dokumen perniagaan modul 3 sebagai sumber · 2020. 10. 25. · sebagai contoh, invois, nota debit,...
TRANSCRIPT
DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
67
Cuba keluarkan dompet, beg tangan atau beg plastik pasar raya. Majoriti daripada kita akan menjumpai resit-resit pembelian dan pembayaran. Resit-resit ini merupakan dokumen perniagaan yang membolehkan kita mengesan perbelanjaan harian kita.
Dalam dunia perniagaan, dokumen perniagaan merupakan peringkat pertama dalam sesebuah kitaran perakaunan. Maklumat dalam dokumen perniagaan dijadikan asas untuk penyediaan akaun dalam peringkat yang berikutnya. Oleh itu, pengurusan dokumen perniagaan yang baik menjamin proses penyediaan akaun yang lebih lancar, tepat dan mampu mencerminkan keupayaan dan prestasi sebenar perniagaan.
Akauntan perlu memiliki kemahiran mengendalikan pelbagai dokumen perniagaan dan peniaga pula perlu bijak menggunakan dokumen perniagaan sebagai media komunikasi bertulis dengan peniaga yang lain.
3STANDARD KANDUNGAN
Dokumen Perniagaan
Dokumen Sumber
Dokumen Bukan Sumber
Modul
Kepelbagaian dokumen perniagaan
chap 3 new.indd 67 10/10/2016 12:25:50 PM
68
Murid boleh:• Menyatakan maksud dan
kepentingan dokumen perniagaan.
• Membezakan dokumen sumber dan dokumen bukan sumber dalam perniagaan.
• Menyediakan carta aliran dokumen antara pembeli dengan penjual mengikut urutan yang betul.
• Menghubungkaitkan aliran dokumen perniagaan bagi urus niaga secara tunai dan secara kredit.
STANDARD PEMBELAJARAN3.1 DOKUMEN PERNIAGAANPengenalan Dokumen perniagaan merupakan dokumen bertulis urus niaga yang digunakan sebagai alat komunikasi antara pembekal dengan pembeli.
Dengan kata lain, dokumen perniagaan ialah satu-satunya bukti bertulis yang menunjukkan sesuatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak.
Maklumat seperti tarikh, amaun dan butiran urus niaga tercatat dalam dokumen perniagaan dan diperlukan sebagai rujukan perekodan perakaunan.
Dokumen perniagaan perlu disimpan secara sistematik dan teratur kerana kepentingan yang berikut:
Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak.
Maklumat seperti tarikh urus niaga, amaun, butiran, syarat pembayaran dan diskaun niaga diperlukan untuk tujuan perekodan.
Berfungsi sebagai rujukan pada masa hadapan tentang sesuatu urus niaga.
Bahan bukti siasatan polis dan bahan bukti mahkamah jika berlaku sebarang kes penipuan dalam urus niaga.
Bahan bukti bagi taksiran cukai pendapatan.
Berikut merupakan dokumen-dokumen sumber: Bil tunai Resit Keratan cek Baucar pembayaran Baucar tunai runcit Slip daftar tunai Slip bank/Slip deposit cek Slip pindahan wang Slip transaksi perbankan elektronik Makluman debit Makluman kredit Memo Invois Nota debit Nota kredit Bil bayaran (kadar bayaran) Folio pelanggan
Daya Fikir
(a) Apakah yang akan terjadi kepada perekodan akaun jika tiada dokumen perniagaan?
(b) Apakah kepentingan dokumen perniagaan?
CELIK KEWANGAN
• Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu menyimpan semua bil tunai dan resit pembayaran. Sediakanlah rekod perbelanjaan secara konsisten. Hal ini untuk memastikan supaya kita tidak berbelanja secara berlebihan dan dapat menjimatkan wang.
• Setiap kali kita membuat pembelian secara atas talian dari luar negara, pastikan kita merekodkan kadar pertukaran mata wang asing pada masa pembelian. Hal ini kerana kadar pertukaran mata wang asing sentiasa berubah-ubah.
68
chap 3 new.indd 68 10/10/2016 12:25:50 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
69
Dokumen Perniagaan
Dokumen Sumber Dokumen Bukan Sumber
Dokumen Sumber
Dokumen perniagaan yang menjadi sumber maklumat bagi tujuan perekodan dalam perakaunan.
Sebagai contoh, invois, nota debit, nota kredit, bil tunai, resit rasmi, baucar pembayaran, keratan cek, slip bank, slip pindahan wang, slip transaksi perbankan elektronik, slip daftar tunai, memo, makluman debit dan makluman kredit.
Dokumen-dokumen ini mengandungi maklumat urus niaga yang diperlukan untuk perekodan.
Misalannya dalam resit rasmi, maklumat seperti tarikh, butiran pembayaran, amaun pembayaran, penerima pembayaran dan pembayar diperlukan oleh pengurus akaun untuk direkodkan dalam Buku Tunai.
Dokumen Bukan Sumber
Dokumen perniagaan yang menjadi rujukan bagi urus niaga yang akan dan telah direkodkan.
Terdapat beberapa jenis dokumen bukan sumber, seperti penyata akaun, penyata bank, nota serahan, nota belian, pesanan belian dan sebut harga.
INFO
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang pengenalan kepada dokumen, sila imbas QR Code berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=fpGr6s9kgmg
(Diakses pada 9 September 2016)
Beberapa dokumen bukan sumber seperti katalog dan senarai harga boleh berbentuk digital (tidak semestinya dalam bentuk bercetak). Laman web jualan seperti Amazon.com mempamerkan katalog atas talian.
TAHUKAH ANDA?
GERAK KERJA 1
Bina sebuah peta pemikiran i-Think untuk merumuskan kepentingan dokumen perniagaan.
• Dokumen seperti invois, nota debit, nota kredit dan resit rasmi mempunyai nombor dokumen.
• Dokumen salinan (menjual barang atau menerima bayaran) mempunyai nombor dokumen yang berturutan. Hal ini kerana dokumen salinan berasal daripada buku yang sama.Contohnya, buku resit.
• Dokumen asal (membeli atau membayar) tidak mempunyai nombor dokumen yang berturutan kerana dokumen ini diserahkan oleh pelbagai pembekal dan penerima bayaran.
TAHUKAH ANDA?
GERAK KERJA 2
Bentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang murid. Selepas itu, setiap ahli kumpulan membawa lima contoh dokumen perniagaan. Pada sesi pembelajaran berikutnya, laksanakan aktiviti berikut:
• Asingkan dokumen sumber dan dokumen bukan sumber.
• Bincangkan butiran urus niaga yang terkandung dalam setiap dokumen perniagaan.
• Bincangkan kepentingan dokumen berkenaan terhadap pembeli dan pembekal.
• Bentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
chap 3 new.indd 69 10/10/2016 12:25:51 PM
70
Carta Aliran Dokumen antara Pembeli dengan PembekalTerdapat dua jenis aliran dokumen antara pembeli dengan pembekal:
Aliran Dokumen bagi Urus Niaga secara Tunai
• Pembeli akan membuat pembayaran dengan tunai, cek, pindahan wang atau kad kredit.
• Pembekal akan menyerahkan bil tunai kepada pembeli.
• Setelah menerima bil tunai, pembeli perlu memeriksa sama ada semua butiran direkodkan dengan betul, iaitu tarikh, perkara (misalannya saiz dan kuantiti barang) dan amaun yang perlu dibayar.
Aliran Dokumen bagi Urus Niaga secara Kredit
• Urus niaga tunai merujuk kepada urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran wang, sama ada dalam bentuk tunai ataupun cek.
• Urus niaga kredit merujuk kepada urus niaga secara berhutang. Jual beli secara kredit bererti penjual akan menghantar barang terlebih dahulu sebelum pembeli membuat pembayaran.
TAHUKAH ANDA?
Daya Fikir
Terangkan secara ringkas aliran dokumen bagi urus niaga berikut:(a) Jual beli barang niaga
secara tunai.(b) Jual beli barang niaga
secara kredit.
Aliran dokumen antara pembekal dengan pembeli bagi urus niaga secara tunai.
Pembeli Pembekal
2. Bil tunai
1. Tunai/Cek/ Pindahan wang/
Kad kredit
Aliran dokumen antara pembekal dengan pembeli bagi urus niaga secara kredit.
