Download - Asgment Bm Betul
1
1.0 Pendahuluan
Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan
melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah dia perlu mendapat maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia
membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai
dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan
memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas
daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek
kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi
latihan tambahan.
Dalam penyediaan ujian atau alat penilaian, guru merupakan tonggak utama. Hal
ini kerana guru merupakan orang yang mengetahui bidang yang meliputi sesuatu mata
pelajaran dan kumpulan pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam
jangka masa tertentu. Guru hendaklah menggunakan beberapa ujian yang sahih dan
boleh dipercayai. Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila
berhadapan dengan ujian. Kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik-tolak daripada
ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru.
Mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan
kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi
peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya.
Ujian yang baik hendaklah mempunyai rancangan yang rapi. Oleh itu, Jadual
Spesifikasi Tugasan (JSU) perlu dilaksanakan sebelum mengambil kata putus ujian
tersebut sebelum diserahkan kepada murid. Dengan adanya JSU, keseimbangan tajuk-
tajuk, objektif pelajaran atau aras kemahiran dapat ditentukan dengan memberi
pemberatan yang sesuai.
2
2.0 Konsep Penilaian
Penilaian dalam pendidikan ialah proses menentukan perubahan tingkah laku
seseorang individu dan membuat pertimbangan (judgement) nilai. Aktiviti penilaian
tertumpu kepada ciri-ciri pada manusia yang boleh diubah. Penilaian bukan sahaja
meliputi pencapaian dan kemajuan dalam pelajaran tetapi termasuklah pentaksiran
semua aspek perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan
kejayaan dalam sosial. Dalam bilik darjah, proses yang sistematik untuk menentukan
sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid dinamakan sebagai
penilaian. Penilaian dijalankan secara berterusan atau berulang-ulang serta pada bila-
bila masa sahaja.
Dengan adanya penilaian ke atas murid, pencapaian murid dapat dikenal pasti
dalam menyukat penguasaan objektif sesuatu pembelajaran. Maklumat tersebut akan
dianalisasa sama ada pencapaian objektif atau perubahan tingkah laku berhasil. Melalui
maklumat tersebut, guru akan membuat tindakan untuk membuat perubahan yang
dikehendaki. Sebagai contoh, sekiranya objektif pengajaran terlalu tinggi atau kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian, guru hendaklah menyemak
semula objektif pengajaran yang sesuai untuk murid. Dengan itu, maklumat
berdasarkan penilaian menyenangkan guru untuk merancang tindakan untuk aktiviti
penggayaan, pemulihan dan kaedah pengajaran yang bersesuaian.
3
3.0 Jenis Penilaian Bahasa
3.1 Ujian Formatif
Ujian formatif ialah pentaksiran yang sistematik yang sentiasa dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan tujuan membaiki proses-proses
itu. Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke
semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ujian formatif juga boleh dibentuk dan
ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan
pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Contoh ujian secara formal ialah ujian pensel-
kertas. Contoh ujian tidak formal ialah pemerhatian, soal jawab, tugasan dan latihan. Ia
juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit
kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Dalam erti kata lain, ujian
formatif lebih menumpukan perhatian pada soal menilai tahap penguasaan pelajar
dalam satu-satu topik pembelajaran.
Ujian ini juga bertujuan membentuk dan memperbaiki pembelajaran. Sekiranya
guru melaksanakan ujian formatif dengan betul, murid akan dapat melonjakkan
prestasinya dalam pembelajaran. Menurut Mokhtar Ismail, satu siri penilaian bentuk ini
akan meninggikan motivasi pelajar dan dapat menentukan pelajar menguasai tugas-
tugas yang dipelajari sebelum memulakan tugas yang baru. Seandainya tugas-tugas ini
belum dikuasai, ujian formatif perlu dilaksanakan untuk menjelaskan punca kelemahan
yang perlu diperhatikan oleh pelajar. Ujian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta
dapat meramal pencapaian pelajar.
Dengan melaksanakan ujian formatif, guru dapat meninggikan pencapaian dan
mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Perbandingan boleh dibuat antara
pencapaian pelajar sekarang dengan pencapaian murid yang lalu melalui rekod ujian
formatif. Oleh itu, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian
pada akhir penggal persekolahan.
4
Dengan melaksanakan ujian formatif, guru dapat mengubah suai corak
pengajarannya. Hal ini kerana pencapaian rendah yang dicapai oleh pelajar berkaitan
dengan corak pengajaran guru. Pendekatan dalam pengajaran guru perlu hendaklah
bersesuaian mengikut aras pelajar. Sebagai contoh, guru menggunakan pendekatan
syarahan dalam menyampaikan pelajaran. Namun di akhir P&P apabila guru
melaksanakan ujian formatif, pelajar kurang memahami topik yang diajar oleh guru.
Justeru, guru perlu mengubah kepada pendekatan yang lain seperti perbincangan dan
sebagainya.
Melalui ujian formatif, pelajar dapat diberi bimbingan pembelajaran. Pelajar
dapat mengetahui kelemahan mereka melalui siri ujian yang telah mereka jalankan.
Mereka boleh berjumpa dan berbincang untuk mendapat bimbingan daripada guru.
