-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
1/65
Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan
Pendidikan Masyarakat Melayu Pada Era 1981 - 2002
BAB 1PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan
Menyorot tarikh bersejarah negara pada 28hb. Februari 1991 dalam menyingkap ucaptama Tun
Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 semasa beliau memperkenalkan
Wawasan 2020 di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia, beliau telah mencetuskan hasrat
untuk menaik taraf status Malaysia daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada
sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ucapatama beliau itu
telah melahirkan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap
perkembangan dan pembangunan pendidikan negara selama 22 tahun perkhidmatan beliau
sebagai tonggak pemimpin negara. Antara ucaptama beliau di dalam persidangan itu ialah:
"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua
negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang
paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha
rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.
Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan
seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan
sumber yang amat penting ini.[1]
[1]Terjemahan teks ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia.
Teks asalnya bertajuk: Malaysia: The Way Forward. Rujuk hlm 20-21
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
2/65
Rentetan dari cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan Malaysia sebagai
negara maju menjelang tahun 2020 melalui Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah
membangunkan satu kerangka (framework) perlaksanaan pelan tindakan melalui pembangunan
sumber manusia yang komprehensif melalui prosess pendidikan kepada semua peringkat
golongan di Malaysia terutamanya kaum Bumiputra khasnya masyarakat Melayu. Ini jelas
diungkapkan oleh beliau di dalama Persidangan yang sama iaitu:
"Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah
penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-
kemungkinan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi
rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan
pincang.[2]
Betapa kita tidak boleh menafikan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam
bidang pendidikan. Malahan beliau telah memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia
khususnya kaum Melayu di dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-
40 pada 1991 supaya sentiasa berusaha melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu
pengetahuan berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul
dalam jiwa masing-masing. Ujar beliau, jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia,
negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahu pembangunan
negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. [3]
[2]Ibid, hlm 21-22
[3]Lihat Esei Mohamad bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
3/65
[Tun Dr Mahathir Mohamad]
1.1 Objektif KajianKajian ini secara umumnya bertujuan untuk menganalisa keberkesanan pendidikan sebagai ejen
perubahan pada era petadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memenuhi matlamat nasional
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini adalah kerana
pengukuhan ekonomi di samping kestabilan politik di Malaysia sebagai sendi utama kepada
kemampuan negara untuk bangkit dari ketinggalan dalam bidang ekonomi dan seterusnya
mempunyai daya saing berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.
Kajian juga dibuat terhadap Perkembangan Pendidikan Negara sebelum dan selepas merdeka
bagi mengenal pasti evolusi Pendidikan Negara. Seterusnya kajian juga dibuat terhadap
penerapan nilai-nilai murni dan adab ketimuran dalam dasar Pendidikan Negara pada era
pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kesannya terhadap masyarakat Melayu.
Selain itu, kajian ini juga cuba menganalisis pendekatan berani Tun Dr Mahathir Mohamad yang
mengubah tanggapan masyarakat Melayu terhadap sains, ekonomi, matematik, teknologi,
aeroangkasa dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sememangnya membantu orang-orang
Melayu bersifat terbuka dan berusaha gigih untuk lebih maju dan berdaya saing dan seterusnya
http://3.bp.blogspot.com/-GwEoC_1yWyk/T_uB1BBQX6I/AAAAAAAAAHQ/u8v1B4j9feQ/s1600/Mahathir.jpg -
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
4/65
mendekatkan jurang pencapaian dalam bidang akademik, sukan, politik dan ekonomi di antara
orang-orang Melayu dan bukan Bumiputera.
1.2 Skop KajianPenulisan kertas Ilmiah ini memfokuskan kepada peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir
Mohamad sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kesan-kesan
positif yang sepanjang pemerintahannya di dalam bidang pendidikan. Kajian ini juga akan cuba
untuk melihat hubungkait rapat di antara pemikiran Tun Dr Mahathir untuk menjadikan Malaysia
dan rakyatnya khasnya orang-orang Melayu dan Bumiputra untuk turut sama merealisasikan
negara ini sebagai sebuah negara maju melalui Wawasan 2020. Skop pernulisan ini juga akan
membincangkan dengan terperinci cetusan idea Tun Dr Mahathir yang telah memberi impakbesar kepada masayarakat Melayu dan rakyat Malaysia pada amnya.
Walaupun skop kajian yang dinyatakan adalah sepanjang tempoh 1981-2002 iaitu pada era
pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tonggak negara, adalah perlu untuk
penulis menghuraikan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pendidikan negara sebelum
1981 secara ringkas. Ini untuk memperlihatkan kesinambungan persejarahan dan supaya
pemahaman yang lebih mendalam dapat dilakukan. Namun begitu, secara khususnya skop kajian
ini adalah merangkumi tempoh 22 tahun bermula dari 1981 sewaktu Tun Dr Mahathir mula
dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 menggantikan Tun Hussein Onn.
1.3 Permasalahan Kajian
Permasalahan kajian dilihat apabila Tun Dr Mahathir Muhamad mengadakan dasar-dasar yang
drastik serta berani. Contohnya Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris telah mewujudkan tentangan dan kontroversi di kalangan orang-orang
Melayu.
Selain itu, pelaksanaan dan penerapan dasar pendidikan Negara yang dilihat sebagai melangkaui
zaman atau batas masa. Sebagai contoh matlamat Wawasan 2020 yang mahukan semua kaum di
negara ini berdaya saing dan maju. Ini memberi satu peluang kepada orang-orang melayu
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
5/65
meningkatkan taraf hidup. Peningkatan taraf hidup perlu selaras dengan peningkatan pendidikan
orang Melayu.
Kayu pengukur utama di dalam kajian ini ialah penulis akan menilai dan mengkaji peranan serta
sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Di bawah
kepimpinan tiga orang Perdana Menteri yang terdahulu, Malaysia berada di zaman peralihan
selepas kemerdekaan. Malaysia pada ketika itu masih lagi mengharapkan bantuan dari Barat
untuk membantu memulihkan negara dalam aspek pentadbiran, ekonomi, pertanian, teknologi,
pertahanan dan pendidikan.
Justeru itu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Pandang ke Timur, ianya
telah mengundang kritikan dan reaksi kurang senang dari Barat terutamanya Britain dan Amerika
Syarikat. Idea Dasar Pandang Ke Timur adalah bertujuan menjadikan Jepun dan Korea Selatan
sebagai model kejayaan Malaysia. Apatah lagi kedua buah negara tersebut mempunyai ciri-ciri
yang seakan sama dengan Malaysia iaitu lokasinya yang terletak di Asia. Negara-negara tersebut
juga adalah merupakan negara pertanian pada peringkat awalnya. Melalui evolusi pendidikan,
kedua-dua buah negara tersebut telah mampu menyediakan rakyatnya dengan pelbagai
kemahiran yang diperlukan di samping mengubah mereka menjadi lebih progresif. Apa yang
menarik ialah sikap taat setia kepada negara yang menjadi sasar pembangunan di samping
penghargaan kepada nilai budaya tradisional yang menjadi jati diri kepada kedua-dua bangsa di
Timur Jauh itu.
1.4 Kajian Yang LepasKajian ini adalah lebih banyak merujuk kepada maklumat-maklumat yang lepas bagi menyokong
hujah-hujah yang akan dibahaskan. Jurnal-jurnal, artikel-artikel dan juga keratan akhbar akan
digunakan sebagai sumber maklumat di dalam kajian ini. Antara jurnal dan arikel yang diguna
pakai didalam penulisan ini adalah seperti di halaman rujukan. Antara penulisan dan
penyelidikan ilmiah mengenai peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah
dihasilkan adalah seperti berikut:
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
6/65
Rusdi Omar iaitu pensyarah di Sekolah Pengajian Antarabangsa dan Sivamurugan Pandian yang
juga merupakan pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia
telah menghasilkan jurnal yang bertajuk Falsafah pemikiran politik Dr. Mahathir
Mohamad. Di dalam jurnal tersebut mereka telah membuat pengamatan mengenai peranan
pemikiran Mahathirisme. Istilah Mahathirisme ini ialah memaklumkan kepada pembaca
kedua-dua pensyarah ini melihat bagaimana idea-idea yang telah dicetuskan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad bersama keunikan pemikirannya bersama falsafah dan cara pengurusan
negara yang telah dibawa oleh beliau ke arah negara maju pada tahun 2020. Kedua-dua pengkaji
ini juga membahaskan Mahathirisme ini membentuk ideologi politik Tun Dr Mahathir
Mohamad seterusnya melahirkan 5 komponen dasar pemerintahan beliau iaitu:
i. Nasionalisme;
ii. Kapitalisme;
iii. Islam;
iv. Populisme; dan
v. Autoritarianisme
Disamping itu juga, kedua-dua pensyarah ini yang membuat pengamatan tentang falsafah
pemikiran politik Tun Dr Mahathir yang juga sebagai Perdana Menteri ketika itu telah
mengenalpasti 4 faktor utama yang membentuk falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir iaitu:
i. Latarbelakang keluarga;
ii. Penjajahan;
iii. Kerjaya kedoktoran; dan
iv. C.H.E Det
Menurut Rusdi dan Sivamurugan, gabungan idea yang diserap dan digubal sebagai falsafah,
Mahathirisme telah berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani dan
dihormati di persada antarabangsa[4].
