document 1

Upload: karimah-othman

Post on 05-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Jimat tenaga

2011/04/10 - 06:11:29 AMBersama Hamdidon AbdullahCetakEmel Kawan

Tahap penggunaan tenaga elektrik boleh dikurangkan dengan menggunakan sumber tenaga alternatif.Bijak guna elektrik mampu selamat bumi

BARU-BARU ini, kita dan penduduk serata dunia meraikan hari tanpa tenaga atau '60 Earth Hour' yang lazimnya jatuh pada akhir Mac. Pada hari berkenaan, dunia digelapkan selama sejam sebagai simbolik menyahut usaha penjimatan tenaga sekali gus memelihara global.Namun, apakah tanggungjawab kita sebagai penghuni dunia bagi menyelamatkan anugerah Tuhan ini? Difahamkan, setiap hari sejumlah besar rumah kediaman menggunakan tenaga elektrik bagi melaksanakan tugas harian termasuk memasak, membasuh, membersihkan kediaman dan sebagainya. Ini bermakna, setiap orang bertanggungjawab terhadap pertambahan bebanan elektrik.

Situasi bertambah buruk apabila membabitkan kegunaan seperti pemanas air untuk mandi, penyaman udara bagi menyejukkan ruang misalnya, bilik tidur serta ruang tamu dan hiburan seperti peralatan audio video. Tahap penggunaan tenaga elektrik sebenarnya boleh dikurangkan sekiranya pengguna mengamalkan cara penggunaan berhemah dan efisyen yang antara lainnya membabitkan aspek pemasangan yang baik, penggunaan peralatan elektrik secara bijak atau berhemah dan sumber tenaga alternatif.

Cara Pemasangan Yang Baik

Pastikan peralatan serta cara pemasangan elektrik dilakukan mengikut piawaian diperakui agensi bertanggungjawab seperti SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga. Ini bagi mengelakkan berlaku ketirisan elektrik yang menyebabkan litar pintas seterusnya kebakaran. Kontraktor pemasangan elektrik perlu dipastikan mempunyai lesen sah diberikan pihak berwajib bagi memudahkan sebarang tuntutan sekiranya berlaku kecelakaan. Namun, jangan sesekali melakukan sebarang penyambungan tambahan tidak sah peraturan bagi mengelakkan litar pintas.

Cara pemasangan berpusat berfungsi mengawal serta mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan boleh dicadangkan. Menerusinya, penggunaan elektrik boleh dimatikan serentak apabila tidak digunakan dan model sebegini kini boleh ditemui di kebanyakan hotel. Ia berfungsi mematikan elektrik secara automatik bagi bilik tidak berpenghuni.Penggunaan Peralatan Elektrik Secara Bijak atau Berhemah

Ada pelbagai peralatan elektrik di pasaran menunjukkan label mengenai penjimatan elektrik namun penggunaan efisyen ditentukan penggunanya. Antara perkara utama perlu dilakukan pemilik kediaman bagi usaha penjimatan elektrik secara menyeluruh termasuk memastikan penggunaan elektrik secara am. Ini boleh dilakukan dengan menutup semua lampu dan peralatan apabila tidak digunakan termasuk menanggalkan soket. Benarkan juga pengaliran udara semula jadi dalam rumah bagi menyejukkan ruang. Amalkan penggunaan tenaga cekap sewaktu menggunakan peralatan rumah selain periksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan.

Penggunaan cahaya dalam rumah

Gunakan mentol dan lampu jimat tenaga berfungsi menjimatkan tenaga sehingga 80 peratus. Gunakan kadar cahaya lampu dengan betul misalnya, ketika membaca pastikan dalam lampu terang manakala sewaktu televisyen serta video, disyorkan memilih lampu malap. Pasang lampu voltan rendah di koridor, laluan tangga dan bilik stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya terang. Pilih lampu kalimantang yang lebih menjimatkan berbanding jenis pijar.

Jenis peralatan dalam rumah

Peti Sejuk - Pilih kapasiti sesuai penggunaannya. Jangan terpengaruh membeli kapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya kerana ia membazirkan tenaga. Elak terlalu kerap membuka serta menutup peti sejuk bagi menghindari udara dingin keluar. Jangan terus masukkan masakan panas ke dalam peti sejuk sebaliknya sejukkan dulu sehingga mencapai kadar suhu ruang. Guna peti sejuk menawarkan guna tenaga cekap bagi membolehkan penjimatan kos elektrik sehingga 25 peratus.

Mesin Basuh Baju

Pilih yang sesuai kapasiti bagi mengelakkan ia terpaksa bekerja keras selain mengelakkan mudah rosak. Pastikan jumlah kapasiti penuh kerana meskipun separuh kapasiti, jumlah tenaga digunakan tetap sama. Fungsi pengering digunakan apabila perlu saja. Lebih elok sekiranya pakaian dijemur di bawah cahaya matahari.

Pendingin Hawa

Pilih penghawa dingin dengan kapasiti sesuai keperluan dan keluasan ruang. Misalnya, bagi bilik tidur seluas 3 meter x 4 meter memadai dilengkapi penghawa dingin berkadar satu kuasa kuda dan kadar suhu disyorkan adalah sekitar 22 dan 24 darjah Celsius. Elak menggunakan kadar suhu sangat rendah yang menyebabkan peralatan itu bekerja keras. Pastikan ruang bertutup rapat agar suhunya tetap terjaga selain memastikan tiada elemen menghalang udara dingin keluar dari alat berkenaan. Pastikan ia disenggara bagi tempoh setiap tiga bulan.

Sumber Tenaga Alternatif

Sinar matahari adalah sumber tenaga kurniaan Yang Maha Esa yang mempunyai pelbagai kelebihan. Dikenali sebagai tenaga solar, ia sangat baik bagi penyediaan tenaga elektrik di rumah dan sepatutnya digalakkan penggunaannya. Penggunaan tenaga solar dipanggil photovoltaic(PV) seharusnya digalakkan bagi mengurangkan pergantungan terhadap sumber tenaga elektrik. Beberapa usaha sudah dilakukan bagi menggalakkan penggunaannya namun malangnya hanya membabitkan projek perumahan mewah.

Sepatutnya, usaha berkenaan dilakukan secara kolektif baik membabitkan kerajaan, pihak berkuasa tempatan mahupun swasta kerana ia nyata membawa manfaat besar kepada semua. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah kerajaan menggariskan polisi yang jelas sementara pihak berkuasa tempatan menghulurkan insentif berupa pengurangan cukai penilaian diberikan kepada kediaman bercirikan mesra alam berkenaan.

Artikel Berkenaan