Download - 2E-Kesignifikanan Subjek
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 1/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
1
Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis ke Arah Pembangunan Modal
Insan: Satu Kajian Awal di Sebuah IPTS
Sharliana Che Ania, Sofia Eliasb, Rusniyati Mahiyaddinc
Abstrak
Menyedari modal insan (human capital) adalah elemen terpenting di era globalisasi yang berlandaskan
pengetahuan, kepakaran, kemajuan, daya saing yang tinggi, berintegriti, kekuatan moral tinggi, budaya kerja
cemerlang dan sebagainya, kerajaan telah meletakkan modal insan sebagai teras kedua terpenting dalam Misi
Nasional 2006-2020. Sehubungan dengan matlamat kerajaan ini, kemampuan berfikir secara kritis adalah sangat
perlu dalam usaha melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat lokal malahan juga di
peringkat antarabangsa. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses
pemikiran di mana seseorang yang mempunyai kemahiran ini sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat
atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan
sewajarnya. Justeru, saluran pendidikan dilihat menjadi satu platform yang dapat menjana kemampuan berfikirdalam kalangan masyarakat. Pembelajaran subjek pemikiran kritis ini dilihat begitu penting peranannya ke arah
pembentukan modal insan yang berkualiti. Oleh yang demikian, pembelajaran subjek pemikiran kritis ini
sewajarnya dijadikan sebagai subjek wajib dan bukannya subjek elektif kepada pelajar khususnya di peringkat
institusi pengajian tinggi dan amnya di peringkat menengah. Menyedari hakikat inilah, kajian akan cuba
menyingkap signifikasi subjek pemikiran kritis dalam pembentukan modal insan cemerlang di peringkat institusi
pengajian tinggi swasta.
Kata kunci: Pemikiran, kritis, sumber manusia, modal insan
1. Pengenalan
Harta paling berharga kepada sesebuah negara
adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuahnegara disifatkan modal insan yang perlu ditagih
buat memacu kegemilangan bukan sahaja di
Malaysia bahkan juga di arena antarabangsa. Pelajar
adalah aset yang paling berharga dan modal insan
inilah yang boleh disuntik nilai tambahnya,
ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal
budayanya. Pembangunan modal insan adalah
penentu bagi meningkatkan daya saing dan
produktiviti negara khususnya untuk melahirkan
tenaga terlatih dan berdaya saing, sepadan dan
mencukupi keperluan negara di masa hadapan. Ini
selaras sebagaimana penegasan yang dilakukan oleh
Perdana Menteri:
Cabaran pembinaan modal insan sebenarnya
terletak sebahagian besarnya di bahu para pendidik.
Ini kerana pendidikan adalah medium penting dalam
mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang
pelajar. Di samping itu, pendidikan juga pentingdalam menyediakan negara dengan modal insan
berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran
tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis
khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju
ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020
(Ruzain Syukur Mansor, 2008).
Selaras dengan itu, kejayaan menghasilkan modal
insan berkualiti adalah sangat bergantung kepada
peranan para pendidik.Di antara tugas utama warga
pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat dan
bakat pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan.
Paling penting galakan ke arah keupayaan untuk
berfikir secara kritis sebagai penyumbang ke arah
pembangunan modal insan.
2. Definisi Istilah
2.1 Istilah Pemikiran Kritis
Komitmen untuk menggalakkan kemahiran
berfikir kritis dan kreatif telah menjadi satu agenda
utama pendidikan di Malaysia. Para pendidik
bersetuju bahawa kemahiran berfikir kritis dan
kreatif dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar
Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen…Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 2/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
2
melalui proses pengajaran secara eksplisit yang
menggunakan situasi harian sebagai konteks
pembelajaran (Ristow, 1988). Pelajar dikatakan
berkeupayaan mempelajari kemahiran berfikir jika
kurikulum menegaskan dan memberikan tumpuan
cara bagaimana ianya boleh dilakukan (Presseisen,
1986). Justeru pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran telah direkabentuk untuk membantuperkembangan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
(Costa, 1988).
Pemikiran ialah satu proses menggunakan
minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan
idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognisi terhadap proses yang dialami.
Istilah kritikal pula berasal daripada perkataan
Greek iaitu “kritiko” yang bermaksud “judge” atau
menghakimi. Dalam tradisi orang-orang Greek dan
Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir yang amat
kritikal terhadap sesuatu subjek dan mereka ini
akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkemuka.
