Download - 1 Final Langkawi DRAF MODUL CK 6 Baiki
CK6: Pengurusan risiko, perlindungan dan insurans
Topik : Pengurusan risiko, perlindungan dan insurans
Masa : 2 Jam
Objektif:
Pada akhir aktiviti ini peserta dapat :
6.1 Merancang strategi bagi perlindungan identiti
6.2 Mengenal pasti jenis risiko yang biasa dihadapi dan cara asas pengurusan risiko
6.3 Menerangkan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful
6.4 Menjelaskan jenis-jenis perlindungan bukan insurans
Aktiviti ProsedurCatatan (Panduan
Jurulatih)
Warmer(15 minit)
Peserta diagih dalam kumpulan berempat.Peserta diminta saling mengenali ahli kumpulan.
Setiap kumpulan dibekalkan beberapa helai surat khabar.Peserta dikehendaki mengenal pasti perkataan dan/atau gambar dalam surat khabar berkaitan risiko.
Peserta diminta menggariskan perkataan atau membulatkan gambar pada surat khabar tersebut.
Peserta dikehendaki menuliskan perkataan berkaitan risiko tersebut mengikut kategori pada kertas sebak menggunakan marker merah/hitam seperti lembaran 1.
Soaljawab berkaitan kategori risiko yang diperolehi dari surat khabar.
Peserta kemudian diminta membincangkan risiko terhadap diri, keluarga, hartabenda, kenderaan, persaraan dan sebagainya. Peserta dikehendaki mengisi tambahan risiko hasil dari perbincangan kumpulan menggunakan marker biru/hijau.
Fasilitator boleh membincangkan bersama peserta tentang risiko dan pengurusan risiko.
Contoh: agihan mengikut bulan dan tarikh lahir
Surat khabar
Pen marker berbagai warna
CK6/WAR/LAM1
1
Aktiviti ProsedurCatatan (Panduan
Jurulatih)
Aktiviti 1:Kaedah jigsaw; kumpulan pakar
(20 minit)
Penentuan kepakaran: Menggunakan kaedah numbered head pada kumpulan asal (home group) bagi menentukan kepakaran perkara 1 hingga 4 ditetapkan.
Kemudian peserta di kumpulkan dalam kumpulan pakar (Kaedah Jigsaw) di mana semua ahli nombor 1 akan berada di meja 1, ahli nombor 2 akan berada di meja 2 dan seterusnya.
Kepakaran dalam perkara berikut: Set 1 : Insurans Set 2 : Harta benda Set 3 : Anuiti (persaraan) Set 4 : Perbankan internet
Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan rangsangan kad info sebagai maklumat berkaitan topik. Ahli kumpulan perlu menguasai bahan info dan mendalaminya melalui perbincangan dalam kumpulan.
Kemudian diedarkan pula kad-kad soalan pengetahuan tambahan peserta. Kad soalan ini akan digunakan semasa perbincangan kumpulan asal (home group) pada aktiviti 2.
Kaedah numbered head
Kaedah Jigsaw (pakar)
Kad info: Set 1 – 4CK6/AKT1/LAM2CK6/AKT1/LAM4CK6/AKT1/LAM6CK6/AKT1/LAM8
Kad-kad soalan:Set 1 – 4CK6/AKT1/LAM3CK6/AKT1/LAM5CK6/AKT1/LAM7CK6/AKT1/LAM9
Aktiviti 2:Kaedah jigsaw: perbincangan dalam kumpulan.
(40 minit)
Peserta dikehendaki kembali ke kumpulan asal (home group). Peserta membawa semua bahan yang dibekalkan.
Mengikut giliran dari peserta 1, semua peserta akan berkongsi pengetahuan dalam kumpulan asal. Peserta 1 membincangkan bahan set 1. Peserta 2 membincangkan bahan set 2 dan begitulah seterusnya. Lakukan perbincangan hingga kesemua set dibincangkan.
Kad info
Kad soalan
2
Aktiviti ProsedurCatatan (Panduan
Jurulatih)
Aktiviti 3:Menghasilkan mind map
(25 minit)
Setelah penguasaan bahan dalam topik pengurusan risiko, perlindungan dan insurans, setiap kumpulan dikehendaki:
1. Menghasilkan mind map berkaitan kefahaman menyeluruh yang mereka perolehi dalam pengurusan risiko.
2. Mencipta satu slogan yang dapat menggambarkan tentang pentingnya perlindungan terhadap risiko.
Fasilitator boleh membincangkan bersama peserta tentang perlindungan terhadap risiko. Fasilitator elok mengaitkan perbincangan dengan keadaan semasa dan risiko terkini.
Kertas SebakPen marker berbagai warna
RumusanGaleri walk
(15 minit)
Setiap kumpulan melekatkan hasilan mind map pada dinding dewan. Semua peserta dikehendaki menulis komen atau cadangan penambah baik pada kertas sebak tersebut.
Untuk mempastikan kelancaran pergerakan, fasilitator boleh meminta pergerakan arah pusingan jam mengikut kumpulan.
Fasilitator boleh merumuskan secara keseluruhan pengisian dalam mind map dan galeri walk hasilan peserta.
Sticker Kad komenPen/pensil
Refleksi
(5 minit)
Peserta dikehendaki mengisi borang refleksi bagi sesi CK6.
CK6/REF/LAM10
3