaki Tahap 1)Chieng Sing Yu (Perempuan T 1)Tempat Keempat:Sharon Ung Lik Chin (P T 2)
Pertandingan Ujian Bertulis BC Peringkat Bahagian Sarikei
18.05.2013 Saguhati: Cheng Chung Yu
Pertandingan Mengarang (Bahasa Cina) 新 马 小 学华文创作比赛(Peringkat Daerah)
25.05.2013 Kategori Murid Cina:Tempat Pertama:Teng En Ci (Tahun Lima)Tempat Kedua:Yii Ching Wei (Tahun 4);Clement Kiu (Tahun 5);Cheng Chung Yu (Tahun 6)Tempat Ketiga:Jolin Kiun See Ning (Tahun 6)Saguhati:Jocelyn Soh, Melvin Su, Hu Hin Ing, Kiing Hui Yi (Tahun 4);Emily Tang (Tahun 5);Christy Yong (Tahun 6).
Wakil Daerah:Yii Ching Wei, Teng En Ci, Clement Kiu, Cheng Chung Yu, Jolin Kiun, Evy Umang, Siti Aminah, Lesslie, Grace.
Keputusan Kebangsaan:Kategori Bumiputera:Tempat Pertama:Grace Dagang (T. 6)Tempat Kedua:Lesslie ak Siba (T.6)Evy Umang (T.4)
53
Kategori Bumiputera:Tempat Pertama:Evy Umang (Tahun 4)Lesslie ak Siba (Tahun 6)Tempat Kedua:Siti Aminah (Tahun 4);Grace Dagang (Tahun 6)Saguhati:Munna Batrisyia, Amni Yew (Tahun 5)Mohammad Dannie (Tahun 6).
Tempat Ketiga:Siti Aminah (T.4)
Pertandingan Tiga Bahasa anjuran Persatuan Guru-Guru Cina Meradong
18.07.2013
Kategori Tahun Lima:Johan - Teng En CiKategori Tahun Enam:Naib Johan – Stephen TangSaguhati – Cheng Chung Yu
Pertandingan Wushu Peringkat Bahagian Sarikei
17.08.2013 Johan:Ngu Bing Chuan, Sia Chi Chyi, Wong Yu Jie, Kelvin Yiung, Clement Kiu, Munna.Naib Johan:Clement Kiu (2), Yii Min Ong, Kiing Teck Bing, Jasper Kiing.Tempat Ketiga:Munna, Wong Ling Hong, Winnie Sii, Lancelot Lee, Sia Chi Chyi, Kiing Teck Bing.Acara Kumpulan:Naib Johan: Kai Chung BT. Ke3: Kai Chung A
Kejohanan Olahraga Pembangunan 11TKB & 10 TKB Daerah Meradong
05.09.2013
Keputusan Keseluruhan:Johan – SJKC Kai Chung
10 TKB:Johan:Wan Aniq – 60m & 100mAnnie Sii – Lompat TinggiNaib Johan:Lancelot Lee – Lompat JauhHii Li Min – Lontar PeluruWong Mei Shi – 60m & 100m11 TKB:Johan:Ling Ko Mio – Lompat TinggiWinnie Sii – Lompat TinggiNaib Johan:Raven Tang – Lontar PeluruLee Xin Hui – Lompat TinggiTeng En Ci – Lompat JauhTempat Ketiga:Lau Zi Wei – Lontar Peluru
Wakil Daerah:Wan Aniq, Andrian Wong, Lancelot Lee, Ling Ko Mio, Raven Tang, Annie Sii, Wong Mei Shi, Hii Li Min, Winnie Sii, Teng En Ci, Lee Xin Hui.
54
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah memberi implikasi
kepada institusi pendidikan seperti sekolah. Ia membawa perubahan organisasi sekolah
ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut
tujuan dan cita rasa Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah perubahan
kemudahan-kemudahan supaya pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi
mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara menyeluruh,
seimbnag dan bersepadu. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan Iklim sekolah yang kondusif
supaya melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk
budaya membaca dalam kalangan mereka.
55
Bahagian B. Penulisan Esei
Jelaskan apakah dia Rukun Negara. Penjelasan mestilah berdasarkan sekolah
yang anda pilih.
Malaysia hari ini telah meniti usia 53 tahun kemerdekaan dan merupakan salah
sebuah negara sedang membangun, yang paling pesat membangun. Kesemua usaha
ini datangnya dari segenap lapisan rakyat sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata
yang menyumbang keringat dalam usaha untuk menjadikan bumi bertuah ini sebagai
sebuah negara yang disegani setelah meniti suatu tempoh penjajahan yang cukup lama
iaitu 446 tahun.
Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1969: “13 Mei merupakan
satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-
lamanya, kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-
bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.” Kata-kata yang
diungkapkan ini merupakan satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia, supaya
peristiwa rusuhan kaum yang pahit ini menjadi pengajaran yang penting buat rakyat.
Tagedi 13 Mei ini telah membuktikan bahawa penekanan pembangunan semata-mata
dari perspektif ekonomi adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah
sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan masyarakat Malaysia.
Di Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dengan agama, bangsa
dan budaya yang berbeza-beza, satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh
seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu padu adalah penting
dan diperlukan. Maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi
pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan
56
pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara.
Tujuannya adalah untuk mengawal supaya masyarakat di negara ini tidak lagi terjebak
dengan konflik perkauman sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969 serta mengatasi
segala perbezaan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Oleh
itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak menampakkan hak milik
sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas,
sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tata kelakuan, mengendalikan, dan
memberi arah kepada kelakuan dan perbuatan yang sebenarnya bercirikan Malaysia.
Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama, membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan untuk membina sebuah
masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan
acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang
terbina ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum. Prinsip pertama ialah
Kepercayaan kepada Tuhan. Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana
ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga
negara. Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu
daripada melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Menyedari betapa
pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-
masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Terutamanya Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan
agama, setiap rakyat mempunyai agama yang tersendiri seperti Kristian, Islam, Buddha,
Hindu dan sebagainya. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama
masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya
menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan
agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya
57
mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan
bertolak ansur atau saling bertoleransi.
Untuk mengukuhkan pegangan kepada prinsip kepercayaan kepada Tuhan
dalam kalangan raykat Malaysia, usaha yang berkesan perlu dimulakan dari sekolah.
Aktiviti seperti forum memahami kepelbagaian agama, ceramah penerapan nilai sejagat
dalam agama, lawatan ke rumah-rumah ibadat, pertandingan penyediaan folio / buku
skrap tentang kepercayaan kepada Tuhan, kem bina insan dan sebagainya. Pihak
sekolah boleh menjemput ahli panel yang mewakili agama masing-masing untuk
pertandingan forum atau ceramah. Aktiviti seperti ini dapat memperkenalkan nilai-nilai
sejagat dalam agama masing-masing, memupuk sikap menghormati penganut dan
agama orang lain, serta mengenali secara lebih dekat rumah-rumah ibadat penganut
agama lain. Murid-murid akan lebih mengenali agama lain dan belajar bertoleransi serta
menghormati agama lain serta mempertingkatkan kerohanian dan nilai-nilai murni dalam
kalangan murid. Jadi, pihak sekolah yang bertanggungjawab untuk mengukuhkan
pegangan murid terhadap prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini supaya dapat
menjamin keamanan, kedamaian dan kemakmuran negara.
Seterusnya, prinsip kedua dalam Rukun Negara ialah kesetiaan kepada Raja
dan Negara. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara dan sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri
bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-
Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang
patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh
rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina
serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memupuk ketaatan dan kesetiaan kepada
Raja dan negara di sekolah adalah nyanyian Lagu Kebangsaan “Negaraku” dan lagu
58
negeri pada setiap perhimpunan atau majlis sekolah. Aktiviti ini akan dapat menyemai
rasa cinta dan bangga terhadap Raja dan negara dalam kalangan murid. Selain itu,
lawatan ke Istana, Muzium DiRaja dan Muzium Negeri, lawatan Integrasi semasa Hari
Keputeraan Agong, lawatan semasa Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri akan dapat memberi pendedahan mengenai sistem pemerintahan Raja
Berperlembagaan di Malaysia kepada murid-murid. Kempen Kibar jalur Gemilang dan
bendera negeri sempena Hari Kemerdekaan Malaysia pula akan menyemai dan
memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Selain itu, aktiviti seperti pameran
sejarah negara atau pengisahan tokoh-tokoh sejarah Malaysia yang bersifat
pertandingan boleh diadakan supaya murid-murid dapat mengenali mengingati sejarah
dan pembangunan negara.
