Download - 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
1/36
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
2/36
j*k
2011 PSTPM
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
3/36
j*k
2011 PSTPM
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
4/36
j*k
2011 PSTPM
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
5/36
j*k
2011 PSTPM
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
6/36
j*k
2011 PSTPM
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
7/36
j*k
2011 PSTPM
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
8/36
SULIT* 2
CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MALAYSIAPEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2011
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PendahuluanPenyusunan skema ini bertujuan menyediakan panduan am kepada pemeriksa untukmelaksanakan kerja pemeriksaan skrip jawapan calon. Matlamat utamanya adalah untukmenjadikan kerja pemeriksaan ini mudah, tekal, dan mempunyai kebolehpercayaan yangtinggi serta mencapai satu taraf penyeragaman yang memuaskan dalam pemeriksaan .
BAHAGIAN A : KARANGAN [ 50 MARKAH ]
1 TujuanUntuk menilai kebolehan calon dalama) mengemukakan isi-isi yang relevan bagi tiap-tiap soalan karangan tepat dan
sesuai.
b) menghuraikan dan merumuskan hujah-hujah dengan matang, lancar, danberkesan.
c) menyusun isi mengikut urutan yang sesuai.d) menyampaikan isi dalam bentuk wacana yang utuh.e) menggunakan bahasa yang betul, persis, dan sesuai.
Karangan calon akan dinilai dari aspek
1. kerelevanan ( R )2. pengolahan ( P )3. kebahasaan ( B )
a) KERELEVANAN ( R )( i ) Kandungan karangan
Pendahuluan
Isi
Kesimpulan
( ii ) Pendekatan
Karangan berformat
Karangan tidak berformat
b) PENGOLAHAN ( P )
Aspek pengolahan dinilai dari segi:
( i ) Kesepaduan karangan
jalinan idea dengan idea
jalinan perenggan dengan perenggan
jalinan ayat dengan ayat
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
9/36
SULIT* 3
( ii ) Binaan karangan
Pendahuluan/Pengenalan
Isi
Penutup/Kesimpulan
c) BAHASA ( B )
Aspek bahasa dinilai dari segi:
( i ) Diksi / Pemilihan kata
kata umum
istilah
peribahasa (idiom)
( ii ) Tatabahasa
Sintaksis
- ayat
- frasa
Morfologi
- imbuhan
- gandaan- kata majmuk
Fokus kepada kesalahan struktur ayat
( iii ) Aspek mekanis
ejaan
tanda baca
2. Cara Pemberian Markah
Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan untuk menilai markah yang wajardiberikan kepada calon.
Pemberian markah untuk kerelevanan (R), Pengolahan (P), dan Bahasa (B)adalah seperti yang berikut:
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
10/36
SULIT* 4
(A) Kerelevanan ( R ) [ 21 markah ]
Markah Kerelevanan ( R ) terbahagi kepada pendahuluan / pengenalan, isi,dan kesimpulan / penutup.
Pendahuluan ( 3 markah)Tahap Markah Kriteria
Baik 3 Tepat dan jelas
Sederhana 2 Kurang tepat dan kurang jelas
Lemah 1 Tidak tepat / terlalu pendek / meleret-leret
Isi ( 15 markah ) ( 5 isi x 3 markah )
Tahap Markah KriteriaBaik 3 Isi tepat, huraian jelas, dan berfokus kepada isi utama
Sederhana 2 Isi masih tepat tetapi huraian kurang jelas dan kurangberfokus kepada isi utama.
Lemah 1 Isi dan huraian lemah
Penutup ( 3 markah )
Tahap Markah Kriteria
Baik 3 Baik dan meyakinkan
Sederhana 2 Kurang baik dan kurang meyakinkan
Lemah 1 Tidak meyakinkan, terlalu pendek
Catatan:
(a) Markah maksimum bagi aspek kerelevanan ialah:
(i) Pendahuluan = 3
(ii) Isi = 15 ( 3 markah x 5 isi )
(iii) Kesimpulan = 3
--------
Jumlah = 21
--------
(b) Jumlah isi yang diterima tidak dihadkan, tetapi markah maksimum isi ialah
15.
(c) Cara menandakan markah
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
11/36
SULIT* 5
(i) Markah hendaklah ditulis di tepi sebelah kanan setiap perengganberakhir.
(ii) Jika perenggan berkenaan tidak mengandungi isi dan huraian yangtidak relevan, tandakan TR di tepi perenggan itu.
(iii) Jika perenggan berkenaan mengandungi isi dan huraian yang
diulang, tandakan UL di tepi perenggan itu.
(B) Pengolahan [ 14 markah ]
- Markah R mempengaruhi markah P
Pengolahan karangan yang baik bermaksud:
Isi dan buah fikiran disampaikan dengan kemas dan teratur(koheren)
Idea yang disampaikan memperlihatkan hubungan logik yang paduantara ayat dengan ayat dan antara perenggan dengan perenggan(koheren)
Ayat-ayat yang dibina menunjukkan kekukuhan tautan dari segileksikal dan nahuan (kohesi)
Tahap Markah Kriteria
Amatbaik
13 14 Pengolahan kemas dan teratur
Memperlihatkan tautan yang kukuh
Pemerengganan yang baik
Baik 10 12 Pengolahan masih kemas dan masih teratur tetapi adabahagian yang tidak memperlihatkan koheren.
