disertasi lengkap disatukan
TRANSCRIPT
PENGARUH STATUS SOSIO-EKONOMI DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
SEKOLAH RENDAH DI TELUK INTAN
SAJALI BIN MOHAMAD HASHIM
LAPORAN PROJEK DIKEMUKAKAN BAGIMEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
1
PENGAKUAN
Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
09.10.2009 SAJALI B. MOHAMAD HASHIM M20071000290
2
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa yang memberikan keyakinan, kekuatan dan ketabahan untuk menghasilkan Kertas Projek ini.
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat penyelia saya iaitu En. Abu Bakar bin Yusof yang sabar dan tidak jemu-jemu memberikan bimbingan, pendapat dan bantuan sehingga terhasilnya laporan kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan guru-guru yang banyak membantu dari awal hingga akhir.
Kepada isteri tersayang Puan Noor Azlina bt. Ahmad Shauri, terima kasih atas bantuan, kerjasama dan pengorbanan yang telah diberikan. Kepada putera yang dikasihi Muhammad Naim juga abah ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
3
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap status sosio-ekonomi (SSE) ibu bapa, tahap penglibatan ibu bapa di rumah, hubungan antara status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah kebangsaan di Teluk Intan. Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Sosio-ekonomi ibu bapa diukur dari aspek pekerjaan, pendidikan dan pendapatan ibu bapa. Manakala penglibatan ibu bapa di rumah diukur dari aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa di rumah. Pencapaian akademik pelajar merujuk kepada Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan kesahan dan kebolehpercayaan ialah 0.8692 (nilai pekali kebolehpercayaan alpha) bagi item-item yang mengukur tahap penglibatan ibu bapa. Data-data kajian dikumpul dan diproses dengan menggunakan “Statistical Package For Social Science” SPSS. Hasil kajian mendapati tahap status sosio-ekonomi ibu bapa ialah (min=1.87) iaitu sederhana manakala tahap penglibatan ibu bapa di rumah ialah (min=3.26) iaitu sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian akademik iaitu (r=.754, p=.000, p<0.01). Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik iaitu (r=.709, p=.000, p<0.01). Hubungan antara SSE dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik juga signifikan iaitu kebarangkalian (F=96.464, p=.000, p<0.05), (t=6.858, p=.000, p<0.05), (t=5.320, P=.000, P<.05). Penemuan kajian ini mendapati status SSE dan penglibatan ibu bapa merupakan faktor penting yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Tumpuan haruslah diberikan kepada penglibatan ibu bapa di rumah secara khusus.
4
Parent’s Socio-Economy Status and Their Participation at Home With AcademicAchivement in Primary School
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify parent’s socio-economy status (SSE), parents level of participation at home, the relationship between socio-economy status and parent’s participation at home with the academic achievement of 100 National Primary School students in Teluk Intan. The socio-economy status of the parents was measured based on their occupation, education and income. On the other hand, parent’s participation was measured on their discussion, supervision and communication at home. The academic achievement of the students was referred from their PKBS examination results. This research used questionnaires as the research instrument with the validity and realibility of 0.8692 (Alpha Realibility Coefficient Value) for the items that were used to measure the parents participation level. The research data was collected and processed using the “Statistical Package For Science” (SPSS) method. The research results shows that the parent’s socio-economy status was (mean=1.87) while their participation at home was (mean=3.26) whereby both score were on average level. There is a significant relationship between SSE and academic achievement, (r=.754, p=.000, p<0.01), parents participation and academic achievement, (r=.709, p=.000, p<0.01). The relationship between SSE and parents participation with academic achievement also significant (F=96.464, p=.000, p<0.05), (t=6.858, p=.000, p<0.05), (t=5.320, P=.000, P<.05). The result from this research shows that the status of SSE and parents participation are the important factors that contribute to the academic achievement. The parent’s participation at home in particular should be given much consideration.
5
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 5
1.3 Mengapakah Kecemerlangan Pendidikan ? 8
1.4 Definisi Istilah Operasional 10
1.5 Pernyataan Masalah 16
1.6 Objektif Kajian 20
1.7 Persoalan Kajian 21
1.8 Kepentingan Kajian 22
1.9 Hipotesis Kajian 23
1.10 Batasan Terhadap Kajian 23
1.11 Penutup 24
6
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 26
2.2 Hubungan Antara Status Sosio-ekonomi (SSE) Ibu Bapa
dengan Pencapaian Akademik 30
2.3 Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dengan
Pencapaian Akademik 38
2.3.1 Perbincangan di Rumah 43
2.3.2 Penyeliaan di Rumah 45
2.3.3 Komunikasi Antara Ibu Bapa dan Anak 47
2.4 Rangkakerja Kajian 48
2.5 Penutup 51
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 52
3.2 Reka Bentuk Kajian 53
3.3 Kerangka Konseptual Kajian 52
3.4 Populasi dan Sampel 55
3.5 Instrumen Kajian 56
3.6 Kajian Rintis 60
3.7 Prosedur Pentadbiran Soal Selidik dan Pengumpulan
Data 61
3.8 Pengutipan Data 62
3.9 Analisis Data 63
7
3.10 Kesimpulan 64
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 65
4.2 Latar Belakang Responden 66
4.3 Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa Bagi Pelajar
Sekolah Rendah Bandar Teluk Intan, Hilir Perak 66
4.4 Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Bagi Pelajar
Sekolah Rendah Bandar Teluk Intan, Hilir Perak 67
4.5 Hubungan Antara Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa
Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah
Di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak 68
4.6 Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah
dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah
Di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak 69
4.7 Hubungan Antara SSE dan Penglibatan Ibu Bapa
dengan Pencapaian Akademik 70
BAB 5 RINGKASAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Rumusan Keputusan 72
5.3 Perbincangan 73
8
5.4 Implikasi 77
5.5 Cadangan 78
5.6 Kesimpulan 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN
A. Borang Soal Selidik
9
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1 Data Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak 8
2 Sekolah Rendah (Tahun 1-6) 9
3 Komponen Pembolehubah Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa 58
4 Kategori Penglibatan Ibu dan Bapa 59
5 Nilai Kebolehpercayaan Item Ujian Penglibatan Ibu Bapa 61
6 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 66
7 Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa 67
8 Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah 68
9 Hubungan di Antara Tahap Sosio-ekonomi Ibu Bapa dengan
Pencapaian 69
10 Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan
Pencapaian Akademik Pelajar 70
11 Hubungan SSE dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan
Pencapaian Akademik 71
10
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1.1 Carta Graf Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak 17
1.2 Teori Ekologi Bronfenbrenner 28
1.3 Kerangka Teori Hubungan Ibu Bapa dan Anak 29
1.4 Hierarki Keperluan 31
1.5 Struktur External Model Teoritikal Pertindihan Sfera
Pengaruh Keluarga dan Sekolah ke atas Pembelajaran Pelajar 49
1.6 Kerangka Konseptual Kajian yang Diadaptasi daripada Model
Enam Penglibatan Epstein (1995) 50
1.7 Model Kerangka Konseptual Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa
dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
11
Bab 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, pendidikan
merupakan tunjang dan wadah terpenting kepada pembinaan negara bangsa dan
pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan wahana untuk menyemai dan
memupuk benih perpaduan dalam kalangan warga Malaysia, khususnya generasi muda.
Pendidikan juga merupakan pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa
Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melewati sempadan kaum masing-
masing. Pendidikan yang sentiasa dinamik perlu terus maju ke hadapan. Oleh itu melalui
bengkel ini, saya berharap agar penekanan diberikan kepada gagasan YAB Perdana
Menteri iaitu “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” dan Bidang
Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) iaitu “Memperluas Akses Pendidikan kepada
Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan” dalam menilai semula Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan. (Bengkel Kajian Semula Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, 2006-2010.)
Menurut Mantan Menteri Pelajaran Malaysia pula, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, semenjak negara mencapai kemerdekaan, pendidikan di kalangan rakyat
12
sentiasa menjadi keutamaan kepada kerajaan. Wawasan pendidikan yang dirangka bukan
sahaja untuk melahirkan insan yang berilmu dan sumber manusia yang terlatih bagi
menjana ekonomi negara semata-mata sebaliknya lebih jauh daripada itu iaitu membasmi
kemiskinan, menstruktur semula masyarakat dan mengukuhkan integrasi nasional (Berita
Harian 31 Ogos 2005; Suffean 1993). Manakala menurut Faaland et al. (1991) melihat
pendidikan sebagai cara memperoleh peluang yang sama rata bagi semua pihak serta
menggalakkan perpaduan di kalangan masyarakat sesebuah negara.
Globalisasi iaitu satu fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat dan
juga satu proses penghapusan halangan kegiatan ekonomi antara sebuah negara dengan
sebuah negara yang lain (Utusan Malaysia 15 April 2001), adalah sesuatu yang sudah
berlaku dan tidak dapat dihapuskan lagi. Kini pada abad ke-21, negara menghadapi
cabaran dalaman dan luaran akibat dari kesan globalisasi (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001).
Tetapi, walau sebesar mana masalah dan perubahan yang berlaku sekalipun dalam
aspek nilai dan gaya hidup, masyarakat masih meyakini bahawa pendidikan adalah
merupakan ubat yang paling mujarab. Pendidikan dipercayai akan dapat menjadikan
sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara menjadi teguh dan digeruni oleh
pihak lain (Ishak Sin, 2003).
Maehr (1996) pernah menyebutkan bahawa apabila masyarakat menghadapi
krisis dan pertembungan budaya dan ekonomi, sekolah adalah dianggap sebagai sumber
aspirasi dan harapan.
13
Pendidikan dan masyarakat tidak boleh dipisahkan sama ada di negara maju mahu
pun di negara-negara yang mundur. Berdasarkan perkara tersebut maka kerajaan terus
membiayai institusi-institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan
merupakan alat untuk membawa kemajuan yang sejajar dengan kehendak dan aspirasi
masyarakat. Ahmad Sarji Abdul Hamid (1993) dalam satu ucapannya untuk Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah menyatakan bahawa tanggungjawab ibu bapa ialah
menanamkan ciri-ciri yang positif dalam diri anak-anak. Di samping itu juga, ibu bapa
mesti bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam akademik.
Kerajaan telah melahirkan hasrat bagaimana individu yang diperlukan dan mesti
dihasilkan. Sekolah menyediakan prasarana dan peluang untuk merealisasikan hasrat
tersebut. Masyarakat pula menyediakan suasana yang kondusif untuk pelajar-pelajar
berkembang. Manakala ibu bapa pula mempunyai aspirasi yang tersendiri terhadap
perkembangan anak-anak mereka dari segi akademik, sosial dan emosi ke arah mencapai
kecemerlangan. Oleh sebab terdapat besarnya peranan yang dimainkan oleh ibu bapa
maka para pengkaji sejak berpuluh tahun yang lalu telah mula menghubungkaitkan
penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik anak-anak dalam kajian-kajian mereka.
Clark (1993) telah berpendapat bahawa kanak-kanak akan mencapai kejayaan yang lebih
baik hasil daripada sokongan ibu bapa yang menggalakkan dan mempercayai bahawa
suasana kekeluargaan mempunyai kesan yang positif kepada pembangunan pendidikan
anak-anak mereka.
Bloom (1964) telah menyatakan bahawa bagi kanak-kanak yang cemerlang, ibu
bapa akan merasakan secara bersama-sama minat atau pun kecenderungan anak-anak
14
mereka. Proses perkembangan kanak-kanak adalah banyak bergantung kepada tahap
kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga itu sendiri. Suasana dan persekitaran yang positif
akan membantu kanak-kanak untuk berdikari dan memberi sumbangan yang besar dalam
perkembangan mental dan fizikal anak-anak.
Menurut Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bahawa sistem
pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dengan pelajar perlu menduduki
empat peperiksaan umum sebelum ke universiti. Menurut baginda lagi kita juga
cenderung untuk menyanjung mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dan
pada masa yang sama meminggirkan mereka yang tidak cemerlang. Sistem
berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan sekolah-sekolah hanya memfokuskan
kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang. Lebih malang lagi, mereka
yang tidak cemerlang adalah berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi yang rendah
(Utusan Malaysia 18 Ogos 2009).
Dalam menangani era globalisasi, pengurusan pendidikan menjadi semakin
mencabar. Pengurusannya memerlukan kepelbagai matlumat, halatuju yang jelas,
orientasi dan operasi yang mantap dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbagai-
bagai. Dunia telah membuktikan bahawa jatuh bangunnya sesebuah negara adalah
bergantung kepada watak bangsanya yang bertunjangkan ilmu pengetahuan.
Di sinilah pendidikan memainkan peranan sebagai penentu warisan bangsa. Era
ledakan maklumat dan kecanggihan teknologi menuntut pengurus pendidikan menganjak
stail pengurusannya. Ketaksuban terhadap tradisi bukan sahaja tidak menguntungkan,
malah akan melahirkan pelbagai masalah. Pendidikan yang berperanan untuk mengisi
keperluan harian, sebenarnya adalah menjadi penentu masa hadapan negara.
15
Sehubungan dengan itu, pengurusan pendidikan perlu dimanafaatkan secara
maksima untuk melahirkan individu yang berkualiti, berketrampilan dan merealisasikan
hasrat negara kearah membentuk negara cemerlang, gemilang dan terbilang. Tanpa
tindakan yang berani, kecemerlangan yang diharapkan hanya akan menjadi angan-angan
sahaja.