Secara spesifiknya, pemikiran secara kritis ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran
sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan
sesuatu hujah dan seterusnya membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti. Antara contoh kemahiran berfikir
secara kritis adalah keupayaan untuk membanding
dan membeza, membuat klasifikasi, meneliti
bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,
menerangkan sebab, membuat sekuen/turutan,
menentukan sumber yang dipercayai, membuat
ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat
inferens.
Sidek Baba (2006) menyatakan bahawa berfikir
secara kritikal berupaya membimbing pemikir ke
arah kebenaran. Puncak kepada berfikir
menemukan manusia dengan kebenaran. Proses
berfikir kritikal membolehkan seseorang
membezakan yang benar dengan yang salah, yang
buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan
bermusibat, yang memberi faedah atau
mendatangkan padah dan sebagainya. Para pelajar
adalah kelompok yang terbaik untuk dilatih berfikir
secara kritis. Apalagi untuk melahirkan modal insan
yang berkualiti, kemahiran berfikir secara kritikal
adalah sangat dituntut. Ini kerana merekalah yang
bakal memegang teraju kepimpinan dan pengurusanilmu, sistem dan negara pada masa depan. Di sini,
istilah ‘pemikiran kritis’ adalah gabungan antara
dua perkataan iaitu pemikiran dan kritis.
Michael Scriven, mendefinisikan pemikiran
kritis sebagai “Critical thinking is skilled an active
interpretation and evaluation of observations and
communications, information and argumentation
(Alec Fisher, 2002). Bassham (2002), pemikiran
kritis adalah satu bidang yang meliputi pelbagai
kemahiran kognitif dan intelektual yang diperlukan
bagi mengenalpasti, menganalisis dan menilai
hujah dan kesahan sesuatu idea dengan berkesan.
Dalam pada itu, menurut Faridah Che Husain &
Tengku Sarina Aini (2008), kepentingan pemikiran
kritis turut mendapat liputan dalam kalangan
sarjana tempatan seperti Ainon Mohd. Dan
Abdullah Hassan (2005), yang menjelaskan bahawa
berfikir secara kritis sangat penting dalam usahamengenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan
dan kesalahan pada cara berfikir yang digunakan
pada apa-apa idea atau cadangan. Mohd. Michael
Abdullah (1995) pula mendefinisikan pemikiran
kritis sebagai penggunaan operasi berfikir yang
asas untuk menganalisis.
Secara kesimpulannya, pemikiran kritis
menjurus kepada kebolehan pelajar untuk
menganalisis perkara yang memerlukan
pengalaman dan pengetahuan yang luas dan dalam.
Kemahiran berfikir secara kritis akan membolehkan
seseorang individu itu untuk berfikir secara teliti
dan membuat pengamatan yang tajam, bersifat
terbuka serta cekap dalam menganalisis dan
menyimpul rumusan (Mohd. Azhar Abdul Hamid,
2007).
2.2 Istilah Modal Insan ( Human Capital)
Menurut Mohd. Safaai Said (2006), istilah modal
insan (human capital) sering dikaitkan dengan
kebolehan dan kemahiran manusia. Modal insan
juga pernah dirujuk sebagai buruh (labour) atau
sumber manusia iaitu salah satu daripada faktor-
faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia
(buruh), mesin dan modal. Konsep modal adalah
luas dan ia meliputi ‘aset ketara’ (tangible asset)
milik individu seperti akaun bank, saham syarikat
dan kilang dianggap sebagai aset kerana berupaya
menghasilkan pendapatan dan keluaran pada jangka
masa panjang. Modal juga boleh berbentuk ‘aset
tidak ketara’ (intangible asset). Contohnya
pendidikan formal, kursus-kursus kemahiran,
perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah
kepentingan masa juga dianggap sebagai modal
kerana berkemampuan menjana pendapatan,
meningkatkan kesihatan dan memperbaiki
kelakuan/tabiat seseorang.
Dalam masa yang sama, konsep modal insan
juga melibatkan pelaburan terhadap sumber
manusia. Dalam hubungan ini, aspek pendidikan
dan latihan merupakan satu bentuk pelaburan yang
amat penting serta dianggap sebagai elemen dalammodal insan kerana fitrah manusia tidak boleh
dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran,
kesihatan dan nilai-nilai yang mereka miliki.
3. Kepentingan Modal Insan
Pembangunan sumber manusia adalah satu proses
penting dalam usaha meningkatkan lagi modal
manusia dalam sesebuah negara. Menurut Rahmah
Ismail (1996), pembangunan sumber manusia
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 3/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
3
sangat signifikan kerana manusia dirujuk sebagai
modal yang dapat menggerakkan pertumbuhan
ekonomi. Telah diakui bahawa penghalang utama
perjalanan dan pelaksanaan projek pembangunan
sumber manusia merupakan input yang sangat
penting dari segi pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Sumber ini juga begitu
signifikan sebagai penggerak kepada input laindalam proses pengeluaran dan tanpa kewujudan
sumber manusia, maka input-input lain seperti
modal fizikal dan bahan mentah tidak dapat
digemblengkan dengan sempurna (Rahmah Ismail,
1996).