3. Tunai/Cek/ Pindahan wang/
Kad kredit
Pembeli Pembekal
1. Invois
2. Nota debit/Nota kredit
4. Resit
• Invois akan dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli.
• Setelah menerima invois, pembeli perlu menyemak semua butiran iaitu tarikh, perkara (misalannya jenis dan kuantiti barang yang dipesan), amaun invois yang perlu dijelaskan, syarat serahan dan syarat pembayaran adalah betul.
Pembelian barang di pasar raya ialah contoh urus niaga
secara tunai.
CELIK KEWANGAN
Kad kredit memudahkan urusan pembayaran kerana pembeli tidak perlu membawa tunai yang banyak. Namun demikian, penggunaan kad kredit perlu dirancang dengan rapi kerana baki hutang kad kredit akan dikenakan faedah yang tinggi. Jika tidak, pembeli akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menjelaskan baki kad kredit.
chap 3 new.indd 70 10/10/2016 12:25:51 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
71
1 Dokumen perniagaan adalah penting dan perlu disimpan dengan rapi dan sistematik. Berikan tiga kepentingan dokumen perniagaan.
2 Nyatakan perbezaan kegunaan dokumen sumber dengan dokumen bukan sumber.
3 Berikan dua contoh dokumen bagi setiap yang berikut: (a) Dokumen sumber (b) Dokumen bukan sumber
4 Terangkan secara ringkas aliran dokumen bagi urus niaga secara kredit.
5 Lengkapkan carta aliran dokumen berikut bagi urus niaga secara kredit antara pembeli dengan pembekal:
Pembeli
Invois
PembekalTunai/Cek
6 Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
Aliran dokumen perniagaan merujuk kepada pergerakan dokumen perniagaan antara pembekal dengan pembeli. Dalam urus niaga secara kredit, apabila pembeli membuat pesanan barang, pembekal akan mengeluarkan (a) yang mengandungi butiran seperti amaun yang perlu dijelaskan, syarat serahan dan syarat pembayaran. Pembekal boleh membetulkan kesilapan dan ketinggalan dalam (b) dengan menggunakan (c) dan (d) . Setelah pembeli membuat bayaran untuk menjelaskan hutang, (e) akan dikeluarkan oleh pembekal sebagai bukti penerimaan bayaran.
LATIHAN MINDA 3.1
• Pembekal boleh membetulkan kesilapan atau ketinggalan dengan mengeluarkan nota debit atau nota kredit.
• Kemudian pembeli akan membuat bayaran untuk menjelaskan invois dengan tunai, cek, pindahan wang atau kad kredit.
• Setelah bayaran diterima, pembekal mengeluarkan resit kepada pembeli sebagai bukti pembayaran.
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
Pembekal melakukan pembetulan pada invois seperti berikut:• Jika invois terkurang caj,
nota debit dikeluarkan untuk menambah jumlah amaun dalam invois.
• Jika invois terlebih caj, nota kredit dikeluarkan untuk mengurangkan jumlah amaun dalam invois.
TIP
chap 3 new.indd 71 10/10/2016 12:25:51 PM
72
Bil Tunai Dokumen perniagaan bagi urus niaga jualan dan belian
dengan menggunakan tunai atau cek.
Disediakan dalam dua salinan. Bil tunai asal dihantar kepada pembeli manakala bil tunai salinan disimpan oleh pembekal sendiri.
BIL TUNAI Pemborong Stephen
No.2, Blok 23, Taman Cahaya, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-874 323
ASALNo: BT0801
Tarikh: 3 Jun 2016
Kepada:Kong EnterpriseJalan 5, Taman Sibuga,89740 Kuala Penyu, Sabah.
Bil Butir KuantitiHarga seunit
(RM)Jumlah
(RM)
1. Pemadam Jenama L 60 kotak 8.50 510
2.
3.
4.
5.
6.
JUMLAH 510
Ringgit: Lima ratus sepuluh sahaja
Tunai/No. Cek: CIMB1054784
––––––––––––––––––––– (Pengurus)
Resit Dikeluarkan oleh pembekal apabila tunai diterima.
Penerima bayaran akan menandatangani resit sebagai bukti bayaran telah diterima.
Disediakan dalam dua salinan. Resit rasmi asal diserahkan kepada pembuat bayaran manakala resit rasmi salinan disimpan oleh pembekal sendiri.
Murid boleh:• Menerangkan fungsi
dokumen sumber perniagaan.
• Memadankan dokumen sumber perniagaan dengan setiap urus niaga yang berkaitan.
• Melengkapkan maklumat penting dalam dokumen sumber perniagaan termasuk diskaun niaga dan diskaun tunai.
• Menerangkan fungsi dan menghitung diskaun niaga dan diskaun tunai.
STANDARD PEMBELAJARAN3.2 DOKUMEN SUMBER
Contoh bil tunai
BIL TUNAI: Dokumen sumber yang menunjukkan urus niaga jual beli secara tunai.
RESIT RASMI: Dokumen sumber yang menunjukkan bayaran telah diterima dengan amaun yang sebenar.
GLOSARI
Aziha
Daya Fikir
Terangkan fungsi resit rasmi.
chap 3 new.indd 72 10/10/2016 12:25:51 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
7373
RESIT RASMIHalimah TradingTkt. 2, Bangunan IKJ,89740 Kuala Penyu, Sabah.087-826 200
ASALNo: RR0891
Tarikh: 1 Jul 2016
Diterima daripada: Wong Berhad
Sebanyak: Lima ratus sahaja
Untuk bayaran: Sewa kedai bulan Jun 2016
RM500.00Tunai/No. Cek: MB786431
––––––––––––––––––––– (Pengurus)
Keratan Cek Bahagian cek yang disimpan oleh pembayar yang
mengandungi butiran tarikh cek, nama penerima, tujuan pembayaran, baki wang di bank dan amaun bayaran.
Tarikh: 17 Mac 2016
Penerima: TNG Berhad
Untuk: Menjelaskan invois
Baki akhir 2 300 00
Deposit 7 900 00
Jumlah 10 200 00
Cek ini 5 600 00
Baki 4 600 00
ABMB 246801
Contoh resit rasmi
Contoh keratan cek
KERATAN CEK: Bahagian cek yang tertinggal selepas cek diceraikan daripada buku cek dan mengandungi butiran pembayaran cek yang dibuat.
GLOSARI
Intan
CELIK KEWANGAN
Kebaikan membuat bayaran dengan menggunakan cek berbanding tunai.• Mudah dibawa dan mudah
disimpan.• Selamat kerana hanya
penama dalam cek sahaja dapat menunaikan cek.
• Tidak perlu membawa tunai di tangan yang banyak jika amaun bayaran adalah besar.
INFO
Beberapa fakta tentang cek:• Hanya pemegang akaun
semasa di bank sahaja diberikan kemudahan penggunaan cek.
• Tarikh yang ditulis pada cek dan keratan cek merupakan tarikh sah laku cek, iaitu tarikh cek itu boleh ditunaikan/didepositkan ke dalam akaun bank penerima.
• Setiap cek yang dikeluarkan boleh mempunyai tempoh sah laku tiga bulan atau enam bulan dari tarikh cek.
• Cek boleh dilipat dengan syarat lipatan itu tidak merosakkan tulisan dan cek tersebut.
1 Baki dalam akaun bank sebelum deposit dan cek ini dikeluarkan
2 Jumlah yang didepositkan ke akaun bank sebelum cek ini dikeluarkan
3 Baki terkini tambah amaun sebelum cek dikeluarkan
4 Amaun cek yang dibayar
5 Baki akhir wang di bank selepas cek ini dikeluarkan
6 Kod bank
7 Nombor cek
1
2
3
4
5
6 7
chap 3 new.indd 73 10/10/2016 12:25:52 PM
74
Baucar Pembayaran Dokumen dalaman yang dikeluarkan adalah untuk
merekodkan pembayaran yang dibuat oleh perniagaan itu sendiri dengan perakuan (tandatangan) penerima bayaran.
Pada kelazimannya, pembayaran gaji pekerja, pembayaran sewa premis kedai dan belanja lain yang tidak mempunyai dokumen akan menggunakan baucar pembayaran.
Penerima bayaran perlu menandatangani baucar pembayaran sebagai bukti wang telah diterima dan memastikan amaunnya adalah seperti yang direkodkan.