Komunikasi dua hala juga adalah penting untuk membantu anak-anak dalam
memberi dan menerima nasihat, tunjuk ajar dan ransangan seperti galakan, dorongan dan
semangat untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik (Hassan Mohd Ali,
1996). Oleh itu, penglibatan ibu bapa dilihat sebagai sesuatu yang sangat bernilai. Ini
bermaksud penentu kejayaan akademik anak-anak adalah masa yang dikorbankan oleh
ibu bapa untuk bersama-sama anak di rumah. Kenyataan ini telah disokong oleh
Henderson dan Berla (1994) yang telah menyimpulkan bahawa penglibatan ibu bapa
adalah penentu utama dalam pencapaian akademik pelajar.
Kesedaran inilah yang menjdi penggerak untuk mencapai matlamat ke arah
kecemerlangan pendidikan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Sistem pendidikan kita harus dapat menyediakan generasi akan datang bagi memenuhi
wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan kita harus
mempunyai daya saing dalam menghadapi arus globalisasi dan era abad ke-21. Kita perlu
memikir kembali identiti dan fungsi sekolah dan memberikannya identiti baru sebagai
sebuah organisasi yang dinamik selaras dengan perkembangan dalam dunia pendidikan
yang mencabar.
16
Perancangan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya
dapat menentukan corak masyarakat dan profil warganegara Malaysia yang cemerlang
serta bertamadun.
Memandangkan kepentingan dalam pembangunan pendidikan terdapat elemen-
elemen dan dimensi pendidikan sejajar dengan matlamat-matlamat pembangunan
pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2001 hingga 2010, maka matlamat
pembangunan pendidikan disusun agar semua pihak mendapat faedah daripadanya.
Antara matlamat-matlamat ini ialah :
i) Menyediakan skim dan program yang boleh membantu
menyediakan program yang berkualiti bagi membolehkan pelajar-
pelajar bersedia untuk ke sekolah.
ii) Meningkatkan kecemerlangan pendidikan terutamanya daripada
kalangan keluarga berpendapatan rendah di kawasan-kawasan
bandar, pinggir bandar, luar bandar, pedalaman dan pulau.
iii) Memastikan pelajar-pelajar terutamanya di kalangan keluarga
yang berpendapatan rendah mendapat pendidikan yang setara
dengan pelajar-pelajar yang lain. (Kementerian Pelajaran
Malaysia 2001 hingga 2010)
Sebahagian besar pemikir dan penulis futuristik bersetuju bahawa negara yang
bercita-cita tinggi dan mahu memimpin abad ke-21 mestilah merupakan masyarakat
bermaklumat, masyarakat berpengetahuan, masyarakat saintifik dan berbudaya sains serta
tinggi budaya ilmu (Perancangan Strategik 2005-2010). Sehubungan dengan hal ini, kita
17
juga perlu memberikan perhatian terhadap aspek perkembangan emosi, keluhuran rohani,
kekuatan mental, keutuhan keimanan dan ketaqwaan, kemantapan budaya dan moral,
kemampanan jati diri dan semangat patriotik yang kental.
. Penyediaan pendidikan yang meluas dan berkualiti adalah satu tanggungjawab
yang besar dan memerlukan penambahbaikan berterusan. Sungguhpun sekolah
memainkan peranan untuk melaksanakan dasar Falsafah Pendidikan Negara tetapi
mereka terdedah kepada perbezaan keupayaan kuasa mengawal, koordinasi, sokongan
dan pengaruh daripada kerajaan negeri, organisasi persekitaran dan masyarakat setempat
( Asmah Ahmad,2003).
Walau pun pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan oleh pihak sekolah
tetapi secara amnya pencapaian keputusan peperiksaan awam yang cemerlang akan
menjadi keutamaan dikalangan masyarakat.Dengan kata yang mudah dapatlah dikatakan
bahawa bagi sekolah-sekolah rendah, yang mendapat keputusan UPSR dengan peratus
lulus yang tinggi dan beberapa calon yang mendapat semua A adalah ramai dikategorikan
sebagai sekolah yang efektif (Asmah Ahmad, 2003).
Toffler (1980); Stonier (1983); Naisbit (1983); Higgins (1998); Valida (2000) dan
Anderson (2000) merumuskan bahawa komuniti berilmu akan menguasai abad ke-21
kerana kecemerlangan pengetahuan, kekayaan maklumat dan berbudaya saintifik. Di
samping itu, harapan ini selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Gagasan Wawasan 2020 dan cita-cita murni Islam Hadhari.
18
1.3 Mengapakah Kecemerlangan Pendidikan ?
Sebagai negara kuasa besar di dunia ini, kita mesti memahami bahawa kecemerlangan
akademik adalah kritikal dengan kejayaan sedia ada. Ianya adalah kuasa inovasi dan
peningkatan saintifik yang akan membenarkan Amerika bertahan dengan posisinya
sebagai negara nombor satu di dunia. Mempunyai pelakon terkenal di dunia, tahap
industri hiburan terkemuka dan kecemerlangan cabang lain tidak akan mengekalkan
kedudukan nombor satu di dunia. Kita memerlukan kadet-kadet yang boleh
menyelesaikan persamaan kuadratik dan menghasilkan inovasi baru (Armstrong, 2006).
Jadual 1
Data Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak
Tahun 2007 Tahun 2006 Tahun 2005
Bilangan LulusPeratus Lulus
226356.54%
226956.41%
235357.0%
Bilangan GagalPeratus Gagal
151934.93%
155535.54%
161435.40%
Bilangan 5APeratus 5A
3718.53%
3528.05%
3447.60%
Sumber Rasmi : Jabatan Pelajaran Daerah, Daerah Hilir Perak.
Berdasarkan daripada data Jadual 1 diatas, dapatlah difahami bahawa bilangan
peratus lulus adalah terbesar manakala bilangan peratus yang mendapat keputusan yang
cemerlang adalah terkecil. Pencapaian keputusan ini telah menjadi norma berdasarkan
19
carta graf yang menunjukkan rangka graf adalah sama sepanjang tiga tahun berturut-
turut.
Di sini pengkaji akan membuat kajian tentang pencapaian akademik murid-murid
khususnya di sekolah rendah. Faktor-faktor atau faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik murid-murid sekolah rendah akan diperinci dengan lebih
mendalam. Murid-murid daripada pelbagai tahap pencapaian dalam matapelajaran teras
iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik akan dipilih untuk menjadi responden.
Jadual 2
Sekolah Rendah ( Tahun 1 – 6 )
MARKAH GRED TAKRIF
81 – 100 A CEMERLANG
61 – 80 B POTENSI CEMERLANG
41 – 60 C LULUS
21 – 40 D POTENSI LULUS
0 – 20 E KRITIKAL
Rujukan : Panduan Piawaian Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
20
1.4.2 Penglibatan Ibu Bapa
Penglibatan ibu bapa adalah melibatkan aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi.
Menurut Kornain Hasyim (1999), penglibatan ibu bapa dilihat daripada banyaknya masa
dihabiskan bersama-sama anak mereka, menyemak tugasan yang diberi, kekerapan
membimbing anak-anak dalam kerja sekolah, menentukan masa belajar, menghantar
anak-anak ke kelas tambahan, peka dengan kepentingan ujian anak-anak, penyediaan
kemudahan belajar, bahan-bahan tambahan yang disediakan, galakan serta ganjaran yang
diberi.
Terdapat banyak tulisan (Anderson 2000; Robiah 1995; Wan Mohd Zahid 1993;
Henderson dan Berla 1994) dan kajian (Shaver dan Walls 1998; Hara dan Burke 1998;
Sui-Chi dan Williams 1996) yang dijalankan dalam bidang pendidikan memperlihatkan
kepentingan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar.
Di Amerika Syarikat, sebuah projek yang dikenali sebagai Projek Pencepatan
Sekolah (Accelerated School Project) telah menunjukkan keberkesanannya terhadap
pencapaian pelajar terutamanya diperingkat sekolah rendah. Dalam projek yang
dijalankan ini, para ibu bapa dibawa bersama mengambil bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada projek yang dijalankan ini adalah
mendapati bahawa penyertaan ibu bapa seperti ini mempunyai banyak faedah kerana para
ibu bapa dapat memberi pengukuhan kepada pembelajaran anak-anak semasa berada di
rumah. Selain itu, ibu bapa juga akan lebih memahami proses pembelajaran yang dialami
oleh anak-anak mereka. (Wan Mohd Zahid 1993).
Anderson (2000) pula mendakwa penglibatan oleh ibu bapa dalam pendidikan
anak-anak mereka adalah wajib dari zaman tadika hingga ke gred 12. Ini kerana dalam
21
sistem pendidikan, keperluan memiliki sekolah yang baik dan penglibatan ibu bapa yang
baik akan membantu semua kanak-kanak. Beliau yang mempunyai pengalaman selama
22 tahun dalam bidang pendidikan iaitu selama 14 tahun dalam Jabatan Pemulihan dan 8
tahun lagi di kelas.
Beliau juga mendapati bahawa majoriti ibu bapa merasakan bahawa bacaan
adalah penting. Mereka membaca untuk tujuan hiburan dan lebih 50% mereka menjadi
model yang mana dengan membaca di depan anak-anak mereka. Dengan berbuat
demikian, ianya dapat meningkatkan pencapaian anak-anak mereka dalam bidang
bacaan dan perbendaharaan kata. Ini dapat ditunjukkan melalui data-data yang diperoleh
menunjukkan purata pencapaian latihan komprehensif pada minggu pertama adalah 48%
telah meningkat kepada 67% pada minggu kelima. Selain itu, markah ‘post test’ bagi
perbendaharaan kata telah meningkat dari purata 20 kepada 28.7.
Robiah (1994), memetik kajian Bloom (1985), telah mendapati bahawa bagi
kanak-kanak yang cemerlang, ibu bapa mereka sama-sama mengamalkan etika kerja
yang ketat, menekankan anak-anak mereka supaya sentiasa membuat dan menghasilkan
kerja yang terbaik, menyudahkan kerja sebelum bermain dan setiap kali berusaha
mestilah untuk melebihi prestasi pada sebelumnya. Tabii belajar di rumah harus dibentuk
oleh ibu bapa dan mereka mendisiplin dan mengawasi anak-anak mereka. Segala usaha
yang dilakukan di sekolah tidak akan berhasil jika budaya kerja di rumah tidak ada.
Sharer dan Walls (1998), menjalankan kajian untuk melihat kesan penglibatan ibu
bapa ke atas bacaan dan Matematik bagi 74 orang pelajar yang berada dalam gred 8.
Kajian ini telah menggunakan ibu bapa pelajar-pelajar sebagai sampel kajian. Para ibu
bapa pelajar diminta untuk hadir dalam sesi pembelajaran di sekolah dan daripada situ
22
mereka telah belajar tentang penglibatan yang aktif terhadap anak-anak mereka. Dapatan
daripada kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan daripada ibu bapa adalah faktor
signifikan yang boleh mempengaruhi kejayaan dalam pencapaian pelajar dalam bacaan
dan Matematik.
1.4.3 Pencapaian Akademik
Borich (2000) telah melihat kejayaan atau pencapaian pelajar-pelajar terletak pada kadar
dimana pelajar itu memahami dan menyelesaikan tugasan dengan betul. Beliau
memberikan tiga tahap untuk dijadikan ukuran iaitu kejayaan tinggi, kejayaan sederhana
dan kejayaan rendah. Pada tahap kejayaan tinggi pelajar-pelajar memahami tugasan dan
melakukan kesalahan yang amat kecil. Pada tahap kejayaan sederhana pula pelajar-
pelajar memahami sebahagian tugasan tetapi melakukan kesalahan yang tetap atau pun
sama. Manakala pada tahap kejayaan rendah pelajar-pelajar langsung tidak memahami
keseluruhan tugasan yang diberikan.
Robiah (1994) pula berpendapat bahawa pencapaian yang diperolehi oleh
seseorang dalam satu-satu peperiksaan atau ujian tertentu lazimnya dijadikan sebagai
ukuran kecemerlangan akademik. Ini adalah kerana markah yang diperoleh dapat
diperbandingkan dengan sasaran atau target markah. Semakin tinggi markah yang
diperolehi pelajar maka semakin dekatlah dia untuk mencapai tahap yang dikatakan
cemerlang.
Abdullan Sani (2005) telah melihat kecemerlangan akademik sebagai satu keadaa
apabila seseorang itu berjaya meningkatkan tahap kemampuannya ke tahap yang paling
23
maksimum bagi dirinya mengikut ukuran yang diletakkan atau pun mengikut ukuran
yang dibuat bagi kelompok atau golongan yang sebaya dengannya.
1.5 Pernyataan Masalah
Aktiviti kehidupan, persekitaran dan kandungan dalam kehidupan masa kini
menghasilkan berbagai-bagai kemungkinan cabaran, rintangan dan peluang-peluang yang
mungkin di luar jangkauan.
Tetapi dalam aspek pendidikan, setiap ibu bapa pasti berharapan dan
menjangkakan anak-anak mereka akan memperolehi kedudukan pencapaian akademik
yang tinggi atau pun sekurang-kurangnya selari dengan pencapaian akademik rakan-
rakan sedarjah atau rakan yang sebaya umurnya dengan anak-anak mereka.
Pendidik harus mengubah ‘mind set’ agar tidak hanya menumpu kepada mengenal
pasti kegagalan. Tetapi ‘mind set’ pendidik masa kini haruslah berfokus kepada mengenal
pasti kecemerlangan dan bagaimana caranya untuk mencapai dan memastikan supaya
kecemerlangan mesti dicapai.
24
Rajah 1.1
Carta Graf Keputusan UPSR Daerah Hilir Perak
Carta graf 1.1 dengan jelas menunjukkan peratus kecemerlangan yang rendah
telah menjadi norma. Pengkaji berpendapat kita perlu menilai semula hasil bukan sahaja
daripada kerangka pencapaian keputusan tetapi ibu bapa dan status sosio-ekonomi
mereka. Pencapaian akademik di peringkat pendidikan sekolah rendah merupakan
indikator dan berfungsi untuk membayangkan jangkauan pencapaian akademik pada
peringkat yang lebih tinggi.