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan
kepentingan modal manusia dari segi pertumbuhan
dan pembangunan ekonomi. Becker (1962,1964),
menyatakan bahawa daya pengeluaran buruh
mempunyai perhubungan yang positif dengan taraf
pendidikan dan latihan. Ini jelas menunjukkan
bahawa semakin tinggi taraf pendidikan dan latihan
yang dimiliki oleh seseorang, maka semakin
produktif individu berkenaan.
Modal insan adalah antara agenda yang diberi
penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9). Dalam konteks
yang lebih luas, modal insan berupaya mencorak
hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan.
Pembangunan modal insan akan terus menjadi
antara agenda utama program pembangunan negara
pada masa akan datang selaras usaha membentuk
individu berketrampilan, berkualiti dan
berkeupayaan untuk berfikir secara kritis selaras
dengan 9 ciri utama modal insan sebagaimana yang
dipaparkan dalam rajah di bawah.
Rajah 1: Ciri-ciri Modal Insan
Dengan memperkukuhkan modal insan itu
sendiri, ia akan menggalakkan peningkatan
produktiviti negara, sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan
peluang pekerjaan. Bagi negara yang mana aset
materialnya rendah seperti Korea Selatan dan
Jepun, mereka berjaya membuktikan bahawa
pembangunan modal insan dapat membantu
memajukan diri dan negara setanding negara maju
lain. Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara itu
sering dijadikan model oleh negara lain, termasuk
pesaing dalam menangani aspek nilai dan jati diri
sebagai pemacu kepada pertumbuhan negara.
Dengan nilai modal insan yang tinggi, rakyat Jepun
dan Korea Selatan berjaya membuka mata duniaterhadap kemajuan yang dicapai. Rakyatnya
mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap
negara, malah pekerjaan. Grilliches (1978)
menyatakan bahawa pendidikan mempunyai
perhubungan yang positif dengan tingkat keluaran
negara dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu,
pulangan pelaburan modal manusia dilihat lebih
tinggi bagi negara membangun jika dibandingkan
dengan negara maju (Psacharopoulos, 1981). Dalam usaha untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu, berkemahiran dan memiliki
integriti yang tinggi maka ditekankan di sini
bahawa peranan pembangunan bermodalkan
manusia dan pembangunan sosial perlulahdiseimbangkan dengan pembangunan fizikal.
Dalam masa yang sama, modal insan juga dilihat
mampu meningkatkan mobiliti masyarakat dalam
membentuk anjakan paradigma ke arah mencapai
masyarakat yang cemerlang. Justeru, pemahaman
mengenai kepentingan modal insan perlu diberi
penekanan dalam kalangan rakyat supaya mereka
memahaminya dan memastikan apa yang dirancang
dapat dilaksanakan serta mencapai matlamat.
Modal manusia juga dikatakan berupaya untuk
meningkatkan mobiliti pekerja. Ini bermakna
bahawa seseorang pekerja yang berpendidikan lebih
tinggi lebih senang untuk bertukar kerja mengikut
peluang pekerjaan yang ada. Keadaan ini amatsignifikan bagi menyeimbangkan pasaran buruh
yang kekosongan pekerjaan dapat diisi dengan
mudah oleh pekerja. Ia juga secara tidak langsung
boleh mengurangkan kadar pengangguran dalam
sesebuah negara (Rahmah Ismail, 1996).