Pemerengganan baik
Sederhana 7 - 9 Pengolahan masih kemas tetapi aspek koheren kurangmemuaskan
Pemerengganan masih baik.Lemah 4 - 6 Pengolahan kurang kemas dan tidak teratur
Koheren dan kohesi tidak memuaskan
Pemerengganan kurang baik
Amatlemah
1 - 3 Pengolahan amat lemah
Tiada koheren dan kohesi
Pemerengganan lemah.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
12/36
SULIT* 6
( C ) Bahasa [ 15 Markah ]
Markah bahasa dinilai dari aspek penggunaan diksi, morfologi, sintaksis, danaspek mekanis.
Markah bahasa hendaklah dicampurkan dengan markah R dan P.
Taraf Markah Kriteria
Amat Baik 13 - 15 Kurang daripada 6 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa lancar dan berkesan
Diksi tepat dan luas
Baik 10 - 12 Mengandungi 6 hingga 10 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa secara keseluruhan masih lancardan berkesan
Diksi masih tepat dan luas
Sederhana 7 - 9 Mengandungi 11 hingga 15 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa tidak lancar
Diksi tepat
Lemah 4 - 6 Mengandungi 16 hingga 20 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa tidak lancar dan tidak berkesan
Diksi ada yang tidak tepat dan terbabas.
AmatLemah
1 - 3 Mengandungi lebih daripada 21 kesalahan sintaksis
Penggunaan bahasa amat lemah dan tidak lancar
Diksi banyak tidak tepat dan terbatas.
(a) Tulis jumlah markah pada akhir karangan(b) Pemeriksa dikehendaki membuat bulatan pada jumlah markah
keseluruhan yang diperoleh oleh calon
(c) Bagi karangan berformat, jika karangan calon tidak menepati format, tolak1 hingga 5 markah daripada markah R
(d) Bagi karangan yang kurang daripada 650 patah perkaraan pemeriksahendaklah menolak markah keseluruhan seperti yang berikut :
Jumlah perkataan antara 550 649 : tolak 2 markah
Jumlah perkataan antara 451 549 : tolak 4 markah Jumlah perkataan kurang daripada 450: tolak 6 markah
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
13/36
SULIT* 7
(e) Karangan hendaklah tidak melebihi 700 patah perkataan.
Bagi karangan yang melebihi 700 patah perkataan pemeriksahendaklah membuat satu garisan melintang bagi menunjukkanpemeriksaan dilakukan setakat itu sahaja. Bahagian yang selebihnyatidak perlu diperiksa.
Bagi karangan yang keseluruhannya terpesong, markah maksimumyang boleh diberi hendaklah tidak melebihi 5 markah.
BAHAGIAN B - RUMUSAN [ 20 MARKAH ]
1. Tujuan Pengujian
Menilai :
(a) pemahaman calon terhadap isi petikan karangan.
(b) Kebolehan calon mengenal pasti isi utama, isi sokongan ( huraian danhujah ), dan kesimpulan petikan.
(c) Kebolehan calon mengolah semula kandungan petikan denganmenggunakan bahasa sendiri secara berkesan tanpa mengubah maksudasal petikan. Calon sepatutnya menggunakan bahasa sendiri.
Penilaian rumusan merangkumi aspek yang berikut ;
(a) Isi ( I )
Isi utama ( IU )
Isi sokongan ( IS )
Kesimpulan ( K )
(b) Persembahan ( P )
Pengolahan
Bahasa
2. Cara Pemberian Markah
Pemeriksa hendaklah membaca setiap rumusan untuk menilai markah yang wajardiberikan kepada calon.
(a) Isi [ 10 markah ]
Pemberian markah untuk Isi ( I ) merangkumi aspek Isi Utama ( IU ) , IsiSokongan ( IS ) , dan Kesimpulan ( K ) . Berikan markah seperti berikut.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
14/36
SULIT* 8
Taraf Markah Kriteria
Amat Baik 9 10 IU Tepat dan lengkap
IS Cukup ( 5 isi ) tepat dan lengkap
K Tepat dan lengkap
Baik 7 - 8 IU Tepat dan lengkap / IU kurang tepat dan kurang lengkap
IS Cukup ( 4 / 5 isi ) tepat dan lengkap / cukup dan lengkap
K Kurang tepat dan kurang lengkap / tepat dan lengkap
Sederhana 5 6 IU Kurang tepat / salah tempat / kurang lengkap
IS Kurang sedikit ( 3 isi ) / IS Lemah 4
K Kurang tepat /salah tempat / kurang lengkap
Lemah 3 4 IU Samar / kurang lengkap / kurang tepat
IS Tidak cukup ( satu atau dua isi )
K Kurang tepat / kurang lengkap / tiada
AmatLemah
1 2 IU Salah / tiada
IS Tidak cukup / tidak jelas / lemah / kabur / salah
K Salah / tiada
Nota :
a) Isi sokongan ( IS )kurang lengkap juga ialah isi sokongan yang lemah.
b) Dua ( 2 ) IS yang lemah dianggap sama nilai dengan satu ( 1 ) IS yangtepat dan lengkap.
c) Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan.Jika calon menulis lebihdaripada tiga perenggan, tolak 1 markah.
( b ) Persembahan ( 10 markah )
Pemberian markah untuk persembahan ( P ) merangkumi aspek tatabahasa,
pengolahan ( binaan, rentetan, jalinan), dan diksi ( pilihan kata , ungkapan , idiom )
Taraf Markah Kriteria
Amat Baik 9 10 Olahan rumusan kemas
Keberkesanan penyampaian terserlah
Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius
Baik 7 8 Olahan rumusan masih kemas
Penyampaian memuaskan
Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
15/36
SULIT* 9
Sederhana 5 6 Olahan rumusan agak baik
Penyampaian masih berkesan
Mengandungi sedikit kesalahan tatabahasa tetapi tidakbegitu serius
Lemah 3 4 Olahan rumusan kurang kemas
Penyampaian kurang berkesan
Mengandungi kesalahan tatabahasa yang serius
AmatLemah
1 2 Olahan rumusan tidak kemas
Penyampaian tidak berkesan
Mengandungi terlalu banyak kesalahan tatabahasayang serius
Cara Pemeriksaan
(a) Pemeriksa hendaklah menandakan IU, IS dan K seperti yang berikut.