25
Menurut Borich dan Tombari (1997) tahap kecerdasan sebenarnya hanya
menyumbang 25% kepada pencapaian akademik, sebaliknya lebih 70% adalah
dipengaruhi oleh kompetensi sosial seperti motivasi, kesihatan, kawalan sosial, kualiti
pengajaran, emosi yang baik dan sokongan keluarga.
Kamarulzaman (2003) menyatakan bahawa keluarga mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar. Kebanyakan pelajar yang cemerlang
dalam akademik adalah berasal daripada keluarga yang menitik beratkan pendidikan
dalam keluarga. Apabila kita bercakap tentang pencapaian akademik maka yang terlintas
dalam kotak pemikiran kita adalah peranan guru dan sekolah walhal jarang-jarang sekali
kita melibatkan ibu bapa di rumah.
Ibu bapa merupakan punca yang paling utama mengapa kanak-kanak yang masih
berada di bangku sekolah tidak dapat mencapai prestasi akademik yang cemerlang
sebaliknya hanya menjadi pengacau dan pembuli (Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob;
Utusan Malaysia, 11 April 2004). Menurut beliau lagi punca utama yang menyumbang
kepada kegagalan kanak-kanak adalah sikap ibu bapa yang tidak meluangkan banyak
masa bersama anak-anak. Sebaliknya anak-anak ini akan membesar dalam keadaan yang
kurang penjagaan rapi dan didikan yang baik dan betul daripada ibu bapa dan keluarga
mereka sendiri. Oleh yang demikian, jika kita menganggap bahawa pendidikan yang baik
adalah perlu bagi kehidupan kanak-kanak pada hari ini maka perlu bagi kita melihat
apakah penentu-penentu yang boleh mengubah pendidikan mereka.
Penglibatan ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membantu pelajar-
pelajar untuk berusaha dengan lebih kuat dalam menimba ilmu dan membentuk sahsiah
diri seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan bijak di
26
rumah kerana masa yang diperuntukkan untuk anak-anak di rumah akan membantu
kejayaan anak-anak dalam pencapaian akademik mereka.
Menurut Rozumah (1999) di dalam kajiannya ke atas pelajar sekolah rendah dan
menengah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia mendapati bahawa
kepincangan keluarga banyak memberi keburukan dan menjejaskan prestasi anak-anak.
Kajian juga mendapati bahawa keluarga yang stabil dan harmoni disamping penglibatan
ibu bapa yang maksimum mempunyai implikasi ke atas pembangunan pendidikan anak-
anak dan sahsiah diri mereka.
Selain penglibatan ibu bapa, status sosio-ekonomi ibu bapa juga dianggap antara
elemen penting yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (Robiah, 1998).
Kanak-kanak dari latar belakang sosio-ekonomi yang tinggi selalunya mendapat markah
yang tinggi dan biasanya dapat menamatkan persekolahan serta memasuki kolej dan
mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding rakan sebaya yang dari kumpulan status
sosio-ekonomi yang rendah.
Abdul Latif (2001) menyatakan bahawa ibu bapa Melayu bersikap kurang
memberikan galakan serta serta dorongan untuk membantu anak-anak mereka berjaya.
Oleh itu, pelajar Melayu tidak berkecenderungan untuk mencapai keputusan yang terbaik
dalam akademik kerana kurang galakan daripada ibu bapa mereka. Walaupun ibu bapa
mereka sedar tentang kepentingan pendidikan tetapi kebanyakannya gagal membimbing
anak-anak mereka untuk mencapai keputusan yang terbaik.
Berlandaskan keadaan ini, adalah penting bagi pengkaji untuk menembusi dan
memahami faktor-faktor, aspek-aspek yang utama serta mengenali samada faktor-faktor
dalaman ataupun faktor luaran yang mempunyai hubungkait yang tinggi, korelasi atau
27
regressi terhadap pencapaian kecemerlangan akademik khususnya di peringkat sekolah
rendah demi untuk kepentingan pembangunan pendidikan negara.
Kajian ini juga dianggap amat perlu memandangkan terdapat banyak rungutan
dan keluhan daripada para guru sekolah rendah pada hari ini di mana terdapatnya ibu
bapa yang datang dari status sosio-ekonomi yang rendah menyebabkan mereka tidak
dapat meluangkan masa untuk mengambil tahu berkaitan pendidikan anak-anak.
Kesuntukan masa ibu bapa yang kurang berpelajaran, tekanan kerja dan suasana rumah
serta usia anak yang semakin meningkat mengakibatkan wujudnya jurang di antara ibu
bapa dan anak-anak di rumah adalah disebabkan ibu bapa kurang melibatkan diri dengan
anak-anak.
Kajian ini akan mengakses kesan pencapaian akademik murid terhadap pengaruh
faktor penglibatan ibubapa dan status sosio-ekonomi yang berkaitan dengan penglibatan
keibubapaan dan kesan status ekonomi yang berbeza.
1.6 Objektif Kajian
a) Mengenal pasti tahap status sosio-ekonomi ibu bapa pelajar sekolah rendah
kebangsaan di Teluk Intan.
b) Mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa di rumah pelajar sekolah rendah
kebangsaan di Teluk Intan.
c) Mengenal pasti hubungan pengaruh status sosio-ekonomi ibu bapa terhadap
pencapaian akademik pelajar.
d) Mengenal pasti hubungan pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik
pelajar.
28
e) Mengenal pasti hubungan antara status sosio-ekonomi ibu bapa dengan
penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar.
1.7 Persoalan Kajian
Kajian ini akan berpusatkan serta menumpukan terhadap murid-murid yang mendapat
pencapaian akademik yang pelbagai dalam matapelajaran teras. Iaitu murid-murid yang
telah mendapat Gred A, B, C, D dan E dalam Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu
Pemahaman, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah.
Persoalan-persoalan yang akan dikemukakan adalah bersandarkan faktor status sosio-
ekonomi dan penglibatan ibu bapa seperti yang berikut :
a) Apakah tahap status sosio-ekonomi bagi ibu bapa pelajar sekolah rendah
kebangsaan di Teluk Intan ?
b) Apakah tahap penglibatan ibu bapa di rumah pelajar sekolah rendah
kebangsaan di Teluk Intan ?
c) Adakah terdapat hubungan di antara ststus sosio-ekonomi ibu bapa dengan
pencapaian akademik pelajar ?
d) Adakah terdapat hubungan di antara penglibatan ibu bapa di rumah dengan
pencapaian akademik pelajar ?
e) Adakah terdapat hubungan di antara status sosio-ekonomi dan penglibatan
ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar ?
29
1.8 Kepentingan Kajian
Dapatan daripada kajian ini samada segala kelemahan atau kekuatan akan diperbaiki,
ditambah nilai, diubahsuai, diseimbangkan bagi membentuk satu rumusan berasaskan
kepada cadangan atau kesimpulan yang akan dibuat. Rumusan ini akan menjadi ubat
kearah menghasilkan murid-murid yang cemerlang pendidikannya berteraskan
pendekatan pengaruh faktor status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa di masa akan
datang. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu
permasalahan tertentu yang biasanya wujud di dalam sesuatu organisasi dan mengenal
cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, faedah yang bakal diperoleh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah pihak berkenaan dapat merangka rancangan jangka masa panjang yang bertujuan
untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Hanya dengan melalui kajian
yang sangat teliti dan mendalam terhadap faktor-faktor yang berhubung kait serta yang
dapat menyumbangkan kepada pencapaian akademik maka apa-apa langkah yang akan
diambil akan dapat mengurangkan pembaziran serta sekaligus dapat meningkatkan
keberkesanannya.
Melalui maklumat-maklumat yang berguna ini juga maka daya tumpuan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak hanya lagi terarah kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan bahagian kurikulum sahaja malahan juga perkara-perkara yang lain
yang turut memainkan peranan dan penting dalam meningkatkan pencapaian akademik
pelajar-pelajar. Perkara-perkara yang dimaksudkan disini adalah status sosio-ekonomi
dan penglibatan ibu bapa mereka.
30
Di samping itu, dapatan kajian ini juga akan memberikan maklumat-maklumat
yang penting kepada ibu bapa pelajar-pelajar. Dengan adanya maklumat ini, ia
diharapkan dapat meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aspek-aspek keibubapaan,
komunikasi serta pembelajaran di rumah. Penglibatan ibu bapa yang aktif ini
sememangnya amat berguna dalam membantu untuk meningkatkan pencapaian akademik
anak-anak mereka. Kesedaran ibu bapa dikalangan ibu bapa tentang kepentingan rakan
kongsi boleh memberikan kebaikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa itu sendiri.
Akhir sekali adalah diharapkan agar dapatan dan pernyataan daripada kajian ini
akan menjadi perancangan di dalam pembangunan kemanusian pada masa akan datang.
1.9 Hipotesis Kajian
H1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara status sosio-ekonomi dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.
H2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.
H3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara status sosio-ekonomi dan
penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.
1.10 Batasan Kajian
Seperti yang dimaklumkan di atas bahawa kajian ini akan dijalankan ke atas murid-murid
sekolah rendah di Daerah Hilir Perak yang melibatkan 100 orang. Murid-murid ini terdiri
daripada Tahun 5 sahaja. Fokus kajian terhadap murid-murid sekolah rendah ini (sebagai
31
responden) adalah berdasarkan keputusan peperiksaan mereka yang lalu dan telah
disahkan oleh pihak pentadbiran sekolah masing-masing.
Di sini pengkaji berharap agar kajian ini akan menjadi tapak asas terhadap
perspektif hubungan atau korelasi di antara kecemerlangan akademik terhadap faktor
penglibatan ibubapa dan status sosio-ekonomi seperti mana yang terdapat di dalam
rangka kerja kajian.
1.4 Definisi Istilah Kajian
Dalam istilah operasional yang terdapat dalam kajian ini meliputi tiga istilah penting iaitu
status sosio-ekonomi, penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik.
1.4.1 Status Sosio-ekonomi
Manakala dalam istilah status sosio-ekonomi adalah melibatkan pekerjaan ibu bapa,
pendidikan ibu bapa dan juga pendapatan ibu bapa. Menurut Reid (1981) dalam
Marimuthu (1990), mendefinisikan status sosio-ekonomi sebagai kelas sosial atau taraf
sosio-ekonomi yang digunakan untuk mengelompokkan manusia ke dalam kategori-
kategori tertentu berdasarkan pekerjaan mereka. Banyak kajian pendidikan menggunakan
pekerjaan ibu bapa sebagai indeks untuk menentukan kelas sosial. Ini kerana ianya
mempunyai pertalian rapat dengan faktor-faktor lain seperti pendapatan dan pelajaran.
Menurut Fauziah Yaakub (1987), dalam Zahrah (1998), ahli sosiologi pada hari
ini mengenal pasti lima kelas sosial atau status sosio-ekonomi, iaitu kelas bawah, kelas
pekerja, kelas pertengahan atas, dan kelas atasan. Beliau menerangkan setiap kelas sosial
32
tersebut adalah lima kumpulan iaitu kelas bawah, kelas pekerja, kelas pertengahan
bawah, kelas pertengahan atas dan kelas atasan.
i) Kelas Bawah
Mereka terdiri daripada golongan yang miskin, daif dan menikmati ganjaran dan
sumber-sumber sosial. Golongan ini termasuklah mereka yang yang menganggur, tidak
berpendidikan dan tiada kemahiran.
ii) Kelas Pekerja
Ahli-ahli kelas ini terbahagi kepada dua golongan iaitu pekerja kolar putih dan
pekerja kolar biru. Ahli-ahli pekerja kolar biru terdiri daripada pekerja binaan, pemandu
lori, mekanik, tukang paip, tukang besi dan lain-lain pekerjaan yang bertaraf rendah.
Pekerja kolar putih pula terdiri daripada golongan yang berpendidikan, mahir dan separuh
mahir.
iii) Kelas Pertengahan Bawah
Golongan ini merupakan pekerja yang kurang mempunyai risiko pengangguran
dan mempunyai gaji yang stabil. Namun dari segi pendidikan, mereka tidak mendapat
pendidikan di peringkat universiti. Contoh-contoh pekerja daripada golongan
pertengahan bawah adalah polis, jururawat, kerani, guru sekolah rendah dan lain-lain
lagi.
iv) Kelas Pertengahan Atas
Golongan ini merupakan pekerja yang terdiri daripada orang-orang profesional
dan juga ahli-ahli perniagaan. Kebanyakan daripada mereka mendapat pendidikan di
universiti. Contoh-contoh pekerja yang terlibat dalam golongan ini adalah peguam,
doktor dan profesor.
33
v) Kelas Atasan
Golongan ini merupakan pekerja-pekerja yang terdiri daripada ahli-ahli
profesional dan juga ahli-ahli perniagaan yang telah menempa kejayaan. Biasanya,
kekayaan yang mereka peroleh ini diasaskan oleh nenek-moyang mereka.
Namun demikian, dalam kajian ini, pengkaji akan mengelompokkan status sosio-
ekonomi (SSE) keluarga kepada tiga kategori sahaja iaitu SSE tinggi, SSE sederhana dan
SSE rendah. SSE akan diukur berdasarkan kepada jumlah pendapatan kedua-dua ibu bapa
pelajar yang berkenaan. Jumlah pendapatan keluarga dalam kajian ini akan dikelas
kepada tiga iaitu :
a) SSE Rendah - kurang daripada RM 500
b) SSE Sederhana - RM 501 – RM 2000
c) SSE Tinggi - lebih daripada RM 2000
Setiap individu akan diakses, ditembusi, dijelajahi, diterokai dan difahami dalam dimensi
khusus terhadap faktor-faktor status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa seperti yang
disebutkan di atas. Pendekatan ini lebih dikenali sebagai “individual-oriented
education”. Ini adalah berasaskan bahawa setiap individu adalah berbeza tidak ada dua
insan yang serupa. Oleh itu, sitem pendidikan mestilah memandang ke hadapan dan
sentiasa fleksibel dalam menghadapi kepelbagaian individu di mana intelektualnya
adalah berbeza.