[4]Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian, Falsafah pemikiran politk Dr. Mahathir Mohamad
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
7/65
Menurut Ahmad Fauzi bin Mohamad dalam artikel beliau yang bertajuk Pendemokrasian
Pendidikan: Suatu pentafsiran dan tinjauan mengenai pendekatan serta perlaksanaannya
dalam sistem pendidikan di Malaysia telah mengutarakan pengertian pendemokrasian
pendidikan telah memberi kesan yang sangat memberangsangkan di dalam perkembangan
pendidikan di Malaysia. Beliau banyak mengungkapkan semula ucapan-ucapan Dr. Mahathir
Mohamad yang relevan dengan topik pendemokrasian pendidikan. Umpamanya beliau memetik
kata-kata ketika Tun Dr Mahathir berucap sempena Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia
pada 28hb Februari 1991 seperti berikut:
"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua
negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang
paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha
rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.
Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan
seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan
sumber yang amat penting ini[5]
Ahmad Fauzi telah membuat satu analisa ucapan Tun Dr. Mahathir dengan
menghubungkaitkannya dengan konsep pendemokrasian pendidikan, kepentingan isu
pendemokrasian pendidikan, kualiti pendidikan, kemudahan infrastruktur dan penekanan
pendidikan yang bertaraf dunia. Disamping itu juga, Ahmad Fauzi juga ada menyentuh isu
pendemokrasian pendidikan juga harus diimbangi dengan pembangunan sumber manusia yang
lengkap, seimbang dan bersepadu. Dengan kata lain pihak kerajaan mestilah memastikan bahawa
tidak boleh mana-mana golongan dan rakyat di Malaysia tercicir atau diabaikan dalam prosess
pendidikan tersebut. Ini sejajar dengan kehendak Tun Dr Mahahir Mohamad di dalam
persidangan yang sama iaitu:
"Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah
penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-
[5]Terjemahan teks ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia.
Teks asalnya bertajuk: Malaysia: The Way Forward. Rujuk hlm 20-21
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
8/65
kemungkinan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi
rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan
pincang.[6]
Menurut Ahmad Sohaimi Lazim pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga
pengarang buku Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian Aspek Pendidikan (1982-
2002) beliau mendapati bahawa sepanjang pimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat
selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mencetuskan pelbagai idea dalam
pentadbirannya yang banyak mempengaruhi dasar-dasar Malaysia meliputi aspek politik,
ekonomi dan sosial. Salah satu dasar menarik yang telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ialah
Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada tahun 1982 bertujuan meniru budaya dan etika
kerja masyarakat Jepun dan Korea bagi memacu kemajuan ekonomi Malaysia.
Tun Dr. Mahatihir amat kagum dengan kejayaan Jepun dan Korea membangunkan ekonomi
mereka dan berhasrat menjadikan negara tersebut sebagai model kepada Malaysia yang selama
ini banyak bergantung kepada barat. Dr. Mahathir mengaitkan kejayaan ekonomi Jepun dengan
sikap positif rakyatnya seperti rajin, dedikasi, inovatif, menepati masa dan mementingkan kualiti
tinggi dalalam semua aspek kehidupan., Bagi menjayakan dasar ini. kerajaan telah melancarkan
program menghantar pelajar dan pekerja Malaysia ke sana bertujuan mempelajari teknologi dan
mencontohi budaya kerja mereka. Sejak dimulakan pada awal tahun 1980-an sehingga awal
tahun 2000, beberapa ribu pelajar dan pekerja Malaysia berpeluang mengikuti skim latihan yang
disediakan. Kini setelah program ini berjalan selama lebih daripada dua dekad, Ahmad Sohaimi
telah membuat dan penilaian perlu dibuat bagi menentukan sejauh mana kejayaannya kepada
Malaysia.
Sebenarnya Ahmad Sohaimi Lazim buku Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian
Aspek Pendidikan (1982-2002) adalah merupakan lanjutan kajian yang dibuat oleh beliau
semasa beliau menuntut di Universiti Sains Malaysia iaitu kertas ilmiah yang bertajuk Pengaruh
Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990 an. Ahmad Sohaimi
[6]Ibid, hlm 21-22
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
9/65
Lazim telah membongkar perasaan generasi sebelum merdeka terutamanya semasa zaman
pendudukan Jepun dari 1941 1945 ke atas perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang
dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu. Pengalaman pahit serta suka duka generasi ketika
zaman Jepun telah mencetuskan kritikan dan perasaan tidak senang mereka terhadap Tun Dr
Mahathir.
Dalam kajian yang sama, Ahmad Sohaimi Lazim turut menyatakan bahawa hubungan diplomatic
yang terjalin di antara MalaysiaJepun selepas merdeka adalah berbentuk saling bergantungan.
Ini kerana Jepun memerlukan bahan mentah dari Malaysia dan Malaysia menyediakan peluang
pasaran bagi eskport Jepun. Sementara secara timbalbalik, Malaysia memerlukan pelaburan
daripada ahli-ahli perniagaan Jepun untuk melabur di Malaysia sebagai pusat pelaburan dan
bersaing dengan Singapura. Oleh itu, hubungan kedua-dua negara dapat ditingkatkan demi
manafaat bersama. Rakyat Malaysia yang telah terlibat di dalam program Dasar Pandang Ke-
Timur ini adalah terdiri dari 2 kategori iaitu:
i. Pelajar-pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran sama ada di Jepun
atau Korea Selatan
ii. Para pekerja yang dihantar ke Jepun ataupun Korea Selatan untuk program
latihan kerja
Tujuannya adalah untuk mendapatkan pengalaman serta membudayakan cara kerja Jepun dan
Korea Selatan dari aspek mutu dan dispilin kerja[7].
1.5 Metodologi KajianDalam penyusunan kertas ilmiah ini penulis mengambil data, dari pendapat para ahli sejarah
yang telah menghasilkan buku-buku atau jurnal tentang peranan dan sumbangan Tun Dr
Mahathir Mohamad pada era 1981-2002. Temubual dengan pegawai-pegawai yang berkaitan
dengan permasalahan kajian dari pada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
[7]Lihat Ahmad Sohaim Lazim, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia)
1941-1990-an, hlm 1 - 24
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
10/65
Pendidikan Tinggi juga akan di atur untuk mendapatkan data-data yang relevan dengan kajian
ini.
Sumber primer dalam dalam penulisan ini kajian melalui penyelidikan di Arkib Negara
Malaysia, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Perpustakaan Utama
Universiti Malaya. Istilah ini lazim disebut library researchiaitu pengambilan data yang berasal
dari buku-buku atau karya ilmiah yang terdiri dari sumber primer dan sekunder. Disamping itu
sekundernya adalah buku-buku yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir
dalam aspek pendidikan yang relevan dengan pembahasan kajian ini. Maklumat yang relevan
dengan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir seperti keratan-keratan akhbar dan juga turut
capaian internet digunakan dalam mendapatkan maklumat.
1.6 Pembahagian Bab
Kajian ini dibahagikan kepada enam bab iaitu, bab pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan
bab keenam yang berupa kesimpulan. Di dalam bab pertama adalah menghuraikan tujuan kajian
ini dibuat, skop kajian, membahaskan kajian-kajian yang telah lepas ke atas topik yang relevan
serta metodologi kajian.
Dalam bab kedua akan di utarakan tentang latarbelakang Tun Dr Mahathir Mohamad dari segi
asal usul, keluarga, kejayaannya semasa beliau menuntut di universiti, jatuh bangun beliau di
dalam politik, dan pemikiran semasa pentadbir negara dalam tempoh 22 tahun sejak 1981
2002.
Bab yang ketiga pula, membincangkan sejarah awal pendidikan di Malaysia sebelum merdeka,
selepas merdeka dan sistem pendidikan masa kini yang merangkumi Dasar Pendidikan Negara,
Falsafah Pendidikan Negara, Pembudayaan masyarakat Malaysia, peranan pendidik dan
sebagainya.
Peranan dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibincangkan dalam bab yang
keempat. Idea-idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu, merangka dan memajukan
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
11/65
masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia pada amnya akan dibincangkan di dalam bab ini.