Dalam pada itu, pembangunan berteraskan
modal insan juga dilihat begitu signifikan
khususnya sebagai pemacu kepada pembangunan
dan kemajuan negara dalam menuju Wawasan
2020. Ini jelas sebagaimana yang digariskan dalam
RMK-9 mencakupi aspek-aspek berikut (Amini
Amir, 2006):
1. Keperluan kepada modal insan berkualiti
2. Pendekatan holistik dalam pembangunan
modal insan
3. Strategi melahirkan modal insan kelas pertama
4. Perkaitan Misi Nasional, Wawasan 2020
dengan modal insan
5. Keselarian pembangunan modal insan dengan
pendekatan Islam Hadhari
6. Modal insan dan aktiviti kebudayaan
7. Modal insan dan peranan golongan wanita
8. Modal insan dan perundangan
Bersaingdan memapumenghadapi
cabaran
Aspirasinegara dankerajaan,kepuasan
pelanggan
Soft skills,komunikasi,
bahasa
Ikhlas, jujur,Amanah dan
akauntabilit
Pengurangankos
dankhidmat
bakti
Menyelesai
Masalah,
pengurusan,
strategimodal
insan
BERFIKIRDAN
REALISASI
Kesukarelaan,
keusahawanan
danberdikari
Inovasi,kreatif,
kualiti danpeningkatan
produktiviti
MODAL
INSAN
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 4/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
4
9. Modal insan dan pendidikan
10. Modal insan dan integriti
4. Kesignifikan Subjek Pemikiran Kritis
Kepada Pelajar Secara Umum
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawasubjek pemikiran kritis ini sangat signifikan kepada
pelajar. Keupayaan untuk berfikir secara kritis
adalah sangat perlu dan menjadi benteng utama
dalam menggalakkan pelajar untuk berfikir,
kesediaan diri untuk dikritik dan mengkritik.
Pengajaran subjek ini di peringkat institusi
pengajian tinggi adalah wajar memandangkan ia
berupaya memandu pelajar untuk berfikir secara
teliti, analitikal dan berupaya memberikan hujah-
hujah yang baik dan bernas apabila fakta itu
didapati tidak benar atau diolah dangkal atau tidak
berasaskan maklumat yang sahih dan jitu (Sidek
Baba, 2006). Dalam pada itu, penguasaan terhadap
pemikiran secara kritis ini juga penting khususnya
untuk membentuk warganegara yang tahu dan
mampu menggunakan pemikiran mereka dalam
menghadapi plebagai cabaran, tekanan dan
perubahan (Poh Swee Hiang, 1999).
Kemahiran berfikir secara kritis juga turut
menekankan aspek kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan
dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan
dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat
pertimbangan yang wajar dalam usaha
menyelesaikan masalah dengan menggunakan
alasan dan bukti yang sewajarnya.
5. Perkaitan Antara Silibus Subjek Pemikiran
Kritis dan Pembangunan Modal Insan
Pendidikan tinggi di negara ini juga turut
diiktiraf sebagai penjana kepada pembangunan
ekonomi dan sosial negara. Ini sejajar dengan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang
dibentangkan oleh Perdana Menteri bahawa
pembangunan modal insan dan anjakan minda dan
pemikiran masyarakat merupakan satu cabaran
terbesar. Apakah tahap intelektual di Malaysia
semakin baik dan kian subur? Apakah minda rakyatMalaysia disegarkan dengan idea, gagasan dan
wawasan yang mantap? Apakah daya fikir siswazah
menampakkan peningkatan dari segi dinamisme,
keberanian bersuara serta kecekalan mendokong
idealism. Kesemua persoalan asas ini
memperlihatkan bahawa keupayaan berfikir secara
kritis dan kreatif geran kepada pembentukan modal
insan yang gemilang.
Kualiti modal insan tidak akan diperolehi
sekiranya ukuran ilmu hanya berasaskan jenis sijil
dan tahap kelayakan akademik. Oleh itu, subjek
pemikiran kritis yang diajar kepada pelajar
memberikan impak apabila mereka keluar daripada
mana-mana institusi pendidikan. Kepentingan
matapelajaran ini diakui oleh banyak pihak.
Menurut Lisa Tsui (2003), keupayaan untuk
berfikir secara kritikal adalah amat penting
terutama kepada mereka yang berpendidikan tinggi,berpendapatan tinggi dah mempunyai jawatan
tinggi. Justeru itu, pelajar yang keluar ini akan
menjawat jawatan di dalam sektor kerajaan
mahupun swasta. Keadaan ini menunjukkan
bahawa elemen pemikiran kritis ini akan
digunapakai dalam kehidupan harian dan juga
pekerjaan mereka.
Melihat kepada kandungan subjek Pemikiran
Kritis, topik-topik yang dibincangkan amat
bermanfaat kepada pelajar dan juga profesional.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
terdapat tujuh topik yang diajar. Topik-topiknya
iaitu:
Modul Sub Topik
1. Introduction to
Critical Thinking
1.1 What is Thinking?
1.2 Types of Thinking
1.3 What is Critical
Thinking?