34
1.11 Penutup
Kepentingan pengaruh status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa terhadap
kecemerlangan akademik juga adalah selaras dengan objektif program Perkasakan
Sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektif KPM memperkasakan sekolah
kebangsaan sebagai program ‘School of Choice’ iaitu menjadikan sekolah kebangsaan
sebagai pusat utuk memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan
meliputi akademik dan bukan akademik.
Melalui kajian ini juga pengkaji berharap untuk memperolehi maklumat serta
menguji signifikasi hubungan diantara kecemerlangan akademik terhadap faktor status
sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa. Ianya juga dapat mengkaji apakah punca dan
mengapakah perbezaan pencapaian akademik berlaku dengan ketara sedangkan murid-
murid ini adalah berada di dalam kelas yang sama, sekolah yang sama, guru yang sama
dan juga di persekitaran yang sama.
Misi Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf
antarabangsa bagi memenuhi potensi individu dan aspirasi negara adalah langkah yang
bijak kerana pendidikan dan ekonomi negara bergerak dan berkembang dengan selari
serta ianya tidak dapat dipisahkan. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa pencapaian
pembangunan sebuah negara itu bermula di dalam kelas sesebuah sekolah.
35
Bab 2
Tinjauan Literatur
2.1 Pengenalan
Bab ini akan meliputi aspek kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan status sosio-
ekonomi dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik. Isu yang berkaitan
dengan pencapaian akademik pelajar seringkali mendapat liputan dan perhatian ramai.
Banyak kajian yang telah dijalankan di dalam dan luar negara bagi mengupas isu ini.
Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar. Antara faktor-faktor yang terlibat
ialah status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa. Oleh itu, bab ini akan cuba
mengupas secara terperinci teori-teori dan kajian-kajian terdahulu yang pernah dilakukan
di dalam negara mahupun di luar negara.
Gardner dalam Mohamad Daud (1994) menyatakan bahawa kanak-kanak yang
hidup bersama ibu bapa akan memperolehi nilai kelas sosial yang diamalkan oleh
keluarga. Keluarga kelas sosial bawahan selaluya besar, kurang berkemampuan, dan ibu
bapa kurang memberi perhatian secara individu kepada anak-anak. Ibu bapa ini
mempunyai harapan rendah terhadap anak-anak, berbual tentang topik yang terbatas, dan
mahukan anak-anak mengikut perintah mereka sahaja. Manakala keluarga dari kelas
36
sosial menengah selalunya kecil, menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak, sentiasa
bekerjasama dan berusaha untuk memastikan supaya anak-anak mereka mendapat
pencapaian lebih tinggi. Anak-anak mereka juga mempunyai sifat kendiri yang tinggi.
Antara ciri-ciri pelajar yang lemah konsep kendiri termasuklah tidak mempunyai
cita-cita, tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk lulus peperiksaan, mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bersekolah, menjadi liar kerana pengaruh
tidak sihat kawan-kawan remaja diluar sekolah dan tidak pandai menguruskan masa
sendiri, memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti yang tidak menjurus kepada
kecemerlangan akademik dan terlibat dalam aktiviti salah laku (BPPDP, 1996).
Teori yang juga menjadi asas kepada kajian-kajian dalam bidang sosiologi ialah
Teori Ekologi. Teori ini diasaskan oleh Bronfenbrenner (1979) yang telah mengkaji
bagaimana manusia berinteraksi dengan persekitaran mereka dan mendapati faktor-faktor
persekitaran sama ada di dalam atau di luar rumah sangat mempengaruhi perkembangan
seseorang kanak-kanak. Menurut Bronfenbrenner terdapat empat sistem yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu mikrosistem, meosistem, ekosistem dan
makrosistem.
Mikrosistem merujuk kepada faktor-faktor yang sangat rapat dengan persekitaran
kanak-kanak seperti manusia dan peristiwa yang wujud di rumah. Faktor-faktor ini
memberi kesan yang sangat mendalam bagi kanak-kanak kerana mereka berada dalam
persekitaran tersebut sepanjang masa.
Berdasarkan rajah 2.1, jika perhubungan dalam tahap mikrosistem ini terputus,
maka kanak-kanak ini dilihat seolah-olah hilang keyakinan diri, kurang disiplin diri dan
tidak mampu menangani situasi baru. Secara ringkasnya perkembangan yang berlaku
37
dalam diri kanak-kanak adalah secara dinamik dan melibatkan proses interaksi dua hala
di antara individu dan faktor-faktor persekitaran. Oleh itu, individu yang paling rapat
dengan kanak-kanak disesebuah rumah adalah ibu bapa mereka. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam pembentukan ciri-ciri positif dan negatif dalam diri kanak-kanak.
Rajah 2.1
Teori Ekologi Bronfenbrenner 1979
Bronfenbrenner menegaskan bahawa setiap kanak-kanak membesar dalam satu
persekitaran sosial yang kompleks. Corak interaksi dalam sesebuah keluarga memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak. Ianya
38
Makrosistem
Ekosistem
Mesosistem
Mikrosistem
Pelajar
meliputi emosi, tindakbalas dan kawalan mereka (Marimuthu, 1990). Walau
bagaimanapun, kajian ini tidak akan membincangkan faktor-faktor makrosistem,
ekosistem dan meosistem.
Rajah 2.2
Kerangka Teori Hubungan Ibu Bapa dan Anak
Sumber : Disesuaikan daripada Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979)
Bagi pakar pendidikan, pengkaji berharap suatu penawar perlu dicipta kepada
kegagalan dan serentak dengan itu sebagai pemangkin ke arah menjana kecemerlangan
pendidikan menepati dengan tajuk kajian yang dibuat ini.
2.2 Hubungan Antara Status Sosio-Ekonomi (SSE) Ibu Bapa dengan
Pencapaian Akademik
39
Sistem Mikro
Sekolah Ibu bapa
Rakan sebaya
Anak
Pada kebiasaannya semua pelajar adalah terdiri daripada latarbelakang keluarga, budaya,
bangsa, agama, bahasa, pendapatan keluarga, taraf hidup, gaya hidup dan status sosio-
ekonomi serta berbagai-bagai unsur perbezaan yang lain.Walau bagaimanapun di sini
pengaruh sosio-ekonomi telah dikenal pasti dan dibuat pemerhatian dalam kajian.
Seorang ahli psikologi yang terkenal di dunia telah mengemukakan satu teori
berkaitan dengan sosio-ekonomi iaitu Maslow. Maslow (1998) telahpun menyatakan
bahawa;
“Maslow believed that human beings aspired to become self-actualizing.He viewed human potential as rastly underestimated and an unexplainedterritory".(hal:107)
Rajah 2.3
Hierarki Keperluan
40
Self- Actualization
Esteem
Social
Safety
Physiological
Rajah 2.3 adalah menunjukkan idea yang diterangkan oleh Maslow tentang
kedudukan keperluan manusia mengikut dari yang paling bawah ke yang paling atas.
Berdasarkan idea beliau ini kita bolehlah memahami bahawa manusia perlulah memenuhi
segala keperluan yang dicadangkan oleh beliau sebelum potensinya dapat dicapai ke
tahap yang paling tinggi.
Dalam rajah 2.3 juga menunjukkan keperluan manusia yang berada di kedudukan
paling bawah adalah keperluan psikologi. Keperluan psikologi merupakan keperluan asas
yang penting bagi manusia biasa seperti makanan, air dan juga tempat tinggal. Dengan
itu, manusia sangat memerlukan keperluan asas yang sangat berkualiti tinggi untuk
mencapai tahap potensi yang lebih tinggi juga. Di rumah, jika keperluan asas yang ada
tidak begitu memuaskan, bagaimanakah ibu bapa dapat menyediakan satu persekitaran
yang lebih selesa untuk anak-anak mereka menjalankan proses pembelajaran?
41
Kajian yang dibuat oleh Hashima dan Amato (1994) menunjukkan bahawa
masalah yang berkaitan dengan ekonomi keluarga mempengaruhi cara ibu bapa
berinteraksi dengan anak-anak mereka. Ibu bapa daripada status sosio-ekonomi yang
rendah secara umumnya mempamerkan sikap kurang mendidik dan tidak konsisten dalam
mendisiplinkan anak-anak. Mereka lebih cenderung bertingkahlaku tidak menyokong
anak-anak dan lebih bersifat menghukum. Namun begitu, tingkah laku menghukum
didapati semakin berkurang apabila pendapatan isi rumah meningkat. Mereka
menyimpulkan bahawa faktor pendapatan mempengaruhi pengaruh terhadap
perkembangan dan pencapaian akademik anak-anak.
Zarinah dan Rozumah (1999) telah memilih sampel secara rawak yang terdiri
daripada 102 orang ibu bapa dalam mengkaji perkaitan antara faktor status sosio-
ekonomi dengan pencapaian akademik anak-anak. Sampel ibu bapa ini dikenal pasti
melalui anak mereka yang berumur antara 10 hingga 11 tahun iaitu pelajar tahun 4 dan 5
serta mendapati keseluruhannya terdapat perkaitan yang positif dan signifikan antara
tahap pendidikan responden ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak.
Status sosio-ekonomi sesebuah keluarga merupakan syarat yang amat penting
bagi sesebuah keluarga itu supaya lebih mementingkan keperluan pendidikan anak-anak
mereka. Jika keperluan asas dalam sesebuah keluarga itu tidak cukup maka dari manakah
akan datangnya perbelanjaan yang boleh diperuntukkan untuk pendidikan anak-anak ? Di
sebabkan keluarga yang miskin tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang
berkualiti maka dengan itu pada kebiasaannya pelajar-pelajar yang datangnya daripada
keluarga yang miskin akan mendapat pencapaian akademik yang kurang memuaskan.
42
Dengan itu, pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin tidak
dapat menunjukkan potensi mereka yang sebenar dalam pembelajaran kerana pelajar-
pelajar ini akan terlibat dengan beberapa masalah seperti masalah kewangan dalam
keluarga. Pelajar-pelajar yang datangnya daripada keluarga yang miskin pada
kebiasaannya perlu menolong ibu bapa bekerja atau terpaksa bekerja sebagai pekerja
sambilan.
Kajian yang dibuat Lubienski (2002) mendapati bahawa status sosio-ekonomi
(SSE) mempengaruhi pencapaian akademik pelajar; dimana pelajar yang
berlatarbelakangkan daripada status ekonomi yang tinggi berpotensi untuk mendapat
pencapaian akademik yang lebih baik begitu juga sebaliknya bagi pelajar-pelajar yang
berlatarbelakangkan status ekonomi yang rendah dibayangkan akan mendapat
pencapaian akademik yang kurang baik.
Status sosio-ekonomi pelajar sekolah mempunyai hubungan dan kaitan dengan
pencapaiaan akademik (Johnson, Crosnoe, & Elder, 2001)
Kajian ini juga mendapati bahawa jurang di antara keberkesanan pencapaian
akademik dan status sosio-ekonomi adalah lebih hampir jika dibandingkan dengan
pengaruh bangsa. Ini adalah kerana pelajar yang berlatarbelakangkan sosio-ekonomi yang
tinggi berpeluang untuk mengakses komputer, alat pembelajaran elektronik yang lain
serta kecenderungan guru untuk menilai pelajar yang SSE tinggi adalah kerap
dibandingkan pelajar yang SSE rendah. Ramai pelajar yang tidak berpeluang untuk
mengakses suasana pembelajaran yang lebih baik akan bertanggappan pembelajaran
Matematik contohnya hanyalah lebih penumpuan untuk menghafal dan hanya ada satu
43
sahaja cara yang betul untuk menyelesaikan masalah Matematik. Tambahan pula dengan
pencapaian sedia ada mereka yang rendah.
Anuar (1990) dalam kajiannya antara latar belakang keluarga dan konsep kendiri
pelajar dengan pencapaian akademik di kalangan 70 pelajar tingkatan lima Sekolah
Menengah Hamzah, Kelantan mendapati terdapat hubungan yang jelas di antara taraf
pendidikan ibu, taraf pendidikan bapa, tahap pekerjaan bapa dan tahap pekerjaan ibu
dengan pencapaian akademik anak-anak.
Sharifah (1992) dalam kajiannya mendapati bahawa pendapatan ibu bapa,
sokongan sosial ibu bapa, pelajaran ibu dan ras mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pencapaian akademik murid-murid tersebut.
Kajian yang telah dibuat oleh Noraini (1994) pula mendapat penemuan bahawa
anak yang berasal daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi
adalah lebih maju dalam persekolahannya dan memperoleh lebih gred pencapaian
berbanding anak-anak yang berasal daripada keluarga yang mempunyai rendah status
sosio-ekonominya. Ini adalah kerana dalam keadaan status sosio-ekonomi yang tinggi,
ibu bapa lebih berkemampuan untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran yang
selesa untuk anak mereka melaksanakan proses pembelajaran.
Ballen & Moles (1994) pula dalam kajiannya mendapati ibu bapa yang
berpendapatan rendah sangat kurang dalam membantu anak-anak di rumah dalam hal
kerja-kerja sekolah. Mereka juga tidak dapat mengadaptasi diri mereka kepada perubahan
kurikulum di sekolah. Oleh itu, pengaruh yang kurang kondusif dalam persekitaran
sedemikian tidak akan menolong dalam perkembangan pembelajaran anak-anak.