Umpamanya Dasar Pandang Ke-Timur, mewujudkan lebih banyak universiti-universiti awam
dan swasta tempatan, memperkenalkan kursus-kursus yang berasaskan sains dan teknologi di
pusat pengajian tinggi tempatan, menggalakkan penuntut-penutut Malaysia untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun, Korea Selatan ataupun mana-mana universiti tempatan. Di era Tun Mahathir
Mohamad telah memperuntukkan dana khas di dalam belanjawan negara mengenai pendidikan.
Umpamanya memperuntukkan dana khas untuk mewujudkan sekolah bistari dan sebagainya.
Seterusnya di dalam bab 4 ini, pengamatan perubahan-perubahan dasar yang telah dilakukan dan
oleh Tun Dr Mahathir dilakukan sejajar dengan kepentingannya kepada pendidikan dan
pembangunan negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
Bab kelima merupakan bab yang menerangkan masalah dan kekangan-kekangan yang dihadapi
apabila beberapa perubahan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam meningkatkan
taraf pendidikan di negara ini. Perubahan-perubahan yang drastik telah dibuat bagi memenuhi
keperluan ekonomi dan mendepani sosio-budaya masyarakat rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa, laterbelakang dan fahaman politik yang berbeza-beza telah mendatangkan cabaran baru
bagi Tun Dr Mahathir. Umpamanya ketika beliau memperkenalkan matapelajaran sains dan
matematik diajar di dalam bahasa Inggeris. Pada sesetengah golongan Melayu, pendekatan ini
sangat baik bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan orang-orang Melayu.
Namun ada sesetengah golongan Melayu yang beranggapan bahawa pendekatan ini adalah
sekular. Begitu juga dalam aspek ekonomi. Cabaran yang paling utama ialah menyediakan
pendidik yang memahami kehendak industri. Silibus matapelajaran di peringkat universiti itu
sendiri mestilah bersifat futuristik[8] bagi menyediakan tenaga kerja yang mahir, berkebolehan
berkomunikasi lebih dari dua bahasa, mempamerkan kebolehan untuk bekerja di dalam
kumpulan, mempunyai daya analitikal yang tinggi serta berinovasi terutamannya dalam sektor
pembuatan dan pengeluaran.
Bab keenam adalah bab cadangan dan kesimpulan. Di dalam bab ini penulis akan mencadangkan
beberapa langkah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan supaya sistem pendidikan yang sedia
[8]Lihat artikel Mohamad Bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru.
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
12/65
ada diberi nilai tambah serta untuk mendepani cabaran-cabaran baru sama ada dari segi sosial-
budaya mahupun daripada aspek ekonomi. Umpamanya sistem pembelajaran sekarang adalah
merupakan warisan daripada sistem pembelajaran yang ditinggal oleh British. Iaitu memisahkan
aliran agama dan aliran kebangsaan. Sudah sampailah masanya Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi membuat penilaian semula untuk menyatukan
kedua-dua aliran ini supaya dapat melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek agama dan
ilmu-ilmu sains.
Daripada pemerhatian penulis, silibus di sekolah-sekolah agama tidak menekankan
matapelajaran sains dan matematik. Tetapi disebaliknya bagi sekolah kebangsaan, matapelajaran
agama hanyalah diajar sehingga tingkatan 5 sahaja. Sebagai contoh, apabila para pelajar dari
aliran kebangsaan melanjutkan pelajaran ke universiti, mereka tidak lagi belajar matapelajaran
agama. Ini merupakan satu kerugian kepada masyarakat Melayu dewasa ini lebih-lebih lagi
statitik daripada Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bahawa masalah kelahiran bagi tidak
sah taraf adalah sangat mendukacitakan iaitu ianya melibatakan kaum Melayu. Melalui
pendidikan yang mantap, penulis berpendapat gejala sosial akan dapat dibendung demi masa
depan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Di dalam bab ini juga kesimpulan akan
dibuat berdasarkan topik perbincangan dari bab pertama hingga bab keenam penulisan ini.
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
13/65
BAB DUA
LATARBELAKANG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
2.0 Latarbelakang Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Penggal
kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau telah menerajui Malaysia
ke arah arus kemodenan yang amat pantas dalam tempoh 22 tahun dan membawa kepada
kemakmuran dan kesejahteraan untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Semasa beliau menerajui negara, beliau sentiasa mempamerkan gaya pentabdbiran yang dilihat
sangat optimistik. Beliau mempunyai pemikiran yang berpandangan jauh kehadapan serta telah
melahirkan cetusan-cetusan idea yang melangkaui zaman. Faktor-faktor inilah yang telah
mempengaruhi beliau didalam membuat keputusan-keputusan penting negara seperti dalam isu-
isu yang menyentuh aspek ekonomi, sosial-budaya, sukan, penglibatan negara dalam projek
aeorangkasa dan yang paling utama adalah dalam bidang pendidikan. [9]
Didalam bab ini, penulis akan menghuraikan bagaimana proses sosialisasi dan latarbelakang
keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi tulang belakang (backbone) kepada
keperibadian beliau semasa menjadi Perdana Menteri yang turut jelas terpamer didalam gaya
pentadbirannya.
2.1 Latarbelakang Keluarga
Tun Dr Mahathir telah dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Ibunya
bernama Wan Tempawan Binti Wan Hanapi adalah seorang berketurunan Melayu, manakala
ayahnya Encik Mohamad bin Iskandar adalah berketurunan Islam India (Kerala). Encik Iskandar
telah berkahwin dengan Siti Hawa yang mana Siti Hawa (iaitu nenek kepada Tun Dr Mahathir)
mempunyai susurgalur keluarga yang terdiri daripada golongan bangsawan Melayu. Encik
[9]Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian, Falsafah pemikiran politk Dr. Mahathir Mohamad, hlm
80
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
14/65
Mohamad bin Iskandar adalah seorang guru bahasa Inggeris di sekolah Inggeris[10] yang lebih
terkenal dikalangan para pendidik ketika itu sebagai Master Iskandar yang beliau berpindah
dari Pulau Pinang dan terus menetap di Kedah[11].
Tun Dr Mahathir ialah merupakan anak paling bongsu dalam keluarga yang terdiri daripada 9
orang adik-beradik. Beliau mempunyai 4 orang abang dan 3 orang kakak. Nama abang-abang
ialah Murad, Mustapha, Mahadi dan Mashahor. Manakala nama kakak-kakak beliau ialah
Rafeah, Habsah dan Johara.
J. Victor Morais telah merakamkan di dalam temubual dengan Tun Mahathir didalam yang mana
Tun Dr Mahathir pernah ditanya mengenai bapanya. Beliau menjawab:
Ayah saya sudah meninggal dunia. Beliau (Encik Mohamad bin Iskandar) menamakan saya
Mahathir oleh kerana beliau sangat menyukai dengan keganjilan huruf M. Keempat-empat
abang saya juga diberikannya, tetapi tidak kesemua adik beradik yang perempuan yang
dilahirkan selepas mereka tidak diberikannya.[12]
Menurut Tun Dr Mahathir lagi di dalam temubual yang sama:
Saya dibesarkan di dalam satu keluarga yang berdisplin. Ayah saya telah mengelolakannya
seperti sebuah bilik darjah. Bunyi batuknya sahaja semasa dia mendekati rumah sudah
mencukupi untuk kami budak-budak berlari ke pangkuan buku-buku kami
[10]Sekolah Inggeris kerajaan yang pertama di Alor Setar dikenali kini sebagai Maktab Sultan Abdul
Hamid
[11]Lihat J. Victor Morais (Terjemahan Abdul Razak bin Hj Abdul Rahman), Mahathir: Riwayat Gagah
Berani, Bab 1, hlm113
[12]Ibid, hlm 1
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
15/65
Abang Tun Dr Mahathir bernama Murad telah berkhidmat sebagai seorang pegawai di Kolej
Pertanian Serdang, yang kini telah meninggal dunia. Mahadi adalah seorang bekas pagawai
perkeranian di dalam bidang Perkhidmatan Eksekutif Negeri Kedah tetapi kemudianya menjadi
seorang peniaga yang berjaya. Mashahor pula seorang pegawai buruh dan Mustapha telah
meninggal dunia semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
Bagi Tun Dr Mahathir, zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberi pengalaman
yang pahit di dalam kehidupannya semasa kecil. Beliau telah mengambil iktibar daripada
pengalaman pahit ini untuk membawa manafaat kepada dirinya dan juga rakyat Malaysia semasa
beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Kesusahan dan penderitaan rakyat Tanah
Melayu semasa kependudukan Jepun telah membuka mata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
membuat strategi untuk membangunkan Malaysia.