Baucar pembayaran disediakan dalam satu salinan untuk kegunaan dalaman sahaja.
BAUCAR PEMBAYARAN Pemborong Stephen
No.2, Blok 23, Taman Cahaya, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-874 323
No: 002
Kepada: Encik Samin bin Razak Tarikh: 31 Okt 2016
Tarikh Keterangan Jumlah (RM)
31 Okt 2016 Gaji Pekerja 800.00
Ringgit: Lapan ratus sahaja
Tunai/No. Cek:
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
Baucar Tunai Runcit Disediakan oleh juruwang runcit perniagaan sebagai
bukti bertulis bahawa perbelanjaan runcit telah dibuat. Belanja runcit merujuk kepada pembayaran tunai dalam amaun yang kecil.
Sebagai contoh, urusan pembayaran yang menggunakan baucar tunai runcit adalah seperti tambang teksi, membeli setem, membeli mangga pintu, membeli minuman dan membayar langganan surat khabar.
Akan difailkan oleh juruwang runcit dan diperiksa oleh ketua juruwang untuk mengesahkan rekod dalam buku tunai runcit adalah betul.
Contoh baucar pembayaran
AzihaAli
Daya Fikir
Berdasarkan urus niaga berikut, nyatakan sama ada baucar pembayaran atau baucar tunai runcit digunakan:(a) Membeli sebungkus serbuk
teh dan sebungkus serbuk kopi untuk kegunaan pejabat.
(b) Membeli 30 bungkus serbuk teh dan 30 bungkus serbuk kopi untuk simpanan inventori restoran.
BAUCAR PEMBAYARAN: Dokumen dalaman untuk menunjukkan suatu pembayaran telah dibuat dan diperakui dan ditandatangani oleh penerima.
BAUCAR TUNAI RUNCIT: Dokumen dalaman untuk menunjukkan pembayaran secara tunai runcit.
GLOSARI
INFO
• Dalam perniagaan, juruwang runcit ditugaskan untuk mengendalikan tunai runcit.
• Setiap kali tunai runcit dibayar, baucar tunai runcit yang dikeluarkan perlu difailkan dengan kemas dan teratur. Ketua juruwang akan memeriksa baucar tunai runcit dan baki tunai runcit untuk memastikan tiada penyelewengan dalam pembayaran tunai runcit.
chap 3 new.indd 74 10/10/2016 12:25:52 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
75
BAUCAR TUNAI RUNCIT Kedai Buku Tong Meng
No.5, Blok 23, Taman Cahaya, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-893 262
BTR002
Kepada:Encik Tan Yew Fat
Tarikh Keterangan Jumlah (RM)31 Okt 2016 Surat Khabar (langganan sebulan) 62.00
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
Slip Daftar Tunai Dokumen sumber yang paling kerap dijumpai.
Dikeluarkan daripada mesin daftar tunai sebagai bukti pelanggan sudah membuat pembayaran.
Digunakan di kedai makan, pasar raya, kedai buku, dan kedai runcit sebagai bukti belian pelanggan.
Perniagaan ini kebanyakannya dilengkapi dengan sistem POS (Point of Sales).
Sistem POS dengan sendirinya akan menyimpan data jualan dalam komputer, maka slip daftar tunai tidak perlu dicetak salinannya.
Contoh baucar tunai runcit
Contoh slip daftar tunai
ZuraTan Yew Fat
Slip Bank/Slip Deposit Cek Dokumen yang digunakan untuk mendepositkan tunai
di tangan ke dalam akaun bank.
Amaun tunai yang ingin didepositkan, nama pemegang akaun dan nombor akaun perlu diisi dengan jelas dan tepat.
SLIP DAFTAR TUNAI: Slip bayaran yang dikeluarkan daripada mesin daftar tunai.
GLOSARI
INFO
Pelaksanaan GST (goods and service tax) bermula 1 April 2015, penggunaan invois cukai (tax invoice) menggantikan penggunaan slip daftar tunai dan bil tunai di sesetengah kedai. Hal ini kerana invois cukai memberikan maklumat pecahan bayaran untuk barangan/perkhidmatan dan GST dengan jelas. Invois cukai membolehkan pengguna mengetahui jumlah bayaran untuk barangan/perkhidmatan dan jumlah GST yang dibayar.
Mesin daftar tunai
PASAR RAYA MARMUT(Putatan)
01-003-003-0123-m
Buku Baucar 3304 2 2.00 4.00Pensil Warna 9106 1 3.00 3.00Buku Nota 3433
25-10-2016 13:45:33
TERIMA KASIH
HO W.K.
5 3.00 15.00
Jumlah RM 22.00Tunai RM 30.00Baki RM 8.00
LOT P.T. 33198, BATU 4JALAN KAPAR, MUKIN KAPAR
42100 KLANG, SELANGOR1342-TMN MUTIARA SUBANG
GST ID. NO: 000181747712
INVOICE NO: 17584/103/10016
10: 14AM
GST Sumaary
s = 6% 16.80 1.00
Amount(RM)
Thank You. Please come againKeep the invoice for applicable returns
Tax(RM)
559361 21-02-16
525 NESCAFE ORIGINAL CAN (5
Total Sales (Inclusive GST) RM 17. 80
RM 50. 00CASH
RM 32. 20CHANGE
02 X RM 8.90
RM 17.80 s
PASAR RAYA MARMUT(Putatan)
01-003-003-0123-m
Buku Baucar 3304 2 2.00 4.00Pensil Warna 9106 1 3.00 3.00Buku Nota 3433
25-10-2016 13:45:33
TERIMA KASIH
HO W.K.
5 3.00 15.00
Jumlah RM 22.00Tunai RM 30.00Baki RM 8.00
LOT P.T. 33198, BATU 4JALAN KAPAR, MUKIN KAPAR
42100 KLANG, SELANGOR1342-TMN MUTIARA SUBANG
GST ID. NO: 000181747712
INVOICE NO: 17584/103/10016
10: 14AM
GST Sumaary
s = 6% 16.80 1.00
Amount(RM)
Thank You. Please come againKeep the invoice for applicable returns
Tax(RM)
559361 21-02-16
525 NESCAFE ORIGINAL CAN (5
Total Sales (Inclusive GST) RM 17. 80
RM 50. 00CASH
RM 32. 20CHANGE
02 X RM 8.90
RM 17.80 s
chap 3 new.indd 75 10/10/2016 12:25:52 PM
76
BANK RAKYAT
DATE : 28/06/2016ATM ID : 0641
TRANS TYPE : CASH WITHDRAWALAMOUNT : 300.00
RESP CODE : 3010-[ A/C NOT FOUND ]
TRANS STATUS : REJECTED
FUNDS AVAIL :A/C BAL :
TRACE NO : 888326TIME : 09:55
[ Your data privacy is important tous. Please view our Privacy Noticeat www.bankrakyat.com.my for details. ]
SLIP TRAN
SACTIO
NSLIP TR
ANSAKSI
SLIP TRAN
SAKSISLIP TR
ANSAC
TION
Contoh slip bank
Setiap bank mempunyai format slip bank yang berbeza tetapi maklumat yang perlu diisi adalah sama.
Slip bank asal akan disimpan oleh pihak bank sendiri manakala slip bank salinan akan diserahkan kepada pendeposit.
Daya Fikir
Apakah kegunaan slip bank dan slip pindahan wang?
SLIP BANK: Dokumen yang perlu disertakan semasa mendepositkan wang ke dalam bank.
SLIP PINDAHAN WANG: Dokumen yang digunakan untuk memindahkan wang kepada pihak ketiga.
GLOSARI
Slip Pindahan Wang Digunakan untuk membuat pindahan wang kepada
pihak ketiga, sama ada dalam atau ke luar negara.
Pengirim wang akan mengisi borang pindahan wang dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawai bank.
Pindahan wang ke luar negara akan dikenakan caj perkhidmatan.
Slip Transaksi Perbankan Elektronik Dokumen yang diperoleh apabila transaksi
pembayaran dibuat dengan mesin ATM (pindahan wang, bayaran dan pengeluaran tunai) dan transaksi deposit dengan menggunakan mesin deposit cek atau mesin deposit tunai.
Transaksi perbankan elektronik dilakukan secara layan diri oleh pengguna perkhidmatan ini.
Selepas transaksi selesai, mesin akan mencetak slip transaksi perbankan elektronik sebagai bukti transaksi.