Aspek Singkatan Maksud
IU IUT
IUL
IUST
IUX
tepat dan lengkap
kurang tepat / kurang lengkap
Salah tempat
Salah
IS IS
ISL
Tepat dan lengkap
Kurang tepat / kurang lengkap
K KT
KL
KST
KX
Tepat dan lengkap
Kurang tepat / kurang lengkap
Salah tempat
Salah
JUMLAH PERKATAAN
Rumusan hendaklah tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan dalamsoalan. Bahagian rumusan yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Pemeriksaanhendaklah membuat satu garis melintang bagi menunjukkan pemeriksaandilakukan hingga setakat itu.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
16/36
SULIT* 10
BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS [ 15 MARKAH ]
1. Tujuan Pengujian
(a) Untuk menilai kebolehan calon mengalih suatu bentuk bahasa daripada
pelagai bentuk teks kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden denganmengekalkan isi yang asal.
(b) Kebolehan calon menggunakan bahasa yang betul dalam bentuk prosabahasa Melayu moden.
Penilaian merangkumi aspek-aspek berikut :
1. Isi ( I ) 5 markah
2. Persembahan ( P ) 10 markah
2. Cara Pemberian Markah
Pemeriksa hendaklah membaca setiap jawapan alih bentuk teks untukmenentukan markah yang wajar diberikan kepada calon.
1. Isi ( 5 markah )
Taraf Markah Kriteria
Amat baik 5 Tepat, tiada isi / fakta terpesong atau tertinggal
Baik 4 Secara keseluruhan masih tepat, tetapi ada sedikit isi /fakta kurang tepat atau tertinggal
Sederhana 3 Secara keseluruhan masih baik tetapi sebahagiandaripada isi terpesong atau fakta tertinggal
Lemah 2 Tidak tepat, banyak isi terpesong atau tertinggal
Amat Lemah 1 Secara keseluruhan isi tidak tepat / sipi / menyeleweng /tertinggal.
2. Persembahan ( 10 markah )
Taraf Markah Kriteria
Amat baik 9 10 Jalinan kemas
Tidak ada kesalahan bahasa
Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat
Baik 7 8 Jalinan kemas
Tidak ada kesalahan bahasa yang serius
Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
17/36
SULIT* 11
Sederhana 5 6 Jalinan kurang kemas
Terdapat beberapa kesalahan bahasa tetapi tidakmenjejaskan isi teks
Bentuk alih bahasa yang terhasil kurang sesuai /
kurang tepatLemah 3 4 Jalinan kurang kemas
Terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius
Bentuk alih bahasa yang terhasil tidak tepat
Amat Lemah 1 2 Jalinan tidak kemas
Terdapat banyak kesalahan bahasa yang seriussehingga merosakkan isi teks
Bentuk alih bahasa yang terhasil terpesong
Catatan :
Calon yang menyalin keseluruhan teks diberi sebanyak 1 markah.
Jawapan berbentuk ulasan / laporan / ringkasan diberi maksimum 2 markah.
BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA [ 15 MARKAH ]
1. Terdapat enam ( 6 ) kesalahan dalam petikan tersebut.
2. Bagi setiap kesalahan
2.1. pengesanan diberi satu ( 1 ) markah
2.2. menyatakan sebab kesalahan diberi satu ( 1 ) markah
2.3. membetulkan kesalahan diberi satu ( 1 ) markah
3. Pelajar dibolehkan menjawab dalam apa-apa bentuk asalkan mereka menjawabberdasarkan fakta pada perkara 2 iaitu 2.1, 2.2, dan 2.3.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
18/36
SULIT* 12
TERHAD
SKEMA JAWAPAN
BAHASA MALAYSIA
KERTAS 2
Hasil ujian esei bergantung kepada pemeriksa. Pemeriksa berlainan akanmemberikan markah yang berlainan, malahan pemeriksa yang sama mungkinmemberikan markah yang berlainan pada skrip jawapan yang sama pada masayang berlainan. Ketidaktekalan seperti ini menjejaskan kebolehpercayaan ujiankerana skor ujian telah membayangkan prasangka dan pandangan pemeriksa
TERHAD
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
19/36
SULIT* 13
SKEMA JAWAPAN
KERTAS 2
Soalan 1
Gejala penagihan semula dadah telah membimbangkan semua pihak. Gejala ini telah
menjejaskan usaha-usaha rawatan dan pemulihan yang dijalankan oleh kerajaan.
Pada pendapat anda, kenapakah berlakunya gejala ini?
Pendahuluan:
- konsep penagihan semula dadah: bekas-bekas penagih yang menagih dadah semula setelah menjalani
rawatan dan proses pemulihan
: individu yang menagih dadah semula akan menunjukkan tanda-tanda
perubahan dari segi sikap, emosi, dan cara bertingkah laku.
- setiap tahun jumlah bekas penagih yang menagih dadah semula semakin
meningkat
- gejala ini membimbangkan semua pihak sebab golongan ini akan terus
meningkatkan permintaan terhadap dadah dan seterusnya akan menjejaskan
usaha merawat dan memulih penagih.- Fokus soalan : sebab-sebab wujudnya gejala penagihan semula dadah.