Melalui cara ini, pelajar dapat mengatasi masalah dan akhirnya dapat meningkatkan
penguasaan dalam pembelajaran. Pelajar juga akan lebih bersedia kerana pelajar
akan lebih tekun dan memberi tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
Oleh itu, ujian formatif mementingkan usaha pembetulan dan markah dianggap
tidak penting diberi kepada pencapaian murid. Ujian formatif dianggap sebagai
rangsangan untuk pembelajaran. Murid yang berpontensi tinggi dalam pencapaian,
kejayaan dalam pelaksanaan ujian formatif dapat merangsang murid bermotivasi.
Manakala, murid yang lemah perlu dibimbing secara berterusan untuk mengatasi
masalah dalam pembelajarannya.
3.2 Ujian Sumatif
Ujian sumatif yang dijalankan secara formal dilaksanakan bagi mengesan
pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan. Ujian sumatif digunakan bagi
menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Contoh ujian
yang dibuat secara formal ialah ujian pensel-kertas. Ujian ini merupakan bahan atau
alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran
bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang.
5
Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian
sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif termasuklah
peperiksaan penggal dan tahunan sekolah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari
penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar
daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
Tujuan ujian sumatif adalah untuk menentukan objektif-objektif sesuatu bidang
mata pelajaran yang telah diajar oleh guru telah dicapai oleh pelajar. Peratusan objektif
yang dicapai oleh pelajar dapat diketahui berdasarkan objektif yang ditetapkan melalui
pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Item ujian perlu terdiri daripada pelbagai
contoh yang meliputi keseluruhan kurikulum. Selain itu, murid dapat mencapai gred
berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Melalui
gred yang dicapai oleh murid, guru akan membuat perbandingan antara individu
mengikut kumpulan tertentu. Murid dapat diiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimilik
pelajar. berdasarkan skor yang diperoleh oleh pelajar. Contonya, pengiktirafan dengan
mendapat sijil, hadiah dan sebagainya.
3.3 Ujian Kefasihan
Menurut Raminah Haji Sabran (p.63,1985), ujian kefasihan bertujuan untuk
menentukan setakat mana seseorang pelajar itu menguasai sesuatu bahasa secara
keseluruhan. Ujian kefasihan menilai kebolehan pelajar terhadap bahasa yang
dipelajari. Ujian kefasihan secara umumnya untuk menempatkan seseorang dalam
kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Di Malaysia, peperiksaan Bahasa Melayu dianggap sebagai ujian kefasihan
kerana kelulusan dengan kepujian pada peringkat ini membolehkan pelajar meneruskan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau membina kerjata dalam sektor kerajaan
atau swasta.
6
Ujian kefasihan boleh dinilai dari beberapa aspek seperti berikut:
i. penyebutan dan pengucapan yang betul;
ii. kadar kelajuan bacaan yang sesuai;
iii. intonasi dan nada yang sesuai;
iv. pemilhan ungkapan yang betul;
v. mimik muka sesuai dengan maksud ujaran;
vi. posisi tubuh yang betul;
vii. kedudukan buku yang betul;
viii. pergerakan mata; dan
ix. bacaan mengikut pecahan ayat dan jeda yang sesuai.
3.4 Ujian Bakat
Ujian bakat atau ujian telahan dilaksanakan untuk menelah prestasi seseorang
murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ujian
bakat biasanya dibahagi-bahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin
dipelajari oleh pelajar seperti kemahiran mendengar, menterjemah atau membuat
interpretasi. Dalam satu ujian bakat, penelahan yang dibuat untuk meneka prestasi
bahasa yang mungkin dicapai oleh pelajar. Contohnya, keupayaan membezakan
bunyi-bunyi fonemik.
Menurut Raminah Haji Sabran (p. 62, 1985), ujian bakat selalunya melibatkan
data-data bahasa yang “articial” yang mengandungi berbagai-bagai unsur bahasa
seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata atau sebagainya. Ujian bakat juga
digunakan untuk mengelas individu kepada kumpulan mengikut kebolehan. Sebarang
ujian boleh digunakan untuk menelah, tetapi bakat hanya diukur apabila ujian mengukur
kemahiran kognitif dan digunakan semata-mata untuk membuat telahan, pemilihan dan
penempatan.
7
Ujian bakat juga boleh digunakan untuk mendiagnosis masalah pelajar. Guru
yang menjangkakan pelajar sedang mengalami masalah pembelajaran, guru boleh
merancang satu ujian. Contohnya, Ujian Kesediaan diberikan kepada pelajar supaya
dapat menentukan pelajar yang mengalami masalah dalam mempelajari mata pelajaran
tertentu. Setelah menganalisis masalah tersebut, guru dapat menentukan prosedur
pemilihan yang sesuai.
Menurut Mokhtar Ismail, satu ujian bakat yang sesuai dicontohi di peringkat
sekolah rendah ialah Ujian Metropolitan Readiness Tests. Ujian ini merupakan contoh
ujian dalam kategori ujian kesediaan. Dengan adanya ujian ini, guru dapat mengesan
kelemahan pelajar membaca. Sebagai contoh, pelajar kurang lancar membaca
disebabkan oleh tidak dapat membezakan huruf b dengan d, dan huruf p dengan q.
Menurut Sax (1974), dalam buku Pentaksiran Pendidikan, menyatakan bahawa
terdapat enam sub ujian seperti yang berikut:
a) Makna perkataaan : Pelajar memilih gambar daripada perkataan
yang disebut oleh pemeriksa..
b) Pendengaran : Pelajar memilih gambar yang menunjukkan makna
ayat yang dibaca oleh pemeriksa.
c) Pemadanan : Pelajar mencari persamaan dan perbezaan daripada
bentuk huruf dan rajah.
d) Nombor: Pelajar membilang dan menggunakan konsep angka yang
mudah.
e) Abjad : Pelajar memilih huruf yang betul yang dibacakan oleh
pemeriksa.
f) Menyalin : Pelajar menyalin rajah-rajah daripada buku ujian.