Bertitik tolak dari zaman pemerintahan Maharaja Meiji lebih dikenali dalam sejarah Jepun
sebagai zaman Pemodenan Jepun berikutan kejayaan cemerlang beberapa pembaharuan yang
telah dilakukan oleh baginda dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Berikutan
dari itu Jepun pada akhirnya telah mengalami anjakan paradigma di mana ia telah berjaya beralih
dari sebuah negara pertanian yang mundur menjadi sebuah negara perindustrian yang maju.
Kejayaan pemodenan Jepun ini adalah bergantung kepada sistem pendidikan. Dengan cogankata
" semua rakyat mestil ah mencar i i lmu di selu ruh dunia". Maharaja Meiji telah menghantar
ramai pelajar ke luar negara bagi menimba ilmu di bidang pertanian, perkapalan, ketenteraan,
perindustrian dan pendidikan. Bagi menyediakan rakyat Jepun kepada arus pemodenan ini,
baginda telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang baru kepada semua rakyat Jepun
yang di mana sebelum ini hanya dikhususkan kepada golongan samurai dan bangsawan sahaja.
Baginda telah meniru model pendidikan yang terbaik pada masa itu iaitu dari Britain, Perancis
dan Amerika Syarikat dan menyesuaikannya (customized) untuk rakyat Jepun tanpa sama sekali
membuang nilai-nilai pendidikan tradisional yang ada dalam masyarakat tempatan seperti
Koyohei-mama iaitu pendidikan dari rumah. Penekanan diberikan kepada pendidikan vokasional
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
16/65
dan teknikal bagi menyediakan rakyat Jepun sebagai gunatenaga yang mahir dalam
perindustrian. [13]
Banyak sekolah-sekolah ditubuhkan dan sistem persekolahan diseragamkan diseluruh negara
Jepun. Ini adalah kerana kerajaan Jepun menyedari bahawa bidang pendidikan adalah merupakan
pelaburan yang menguntungkan Jepun di masa akan datang. Bidang penterjemahan mendapat
galakan dari kerajaan untuk menterjemah buku-buku asing dalam berbagai bidang ke dalam
bahasa Jepun. Kegiatan ini telah meninggikan tahap literasi budaya rakyat Jepun. Selain itu
setiap rakyat Jepun telah ditanamkan semangat Ware Ware Nippon-jin iaitu kebanggaan
berbangsa Jepun serta cinta dan taat setia kepada negara. Caranya ialah dengan memartabatkan
bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan serta menguatkan kembali
ajaran Shinto yang menjadi asas falsafah masyarakat Jepun. Dengan cogankata wakon yohsai
iaitu semangat Jepun dengan teknologi barat, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara
perindustrian yang maju menjelang abad ke-20.[14]
Pengalaman kejayaan Jepun bangkit sebagai negara yang mundur telah menjadi sumber inspirasi
kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Penerangan terperinci akan dihuraikan di Bab ke-4.
2.2 Pendidikan
Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun
1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School,
Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan
Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
[13]Lihat Richard Story, Sejarah Jepun Moden, hlm 67 - 103
[14]Lihat Ahmad Sohaimi Lazim pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan Di Tanah Melayu
(Malaysia) 1941- 1990-an, hlm 1 - 24
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
17/65
Tun Dr Mahathir bercermin mata sejak beliau kecil lagi. Beliau memengang jawatan sebagai
pustakawan di dalam kelasnya dan sentiasa menjadi pemenang hadiah bahasa Inggeris setiap
tahun. Kebolehan Tun Dr Mahathir di dalam bidang penulisan bahasa Inggeris sangat terserlah
semasa di bangku sekolah. Beliau pernah menjadi editor untuk majalah Sultan Abdul Hamid
College yang mana sub-editornya ialah guruny sendiri iaitu Sir John Augustin pada tahun
1945[15]. Semasa di sekolah, beliau dilaporkan tidak gemarkan sukan dan lebih berminat dengan
hobinya membaca buku.
Pada 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa
Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of
Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Ketika mununtut di kolej, minat beliau terhadap sukan
mula tumbuh yang mana beliau aktif dalam sukan ragbi. Beliau sentiasa mengambil berat tentang
kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah
Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura.
2.3 Kerjaya
Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatihdi Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai
Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah
memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis[16].
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu
pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah
klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor
[15]Lihat Ibid, hlm 6
[16] Lihat Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 2004
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
18/65
Setar dan kekal sehingga sekarang. Keputusan untuk berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan
adalah kerana beliau merasakan bekerja di sektor kerajaan telah membataskan beliau untuk
bergerak aktif di dalam politik.[17]
2.4 Perkahwinan
Setelah 3 tahun berkhidmatan sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Kedah, Dr Mahathir
Mohamad telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya. Perkenalan dengan seorang
gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti
bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga
mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura
telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5hb Ogos
1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina (kini Datin
Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz (kini Datuk
Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Ternyata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tun Dr Mahathir juga menyukai
keganjilan huruf Mseperti bapanya almarhum Encik Mohamad bin Iskandar. Ini jelas dengan
beliau telah menamakan kesemua anak-anak beliau dengan pangkal huruf M.
Susurgalur keluarga Tun Dr Mahathir adalah seperti di Jadual 1 dibawah.
Jadual 1: Salahsilah Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Gambar 1: Dr Mahathir Mohamad &Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Gambar 2: YAB Tun Dr Mahathir Mohamad& YAB Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
[17]Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugan Pandian, Falsafalah Pemikiran Politik Dr Mahathir Mohamad,
hlm 79
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
19/65
(ketika zaman muda mereka) (sekarang)
2.5 Penglibatan Di Dalam PolitikPenglibatan Tun Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun
1950an kerana beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis
esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan
jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat
dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959,
tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan
menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket PartiPerikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario
politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik
sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu
pada tahun 1969.
Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis
Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University
of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr.
Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk
membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang
tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri
Pelajaran.
Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi
pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan
kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi
peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi
peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi,
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
20/65
mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut,
mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga
bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli
akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan
tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat
pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.
Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung
UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada
kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh
Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr.
Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga
adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus
menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya
umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan
parti.
Falsafah politik Tun Mahathir adalah bersifat terbuka untuk mengatasi masalah-masalah secara
terbuka. Beliau berpendapat bahawa dengan menyembunyikan sesuatu, bersifat manis tidak akan
membawa Malaysia ke mana-mana. Mengenai polisi luar negara, Tun mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan semua negara sama ada sesuatu negara itu mengamalkan sistem
pemerintahan sosialisme atau komunisme. Konsisten dengan prinsip ASEAN iaitu mengamalkan
sikap tidak campurtangan dalam hal ehwal negara asing, Tun Dr Mahathir mempunyai harapan
yang sama iaitu tidak mahu urusan pentadbiran negara dicampuri oleh negara asing[18].
2.6 Pencapaian dan SumbanganSemasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, banyak pembangunan yang telah dibuat
sehinggakan beliau digelarkan sebagai Bapa Pemodenan Malaysia, negarawan ulung yang
[18]Ibid, hlm 49 - 60
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
21/65
membawa Malaysia ke mercu kejayaan sehingga mendapat penghormatan negara-negara asing.
Malaysia juga menjadi pusat pelaburan baru di Asia Tenggara menjadi alternatif kepada pelabur-
pelabur asing selepas Singapura. Antara kejayaan projek-projek mega yang berbentuk material
yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir ialah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Menara
Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower), Menara KL (KL Tower), Jambatan Pulau Pinang,
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua)
Litar Formula One Litar Sepang, pembangunan Putrajaya dan mengalihkan pusat pentadbiran
negara daripada ibunegara Kuala Lumpur ke Putrajaya.
Sementara itu sumbangan beliau dalam aspek pembangunan insan dan pendidikan akan
dihuraikan dengan lebih terperinci di dalam Bab ke-4. [Rujuk Bab 4: Sumbangan dan Peranan
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu pada era 1981
2002].
Selepas persaraanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 31hb Otober 2003, nama Tun
Dr Mahathir telah berada di kemuncak kegemilangan di persada antarabangsa. Beliau telah
mendapat anugerah Tun iaitu satu anugerah penghormatan tertinggi di Malaysia kerana
perkhidmatannya yang cemerlang sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun iaitu satu
era kepimpinan yang paling lama di Asia Tenggara.
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
22/65
BAB TIGA
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
3.0 Sejarah Pendidikan Di MalaysiaTun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang ahli politik yang mempunyai tahap intelek yang
tinggi. Adalah sukar bagi seorang pengkaji untuk menentukan adakah beliau seorang ahli politik
yang inteletual atau seorang intelektual yang berpolitik.[19] Ternyata beliau seorang yang sangat
bijak dan mempunyai pemikiran strategik dalam pembangunan negara. Dalam usaha
memperkenalkan dasar dan program pembangunan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah
mengemukakan dan menjelaskan segala idea dan hasil pemikirannya kepada rakyat termasuklah
dalam bidang pendidikan.