1.4 Critical Thinking
Standards
1.5 Benefits of Critical
Thinking
1.6 Barriers to Critical
Thinking
1.7 Characteristics of a
Critical Thinker
3. Arguments
2.1 Questioning
2.2 Concepts & Mind maps
2.3 CoRT
3. Arguments
3.1 Distinguishing Fact
and Opinion
3.2 What is an Argument?
3.3 Identifying Premises
and Conclusions
3. Arguments
3.4 Deduction and
Induction
3.5 Analyzing Arguments
4. Fallacies3.6 Evaluating Arguments
3.7 Writing Arguments
4.1 Fallacies of Relevance
4.2 Fallacies of Insufficient
Evidence
5. Language
5.1 Thought & Language
5.2 Purpose of Language
5.3 Persuasion and
Propaganda
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 5/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
5
6. Decision Making
6.1 Why is Skillful
Decision-Making
Necessary?
6.2 Decision Making Tools
7. Problem Solving
7.1 Introduction to
Problem Solving
7.2 Step 1: What Is theProblem?
7.3 Step 2: What Are the
Alternatives?
7.4 Step 3: What Are the
Advantages and/or
Disadvantages of Each
Alternative?
Secara umumnya jika dilihat pelajar akan
mendapat pendedahan berkaitan elemen yang boleh
digunakan dalam berfikir melalui matapelajaran ini.
Ia merupakan satu proses intelektual yang
melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing),
aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi
yang terkumpul atau dihasilkan melalui
pengamatan, pengalaman, pentaakulan, atau
komunikasi. Sebagai contoh perbincangan
dilakukan berkaitan pembinaan soalan,
pembentukan konsep, peta minda dan CoRT
(Cognitive, Reasearch, Trust ). Pelajar akan lebih
mudah memahami dan membuat penilaian dan
tindakan terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
Pengaplikasian berfikir secara kreatif dan kritis
juga turut dimuatkan dalam proses pembelajaran
dan pengajaran melalui kertas kerja yang perlu
dilakukan oleh pelajar samada secara kumpulan
atau individu.
Keupayaan untuk berfikir secara kritikal adalahamat penting terutama kepada mereka yang
berpendidikan tinggi, berpendapatan tinggi dah
mempunyai jawatan tinggi (Lisa Tsui , 2003)
Justeru, pelajar yang keluar ini akan menjawat
jawatan di dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
Keadaan ini menunjukkan bahawa elemen
pemikiran kritis ini akan digunapakai dalam
kehidupan harian dan juga pekerjaan mereka.
Antara contoh subtopik yang terdapat dalam
subjek Pemikiran Kritis ialah kaedah penyoalan
(questioning). Pembelajaran berhubung dengan
penyoalan ini dilihat dapat membantu pelajar untuk
berfikir secara mendalam dan meluas dengan
menggunakan pelbagai aras berpandukan kepada
Bloom Taxonomy. Melalui kaedah ini pelajar
didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk
membentuk soalan dan menggunakannya secara
berkesan dalam situasi pembelajaran. Bloom adalah
orang yang bertanggungjawab dalam
memperkenalkan istilah aras pemikian atau ‘levels
of thought processes’.
Menurut Bloom pemikiran aras tinggi terdiri
daripada kemahiran untuk mengaplikasi,
menganalisis, sintesis dan menilai. Pemikiran aras
rendah pula merangkumi pengetahuan dan
interpretasi. Selain itu, Bloom turut menyatakan
bahawa pemikiran aras tinggi (higher order
thinking skills) hanya boleh digemblengkan melalui
penggunaan soalan atau objektif pengajaran pada
tahap tinggi yang berupaya menggalakkan pelajar
untuk berfikir di luar skop pembelajaran (thinkingoutside the box).
2.1 Questioning2.1 Questioning -- Bloom’s TaxonomyBloom’s Taxonomy
KnowledgeKnowledge
InterpretationInterpretation
Appl ic at ion
Anal ys is Analys is
SynthesisSynthesis
EvaluationEvaluation
Lower-level
Thinking
Higher-Level
Thinking
Rajah 2: Kaedah Penyoalan berdasarkan Bloom
Taxanomy
Dalam masa yang sama, pembelajaran subjek
Pemikiran Kritis turut mendedahkan pelajar dengan
kemahiran membuat keputusan (decision making).
Terdapat 8 mekanisme utama yang ditekankan di
bawah kemahiran membuat keputusan iaitu:
1. CoRT
2. SWOT Analysis
3. Six Thinking Hats
4. Decision Matrix
5. Force Field Analysis
6. Ishikawa Diagram
7. Mind Mapping
8. Socratic Questioning
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 6/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
6
T T hreats hreats O O pportunities pportunities
W W eaknesses eaknesses S S trengths trengths
Rajah 3: Analisis SWOT Dalam Proses Membuat
Keputusan Strategik
Antara salah satu cara untuk membuat
keputusan adalah melalui SWOT Analysis.