Isi-isi:
ISI 1: Emosi bekas penagih sentiasa berada dalam keadaan negatif dan tidak stabil
- sentiasa marah, kecewa, berdukacita, sedih, cemburu, rasa bersalah, murung, dan
bosan.
ISI 2: Konflik dalam keluarga
- akibat disisih, terus dilabel negatif, dibiarkan tanpa sokongan, dan tidak memberirawatan.
ISI 3: Pengaruh rakan penagih
- terus menawar dadah dan mendesak mereka supaya mengambil dadah semula.
ISI 4: Persekitaran tempat tinggal yang menjadi tempat penagih berkumpul
- memudahkan bekas penagih mendapat bekalan dadah.
ISI 5: Proses rawatan dan pemulihan kurang berkesan
- contoh: di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Pusat Serenti, dan
Pengasih.
ISI 6: Bekas penagih tiada pekerjaan
- sukar mendapat kerja : diskriminasi majikan.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
20/36
SULIT* 14
ISI 7: Stigma masyarakat
- masyarakat memandang negatif terhadap cubaan bekas penagih untuk pulih.
*** Sekiranya pelajar mengemukakan isi untuk penagihan peringkat pertama ( seperti
ingin mencuba, pengaruh media massa, dan kurang didikan agama), isi ini dianggaptidak
relevan.
Penutup:
- Penyataan semula fokus soalan : sebab-sebab bekas penagih kembali
menagih dadah.
- Kesan yang lebih buruk kepada masyarakat dan negara dalam jangka
panjang
- Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil
- Harapan : Semua pihak (masyarakat, pihak swasta, kerajaan, dan badanbukan kerajaan) perlu bekerjasama
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi
dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i. Pendapat tokoh
ii. Contoh
iii. Peribahasa
iv. Harapanv. Statistik
vi. Sejarah atau latar belakang
Soalan 2
Malaysia menjadi lokasi transit pemerdagangan manusia sejak akhir-akhir ini. Fenomena
ini telah menimbulkan pelbagai masalah. Jelaskan faktor-faktor berlakunya fenomena
tersebut dan bincangkan implikasinya kepada masyarakat dan negara.
Pendahuluan:
- Konsep pemerdagangan manusia1. Manusia dijadikan sebagai komoditi atau barang dagangan oleh sindiket.
2. Kemasukan mereka sama ada secara sah atau tidak sah.3. Melibatkan lelaki, wanita, dan kanak-kanak.- Statistik menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap fenomena ini.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
21/36
SULIT* 15
- Fokus soalan:Faktor dan implikasi kepada masyarakat dan negara.
Isi-isi:
Faktor-faktor berlaku pemerdagangan manusia
IS1: Sindiket pemerdagangan manusia didalangi penjenayah antarabangsa yang terancang
IS2: Lokasi geografi negara kita yang strategik menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit
oleh penyeludup
IS3: Pulangan yang lumayan bagi individu/sindiket yang terlibat.
IS4: Kelonggaran dan ketidakcekapan kawalan di pintu masuk sempadan dan lapangan
terbang.
-Berlaku ketirisan dalam menunaikan tanggungjawab
IS5: Kesusahan dan desakan hidup
Implikasi pemerdagangan manusia kepada masyarakat dan negara
IS1: Menimbulkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan masyarakat akibat
peningkatan jenayah pemerdagangan manusia.
IS2: Gejala sosial meningkat.-Contoh: pelacuran, rumah urut, dan buang bayi
IS3: Eksploitasi kanak-kanak.
-Contoh: pengemis/peminta sedekah dan buruh kanak-kanak
IS4: Menjejaskan imej negara di mata dunia.
Penutup/kesimpulan
Penyataan semula fokus soalan
Harapan
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi
dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i. Pendapat tokoh
ii. Contoh
iii. Peribahasa
iv. Harapan
v. Statistik
vi. Sejarah atau latar belakang
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
22/36
SULIT* 16
Soalan 3
Vandalisme selalunya dikaitkan dengan keruntuhan institusi kekeluargaan. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk
menanganinya.
Pendahuluan:
- Konsep vandalisme perbuatan merosak atau membinasakan harta benda awamatau persendirian
- Fokus soalan:- nyatakan pendirian calon sama ada setuju atau tidak bahawa keruntuhan
institusi kekeluargaan merupakan punca utama vandalisme
- Cadangkan langkah baru untuk penambahbaikan
Isi-isi:
Faktor-faktor berlakunya vandalisme
IS1 : - Keruntuhan institusi keluarga
- Berasal daripada keluarga yang bermasalah
- Mengamalkan budaya negatif contoh bergaduh, merokok
- Remaja ingin bebas dariada keluarga yang bermasalah
- Kurang kawalan dan bimbingan daripada ibu bapa
Faktor-faktor lain
IS2 : - Pengaruh rakan sebaya
- Mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya
- Terikut dengan rakan yang tercicir
IS3 : - Pengaruh media
- Paparan adegan negatif dalam filem terutama filem barat
- Remaja mudah terikut
IS4 : - Situasi Individualistik dan materialistik masyarakat
- Terlalu pentingkan kebendaan
- Tidak mengambil peduli isu-isu sosial masyarakat
- Kajian menunjukkan vandalisme lebih banyak di bandar ekoran masyarakat
yang materialistik.
Cadangan mengatasi:
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
23/36
SULIT* 17
Catatan : Hanya terima cadangan baru bukannya langkah yang telah dilaksanakan.
Sekiranya calon mengemukakan langkah sedia ada, penambahbaikan perlu
dilakukan terhadap isi tersebut.