Walaupun skop kajian yang dinyatakan adalah sepanjang tempoh 1981-2002 iaitu pada era
pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, adalah
perlu untuk penulis menghuraikan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pendidikan negara
sebelum 1981 secara ringkas. Ini untuk memperlihatkan kesinambungan persejarahan dan supaya
pemahaman yang lebih mendalam dapat dilakukan. Namun begitu, secara khususnya skop kajian
ini adalah merangkumi tempoh 22 tahun bermula dari 1981 sewaktu Tun Dr Mahathir mula
dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 menggantikan Tun Hussein Onn.
3.1 Sejarah Pendidikan Di Malaysia Sebelum Merdeka
Sistem pendidikan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara umumnya merupakan
pendidikan yang mempunyai satu bentuk yang sistem tersendiri. Para pengkaji yang telah lepas
pada amnya melihat pendidikan sebelum zaman kemerdekaan adalah tidak menekankan aspek
formality. Malah sistem pendidikan sebelum merdeka telah dikelaskan dengan istilah
pendidikan tradisi. Rata-rata pengkaji terdahulu mengklasfikasikan sistem pendidikan sebelum
[19]Lihat prakata Dato Dr Affifuddin Hj Omar untuk Mahathir: Warisan Perjuangan Langkah Ke
Hadapan
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
23/65
merdeka adalah mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad
kepada teks Al-Quran sahaja.
Pada pendapat penulis pada ketika itu sistem pendidikan adalah berlandaskan Al-Quran dan Al-
Sunnah. Para pelajar pada ketika itu memperlajari Al-Quran dan teks-teks Hadith melalui kitab-
kitab di dalam Bahasa Arab. Terdapat juga kitab-kitab Arab yang telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Melayu tetapi bertulisan Jawi. Para penuntut adalah diuji berdasarkan kebolehan mereka
untuk membaca Al-Quran dengan kaedah tajwid serta tartil yang betul. Manakala dalam aspek
urusan kehidupan pula, para pelajar diajar dengan kitab-kitab Feqah untuk memahami hukum
hakam yang melibatkan pembayaran zakat, kaedah fidyah, pengurusan jenazah, pengurusan
masjid, pendidikan akhlak dan adab sopan.
Terdapat ramai tokoh-tokoh agama yang bergiat cergas dalam aspek pendidikan di nusantara
pada masa itu. Antaranya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau lebih dikenali dengan
akronim nama beliau iaitu HAMKA. Kitab karya terkenal yang hingga kini masih digunakan
sebagai bahan rujukan ialah Tafsir Al-Azhar.[20]
Manakala antara tokoh agama di Tanah Melayu yang terkenal ialah Syeikh Mohamad Idris bin
Abdul Rauf Al-Marbawi.[21] Antara sumbangan beliau ialah dengan menulis Kitab Bahru Al-
Madzi yang mempunyai 22 jilid syarah hadith yang telah disusun kemas mengikut bab-bab.
Kitab Bahru Al-Madzi ini juga masih digunakan sebagai teks rujukan hadith oleh Fakulti
Pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia pada masa kini. Beliau
sangat fasih berbahasa Arab sehingga telah menyusun kamus Al-Marbawi iaitu sebuah kamus
Bahasa Arab Bahasa Melayu yang ditulis dalam bahasa Jawi. Begitu juga dengan Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi. Beliau mahir dalam bidang nahu Bahasa Arab,
Feqah dan Hadis. Beliau mengajar ilmu-ilmu tersebut di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat.
[20]Lihat Bab 1, Pemikiran Hamka, Dr Sidek Baba (mantan NC UKM)
[21]Lihat Mohammad Redzuan Othman, kertas kerja pada Seminar Ulama Dalam Sejarah Perak (9 Julai
1989).
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
24/65
Ramai dikalangan tokoh-tokoh agama di Tanah Melayu pada ketika telah mendirikan madrasah-
madrasah untuk masyarakat Melayu mendapatkan pendidikan agama atau lebih dikenali dengan
sekolah pondok. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti
Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kesan daripada penjajahan barat yang telah memperkenalkan
bentuk tulisan rumi serta memisahkan urusan agama dengan urusan dunia telah menyebabkan
ramai masyarakat Melayu kini tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik. Malah terdapat
anak-anak Melayu yang buta huruf Jawi.
3.2 Evolusi Pendidikan Di Malaysia Selepas MerdekaDalam lipatan sejarah pendidikan negara, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami
evolusi sejak tercapainya kemerdekaan. Sistem kebangsaan yang dibentuk berasaskan perakuan-perakuan di dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pendidikan (1996).
Setiap perubahan yang dibuat adalah untuk menambah baik kelemahan-kelemahan sedia ada
disamping untuk memastikan ianya sesuai serta memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia
yang majmuk. Berikut adalah perinciannya:
3.2.1 Penyata Razak (1956)
Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa
Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
Tujuan Penyata Razak adalah:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar di sekolah;
b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di
Tanah Melayu;
c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan;
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
25/65
d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang
berdisplin, terlatih, liberal dan progresif;
e) Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan;
f) Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif; dan
g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan
3.2.2 Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang
terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang
terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:
a) Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama
dan proses penukaran bahasa pengantar
b) Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di
peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
c) Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir
d) Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian
sebagai teras.
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan
Laporan Rahman Talib ialah:
a) Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma;
b) Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan;
c) Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun;
d) Murid naik darjah secara otomatik;
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
26/65
e) Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang; dan
f) Pendidikan akhlak dititikberatkan
Selepas itu Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah
Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan
di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains
Pertanian dan Perdagangan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
Malaysia, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola
tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir
pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang
getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein
Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman
Talib.
3.2.3 Akta Pendidikan 1996
Selaras dengan cabaran dalam bidang pendidikan dan pihak keprihatinan kerajaan dalam bidang
pendidikan, Akta Pendidikan 1996 telah digazetkan dan diluluskan oleh Parlimen. Ini
menunjukkan bahawa pendidikan adalah merupakan kepentingan awam. Peranan sistem
pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang merupakan usaha murni untuk membangunkan generasi alaf baru.
Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 telah membuat penilaian semula ke atas definisi
pendidikan iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
27/65
harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara[22]
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, ianya telah diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem
pendidikan yang mengambilkira prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap masyarakat
Malaysia untuk menjadikan modal insan yang berkualiti. Matlamat jangka panjang ialah untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan menyediakan modal insan (human capital)
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
3.3 Sistem Pendidikan Di Malaysia Masa Kini
Di Malaysia sistem pendidikan adalah di kategorikan kepada 3 peringkat[23]. Iaitu:
a. Peringkat pertama: Sekolah Rendah (primary level)
b. Peringkat kedua: Sekolah Menengah (secondary level)
i. Menengah Rendah
ii. Menengah Atas
iii. Tingkatan 6
c. Peringkat Ketiga : Pengajian Tinggi (tertiary level)
Sistem pendidikan di peringkat Rendah memakan masa selama 6 tahun, peringkat Menengah
Rendah memakan masa selama 3 tahun sementara Menengah Atas adalah selama 2 tahun dan
pada peringkat Tingkatan 6 adalah selama 2 tahun. Ini diikuti dengan Peringkat Pendidikan
Tinggi yang terdiri dari 2 jenis iaitu maktab, politeknik dan universiti.
[22]Lihat Bab 1: Tafsiran, Akta Pendidikan 1996
[23]Ibid
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
28/65
Peringkat-peringkat pendidikan tersebut di atas boleh diklasifikasikan lagi kepada beberapa
jenis. Pendidikan Rendah contohnya terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. Sekolah Kebangsaan
ii. Sekolah Rendah Kebangsaan
iii. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil)
Begitu juga pada peringkat Menengah. Ianya dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Vokasional dan
Sekolah Menengah Agama.
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
29/65
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
30/65
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
31/65
BAB 4
PERANAN DAN SUMBANGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
4.0 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad
Bab ini mengandungi tiga bahagian utama, iaitu:
a. Bahagian pertama membentangkan pemikiran Tun Dr Mahathir mengenai orang-orang Melayu;
b. Bahagian kedua memperkenalkan pendekatan atau keadah yang digunakan oleh penulis untuk
mengenal pasti peranan dan perlaksanaan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bidang
pendidikan; dan
c.