Pendekatan ini digunakan untuk mengenalpasti
masalah yang wujud secara lebih teliti dan jelas,
membolehkan penyelesaian dibuat dan
mengenalpasti faktor-faktor strategi yang berkaitan
dalam membuat keputusan. Analisis SWOT
merupakan soft approach dalam proses membuat
keputusan. Dalam pada itu, pendekatan ini
menekankan kepada pelajar kemahiran
menyelesaikan masalah melalui 4 proses utamaiaitu dengan mengenalpasti kekuatan (strengths),
kelemahan (weakness), peluang (opportunities) dan
juga halangan-halangan (threats). Kemahiran untuk
menganalisis ini jelas akan membantu pelajar untuk
membuat keputusan yang lebih baik dengan
mengambilkira segala masalah yang dihadapi.
Sebagai contoh, analisis SWOT ini sangat sesuai
untuk diaplikasikan dalam bidang perniagaan
terutamanya dalam membentuk perancangan
strategik bagi jangka masa pendek dan panjang.
6 Thinking Hats6 Thinking Hats
CreativeCreativeCreative
PositivePositivePositive
ObjectiveObjectiveObjective
FeelingsFeelingsFeelings
NegativeNegativeNegative
ProcessProcessProcess
EDWARD D.BONO DIAGRAMEDWARD D.BONO DIAGRAM
Rajah 4: Teknik Penyelesaian Masalah Six
Thinking Hats
Subjek Pemikiran Kritis juga turut memberi
penekanan kepada kemahiran menyelesaikan
masalah. Antara teknik menyelesaikan masalah
ialah Six Thinking Hats yang diperkenalkan oleh
Edward de Bono. Teknik ini berupaya membantu
pelajar untuk mengenalpasti masalah dan membuat
keputusan secara rasional melalui pelbagai
perspektif dan berfikir di luar daripada kebiasaan.
Teknik ini juga merangsang pemikiran seseorang
untuk membuat keputusan secara rasional. Di
samping itu juga teknik ini juga memberi peluang
kepada penghasilan keputusan yang lebih positif
dan kreatif.
Dengan menggunakan teknik ini dalam proses
menyelesaikan masalah, maka seseorang itu dapat
mengenalpasti masalah dan seterusnya membuat
keputusan terbaik melalui penilaian terhadap enam
aspek yang telah dikenalpasti.
”The six thinking hats is a method for doing one
sort of thinking at a time.”- Edward De Bono
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 7/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
7
Melalui teknik ini, pelajar boleh menyelesaikan
masalah menggunakan perspektif yang berbeza
(berdasarkan kepada warna topi). Sebagai contoh,
dalam usaha untuk merumus atau mencadangkan
sesuatu, pelajar boleh menggunakan gabungan
warna biru dan hijau dan bagi memperbaiki
keadaan yang sedia ada, maka warna hitam dan
hijau boleh diaplikasikan.
6. Keputusan Kajian Awal Terhadap
Penerimaan Pelajar yang Sedang Mengikuti
Subjek Pemikiran Kritis
Persoalan ditanya kepada semua pelajar yang
mengambil matapelajaran pemikiran kritis pada
semester ini. Soalannya ialah “Adakah anda
bersetuju bahawa subjek Pemikiran Kritis
menyumbang kepada pembangunan modal insan?”.
Pelajar memberikan jawapan bahawa mereka
bersetuju dengan hubungan ini. Antara jawapan
yang diberikan oleh pelajar ialah
“ I agree with it as it is because the relationship
between critical thinking and human capital has the
criteria on each and certain activities. As for
example, critical thinking consists of not only
thinking critically but it is combined with
identifying effectively, analyzing and evaluate
argument, discovering and overcoming personal
prejudice and biases, formulating and present the
convincing reasons in support of conclusion and
making reasonable, intelligent decisions about
what to believe and what to do. So….. from here,
human capital does consist of all the criteria in
critical thinking towards our future education.
Yes, I’m agree with the relationship between
critical thinking and human capital. It is
because…… human capital and critical thinking
both are related. Human capital without a critical
thinking characteristics, mostly can’t move forward
in working industries in the future. So.. its not good
for our economy growth.
Yes, I do agree with the relationship between
human capital and critical thinking. With the
performance of critical thinking skills, one can
enlarge his/her ability in a very wide range with the
capability of good thinking attaché with good
performance. Thus, he or she can be able in solvingany problem without any hesitation and this can
boost up their level of performance. It also can
venturing oneself to the working world will be a
complete new environment. As such, problems and
difficulties will be norm to one’s life. With the
capability of such skills, an individual can improve
their competence of performance. It is not only
beneficial for the individual itself, yet for the
company and directly to the country.
