ANAK MUDA RAUB
Facebook: Islamic Circles of Raub (iCoRe) / Icore Raub
Buletin ini tiada hak cipta terpelihara. Anda dibenarkan untuk mencetak, menyalin dan menyiarkan mana-mana
bahagian buletin ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa perlu mendapat kebenaran daripada pihak ICoRe.
Semoga kita memperoleh manfaat bersama. InsyaAllah.
Pada 25 Januari 2014 yang lalu, Islamic Circles of Raub (ICoRe) telah mengadakan
Wacana Ilmu Siri 4 yang bertajuk "Rasulullah Idola Terunggul" bertempat di Surau Hajjah Halijah, Taman
Amalina Lestari, Raub. Program wacana ilmu ini merupakan salah satu platform bagi ahli-ahli ICoRe khusus-
nya yang sudah melanjutkan pengajian ke menara gading untuk berkongsi ilmu, pandangan dan pengalaman
berdasarkan latar belakang bidang pengajian masing-masing. Di samping itu, wacana ilmu ini juga bertujuan
untuk menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan anak muda di Raub.
Antara barisan panel yang hadir untuk membincangkan tajuk ini adalah saudara Mohd Dhiyauddin
Fadli, merupakan bekas pelajar USM yang kini bertugas sebagai pegawa farmasi, saudari Saidah Sakinah,
pelajar jurusan Sejarah di UKM dan saudari Umi Atikah, pelajar jurusan Al-Quran dan As-Sunnah di USIM.
Manakala moderator bagi wacana ilmu kali keempat ini adalah Muhamad Hazim, merupakan bekas pelajar
SMK Mahmud, Raub. Video rakaman wacana ilmu ini boleh didapati di laman Youtube yang bertajuk:
Wacana Ilmu Siri 4: “Rasulullah Idola Terunggul”.
1
Berita icore
Pada 28 Disember 2013 yang lepas, Islamic Circles of
Raub (ICoRe) julung-julung kalinya telah mengadakan
program perdana iaitu Karnival Mahabbah 2013. Pro-
gram yang diadakan dengan kerjasama pihak Masjid
Sultan Abu Bakar Raub tersebut bertujuan untuk me-
mupuk semangat persaudaraan dalam kalangan
masyarakat Raub di samping menerapkan budaya
ilmu serta menjadi sebuah program sambutan tahun
baru yang bermanfaat serta berlandaskan Islam. Den-
gan membawa tema “2014 Disambut, Mahabbah Di-
taut”, Karnival Mahabbah diisi dengan pelbagai
pengisian yang menarik antaranya terdapat pelbagai
gerai dan pameran dibuka, pertandingan berbentuk
ilmiah dan santai seperti Ikon Remaja, Pertandingan
Mewarna, Street Soccer serta kemuncaknya adalah
forum bersama panel istimewa iaitu Imam Muda
Asyraf dan Mat Luthfi pada waktu malam.
Alhamdulillah, karnival yang berlangsung seawal jam
10.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam ini men-
dapat sambutan yang agak memberansangkan dari
masyarakat Raub terutamanya generasi muda. Pada se-
belah pagi, telah diadakan pertandingan Ikon Remaja,
Spell It Right “Jawi”, Daie Kecil yang berakhir pada pukul
1.00 tengahari. Manakala, pertandingan Street Soccer
dan Rubik’s Cube pula diadakan sehingga petang ber-
mula dari pagi.
Pada sebelah petang pula iaitu selepas solat Zuhur,
diadakan pula Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak
lelaki dan perempuan serta slot istimewa Tanyalah Usta-
zah bersama Ustazah Nurhoneydayati Abdul Manap yang
merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dengan topik “Cinta Halal”.
Pada sebelah malam pula, sebagai acara kemuncak,
Karnival Mahabbah 2013 telah menampilkan dua orang
panel forum yang istimewa dan dekat di hati generasi muda masa kini iaitu Imam Muda Asyraf dan Mat
Luthfi. Gandingan dua sosok istimewa yang berlainan latar belakang bidang ilmu ini telah berkongsi ilmu,
pandangan dan pengalaman mengenai tajuk “Membudayakan Islam di Tahun Baru”. Rakaman video fo-
rum boleh didapati di laman Youtube: MEMBUDAYAKAN ISLAM DI TAHUN BARU bersama MAT LUTHFI dan
IMAM MUDA ASYRAF.
2
PSYCHOLOGÍA: SAPERE AUDE!
SOCIAL LOAFING
“Apa yang penting?” tanya Ming Ming si Itik. “Kerjasama!” jawab Tuck si Kura-Kura dan
Linny si Tupai. Maka, hal ini berlarutan sehingga berabad lamanya. “Kerjasama, adalah
polisi yang terbaik!”, kata sekumpulan haiwan yang gemar berceloteh itu. Bak kata
pepatah Inggeris, ‘Many hands make light work’. Ironinya, dalam kehidupan harian kita
sebenarnya kita belum pernah sedar sebenarnya kerjasama adalah salah satu alasan un-
tuk tidak bekerja: Teamwork means never having to take all the blames.