Prinsip ketiga dalam Rukun Negara merupakan keluhuran perlembagaan.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada
kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca
kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-
undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat
dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan
memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini
berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Pihak sekolah boleh mengadakan lawatan kenegaraan ke Sidang Dewan
Undangan negeri/ Parlimen supaya memberi peluang kepada murid-murid menyaksikan
proses sistem perundangan negara dijalankan dan mempertingkatkan kefahaman murid
tentang sistem perundangan negara kita. Pertandingan seperti pertandingan menulis,
kuiz, cerpen, dan puisi yang bertemakan perlembagaan Malaysia boleh diadakan untuk
memupuk kemahiran kreatif menulis tentang isu-isu perlembagaan Malaysia dan
59
mencungkil bakat-bakat dalam bidang tersebut. Ia juga akan dapat memberi kesedaran
kepada murid-murid kepentingan perlembagaan negara terhadap Malaysia.
Prinsip keempat iaitu kedaulatan undang-undang yang bermaksud setiap rakyat
adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum,
gender mahupun kedudukan (status sosial). Setiap negara mempunyai undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan
makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan
undang-undang berjalan dengan lancar.
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan
undang-undang. Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk
kepada autoriti perundangan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan
untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi
semua warganegara Malaysia. Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita
sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong
penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.
Prinsip yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan mempunyai kaitan yang
rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya
dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak
masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai
murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks
perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam
konteks ini, setiap warganegara sewajarnya menghormati orang lain dengan mengawal
diri daripada membangkitkan isu-isu sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan
kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan
agama yang dianutinya.
Kempen berbudi Bahasa yang selalui dianjurkan oleh pihak sekolah akan
memupuk sikap beradab sopan dalam kalangan murid. Murid-murid akan memberi
60
salam apabila berjumpa dengan guru-guru atau orang yang lebih tua. Di sini, sikap yang
bersopan-santun telah dilatih menerusi aktiviti. Seminar, forum atau ceramah diadakan
untuk memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan meningkatkan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid.
Di samping itu, aktiviti lafaz ikrar dan prinsip Rukun Negara pada setiap
perhimpunan dan majlis sekolah telah dijalankan oleh pihak sekolah supaya murid
sentiasa menghayati dan mengingati falsafah dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Murid-
murid juga menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu negeri sebelum memulakan sesuatu
majlis atau perhimpunan. Kebanyakan sekolah juga mempamerkan prinsip-prinsip
Rukun Negara di pintu masuk hadapan sekolah, di kelas, mural di dinding, papan
kenyataan, sudut khas di pejabat dan sebagainya. Hal ini demikian kerana ingin murid-
murid mengingati kelima-lima prinsip-prinsip Rukun Negara. Pelbagai aktiviti ke arah
meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan murid dilaksanakan supaya
murid-murid ingat tentang kepentingan Rukun Negara dalam mengekalkan keharmonian
kaum di negara kita.
Kesimpulannya, pihak sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam
mewujudkan kefahaman dalam kalangan murid. Segala-galanya adalah bermula dari
sekolah. Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak
negara yang penting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya
memakan masa yang begitu lama. Bagi mewujudkan perpaduan generasi kita kini
seharusnya peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang sebenarnya
kewujudan Rukun Negara. Ini kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau
diikrarkan dan diterapkan dalamkehidupan seharian warga negara Malaysia. Semangat
Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis
negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara. Dengan berpegang teguh
kepada prinsip Rukun Negara mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu,
kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja cabaran.
61
Gambar rajah 6.1: Murid-murid dipupuk dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan
kerana berdoa sebelum makan.
Gambar rajah 6.2: Murid-murid berdiri tegak apabila menyanyikan lagu “Negaraku” dan
lagu negeri.
62
Gambar rajah 6.3: melafazkan ikrar Rukun Negara waktu perhimpunan
Gambar rajah 6.4: Banner Rukun Negara telah digantung di dewan sekolah.
63
Gambar rajah 6.5: Banner lirik lagu “Negaraku” digantung di dewan sekolah.
Gambar rajah 6.6: Banner lirik lagu negeri Sarawak.
64
Gambar rajah 6.7: banner lirik lagu sekolah SJK © Kai Chung
65
Gambar rajah 6.8: Persembahan oleh pelajar Melayu dan Pelajar Cina semasa
perhimpunan supaya perpaduan dipupuk melalui aktiviti ini.
Gambar rajah 6.9: Tarian joget oleh pelajar Melayu di SJK (C) Kai chung.