Yes, I agree with that statement because a human
capital need a person to develop their competency
and a skill to enhance their life. To have a better
personal development life, they must think
critically. They need to have a criteria to make a
decision that can be a reality. In this globalization
world, everyone need to compete each other to put
their self in front of the successful people.Therefore, the ability of a person to make it reality,
they must be a critically think and be a wise
decision maker. So, I’m agree that the critical
thinking and human capital have positive
relationship.
Section Jumlah
Pelajar
Bersetuju Tidak
Bersetuju
Lain-Lain
1 30 22 0 8- Tidak
Hadir
2 38 25 0 13 - Tidak Hadir
3 69 58 0 11- Tidak
Hadir
4 41 35 0 6 – Tidak
Hadir5 67 52 0 15 -Tidak
Hadir
Rajah 5: Maklum Balas Pelajar Terhadap
Hubungan Subjek Pemikiran Kritis dan
Pembangunan Modal Insan
7. Keputusan Kajian Awal Terhadap Pelajar
yang Telah Mengikuti Subjek Pemikiran
Kritis
Selain daripada itu, sebanyak seratus soal selidik
telah diedarkan kepada pelajar yang telah mengikuti
subjek Pemikiran Kritis bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan kesan kursus yang diikuti terhadap
perkembangan pelajar. Namun hanya empat puluh
orang pelajar sahaja yang mengembalikan dan
memberi maklumbalas. Ini disebabkan kaedah
pengedaran soal selidik melalui e-mail.
Sebanyak 67.5 peratus pelajar bersetuju dan
12.5 peratus pelajar sangat bersetuju dengan soalan
bahawa subjek Pemikiran Kritis ini berjaya
meningkatkan minat pelajar untuk belajar bidang
ini dengan lebih mendalam. Hanya 5 peratus sahaja
yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Manakala sebanyak 70 peratus bersetuju dan 15
peratus pelajar sangat setuju dengan soalan bahawa
kandungan silibus dalam subjek ini adalah sesuai.Bagi persoalan bahawa maklumat penting, konsep
dan nilai terkandung di dalam subjek ini, 67.5
peratus bersetuju dan 25 peratus sangat setuju.
Dapatan yang diperolehi jelas menunjukkan
bahawa silibus subjek Pemikiran Kritis ini
mengandungi elemen-elemen yang boleh
diaplikasikan oleh pelajar bukan sahaja dalam
subjek ini sendiri malahan ia juga bermanfaat
kepada semua subjek lain. Justeru, ia dapat
memupuk minat pelajar untuk lebih berfikir dalam
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 8/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
8
menyelesaikan tugasan pelajar dengan
menggunakan tahap pemikiran yang efisyen.
Peratusan terhadap pelajar yang bersetuju
bahawa subjek ini berjaya membantu
perkembangan intelektual mereka adalah 95
peratus. Manakala hanya 2.5 peratus pula tidak
bersetuju. Ini jelas menunjukkan subjek Pemikiran
Kritis berjaya menjadikan mereka seorang pelajaryang lebih matang dan berkualiti dari segi teoritikal
dan praktikal. Sejurus itu, ianya dapat
menyumbangkan kepada matlamat memperolehi
modal insan yang cemerlang.
Dapatan menunjukkan pelajar juga mengakui
bahawa mereka faham akan objektif matapelajaran
ini yang dijadikan sebagai subjek wajib kepada
semua pelajar. Ianya disokong dengan hasil soal
selidik pelajar yang bersetuju 60 peratus manakala
17.5 peratus tidak setuju. Malah mereka juga
mempersetujui sekiranya subjek ini dijadikan
subjek yang perlu diambil oleh setiap pelajar pada
setiap semester di mana pelajar mengikuti subjek
ini berdasarkan tahap-tahap tertentu seperti tahap
asas, tahap pertengahan dan tahap tinggi. Dapatan
soal selidik menunjukkan 40 peratus pelajar yang
bersetuju manakala 12.5 peratus tidak setuju.
Secara keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju
dengan subjek Pemikiran Kritis yang banyak
menyumbang ke arah melahirkan modal insan yang
berkualiti sepertimana yang digarapkan oleh
Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Tegasnya, usaha memperkembangkan daya
pemikiran pelajar bukanlah sesuatu idea yang baru
tetapi telah menjadi matlamat penting dalam sistem
pendidikan. Kini, langkah memantapkan subjek
Pemikiran Kritis merupakan faktor penyumbang ke
arah membangunkan modal insan cemerlang.