44
Menurut Useem (1991) merumuskan dalam kajiannya dengan mendapati ibu bapa
yang berpelajaran tinggi tidak dapat menyesuaikan diri dan melibatkan diri dalam
kebanyakan aktiviti dan ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan anak-anak dalam
subjek Matematik.
Grissmer (1994) dalam kajiannya mendapati bahawa tahap pendidikan ibu bapa
merupakan faktor utama yang memberikan kesan kepada pencapaian akademik anak-
anak. Tambah pengkaji lagi bahawa anak-anak ini akan lebih berjaya dalam pendidikan
dan mampu mencapai tahap yang lebih tinggi kerana ibu bapa dapat memberikan tunjuk
ajar yang sebaiknya di rumah. Beliau juga mendapati bahawa anak-anak yang
berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah sama ada ibu atau pun bapanya
sahaja yang bekerja akan kurang berjaya dalam pendidikannya. Ini bukanlah bermaksud
anak-anak tidak boleh berjaya atau tidak bersemangat untuk belajar tetapi disebabkan
oleh kurang kemampuan oleh ibu bapa dalam menyediakan kemudahan pembelajaran
yang diperlukan oleh anak-anak.
Maeroff (1998) dalam kajiannya juga merumuskan anak-anak yang mana ibu
bapanya berpendapatan rendah kurang berjaya dalam akademik di sekolah. Menurut
pengkaji ini lagi antara salah satu sebabnya ialah kurangnya sumber-sumber seperti
kamus, komputer dan buku-buku latihan tambahan di rumah.
Berns (1993) pula menyatakan bahawa sumber-sumber yang terhad dalam
keluarga kelas bawahan yang dikaitkan dengan faktor pendapatan menghalang ibu bapa
daripada menyediakan rangsangan intelektual yang bersesuaian untuk anak-anak. Beliau
juga mendapati pelajar yang datang daripada keluarga status sosio-ekonomi yang tinggi
45
menunjukkan tahap pencapaian tinggi dalam ujian dan tinggal lebih lama di sekolah
berbanding dengan pelajar daripada keluarga status sosio-ekonomi rendah.
Nicholas dan Gallienne (1995) telah menjalankan kajian ke atas 1451 orang
subjek dalam lingkungan umur 13 tahun di 8 buah sekolah menengah di New Zealand.
Pengkaji telah memilih 2 buah sekolah dengan 528 orang subjek berada dalam tahap
status sosio-ekonomi pertengahan dan 6 buah sekolah lain dengan 923 subjek berada
dalam tahap SSE rendah. Kajian ini telah mendapati bahawa 91% daripada subjek dari
SSE rendah adalah pelajar lemah berbanding dengan 46% pelajar lemah dalam SSE
pertengahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar daripada golongan
pertengahan akan lebih berpeluang untuk berjaya dalam akademik.
Raden, William dan Coggins (1993) dalam kajian mereka telah dapat
merumuskan bahawa ibu bapa yang banyak berinteraksi dengan anak-anaknya secara dua
hala akan dapat memberikan ransangan, galakan dan juga menjalinkan hubungan kasih
saying serta mewujudkan kemesraan dengan anak-anak. Dengan adanya kemesraan ini
maka mereka akan berasa lebih disayangi, dikasihi dan dipunyai. Sebaliknya dalam
keluarga yang mempunyai status ekonomi rendah maka ibu bapa didapati kurang sekali
melakukan interaksi secara bermakna dengan anak-anak dan mereka amat kurang sekali
mempengaruhi perkembangan psikologi anak-anak. Keadaan ini menyebabkan seramai
1379 orang pelajar berumur 11 hingga 17 tahun daripada keluarga status ekonomi rendah
bersikap negatif terhadap sekolah dan pencapaian akademik mereka berada pada tahap
yang rendah.
Shek (1995) dalam kajiannya telah mendapati bahawa pengaruh status sosio-
ekonomi mempunyai kesan ke atas didikan anak-anak. Ibu bapa daripada golongan status
46
sosio-ekonomi yang rendah akan menggunakan didikan cara yang lama dan
mengamalkan nilai-nilai didikan tradisional. Ini bermaksud ibu bapa daripada golongan
status sosio-ekonomi yang rendah kurang mengambil berat dan kurang melibatkan diri
secara aktif dalam pendidikan anak-anak mereka.
Jenkins (1995) juga menyokong kajian tersebut dan menyatakan bahawa ibu bapa
yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi akan menggalakkan tabiat belajar
yang positif disamping mengajar nilai-nilai dan tingkah laku yang bersesuaian dengan
persekitaran sekolah. Dalam kajiannya terhadap 754 orang pelajar yang berumur antara
12 hingga 13 tahun mendapati tabiat belajar yang positif dapat dipupuk melalui interaksi
yang produktif, efektif dan mesra dengan ibu bapa.
Rozumah, Rohani dan Yew (1996) telah menjalankan kajian untuk menentukan
perkaitan antara status sosio-ekonomi, persekitaran rumah dan prestasi mental kanak-
kanak pra sekolah. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 34 orang kanak-kanak
yang berumur 6 tahun (17 Cina dan 17 Melayu) dari sebuah tadika Cina dan sebuah
tadika Melayu di Kampung Parit Haji Ismail, Bagan Serai. Kajian ini telah mengukur
persekitaran rumah menggunakan Inventori HOME oleh Caldwell dan Bradley (1984)
manakala prestasi mental kanak-kanak diukur dengan menggunakan ‘Weshsler
Intelligence Scale for Children’ dan ‘Goodenough Draw-a-Man Test’. Hasil kajian yang
dijalankan mendapati pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga dan saiz keluarga
mempunyai perkaitan yang signifikan dengan skor HOME. Didapati juga pendapatan
keluarga mempunyai perkaitan yang positif dengan skor mental kanak-kanak, manakala
saiz keluarga menunjukkan perkaitan yang negatif. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji-
pengkaji ini telah menyimpulkan bahawa kebolehan mental kanak-kanak mempunyai
47
hubungan dengan persekitaran rumah. Persekitaran rumah menyediakan persekitaran
untuk pembelajaran peringkat awal kanak-kanak sebelum mereka dihantar ke sekolah.
Kajian ini juga mendapati status sosio-ekonomi mempunyai hubungan dengan
persekitaran rumah dan secara tidak langsung dengan kebolehan mental kanak-kanak.
2.3 Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik
Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam proses pembelajaran anak-anak.
Ia turut mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar dalam semua mata pelajaran. Peranan
ibu bapa berkait rapat dengan perbincangan di rumah, penyeliaan di rumah dan
komunikasi antata ibu bapa dan anak. Ini kerana faktor-faktor tersebut dapat membantu
dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan.
Peranan ibu bapa dalam pembesaran dan pembentukan anak-anak adalah sangat
penting dan mempunyai pengaruh yang sangat besar bukan sahaja dalam pencapaian
pendidikan tetapi juga pembentukan cara hidup. Ini dengan jelas diperkatakan dari Al-
Aswad Bin Sari’ Radiyallahu’anhu dari Rasulullah S.A.W yang bersabda :.
“Setiap anak-anak yang dilahirkan berkeadaan bersih (fitrah) sehinggalah dia berubah dengan perkataannya, maka ibubapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Riwayat Al-Tabrani dan Al Baihaq)
Peranan keibubapaan atau penjaga tidak dapat dinafikan dan mereka memainkan
peranan yang sangat pentng dalam aspek pembelajaran dan kejayaan anak-anak mereka.
Sungguhpun kenyataan ini nampak mudah dan tidak boleh ditolak, tetapi untuk
memahami lorongan-lorongan tertentu di mana keibubapaan memainkan peranan yang
sangat penting merupakan keadaan yang kompleks.
48
Penglibatan keluarga merupakan kunci utama di dalam perkembangan pendidikan
di peringkat awal remaja selama tiga dekad (Fantuzzo, Tighe & Childs, 2000).
Ismail Ibrahim (2002) menyatakan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang
amat penting dalam mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang
sempurna dalam suasana yang harmoni sejak di peringkat bayi lagi hingga ke peringkat
mereka memasuki alam universiti. Semuanya ini dapat diatasi dengan memberikan
mereka asuhan yang betul, didikan yang sempurna, perhatian yang secukupnya dan lebih-
lebih lagi kasih sayang terhadap anak-anak supaya anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa
mereka. Dengan ini, mereka akan meluahkan apa sahaja kemusykilan yang
menghantuinya. Perkara ini penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka akan
merasakan ada insan yang mengambil berat mengenai kehidupan mereka selama ini.
Selain itu, jika kehidupan kekeluargaan sentiasa diberi perhatian terutamanya dikalangan
ibu bapa, anak-anak berkenaan akan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
seterusnya akan mendorong mereka untuk membalas jasa yang telah dicurahkan.
Ismail Zain (2002) telah menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya menggalakkan
anak-anak mencuba dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebolehan mereka.
Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak-anak,
memberikankannya perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicita-citakan oleh
mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka mempunyai masa yang
terancang dengan memantau dan melihat apa yang anak-anak lakukan dalam masa
mereka berada di rumah dan mewujudkan keadaan di rumah yang selesa untuk belajar
tanpa ada banyak gangguan.
49
Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah memberi dorongan yang banyak dan kuat
kepada anak-anak supaya mereka berani mengambil risiko untuk mencuba. Mereka
sepatutnya membiarkan anak-anak mereka memilih sendiri bidang apa yang mereka ingin
pelajari dan tidak menyekat atau pun menghalang pilihan yang dibuat oleh mereka.
Bahkan seharusnya ibu bapalah yang menjadi juru tunjuk kepada anak-anak . Sikap
terbuka seperti ini secara tidak langsung akan memberi semangat kepada anak-anak
untuk terus belajar dan mencuba yang akhirnya menjadi orang yang aktif dan berjaya.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menunjukkan kata-kata semangat
kepada anak-anak untuk terus belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Salah
satu caranya adalah dengan menggalakkan anak-anak menanam cita-cita dalam dirinya
seterusnya menjelaskan sebab-sebab mengapa anak-anak perlu menanam cita-cita
tersebut.
Morisson dan Mc Intryre (1973) dalam Mohd Tobat Omar (1989) menyebut
bahawa sikap ibu bapa yang dimaksudkan disini adalah termasuk kepada aspek minat,
perhatian dan juga penglibatan ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar
dalam pelajarannya. Galakan dan aspirasi seperti ini sangatlah penting bagi
meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran. Ini bukan sahaja memberi keuntungan
kepada anak malah turut dikongsi dengan ibu bapa.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu memberi pujian dan ganjaran bagi usaha gigih
yang telah anak-anak tunjukkan bukan hanya semata-mata terhadap kejayaan yang
mereka telah capai. Dalam kesungguhan ibu bapa untuk membantu anak-anak mengecapi
kejayaan, tanpa disedari para ibu bapa terkadang memberikan suatu tekanan dan
menetapkan matlamat yang lebih kepada anak-anak. Hal ini membuatkan anak-anak
50
menjadi takut jika mereka tidak dapat memenuhi harapan atau matlamat yang diinginkan
oleh para ibu bapa.
Reynolds (1992) telah memberikan definisi penglibatan ibu bapa sebagai
sebarang interaksi antara ibu bapa dan anak-anak yang akan membawa kepada
perkembangan kanak-kanak. Ia juga dikatakan sebagai penyertaan secara langsung
dengan sekolah anak-anak demi kepentingan anak-anak tersebut. Penglibatan ibu bapa
dalam kajian ini akan menggunakan soal selidik penglibatan ibu bapa yang diadaptasi
daripada kajian Derrick-Lewis (2001), Davis (2000) dan ‘Parent Involvement Inventory’
daripada ‘The Illinios State Board of Education’ (1994). Dimensi penglibatan ibu bapa
dalam soal selidik ini mengandungi tiga konstruk iaitu perbincangan di rumah,
penyeliaan di rumah dan komunikasi antara ibu bapa dan anak.
Epstein (1988) pula menyatakan bahawa dalam soal penglibatan ibu bapa adalah
berperanan sebagai guru atau tutor dalam aktiviti pembelajaran di rumah. Peranan ibu
bapa dalam hal ini adalah mengawasi dan membantu anak-anak mereka membuat kerja
rumah untuk membantu anak-anak dalam aktiviti pembelajaran di rumah. Setiap tahun
ibu bapa perlulah tahu bagaimana untuk menyokong, menggalakkan serta membantu
anak-anak menyelesaikan kerja rumah (Leeper et. al. 1979; Meighan and Siraj –
Blatehford, 1999).
Beberapa amalan ringkas perlulah diamalkan oleh ibu bapa semasa membantu
anak-anak mereka. Antara amalan itu adalah berbincang, memahami setiap program
pengajaran dan apa yang anak mereka pelajari pada setiap tahun, menghargai kemahiran
mengajar gurunya dan menyedarkan anak-anak mereka tentang peranan mereka sebagai
pelajar. (Epstein1995; Atkin, Bastiani and Goode, 1988). Pendapat ini selaras dengan
51
Comer (1980) yang melihat bahawa penglibatan ibu bapa sebagai pendidik di rumah
adalah satu cara yang berkesan untuk membentuk sikap anak-anak dan meningkatkan
pencapaian akademik mereka.
Izzah (2002) pula telah berpendapat bahawa para ibu bapa boleh membantu
mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan
mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui
tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan
menyelesaikan tugasan, mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang
telah diselesaikan oleh anak.
Epstein (2002), sekiranya penglibatan ibu bapa dalam bidang ini berjaya, maka
anak-anak remaja mereka akan menyiapkan kerja rumah yang diberi mengikut jadual,
pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu akan meningkat, lebih ramai
para ibu bapa akan mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka belajar dalam kelas.
Selain itu, para ibu bapa juga tahu bagaimana untuk membuat pemantauan, menyokong
dan berbincang dengan anak-anak semasa berada di rumah.
Williams et al. (2002) telah membuat kajian ke atas penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak-anak. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat
tentang tahap penglibatan ibu bapa dalam soal melaksanakan bantuan mereka di sekolah,
perhubungan dengan guru dan penglibatan dengan kerja rumah. Kajian ini telah dibuat
dengan menggunakan soal selidik melalui telefon. Dalam hal ini, pengkaji menelefon
seramai 2019 orang ibu bapa yang mana anak-anak mereka bersekolah di sekolah rendah
dan menengah (umur 5 hingga 16 tahun ). Hasil dapatan kajian telah mendapati bahawa
lebih satu dalam tiga atau pun 29% para ibu bapa merasakan ‘sangat terlibat’ dalam
52
kehidupan persekolahan anak-anak mereka. Ibu bapa sekolah rendah lebih merasakan
sedemikian berbanding dengan ibu bapa sekolah menengah. Selain itu, ibu lebih
berkecenderungan mengatakan mereka ‘sangat terlibat’ berbanding bapa.
2.3.1 Perbincangan di Rumah
Henderson dan Berla (1994) dalam kajiannya merumuskan bahawa ibu bapa yang
sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang program sekolah merupakan salah satu
strategi untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Mereka juga mendapati ibu
bapa yang sentiasa mengambil berat dengan berbincang tentang program-program yang
dijalankan di sekolah dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat merangsangkan anak
untuk hadir ke sekolah dan ini dapat membantu dalam peningkatan prestasinya.
Keith et.al (1993) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan anak-anak mempunyai kesan positif dalam subjek Matematik. Malah
perbincangan ibu bapa dengan anak tentang pembelajaran di bilik darjah didapati akan
menjurus kepada peningkatan pencapaian akademik.
Clark (1993) pula mendapati bahawa ibu bapa yang selalu berbincang tentang
aktiviti pembelajaran di bilik darjah bagi tempoh masa 20 jam seminggu dapat membantu
anak mencapai kejayaan dalam akademik. Seterusnya pengkaji juga merumuskan kadar
perbincangan yang tinggi dengan anak-anak dilihat akan menjurus kepada peningkatan
dalam pencapaian akademik.
Riley (1997) dalam kajiannya telah membuktikan bahawa ibu bapa yang
membincangkan hal-hal pendidikan anak akan dapat membantu anak-anak mencapai
53
kejayaan yang lebih baik dalam ujian dan peperiksaan. Ini disokong oleh Epstein (1986)
yang membuktikan bahawa ibu bapa yang berbincang tentang pendidikan anak-anak
seperti markah ujian dan peperiksaan dan cara-cara meningkatkan markah akan
menolong meningkatkan prestasi anak. Perbincangan ibu bapa dan anak akan memberi
kesan yang signifikan ke atas pencapaian akademik anak-anak.
Wherry (1998) dalam kajiannya menyokong bahawa ibu bapa yang menyediakan
bilik darjah yang senyap akan memberangsangkan anak-anak. Ini akan menolong anak-
anak menumpukan lebih perhatian ke atas pembelajaran dan seterusnya akan membantu
pencapaian akademiknya. Tambah pengkaji ini lagi suasana rumah yang
memberangsangkan pembelajaran dan dapat mengubah pemikiran anak-anak ke arah
lebih positif terhadap kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru.
Kajian ini juga disokong oleh Bloom (1964) yang merumuskan bahawa suasana
di rumah yang senyap dapat memberangsangkan dan menimbulkan minat dalam
pembelajaran dan rancangan masa hadapan. Malah pengkaji ini juga mendapati suasana
rumah yang memberangsangkan dapat mempengaruhi perkembangan kognitif anak-anak,
minat serta semangat untuk belajar dapat dipupuk untuk terus maju dalam pendidikan.
2.3.2 Penyeliaan di Rumah
Mucha (1987) telah menjalankan kajian ke atas satu kumpulan ibu bapa dan hasil dapatan
kajian tersebut mendapati bahawa ibu bapa yang dengan kerap memeriksa kerja sekolah
anak mereka akan dapat membantu anak-anak tersebut dalam meningkatkan pencapaian
akademik mereka. Beliau juga menyatakan apabila anak-anak sedar bahawa ibu bapa
54
akan memeriksa kerja sekolah maka anak tersebut akan sanggup dan terpaksa
menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu dan ini telah membantu anak-anak dalam
mencapai kejayaan.
Eagle (1989) dalam kajiannya telah mendapati bahawa 27% anak di mana ibu
bapanya sentiasa memeriksa kerja sekolah berjaya sehingga melanjutkan pelajaran
mereka ke tahap pendidikan ijazah.
Leler (1983) dalam kajiannya menyatakan bahawa apabila ibu bapa meluangkan
masa memeriksa kerja sekolah anak mereka dan rajin memberikan latihan tambahan
kepada anak mereka akan membantu dan memberi kesan yang signifikan ke atas
pencapaian akademik. Pengkaji juga menyatakan bahawa anak juga boleh meningkatkan
proses pembelajaran melalui latihan tambahan yang diberikan oleh ibu bapa mereka dan
pastinya ini akan membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik.
Cooper (1989) menyatakan bahawa kebanyakkan amalan-amalan di sekolah di
Amerika Syarikat mencadangkan kerja-kerja sekolah hendaklah diberikan kepada pelajar
sekolah dan melaluinya ibu bapa akan sentiasa membantu dan menyokong dalam
pelajaran anak-anak mereka.
Clark (1993) dalam kajiannya menyebut ibu bapa yang meluangkan masa
menonton televisyen bersama anak dan menyiapkan kerja sekolah bersama-sama mereka
akan dapat meningkatkan pencapaian akademik anak-anak. Beliau juga mendapati
bahawa pelajar-pelajar yang berjaya dalam akademik rata-ratanya meluangkan masa
lebih kurang dua puluh jam seminggu untuk aktiviti yang melibatkan kerja sekolah dan
kumpulan pelajar ini dibantu oleh ibu bapa mereka di rumah. Malah kadar keciciran juga
55
adalah rendah apabila kedua-dua ibu bapa menyumbangkan penglibatan diri dalam
pendidikan anak-anak.
Kajian oleh Felham et.al (1987) mendapati ibu bapa yang ingin membantu anak
mencapai kejayaan dalam akademik perlu mengambil tahu aktiviti yang selalu dilakukan
oleh anak selepas waktu persekolahan. Anak yang dibiarkan terlalu bebas akan mula
mencari peluang untuk mengelakkan diri daripada kerja sekolah. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah sentiasa peka terhadap segala aktiviti anak selepas sekolah dengan
menghadkan masa anak keluar dari rumah.
Arnold dan Whitehurst (1994) dalam kajiannya telah mendapati bahawa anak-
anak yang dilatih untuk membaca dengan menyediakan bahan bacaan di rumah sejak di
bangku tadika lagi dapat menimbulkan minat membaca apabila mereka semakin dewasa.
Ini kerana adanya bahan-bahan seperti majalah pendidikan, surat khabar dan komputer di
rumah dapat membantu menimbulkan minat anak untuk membaca dan seterusnya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
2.3.3 Komunikasi Antara Ibu bapa dan Anak
Aminah (1996), Asiah (1994) dan Asiah (1999) dalam kajian yang telah dilakukan
menunjukkan bahawa tingkah laku dan komunikasi ibu bapa akan menentukan kejayaan
kepada seseorang pelajar dalam akademiknya. Tingkah laku, komunikasi dan hubungan
ibu bapa terhadap anak adalah merupakan antara punca tekanan dan konflik yang timbul
di kalangan pelajar-pelajar pada hari ini (Zainal, 2000). Komunikasi yang dilakukan
56
secara lembut dengan anak-anak adalah memberi pengaruh yang amat besar terhadap
pencapaian akademiknya (Abdullah, 1995).
Clark (1993) dalam kajiannya ke atas 28 program mengenai penglibatan ibu bapa
telah mendapati bahawa komunikasi ibu bapa yang agak aktif akan dapat mengubah
perlakuan anak dan memberikan lebih sokongan moral untuk anak hadir dan menimba
ilmu di sekolah. Perubahan sikap yang berlaku terhadap anak ini memberikan keyakinan
diri yang agak tinggi untuk anak meneruskan proses pembelajaran.
Epstein (1986, 1987, 1994) dalam kajian-kajiannya telah dapat membuktikan
bahawa pelajar-pelajar akan menunjukkan prestasi yang baik dan akan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi apabila dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa
memberikan sokongan moral dan mengharapkan kejayaan akademik yang cemerlang
daripada anak-anak.
Kusum Singh (1995) dalam kajiannya telah mendapati bahawa harapan ibu bapa
dan kepercayaan mereka dalam kejayaan anak-anak mempunyai hubungan yang positif
ke atas pencapaian akademik. Pengkaji ini juga mencadangkan agar ibu bapa dapat
membantu meningkatkan semangat dan motivasi anak dengan cara berkomunikasi secara
terbuka dengan anak-anak tersebut.
Candis (2003) dalam kajiannya pula mendapati bahawa ibu bapa yang
mempunyai anak-anak yang berjaya dalam akademik akan sentiasa memberikan nasihat
dan kesedaran betapa pentingnya melanjutkan pelajaran ke tahap yang tinggi. Menurut
pengkaji lagi ibu bapa yang sentiasa berkongsi pengalaman dengan anak-anak tentang
kerjaya mereka dan secara tidak langsung bertindak sebagai “role model” kepada anak-
57
anaknya. Ibu bapa yang mahukan anaknya berjaya dalam akademik akan kerapkali
meluahkan perasaan bangga dengan cara memberikan hadiah atau memberikan ganjaran
lain untuk meningkatkan motivasi dalaman anak-anak.
2.4 Rangkakerja Kajian Pengkaji telah membentuk satu kerangka yang bertujuan untuk memandu arah kajian ini.
Rekabentuk kajian ini telah diadaptasi daripada kerangka Model Enam Penglibatan
Epstein (1995).
Kerangka Model Enam Penglibatan Epstein (1995) telah mendakwa bahawa
penglibatan yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti yang bertujuan
membantu golongan generasi muda atau pelajar akan berjaya di sekolah dan selepas
tamat persekolahan.
Pertindihan sfera yang berlaku antara ketiga-tiga pihak meletakkan pelajar-pelajar
berada ditengah-tengah. Enam penglibatan yang terdapat di dalam model ini adalah
keibubapaan, komunikasi, kesukarelaan, belajar di rumah, membuat keputusan dan
kolaborasi dengan komuniti.
58
Rajah 2.4
Struktur External Model Teoritikal Pertindihan Sfera Pengaruh Keluargadan Sekolah ke atas Pembelajaran Pelajar
Kuasa B Kuasa C
Pengalaman,falsafah dan Pengalaman,falsafah dan
pelaksanaan oleh famili. pelaksanaan oleh sekolah.
Kuasa A
Masa/ umur/ tahap gred.
Sumber : Epstein et al. (1991)
59
Rajah 2.5
Kerangka Konseptual Kajian yang Diadaptasi daripada Kerangka ModelEnam Penglibatan Epstein (1995)
2.5 Penutup
60
Penglibatan Ibu Bapa
- Perbincangan
- Penyeliaan di rumah
- Komunikasi
Pelajar
Status Sosio-ekonomi
- Pendidikan ibu bapa
- Pendapatan ibu bapa
- Pekerjaan ibu bapa
Pencapaian
Akademik
Perubahan yang berlaku dalam pendidikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Malahan, perubahan yang berlaku sekarang adalah pada kadar yang pantas, sukar diramal
dan kompleks. Walaupun begitu, perubahan yang kompleks boleh dijayakan jika proses
pelaksanaannya dibuat dengan cara berperingkat-peringkat yang bertujuan untuk
memberi masa, arah dan bimbingan kepada mereka yang terpaksa menghadapi perubahan
tersebut.
Bab 3
61
3.0 Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan
Pengkajian ini akan mengaplikasikan kajian deskriptif. Gay and Airasian (2000)
menjelaskan bahawa kajian deskriptif adalah untuk mengambarkan dan mendapatkan
bagaimana sesuatu keadaan atau bagaimana suatu senario itu berlangsung.
Kajian deskriptif berasaskan kepada definasinya adalah bertumpu untuk
mendapatkan kesimpulan gambaran daripada perwatakan populasi ataupun fenomena di
bawah sesuatu kajian. Objektif utama kajian deskriptif adalah untuk menggambarkan
atau mengetengahkan hubungan atau hubungkait di antara perwatakan, benda-benda dan
fungsi-fungsinya.
Di sini, pengkaji dengan jelas ingin menggambarkan dan menghalusi signifikasi
pencapaian akademik terhadap segmen-segmen status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu
bapa seperti yang telah disebutkan. Kajian deskriptif ini direncanakan untuk mengutip
maklumat daripada murid-murid sekolah rendah bagi tahun 5 berkaitan dengan
persekitaran setiap individu .
62
Bagi melaksanakannya, pengkaji akan berbincang dengan penyelia tentang hal-
hal pengurusan kajian, populasi yang terlibat, sampel kajian, prosedur instrumen
pengutipan data dan prosedur analisis data. Beberapa sekolah yang dipilih secara rawak
di daerah Hilir Perak akan dijadikan sebagai kajian dengan kebenaran Pejabat Pelajaran
Daerah yang terlibat.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dikategorikan sebagai kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang bertujuan
untuk mengenalpasti sejauh mana hubungan antara status sosio-ekonomi dan penglibatan
ibu bapa dengan prestasi tahap akademik pelajar. Di samping itu juga, kajian ini akan
melihat tahap status sosio-ekonomi ibu bapa dan juga tahap-tahap penglibatan ibu bapa di
rumah.