66
Bahagian C: Refleksi
Melalui tugasan ini, saya Ling Hee Chen dapat menyiapkan tugasan ini pada
masa yang ditetapkan di bawah bimbingan daripada pensyarah saya iaitu En. Salim bin
MD. Amin. Saya juga menghargai kerjasama daripada rakan lain yang sanggup
menolong atau memberi tunjuk ajar tentang kesilapan saya dalam kerja kursus ini. Pada
pendapat saya, projek ini sangat mencabar kerana perlu membuat kajian tentang
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kaitkan dengan sekolah yang saya pilih.
Semasa melaksanakan projek ini, banyak pengalaman dan pengetahuan telah
saya dapat. Terutamanya sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan
pengetahuan haruslah dicari sebanyak yang mungkin sebagai persediaan untuk dibawa
ke alam pekerjaan. Saya juga mengetahui bahawa cabaran untuk menjadi seorang guru
bukanlah senang, kerana murid-murid sekarang semakin pandai dan berani juga
mencabar guru. Hanya guru yang berpengetahuan dan berilmu tinggi akan berupaya
untuk menyelesaikan masalah murid-murid. Setelah saya menemu duga guru besar
sekolah, saya mendapat tahu bahawa pengurusan sekolah yang baik memerlukan
usaha dari segi fizikal sekolah, sumber tenaga guru yang berkualiti, pencapaian
akademik dan kokurikulum yang cemerlang dan sebagainya. Melalui kajian dan kerja
kursus ini, saya juga berazam supaya menjadi seorang insan atau bakal guru yang
berfalsafah, berpengetahuan tinggi supaya dapat memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara kita.
Projek ini telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dengan
kawan-kawan. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga
dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan projek ini. Hal ini kerana saya lebih
mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan saya dan cara pengajaran pensyarah serta
hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Selama melakukan projek ini, pelbagai masalah yang saya menghadapi, salah
satunya ialah tidak dapat menggunakan masa dengan bijaksana. Aktiviti kelas dan kerja
kursus yang banyak telah menyebabkan saya berasa penat dan kerja kursus selalu
ditangguhkan. Saya juga selalu melakukan projek ini sehingga lewat malam. Secara
tidak langsung, ini telah menjejaskan pretasi pada hari yang seterusnya. Oleh itu, saya
mengetahui bahawa saya mesti mengatur jadual masa dan menggunakan masa dengan
bijak dan berfaedah.
67
Masalah seterusnya bagi saya pula ialah pemahaman saya terhadap soalan
kerja kursus. Saya berasa keliru apabila meneliti soalan, ini telah menyebabkan saya
jumpa dengan pensyarah untuk mengenalpastikan semula kehendak soalan projek
tersebut. Oleh itu, saya perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan diri sendiri supaya
dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna dan baik. Jika kita mempunyai ilmu
pengetahuan yang banyak, sudah pastinya tidak perlu selalu menggunakan kamus
untuk membuat Akhirnya kerja kursus saya siap dan saya berasa bersyukur kerana
mendapat pengetahuan yang ektra tentang subjek ini yang akan membantu dalam
profesion saya yang bakal menjadi seorang guru pada masa depan.
Di samping itu, untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas, komunikasi merupakan aspek yang sangat penting.
Komunikasi antara guru dan murid penting untuk memastikan murid-murid faham apa
yang guru ingin sampaikan dalam kelas. Guru haruslah mempunyai suara yang jelas
dan lantang ketika mengajar supaya murid-murid dengar dan faham dan seterusnya
akan dapat meningkatkan keberkesannan dalam kelas. Kesan pengajaran bergantung
pada pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, seterusnya dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Pembelajaran akan lebih efektif bila
pelajar melibatkan diri secara aktif untuk berkongsi idea atau maklumat dan bekerja
bersama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Komunikasi di dalam pembelajaran
koperatif dilihat dapat mencapai matlamat yang kita inginkan. Melalui komunikasi juga,
perhubungan guru dan murid menjadi erat dan penglibatan murid amat digalakkan.
Kerjaya guru semakin hari semakin mencabar, jadi sebagai seorang bakal guru, saya
haruslah menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta sanggup berkorban
demi generasi-generasi yang akan datang tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Akhir sekali, saya berharap pada masa yang akan datang, saya dapat
menyiapkan kerja kursus saya dengan baik sekali supaya dapat melatih saya menjadi
seorang guru yang akademik dan cemerlang sebelum saya tamat pengajiaan di IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail. Saya juga berharap tugasan yang diberikan menjadi satu
medan bagi saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang baik.
68