1. NAMA AGENSI : MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG(MUIP)
ALAMAT : KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH
26600 PEKAN, PAHANG
NO. TELEFON : 09-422 1311 NO. FAKS : 09-422 1885
2. NAMA PROJEK/HASIL INOVASI
Permohonan Dermasiswa Secara Atas Talian (E-Dermasiswa)
3. PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK DIHUBUNGI:NAMA : MOHD ROZAINI BIN JUMALIJAWATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMATEMAIL : [email protected]. TEL : 09-422 1311 (NO. HP: 013 9030110)
PENGESAHAN JABATAN
NAMA : DATO SRI WAN HAJI ABDUL WAHID BIN WAN HASSANSSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP
JAWATAN : Timbalan Yang DipertuaMajlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
TANDATANGAN : ……………………………………………………
1
TARIKH : 22 JULAI 2011
1. PENGENALAN JABATAN
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang merupakan sebuah badan berkanun negeri yang
ditubuhkan di bawah Perkara 24 Bahagian Pertama Undang-Undang Kerajaan Negeri Pahang dan
diperbadankan di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.
1.1Visi
Menjadi Institusi Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap & Terunggul Menjelang 2015
1.2Misi
Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang Terpuji,
Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan, Pembudayaan Ilmu,
Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang Berlandaskan Syariat.
1.3Peranan Agensi
i. Melahirkan Sebuah Masyarakat Yang Menjadikan Islam Sebagai Satu Cara Hidup Yang
Sempurna Dengan Mengikut Dan Menghayati Ajaran Islam Seperti Yang Terkandung Di
Dalam Al Quran Dan As Sunnah Yang Meliputi Aspek-Aspek Akidah, Ekonomi, Sosial,
Pendidikan Dan Kebudayaan.
ii. Menegakkan Keadilan Mengikut Hukum-Hukum Islam Serta Mengawal Dan Membasmi
Murtad, Bida’ah, Kemungkaran, Maksiat, Khurafat Dan Fikiran-Fikiran Yang Boleh
Menjejaskan Kesucian Islam.
2
iii. Mengawal Kutipan Zakat Harta Dan Zakat Fitrah Serta Mengagihkannya Kepada
Golongan Yang Berhak Dan Membangunkan Asnaf Bagi Meninggikan Syiar Islam Dan
Ekonomi Umat Islam.
iv. Mengawal Dan Memajukan Harta-Harta Baitulmal Dan Wakaf.
v. Sebagai Induk Penggubalan Dasar Pelaksanaan Syariat Islam.
1.4Objektif
i. Pengurusan Kutipan Zakat Dan Agihan Yang Cekap Dan Efisien Berlandaskan Hukum
Syarak.
i. Mengurus Dan Membangunkan Harta Wakaf Dan Baitulmal Dengan Cekap Dan
Ekonomik.
ii. Mewujudkan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Yang Kemaskini Untuk
Memartabatkan Perundangan Islam Di Kalangan Masyarakat.
iii. Mempastikan Pelaksanaan Undang-Undang Dan Pentadbiran Agama Islam Berjalan
Dengan Lancar Dan Berkesan.
iv. Menyebar Dan Meningkatkan Syiar Islam Di Negeri Pahang Melalui Aspek Dakwah Dan
Pendidikan, Pembangunan Insan, Ekonomi, Perundangan Dan Sosio-Budaya.
2. TAJUK INOVASI
Permohonan Dermasiswa Secara Atas Talian E-DERMASISWA
E-Dermasiswa adalah merupakan sebuah Sistem elektronik pemohonan bantuan
Dermasiswa pelajaran atas talian yang disediakan bagi kemudahan pelajar-pelajar yang
sedang menuntut pengajian dalam/luar Negara diperingkat Pondok/Diploma/Sarjana Muda
di Institut Pengajian Tinggi/Pondok. Bantuan dermasiswa pelajaran Majlis Ugama Islam
Dan Adat Resam Melayu Pahang ini adalah merupakan bentuk bantuan zakat dibawah
asnaf fisabilillah dan ditawarkan sekali setahun.