Pengkaji menggunakan satu soal selidik yang ditadbir kepada 100 orang murid di
beberapa buah sekolah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak, Perak. Soal selidik ini akan
membantu pengkaji mengumpul maklumat tentang pencapaian akademik pelajar, status
sosio-ekonomi ibu bapa pelajar dan penglibatan ibu bapa pelajar. Sehubungan dengan itu,
berdasarkan kepada objektif kajian dan juga persoalan kajian, reka bentuk kajian ini
mengutarakan dua jenis pembolehubah iaitu satu pembolehubah bersandar iaitu
pencapaian akademik pelajar dan dua pembolehubah tidak bersandar iaitu status sosio-
ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa di rumah.
3.3 Kerangka Konseptual Kajian
63
Berdasarkan rekabentuk yang digunakan, pengkaji telah menghasilkan satu kerangka
konseptual bagi membantu dalam memahami proses pelaksanaan kajian ini. Kerangka
konseptual yang dibina adalah seperti dalam rajah 3.1 . Berdasarkan rajah 3.1 objektif
kajian adalah mengkaji sejauh mana status sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu
bapa ke atas pencapaian akademik pelajar. Tahap status sosio-ekonomi dikategorikan
kepada tiga iaitu pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa.
Manakala penglibatan ibu bapa di rumah pula dikategorikan kepada tiga juga iaitu
perbincangan di rumah, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa di rumah.
Rajah 3.1
64
Model Kerangka Konseptual Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik Pelajar
H1
H3
H2
3.4 Populasi dan Sampel
Tujuan membuat sampelan adalah untuk membolehkan pengkaji menganggarkan
populasi yang tidak diketahui perwatakannya. “Proses persampelan melibatkan
pemilihan penggunaan bilangan item yang kecil daripada populasi untuk membuat
kesimpulan yang mewakilkan terhadap keseluruhan populasi”(Zikmund, 1994).
65
Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa
1. Pendidikan ibu bapa2. Pekerjaan ibu bapa3. Pendapatan ibu bapa
Penglibatan Ibu Bapa di Rumah
1. Perbincangan di rumah2. Penyeliaan di rumah3. Komunikasi ibu bapa
dan anak di rumah
PENCAPAIAN
AKADEMIK
PELAJAR
Target populasi di dalam kajian ini melibatkan 100 orang murid-murid sekolah
rendah bagi tahun 5 sebagai saiz sampel yang dipilih di Daerah Hilir Perak. Ianya juga
dikenali sebagai unit-unit sampel.
Pengkaji mengambil keputusan untuk memilih pelajar-pelajar tahun 5 sebagai
sampel kerana mereka tidak menduduki peperiksaan umum yang penting pada tahun
kajian iaitu UPSR. Jika memilih pelajar-pelajar tahun 6 ianya akan mengganggu tumpuan
mereka kerana akan menghadapi peperiksaan UPSR. Pengkaji akan memilih lima buah
sekolah di Daerah Hilir Perak. Setiap sekolah pengkaji akan memilih seramai 20 orang
pelajar.
Pengkaji akan meminta kerjasama daripada Guru Penyelaras Tahun 5 setiap
sekolah untuk memilih 20 orang murid daripada sekolah masing-masing. Pengkaji tidak
menentukan apa-apa syarat terhadap Guru Penyelaras yang memilih murid-murid
tersebut kecuali murid-murid haruslah terdiri daripada status sosio-ekonomi dan
pencapaian akademik yang pelbagai.
Dengan memilih murid-murid ini sebagai responden atau unit sampelan, ianya
membantu pengkaji untuk menilai, membuat gambaran, mendapatkan maklumat yang
dikehendaki terhadap segmen-segmen status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa
seperti yang disebutkan.
3.5 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai satu instrumen untuk proses
pengumpulan data. Soal selidik ini dibina dan diubah suai oleh pengkaji berdasarkan
kajian-kajian lepas, kajian Derrick-Lewis (2001), Davis (2000) dan Inventori Pengaruh
66
Ibu Bapa (Inventory of Parental Influence – IPI Campell, 1994). Instrumen ini
direkabentuk untuk mengenalpasti pelajar mengikut kategori penentu-penentu tahap
pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa serta kadar kekerapan
perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa dengan anak di rumah.
Set-set soalan soal selidik yang dihasilkan akan diedarkan kepada murid-murid
tahun 5 di beberapa buah sekolah rendah Daerah Hilir Perak. Bagaimana pun pra-ujian
akan dilaksanakan terlebih dahulu ke arah memastikan keberkesanan instrumen kajian.
Ini adalah penting kerana penilaian dapat dilakukan terhadap arahan-arahan yang
terdapat dalam soal selidek adalah jelas, mudah difahami, mempunyai keesahan,
berbentuk “mesra pembaca” serta bahasanya adalah sesuai dengan tahap umur murid-
murid sekolah rendah.
Soalan juga diubahsuai mengikut skala Likert. Tuckman (1988) berpendapat
bahawa skil ini digunakan untuk mendaftarkan julat perbezaaan yang terdapat diantara
keadaan sangat setuju dan sangat tidak setuju terhadap pernyataan yang melibatkan
aspek sikap, kepercayaan, penilaian dan keputusan. Soal selidik kajian ini mengandungi 1
set soalan yang mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Bahagian A mengandungi item-item berkaitan dengan maklumat diri dan ibu
bapa sampel. Sebanyak empat item yang disenaraikan dalam bahagian ini iaitu :
i. Jantina murid
ii. Umur murid
iii. Bangsa murid
iv. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun murid.
Bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan maklumat ibu bapa.
67
Dalam kajian ini, status sosio-ekonomi ditentukan oleh jenis pekerjaan ibu bapa, tahap
pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Pengukuran ini berdasarkan apa
yang ditentukan oleh EPRD dan Bank Dunia. Antara item bahagian B yang akan ditanya
adalah :
i. Pekerjaan ibu bapa yang tertinggi
ii. Pendidikan ibu bapa yang tertinggi
iii. Pendapatan ibu bapa yang tertinggi
Jadual 3
Komponen Pembolehubah Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa
TAHAP TINGGI SEDERHANA RENDAH
Tahap Pendidikan Ijazah/Sarjana/PhD Diploma/Sijil/Sijil
Tinggi Pelajaran
Malaysia
Darjah 6/Sijil
Rendah
Pelajaran/Sijil
Pelajaran Malaysia
Jenis Pekerjaan - Pegawai Tinggi
Kerajaan/Swasta
- Akauntan/Doktor
- Guru Ijazah
- Ahli Perniagaan
- Pegawai Rendah
Kerajaan/Swasta
- Guru Maktab
- Peniaga
- Pemborong
- Tiada kerja
- Petani
- Buruh
- Pesara
Tahap Pendapatan RM 4001 dan ke atas RM 1201- RM 4000 RM 1200 dan ke
bawah.
68
Bahagian C terdiri daripada item-tem untuk mengenalpasti pelajar mengikut
kategori penentu-penentu kekerapan perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibu bapa
dan anak di rumah. Soalan juga telah diubahsuai mengikut skala Likert. Tujuannya
adalah untuk memberi peluang kepada responden untuk meluahkan darjah persetujuan
dan tidak setuju dalam setiap pernyataan iaitu :
i. sangat tidak setuju
ii. tidak setuju
iii. tidak pasti
iv. setuju
v. sangat setuju
Dalam bahagian C ini juga terdapat 30 item soalan untuk mendapatkan maklumat
tentang kekerapan perbincangan, penyeliaan dan juga komunikasi ibu bapa di rumah.
Jadual di bawah menunjukkan Kategori Penglibatan Ibu dan Bapa.
Jadual 4
Kategori Penglibatan Ibu dan Bapa
BIL. KATEGORI PENGLIBATAN
IBU DAN BAPA
SUSUNAN
ITEM
i. Perbincangan di rumah 1 hingga 9
ii. Penyeliaan di rumah 10 hingga 17
iii. Komunikasi di rumah 18 hingga 30
69
Bagaimanapun, keesahan bagi item-item soalan akan terlebih dahulu diperolehi
setelah perbincangan dan pandangan daripada penyelia dilaksanakan.
Gay (1992) dan Leedy (1993), mengisytiharkan bahawa (validity) keesahan
adalah berkenaan “soundness” keselesaan dan keefektifan instrumen penilaian. Pengkaji
juga akan membuat pra-ujian terlebih dahulu bagi merencanakan kepastian bahawa
adanya (validity) keesahan dengan keadaan “reliabilty” kebolehpercayaan telah diambil
kira.
Tujuan utama pelaksanaan pra-ujian dibuat adalah untuk memastikan responden
boleh memahami dengan jelas arahan-arahan yang terdapat dalam soalan-soalan, dapat
menjawab soalan-soalan dan memastikan terdapatnya “reliability” serta keefektifan
soalan-soalan yang dikemukakan. “Reliability” merupakan keutamaan yang kedua
selepas aspek (validity) keesahan. “Reliability” kebolehpercayaan pada pandangan Slavin
(1992) adalah merujuk kepada darjah (degree) yang diukur adalah konsisten dalam
penghasilan setiap pembacaan terhadap benda yang sama pada setiap masa.
3.6 Kajian Rintis
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis sebelum pengumpulan data sebenar
dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item-item
yang hendak digunapakai. Satu kumpulan responden yang terdiri daripada 20 orang
murid telah dipilih secara rawak dari sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan
Abdul Aziz, Teluk Intan. Sampel ini mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama
dengan sampel kajian. Kaedah Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur
70
kebolehpercayaan item. Nilai Alpha Cronbach bagi penglibatan ibu bapa di rumah ialah
0.8692. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam
kajian ini tinggi kebolehpercayaannya.
Jadual 5
Nilai Kebolehpercayaan Item Ujian Penglibatan Ibu Bapa
BIL. ASPEK PENGLIBATAN NILAI PEKALI
KEBOLEHPERCAYAAN
ALPHA CRONBACH
1. Perbincangan ibu bapa 0.7134
2. Penyeliaan ibu bapa 0.7666
3. Komunikasi ibu bapa 0.8773
4. Keseluruhan 0.8692
3.7 Prosedur Pentadbiran Soal Selidik dan Pengumpulan Data
Pengkaji telah pergi ke sekolah-sekolah yang berkenaan untuk berjumpa dan
berbincang dengan Guru Besar tentang tujuan kajian ini dilakukan. Kemudian, pengkaji
bertemu pula dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Kaunselor sekolah
berkenaan bagi tujuan mendapatkan sampel yang bersesuaian dengan tujuan kajian ini.
Pengkaji telah meminta kerjasama daripada Guru Penyelaras Tahun 5 untuk memlilih 20
orang murid yang bersesuaian sebagai sampel. Murid-murid itu haruslah terdiri daripada
71
murid yang berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi dan pencapaian akademik yang
pelbagai. Selepas itu,20 orang murid yang telah dipilih tadi akan ditempatkan di dalam
sebuah kelas. Sampel diberi masa selama 30 minit untuk menjawab semua soalan secara
jujur tanpa berbincang dengan rakan-rakan. Pengkaji akan terus mengumpul semula set
soalan yang dijawab oleh sampel setelah tempoh masa yang diberikan tamat bagi
memastikan semua set soalan diterima semula oleh pengkaji untuk dianalisis. Sampel
tidak dibenarkan untuk membawa pulang ke rumah set soalan kerana dibimbangi tidak
akan dipulangkan.
Bagi murid-murid yang tidak dapat melengkapkan data-data yang berkait dengan
pendapatan ibu bapa dan juga pendidikan ibu bapa, mereka dibolehkan merujuk kepada
guru kelas yang berkenaan supaya data yang diperolehi tepat. Pengkaji akan melakukan
proses yang sama untuk setiap sekolah.
3.8 Pengutipan Data
Pada asasnya, pengkajian ini dibuat dengan mengimplementasikan kajian deskriptif,
maka method “Cross-Sectional Design” akan digunakan sebagai pengutipan data-data.
“Cross-Sectional Design” adalah merujuk kepada method yang akan digunakan dalam
pengutipan data di mana maklumat daripada unit-unit sampel hanya diambil sekali
sahaja. Dengan kata lain, kajian “Cross-Sectional Design” melibatkan penyiasatan
terhadap satu atau beberapa variabel sekali sahaja dengan satu masa yang tertentu.
Dengan menggunakan method ini, data-data yang pelbagai itu boleh dibuat “Cross-
Tabulated” tabulasi silang di antara satu sama lain bagi menjawab persoalan beberapa isu
yang tertentu.
72
Di sini, pengkaji sendiri akan mengelolakan kajian yang akan dibuat dengan
mengedarkan kertas-kertas soalan soal selidik kepada murid-muird yang telah
dikenalpasti dengan kerjasama pentadbiran sekolah tersebut. Murid-murid yang ini akan
diasingkan daripada pelajar yang lain samada berada di dalam dewan atau di dalam
kelas yang lain.
Pengkaji akan membantu murid-murid menjawab soalan dengan membacakan
arahan-arahan serta soalan-soalan yang berkaitan bagi memastikan mereka merasa
selesa, tiada tekanan, jelas dan benar-benar faham. Ini adalah penting kerana murid-murid
sekolah rendah biasanya merasa kurang selesa apabila berhadapan dengan orang yang
asing bagi mereka. Ini diharapkan dapat mengelakkan mereka rasa kekok atau
ketidakselesaan ketika menjawab soalan.
Ketidakselesaan menjawab soalan-soalan akan menyebabkan ketidaktepatan.
Ketepatan data adalah keutamaan yang tinggi kerana dengan ketidaktepatan data akan
mengheret kepada kesilapan kesimpulan dan pernyataan cadangan.