Slip ini mengandungi maklumat penting seperti tarikh transaksi, amaun, butiran, nombor akaun dan paparan dokumen (bagi mesin deposit cek).
SLIP TRANSAKSI PERBANKAN ELEKTRONIK: Bukti bahawa transaksi antara pelanggan dengan bank telah berjaya dilakukan melalui kemudahan transaksi perbankan elektronik.
GLOSARI
Contoh slip transaksi menggunakan mesin ATM
BORANG SIMPANAN / BAYARANDEPOSIT / PAYMENT FORM
Ringgit Malaysia:Sila Tanda ( ) di ruang berkenaan / Please tick ( ) in relevant box.
Akaun Simpanan /Saving Account
Pembiayaan /Financing
Kad KreditCredit Card
Lain-lain /Others
1. SILA GUNAKAN SLIP BERASINGAN BAGI SETIAP SIMPANAN / BAYARAN / PLEASE USE SEPARATE SLIP FOR EACH DEPOSIT / PAYMENT.
Resit ini hanya diakui sah selepas dicetak oleh mesin Bank atau ditandatangani oleh penandatangan berkuasa. / This receipt is only valid if signed by authorised personnel or machine validated.
Wang Tunai / Cash Only
JUMLAH BERSIH / NET TOTAL
RU
AN
GC
ETA
KA
NK
OM
PU
TER
Nama / Name : No. Telefon / Telephone No. :
DEP 505
Salinan BankBank’s CopyNO. AKAUN / ACCOUNT NO.
RM SEN
3. SILA TULIS NO. AKAUN DAN NO. TELEFON DI BELAKANG TIAP TIAP CEK / PLEASE WRITE YOUR ACCOUNT NO. AND TELEPHONE NO. AT THE BACK OF EACH CHEQUE.
Cek-cek hanya diterima untuk pungutan /Cheque are accepted for collection 0nly.
2. SEGALA PEMBAYARAN YANG DIBUAT DITERIMA TANPA PRASANGKA TERHADAP APA-APA TINDAKAN UNDANG-UNDANG / ALL PAYMENTS ACCEPTED ARE WITHOUT PREJUDICE AGAINST ANY LEGAL ACTION.
BANK NO. CEKCHEQUE NO.
TEMPATPLACE
KOMISENCOMMISSION
chap 3 new.indd 76 10/10/2016 12:25:53 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
77
MAKLUMAN DEBIT: Makluman daripada pihak bank bahawa baki tunai di bank pemegang akaun telah berkurang.
GLOSARI
Contoh transaksi perbankan elektronik menggunakan mesin ATM
Contoh slip transaksi menggunakan mesin
deposit tunai
INFO
Teknologi perbankan atas talian merupakan satu kaedah perbankan elektronik yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna. Apabila pengguna melakukan urusan pembelian atau pembayaran secara atas talian, resit akan dikirim kepada mereka melalui e-mel. Resit ini boleh dicetak dan disimpan sebagai bukti pembayaran.
Urus Niaga atas Talian Satu lagi perbankan elektronik yang popular di
Malaysia ialah perbankan atas talian (online banking) dan jual beli secara atas talian.
Bank perdagangan menyediakan platform perbankan atas talian untuk memudahkan pelanggan melakukan urusan perbankan dengan telefon pintar dan komputer. Sebagai contoh, urusan yang boleh dilakukan adalah seperti memindahkan dana ke dalam akaun pihak ketiga, membayar bil dan membayar kad kredit serta menyemak baki tunai di bank.
Jual beli secara atas talian semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna di Malaysia. Sebagai contoh, tempahan tiket kapal terbang dan jual beli barangan melalui laman jualan.
Makluman Debit Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada
pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank telah didebitkan.
Apabila akaun bank didebitkan, tunai di bank akaun pelanggan akan berkurangan. Sebagai contoh, caj bank yang meliputi caj pembaharuan kad ATM dan pembayaran atas arahan tetap pelanggan.
Contoh pemindahan wang ke dalam akaun pihak ketiga
chap 3 new.indd 77 10/10/2016 12:25:53 PM
78
Propfit Bank Berhad
Makluman Debit
Kepada:Ramli Bin Samad
No Akaun:789000100234
Tarikh:23 Sept 2016
Akaun anda telah didebitkan seperti berikut:
Butir Jumlah (RM)Bayaran ansuran pinjaman kenderaan 800
Ringgit: Lapan ratus sahaja
––––––––––––––––––– (Pengurus)
Makluman Kredit Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada
pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank telah dikreditkan.
Apabila akaun bank dikreditkan, tunai di bank akaun pelanggan akan bertambah. Sebagai contoh, pembayaran dividen dan pindahan kredit.
Propfit Bank Berhad
Makluman Kredit
Kepada:Ramli Bin Samad
No Akaun:789000100234
Tarikh:23 Sept 2016
Akaun anda telah dikreditkan seperti berikut:
Butir Jumlah (RM)Dividen – Syarikat Omh Berhad 4 600
Ringgit: Empat ribu enam ratus sahaja
––––––––––––––––––– (Pengurus)
Memo Dokumen dalaman yang dikeluarkan oleh pemilik
perniagaan untuk memaklumkan perniagaan tentang suatu urus niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan. Sebagai contoh, ambilan, modal tambahan dan catatan pembukaan.
Hanya disediakan dalam satu salinan sahaja.
Untuk mengelakkan risiko berlakunya penyelewengan, sesebuah perniagaan hanya menurunkan kuasa kepada jawatan tertentu sahaja untuk mengeluarkan memo.
Contoh makluman debit
Contoh makluman kredit
Melvin
Melvin
Adakah hubungan antara bank dengan pemegang akaun bagaikan Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar? Pemegang akaun menyimpan wang di bank dan pihak bank akan menjaga keselamatan simpanan wang tersebut. Wang simpanan itu dimiliki oleh pemegang akaun, bukannya dimiliki oleh bank. Pihak bank perlu mengembalikan wang simpanan tersebut jika dituntut oleh pemegang akaun. Jadi, wang simpanan pemegang akaun merupakan liabiliti kepada pihak bank. Makluman debit dikeluarkan apabila tunai di bank berkurang kerana liabiliti bank telah berkurangan (liabiliti berkurang jika didebitkan); makluman kredit dikeluarkan apabila tunai di bank bertambah kerana liabiliti bank telah bertambah (liabiliti bertambah jika dikreditkan).
TAHUKAH ANDA?
MAKLUMAN KREDIT: Makluman daripada pihak bank bahawa baki tunai di bank pemegang akaun telah bertambah.
MEMO: Dokumen yang digunakan oleh pemilik perniagaan sebagai pengganti kepada ketiadaan dokumen sokongan.
GLOSARI
Kegunaan memo tidak terhad untuk perakaunan sahaja. Memo juga digunakan untuk panggilan perjumpaan, pembatalan perjumpaan dan peringatan. Hanya memo yang berkaitan dengan perakaunan sahaja perlu disimpan untuk tujuan perekodan.
TAHUKAH ANDA?
chap 3 new.indd 78 10/10/2016 12:25:54 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
79
Contoh memo
MEMOSHANE FURNITURE
Blok 4, Jalan Taman Ru, 89740 Kuala Penyu, Sabah.087-814 552
Kepada: Pengurus AkaunDaripada: Marry Jean Jebitan (Pemilik)Tarikh: 2 Ogos 2016
PerkaraMengambil sebuah kerusi plastik berharga RM25 untuk kegunaan keluarga.
––––––––––––––––––– (Pemilik)
Invois Dokumen perniagaan yang digunakan ketika pembeli
membeli barangan secara kredit. Invois dihantar kepada pelanggan adalah untuk
memaklumkannya tentang amaun yang perlu dijelaskan. Disediakan dalam dua salinan. Invois asal diserahkan
kepada pelanggan manakala invois salinan disimpan oleh pembekal.
'Syarat Angkutan Dibayar' dalam invois bermaksud kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembekal.
ASAL INVOIS Kedai Hollysius
No.5, Jalan Cahaya, Taman Salleh, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-892 676
No. dokumen: INV50117Tarikh: 5 Ogos 2016
Kepada:Olympus EnterpriseNo.7, Jalan Permata, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM)1. Telefon Pintar Y 2 200 1 2 200
2 200
Tolak Diskaun Niaga 10% 220JUMLAH 1 980
Ringgit: Satu ribu sembilan ratus lapan puluh sahaja
Syarat: 10% 7 hariSerahan: Angkutan dibayarK. & K. di K.