8. Kesimpulan
Pembangunan modal insan bertujuan
memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai
ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi
penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis
pekerjaan. Di samping itu, pelajar-pelajar ini akan
dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan,
kebolehan menggunakan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir
secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak
secara rasional, mengamalkan pembelajaransepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta
berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam
keluarga dan masyarakat.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa
pembelajaran subjek Pemikiran Kritis dalam
kalangan pelajar di IPTS kajian adalah sangat
penting. Ini memandangkan keupayaan subjek ini
sebagai pemangkin kepada pembentukan modal
insan yang berkualiti melalui kemahiran yang
ditekankan dalam silibus pengajaran.
Kepentingan subjek ini juga tidak dapat
disangkal lagi sebagaimana penekanannya oleh
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya
bertajuk Membina Tamadun Menjulang Martabat
Negara pada 31 Mac 2006,
“ Pembangunan modal insan dan anjakan mindadan pemikiran warga merupakan salah satu
cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah
ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita
mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap
tersebut, maka pembangunan insan haruslah
diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal
insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan
lagi satu kemewahan”.
Ternyata, sektor pendidikan adalah platform
penting yang berupaya memenuhi keperluan negara
dan Misi Nasional ke arah melahirkan modal insan
yang berpotensi dan berkualiti. Keupayaan untuk
berfikir secara kritis mampu untuk melahirkan
modal insan yang berkualiti dan berpotensi dalam
kalangan pelajar. Tegasnya, kemahiran berfikir
secara kritis ini perlu dimiliki oleh semua pelajar
kerana ia berupaya menjadi benteng yang
menyelamatkan seseorang individu daripada
serangan pemikiran, ideologi dan unsur-unsur
negatif dalam kehidupan (Faridah Che Husain &
Tengku Sarina Aini, 2008).
Akhir sekali bagi universiti-universiti yang
belum melaksanakan subjek Pemikiran Kritis
sebagai subjek wajib maka adalah dicadangkan
supaya pelaksanaannya dilakukan. Ini perlu
memandangkan subjek ini berupaya menjadi
pemangkin ke arah membangunkan modal insan
yang berkualiti dalam kalangan pelajar.
RUJUKAN
1. Amini Amir Abdullah, Pembangunan dan
Kemajuan Modal Insan Dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9): Satu
Penelitian, 2006.
2. Bassham, Greg.et.al, Critical Thinking, USA:
McGraw-Hill Companies, Inc.
3. Becker, G.S, Human Capital, New York, 3.
National Bureau of Economic Research, 1964.
4. Faridah Che Husain & Tengku Sarina Aini,
Pembentukan Akhlak Mulia Mahasiswa
Melalui Penerapan Pemikiran Kritis dan
Kemahiran Menyelesaikan Masalah: Suatu
Pendekatan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Di IPT, Prosiding Seminar
Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial
(SKIKS), Universiti Teknikal Malaysia
Melaka, 2008.
8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek
http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 9/9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
9
5. Grilliches, Zvi, “ Notes on The Role of
Education in Production Functions and Growth
Accounting” dlm Education, Income and
Human Capital, NBER Studies in Income and
Wealth, Jil.35, 1978.
6. Lisa Tsui, Reproducing Social Inequalities
Through Higher Education: Critical Thinkingas Valued Capital. Jurnal of Negro Education,
Vol.72, No.3 (Summer 2003), Howard
University.
7. Mohd. Safaai Said. Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) dan Pembangunan
Modal Insan Dalam Gerakan Koperasi di
Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia,
Cawangan Sabah, 2006.
8. Norma J. Shepelak, Anita Curry-Jackson
&Vernon L.Moore, Critical Thinking in
Introductory Sociology Classes: A Program of
Implementation and Evaluation, Vol.20, No.1,
pp. 18-27, American Sociological Association,
1992.
9. Psacharopoulos, G, 1981, Returns to
education: An Updated International
Comparison, dalam Comparative Education,
17:3.
10. Rahmah Ismail, Modal Manusia dan Perolehan
Buruh. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1996.
11. Ruzain Syukur Mansor, Cabaran Pendidik
Bina Modal Insan Unggul, Harian Metro, 16
Ogos 2008.
12. Sidek Baba, Bicara Agama, Utusan Malaysia,
15 Julai 2006.
13. Ucapan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi bertajuk Membina
Tamadun Menjulang Martabat Negara pada 31
Mac 2006.
14. Ucapan Perdana Menteri YAB Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi semasa Perutusan
Hari Pekerja, 1 Mei 2006.