Contoh perkataan penambahbaikan digiatkan / ditingkatkan / diaktifkan
IS1 : Penambahbaikan penguatkuasaan undang-undang- Perlu dijalalankan oleh semua yang bertanggungjawab
- Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9, Undang-undang Kecil Vandalisme 1991
dendan RM2 ribu dan penjaran tidak lebih 1 tahun jika sabit kesalahan.
- Undang-undang baru pesalah dikehendaki menjalankan kerja khidmat
masyarakat dengan memakai pakaian pesalah vandalisme di pusat beli belah.
IS2 : Meningkatkan peranan ibu bapa dan keluarga
- Beri tunjuk ajar tentang falsafah kepentingan harta benda awam sebagai hartasendiri.
- Ibu bapa dikehendaki menyayangi anak-anak supaya mereka tidak rasa
kekosongan.
- Ibu bapa juga perlu menyedarkan anak-anak bahawa harta benda awam amat
penting untuk orang ramai. Sehubungan itu harta benda awam perlu dijaga
bukan dirosakkan.
IS3 : Giatkan peranan media massa- Didik masyarakat menerusi kempen kesedaran dan bekerjsama menjaga harta
benda awam yang disediakan untuk kegunaan semua orang.
- Media juga boleh menganjurkan kempen Harta Benda Awam Milik Bersama.
IS4 : Aktifkan peranan masyarakat dan sekolah
- Masyarakat perlu lebih peka kepada persekitaran.
- Masyarakat perlu lebih proaktif.
- Berikan kefahaman kepada golongan remaja akan keburukan vandalisme.
- Pihak sekolah perlu memberi nasihat, bimbingan, dan penerangan pentingnya
harta benda awam untuk semua orang.
Penutup:
- Penyataan semula fokus soalan faktor-faktor berlakunya vandalisme dan
berikan cadangan yang perlu diambil untuk menanganinya.
- Kesan vandalisme terhadap masyarakat dan negara
- Harapan kerajaan dan negara untuk menangani gejala ini.
- Harapan calon.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
24/36
SULIT* 18
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi
dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i. Pendapat tokoh
ii. Contohiii. Peribahasa
iv. Harapan
v. Statistik
vi. Sejarah atau latar belakang
Soalan 4
Lambakan produk tiruan di pasaran tempatan, seperti ubat-ubatan tiruan dan produk
kecantikan telah menimbulkan kebimbangan dan rasa kurang senang dalam kalangan
masyarakat.
Sebagai Pengerusi Persatuan Pengguna di tempat anda tinggal, anda bercadang
untuk menghantar satu memorandum berkaitan hal di atas kepada Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan. Dalam memorandum itu, anda menyatakan
kekesalan terhadap masalah tersebut dan mencadangkan langkah-langkah untuk
mengatasinya. Sediakan memorandum tersebut.
Format Memorandum:
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
Memorandum/MEMORANDUM
Kepada:
Daripada:
Tajuk:
1. Pendahuluan
2. Penyataan pendapat:
3. Usul:
4. Penutup:
5. Tandatangan, nama dan jawatan:
6. Tarikh:
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
25/36
SULIT* 19
1. Pendahuluan:- Konsep produk tiruan - produk yang dihasilkan dan dijual dengan menggunakan
jenama tertentu @ menggunakan jenama sedia ada tanpa mendapat kelulusan pihak
berkuasa / berwajib
- Produk kesihatan dan kecantikan mendapat sambutan orang ramai pada masa ini
kerana mereka amat menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan.
- Terdapat kalangan masyarakat yang tidak peka dan tidak mengambil peduli akan
kesan negatif penggunaan ubat-ubatan dan produk kecantikan tiruan
- Fokus soalan : Lambakan produk tiruan ini menimbulkan pelbagai kesan negatif
dan langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi mengatasinya.
2. Penyataan pendapat:
Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis ubat dan produk kecantikan di pasaran.
Produk tersebut mudah diperoleh dan harganya murah. Hal ini menyebabkan produk-
produk tersebut mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pengguna / orang ramai.
Namun demikian, produk-produk sebegini mendatangkan pelbagai kesan negatif sekiranya
diambil secara berterusan.
2.1 Produk tiruan boleh menjejaskan kesihatan-Boleh menyebabkan alahan, keguguran bagi ibu mengandung, dan
keracunan
2.2 Penyakit menjadi semakin teruk dan menimbulkan pelbagai komplikasi lain.
2.3 Pengguna tertipu dan teraniaya serta menanggung pelbagai kerugian
-Pengguna tidak mengetahui / tidak diberitahu kandungannya
-penjual cuma mementingkan keuntungan.
3 Usul:
3.1 Pihak berwajib perlu sentiasa mengadakan pemantauan secara berterusanterhadap premis-premis yang menjual ubat-ubatan dan produk kecantikan
bagi memastikan ketulenan dan kesahannya.
3.2 Pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang yang tegas
terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjual dan mengedar
produk-produk tiruan tersebut.
3.3 Kerajaan perlu memastikan orang ramai diberi pendedahan dan pendidikan
kepenggunaan mengenai bahaya penggunaan produk tiruan melalui media
secara agresif dan berterusan
3.4 Kerajaan dan badan swasta / NGO berkaitan perlu meningkatkan kerjasama
bagi memastikan orang ramai mendapat pendedahan mengenai bahayapenggunaan produk tiruan
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
26/36
SULIT* 20
4 Penutup:
- Penyataan semula fokus soalan.
- Kesungguhan dan kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan
orang ramai didedahkan dengan permasalahan ini.
- Orang ramai juga perlu sentiasa peka dengan produk yang mereka gunakan
bagi mengelakkan kesan sampingan yang serius.