Pernahkah anda mendengar tentang ‘Social Loafing’? ‘Social Loafing’ adalah situasi
di mana sesuatu kerja itu dilakukan secara remeh atau bukan dalam prestasi sebenar dek
kerana seseorang itu sedar akan kehadiran orang lain untuk membantu.
Kajian Psikologi
Dalam satu kajian, penglihatan beberapa orang peserta kajian tersebut ditutup dengan
kain hitam dan diarahkan untuk menarik tali sekuat mungkin. Pada waktu yang sama,
mereka dimanipulasi untuk percaya bahawa terdapat orang lain yang menarik tali itu ber-
sama dengan mereka. Kajian ini mendapati peserta hanya menggunakan 82% daripada
tenaga mereka sewaktu mereka percaya yang mereka hanya menarik tali itu secara ber-
pasukan berbanding secara bersendirian [1].
Dua orang penyelidik, Norbert Kerr dan Steven Bruun membuat kesimpulan ba-
hawa apabila penilaian secara individu tidak dilakukan dalam sesuatu tugas, tanggung-
jawab mereka terbahagi secara berkumpulan [2]. Hal ini izhar menjelaskan kemerosotan
prestasi sesebuah pasukan sukan seperti pasukan bola, kayak atau pekerja berbanding
ketika penilaian individu dibuat. Dalam satu kajian lain, sekumpulan pekerja menunjuk-
kan 16% peningkatan prestasi apabila usaha mereka dinilai secara individ berbanding
dinilai secara berpasukan meskipun mereka sedar bahawa bayaran yang diperoleh tetap
sama [3]. Walau bagaimanapun, beberapa pakar Psikologi mendapati dalam kajian
mereka bahawa kejadian ‘Social Loafing’ akan berkurangan jika sesuatu tugas itu ditaf-
sirkan sebagai mencabar, menarik atau memerlukan lebih penglibatan [4].
3
BIODATA PENULIS
Wan Zulhelmi bin Wan Kamaruzaman merupakan anak keenam daripada tujuh adik-
beradik. Tumpahnya darah beliau di Sungai Petani, Kedah. Pernah mendapat pendidi-
kan di SK Mahmud (Raub), SMK Tengku Kudin (Raub) dan SBP Integrasi Kuantan. Be-
liau juga merupakan lulusan asasi TESL di Universiti Teknologi Mara Kuantan dan me-
rupakan seorang aktivis mahasiswa yang sedang menuntut di HELP University, Daman-
sara Height dalam bidang Psikologi. Facebook: Wan Zulhelmi
Hanya Sekadar Nombor?
Bagaimana pula dalam kes sebenar? Adakah wujud kes sebegini atau ‘Social Loafing’ han-
yalah mitos di dalam makmal penyelidikan sahaja? Terbukti, ia benar dan menyayat hati.
Kajian di London, United Kingdom mendapati seseorang yang meminta pertolongan di
jalanan lebih sukar untuk mendapatnya jika beliau berhadapan dengan sekumpulan
manusia berbanding dengan seorang manusia. Fenomena ini lebih dikenali dengan nama
‘Bystander Effect’ atau ‘Kesan Kehadiran Pemerhati’. Dalam kajian ini, mereka mengguna-
kan pelakon untuk berpura-pura sakit atau pengsan. Seorang pelakon, Peter yang ber-
pura-pura sakit dan meminta pertolongan diabaikan lebih 20 minit di tengah-tengah kota
London manakala Ruth yang ‘pengsan’ hanya mendapat perhatian selepas lebih kurang
50 orang lalu di hadapannya. Menariknya, pelakon yang sama, Peter yang berpakaian
korporat selepas itu (ala bos syarikat) mendapat pertolongan dalam hanya masa 4 saat
selepas berpura-pura pengsan [5].
Kalam
Akhir kata, janganlah anda mencuri tulang atau meremeh-remehkan sesuatu pekerjaan
yang merupakan tanggungjawab anda. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Al-
lah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia me-
lakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti” (Riwayat al-Baihaqi).
Bukankah sejak penciptaan Nabi Adam Alaihissalaam lagi kita telah diajar untuk bersyu-
kur?
Rujukan
[1] Latane, Williams, & Harkins (1979). Many hands make light the work: The causes and
consequences of social loafing.
[2] Kerr & Bruun (1983). Dispensability of member effort and group motivation losses:
Free-rider effects.
[3] Faulkner & Williams (1996). A study of social loafing in industry.
[4] Karau & Williams (1993). Social loafing: A meta-analytic review and theoretical inte-
gration.
