dokumen tender ta fasa 2 - public service … · web viewbahawa surat akuan sebut harga ini...
TRANSCRIPT
DOKUMEN SEBUT HARGA
SEBUT HARGA BEKALAN KAIN BERKUALITIUNTUK DIAGIHKAN KEPADA
PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI JPA YANG BERKELAYAKAN BAGI TAHUN 2018
NO. SEBUT HARGA: JPA(S)01/2018
SENARAI LAMPIRAN
1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL
4. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA
6. Lampiran 4 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA
7. Lampiran 5 : SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA
8. Lampiran 6 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (2009)
9. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
_________________________________
DOKUMEN PELAWAAN
SEBUT HARGA BEKALAN KAIN BERKUALITI UNTUK DIAGIHKAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI JPA YANG BERKELAYAKAN BAGI TAHUN 2018
MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN
PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI
1. PERIHAL
1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Penyebutharga bagi Sebut Harga Bekalan Kain Berkualiti Untuk Diagihkan Kepada Pegawai Perkhidmatan di JPA yang berkelayakan Bagi Tahun 2018 arahan Penyebut Harga seperti di Lampiran 1.
2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA
2.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 020701. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian Kewangan.
2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan .
2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.
2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.
1
3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut harga.
3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.
3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.
3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.
3.1.4 Penyebut harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut harga.
3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.
3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang
2
mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
3.1.8 Pembekal perlu mengemukakan nombor pendaftaran Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ada.
4. SKOP PERKHIDMATAN
4.1Spesifikasi Teknikal Bekalan Kain Berkualiti Untuk Diagihkan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Di Jabatan Perkhidmatan Awam Yang Berkelayakan Bagi Tahun 2018 adalah seperti di Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).
5. SPESIFIKASI TEKNIKAL
5.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.
5.2 Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.
5.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebut harga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.
5.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.
6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini adalah seperti berikut:
Tarikh Tutup : 01 Mac 2018Masa : 12.00 TGHNombor Rujukan : JPA(S)01/2018
7. DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir di dalam lampiran berikut:
3
77.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga7.1.3 Lampiran 4 - Surat Akuan Sebut Harga7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Pembida7.1.5 Lampiran 7 - Lampiran Q
8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN
88.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang
ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.
8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.
8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :
8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga8.3.3 Lampiran 4 - Surat Akuan Sebut Harga8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Pembida8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q
8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA
8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.
8.6 Tawaran Sebut Harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang
4
kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran Sebut Harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.
9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
9
9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.
10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA
10
10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.
10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut harga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA
11.1 JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.
11.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.
11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.
11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.
11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.
12. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD
5
12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.
13. BANTAHAN
13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.
13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: En. Safuan Bin Saleh)
14. URUS SETIA SEBUT HARGA
14.1 Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 13.2 (Untuk perhatian : En. Safuan Bin Saleh)
15. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 4
15.1 Merujuk perkara 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan
Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan
6
(Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.
15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.
16. PENUTUP
16.1 Penyebut harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.
7
LAMPIRAN 1
8
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)
1. PERIHAL SEBUT HARGA
1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 020701 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Bekalan Kain Berkualiti Untuk Diagihkan Kepada Pegawai Perkhidmatan di JPA yang berkelayakan Bagi Tahun 2018.
1.2 Sebarang urusan/pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah berurusan terus di alamat:
Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: En. Safuan Bin Saleh)
1.3 Dokumen Tawaran hendaklah mengandungi syarat-syarat berikut:
a) Semua tawaran harga (pembelian terus, lantikan terus, sebut harga dan tender) oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST;
b) Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi;
c) Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan JKDM, Kementerian/Jabatan akan mengeluarkan:
i) SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST bagi perolehan perkhidmatan; dan
ii) CoGSTR bagi perolehan pembekalan untuk pelepasan kenaan GST
d) Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai bawah Akta GST, tetapi akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, syarikat hendaklah:
1
i) Memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan
ii) Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST.
1.4 Bekalan kain yang dibekalkan hendaklah merupakan yang berkualiti dan baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak kerajaan berhak menolak jika didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
1.5 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini.
1.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.
1.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.
2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.
2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat
2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.
2
3. PERTANYAAN
3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:
Spesifikasi :
En. Azharul Izwan bin Puaadi 03-8885 3212En. Ismail bin Safian 03-8885 3224Pn. Norulhuda binti Mohd Khairuzin 03-8885 3794
Urus Setia
En. Safuan Bin Saleh 03 - 8885 3035En. Alfian Bin Mohd Nor 03 - 8885 3246Pn. Zainorshila Binti Khalid 03 - 8885 3256
4. KESIMPULAN
Penyebut harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.