Bahagian ketiga pula mengenal pasti dan menyenaraikan sumbangan-sumbangan pemikiran TunDr Mahathir dalam bidang pendidikan
BAHAGIAN PERTAMA
4.1 Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Orang Melayu
Pemikiran Tun Dr Mahathir mengenai sikap orang-orang Melayu tersebar dalam pelbagaimedia. Beliau telah menghasilkan buku-buku tentang nasib orang-orang Melayu contohnya The
Malay Dilemma (1970) dan Menghadapi Cabaran (1976). Buku The Malay Dilemma ialah
pandangan berani beliau menyuarakan pendapat yang memperkatakan mengenai masalah
ekonomi orang Melayu dan Bumiputera pada ketika itu. Beliau telah memberi beberapa
pandangan untuk menyelesaikan masalah tersebut malahan beliau turut mengkritik
ketidakcekapan kerajaan ketika itu dalam usaha untuk memulihkan keadaan berikut. Walaupun
buku tersebut diharamkan, ada beberapa perkara dan pandangan yang hampir sama dengan Dasar
Ekonomi Negara (DEB) yang dilancarkan pada 1971 yang menerangkan bagaimana untuk
memperbaiki keadaan Bumiputera ketika itu.
Di dalam buku tersebut, Tun Dr Mahathir telah membidas sikap fanatik orang Melayu yang
sentiasa menyalahkan takdir dan sering menerima kekalahan melalui sifat pasif mereka. Pada
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
32/65
1970, Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan
digantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Ketika itu Tun Dr. Mahathir kembali aktif
dalam UMNO dan mendapat sokongan ramai. Kekalahan dan kekecewaan sebelum ini tidak
pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha untuk memperjuangkan isu-isu yang
mempunyai kepentingan dengan orang-orang Melayu.
4.1.1 Sejarah Orang Melayu
Antara asas pemikiran Tun Dr Mahathir ialah sikap beliau terhadap sejarah terutama sekali nasib
yang menimpa orang Melayu, antaranya dasar penjajahan British[24], kemasukkan orang-orang
Cina dan India yang dibawa oleh British ke Tanah Melayu, kemunculan elit-elit aristokrat dan
birokrat Melayu dan zaman penjajahan Jepun. Tun Dr Mahathir telah menganalisa kehidupan
orang-orang Melayu dan mencari sebab mengapa orang Melayu mundur di tanah air mereka
sendiri. Menurut Tun Dr Mahathir, nasib yang melintasi kehidupan bangsa sedikit-sebanyak
telah meninggalkan kesan pada mind-set sosio-budaya, politik dan ekonomi orang Melayu.[25]
4.1.2 Punca Kemunduran Orang Melayu
Munurt Tun Dr Mahathir di dalam The Malay The Lemmaialah kerana faktor genetik (baka) dan
alam sekitar. Kedua-dua faktor ini telah memberi kesan terhadap kemajuan bangsa Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu. Ini kerana pada era sebelum tahun 70-an, kebanyakkan masyarakat
Melayu gemar berkahwin sepupu dan saudara terdekat. Namun Tun Dr Mahathir berbeza
pendapat mengenai isu genetik ini. Beliau telah menempelak sikap orang-orang Melayu dengan
mengatakan bahawa:
Satu perkara diterima umum ialah faktor-faktor keturunan memainkan peranan dalam
perkembangan sesuatu kaum[26]
[24]Dasar yang dimaksudkan disini ialah dasar pecah dan perintah
[25]Lihat Dilema Melayu: Satu Kupasan Pemikiran Tun Dr Mahathir tentang permasalahan Melayu
[26]The Malay The Lemma, hlm 19
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
33/65
Menurut Tun Dr Mahathir di dalam buku yang sama, beliau berpendapat bahawa:
Amalan begini agak biasa berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh keturunan
boleh juga menimbulkan kesan buruk di dalam masyarakat yang menggalakkan setiap orang
berkahwin, tidak kira sama ada orang itu sihat atau tidak. Oleh itu oranng-orang cacat tubuh
badan atau otak juga berkahwin dan beranak pinak.[27]
Tun Dr Mahathir juga mengajak orang-orang Melayu untuk berfikir dengan beliau telah
membuat perbandingan di antara adat perkahwinan orang Melayu dan Cina. Kata beliau:
Kalau begitu memang wajarlah dikatakan bahawa pembiakan seketurunan dan amalan kahwin
paksa di kalangan orang Melayu lebih tinggi kalau dibandingkan dengan kaum-kaum lain[28].
Setelah membahaskan isu pengaruh genetik pada perkembangan bangsa, Tun Dr Mahathir juga
turut membincangkan isu alam sekitar turut mempengaruhi cara masyarakat Melayu dalam aspek
ekonomi dan bersosial. Beliau mengatakan bahawa:
Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri seseorang,
keluarganya dan kaumnya. Disamping faktor keturunan, alam sekitar adalah faktor yang sangat
penting dalam membentuk perkembangan manusia dari segi fizikal, mental dan psikologi.[29]
Alam sekitar yang melingkungi orang Melayu adalah subur dan tidak banyak halangan untuk
memperolehi sumber makanan, justeru itu kehidupan orang-orang Melayu adalah relatifnya
selesa. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Tun Dr Mahathir:
[27]The Malay The Lemma, hlm 2
[28]Ibid, hlm 3
[29]Ibid, hlm 22
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
34/65
Sebilangan besar orang Melayu terlibat di dalam penanam padi, iaitu satu pekerjaan
bermusim. Kerja-kerja yang sebenarnya hanya memakan masa dua bulan dan hasilnya dapat
menampung bekalan hidup untuk selama setahun. .. masa lapang mereka begitu banyak. [30]
Iklim negeri ini panas dan lembab juga tidak begitu menggalakkan bagi pekerjaan berat
ataupun daya pemikiran yang lebih aktif. Oleh itu penduduknya kecuali sebilangan kecil lebih
suka duduk rehat-rehat atau berbual dengan jiran tetangga dan rakan-rakan mereka.[31]
Dalam aspek pertanian moden yang memerlukan penerokaan tanah-tanah baru, penanaman padi
adalah memerlukan guna tenaga yang banyak serta mengakibatkan keletihan. Tun Dr Mahathir
juga turut mengupas bahawa masyarakat Melayu yang mendiami kawasan luar bandar adalah
kurang keazaman untuk berjaya seperti tegasnya:
Azam mereka untuk maju memang tidak begitu kuat kerana kurangnya hubungan dengan dunia
luar jadi semakin tipis. Lama-kelamaan ketinggalan di dalam berbagai bidang.[32]
Berbeza dengan orang-orang Melayu di bandar[33] yang telah mengamalkan perkahwinan
campur, mereka juga lebih terpelajar berbanding dengan orang Melayu luar bandar. Kemajuan
yang dibawa penjajah British khususnya telah mencorakkan imej baru masyarakat Melayu di
bandar.
BAHAGIAN KEDUA
4.2 Perubahan Semasa Menjadi Menteri Pelajaran
[30]Ibid, hlm 25
[31]Ibid
[32]Ibid, hlm 33 - 34
[33]Bandar yang dimaksudkan di sini ialah Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
35/65
Selepas Tun Dr Mahathir berjaya memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu dengan menang
tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 1974, [34] beliau telah mendapat tempat di dalam
barisan kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran
pada 6 Oktober 1974.
Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beberapa perubahan telah dibuat iaitu:
a. Tindakan pertama beliau selaku Menteri ketika itu ialah mengubah dasar pendidikan negara
dengan melaksanakan usaha-usaha untuk membasmi dan menghapuskan kemiskinan dan
mewujudkan keadilan kepada semua;
b. Tindakan kedua beliau ialah meminda Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan
pentadbiran universiti secara langsung di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah mendapat
banyak tentangan serta halangan daripada ahli akademik dan mereka yang terlibat di dalam
pendidikan, namun beliau tetap dengan segala tindakan yang dilakukannya dan telah berjaya
melenyapkan segala kritikan-kritikan terhadap dasar-dasar pendidikannya.
4.3 Perubahan Semasa Menjadi Perdana MenteriTun Dr Mahathir telah melakukan banyak perubahan di dalam pentadbiran negara. Semenjak
awal pelantikan sebagai Perdana Menteri, beliau telah menyeragamkan sistem dan cara bekerja
dengan mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem simpanan fail,
urusan surat menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala urusan pejabat. Selain
itu, beliau juga telah memperkenalkan slogan di dalam pentadbiran awam negara di antaranya
Kepimpinan melalui Tauladan, Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam di
dalam pentadbiran. Melalui usaha ini, telah banyak perubahan telah dilaksanakan seperti etika
kerja yang baik, penerapan nilai-nilai murni yang positif, rajin, efektif serta efisyen dan lain-lain.
Beliau juga telah melancarkan usaha memerangi Rasuah dengan slogan Bersih, Cekap danAmanah kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan. Di zaman pentadbiran beliau,
masalah ekonomi dunia telah dilanda kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan
negara seluruh dunia terutama negara-negara Asia seperti Thailand, Filipina dan Indonesia.
[34]Tun Dr Mahathir adalah ahli parlimen Kubang Pasu sehingga tahun 2004
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
36/65
Beliau telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menambat mata wang ringgit Malaysia
kepada Dollar Amerika. Badan Kewangan Dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary
Fund (IMF) telah mengkritik tindakan beliau namun ia terbukti berjaya apabila Malaysia
merupakan satu-satunya negara yang terlepas dari belenggu kegawatan dan pelbagai syarat yang
ditetapkan oleh mereka. Tindakan berani dan bijak ini telah mendapat pujian daripada Horst
Kohler, Pengurus Besar IMF.