[5] The Bystander Effect, from http://www.youtube.com/watch?v=OSsPfbup0ac
MUTIARA KATA:
“Kadang kita ini hidup seperti tidak berTuhan. Seperti tiada hari pembalasan. Kita
asyik buat apa sahaja kita suka, seakan syurga dan neraka itu tiada.” (Hilal Asyraf)
4
PARADIGMA
BIODATA PENULIS
Nor Fatirah Roslan merupakan anak kelahiran Melaka dan kemudiannya membesar di Raub, Pahang. Pernah
menuntut di SMK Tengku Kudin, Raub. Selepas menamatkan pengajian di SMK Tengku Kudin, beliau
melanjutkan pula pelajarannya ke Universiti Chiba, Jepun dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Facebook: Along Fatin
Lumrah hidup, muslim mahupun bukan muslim, manusia
sentiasa berdepan dengan pilihan. Akan tetapi, apakah yg menjadi asas pada pilihan hidup manusia? Sebagai mus-
lim, kita diajar untuk patuh. Namun persoalannya atas dasar apa kepatuhan tersebut?
Kepatuhan kita sebagai muslim terbahagi kepada dua.
Kumpulan pertama dipanggil ´syariat Allah´, di mana ianya disampaikan melalui wahyu dan dibukukan melalui Al-
Quran. Di sini Allah ajarkan satu persatu hukum kahwin, tuntutan zakat, kewajipan puasa dan sebagainya. Kumpu-
lan kedua pula dipanggil ´sunnatullah´ atau bahasa Mela-yunya ´hukum alam´ dan dikenali juga sebagai ´the law of
nature´ dalam bahasa Inggerisnya. Contohnya, dua atom Hidrogen digabungkan dengan satu atom Oksigen maka
terjadilah air. Di sini, molekul air itu terjadi daripada hukum alam, yang dikaji oleh para saintis dan dibukukan dalam
buku matapelajaran Sains. Akan tetapi, molekul air itu bu-kanlah dicipta oleh saintis, tetapi dijadikan oleh Pencipta
wahyu, yakni sumber yang sama yang mendatangkan ´syariatullah´. Bagaimanakah kedua-dua ketetapan ini
mempengaruhi setiap pilihan dalam hidup kita?
Tersebutlah sebuah analogi. Di sebuah kampung, terda-pat dua orang tukang kebun yang bernama Pak Haji dan
juga Ah Chong. Pak Haji adalah seorang muslim yang baik amal ibadahnya. Kebunnya terletak di sebuah kanan kam-
pung, menghadap kiblat, berhadapan masjid. Cara Pak Haji
bercucuk tanam, setiap pagi selepas solat subuh berje-maah di masjid, Pak Haji menyiram benih-benih jagungnya,
dan memijak-mijak baja untuk jagungnya. Manakala, Ah Chong pula, bukan muslim, seorang yang melakukan per-
buatan yang dilarang agama seperti bermain judi dan ge-mar minum arak. Kebunnya terletak di sebelah kiri kam-
pung, menghadap Israel, berhadapan ladang babi. Cara Ah Chong menanam adalah dengan berpandukan buku Sains
Pertanian, membuat lubang tanam dengan jarak 40 cm sekaligus menbuat lubang sebagai tempat pemupukan
baja dengan jarak 10 cm dari lubang tanam. Jarak antara baris selebar 70 cm. Benih jagung direndam terlebih da-
hulu dengan larutan insektisida dan benih ditanam seban-yak dua butir per-lubang.Pada malam harinya, Ah Chong
tetap dengan rutin hariannya berjudi dan minum arak. Di-hujung musim, hasil tanaman jagung Ah Chong lebih ban-
yak dan dan berkualiti berbanding hasil tanaman Pak haji.
Sepatutnya, jika kita patuh pada syariat Allah, cukup amal ibadah, maka Allah akan cukupkan rezeki kita. Akan
tetapi, di sini, jika hasil tanaman Pak Haji dan Ah Chong
dipertikaikan, timbul satu masalah kerana ianya tidak ter-
jadi begitu. Sebabnya, walaupun Pak Haji taat pada syaria-tullah, Pak Haji membelakangkan sunnatullah. Sunnatul-
lah, yakni hukum alam yang Allah ajarkan, dikaji oleh saintis, dan dihimpunkan dalam buku Sains Pertanian itu
dipatuhi oleh Ah Chong.
Dalam konsep penanaman jagung, Syariatullah wajib bersama dengan Sunnatullah.
Pada pusingan seterusnya, Pak Haji mematuhi hukum
yang ditulis di dalam buku Sains Pertanian. Pada hujung musim kali ini, hasil tanaman jagung Pak Haji, pada pan-
dangan mata kasarnya, secara kuantitinya sama banyak, dan sama kualitinya dengan hasil tanaman Ah Chong. Akan
tetapi, hasil tanamannya tidak sama nilai keberkatannya. Dari hasilnya, disedekahkan 5% di tabung masjid setiap
hari Jumaat.Hasil Pak Haji tidaklah mewah, tapi mencukupi untuk keluarga, dan keluarganya bahagia. Berbanding Ah
Chong, hidupnya bergelumang dengan hutang kerana tabiat berjudi, keluarganya tidak bahagia dengan masalah
ketagihan araknya, dan anaknya mengalami masalah sosial yang teruk.