3
Sistem ini telah diperkenalkan penggunaannya pada Januari 2009 dan segala
pemohonan bantuan ini adalah secara seratus peratus atas talian. Sistem ini telah
dibangunkan secara dalaman oleh kakitangan MUIP pada tahun 2008.
Objektif
i. Memudahkan proses membuat permohonan tanpa sempadan dan
meluas;
ii. Menyediakan kemudahan kaedah pemohonan yang lebih mesra
pengguna;
iii. Memastikan pemohon mendapatkan keputusan dengan lebih mudah dan
cepat;
iv. Meluaskan penyebaran maklumat berkenaan bantuan dermasiswa
sehingga ke luar Negara; dan
v. Mempercepatkan dan memudahkan proses pembayaran bantuan kepada
penerima.
Sejak e-dermasiswa MUIP ini dilancarkan penggunaannya ianya telah banyak
membantu umat Islam negeri Pahang dalam mempermudahkan urusan permohonan dan
manakala MUIP pula dalam peningkatan agihan serta pengurusan yang lebih effisien.
Hasil daripada penggunan e-dermasiswa, bilangan permohonan bantuan tersebut telah
meningkat sebanyak 3 kali ganda pada tahun 2010 iaitu 3664 jumlah permohonan jika
dibandingkan tahun 2009 sebanyak 1297 permohonan. Manakala impak dari sudut
perbelanjaan kewangan agihan zakat bagi bantuan Dermasiswa ini juga turut memberi
impak positif iaitu peningkatan sebanyak 5 kali ganda pada tahun 2010 iaitu RM 4,396,900 jika dibandingkan pada tahun 2009 sebanyak RM851,500.
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
4
i. Pelajar perlu mengambil borang permohonan di Ibu Pejabat MUIP yang terletak di Pekan
Pahang;
ii. Bilangan permohonan pada tahun 2008 sebanyak 852 borang;
iii. Penyata bayaran perlu dibuat secara manual;
iv. Laporan keputusan dermasiswa perlu disediakan secara manual;
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
i. Sukar untuk pelajar-pelajar mengambil borang permohonan terutamanya yang sedang
menuntut pengajian diluar negeri atau Negara;
ii. Penyediaan laporan keputusan dan penyata bayaran agar sukar dan terlalu lama;
iii. Sukar menyemak status pemohonan;
5. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
- Menyediakan Borang secara elektronik yang dapat dicapai melalui Internet;
- Penggunaan Barcode atau Kod Jalur bagi memudahkan urusan penerimaan,
pendaftaran kelulusan permohonan, dan proses penyediaan pembayaran;
- Semakan pemohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Internet pada setiap
masa;
- Penggunaan Borang Pengesahan Permohonan bagi memudahkan pengurusan untuk
membuat pengesahan data yang dihantar secara digital;
- Pengesahan proses pembayaran bantuan kewangan zakat dibuat secara elektronik;
- Dokumen-dokumen pembayaran dijana menggunakan sistem iaitu seperti
penyata bayaran, dokumen baucar, cek dan buku daftar baucar;
- Sejarah penerimaan Bantuan Dermasiswa MUIP dapat diperolehi dengan mudah;
5
- Rekod penghantaran cek menggunakan perkakasan pengimbas kod jalur
direkod kedalam sistem; dan
- Cek bagi penerima bantuan dermasiswa dijana secara automatik dengan tandatangan
digital apabila jumlah bayaran kurang daripada RM6000.
6
Sejak e-dermasiswa MUIP ini dilancarkan penggunaannya ianya telah banyak membantu umat Islam negeri Pahang dalam mempermudahkan urusan permohonan dan manakala MUIP pula dalam peningkatan agihan serta pengurusan yang lebih effisien.
Hasil daripada penggunan e-dermasiswa, bilangan permohonan bantuan tersebut telah meningkat sebanyak 3 kali ganda pada tahun 2010 iaitu 3664 jumlah permohonan jika dibandingkan tahun 2009 sebanyak 1297 permohonan. Manakala impak dari sudut perbelanjaan kewangan agihan zakat bagi bantuan Dermasiswa ini juga turut memberi impak positif iaitu peningkatan sebanyak 5 kali ganda pada tahun 2010 iaitu RM 4,396,900 jika dibandingkan pada tahun 2009 sebanyak RM851,500.
7