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
Marry
INVOIS: Dokumen sumber yang menunjukkan urus niaga kredit telah berlaku.
GLOSARI
Contoh invois
AmileyaAhmad
Contoh urus niaga yang menggunakan memo:• Pemilik membawa masuk
aset ke dalam perniagaan.• Pemilik membuat ambilan
daripada aset perniagaan.• Perniagaan mengeluarkan
barang niaga untuk tujuan promosi.
• Akaun Belum Terima dihapus kira sebagai hutang lapuk.
TIP
INFO
• Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang cara menghasilkan invois, sila imbas QR Code berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=32bdv3VzirM
(Diakses pada 9 September 2016)
• K. & K. di K. merupakan singkatan kepada 'Kesilapan dan Ketinggalan diKecualikan'. Syarat ini membolehkan pembekal membuat pembetulan ke atas invois yang silap, sama ada kesilapan terlebih caj atau kesilapan terkurang caj.
chap 3 new.indd 79 10/10/2016 12:25:54 PM
80
Nota Debit Dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki
hutangnya telah bertambah.
Digunakan semasa: • Butiran tertinggal rekod dalam invois. • Pelanggan dikenakan caj tambahan kerana meminta
menukar ganti barang. • Faedah dikenakan atas pelanggan kerana lewat
menjelaskan invois. • Jumlah dalam invois terkurang nyata. • Bayaran tambahan dikenakan kerana pelanggan
tidak memulangkan bekas kosong.
Disediakan dalam dua salinan. Nota debit asal dihantar kepada pembeli dan salinan disimpan oleh pembekal.
ASAL NOTA DEBIT Kedai Elektrik KWF
Lot 5, Jalan 5, Taman Sinar Daya, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-844 918
No.: ND33240Tarikh: 1 Ogos 2016
Kepada:Seung KeungTaman Emas,89740 Kuala Penyu, Sabah.
Akaun tuan/puan telah didebitkan seperti berikut:
Butiran Jumlah (RM)Caj ke atas bekas kosong yang tidak dipulangkan 45
Ringgit: Empat puluh lima sahaja
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
Nota Kredit Dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki
hutangnya telah berkurangan.
Digunakan semasa: • Pembeli memulangkan barangan kerana salah
jenama, rosak atau tidak sama model dengan barang yang dipesan.
• Pembeli mengembalikan bekas kosong seperti tin dan kotak kepada pembekal.
• Kuantiti barangan yang diterima adalah kurang daripada kuantiti yang dipesan.
• Invois pembeli terlebih nyata.
Contoh nota debit
MasturaSeuang Keung
Daya Fikir
1 (a) Berikan sebab-sebab mengapa nota debit perlu dikeluarkan.
(b) Berikan tiga situasi yang menggunakan nota debit.
2 Tentukan sama ada nota debit atau nota kredit perlu dikeluarkan oleh pembekal dalam situasi berikut:
(a) Pak Chin memulangkan tin kosong minuman soya kepada pembekal.
(b) Kedai Suresh dikenakan caj angkutan oleh penjual.
(c) Restoran Burger Sedap dikenakan faedah oleh Pembekal Roti Wangi kerana lewat menjelaskan invois.
(d) Dua buah kipas meja dikembalikan kepada pembekal kerana rosak.
NOTA DEBIT: Invois tambahan yang digunakan untuk menambahkan baki hutang dalam invois.
NOTA KREDIT: Dokumen yang digunakan untuk mengurangkan baki hutang dalam invois.
GLOSARI
chap 3 new.indd 80 10/10/2016 12:25:54 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
81
ASAL NOTA KREDIT Kedai Ali
Blok 1, Lorong 3, Taman Tiga, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-842 454
No.: NK00709Tarikh:12 Jun 2016
Kepada:Kedai CitraJalan 4, Tama Delima,89740 Kuala Penyu, Sabah.
Akaun tuan/puan telah dikreditkan seperti berikut:
Bil Butiran KuantitiHarga seunit
(RM)Jumlah
(RM)1. Kasut Jenama K 12 35.00 420.002.
Tolak Diskaun Niaga 10% 42.00JUMLAH 378.00
Ringgit: Tiga ratus tujuh puluh lapan sahaja
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
Bil Bayaran (Kadar Bayaran) Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan
(elektrik, air dan telefon) kepada peniaga tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan atas perkhidmatan yang digunakan.
Contoh nota kredit
ZuriahAlisya
Daya Fikir
1 Beri tiga situasi yang menggunakan nota kredit.
2 Puan Nelly telah membeli 20 pasang kasut sukan berharga RM230 sepasang secara kredit daripada Pembekal Kasut Tung. Diskaun niaga ialah 10%. Dua hari kemudian, Puan Nelly mengembalikan 2 pasang kasut kerana salah jenama. Hitung jumlah wang yang perlu dijelaskan oleh Puan Nelly.
BIL BAYARAN: Makluman kepada pelanggan tentang bayaran utiliti atau telekomunikasi yang perlu dijelaskan.
GLOSARI
Contoh bil bayaran telefon
Pembekal perlu mengambil kira diskaun niaga ketika mengeluarkan nota kredit jika pembeli memulangkan barang.
TIP
INFO
Sesetengah bil kadar bayaran boleh dijelaskan melalui kiosk pembayaran yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan dan pembayaran atas talian.
chap 3 new.indd 81 10/10/2016 12:25:55 PM
8282
Folio Pelanggan Satu dokumen yang menyenaraikan perkhidmatan
yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran pelanggan.
Disediakan dalam sektor perkhidmatan seperti sektor perhotelan, perkhidmatan pos dan kurier, hospital dan firma guaman.
FOLIO PELANGGAN: Dokumen yang menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran yang berkenaan.
GLOSARI
Daya Fikir
Apakah kegunaan folio pelanggan kepada perniagaan?
INFO
Untuk mengetahui tentang perbezaan antara invois dengan folio pelanggan dalam perkhidmatan perhotelan, sila imbas QR Code berikut:
(http://travel.stackexchange.com/questions/38785/what-is-the-difference-between-folio-and-invoice-in-hotel-management)
Disediakan dalam dua salinan. Dokumen asal akan diserahkan kepada pelanggan ketika pembayaran dibuat dan dokumen salinan disimpan oleh pihak berkenaan.
Berfungsi sebagai resit dan menjadi bukti pembayaran oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang dikenakan caj.
Urus Niaga dan Dokumen SumberSetiap dokumen sumber mempunyai fungsi yang berbeza maka peniaga perlu mengeluarkan dokumen sumber yang betul dan sesuai dengan urus niaga yang terlibat.
Contoh folio pelanggan dalam perkhidmatan pos dan kurier.
Nota KirimanDomestik Pos LajuDomestic Pos Laju Consignment Note
*WAJIB DIISI MENGGUNAKAN PEN DAKWAT KERING HITAM ATAU BIRU SAHAJA
1 Pengirim (Sender)
2 Penerima (Receiver)
3 4Keterangan Kandungan (Description of Content) Pengakuan (Declaration)
Nama (Name)*
Nilai (Value)- RM*Item* Saya mengaku bahawa semua maklumatyang diberi adalah benar dan bersetujumenerima Terma & Syarat perkhidmatanPos Laju(I hereby certify that all information provided byme is true and I agreed to accept Pos Lajuservices Terms & Conditions.)