Pengajaran atau ibrah daripada analogi ladang jagung
ini, syariatullah mesti sentiasa bersama dengan sunnatul-lah. Begitu juga dengan kehidupan seharian. Sebagai seo-
rang pendakwah, dengan menyampaikan apa yang perlu
disampaikan, dia sudah menjalankan tugasnya. Tetapi, jika sunnatullah keperluan kemanusiaan tidak dipatuhi, dak-
wahnya tidak akan sampai kepada masyarakat yang didak-wahnya. Pasangan hukum syariatullah dan sunnatullah ini
juga, teraplikasi kepada seorang pelajar. Jika dari sudut sunnatullahnya cukup usahanya, kesungguhannya konon-
nya segagah Siti Hajar mencari air *, tetapi syariatullahnya, iaitu amal ibadahnya compang-camping maka cacatlah
pembinaan pelajar tersebut.
Lalu apa yang dapat disimpulkan di sini, kepatuhan kepada sunnatullah itu haruslah sentiasa beriringan den-
gan kepatuhan kepada syariatullah dalam apa sahaja aspek pilihan dan usaha dalam hidup seorang muslim. Jika
dikembangkan formula ini daripada artikel lepas, dapatlah dirungkaikan bahawa, usaha orang beriman itu merang-
kumi Syariatullah dan Sunnatullah. Wallahualam..
*rujuk artikel lepas (Buletin INSPIRASI Edisi 1)
Sebab / natijah (usaha) + Iradat (kehendak) Allah =
Kesan
Sebab / natijah (usaha) = Syariatullah + Sunnatullah
makanya,
(Syariatullah + Sunnatullah) + Iradat Allah = Kesan.
P e r k e m b a n g a n
f o r m u l a
k e k u a t a n
5
KOMIK
B e l a j a r a g a m a
Pengajaran: Setiap individu Islam perlu berlajar dan kuasai ilmu agama secukupnya.
6
AUDIT DIRI
Aku seorang bertanggungjawab
“Adakah kita hidup pada hari ini dengan penuh kebertanggungjawapan?”
Satu persoalan yang pernah dilontarkan oleh pensyarah
akaun saya sewaktu menuntut di kampus dulu. Akaunt-
abiliti atau membawa maksud yang sama iaitu tang-
gungjawab. Akauntabiliti atau sifat bertanggungjawab
merupakan satu ciri yang perlu ada pada setiap akaun-
tan. Ini adalah kerana bidang tugas akauntan memerlu-
kan mereka bertanggungjawab kepada pelbagai pihak
yang berkepentingan termasuk pihak pemiutang, pe-
megang saham sedia ada dan pihak awam yang berpo-
tensi menjadi pemegang
saham.
Namun begitu, secara dasarnya akauntabiliti ini
tidak terbatas hanya kepada pengurusan kewangan
dan pengawalan dana sahaja. Malah, boleh dikatakan
akauntabiliti merupakan asas bagi akauntan men-
jalankan tugas mereka yang merangkumi berbagai ben-
tuk daripada simpan kira sehingga kepada memberi
khidmat nasihat bagi pihak pengurusan sesebuah or-
ganisasi.
Jadi, sebagai seorang muslim adakah teori akauntabiliti ini ada perkaitan dalam kehidupan sebagai
seorang muslim. Sudah pastilah ada kaitannya, malah lagi besar maknanya. Dari pandangan Islam,
akauntabiliti melihat setiap orang bertanggugjawab terhadap setiap perbuatan yang dilakukan dan akaunt-
abilitinya adalah kepada Penciptanya iaitu Allah SWT sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran:
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya balasan kebaikan itu.
Barangsiapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya balasan kejahatan
itu.” (Surah Az-Zalzalah, ayat 7-8)
Dalam ayat ini jelas menunjukan:
1) Manusia mempunyai akauntabiliti terhadap setiap perbuatannya sama ada yang kecil atau besar,
sama ada yang nyata atau tersembunyi.
2) Akauntabilitinya adalah kepada Allah SWT.
3) Setiap perbuatan yang baik akan diberi balasan yang baik, dan setiap perbuatan yang tidak baik
akan diberikan balasan yang setimpal.
Adakah kita bertanggungjawab atas setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan kita? Adakah
kita bersedia bila semua tanggungjawab kita di dunia ini akan disoal dan ditanyaoleh Allah di hari
akhirat nanti? Koreksi diri. Muhasabah diri. Takut dan gerunlah kalian dengan tanggungjawab.
Ayuh! Kita hidup dengan penuh kebertanggugjawaban dengan serius bermula hari ini! Kerana setiap se-
suatu itu akan dihitung dan akan dibalas dengan seadil-adilnya.