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi
dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i. Pendapat tokoh
ii. Contoh
iii. Peribahasa
iv. Harapan
v. Statistik
vi. Sejarah atau latar belakang
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
27/36
SULIT* 21
Bahagian B
5 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat
dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan
menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200
patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.
[20]
Pemanasan global dan peningkatan suhu bumi merupakan salah satu isu yangcukup hangat dibincangkan pada hari ini di seluruh dunia. Sidang Kemuncak Perubahan
Iklim Global di Copenhagen, Denmark, dari 7 hingga 18 Disember 2009, dianggap sebagai
acara besar masyarakat dunia bagi membincangkan isu yang dianggap kritikal pada abad
ke-21. Pemanasan global merujuk kepada peningkatan purata suhu atmosfera permukaan
bumi secara global yang disebabkan oleh aktiviti manusia atau faktor semula jadi. Akibat
perubahan ini, bumi berhadapan dengan beberapa ancaman alam sekitar, seperti
peningkatan paras air laut, kemarau, banjir, taufan, kebakaran hutan, gangguan sistem
ekologi, dan sebagainya.
Kesan pemanasan global yang ketara akhir-akhir ini menyebabkan pencairan ais
dan glasier di kawasan Artik dan Antartik di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Keadaan ini
menyebabkan peningkatan aras laut, seperti yang dikesan di New York dan Rotterdam,
Belanda. Negara kepulauan, seperti Vanuatu di selatan Lautan Pasifik juga kehilangan
beberapa pulau kecil akibat kenaikan paras laut. Jika fenomena ini tidak ditangani, negara
kepulauan lain, seperti Maldives dan bandar di pinggir pantai, seperti Venice, akan
tenggelam. Negara seperti Nepal pula akan menerima bencana akibat glasier yang runtuh
dari Pergunungan Himalaya. Selain itu, pencairan ais di kutub menyebabkan peningkatan
isi padu air laut yang memberi kesan terhadap fenomena hakisan pantai, sekali gus
menyebabkan pengecilan sesebuah negara. Di Malaysia misalnya, Jabatan Pengairan dan
Saliran melaporkan bahawa saiz negara kita semakin berkurangan akibat hakisan pantai di
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
28/36
SULIT* 22
33 buah lokasi di seluruh negara. Catatan ini sangat membimbangkan sekiranya tiada
tindakan segera diambil bagi mengatasi fenomena pemanasan global yang berlaku di
seluruh dunia.
Saintis turut meramalkan bahawa dengan berlakunya perubahan cuaca yang
mendadak di atmosfera yang kita diami kini, kawasan di utara khatulistiwa akan menjadi
lebih panas dan tempoh musim sejuk akan berkurang. Negara di selatan khatulistiwa pula
akan menjadi lebih panas dan suhu musim kemarau akan meningkat. Tempoh kemarau
juga akan berpanjangan dan mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan ini.
Industri pertanian akan mengalami kesan yang teruk akibat perubahan cuaca bumi yang
menyebabkan perubahan dalam kelembapan tanah. Hal ini akan menjejaskan penanaman
tumbuhan komoditi yang menjadi nadi ekonomi sesebuah negara.
Sejak awal abad ke-21, penghuni dunia akan terus dikejutkan oleh pelbagai
bencana alam yang amat dahsyat yang mengorbankan jutaan nyawa manusia, menjadikan
jutaan yang lain kebuluran, hilang tempat tinggal, yatim piatu di samping memusnahkan
bandar serta kampung. Setelah dikaji secara mendalam, terbukti bahawa setiap bencana
dan kemusnahan yang menimpa bumi berpunca daripada angkara manusia yang banyakmengubah muka bumi dan atmosfera atas nama pembangunan dan keuntungan akibat
tamak haloba golongan tertentu sehingga menyebabkan khazanah alam semakin pupus
ditelan zaman. Di negara kita sendiri, pelbagai kempen dan slogan hanya tinggal nama.
Bumi terus menerima kekotoran di tangan manusia.
Hal ini menunjukkan bahawa tidak ada penyelesaian segera yang dapat dilakukan
untuk menghadapi fenomena pemanasan global selagi sikap tidak kisah dan tak apa
masih menebal dalam diri majoriti masyarakat dunia, termasuk di negara kita. Isu alam
sekitar akan terus membelenggu kehidupan penghuni bumi tanpa kempen kesedaran yang
berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, masyarakat haruslah memainkan
peranan dan menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan masalah
pemanasan global yang sedang dihadapi kini. Tabiat tak apa terhadap isu alam sekitar
akan menyebabkan bumi binasa.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
29/36
SULIT* 23
(Dipetik dan disesuaikan daripada rencana Pemanasan Global
Bumi Kian Tenat, Dewan Siswa, Februari 2010)
SKEMA JAWAPAN Soalan 5
Isu Utama (IU):
Pemanasan global dan peningkatan suhu bumi merupakan isu yang cukup hangat
dibincangkan pada hari ini di seluruh dunia. / Pemanasan global merujuk kepada
peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global / disebabkan aktiviti
manusia atau faktor semula jadi. / Bumi menghadapi beberapa ancaman alam sekitar akibat
pemanasan global
Isi Sokongan 1 (IS1):
Pemanasan global yang ketara akhir-akhir ini menyebabkan pencairan ais dan glasier / dikawasan Artik dan Antartik di Kutub Utara dan Kutub Selatan / seterusnya berlaku
peningkatan aras laut / dan kehilangan beberapa pulau kecil (tenggelam).
Isi Sokongan 2 (IS2):
Pencairan ais di kutub juga menyebabkan peningkatan isi padu air laut / sekali gus
menyebabkan saiz sesebuah negara semakin kecil. / Keadaan ini sangat membimbangkan.