8
4.0 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Menurut Azizi Ahmad dan Mohd Insha Awang (2008), menyatakan bahawa JSU
merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. Pembinaan ujian yang akan
dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah
ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item
ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan
yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh memastikan pengguna diuji
dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan sebenar dengan memberikan
keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan tentang perkara yang
dipelajari.
Pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula,
proses ujian awal dan praujian bagi memastikan item ujian boleh digunakan dan
diperbaiki sekiranya ada keperluan. Sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian
akan dikaji atau dinilai oleh pakar pembina item. Proses kaji-semula boleh membantu
dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan,
kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil seperti menurut Hale (1980) yang
menyatakan bahawa :
“A Table of specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich,
2003; Linn & Gronlanmd, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating
instructional objectives to the instructional content. The column of the chart of the chart
lists the objectives or ‘levels of skill’. (Gredler,1999, p. 268)
Menurut Bloom et al. (1971) menyatakan bahawa :
“ We found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form
of a two dimensional table with objectives on one axis, the content on the other. The
cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective
behavior”.
9
Menurut Linn dan Gronlund (2000), menyatakan bahawa :
“Walaupun prosesnya mengambil dan memakan masa yang lama, tugas yang
dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja
persediaan lebih mudah pada masa depan”.
Dengan adanya Jadual Penentuan Ujian (JSU), ia dapat membantu mengenal
pasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga mengenal pasti objektif
pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom.
Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam
peringkat iaitu bermula daripada asas kepada yang lebih tinggi seperti rajah di bawah :
Rajah 1 : Peringkat Taksonomi Bloom
Penilaian
Sintesis
Analisis
Penggunaan (aplikasi)
Pemahaman
Pengetahuan
10
Menurut Atan Long (p.48, 1982), setelah JSU disediakan, langkah yang
seterusnya ialah menyediakan item-item ujian yang padan dan menepati objektif.
Setiap item hendaklah dibaca dan disemak beberapa kali supaya tidak berlakunya
kesilapan. Contoh kesilapan yang sering guru lakukan ialah istilah yang salah, struktur
ayat yang kurang sesuai, gambar atau gambar rajah yang kurang jelas, tertinggal
perkataan dan jawapan yang salah. Arahan ujian hendaklah jelas dan mudah difahami.
Contoh soalan dan cara menjawab soalan boleh diberi dan tempoh masa perlu
dicatatkan untuk rujukan pelajar.
Selain itu, item ujian hendaklah disusun mengikut aras kesukarannya iaitu
daripada item yang paling mudah ke item yang paling sukar. Guru perlu menyemak
keseuaian objektif, item-item yang telah disediakan menepati keseluruhan objektif,
mempunyai bilangan item yang memadai tajuk dan objektif berdasarkan JSU.
Menurut Atan Long (p.48, 1982), menyatakan bahawa beberapa sebab guru
perlu menyediakan JSU. Antaranya ialah:
1. Guru dapat memastikan bahawa sesuatu ujian itu dirancang dengan rapi
dan teratur.
2. Bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan kepentingan tajuk
atau objektif pelajaran. Hal ini kerana, dengan adanya JSU dapat
menjamin bahawa sesuatu ujian itu mempunyai kesahan isi dan keutuhan
yang tinggi.
3. Panduan kepada guru dan penentu kepada guru yang akan menulis
soalan.
4. JSU dapat mengekalkan taraf, mutu, dan kesukaran ujian dari masa ke
semasa.
5. Guru dapat membina ujian yang sama mutu, taraf dan kesukaran.
11
Menurut Azizi Ahmad et. al. (p.78, 2008), enam elemen yang perlu diketahui
sebelum membina JSU ialah seperti berikut:
1. keseimbangan sasaran ujian;
2. keseimbangan tahap pembelajaran;
3. format ujian;
4. jumlah item;
5. bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan
6. kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja.
4.1 Aras Taksonomi Bloom
Benjamin Bloom (1956) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang
disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras penegtahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
a) Peringkat Pengetahuan
Menurut Abu Bakar Nordin (1986), peringkat pengetahuan mencakupi semua
perilaku yang memfokus pada pengenalan dan pengingatan idea, pendapat, prinsip,
bahan, prosedur dan peristiwa yang berlaku. Aspek tingkah laku yang diutamakan pada
peringkat ini dari segi daya ingatan untuk mengingat. Pelajar ingat kembali atau
mengenal idea, fakta asas, istilah, satu frasa atau siri ayat, tempat, tarikh atau orang
yng telah dipelajari. Kata kerja tingkah laku yang biasanya digunakan dalam item
pengetahuan ialah mentakrifkan, mengecamkan, melabelkan, menamakan,
menyenaraikan, menyatakan, dan memadankan.
12
Contoh soalan peringkat pengetahuan:
b) Peringkat Kefahaman
Menurut Azizi Ahmad dan Isha Awang (2008), aspek kefahaman bermaksud
objektif, perlakuan, jawapan dan tindakan yang menunjukkan pengertian yang
bermakna. Melalui aras kefahaman, kemampuan pelajar diuji untuk membaca dan
memahami gambaran, laporan, jadual, diagram dan arahan.