Tun Dr Mahathir mempunyai aspirasi yang begitu tinggi untuk menyatukan setiap matlamat
negara ke arah pembentukan sebuah negara yang membangun. Beliau mempunyai pandangan
yang jauh untuk kesejahteraan dan kemakmuran, dan menebus maruah bangsa, memajukan
negara dan meletakkannya di persada antarabangsa. Segala perancangan adalah di dalam bentuk
jangka panjang menunjukkan satu titik permulaan dan penyatuan negara secara keseluruhannya.
Tun Dr Mahthir telah berjaya merealisasikan impian dan harapan rakyat selaras dengan
kehendak Wawasan 2020 ke arah kemajuan negara.Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan
oleh beliau dijadikan sebagai asas dan panduan untuk mencapai matlamat negara yang maju dan
sistematik dari segi sains dan teknologi, ekonomi dan infrastruktur bertaraf dunia. Ia merupakan
idea yang akan membawa negara ke arah mercu dengan mempunyai panduan hala tuju tindakan
di masa hadapan.
Beliau yakin dan percaya bahawa setiap rakyat perlu memainkan peranan agar wawasan ini akan
berjaya dilaksanakan menjadi sebuah negara yang berteknologi tinggi dan maju menjelang tahun
2020. Untuk mencapai segala matlamat yang dirancang, beliau telah merancang strategi untuk
meghadapi beberapa dugaan dan cabaran kepada generasi-generasi yang akan datang terutama
dalam aspek pendidikan.
BAHAGIAN KETIGA
4.4 Pendidikan Untuk Orang Melayu Dan Kaum Wanita
Keperhatinan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pendidikan orang-orang Melayu dan golongan
wanita adalah sangat tinggi. Daripada 6 tulisan beliau di The Straits Times adalah menyentuh
tentang pendidikan orang Melayu di peringkat menengah Inggeris dan pendidikan university di
kalangan anak-anak Melayu dan juga wanita Melayu. [35]
[35]Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mengenai Pendidikan
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
37/65
Pada 1947 beliau pernah menulis Unless social reforms are carried out, and that quickly Malay
girls would be in danger of being neglected and despised by boys of their own race.[36]
Dengan social reform menurut Tun Dr Mahathir adalah merujuk kepada: A sound education
system and through knowledge of modern housecraft should be made available to Malay girls.
Religiuos teaching designed to enable them to distinguish between good and evil of Western
culture must be initiated. Let all Malay parents admit the inevitability of these reforms and take
an active part in them. And as for the political bodies; they must shape a difinete policy
immediately on social problems or else.[37]
Tun Dr Mahathir juga ada menjelaskan bahawa kerajaan perlu menyediakan peluang pelajaran
yang komprehensif untuk orang-orang Melayu. Ini kerana pada 1948 Tun Dr Mahathir telah
menulis tentang The Malays and Higher Educationbeliau mendapati bahawa daripada 17,000
murid Melayu yang mengadiri sekolah kurang daripada 100 orang yang menghadiri sekolah
Inggeris. Oleh itu Tun Dr Mahathir telah menggesa kerajaan dan ahli politik Melayu supaya
memperjuangkan hak orang Melayu dalam pendidikan ini mengelakkan orang Melayu jauh
ketinggalan di belakang berbanding kaum-kaum lain.[38]
4.5 Bahasa Sebagai Ejen Perpaduan Dalam Proses Pendidikan
Memetik pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam The Malay The Lemma
Selain dari fungsi menyampai dan memajukan pengetahuan, dasar pelajaran mana-mana
negara sekalipun biasanya adalah suatu cara bagi menanamkan dalam fikiran bakal rakyat
[36]Mahathir Mohamad, The Earlys Years, hlm 4
[37]Ibid
[38]Ibid, hlm 11
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
38/65
perasaan bersatu, taat setia dan bangga terhadap negara. Di negara-negara yang baru
merdeka, pelajaran dipergunakan dengan meluas untuk tujuan di atas[39].
Tun Dr Mahathir seterusnya telah kemudiannya merujuk kepada kejayaan negara maju seperti
Amerika dan Australia yang mana telah membangunkan sistem pendidikan negara masing-
masing dengan jayanya iaitu dengan adanya satu bahasa yang menyatukan rakyat Amerika dan
Australia iaitu penggunaan bahasa kebanggsaan sebagai bahasa pengantar dan ejen perpaduan.
Menurut Tun Dr Mahathir:
Bahasa pengantar sangatlah penting dalam membentuk perasaan bersatu. Oleh itu bahasa
pengantar lazimnya adalah bahasa kaum yang tetap. Memang sesiapa pun tidak terlintas untuk
menuntut supaya bahasa pendatang-pendatang baru dijadikan bahasa pengantar. [40]
Walaubagaimanapun menurut Tun Dr Mahathir, berbanding dengan bahasa pengantar yang
penting ialah seluruh kurukulumnya. Katanya:
Pengajaran sejarah, geografi dan sastera semuanya direncanakan untuk memupuk suatu idea
yakni negara adalah milik penduduk tetap dan untuk menjadi warga negara itu dan mendakwa
menjadi milik negara itu, maka seseorang itu hendaklah mengenal pasti dirinya dengan
penduduk tetap. Mengenal pasti ini meliputi segala-galanya dan sekali-kali tidak boleh ada
kenal pasti dengan negara atau kebudayaan lain. Mengenal pasti dengan penduduk tetap bererti
menerima sejarah mereka, geografi mereka dan sastera mereka, kebudayaan mereka dan
bahasa mereka dan menolak semua yang lainnya[41]
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
ke-4, bahasa Melayu tetap diangkat menjadi bahasa kebanggsaan dan juga bahasa pengantar di
sekolah-sekolah seluruh negara. Bahasa juga memainkan peranan sebagai ejen perpaduan rakyat.
[39]Ibid, hlm 170
[40]Ibid, hlm 170
[41]Ibid, hlm 170 - 171
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
39/65
Dan ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad sangat berpegang kepada pepatah Melayu iaitu
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelas perpaduan di kalangan orang-orang Melayu dan
bukan Melayu di pupuk sejak mereka di bangku sekolah lagi. Ini kerana perpaduan adalah sendi
kepada kemakmuran dan keamanan negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
4.6 Model Ikutan Pendidikan Malaysia
Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8hb.
Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di
Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian
dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan
Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat
jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk
dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.
Tumpuan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas contoh-contoh yang harus di pelajari
oleh rakyat Malaysia ialah dari segi kemajuan Jepun dan Korea Selatan dari segi ekonomi,
pendidikan, kesenian dan kebudayaan. Ini kerana kemajuan kedua-dua negara ini adalah dipacu
oleh kecekapan, kesungguhan, nilai-nilai estetika (bersungguh-sungguh, rajin, setia, hormat
menghormati, menetapi masa) yang tinggi dalam cara hidup dan berorganisasi masyarakat Jepun.
Oleh itu, pendidikan untuk memanfaatkan pengalaman Jepun telahpun dibuat secara total
cultural immersion. Mata pelajaran Bahasa Jepun dijadikan bahasa pilihan dalam kurikulum
sekolah menengah. Universiti Malaya pula telah menubuhkan program matrikulasi Bahasa Jepun
dan pelajar-pelajar Malaysia dihantar ke Jepun untuk mengikuti program ijazah dalam bidang
kejuruteraan dan teknikal. Di samping itu dilaksanakan pelbagai program susulan di antaranya
ialah program kemahiran, kursus-kursus jangka pendek dan program pertukaran pelajar di antara
kedua-dua negara.
Kesannya daripada Dasar Pandang ke Timur ini telah membawa perubahan yang positif telah
menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing dari aspek 'kerajinan dan disiplin bekerja,
kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
40/65
kepada kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri, memberi focus kepada daya pengeluaran
(productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan
dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan
kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan
dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada
kemajuan bagi negara kita.
Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan
dagangannya dengan rakan-rakan dagang seperti Amerika dan negara-negara Eropah. Sebaliknya
Kerajaan telah terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan
rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan
perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara.
4.7 Pendidikan Dan Isu Bahasa
Menurut Tan Sri Awang Had Salleh, beliau berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad
mempunyai pendirian yang tertentu di dalam aspek pendidikan dan isu bahasa. Menurutnya lagi,
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keutamaan kepada perkara-perkara berikut dalam caranya
mentadbir dan mengurus negara, iaitu:
a. Perpaduan;
b. Keutuhan ilmu; dan
c. Penyertaan dan pengagihan yang adil kekayaan negara dalam masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum yang tidak saksama dari segi pemilikan kekayaan
Dalam aspek perpaduan, pengalaman Tan Sri Awang Had Salleh menyatakan bahawa Tun Dr
Mahathir Mohamad pernah berucap kepada mahasiswa Universiti Malaya (UM) di dalam Dewan
Tunku Cancelor pada awal penubuhan UM. Tun Dr Mahathir menggunakan sepenuhnya bahasa
Melayu dan terdengar hiruk pikuk mahasiswa yang pada ketika itu yang mirip sosialis.