Isi Sokongan 3 (IS3):
Kawasan di utara khatulistiwa akan menjadi lebih panas / dan tempoh musim sejuk akanberkurang. / Negara di selatan khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas / dan suhu
musim kemarau akan meningkat. /
Isi Sokongan 4 (IS4):
Tempoh kemarau juga akan berpanjangan / dan mengakibatkan kekurangan bekalan air di
kawasan ini / seterusnya menjejaskan penanaman tumbuhan komoditi. /
Isi Sokongan 5 (IS5):
Sejak awal abad ke-21, penghuni dunia akan terus terus dikejutkan oleh pelbagai bencana
alam yang amat dahsyat.
Isi Sokongan 6 (IS6):
Terbukti bahawa setiap bencana dan kemusnahan berpunca daripada angkara manusia /
yang banyak mengubah muka bumi dan atmosfera / atas nama pembangunan dan
keuntungan / akibat sikap tamak haloba golongan tertentu.
Kesimpulan:
Tiada penyelesaian segera untuk menghadapi fenomena pemanasan global / selagi sikap
tidak kisah dan tak apa masih menebal dalam diri majoriti masyarakat dunia, /
Masyarakat haruslah memainkan peranan / dan menyahut seruan kerajaan / untuk
mengurangkan masalah pemanasan global.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
30/36
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
31/36
SULIT* 25
oleh Nurul Farehah Jaamad, Berita Minggu, 10 April 2011)
SKEMA JAWAPAN Soalan 6
Seorang lelaki lewat 40-an menengking dan memarahi seorang lelaki muda yang
buta dan ditemani oleh seorang perempuan dengan meminta lelaki muda itu pergi dari situ
dan tidak mengganggu mereka sekeluarga makan. Kelihatan si buta memegang tongkat dan
beberapa bungkus tisu serta kalendar kecil. Huda, iaitu seorang pelajar kolej bersama
temannya Yasmin memerhatikan gelagat si buta dan lelaki yang memarahinya tadi. Si buta
menunjukkan muka simpati. Kemudian dia berjalan ke arah meja sebelah. Perkara itu yang
dilakukannya sehingga sampai ke meja, iaitu tempat Huda menikmati selera di kedai itu.
Sambil mengucapkan selamat malam, si buta membuat rayuan agar dirinya dikasihani.
Perempuan yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan Huda dan Yasmin. Matanya
tepat ke arah makanan yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. Sambil menghulurkan
wang ke tangan si buta itu tadi, Huda mengucapkan selamat malam dan meminta si butamengambil wang itu. Perempuan yang berada di sebelah si buta mengucapkan terima kasih
kepada Huda sambil tersenyum. Mata Yasmin membulat / menjadi bulat apabila
memandang wang di tangan si buta. Yasmin meleteri Huda dengan menyatakan bahawa
wang yang diberi oleh Huda banyak sangat. Dia memegang sudu di sebelah kanan dan
garfu di sebelah kiri untuk memulakan makan malamnya. Huda membela diri dengan
menyatakan bahawa wang itu tidak banyak, iaitu cuma sepuluh ringgit sahaja sambil
tersenyum. Usai / sesudah / selesai menghabiskan hidangan makanan, Huda dan Yasmin
segera menuju ke kereta Kancil putih milik Huda. Dalam perjalanan, mereka ternampak
beberapa anggota polis sedang mengelilingi sebuah teksi di tepi pondok. Dua orang
anggota polis membawa seorang lelaki yang menyamar dengan menjadi buta dan seorang
perempuan masuk ke dalam kereta polis. Yasmin menggeleng kepala. Huda terpinga-pinga
apabila memikirkan dirinya ditipu mentah-mentah.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
32/36
SULIT* 26
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. [15]
PENGISYTIHARAN JUALAN (LELONG)
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
SAMAN PEMULA NO: 12-1234-2009
PERMOHONAN PELAKSANAAN N0: 12-34-2011
TEMPAT : DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI, ALOR
SETAR, KEDAH DARUL AMANTARIKH & MASA : 27.06.2011 (ISNIN) JAM 10.00 PAGI
HARTA : H.S(D) 12345, PT NO. 67890, Bandar Amanjaya, Daerah
Kuala Muda, Kedah Darul Aman (Keluasan 334.5 Meter
Persegi)
ALAMAT HARTA : No. 12, Jalan Orkid 1/1, Amanjaya (Zon Orkid), 08000
Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
PENGGADAI : SITI BINTI ALI (No.K/P: 871007-07-2222)
PENERIMA GADAIAN : BANK SIMPANAN NASIONAL
HARGA RIZAB : Tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM113,400.00 (RinggitMalaysia: Satu Ratus Tiga Belas Ribu Empat Ratus sahaja) dan syarat-syarat jualan yang
dicetakkan di Pengisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah
dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas
nama Bank Simpanan Nasional sebelum jam 10.00 pagi pada hari Lelongan Awam.
Bank Draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan Penawar hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat berukuran 4 x 9 inci dengan mencatatkan No Kes Pelaksanaan
(A/E:12-34-2011) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah
digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelong
Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembelidalam tempoh 120 (Satu Ratus Dua Puluh) hari dari tarikh jualan kepada Bank
Simpanan Nasional. Jika gagal, deposit 10% akan dirampas.