Menurut Azizi Ahmad dan Isha Awang (2008), pemahaman dibahagikan kepada tiga
aspek seperti berikut :
1. Menterjemah sesuatu yang melibatkan bentuk komunikasi diubah kepada bentuk
lain tanpa mengubah makna yang asal.
2. Menginterpretasi pelbagai bentuk komunikasi apabila idea atau mesej yang
berbentuk tersurat atau tersirat.
3. Ekstrapolasi bermaksud tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang
digambarkan. Murid dapat membuat inferens tentang apa yang akan berlaku
pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diterima.
Ciri-ciri soalan berasaskan kefahaman seperti yang berikut:
1. Soalan memerlukan penggunaan proses mental kefahaman melalui langkah
iaitu terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.
2. Maklumat asas telah diberikan kepada murid.
3. Memerlukan benda atau alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir dan
dilanjutkan.
Pelancong Barat lebih suka …………………. di bawah matahari.
A. dijemurB. berjemurC. terjemurD. menjemur
13
4. Calon menyatakan kefahamannya dalam ayat atau perkataan sendiri.
5. Contoh perkataan yang digunakan dalam aras kefahaman ialah huraikan,
bandingkan, bezakan, nyatakan dengan perkataan anda sendiri.
Contoh soalan peringkat kefahaman:
c) Aplikasi
Menurut Abu Bakar Nordin (1986), aplikasi bermaksud penguasaan ciri-ciri yang
terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan cara am dalam situasi
khusus dan situasi am. Peringkat aplikasi merupakan peringkat ketiga dalam
Taksonomi Bloom. Dalam konteks pembinaan item ujian, soalan pada aras ini bertujuan
menentukan sama ada pelajar dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian serta
menggunakan dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang baharu dihadapi.
Pelajar hendaklah memahami ciri-ciri asas yang terdapat pada aspek berkenaan.
Hukum, kaedah, prinsip, teori yang perlu digunakan supaya kebolehan
menggunakan prinsip dan membuat generalisasi kepada masalah dan situasi baharu
merupakan objektif pengajaran yang biasa digunakan dalam bilik darjah. Pada
peringkat aplikasi ini, pelajar dapat dikesan sama ada mereka menguasai sesuatu
kemahiran dalam mata pelajaran berkenaan.
Hannani mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada
penculik yang sedang tidur. Perkataan seerti bagi kesempatan ialah
A. peluang
B. peranan
C. kehendak
D. kesanggupan
14
Ciri-ciri soalan berasaskan aplikasi seperti berikut:
1. Soalan menggunakan proses mental aplikasi.
2. Objektif memerlukan tiga frasa, iaitu kebolehan menggunakan, prinsip atau
generalisasi dan situasi baharu.
3. Situasi masalah hendaklah baharu, iaitu tidak sama dengan masalah yang
disentuh dalam bilik darjah.
4. Perkataan yang sering digunakan ialah gunakan, pilih, buat, kira, selesaikan, dan
lain-lain.
Contoh soalan peringkat aplikasi :
d) Analisis
Menurut Atan Long (1982), pada peringkat analisis, pelajar memeriksa yang
kompleks dan memecahkannya kepada bahagian yang kecil. Peringkat analisis
mempunyai fungsi tertentu dengan membahagikan dan menentukan bahagian-
bahagian kecil atau unsur bagi sesuatu perkara yang dikemukakan dan memperlihatkan
pertalian antara unsur-unsur itu.
“Azzah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian”.
Manakah antara yang berikut membantu mempercepat pengeringan pakaian
itu?
I. sejukII. berangin
III. mendungIV. panas
A. I dan II sahaja C. II dan IV sahaja
B. I dan III sahaja D. III dan IV sahaja
15
Menurut Mohamad Fauzi Yunus (1996) dalam teksnya bertajuk “Pembinaan
Soalan dan Analisis Item” menyatakan bahawa aras kognitif pelajar mengasingkan
idea-idea ke dalam komponen-komponen berasingan dan mereka dapat menunjukkan
yang mereka mempunyai hubungan antara komponen-komponen tersebut. Peringkat
analisis memerlukan penentuan organisasi dan struktur sesuatu komunikasi.
Ciri-ciri soalan berasaskan analisis :
1. Soalan menggunakan proses mental iaitu sama ada analisis unsur atau
hubungan prinsip organisasi.
2. Situasi masalah mestilah baharu, tidak biasa atau berbeza daripada pengajaran.
3. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada murid.
4. Memerlukan fikiran kritis, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
5. Perkataan yang kerap digunakan ialah mengapa, kenapa, apakah faktor,
buatkan rumusan, buktikan, dan sebagainya.
Contoh soalan peringkat analisis :
Penulis sebuah penilaian dalam pendidikan menyatakan calon akan memperoleh jawpan yang betul sebanyak 50 peratus dalam ujian benar-palsu dengan cara meneka. PIlih andaian berikut yang mungkin dibuat oleh penulis.
A. Calon meneka dengan bijak.B. Calon meneka secara membuat tuli.C. Tekaan calon dibantu oleh penentu khusus.D. Tekaan calon dibantu pengetahuan separa dan penentu khusus.