3
LAMPIRAN 2
4
SPESIFIKASI KAIN BERKUALITI UNTUK PAKAIAN SERAGAM
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
JUMLAH KEPERLUAN
MANDATORI(YA/TIDAK)
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
1 PemanduKenderaanGred H11
Baju Lengan Panjang/Pendek
Material Japanese 60” Oxford Biru Muda
2 m
62 pasang
Ya
Seluar Microfibre Kyosu Biru Gelap
2 m Ya
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
JUMLAH KEPERLUAN
MANDATORI(YA/TIDAK)
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
Baju Lengan Panjang/Pendek
Material Japanese 60” Oxford Biru Muda
3m
4 pasang
Ya
Seluar Microfibre Kyosu Biru Gelap
3m Ya
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN UNTUK SEPASANG
JUMLAH KEPERLUAN
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
Baju Lengan Panjang/Pendek High Twist
Mafela Biru Gelap
4 m 31 pasangYa
Seluar Ya
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN UNTUK SEPASANG
JUMLAH KEPERLUAN
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
Baju Lengan Panjang/Pendek
High Twist Mafela Biru Gelap
6 m 2 pasang Ya
Seluar Ya
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
JUMLAH KEPERLUAN
MANDATORI(YA/TIDAK)
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
2 Pembantu OperasiGred N11
Baju Lengan Panjang/Pendek
Oxford 45” Putih 2.5 m
186 pasang
Ya
Seluar Microfibre Kyosu Hitam
2 m Ya
5
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
JUMLAH KEPERLUAN
MANDATORI(YA/TIDAK)
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
3 Pembantu AwamGred H11
Baju Lengan Panjang/Pendek
Oxford 45” Putih 2.5 m
18 pasang
Ya
Seluar Microfibre Kyosu Hitam
2 m Ya
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN UNTUK SEPASANG
JUMLAH KEPERLUAN
MANDATORI(YA/TIDAK)
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
4 Pembantu KemahiranGred H19/H22
Baju Lengan Panjang/Pendek TC Drill (lembut)
Biru Gelap4 m 9 pasang
Ya
Seluar Ya
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
JUMLAH KEPERLUAN
MANDATORI(YA/TIDAK)
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN)
5 Polis Bantuan Gred KP11 / KP14
Pembantu Keselamatan Gred KP22
Pakaian Seragam Operasi Dan Pakaian Seragam Harian (GD)
Baju Lengan Panjang/Pendek
Polyester Hi Sofy Toray Gabardine F3243JBiru Gelap
2.5 m
78 pasang
Ya
Seluar Polyester Hi Sofy Toray Gabardine F3243JBiru Gelap
2.0 m Ya
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
JUMLAH KEPERLUAN
MANDATORI(YA/TIDAK)
CATATAN(SERTAKAN
CONTOH KAIN
Baju Lengan Panjang/Pendek
Asooka Hi Sofy Toray Biru Gelap 2.5 m
3 pasang
Ya
Seluar Asooka Hi Sofy Toray Biru Gelap
2.5 m Ya
6
LAMPIRAN 3
7
JADUAL TAWARAN HARGA
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK
SEHELAI(RM)
HARGAUNTUK
SEPASANG(RM)
HARGA UNTUK 62 PASANG
(RM)
CATATAN
1 PemanduKenderaanGred H11
Baju Lengan Panjang/Pendek
Material Japanese 60” Oxford Biru Muda
2 m
Seluar Microfibre Kyosu Biru Gelap
2 m
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK
SEHELAI(RM)
HARGAUNTUK
SEPASANG(RM)
HARGA UNTUK 4 PASANG
(RM)CATATAN
Baju Lengan Panjang/Pendek
Material Japanese 60” Oxford Biru Muda
3m
Seluar Microfibre Kyosu Biru Gelap
3m
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN UNTUK SEPASANG
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK SEPASANG
(RM)
HARGA UNTUK 31 PASANG
(RM)
CATATAN
Baju Lengan Panjang/Pendek
High Twist Mafela Biru Gelap
4 m
Seluar
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN UNTUK SEPASANG
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK SEPASANG
(RM)
HARGA UNTUK 2 PASANG
(RM)
CATATAN
Baju Lengan Panjang/Pendek High Twist Mafela
Biru Gelap6 m
Seluar
8
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK
SEHELAI(RM)
HARGAUNTUK
SEPASANG(RM)
HARGA UNTUK186 PASANG
(RM)
CATATAN
2 Pembantu OperasiGred N11
Baju Lengan Panjang/Pendek
Oxford 45” Putih 2.5 m
Seluar Microfibre Kyosu Hitam
2 m
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK
SEHELAI(RM)
HARGAUNTUK
SEPASANG(RM)
HARGA UNTUK18 PASANG
(RM)
CATATAN
3 Pembantu AwamGred H11
Baju Lengan Panjang/Pendek
Oxford 45” Putih 2.5 m
Seluar Microfibre Kyosu Hitam
2 m
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN UNTUK SEPASANG
HARGASEMETER
(RM)
HARGAUNTUK SEPASANG
(RM)
HARGA UNTUK9 PASANG
(RM)CATATAN
4 Pembantu KemahiranGred H19/H22
Baju Lengan Panjang/Pendek TC Drill (lembut)
Biru Gelap4 m
Seluar
9
NO. JAWATAN KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK
SEHELAI(RM)
HARGAUNTUK
SEPASANG(RM)
HARGA UNTUK78 PASANG
(RM)
CATATAN
5 Polis Bantuan Gred KP11 / KP14
Pembantu Keselamatan Gred KP22
Pakaian Seragam Operasi Dan Pakaian Seragam Harian (GD)
Baju Lengan Panjang/Pendek
Polyester Hi Sofy Toray Gabardine F3243JBiru Gelap
2.5 m
Seluar Polyester Hi Sofy Toray Gabardine F3243JBiru Gelap
2.0 m
KETERANGAN JENIS KAIN KEPERLUANKAIN
UNTUK SEHELAI
HARGASEMETER
(RM)
HARGA UNTUK
SEHELAI(RM)
HARGAUNTUK