BIODATA PENULIS:
Nur Afiqah Abdul Hadee merupakan bekas pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang
Perakaunan. Pernah menjadi pelajar di SMK Tengku Kudin Raub. Kini berkhidmat sebagai pegawai
akaun di Arab Saudi Airlines (Malaysia). Facebook: Pqah Raub
7
. كم عدد األنبياء الذي وجب علينا أن نعرفه؟ أرجوك أن تبحث كل األسماء في المربعات األعلى-1: مفتاح اإلجابة كم عدد رسول أولو العرم ومن هم؟-2
1-Berapakah bilangan nabi yang wajib diketahui? Cari semua nama mereka dalam kotak di atas.
2- Berapa bilangan Rasul Ulul ‘azmi?
ARABIC LANGUAGE GAME
اللعبة العربية
ن ف ب و ق ع ي غ ت س
A DAN B
A: Assalamualaikum.
B: Waalaikumussalam.
A: Ko terer Bahasa Arab tak? Aku
nak tanya sikit?
B: Boleh la sikit-sikit ada belajar
dulu. Dia macam ala-ala Jawi sikit
la.
A: Kalau macam tu, ko tolong aku
carikan perkataan yang tersembunyi
kat sini boleh? Ko kan lebih hebat
daripada aku, kan?
B: Huhu. Takde la hebat sangat.
Tapi kita sama-sama cuba ye. Aku
pun kadang-kadang terkeliru ejaan
nama aku dalam Jawi atau Arab
yang betul. Hehe.
A: Oh. Ada beza ye dalam Jawi den-
gan Arab. Aku tak tahu pon. Huhu.
ا ي ر ك ز و ل ك ف ي ذ و ا ل ك ف ل ى خ ر ب ن د و هـ ز ا ض ش د
ى س و م و ذ إ ر ج إ
ت ل ا ك ي ن س و ل ح
ص س د ا د هـ ح ي س ا
ا ؤ ل ر م د ا ؤ د ر ل ث ي ي ح س ق ر ى و
ح إ و خ م ش ع ي ب ن
ن ط س ك ب ا م ش و إ
و ي ف م ح و ن د ي ل
ر ص ح ح ا ر و ن أ ي ا إ ل ي س ع ي س ى ا
هـ ن و ه ج ا ي هـ ي ص
ظ ب م ح م م د ل و ط
Moral: Belajarlah bahasa Arab terutama untuk mengeja nama anda sendiri dengan betul dalam jawi (agar
nama tersebut mempunyai makna di dalam bahasa Arab)
8
BERSAMA USTAZAH TENGKU
AINUL FARHA
1
APAKAH ITU UBAT
Ubat merupakan bahan kimia yang digunakan untuk member rawatan,pencegahan dan diagnosis pesakit.
Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang boleh kita dapatkan di klinik,hospital, kedai farmasi. Andai kita
menggunakan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor atau pegawai farmasi, ia dapat merawat atau men-
gawal penyakita kita. Tapi harus di ingat, kita sebagai orang Islam perlu faham bahawa ubat adalah hanya
ikhitiar kita dan penyembuh hanya milik Allah.
UBAT DAN ISLAM
Dalam konteks perubatan dalam Islam, kita ada beberapa aspek yang boleh kita ikut antaranya:
(a) Kuasa penyembuh bagi sesuatu penyakit itu adalah kekuasaan Allah.
(b) Manusia hanya dikehendaki berikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit.
(c) Cara-cara dalam mengubati sesuatu penyakit itu mesti tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip
yang ditetapkan oleh Islam. Seperti penggunaan ilmu hitam, atau lain cara yang ditegah oleh Allah.
(d) Bahan-bahan ubatan yang digunakan mestilah sesuai dengan Islam. Seperti suci dan tidak dari na-
jis/ bernajis. Kecuali dalam keadaan terpaksa.
(e) Menjaga diri dari terkena penyakit lebih baik dari mengubat. 'Prevention is better than cure'.
Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh
dengan izin Allah”. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dan dalam hadis Baginda yang lain daripada Usamah bin Syarik katanya:
'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), wahai Rasulullah
s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat;
maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'. (Hadis Riwayat
At-Tirmizi) (H. Hassan, Sahih)
Maka jelas disini bahawa Nabi Muhammad s.a.w
mengatakan bahawa setiap pesakit ada nya penawar, namun
kesembuhan itu hanya milik Allah. Bukan milik manusia,
bukan milik ubat yang di makan, tetapi keharusan kepada kita
untuk mengubati penyakit kita itu.
KONSEP 5 B
Kita sebagai pengguna boleh mengamalkan konsep 5B yang
diperkenalkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Malaysia
1B Pengguna yang BETUL
Nama yang ada pada label ubat itu adalah nama kita sebagai peng-
guna dan pesakit dan bukan nama orang lain
2B Ubat yang BETUL
Ubat yang diberikan kepada kita itu adalah ubat yang betul.
Sebagai contoh kita demam dan ubat yang diberikan kepada kita adalah ubat Paracetamol (ubat demam) dan bukan ubat darah tinggi
atau kencing manis.
Jom kenali ubat!
DUNIA MEDIK
5B ialah 5 BETUL
9
3B Dos yang BETUL
Ialah dos atau kuantiti ubat yang diberikan kepada kita adalah betul dan tidak terlalu banyak
atau terlalu sedikit.
4B Cara pengambilan ubat yang BETUL Ubat mempunyai pelbagai jenis, ada ubat biji, ubat sapu,ubat sedut, ubat yang dimasukkan
kedalam rongga. Maka kita harus tau ubat kita untuk dimakan atau disapu atau disedut atau
dimasukkan. Penggunaan ubat yang salah akan memberikan kesan yang buruk kepada kita
sebagai pesakit.
5B Masa yang BETUL
Oleh itu, jadilah seorang pengguna yang bijak, kita mempunyai hak untuk bertanya
kepada pegawai farmasi kita berkenaan ubat-ubatan kita
InsyaAllah, selepas ini penulis akan menulis lagi berkaitan dengan ubat-ubatan kita.
Dos sekali sehari 8 pagi
Dos 2 kali sehari 8 pagi dan 8 malam
Dos 3 kali sehari 6pagi, 2petang dan 10 malam
Dos 4 kali sehari 6pagi,12 tengahari, 6 petang, 12 tengah
malam
BIODATA PENULIS:
Mohamad Dhiyauddin Fadli b Muhammad Zailani lahir di Kota Bharu Kelantan. Merupakan anak sulong
daripada dua orang adik beradik. Penulis pernah bersekolah di SK Bandar Raub, SMK Tengku Kudin dan
MRSM Kuala Berang. Merupakan graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Farmasi.
Pernah bertugas di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan kini bertugas sebagai Pegawai Farmasi
di Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, Gua Musang Kelantan. Facebook: Mohamad Dhiyauddin Fadli
10
KARYA
Bagaimana agaknya perasaan orang yang dilamun cinta? Sudah pasti setiap masa ingin
berhubung,tidak mahu berpisah walau sedetik pun,sentiasa ingin mengetahui aktiviti se-
harian pasangan. Bahkan tidak kurang juga yang kononya apabila rindu kepada insan yang
dicintai,mereka mendoakan supaya insan yang dirindui turut merindui mereka. Walau yang
dicintai tiada di depan mata,kehadirannya tetap dirasai,apatah lagi apabila bertentang
mata,hanya hati yang mampu berbicara. Cinta remaja,sangat mengasyikkan!
Remajaku sayang, saya faham apa yang
dirasakan oleh kalian semua kerana saya juga
manusia biasa dan sedang berada dalam konflik.
Konflik antara cinta dan pelajaran yang berebut
untuk mengambil tempat di hati saya. Mohon doa
daripada kalian agar saya sentiasa berhati-hati
dan tidak mudah ditipu oleh kenikmatan dunia
yang hanya sementara.
Cinta remaja? Duhai remaja yang memiliki
hati yang suci, perlukah percintaan Islamik?
Wujudkah konsep Islamik dalam sesebuah
percintaan yang tidak mempunyai ikatan yang
sah? Perlukah janji-janji manis sebelum diijabkabul? Perlukah semua itu? Tepuk
dada,tanya iman. Hati ini sering tertanya-tanya,mangapa wanita mudah memberikan hati-
nya kepada insan yang belum tentu menjadi suaminya? Dan mengapa lelaki mudah me-
nabur janji? Tidak perlu membuat janji,tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan
yang tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin,maka tekan minyak. Namun bila
tidak mahu,silakan tekan pedal brek sekuatnya dan lepaskan bila kita sudah bersedia
segalanya.
Pembaca yang dirahmati,
Apa khabar hati anda? Apa khabar iman anda? Adakah berada dalam keadaan sihat,
atau amat tenat sekarang. Cuba periksa semula keadaan hati kita,teringat pada siapakah
sekarang? Apa yang sedang kita lakukan,adakah menghampiri redha Allah atau hanya
mengundang murka Allah? Muhasabah kembali diri kita yang mudah terleka. Mohonlah
kepada Allah agar kita mencintai sesuatu tidak melebihi daripada rasa cinta kita
kepadaNya.
K e t i k a a n g a u b e r c i n t a
Nukilan: Cahaya Aisya Humaira
11
12
KARYA
Kisah 1
Kisah yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua ialah mengenai kisah salah seorang isteri Nabi S.A.W iaitu
Aisyah. Aisyah beruntung kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada seorang guru iaitu Nabi S.A.W
yang diutus bagi menyempurnakan akhlak manusia. Sifat tawadhuk Aisyah terbukti apabila meskipun beliau
merupakan isteri kepada seorang nabi, namun beliau menjalani hidup yang sederhana bersama Nabi
Muhammad S.A.W. Walaupun hidupnya begitu, beliau tidak pernah mengeluh. Semasa perbendaharaan orang
Islam dilimpahi harta benda dan kekayaan, beliau tidak langsung meminta supaya nafkahnya ditambah. Beliau
menjauhkan diri daripada pakaian atau perhiasan yang mewah, tidak pula meminta supaya istana didirikan un-
tuknya dan makanan lazat tidak pernah menjadi sebahagian hidupnya. Beliau tidak mahu terleka dengan ke-
senangan yang bersifat sementara itu.