Untuk pertanyaan sila:
Hubungi
JURULELONG
MUTHU A/L GOPAL,
N0 123, Lorong Sutera 5/1, Taman Sawi, 05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman Fax No 04-1234567
H/P NO: 019-1234567
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
33/36
SULIT* 27
(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaMetro 1klassifieds,
Harian Metro, Jumaat 17 Jun 2011)
SKEMA JAWAPAN Soalan 7
Pengisytiharan Jualan Lelong dilakukan di Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar,
Kedah Darul Aman. Saman pemulanya bernombor 12-1234-2009, manakala nombor
permohonan pelaksanaannya ialah 12-34-2011. Tempat Pengisytiharan Jualan Lelong
adalah di Bilik Lelong, Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tarikh
dan masa Pengisytiharan Jualan Lelong adalah pada 27.06.2011, hari Isnin, jam 10.00
pagi. Harta Pengisytiharan Jualan Lelong ialah H.S (D) 12345, PT bernombor 67890,
Bandar Amanjaya, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman dengan keluasan 334.5 meter
persegi. Harta Pengisytiharan Jualan Lelong beralamat di nombor 12, Jalan Orkid 1/1,
Amanjaya, Zon Orkid, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Penggadainya ialah Siti
Binti Ali. Nombor kad pengenalannya ialah 871007-07-2222. Penerima gadaian ialah
Bank Simpanan Nasional.
Harga jualan rizab tersebut tertakluk kepada satu harga rizab, iaitu sebanyakRM113,400.00 atau Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Belas Ribu Empat Ratus sahaja.
Syarat-syarat jualan adalah seperti yang dicetak dalam Pengisytiharan Jualan. Penawar-
penawar yang berminat dikehendaki untuk mendepositkan sepuluh peratus daripada harga
rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Bank Simpanan Nasional sebelum pukul 10.00
pagi pada hari Lelongan Awam. Bank Draf bersama dengan salinan kad pengenalan
penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 kali 9 inci dengan
mencatatkan nombor Kes Pelaksanaannya, iaitu A/E:12-34-2011 pada bahagian atas
sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam / dilekatkan hendaklah
dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Alor
Setar, Kedah. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh 120 hari
dari tarikh jualan kepada Bank Simpanan Nasional. Jika gagal, deposit sebanyak sepuluh
peratus akan dirampas.
Pertanyaan boleh dilakukan dengan menghubungi Jurulelong, iaitu Muthu A/L
Gopal di Nombor 123, Lorong Sutera 5/1, Taman Sawi, 05150 Alor Setar, Kedah Darul
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
34/36
SULIT* 28
Aman. Nombor faks / faksimile ialah 04-1234567 dan nombor telefonnya ialah 019-
1234567.
Bahagian D
8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan, dan kemudian buat pembetulan. [15]
Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring
dengan usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih sebersih kapas, kanak-kanak
sememangnya berhak menikmati kehidupan yang indah dan menggembirakan.
Sehubungan dengan itu, sejak akhir-akhir ini, golongan yang lebih tua menjadikan kanak-
kanak tempat melepaskan rasa marah dan tekanan. Tanpa alasan yang rasional, kanak-
kanak ditumbuk, ditampar, diterajang, disiram air panas, dan dicucuh dengan puntung
rokok serta diperlakukan lebih buruk daripada seekor binatang peliharaan. Aduhai!
Malangnya nasib mereka. Cerita pembuangan bayi di tempat membuang sampah dan
sebagainya menjadi tatapan berkala masyarakat kini. Penambahan jumlah anak-anak
jalanan pula membuktikan senario ini semakin meruncing. Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga, dan Masyarakat wajar menyemak semula undang-undang sedia ada
untuk mempastikan kanak-kanak dilindungi dan memperolehi pembelaan yang sewajarnya.
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
35/36
SULIT* 29
Skema Jawapan Soalan 8
BI KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN
1. ...berhak menikmati... Ayat ini ialah ayat majmuk pancangankomplemen
@Ayat ini memerlukan kata hubung
pancangan komplemen untuk
...berhak untuk
menikmati...
2. ...Sehubungan dengan
itu...
Penanda wacana Sehubungan dengan itu...
tidak sesuai digunakan kerana hubunganantara ayat tidak menunjukkan perkaitan
sebaliknya menunjukkan pertentangan.
...Namun begitu...
3. Aduhai! Malangnyamasib mereka.
Tanda seru (!) tidak boleh hadir selepas kata
seru dan sepatutnya terletak di akhir ayat
seruan.
Aduhai, malangnya
nasib mereka!(tanda koma (,)
perlu diletakkan
selepas kata seru).
4. ...tempat membuangsampah...
KK membuang tidak boleh hadir dalam
struktur / binaan FN....tempat
pembuangan
sampah...5. Penambahan jumlah
anak-anak jalanan...kata anaktidak boleh digandakan kerana
frasapenambahan jumlah sudahpun
membawa maksud jamak/ banyak
Penambahan
jumlah anak
jalanan...
6. ...menyemak semulaundang-undang sedia
ada...
Kata tugas semula tidak boleh menjadi objek
(FN) kepada KKT menyemak
@Menyemakialah kata kerja transitif yang
perlu diikuti oleh objek.
...menyemak
undang-undang
sedia ada semula...
7. ...mempastikan... Huruf pertamap pada kata dasarpastiapabila diimbuhkan awalan meN- tidak
boleh dikekalkan dan mesti berubah secara
homorganik kepada m
@Huruf pertamap pada kata dasar pasti perlu
diubah kepada m apabila menerima awalan
meN-
...memastikan...
8. ...memperolehipembelaan...
memperolehi merupakan bentuk terbitan
yang lewah dan seharusnya hanya menerima
awalan memper-
...memperoleh
pembelaan...
PERCUBAAN STPM 2011 SULIT*
j*k
2011 PSTPM Kedah
-
8/4/2019 2011 PSTPM Kedah Bm 2 w Ans
36/36
SULIT* 30
SKEMA PERMARKAHAN TAMAT
j*k