16
e) Sintesis
Menurut Mohamad Fauzi Yunus (1996) dalam teksnya bertajuk “Pembinaan
Soalan dan Analisis Item” menyatakan bahawa aras kognitif yang menghendaki pelajar
menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang
terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Menurut Azizi Ahmad dan Isha Awang (2008), sintesis membawa makna
penggabungan unsur dan bahagian supaya berkomunikasi itu lebih berstruktur dan
tersusun. Manakala, menurut Atan Long (1982), pelajar mengintegrasikan dan
mencantumkan idea menjadi suatu hasil, rancangan yang baru atau menghubungkan
maklumat dengan cara yang istimewa dan tersendiri dalam usaha menyelesaikan
masalah dan membuat ramalan.
Ciri-ciri soalan berasaskan sintesis :
1. Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.
2. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baharu kepada pelajar atau berbeza
daripada pengajaran.
3. Memberikan kebebasan kepada calon untuk menjawab sama ada dari segi isi
atau masa.
4. Hasilnya dinilai oleh “pengguna” seperti pembaca atau pemerhati.
5. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti.
6. Bentuk soalan objektif dan esei memerlukan masalah untuk diselesaikan dalam
bentuk daya kreatif yang tinggi.
7. Perkataan yang kerap digunakan ialah ramakan, hasilkan, tuliskan, cadangkan
apa akan berlaku dan lain-lain.
17
Contoh soalan peringkat sintesis :
f) Penilaian
Menurut Azizi Ahmad dan Isha Awang (2008), penilaian memerlukan murid tahu
akan kriteria yang digunakan bagi menilai perkara yang berlainan. Murid membuat
pertimbangan tentang nilai bagi bagi sesuatu tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesaian
bahan dan sebagainya. Manakala Mohamad Fauzi Yunus (1996) dalam teksnya
bertajuk “Pembinaan Soalan dan Analisis Item” menyatakan bahawa aras kognitif yang
menghendaki pelajar melakukan penilian, diskriminasi memberi rasional dan
menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.
Ciri-ciri soalan berasaskan penilaian :
1. Soalan menguji proses mental peringkat penilaian.
2. Situasi masalah yang hendak dinilai mesti baharu dan tidak biasa disentuh
dalam pengajaran di bilik darjah.
3. Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.
Sekumpulan haiwan mempunyai sifat-sifat berikut:
Berdarah sejuk
Bernafas dengan kulit dan paru-paru
Bertelur dan persenyawaan di luar
Rupa anak tidak serupa dengan ibu bapa
Kumpulan haiwan yang dimaksudkan ialah:
A. Mamalia
B. Amfibia
C. Reptilia
D. Ikan
18
4. Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga bahagian iaitu apa yang hendak
dinilai, arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan dalam penilaian itu.
5. Perkataan yang digunakan ialah pertimbangkan, taksirkan, tentukan,
pertahankan dan sebagainya.
Contoh soalan peringkat penilaian :
Di antara pendekatan-pendekatan berikut, yang manakah PALING
berkesan digunakan untuk menyerap nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-
kanak?
A. Asuhan di rumah
B. Pengajaran di sekolah
C. Aktiviti kokurikulum
D. Budaya sekolah
19
5.0 Pembinaan Item Ujian Objektif
5.1 Definisi Item Ujian Objektif
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respon. Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen
pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan
untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis
ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.
Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markat
jawapan yang sama. ujian objektif ialah ujian yang menghendaki jawapan yang tepat.
Tiap-tiap satu item ataupun soalan hanya menumpukan satu perkara dan satu
peringkat dalam pengetahuan atau kemahiran.
Menurut Gronland (1977), menyatakan bahawa :
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa
secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika
memeriksa tindak balas yang serupa”.
20
5.2 Kelebihan Ujian Objektif
Beberapa kelebihan ujian objektif yang dilaksanakan di sekolah. Antaranya ialah:
a) Murid dapat diuji bidang kognitif mereka di peringkat pengetahuan fahaman
(mengikut taksonomi Bloom) dengan berkesan;
b) Lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang yang luas dapat diuji dalam satu
ujian kerana soalannya dapat dijawab dengan cepat;
c) Analisis item selepas ujian mudah dijalankan.
5.3 Kelemahan Ujian Objektif
Beberapa kelemahan ujian objektif yang dilaksanakan di sekolah. Antaranya
ialah :
a) memerlukan banyak masa, usaha dan perbelanjaan untuk membina item
yang bermutu tinggi;
b) kurang sesuai untuk menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi
seperti aras analisis, sintesis dan penilaian;
c) tidak dapat menguji kebolehan calon menyusun dan membentangkan idea
dalam tulisannya;
d) kurang sesuai digunakan sebagai ujian formatif;
e) mengulang kaji soalan-soalan yang lepas dapat meninggikan prestasi calon
dalam ujian;
f) Calon yang tidak tahu meneka jawapan.
5.4 Jenis soalan berbentuk objektif
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1. Jenis Item Respon Bebas (separuh objektif)
2. Jenis Item Respon Tetap (benar-benar objektif)
21
1. Jenis Item Respons Bebas (separuh objektif)
Jenis item ini memerlukan murid memberi respon dan tidak hanya
menandakan jawapan betul daripada senarai jawapan yang telah disediakan.
Item ini adalah dalam bentuk soalan langsung, perkataan rangsangan, atau
rangkai kata, atau satu kenyataan yang tergantung. Calon ujian perlu mengisi
perkataan di tempat-tempat yang dikhaskan.
Jenis item gerak balas bebas ialah :
a) jawapan pendek;
b) melengkapan ayat;
c) perkaitan.
Contoh adalah seperti berikut :
“Isikan tempat-tempat kosong di bawah ini”.
a) Item Jawapan Pendek
Satu soalan atau kenyataan diberi dan murid dikehendaki memberi
jawapan yang betul. Jawapan adalah dalam bentuk perkataan, rangkai kata, atau
nombor.
Contoh soalan:
i. Apakah maksud “disempurnakan” ?
…………………………………………………………………………………………….
b) Item Melengkapkan
Item ini adalah bentuk satu ayat dengan perkataan, atau rangkai kata
tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat kosong untuk diisikan oleh
murid. Ayat ini boleh mengandungi satu, atau lebih tempat kosong.
22
Contoh soalan :
Setiap minggu, adik Hidayah mengelap cermin tingkap biliknya dengan
menggunakan ....................... tuala.
c) Item Perkaitan
Satu senarai perkataan diberi dan murid dikehendaki memberi jawapan
yang berkaitan dengan perkataan yang berkenaan di sebelahnya.
Contoh :
Di sebelah setiap nama negeri, tuliskan nama tarian tradisionalnya :
i. Pulau Pinang ……………………..
ii. Melaka ……………………..
2. Jenis Item Respons Tetap (benar-benar objektif) :
Terdapat empat jenis item respons tetap iaitu :
a. Item betul atau salah
b. Item memadankan
c. Item pengelasan
d. Item susun semula
e. Item beraneka pilihan
a) Item betul atau salah
Satu kenyataan diberi dan murid dikehendaki membuat pilihannya, iaitu
sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Item ini
merupakan sejenis solan yang paling mudah dan soalannya juga mudah dibina.
23
Contoh:
Maksud simpulan bahasa untuk ‘cakar ayam’ ialah tulisan yang cantik.
Betul/Salah
b) Item Memadankan
Item memadankan memerlukan sesorang calon memilih perkara di ruang
kanan untuk dipadankan dengan perkara di sebelah kiri. Murid diminta
menyuaikan (melukis garisan lurus) perkara di sebelah kiri dengan perkara di
sebelah kanan.
Contoh :
A. Padankan gambar dengan perkataan yang sesuai.
1. ceri
2. cilim cili
c) Item Pengelasan
Item jenis ini mempunyai beberapa perkataan, atau tajuk diberi dan
kemudian beberapa soalan dibuat berasaskan kenyataan, atau tajuk tersebut.
Bagi setiap perkataan, rangkai kata, atau soalan, murid dikehendaki memilih
kenyataan yan paling berkaitan dengannya. Hurufnya ditulis atau ditandakan di
sebelah kenyataan itu.
24
Contoh :
Di bawah ini ialah satu senarai lima buah bandar di Malaysia:
A. Kuala Lumpur
B. Melaka
C. Pasir Gudang
Pilih nama bandar yang betul bagi tiap-tiap keterangan berikut :
1. Ibu negara Malaysia
2. Bandar yang bersejarah
d) Item Susun Semula
Item jenis ini menghendaki calon menyusun satu set ayat yang tidak
tersusun atau berturutan supaya menjadi suatu cerita atau perenggan yang
bermakna. Misalnya, membuat karangan berpandukan gambar bersiri.
e) Item Beraneka Pilihan
Item jenis ini mengandungi pokok soalan yang boleh berbentuk soalan,
kenyataan, atau kenyataan tergantung dan beberapa respon atau gerak
balas.Item jenis beraneka pilihan ini mempunyai hanya satu daripada respon ini
dijadikan jawapan yang betul dan bakinya dinamakan pemesong.
Item beraneka pilih terbahagi kepada tiga komponen asas iaitu :
1. Stimulus
Stimulus ialah maklumat khusus yang menunjukkan item itu didasarkan.Ia
berbentuk teks, grafik, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.
2. Stem
Stem ialah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat
lengkap, ayat tidak lengkap dan lain-lain lagi.
25
3. Pilihan/opsyen
Pilihan atau opsyen ialah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilhan
jawapan dan biasanya berbentuk angka, symbol, frasa, gambar rajah, jadual
dan lain-lain lagi.
Komponen ini mengandungi dua fungsi iaitu :
a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik
b) Penganggu atau distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar
daripada jawapan sebenar.
Contoh :
Setelah berjaya dalam perniagaannya, Baihaqi telah melupakan jasa ibu
bapanya. Stimulus
Sikap Baihaqi seperti Stem
A. bagai menatang minyak yang penuh.
B. seperti kacang lupakan kulit Pilihan/opsyen
C. bagai kaduk naik junjung
D. seperti aur dengan tebing
26
27
28
7.0 Item Pembinaan Ujian Objektif
(Aras Pengetahuan 1-5)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “……………ternampak kemalangan itu semasa pulang dari sekolah,” kata Aiman.
A. Awak
B. Kamu
C. Saya
D. Kita
2. Zakiah mengambil masa yang agak ……………………… untuk menjawab soalan
Matematik itu.
A. lama
B. besar
C. tinggi
D. banyak
3. Maisyarah menulis ……………….. surat kepada rakannya yang berada di Sabah.
A. sehelai
B. sepucuk
C. sekeping
D. senaskah
4. Baju-baju terpakai itu dikumpulkan oleh mereka untuk disermakan …………….. anak-
anak yatim.
A. ke
B. pada
C. kepada
D. daripada
29
5. …………….. berikan majalah ini kepada kakak kamu.
A. Tolong
B. Jemput
C. Minta
D. Sila
(Aras Kefahaman 6-10)
6. Pergaduhan Amin dengan abangnya tidak lama, mereka akan berbaik semula.
Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan ayat yang diberi.
A. bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B. sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit
C. sudah terhantuk baru mengadah
D. air dicincang tidak akan putus
7. Rashid sangat mahir menggunakan komputer.
Pilih perkataan seerti bagi mahir.
A. lancar
B. cekap
C. petah
D. fasih
8. Kita hendaklah berjimat dengan cara menabung untuk kesenangan pada masa
hadapan.
PIlih perkataan berlawan bagi menabung.
A. membazir
B. membuang
C. menyimpan
D. menghimpun
30
Soalan 9-10
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
9. Umat Islam menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan puasa.
A. Bulan puasa menahan umat Islam daripada menahan lapar dan dahaga.
B. Bulan puasa merupakan masa bagi umat Islam menahan lapar dan dahaga.
C. Umat Islam menahan bulan puasa daripada lapar dan dahaga.
D. Lapar dan dahaga menahan umat Islam daripada berpuasa.
10. Semasa melintas jalan, tangan kakak dipegang oleh adik dengan erat.
A. Tangan kakak memegang tangan adikm dengan erat semasa melintas jalan.
B. Adik memegang kakak dengan erat semasa melintas jalan .
C. Semasa kakak melintas jalan, adik memegang tangan dengan erat.
D. Adik dan kakak memegang tangan dengan erat semasa melintas jalan.
( Aras Aplikasi 11- 14 )
Soalan 11-14
Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
11. A. Anak Puan Habsah bukan berkahwin lagi.
B. Jemput bertenang sebentar hadirin sekalian.
C. Hashim tidak sepupu dengan Encik Masdor.
D. Usah percaya akan khabar angin itu, Zakiah.
31
Soalan 13-14
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
12. I Adik nyenyak di dalam buaian sejak petang tadi.
II Ayah melarang saya bermain di sungai yang dalam itu.
III Azam membantu adiknya di dalam menyelesaikan masalah pelajaran.
IV Fikirkanlah keputusan yang kamu ambil itu dengan dalam.
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II, dan III
D. II, III dan IV
13. I Datuk telah menyimpan padi di dalam lapang.
II Kawasan rumah barunya itu sangat lapang.
III Saya masih mempunyai masa lapang untuk berkebun.
IV Baju yang lapang itu telah dihadiahkan oleh sahabatnya.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan III
14. I Jalan ke kampung itu ditutup buat sementara waktu kerana banjir.
II Dia mencari jalan untuk menyelesaikan masalah syarikatnya.
III Projek perumahan itu telah mendapat jalan untuk diteruskan.
IV Pisang goreng yang dijualnya telah jalan sekelip mata.
A. I dan II B. II dan III
32
C. III dan IV D. I dan IV
(Aras Penilaian 15-17)
Pilih ayat yang betul.
15. I Tolong membelikan barang itu. II Syabas, kamu telah berjaya menjuarai acara ini! III Minta makan kuih yang saya hidangkan itu. IV Sesetengah ibu bapa tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka.
A. I dan IV sahaja B. II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. II, III dan IV
16. I Setiap pagi emak menanak nasi sebelum ke tempat kerja. II Semua murid-murid datang awal ke sekolah pada hari Isnin. III Kakak menebang daun pisang bagi membungkus nasik lemak. IV Ayah berkita-kira untuk membawa datuk dan nenek ke Mekah.
A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja C. III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
17. I Azwan akan menunggu kita di bas stesen pada petang ini. II Sila belikan pensel warna di kedai buku. III Khadijah mempelawa kami ke rumahnya. IV Tugasan ayah tidak dapat disiapkan kerana komputernya rosak.
A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja C. III dan IV sahaja D, II, III dan IV sahaja
33
Kefahaman
Kaji jadual di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya
Jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
Sekolah Kebangsaan Dusun Muda
Kesalahan Melayu Cina India Jumlah
Melepak di pusat beli-belah 10 9 11 30
Ponteng di kafe siber dan pusat permainan
video
8 20 7 35
Bergaduh 1 2 2 5
Mencuri 2 4 3 9
Menghisap rokok 30 2 8 40
Peras ugut 2 4 8 14
(Aras Analisis)
18. Berapakah bilangan pelajar Melayu yang melakukan kesalahan bergaduh dan
peras ugut di sekolah itu?
A 35 orang
B 19 orang
C 5 orang
D 3 orang
(Aras Analisis)
19. Berapakah jumlah pelajar yang didapati melakukan kesalahan di Sekolah
Kebangsaan Dusun Tua?
A 172 orang
B 133 orang
34
8.0 Kesimpulan
Dalam pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan pengujian adalah aspek
penting untuk mengukur objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditentukan dapat dicapai. Terdapat beberapa jenis penilaian bahasa yang boleh
dilaksanakan di sekolah iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian bakat dan ujian
kefasihan.
Penilaian bahasa yang lain boleh dilaksanakan di sekolah ialah ujian pencapaian
dan ujian kemajuan, Berdasarkan kepada hasil ujian dan penilaian tersebut, guru dapat
memperbaiki kaedah pengajarannya dengan merangka strategi-strategi baru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembinaan Jadual Spesifikasi Tugasan (JSU) hendaklah dijalankan mengikut
perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Melalui JSU, guru
dapat membina soalan yang berkualiti dan mengikut aras Taksonomi Bloom. Peringkat-
peringkat dalam Taksonomi Bloom perlu dikuasai oleh guru sebagai persediaan untuk
membina soalan yang mempunyai kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran
adalah terjamin. penulisan item pembinaan objektif hendaklah mengikut garis panduan
yang betul supaya guru dapat menulis dengsn baik dan berkesan.
35
9.0 Refleksi Kendiri
Melalui tugasan yang diberikan, saya telah mendapat beberapa input mengenai
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sememangnya bahasa adalah
fenomena yang kompleks dan susah untuk didefinisikan. Sesungguhnya, bahasa
adalah satu peraturan atau sistem simbol yang terarah untuk menghubungkan makna
melalui perkongsian kod dari simbol-simbol arbitrari. Melalui bahasa, murid belajar
mengetahui diri sendiri, orang lain dan sesuatu tentang dunia ini. Saya berasa
bersyukur kerana dapat menambah ilmu pengetahuan supaya dapat diaplikasikan di
sekolah kelak.
Kelebihan dalam penghasilan tugasan ini ialah saya dapat mempelajari dengan
lebih lanjut tentang pembinaan ujian. Setelah mempelajarinya, barulah saya ketahui
bahawa pembinaan ujian hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi
ujian yang ditetapkan. Dengan adanya kaedah ini, pelajar akan diuji dengan ujian yang
relevan dan sah mengikut kebolehan sebenar dengan memberi keyakinan bahawa
pelajar mempunyai asas pengetahuan tentang perkara yang dipelajari.
Melalui tugasan ini, saya menyedari bahawa pelajar yang sedang belajar perlu
mengetahui kemajuannya dalam pembelajaran. Dalam pembelajaran bilik darjah,
penilaian guru terhadap murid merupakan faktor yang penting untuk mengesan
pencapaian pembelajaran. Oleh itu, guru perlu mengetahui jenis-jenis penilaian
bahasa. Dengan adanya penilaian, kesilapan murid dapat dibetulkan oleh guru. Di
samping itu, saya juga berpeluang berdamping dengan guru Bahasa Melayu untuk
bertanya tentang ujian objektif dan JSU.
36
Masalah yang dihadapi dalam menyelesaikan tugasan ini ialah pada mulanya
saya tidak memahami bagaimana untuk menulis item ujian objektif mengikut Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) yang bersesuaian dengan murid Tahun Empat. Selain itu, saya
menghadapi masalah dalam kemahiran sistem tatabahasa yang betul. Saya mengalami
masalah juga dalam mencari nota-nota yang berkaitan dengan folio terutamanya nota-
nota tentang “Kaedah Penilaian Bahasa”. Rujukan melalui buku kurang saya dapati
menyebabkan saya merujuk sumber internet.
Langkah mengatasi ialah saya telah merujuk pensyarah iaitu Encik Hamdan
supaya dapat memberi keterangan yang jelas tentang JSU dan item ujian objektif.
Selain itu, saya merujuk bahan bacaan daripada tokoh-tokoh akademik yang berilimiah
di perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Setelah itu, saya
mengkaji semula tentang hasil dapatan saya itu. Saya juga banyak bertanya kepada
rakan sekuliah tentang pendapat ataupun pemahaman mereka berkisar dengan
tugasan ini.
Pada pendapat saya, seorang bakal pendidik itu haruslah menguasai setiap cara
menggubal soalan dengan baik dan mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menjadikan
sesuatu penilaian berkesan. Maka, objektif serta matlamat yang hendak dicapai akan
tercapai dengan jayanya. Saya telah mendapat lebih kefahaman, pengetahuan dan
mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah dalam proses menyediakan tugasan ini.
Tugasan ini dapat saya siapkan hasil dorongan keluarga, rakan, para pensyarah dan
bantuan daripada rakan sekumpulan. Saya berharap apa yang saya sembahkan ini
telah menjawab dan menepati kehendak soalan
Rumusannya, tugasan BMM 3103 membawa seribu erti bagi saya
kerana mendapat gambaran sebenar tentang pendedahan menyediakan JSU dengan
bersesuaian mengikut aras murid.. Saya akan menghubungkait teori dan praktis untuk
persediaan menjadi guru kelak.
37
RUJUKAN
Abu bakar Nordin (1986), Asas Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Heinemann
(MALAYSIA) SDN. BHD
Atan Long (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
SDN. BHD.
Azizi Ahmad (Julai 2010), HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.
Selangor: Open University Malaysia (OUM).
Azizi Ahmad et. al (2008), Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik ( 1994), Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknik. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors SDN. BHD.
Dr. Koh Boh Boon (1985), Pengajaran Pemulihan Dalam Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Utusan Publibations & Distrubutors SDN. BHD.
Konsep Pentaksiran dan Pengujian. (Atas talian) Diambil daripada
http://pengajian-.blogspot.com/2011/10/konsep-pentaksiran-pengujian-dan.html diambil
pada 25 Julai 2012.
Konsep Pentaksiran. Pengujian dan penilaian. (Atas Talian) Diambil daripada
http://lamanjpmipgkti.blogspot.com/2010/08/pentaksiran-pengujian-penilaian.html pada
25 Julai 2012.
Mok Song Sang & Lee Shok Mee (Julai 2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia SDN. BHD.
38
Pembinaan Soalan dan Analisis Item. (Atas Talian) Diambil daripada
http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf diambil pada 27 Julai 2012.
Prof. Dr. Isahak Harun et. al (1985), Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur
: Utusan Publications & Distributors SDN. BHD.