Kisah 2
Remaja pada masa kini gemar memuat naik gambar masing-masing di laman sosial untuk tatapan umum. Muka
tak kembung, dikembungkan. Mulut tak muncung, dimuncungkan. Mata tak bulat, dibulatkan. Tidak kurang juga
yang jenis ‘islamik’ sedikit, tangkap gambar sendiri dengan bertudung labuh atau berkopiah, Kemudian bila up-
date di laman sosial disertakan dengan ayat-ayat Al-Quran atau ayat-ayat islamik. Kemudian apabila ada teman-
teman yang memuji, “wah.. comelnya awak” “baiknya awak”
dengan tawadhuknya menjawab “eh, mana ada la, apa pun terima
kasih, awak pun comel juga” tetapi dalam hati, “memang la aku
comel, sebab tu aku update” (Bahaya betul sikap sebegini, isteri
nabi iaitu Aisyah yang mendapat gelaran Humaira bermaksud
kemerah-merahan pun tidak riak sebegini). Sabda Rasulullah
S.A.W bersabda: “Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada
dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.” Penga-
jarannya, kisah mana menjadi pilihan untuk kita contohi dalam
kehidupan? Tepuk dada, tanya iman. (^_^)
t a w a d h u k
Nukilan: Auni Mahfuzah Binti Mohd Noor
Merupakan anak kedua kepada pasangan bahagia Encik Mohd Noor dan Puan Selamiah. Dilahirkan di Hos-
pital Besar Seremban pada 20 Mac 1998. Mendapat pendidikan awal di SK Bandar Raub dan kini melanjut-
kan pelajaran ke SMK Mahmud dalam tingkatan 4.
12
Kata-kata di atas saya petik daripada tulisan Ali Shariati yang mengkritik sikap sebahagian umat
Islam pada masa kini. Pada tahun 2013, Adelaide telah dinobatkan sebagai bandar kedua ter-
bersih di dunia dan saya amat berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada se-
jarah itu. Walaubagaimana pun, saya bermenung panjang memikirkan majoriti senarai bandar
yang menduduki 10 tangga teratas merupakan bandar-bandar utama di Eropah kecuali Kobe,
Jepun di tangga kelima yang ternyata mempunyai sistem penjagaan alam sekitar yang efektif.
Mereka mampu menjuarai senarai tersebut bukan hanya kerana teknologi yang canggih tetapi
nilai murni, disiplin dan rasa tanggungjawab yang begitu tinggi. Sayang sekali kerana nilai-nilai
yang seharusnya dikuasai umat Islam hari ini telah dikuasai masyarakat bukan Islam, tidak
hairanlah jika mereka menjadi sanjungan dan rujukan dunia.
Bukankah syariat Islam itu sendiri terikat dengan kebersihan? Kebersihan itu sebahagian
daripada iman sebagaimana diriwayatkan Al-Imam Muslim. Menjadi tanggungjawab setiap mus-
lim untuk memastikan persekitarannya bersih. Sayang sekali, sampah masih dibuang di merata
tempat dan hati saya merasa begitu ketika sayu setiap kali mengutip sampah, memikirkan be-
tapa jauhnya kita ketinggalan berbanding bangsa lain. Kita bersungguh-sungguh melaungkan
Islam sebagai agama yang terbaik untuk manusia tetapi Islam masih tidak mampu mendidik
umatnya untuk menjaga kebersihan! Lihat sahaja gambar yang dikongsikan oleh Saiful Nang di
Facebook yang menunjukkan sampah sarap di atas lantai Masjidil Haram. Kota Mekah meru-
pakan kota yang mengumpulkan umat Islam dari seluruh dunia dan kita melakukan kesalahan
tersebut tanpa rasa bersalah di kota suci umat Islam! Kita hanya akan menjadi bahan ketawa
seluruh dunia, ibarat tin kosong yang menceritakan betapa Islam menitikberatkan kebersihan
tetapi lihatlah perangai penganutnya. Apalah guna tilawah, tadabbur, qiam, solat sunat dan
puasa jika kita sendiri culas dalam menjaga kebersihan. Saya mengimpikan suatu masa nanti
tangga teratas tersebut akan kembali diduduki oleh negara-negara umat Islam. Orang akan me-
muji-muji Islam sebagai agama yang mendidik umatnya supaya menjaga kebersihan.
ASLIM TASLAM
“They do not practice what they preach. Thus, we (Muslims) always remain at the level of
talking.” – Ali Shariati.
bersih
Saya masih ingat ketika bertugas menjadi sukarela-
wan yang menjaga kebersihan di Eid Festival Adelaide
pada tahun lepas, lama saya memerhatikan dan berfikir
tentang para pengunjung. Saya menyoal diri sendiri sama
ada perlukah atau tidak sukarelawan untuk mengutip
sampah dan mencuci tandas di Eid Festival ini? Bukankah
kita umat Islam? Umat yang secara jelas membaca ayat
perlantikan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini
dalam surah Al-Baqarah ayat ke 30 namun kita tidak
mampu membuat tugas mudah seperti menjaga
kebersihan.
13
Saya percaya adik-adik yang sedang membaca artikel ini boleh membawa perubahan, tun-
jukkan kepada dunia bahawa umat Islam sangat menjaga kebersihan alam sekitar. Tahniah
kepada Alam Flora yang bertindak membekalkan tong sampah bagi setiap rumah dan kedai di
Raub. Ini suatu langkah permulaan yang amat baik. Di Adelaide sendiri, kami menyediakan tiga
tong sampah di rumah; organic, recycle dan general waste. Bukan hanya membuang tetapi turut
mengitar semula. Botol air yang diperbuat daripada tin dan plastik pula boleh dijual dengan harga
sepuluh sen sebotol di pusat kitar semula di Adelaide. Kami tidak hanya menjaga alam sekitar
malah boleh menjana pendapatan sampingan.
Mulakan melalui diri anda dengan tidak membuang sampah merata-rata. Ajaklah ahli ke-
luarga dan rakan-rakan untuk turut sama berbuat demikian. Anda boleh juga menubuhkan Kelab
Alam Sekitar atau Pusat Kutipan Kitar Semula di sekolah. Pastikan anda mengasingkan juga sam-
pah sarap untuk dikitar semula. Semoga usaha kecil ini akan merubah pandangan umum kepada
umat Islam kerana ihsan juga bermaksud apabila kita merasakan kita melihat Allah dan Allah meli-
hat ketika kita membuang sampah merata-rata.
“O you who have believed, why do you say that which you do not do?” (As-Saff: 2)
BIODATA PENULIS
Nursyafiqah Yazid merupakan pelajar di University of Adelaide, Australia di peringkat Master dalam bidang
Seni Bina. Dilahirkan di Pasir Mas Kelantan tetapi membesar di Raub, Pahang dan pernah bersekolah di
SMK Tengku Kudin, Raub. Selain itu, beliau juga aktif sebagai sukarelawan Aqsa Syarif dan beberapa or-
ganisasi lain di tempat pengajiannya. Facebook: Nursyafiqah Yazid
SEDAR DIRI
14
Adik J : Abang G, lawa tak cincin ni?
Abang G : Adik nak buat ape beli cincin tiba-tiba ni?
Adik J : Ala, nak pakai la bang. Tak boleh ke?
Abang G : Owh… Ingatkan adik dah nak bertunang
tadi. Tergamam sekejap. Lawa
cincin tu.
Adik J : Yang ni?
Abang G : Pun lawa…
Adik J : Betol-betol la... Mana satu yang lawa ni?
Abang G : Orang kalau lawa, pakai ape-apa pun lawa… kan? (orang laki mana pandai pilih
barang-barang kemas ni)
Adik J : (Blusshing) Okeylah… Nak yang ini satu ya, tauke.
Abang G : Tauke, ambil cincin yang baru, ok? Nak yang dalam kotak, bukan yang orang dah
test-test ni ye.
Adik J : Eh? Kenapa tak ambil yang dah test tadi je? Kan dah muat-muat? Cantik je lagi.
Abang G : Laaa... Yela... Yang dekat depan ni orang pakai untuktest sahaja. Bila nak beli, orang
ambil yang baru. Baru la best. Orang kata, yang belum disentuh, kan?
Adik J : Oooo… Patut la abang selalu pesan jangan couple-couple sebelum kawin.
Abang G : Kenapa? (berkerut dahi)
Adik J : Yela… Orang yang dah pernah couple ni ibarat macam cincin tadi la… Belum tentu
kawin lagi lepas tu. Kesian asik kena test dengan orang lelaki.
Abang G : Erk! (Boleh tahan jugak Adik J ni)
Adik J : Kenapa diam? Salah ke?
Abang G : Takdelah. Bagus la Adik J ni. Jom abang belanja ice cream!
Adik J : Yeay!
BIODATA PENULIS
Wan Azizul bin Wan Kamaruzaman merupakan pelajar dalam jurusan Electrical Engineering di Shibaura Insti-
tute of Technology, Jepun . Lahir di Sungai Petani, Kedah. Pernah mendapat pendidikan di SK Mahmud
(Raub), SMK Tengku Kudin (Raub) dan Sekolah Sains Kuantan. Facebook: Wan Jijul
Abang g & adik j
A B A N G G D A N
A D I K J
f t . C I N C I N
15
INFO ICORE
16
Jika berminat untuk menjadi ahli ICoRe, boleh menghubungi:
Saudara Hazim (0148162489) - ICoRe Raub
Saudari Layla (0139873455) - ICoRe Raub
Saudara Hidayat (0199452573) - ICoReTersang
Saudari Hezatul (0139797126) - ICoRe Tersang