SEPASANG(RM)
HARGA UNTUK3 PASANG
(RM)
CATATAN
Baju Lengan Panjang/Pendek
Asooka Hi Sofy Toray Biru Gelap 2.5 m
Seluar Asooka Hi Sofy Toray Biru Gelap
2.5 m
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
10
Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ......... hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani)
TANDATANGAN :
NAMA :
JAWATAN :
COP SYARIKAT :
11
LAMPIRAN 4
12
SURAT AKUAN SEBUT HARGA
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P Putrajaya.
Tuan,
NO. SEBUT HARGA : JPA(S) 01/2018
SEBUT HARGA BEKALAN KAIN BERKUALITI UNTUK DIAGIHKAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI JPA YANG BERKELAYAKAN BAGI TAHUN 2018
Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.
2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :
a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;
b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;
c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;
d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad;
e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;
f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;
g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan
13
h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.
Bagi pihak Penyebut Harga
Tandatangan Penyebut harga : ________________________________
Nama Penuh : ________________________________
No. Kad Pengenalan : ________________________________
Alamat / Cap Syarikat : ________________________________
Di hadapan :
Tandatangan Saksi : ________________________________
Nama Penuh Saksi : ________________________________
No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________
Alamat : ________________________________
________________________________
________________________________
14
LAMPIRAN 5
15
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA
Bagi
(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………
Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalahmenawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untukdipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetujutindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya ataumana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalamSebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkanperbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……………………………...... (Nama dan No.KP)
Cop Syarikat :Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.
16
(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
(Nama Kementerian/Agensi)
(Nama Kementerian/Agensi)
(Tandatangan)
LAMPIRAN 6
17
KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)
1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
18
LAMPIRAN 7
19
(Kew. 284-Pin. 2/94)Lampiran Q
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN
Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh
.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)
No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
No. Pendaftaran dengan Kementerian Jabatan Perkhidmatan Awam
Kewangan ...... ......... ............................................... Bahagian Khidmat Pengurusan
Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,
pembelian ini 020701. Blok C1 Kompleks C, Putrajaya No. Telefon. 03-8885 3256
Tarikh:
1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna.
1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.
1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.
1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda
“No. Sebutharga JPA(S)01/2018”.
1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas
tidak lewat pada jam 12.00 tengahari .
20
No. Sebutharga Bil. JPA(S) 01 /2018
1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.
Tarikh:
Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh
Jawatan : Ketua Penolong Pengarah
Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas
UnitUkuran
Kuantiti/ Kekerapan
Kadar Seunit(RM)
HargaKeseluruhan(RM)
Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh
Penyebutharga
SEBUT HARGA BEKALAN KAIN BERKUALITI UNTUK DIAGIHKAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI JPA YANG BERKELAYAKAN BAGI TAHUN 2018
1. Bekalan Kain Berkualiti Untuk Diagihkan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Di JPA Yang Berkelayakan Bagi Tahun 2018
Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ditawarkan.......................................
*sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
Jumlah
(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan
syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.
21
Tandatangan Penyebutharga : ..........................................
Nama dan K/P : .........................................
Alamat Syarikat : ..........................................
Tarikh : ..........................................
22