Mendengar ucapan yang berterusan dalam bahasa Melayu, akhirnya kebisingan menjadi reda.
Kemudian, Tun Dr Mahahir menerangkan kepada hadirin yang hadir di dalam bahasa Inggeris
bahawa beliau baru saja berucap di dalam bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara mereka
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
41/65
sendiri. Ketika itu timbullah kesedaran dikalangan mahasiswa untuk menghormati bahasa
kebangsaan bahasa rasmi negara. [42]
Pada tahun 1974 (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Timbalan Perdana Menteri),
kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran dengan usul supaya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah
jenis kebangsaan secara peringkat-peringkat. Namun ketika itu kesediaan dan kematangan politik
belum lag wujud, maka tujuan perlaksanaan bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar di
sekolah jenis kebangsaan adalah ditangguhkan dan mengekalkan status quo hingga ke hari ini.
[43]
Namun begitu Tun Dr Mahathir Mohamad lebih menitik beratkan pelajar-pelajar orang Melayu
untuk berkebolehan dan menguasai bahasa Inggeris . Ini kerana menurut beliau pelajar-pelajar
Melayu bukan sahaja lemah dalam bahasa Inggeris tetapi berkacau-bilau pula dengan
penguasaaan bahasa Melayunya. [44]
Di antara tahun-tahun hampir umur persaraan Tun Dr Mahathir, beliau telah mengenengahkan
masalah penuntut-penutut lepasan Universiti tempatan tentang penguasaan bahasa Inggeris
mereka. Isu lemah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan orang-orang Melayu bukan sahaja
menyebabkan orang-orang Melayu itu sendiri ketinggalan ke belakang dalam bidang sains dan
teknologi malahan hilang daya saing ketika di temuduga bagi kekosongan jawatan oleh syarikat-
syarikat multinational yang melabur di Malaysia. Isu lemah penguasaan bahasa Inggeris ini juga
dilihat dari aspek jurang pencapaian yang sangat besar di kalangan pelajar Melayu yang tinggal
di bandar san pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar.
Tun Dr Mahathir Mohamad sangat percaya bahawa di dalam usaha untuk membenteras kaum
Melayu daripada terus ketinggalan di dalam kedua-dua bidang sains dan teknologi adalah
[42]Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Pendidikan, hlm 106
[43]Ibid, hlm 106
[44]Ibid, hlm 110
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
42/65
menjadi kewajaran pihak kerajaan untuk memastikan kewujudan profil di kalangan pelajar-
pelajar Melayu menunjukkan penguasaan bahasa kebangsaan yang tinggi disamping cekap dan
mahir dalam bahasa Inggeris.
Asprirasi Tun Dr Mahathir ini menjadi realiti apabila Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan yang menetapkan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan
Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang
hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun
2003.
Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti
yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam
dilakukan. [45]
Isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik masih lagi belum selesai yang mana terdapat segelintir ibubapa (terutama ibubapa
yang tinggal dibandar) yang meminta kerajaan melalui Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempertimbangkan semula pemansuhan PPSMI
menjelang tahun 2012. Menjawab soalan wartawan berkenaan dengan permintaan ibubapa
terbabit mengenai kerajaan masih mengkaji saranan sesetengah ibu bapa agar mata pelajaran
Sains dan Matematik dibenarkan diajar dalam bahasa Inggeris di beberapa sekolah terpilih, Dato
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata:
"Kami masih menilai cadangan tersebut dengan mendapatkan pendapat serta reaksi ibu bapa,
selain melihat sama ada kita boleh wujudkan fleksibiliti. Bagaimanapun, Kementerian
Pendidikan akan membuat keputusan mengenai hal ini," jelasnya.[46]
[45]Lihat pautanPPSMI dimansuhkan mulai 2012", Malaysiakini, 8 Julai 2009
http://www.malaysiakini.com/news/108063http://www.malaysiakini.com/news/108063http://www.malaysiakini.com/news/108063http://www.malaysiakini.com/news/108063 -
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
43/65
4.7 Pendidikan Tinggi Sebagai Sebuah Industri
Pada tahun 1993, iaitu sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan kepada Parlimen
tentang Kajian Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia Ke-6, beliau telah mengutara usul
berkaitan dengan bidang pendidikan. Beliau menyatakan adalah bidang pendidikan perlu dibina
sebagai satu komponen yang penting dalam industri perkhidmatan dan akhirnya dinaik taraf
kepada pendidikan bertaraf dunia dan menjadikannya sebagai industri eskport.
Keperihatinan Tun Dr Mahathir dalam bidang pendidikan ialah mengembangkannya menjadi
salah satu daya penggerak ekonomi negara. Pada ketika itu Malaysia telah dilanda krisis
ekonomi yang teruk dan satu pelan tindakan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan
mengurangkan kadar pengaliran matawang keluar negara telahpun dibuat. Salah satu daripada
punca pengaliran matawang ringgit keluar negara ialah kos pembiayaan pendidikan bagi
penuntut Malaysia di luar negeri. Kos tersebut termasuklah kos pembiayaan kapal terbang, sewa
tempat tinggal dan elaun sara hidup.
Rentetan daripada itu satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mempermudahkan penubuhan
institusi pendidikan tinggi, penganugerahan ijazah dan memperakukannya. Kerajaan juga telah
menggalakkan program berkembar di antara institusi pendidikan tinggi swasta dengan universiti-
universiti terkenal luar negara. Ini termasuklah penubuhan kampus-kampus cawangan dalam
negara.
Kita lihat dengan jelas bahawa proses ini masih berjalan dan berterusan sehingga hari ini dengan
kemungkinan IPTS mengendalikan program ijazah itu sepenuhnya di dalam negara. Tun Dr
Mahathir Mohamad apabila ditanya oleh wartawan apabila melihat kejayaan ini, beliau berkata
bahawa konsep Malaysia menjadi hub kecermelangan pendidikan di rantau ini bukan sahaja
[46]Lihat pautan Utusan Malaysia, 7hb Apr 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Ne
geri&pg=dn_01.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm -
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
44/65
memantapkan matlamat awal menjadikan pendidikan sebagai salah satu penjana ekonomi dan
menarik pelajar-pelajar asing belajar di Malaysia malahan Malaysia boleh dan mampu untuk
mengeksport pendidikan keluar negara. Bagi Tun Dr Mahathir kunci kejayaan ialah pengawalan
kualiti. Ini dapat dilihat dari petikan ucapan beliau semasa merasmikan International College,
Bukit Bintangdi Kuala Lumpur pada Jun 1994:
We must be rigorous with regard to standards if we are to maintain the reputation of being
providers of quality education. Our credibility must not be undermined. We are aware that if we
are not sufficient vigilant, there is the temptation that in the pursuit of quick profits, dubious
arrangements will be resorted to and certificate mills will be set up. The behavior of a few can
undermine the credibility of the whole nation, and the whole education industry will be brought
into subsequent loss to everyone.[47]
4.8 Pendidikan Dan Agama IslamTun Dr Mahathir Mohamad sangat menekankan bahawa seseorang yang beragama Islam
sepatutnya menjadi seorang rakyat di sebuah negara yang maju. Memetik ucapannya pada 18
April 2004 kepada sebilangan cendiakawan di Maghribi, beliau berkata tidak sepatutnya negara-
negara Islam yang ada sekarang ini berada pada tahap yang mundur dari segi ekonomi. Beliau
telah menyingkap sejarah sarjana-sarjana Islam semasa di zaman kegemilangan Islam dulu umat
Islam sangat maju dalam pelbagai bidang umpamanya ilmu sains, pelayaran, perubatan,
astronomi, matematik, falaq dan falsafah.
Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir merasakan perlunya anjakkan paradigma mengenai
pendidikan agama khususnya di Malaysia. Pada 1983 kerajaan telah menubuhkan sebuah IPTA
yang berlandaskan Islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). UIAM
merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana
antara tujuan UIAM ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara
Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka
tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.
[47]Dipetik dari Govin Alagasari (compiler), Mahathir: The Awakening, hlm 19
-
7/22/2019 102675639 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat M
45/65
Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Tun Dr Mahathir
Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti
Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10
Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang
sama.[48]
Begitu juga dengan penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dahulu dikenali: Kolej
Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di
Malaysia pada 1998.
USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan
Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12
di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan
penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke