Download - Anak Sayang Vs Anak Malang
ANAK SAYANG
VS
ANAK MALANG
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Tersebutlah satu penceritaan.....
Kisah pengalaman Jauh.... di pendalaman
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Seorang Ibu yang punya impian
Mempunyai anak yang ramai bilangan
Pada Tuhan segala pujian
Kesemuanya berjaya dalam pendidikan
Kecuali seorang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Anak yang menempa kejayaan
Dianggap permata yang berkilauan
Bagai minyak yang penuh ditatang
Dan digelar ‘Anak Sayang’
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Manakala anak yang kegagalan
Dianggap pembawa malang
Kekal menjadi khidmat suruhan
Dan digelar ‘Anak Malang’
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Yang Berjaya....
Keluar menuju ke kota
Memenuhi hajat dan cita-cita
Hebat dalam bekerjaya
Tak dipersia segala yang diusaha
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Diteruskan dengan matlamat
Mengangkat nama dan darjat
Pelbagai jawatan diberi mandat
Disanjungi pelbagai lapisan masyarakat
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Yang gagal diri
Terus berkampung untuk berdikari
Di situ tumpahnya darah, di situlah bumi sendiri
Di situ kelahiran , di situlah langit dijunjungi
Tiada apa untuk ditangisi
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Berkebun sebagai punca rezeki
Dan ke sungai menambah pendapatan diri
Yang lebih dahsyat lagi
Tiada hak kelayakan untuk dihormati
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Inilah yang dikatakan
‘Adat Kehidupan’
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Anak kesayangan
Menghantar wang bulanan
Khuatir ibu tiada perbelanjaan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Anak malang
Tiada pemberian
Kerna hasil mengikut keadaan
Adakala cerah adakala hujan.
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Lihatlah mereka yang telah menempa kejayaan
Sungguh senang dalam penghidupan
Tanpa perlu berhempas pulas membanting tulang
Leteran acap sebagai perbandingan
Antara anak sayang vs anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Sungguh meresap dalam jiwa
Tiada luahan dapat dikata
Memang benar tiada syak wasangka
Betullah setiap apa yang dikata
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Hari berlalu pergi
Musim berganti
Usia terus meningkat tinggi
tanpa menoleh ke belakang lagi
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Kudrat si ibu semakin terhalang
Rambut kian beruban
Kabur sudah penglihatan
Semakin kurang pendengaran
Gigi mula bergoyang
Kesakitan akhirnya teransang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Untuk penjelasan
Perlukan lebih perhatian
Tapi ... dari siapa yang dimaksudkan?
Tentulah dari anak yang dikandungkan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Anak malang memerah sepenuh keupayaan
Bertungkus lumus untuk penjagaan
Dari pagi sampai ke malam
Semalam ,dini hari esok secara berterusan
Pendeknya tiada had waktu sempadan
Mengawasi ibu menjadi keutamaan
Khuatir berlaku suatu kejadian
Kelak Menyesal tanpa kesudahan
Yang hairan di mana anak kesayangan
Berita kesihatan telah disebarkan
Hingga kini batang hidung tiada kelihatan
Masing-masing berdolak dalik untuk pulang
Bebanan kerja menjadi alasan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Yang hairan di mana anak kesayangan
Yang sentiasa menjadi sebutan
Hingga kini tiada bayangan
Air mata menitis tanpa kerelaan
Mengenang di mana anak kesayangan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Yang hairan sememang hairan
Di mana anak kesayangan
Yang dulunya menjadi pujian
Hingga kini tiada kelihatan
Hanyut dalam khayalan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Yang hairan bertambah hairan
Di mana anak kesayangan
Ketika ibu sangat memerlukan
Wang bukan taruhan
Kasih sayang yang didambakan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Buruk buruk anak malang
Sakit pening di bawah kawalan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Buruk buruk anak malang
Ibu tidak keseorangan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Buruk buruk anak malang
Buruk lagi dirundung kesepian
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Buruk buruk anak malang
Dialah insan bukan sebarangan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Begitulah lumrah alam ciptaan Tuhan
Dalam kejadian ada pasangan
Saling bergandingan
Bagi mereka yang memikirkan
Betapa indahnya suatu ciptaan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ada siang ada malam
Ada tinggi ada rendah
Ada putih ada hitam
Ada surut ada bah
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Dalam sorotan kita lihat pertandingan
Antara anak sayang vs anak malang
Siapakah yang jadi pemenang ?
Si Sayang atau Si Malang ?
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Kita saksikan……
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Siapakah yang menghilangkan kesunyian tatkala ibu keseorangan?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Siapakah yang awal memberi khidmat ketika mana ibu memerlukan?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Siapakah yang menjadi pelindung ketika ibu ketakutan?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Siapakah yang menjaga ibu ketika Sakit & demam ?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketika Ibu kesakitan.....
Siapa yang menghantar ke klinik untuk rawatan?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketika Si Ibu kesakitan.....
Tangan siapakah yang menyuap makanan dan minuman?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketika Si Ibu kesakitan.....
Siapakah yang menjaga hal ubat-ubatan?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketka Si Ibu kesakitan.....
Siapakah yang memapah ke bilik air untuk dimandikan?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketika Si Ibu kesakitan.....
Siapa yang memantau seharian?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketika Si Ibu kesakitan......
Siapakah yang membersihkan najis yang bertaburan?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketika Si Ibu kesakitan.......
Siapakah yang menukar lampin pakai buang?
Jawapannya: Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Dan Siapakah yang berada di sisi ibu ketika saat kematian?
Jawapannya:
Si anak malang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Semuanya adalah Si ANAK MALANG
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Semuanya dilakukan dengan sempurna sekali
Oleh anak yang paling dibenci
Iaitulah:
Si anak malang
Betapa hebatnya yang digelar
‘Si Anak Malang’
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Persoalan yang perlu difikiri
Adakah anak sayang tidak bererti?
Atau ...
Tidak dapat berbakti?
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Baktinya....
Hanya dijelmakan melalui kewangan semata
Kerana wang adalah segala-segalanya
Kerana wang kita dapat membeli dunia dan seisinya
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Percayalah wang itu penting diberi
Tapi ianya tidak akan memadai
Walaupun dalam jumlah yang begitu tinggi
Hakikatnya ada yang lebih penting lagi
Jangan sampai pandangan terlepas pergi
itulah kasih sayang sejati
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Sepertimana belaian yang diberikan
Sejak dalam kandungan
Apatah lagi saat kelahiran
Hinggalah sihat dalam pembesaran
Tak kan tertebus dengan bayaran
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Ketika usia di hujung senja
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Percayalah...Dengan kewangan
Tak kan dapat mengembalikan umur seseorang
Biarpun terhasil pelbagai ramuan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Percayalah....Dengan kewangan
Tak kan dapat menambat selera makan
Cukuplah sekadar menyambung kehidupan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Percayalah....Dengan kewangan
Tak kan larat membeli perhiasan
Yang ada pun tidak dipakaikan
Kekal di tempat simpanan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Dan percayalah....Dengan kewangan
Tak kan dibeli pelbagai pakaian
Mengikut peredaran zaman
Cukuplah dengan pakaian yang usang
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Kesimpulan ...
Dari kisah yang dipertontonkan
Siapakah sebenarnya pemenang ?
Diantara Si Sayang vs Si Malang?
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Jawapan:
Sila ambil perhatian
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Andai Si Malang
Yang dapat melakukan setiap tugasan
Maka dialah Insan CEMERLANG
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Andai Si Sayang
Yang dapat melakukan setiap tugasan
Maka dialah insan GEMILANG
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Andai kedua-duanya Sayang dan Malang
Sama-sama melakukan disetiap tugasan
Maka kedua-duanya adalah insan TERBILANG
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Duniawi dan Ukhrowi
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Betapa indah nian Suatu Ciptaan Tuhan Diantara dua insan Saling memerlukanDalam melengkapi kehidupan
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Sekian terima kasih
ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
Skrip & Penceritaan :
Rosmat Rabu UiTM Sabah