No*
Nama & Alamat (Name & Address)*
Bandar (City)*
Negeri (State)*
Tel/Emel (Tel/Email)*
Poskod Penerima(Receiver Postcode)*
Alamat (Address)*
Teka
n ku
at s
emas
a m
enul
isC
opyr
ight
@ P
os L
aju
2016
(who
lly o
wne
d by
Pos
Mal
aysi
a B
hd)
MFG
DAT
E J
uly
2015
Pos
PL1
A P
in.3
1/2
013
(Salinan Pengirim)
Bandar (City)* Negeri (State)*
Poskod (Postcode)* Tel/Emel (Tel/Email)*
Tandatangan (Signature)*
Pejabat Asal (Origin Office)
Pejabat Tuju/Destinasi (Destination Office)
Tarikh(Date)*
Insuran (Insurance)*
Kastam (Customs)*Nilai Insuran (Insured Value)Ya (Yes)
Kod Tarif (Tariff Code)
Nilai diisytihar untuk Kastam(Declared Value for Customs)
(Sila kosongkan ruangan ini)
Sila gunakan nombor di bawah untuk menyemak status kiriman menerusi laman web Pos Laju diwww.poslaju.com.my atau hubungi (Pos Laju) di 1-300-300-300
EH 22 571 846 4MYSRI WAHYU BINTI MOHD ZAIN
POS 13,
1. BUKU _
BATU 12, SENGGARANG
BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM
8 3 2 0 0
K R E A T I F
S E K S Y E N 2 6
K E M B A R A S D N B H D
4 0 J A L A B A G A N IN R AN
SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSAN
03 - 5192 9822
4 0 4 0 0
chap 3 new.indd 82 10/10/2016 12:25:55 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
83
Berikut merupakan padanan urus niaga dengan dokumen:
Urus niaga Dokumen Aliran dokumen
Jualan tunai Bil tunai (salinan) Penjual → Pembeli
Jualan barang niaga secara kredit Invois (salinan)
Penjual → Pembeli
• Pulangan barang niaga daripada pelanggan (pulangan jualan/pulangan masuk)
• Invois terlebih caj
Nota kredit (salinan)
Invois terkurang caj Nota debit (salinan)
Belian tunai Bil tunai (asal) Penjual → Pembeli
Belian barang niaga secara kredit Invois (asal)
Penjual → Pembeli
• Pulangan barang niaga kepada penjual (pulangan belian/pulangan keluar)
• Invois terlebih caj
Nota kredit (asal)
Invois terkurang caj Nota debit (asal)
Kos belian (angkutan masuk/insurans atas belian/upah atas belian/duti import)
Nota debit (asal)
Bayaran tunai/cek daripada Akaun Belum Terima untuk menjelaskan invois
Resit rasmi (salinan)
Penerima → PembayarTerima sewa/komisen/hasil lain (secara tunai atau cek)
Resit rasmi (salinan)
Terima dividen/pindahan kredit (dibankkan terus ke akaun perniagaan oleh pembayar)
Makluman kredit
Bank → Penerima (Pemilik akaun)
Bayar sewa/gaji/upah/belanja lain yang tiada resit
Baucar pembayaran –
Keratan cek (jika dibayar dengan cek)
–
chap 3 new.indd 83 10/10/2016 12:25:55 PM
84
Urus niaga Dokumen Aliran dokumen
Bayar insurans/kadar bayaran/belanja lain yang ada resit daripada penerima
Resit rasmi (asal) Penerima → Pembayar
Keratan cek (jika dibayar dengan cek)
–
Caj bank/buku cek/faedah overdraf/faedah pinjaman
Makluman debit
Bank → Penerima (Pemilik akaun)
Beli aset bukan semasa secara tunai (bayar dengan tunai atau cek)
Bil tunai (asal) Pembekal → Pembeli
Keratan cek (jika dibayar dengan cek)
–
Beli aset bukan semasa secara kredit Invois (asal) Pembekal → Pembeli
Bawa masuk aset bukan semasa peribadi pemilik ke dalam perniagaan/sumbangan modal luar
Memo –
Ambilan tunai di tangan Memo
–Ambilan tunai di bank Memo/
Keratan cek
Ambilan barang niaga Memo
Ambilan aset bukan semasa Memo
Tunai di tangan didepositkan (disimpan) ke dalam bank Slip bank
Bank → Pemilik akaun
Tunai di bank ditunaikan untuk kegunaan kedai
Slip bank
Keratan cek –
chap 3 new.indd 84 10/10/2016 12:25:55 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
85
CONTOH 2
Perniagaan Murni menawarkan 20% diskaun niaga bagi pembelian cat yang melebihi 60 tin. Harga jualan cat ialah sebanyak RM15 setin. Encik Musi membeli sebanyak 60 tin cat itu secara kredit. Hitung: (a) jumlah diskaun niaga,(b) harga invois.
Penyelesaian(a) Harga asal = RM15 × 60 tin = RM900 Diskaun niaga = RM900 × 20% = RM180
(b) Harga invois = Harga asal – Diskaun niaga = RM900 – RM180 = RM720
CONTOH 1
Pemborong Minuman Cool menawarkan diskaun niaga sebanyak 10% atas pembelian melebihi 50 karton dan 15% atas pembelian melebihi 100 karton. Harga borong sekarton minuman ialah sebanyak RM25. Hitung diskaun niaga yang diberikan kepada setiap pelanggan berikut:(a) Puan Priscilla membeli 48 karton minuman.(b) Kedai Makan Ganesan membeli 76 karton minuman.(c) Pasar Raya Morand membeli 150 karton minuman.
Penyelesaian(a) Tidak layak diberi diskaun niaga kerana tidak memenuhi syarat diskaun niaga.
(b) Jumlah harga asal bagi 76 karton minuman = RM25 × 76 karton = RM1 900 Layak diberi diskaun niaga 10% kerana pembelian melebihi 50 karton Diskaun niaga = RM1 900 × 10% = RM190
(c) Jumlah harga asal bagi 150 karton minuman = RM25 × 150 karton = RM3 750 Layak diberi diskaun niaga 15% kerana pembelian melebihi 100 karton Diskaun niaga = RM3 750 × 15% = RM562.50
ASAL INVOIS Kedai Hollysius
Jalan Cahaya, Taman Salleh, 89740 Kuala Penyu.
087-892 676
No. invois: INV50117Tarikh: 5 Ogos 2016
Kepada:Olympus EnterpriseNo.7, Jalan Permata, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM)
1. Telefon Pintar Y 2 200 1 2 200
2 200
Tolak Diskaun Niaga 10% 220
JUMLAH 1 980
Ringgit: Satu ribu sembilan ratus lapan puluh sahaja
Syarat: 10% 7 hariK. & K. di K.
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
Contoh diskaun niaga
Diskaun Niaga Potongan harga senarai barangan yang diberikan oleh
pembekal pada masa belian dibuat.
Tujuan diskaun niaga diberikan adalah untuk menggalakkan pembelian secara pukal kerana semakin banyak barangan yang dibeli, semakin tinggi diskaun niaga yang dinikmati oleh pembeli.
Kebiasaannya diskaun niaga dinyatakan dalam invois.
Sesetengah pembekal memberikan diskaun niaga berdasarkan volum jualan (kuantiti) barang. Ada juga pembekal yang memberikan diskaun niaga berdasarkan jumlah harga barangan.
ZuriahAlisya
chap 3 new.indd 85 10/10/2016 12:25:56 PM
86
Diskaun Tunai Potongan harga daripada harga invois yang diberikan
oleh pembekal.
Diskaun tunai diberikan adalah untuk menggalakkan pembayaran invois pada kadar segera.
Semakin awal bayaran invois dibuat semakin banyak jumlah diskaun tunai yang diterima mengikut terma syarat pembayaran.
ASAL INVOIS Kedai Hollysius
No.5, Jalan Cahaya, Taman Salleh, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-892 676
No. dokumen: INV50117Tarikh: 5 Ogos 2016
Kepada:Olympus EnterpriseNo.7, Jalan Permata, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM)
1. Bateri Lite-on 45 20 900
900
Tolak Diskaun Niaga 10% 90
JUMLAH 810
Ringgit: Lapan ratus sepuluh sahaja
Syarat pembayaran: 10% 14 hari, 5% 30 hariK. & K. di K.
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
Syarat pembayaran di dalam invois merupakan syarat pemberian diskaun tunai.
• ‘10% 14 hari’ bermaksud jika invois dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois, maka diskaun tunai sebanyak 10% akan diberikan.
• ‘5% 30 hari’ bermaksud jika invois dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois, maka diskaun tunai sebanyak 5% akan diberikan.
• Jika invois dijelaskan selepas 30 hari, maka tiada diskaun tunai diberikan kepada pelanggan.
DISKAUN NIAGA: Potongan harga senarai untuk menggalakkan pembelian secara pukal.
DISKAUN TUNAI: Potongan harga invois untuk menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.
GLOSARI
DamienHisyam
CELIK KEWANGAN
Walaupun diskaun memberikan penjimatan dalam pembelian tetapi kita haruslah rasional dan tidak terpengaruh dengan potongan harga hingga membeli tanpa kawalan. Jika tidak, pembaziran wang akan berlaku.
Daya Fikir
Puan Aisyah membeli beberapa gulung kain bernilai RM2 500 daripada pemborong kain Seri Gading pada 1 Jan 2016 untuk butik pakaiannya. Pemborong tersebut menawarkan diskaun tunai 5% 10 hari dan 2% 15 hari. Kira jumlah yang perlu dibayar sekiranya Puan Aisyah membayar pada 11 Jan 2016.
INFO
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang diskaun tunai, sila imbas QR Code berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=yc5l7Idec68
(Diakses pada 9 September 2016)
Contoh invois yang mempunyai terma syarat pembayaran.
chap 3 new.indd 86 10/10/2016 12:25:56 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
87
1 Nyatakan dokumen perniagaan yang terlibat dalam setiap urus niaga berikut:
Urus Niaga Dokumen
(a) Beli barang niaga secara kredit.
(b) Beli aset bukan semasa secara kredit.
(c) Beli barang niaga dengan tunai.
(d) Beli barang niaga dengan cek.
(e) Jual barang niaga secara kredit.
(f) Jual aset bukan semasa secara kredit.
(g) Terima komisen jualan secara tunai.
(h) Bayar bil elektrik dengan cek.
(i) Bawa masuk kipas ke dalam perniagaan.
(j) Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga.
(k) Deposit tunai ke dalam bank.
(l) Keluarkan tunai dari bank untuk kegunaan kedai.
2
Berdasarkan nota debit di atas: (a) Siapakah pihak yang menyediakan nota debit tersebut? (b) Mengapakah nota debit ini dikeluarkan?
ASAL NOTA DEBIT Kedai Tekekomunikasi NEL
Lot 5, Jalan 5, Taman Sinar Daya, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-844 525
No.: ND22673Tarikh: 11 Jun 2016
Kepada:Amran Aziz54, Taman Bunga Raya,89740 Kuala Penyu, Sabah.Akaun tuan/puan telah didebitkan seperti berikut:
Butiran Jumlah (RM)
Menukar telefon bimbit A yang berharga RM800 kepada telefon bimbit B yang berharga RM880.
80
Ringgit: Lapan puluh sahaja
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
ChongAmran
LATIHAN MINDA 3.2
chap 3 new.indd 87 10/10/2016 12:25:56 PM
88
Murid boleh:• Menerangkan maksud
dokumen bukan sumber perniagaan.
• Menerangkan secara ringkas fungsi dokumen bukan sumber perniagaan.
STANDARD PEMBELAJARAN3.3 DOKUMEN BUKAN SUMBERDokumen bukan sumber berfungsi sebagai dokumen sokongan yang menjadi rujukan bagi urus niaga yang telah berlaku.
Dokumen Bukan Sumber
Penyata Akaun Penyata Bank
Penyata Akaun
Penyata yang dikeluarkan oleh pembekal kepada pelanggannya sebagai peringatan tentang jualan, bayaran dan baki yang belum dijelaskan.
Dalam penyata akaun, nombor invois yang masih tertunggak dinyatakan bersama-sama jumlah bakinya. Syarat pembayaran juga dinyatakan dengan jelas.
Pada kelazimannya, jika semua invois telah dijelaskan, maka penyata akaun tidak akan dikeluarkan kepada pelanggan.
Penyata Bank
Penyata bulanan yang menyenaraikan semua urus niaga yang dibuat melalui bank.
Dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun.
Maklumat yang terkandung dalam Penyata Bank adalah seperti baki awal tunai di bank, senarai urus niaga yang akaun didebitkan, senarai urus niaga yang akaun dikreditkan dan baki tunai di bank pada akhir bulan.
Setelah menerima Penyata Bank, peniaga perlu menyemak semua urus niaga dalam Penyata Bank dengan catatan akaun bank dalam Buku Tunai.
Baki akhir Buku Tunai hendaklah sama dengan baki akhir Penyata Bank.
Sekiranya baki akhir Buku Tunai tidak sama dengan baki akhir Penyata Bank, maka baki-baki ini perlu diselaraskan dengan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
PENYATA AKAUN: Penyata yang memaklumkan peniaga tentang baki hutang yang masih tertunggak.
PENYATA BANK: Penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun.
PENYATA PENYESUAIAN BANK: Penyata yang disediakan oleh peniaga untuk menyelesaikan baki Penyata Bank dengan baki Buku Tunai.
GLOSARI
Daya Fikir
Nyatakan butir-butir penting yang perlu ada dalam penyata akaun.
Bezakan fungsi penyata akaun dengan fungsi Penyata Bank.
LATIHAN MINDA 3.3
chap 3 new.indd 88 10/10/2016 12:25:56 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
89
Dokumen Sumber
Hasilkan pelbagai templat dokumen sumber dengan menggunakan Microsoft Word atau Microsoft Excel.
Langkah-langkah:
1 Agihkan murid kepada beberapa kumpulan (Cadangan: 2 orang setiap kumpulan).
2 Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu templat dokumen sumber, misalannya invois, nota kredit, resit rasmi dan baucar pembayaran.
3 Setiap kumpulan boleh melakukan pencarian tutorial tentang cara menghasilkan templat dokumen di Internet.
4 Cetak dan pamerkan hasil kerja setiap kumpulan pada sudut mata pelajaran dalam kelas.
Contoh:
ASAL NOTA KREDIT
No. dokumen: Tarikh:
Kepada:
Akaun tuan/puan telah dikreditkan seperti berikut:
Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM)
Tolak Diskaun Niaga JUMLAH
Ringgit:
–––––––––––––– –––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
AKT
IVIT
I PEN
GAY
AA
N
chap 3 new.indd 89 10/10/2016 12:25:56 PM
9090
DOKUMEN SUMBER PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
Kegunaan dokumen perniagaan •Buktibertulisbahawasuatuurusniagatelahberlaku. •Rujukanketikamembuatperekodan. •Berfungsisebagairujukanpadamasahadapan.
Dokumen perniagaan •Dokumensumber–dokumenyangmenjadirujukanutamabagi
perekodankedalamBukuCatatanPertama. •Dokumenbukansumber–dokumenyangtidakdigunakandalam
perakaunantetapimenjadidokumensokongandalammelancarkanurusanperniagaan.
Jenisurusniagabeliandanjualan •Urusniagatunai–urusniagajualbeliyangmelibatkanpembayarantunai
ataupuncek. •Urusniagakredit–urusniagajualbelisecaraberhutangdanpembeli
akanmembuatpembayarankemudian. Biltunai
•Buktiurusniagabeliandanjualandenganmenggunakantunaiataucek. Resitrasmi
•Buktiurusniagayangmelibatkanpenerimaandanpembayarandenganmenggunakantunaiataucek.
Keratancek •Rujukanyangmengandungimaklumatsepertitarikhcek,namapenerima,
tujuanpembayarancekdanamauncektersebut. Baucarpembayaran
•Dokumendalamanuntukmenunjukkansuatupembayarantelahdibuatdandiperakuidanditandatanganiolehpenerima.
Baucartunairuncit •Dokumendalamanuntukmembuktikanpembayaranbagipembelanjaan
kecilsecaratunaitelahdibuatdenganmenggunakanDanaTunaiRuncit. Slipdaftartunai
•Slipsenaraibarangyangdibelibersertajumlahbayaran.Slipiniialahcetakandaripadamesindaftartunai.
Slipbank •Slipuntukmendepositkantunaiataupunmengeluarkantunai
daripadabank. Sliptransaksiperbankanelektronik
•BuktitransaksiperbankanmelaluimesinATMdanmesindeposit(cekatautunai)bagiurusniagapembayarandanpindahanwang.
chap 3 new.indd 90 10/10/2016 12:25:57 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
9191
Slippindahanwang •Slipuntukmembuatpindahanwangkepadapihakketiga. Maklumandebit
•Maklumanbertulisdaripadapihakbankyangmemaklumkanbahawaakaunbankpelanggantelahdikurangkan.Penguranganbolehdisebabkanolehcajbank,cajpembaharuankadATMdanarahantetap.
Maklumankredit •Maklumanbertulisdaripadapihakbankyangmemaklumkanbahawaakaun
banktelahbertambah.Penambahaninibolehdisebabkanolehpenerimaandividenataupindahankredit.
Memo •Dokumendalamanyangmengandungimaklumaturusniagayangtiada
dokumensokongan. Invois
•Digunakandalamurusniagajualbelisecarakredit. Notadebit
•Digunakanuntukmenambahkanamauninvoisyangtelah diterimasebelumnya.
Notakredit •Digunakanuntukmengurangkanamauninvoisyangtelah
diterimasebelumnya. Bilbayaran
•Dokumenyangdikeluarkanolehpembekalperkhidmatankepadapelangganyangmengandungimaklumatamaunyangperludibayar.
Foliopelanggan •Penyatayangmengandungisenaraiperkhidmatanyangtelahdiberikan
kepadapelanggandanrekodpembayaranpelanggan.Penyatainibiasanyadisediakanolehsektorperkhidmatansepertiperhotelan,posdankurier,hospitaldanfirmaguaman.
Diskaunniaga •Potonganhargasenarai. •Untukmenggalakkanpembeliansecarapukal. Diskauntunai
•Potonganhargainvoisyangtertaklukkepadasyaratpembayaran. •Untukmenggalakkanpembayaranhutangdengansegera. Penyataakaun
•Dokumenperingatankepadapeniagatentangjumlahbakihutangyang masihtertunggakyangperludijelaskan.
PenyataBank •Senaraiurusniagauntuktempohsebulanmengenaikeluarmasukwang
pelanggandibanktermasukbakiawaldanbakiakhirakaunbank.
chap 3 new.indd 91 10/10/2016 12:25:57 PM
92
Soalan ObjektifArahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai.
1 Berikut merupakan kegunaan dokumen perniagaan dalam sesebuah perniagaan kecualiA sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutang yang perlu dijelaskan.B sebagai bukti bertulis tentang berlakunya suatu urus niaga.C untuk tujuan pemeriksaan taksiran cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.D sebagai rujukan utama penyediaan Penyata Kewangan perniagaan pada akhir tahun.
2 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu jenis dokumen perniagaan:
Dokumen manakah menepati pernyataan-pernyataan di atas?A Resit rasmi C MemoB Invois D Slip mesin daftar tunai
3 Pasangan urus niaga dan dokumen sumber yang manakah dipadankan dengan betul? Urus niaga Dokumen sumberA Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga Baucar pembayaranB Barang rosak dipulangkan kepada pembekal Nota kreditC Caj angkutan dikenakan atas belian barang niaga InvoisD Pembayaran upah kepada penjaga kedai Makluman kredit
4 Berikut ialah dialog antara pembekal dengan pembeli:
Saruddin: Encik Farhan, saya memulangkan 80 botol kosong minuman soya kepada awak.Farhan: Baik, Encik Saruddin, setiap botol kosong yang dikembalikan akan diberikan
potongan RM0.50 daripada harga invois.
Apakah dokumen perniagaan yang perlu dikeluarkan oleh Encik Farhan kepada Encik Saruddin? A Nota debit asal C Nota kredit asalB Nota debit salinan D Nota kredit salinan
5 Syarat ‘K. & K. di K.’ yang dinyatakan dalam invois menunjukkan bahawaA butiran boleh dibetulkan melalui nota debit atau nota kredit.B butiran boleh dibetulkan melalui makluman debit atau kredit.C penjual tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keciciran dan kerosakan barangan.D pembeli hanya boleh menuntut gantian barangan rosak dalam tempoh masa yang telah
dipersetujui antara pembekal dengan pembeli.
6 Mengapakah penyata akaun dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli?A Untuk menunjukkan baki tunai di bank.B Untuk memberikan ringkasan urus niaga kepada pembeli.C Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara kredit.D Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara tunai.
LATIHAN
• Digunakandalamurusniagasecarakredit.• Diskaunniagadandiskauntunaidinyatakandenganjelasdalamdokumenini.
chap 3 new.indd 92 10/10/2016 12:25:57 PM
Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
93
Soalan 7 dan soalan 8 adalah berpandukan invois di bawah.
SALINAN INVOIS Sharina Trading
Lot 4, Blok A, Taman Bunga Emas, 89740 Kuala Penyu, Sabah.
087-834 6769
No. dokumen: INV4021
Kepada: Tarikh: 23 Julai 2016Kedai Elektrik LucyTkt 2, Bangunan Suria,89740 Kuala Penyu, Sabah.
Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM)1. Seterika Jenama King 42.00 20 840.002. Periuk Nasi Jenama Bagus 75.00 8 600.00
1 440.00Tolak Diskaun Niaga 10% 144.00
JUMLAH 1 296.00
Ringgit: Satu ribu dua ratus sembilan puluh enam sahaja
Syarat pembayaran: 10% 14 hari, 5% 30 hari Angkutan dibayarK. & K. di K.
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
7 Pernyataan yang manakah menerangkan urus niaga di atas? A Sharina Trading menjual barangan elektrik kepada Kedai Elektrik Lucy secara tunai.B Sharina Trading menjual barangan elektrik kepada Kedai Elektrik Lucy secara kredit.C Kedai Elektrik Lucy menjual barangan elektrik kepada Sharina Trading secara tunai.D Kedai Elektrik Lucy menjual barangan elektrik kepada Sharina Trading secara kredit.
8 Ketika memeriksa senarai harga, didapati harga sebuah seterika sebenarnya ialah RM45 sebuah tetapi tersilap rekod sebagai RM42 dalam invois.
Apakah dokumen sumber yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut? A Nota debit C Makluman debitB Nota kredit D Makluman kredit
9
Jika Nancy menjelaskan invois pada 22 Jun 2016, berapakah amaun wang yang perlu dibayar kepada Kedai Mesra?A RM4 230 C RM5 040B RM4 465 D RM5 320
10 Apakah tujuan utama diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?A Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.B Mendorong pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak.C Mengelakkan pelanggan membuat pembelian secara kredit.D Menyediakankemudahanpembayaranhutangyangfleksibel.
SharinaLucy
Pada 14 Jun 2016, Nancy membeli barangan berharga RM5 600 secara kredit daripada Kedai Mesra. Syarat diskaun tunai ialah 10% 7 hari, 5% 14 hari.Pada 16 Jun 2016, Nancy mengembalikan barangan berharga RM900 kerana salah jenama.
chap 3 new.indd 93 10/10/2016 12:25:57 PM
94
Soalan Struktur
1 Berikan dua kegunaan dokumen sumber dalam perakaunan.
2 Nyatakan kesan terhadap rekod perakaunan jika dokumen perniagaan tidak diurus secara sistematik.
3 Nyatakan tiga keadaan nota kredit digunakan.
4 Pada 4 April 2016, Kedai Roti Johana telah menjual 400 sandwic kepada Kelab Mutiara secara kredit. Harga jualan ialah RM3 setiap sandwic. Diskaun niaga 5% diberikan. Syarat diskaun tunai adalah 10% 5 hari, 5% 10 hari.
Berpandukan maklumat yang diberi, lengkapkan invois berikut:
ASAL INVOIS No. dokumen: INV4021
Kepada: Tarikh:
Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM)
Tolak Diskaun Niaga 5%JUMLAH
Ringgit:
Angkutan dibayarK. & K. di K.
––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus)
5 Apakah perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai?
6 Cik Stacy baru sahaja membuka Kedai Alat Sukan Stacy pada 16 Julai 2016. Untuk mempopularkan perniagaan barunya serta untuk melariskan jualan, Cik Stacy bercadang untuk menawarkan diskaun niaga dan diskaun tunai yang menarik seperti berikut:
• diskaunniaga5%diberikanataspembelianmelebihiRM2000dan10%ataspembelian melebihi RM5 000;
• diskauntunai2%7hari. Pada 20 Julai 2016, Kelab Badminton Juara telah membeli 30 unit raket badminton berharga
RM230 seunit. Pembelian adalah secara kredit. Pada 26 Julai 2016, Kelab Badminton Juara menjelaskan invois dengan tunai. Hitung: (a) Diskaun niaga yang diberikan kepada Kelab Badminton Juara. (b) Diskaun tunai yang diberikan kepada Kelab Badminton Juara. (c) Bayaran yang perlu dibuat oleh Kelab Badminton Juara.
(Jawapan: (a) RM690, (b) RM124.20, (c) RM6 085.80)
AlexRobert
chap 3 new.indd 94 10/10/2016 12:25:57 PM