Murid-murid yang terlibat sebagai responden akan diberi masa diantara 50 hingga
60 minit atau lebih sekiranya diperlukan supaya tiada rasa tertekan dan diharapkan dapat
menjawab dengan hati yang terbuka serta ikhlas.
3.9 Analisa Data
Analisa statistik akan digunakan untuk mentafsirkan beberapa bahagian-bahagian terdiri
daripada lebih kurang 30 item soalan. Data-data utama akan diproses dengan
mengaplikasikan “Statiscal Package for Social Science” atau lebih dikenali dengan SPSS
versi 13.0 berteraskan program “Windows”. Kesemua maklumbalas hasil daripada
73
jawapan yang terdapat dalam soal selidik akan ditabulasikan dengan kod numerical untuk
kesesuaian analisa. Data-data yang dikumpul akan dianalisakan dengan menggunakan
statistik deskriptif.
Berpandukan soal selidik, seksyen-seksyen yang terdapat di dalam data dengan
format yang menggunakan Skil Likert ( 4 dan 5 mata) akan dianalisis dengan aplikasi
frekuensi, min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variable bebas dan bersandar
mengikut prosedur bagi mengkaji tahap signifikan, kekuatan dan arah. Manakala analisis
regresi digunakan untuk melihat hubungan antara satu pembolehubah bersandar dengan
dua pembolehubah tidak bersandar.
3.10 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kaedah tinjauan adalah sesuai digunakan untuk memperolehi
data. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan min, korelasi dan regresi bagi
melihat tahap dan hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah-
pembolehubah tidak bersandar.
74
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah
dijalankan. Hasil kajian dan perbincangan ini dibincangkan dalam tiga bahagian
berdasarkan objektif kajian iaitu :
i. Mengenalpasti tahap status sosio-ekonomi ibu bapa bagi pelajar sekolah
rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak.
ii. Mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa di rumah bagi pelajar sekolah
rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak.
iii. Mengenalpasti hubungan pengaruh status sosio-ekonomi ibu bapa
terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.
iv. Mengenalpasti hubungan pengaruh penglibatan ibu bapa di rumah
terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.
v. Mengkaji hubungan antara status sosio-ekonomi ibu bapa dengan
penglibatan ibu bapa di rumah terhadap pencapaian akademik pelajar.
75
4.2 Latar Belakang Responden
Seramai 100 orang murid di beberapa buah sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk
Intan, Hilir Perak terlibat dalam kajian ini. Semua responden yang terlibat dalam kajian
ini berumur 11 tahun. Berdasarkan Jadual 6 di bawah murid lelaki yang terlibat adalah
seramai 36 orang (36%) manakala murid perempuan pula seramai 64 orang (64%).
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jadual 6
Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 36 36%
Perempuan 64 64%
Jumlah 100 100%
4.3 Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa Bagi Pelajar Sekolah Rendah
Bandar Teluk Intan, Hilir Perak
Berdasarkan Jadual 7, kajian mendapati min skor keseluruhan tahap SSE ibu bapa bagi
sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak adalah berada pada tahap
sederhana (min = 1.87). Bagi setiap aspek SSE pula mencatatkan min skor dari aspek
pekerjaan ialah (min=1.68), aspek pendidikan ialah (min=1.78) dan aspek pendapatan ibu
76
bapa pula ialah (min=2.11). Aspek pendapatan ibu bapa mencatat min skor yang paling
tinggi iaitu 2.11. Sementara aspek pekerjaan mencatat skor min yang paling rendah iaitu
1.68.
Jadual 7
Tahap Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa
Tahap SSE Ibu Bapa Min Skor
Pekerjaan 1.68
Pendidikan Ibu Bapa 1.78
Pendapatan Ibu Bapa 2.11
Keseluruhan 1.87
Skor Min
1.0 - 1.66 Rendah
1.67 - 2.34 Sederhana
2.35 - 3.00 Tinggi
4.4 Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Bagi Pelajar Sekolah Rendah
Kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak
Berdasarkan Jadual 8, kajian mendapati min skor secara keseluruhan tahap penglibatan
ibu bapa bagi sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak adalah
berada pada tahap sederhana (min=3.26). Bagi setiap aspek penglibatan pula mencatatkan
77
min skor dari aspek perbincangan ialah (min=3.04), aspek penyeliaan ialah (min=2.93)
dan aspek komunikasi ibu bapa pula ialah (min=3.6). Aspek komunikasi ibu bapa
mencatat min skor yang paling tinggi iaitu 3.6. Sementara aspek penyeliaan mencatat
skor min yang paling rendah iaitu 2.93.
Jadual 8
Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah
Tahap Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Min Skor
Perbincangan Ibu Bapa 3.04
Penyeliaan Ibu Bapa 2.93
Komunikasi Ibu Bapa 3.60
Keseluruhan 3.26
Skor Min1.0 - 2.0 Rendah
2.1 - 3.9 Sederhana
4.0 - 5.0 Tinggi
4.5 Hubungan Antara Status Sosio-ekonomi Ibu Bapa Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar Sekolah Rendah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak
Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian
akademik pelajar (r=.754, p=.000, P<0.01). Analisis daripada Jadual 9 ini menunjukkan
wujudnya hubungan korelasi yang tinggi antara dua pembolehubah iaitu status sosio-
ekonomi ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, hipotesis yang
78
menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian
akademik adalah ditolak.
Jadual 9
Hubungan di Antara Tahap Sosio-ekonomi Ibu Bapa dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
Perkara R Sig.
Status Sosio-ekonomi .754 .000
4.6 Hubungan di Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian
Akademik Pelajar Sekolah Rendah di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan di antara tahap penglibatan ibu bapa
dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar di beberapa buah sekolah rendah di
Bandar Teluk Intan, Hilir Perak. Jadual 10 menunjukkan nilai pekali korelasi di antara
skor min markah peperiksaan dengan skor min perbincangan ibu bapa di rumah adalah
positif dan sederhana tinggi (r=.602, p=.000, P<0.01). Hubungan antara kedua-dua
pembolehubah adalah signifikan. Dapatan kajian bagi hubungan penyeliaan ibu bapa di
rumah dengan pencapaian pelajar juga adalah signifikan iaitu positif dan sederhana tinggi
(r=.517, p=.000, P<0.01). Manakala bagi hubungan antara komunikasi ibu bapa dengan
pencapaian pelajar juga adalah signifikan iaitu (r=.717, p=.000, P<0.01). Bagi hubungan
keseluruhan iaitu penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik adalah signifikan
iaitu (r=.709, p=.000, P<0.01). Ini menunjukkan bahawa pencapaian akademik di
79
kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah ada kaitan dengan tahap penglibatan ibu bapa.
Pekali korelasi yang positif menunjukkan terdapat hubungan yang terus contohnya
penglibatan ibu bapa yang tinggi akan menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi
juga. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik adalah ditolak.
Jadual 10
Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian Akademik
Pelajar
Perkara r Sig.
Perbincangan di Rumah .602 .000
Penyeliaan di Rumah .517 .000
Komunikasi di Rumah .717 .000
Penglibatan Ibu Bapa .709 .000
4.7 Hubungan Antara SSE dan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian
Akademik
Terdapat hubungan di antara pencapaian murid dengan sosio-ekonomi ibu bapa dan
penglibatan ibu bapa. Daripada jadual 11 yang diperolehi menunjukkan kebarangkalian
(F=96.464, p=.000, P<0.05) maka terdapat hubungan yang signifikan. Dengan melihat
Ujian t didapati hubungan SSE dan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar juga
80
adalah signifikan (t=6.858, p=.000, P<0.05) dan (t=5.320, p=.000, P<0.05). Nilai R
square=.665 (tidak signifikan sifar) dapat mengukuhkan lagi kewujudan hubungan antara
SSE dan penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian pelajar. Oleh itu, hipotesis
yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan
penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik adalah ditolak.
Jadual 11
Hubungan SSE dan Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dengan Pencapaian
Akademik
Perkara F Sig.
Model Regresi 96.464 .000
Perkara t Sig.
Status SSE Ibu Bapa 6.858 .000
Penglibatan Ibu Bapa 5.320 .000
81
BAB 5
RINGKASAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini meliputi aspek rumusan keputusan, perbincangan daripada hasil kajian, cadangan
kepada pengkaji-pengkaji di masa akan dating tentang tajuk kajian iaitu Pengaruh Status
Sosio-ekonomi dan Penglibatan Ibu Bapa terhadap Pencapaian Akademik Pelajar.
5.2 Rumusan Keputusan
Tahap sosio-ekonomi bagi ibu bapa pelajar tahun 5 di beberapa buah sekolah rendah
kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak menunjukkan keputusan sederhana. Rata-
rata ibu bapa di sekolah yang terlibat mempunyai tahap pekerjaan, pendidikan dan
pendapatan sederhana. Dari segi penglibatan ibu bapa pula menunjukkan skor sederhana
dan ini menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa di sekolah berkenaan berada pada tahap
sederhana.
Faktor sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa di rumah merupakan
faktor yang penting dalam pencapaian akademik pelajar. Adalah didapati kebanyakan
82
pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan adalah datangnya
daripada keluarga yang terdiri daripada latar belakang sosio-ekonomi yang tinggi.
Apabila ibu bapa berpendidikan tinggi mereka lebih memahami tentang keperluan dan
perhatian seorang anak. Manakala bagi pelajar yang kurang berjaya dalam akademik
kebanyakan ibu bapa mereka berada dikedudukan sederhana dari segi status sosio-
ekonomi.
Penglibatan ibu bapa contohnya ibu bapa yang lebih memberi perhatian dalam
perbincangan bersama anak di rumah, komunikasi bersama anak dan sentiasa menyelia
kerja-kerja rumah sudah tentunya akan memberikan inspirasi dan keyakinan kepada
anak-anak untuk berjaya pada masa hadapan. Wujud hubungan korelasi positif yang
tinggi antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik. Kajian juga
menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara SSE dan penglibatan ibu bapa
di rumah dengan pencapaian akademik.
5.3 Perbincangan
Kerangka teori adalah berdasarkan kepada Teori Ekologi (Bronfenbrenner,1979) yang
mendapati faktor-faktor persekitaran sama ada di dalam atau di luar rumah sangat
mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Manakala kerangka kajian pula
mengkaji perhubungan diantara beberapa penentu yang telah dikenalpasti yang
menyumbang kepada penglibatan ibu bapa. Pembolehubah tidak bersandar difokuskan
kepada status sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibatan ibu bapa di rumah. Manakala
pembolehubah bersandar difokuskan kepada pencapaian akademik pelajar sekolah
rendah. Status sosio-ekonomi ibu bapa diukur dari aspek pekerjaan ibu bapa, pendidikan
83
ibu bapa dan juga pendapatan ibu bapa. Manakala penglibatan ibu bapa diukur dari aspek
perbincangan ibu bapa, penyeliaan ibu bapa dan komunikasi ibu bapa di rumah.
Keseluruhan kebolehpercayaan koeffisien kajian sebenar menunjukkan 0.8692 (nilai
pekali kebolehpercayaan alpha).
Dapatan kajian ini mendapati status sosio-ekonomi ibu bapa pelajar-pelajar di
beberapa buah sekolah rendah kebangsaan di Bandar Teluk Intan, Hilir Perak adalah pada
tahap sederhana. Pekerjaan ibu bapa menunjukkan tahap sederhana rendah iaitu min
(1.68) manakala pada tahap sederhana juga iaitu min (1.78) untuk pendidikan.
Pendapatan ibu bapa pula menunjukkan tahap sederhana tinggi iaitu min (2.11). Status
sosio-ekonomi ibu bapa bagi pelajar-pelajar sekolah rendah di Bandar Teluk Intan, Hilir
Perak secara keseluruhannya adalah dalam kategori sederhana iaitu min (1.87). Golongan
ibu bapa ini adalah pegawai rendah, pekerja kilang, peniaga, guru dan pekerja swasta.
Golongan ini juga mempunyai tahap pendidikan sehingga peringkat diploma, sijil dan
STPM. Di samping itu, pendapatan mereka berada antara RM 2001 – RM 4000. Ramai
ibu bapa yang bekerja sebagai petani, bekerja sendiri dan nelayan bagi tahap SSE yang
rendah terutama ibu bapa pelajar-pelajar yang bersekolah di SK Sultan Idris II.
Penglibatan ibu bapa dikategorikan dalam tiga aspek iaitu perbincangan ibu bapa
di rumah, penyeliaan ibu bapa di rumah dan komunikasi ibu bapa di rumah yang
menyumbang kepada hasil dapatan kajian ini. Tahap yang paling rendah adalah
penyeliaan ibu bapa (2.93) diikuti perbincangan ibu bapa di rumah (3.04) dan komunikasi
(3.60). Tahap skor min (3.26) secara keseluruhannya menunjukkan penglibatan ibu bapa
bagi pelajar-pelajar adalah sederhana.
84
Terdapat hubungan korelasi yang tinggi antara status sosio-ekonomi ibu bapa
terhadap pencapaian akademik para pelajar iaitu (r=754, p=.000, p<0.01). Daripada
dapatan menunjukkan terdapatnya hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut.
Oleh itu, penolakan dibuat terhadap hipotesis yang menyatakan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara status sosio-ekonomi dengan pencapaian akademik
pelajar. Aspek yang diukur dalam status sosio-ekonomi adalah pekerjaan ibu bapa,
pendidikan ibu bapa dan juga pendapatan ibu bapa. Sekiranya seseorang ibu bapa
mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi maka mereka mempunyai kekuatan dalam
menguruskan keperluan anak-anak. Menurut Grissmer (1994), beliau mendapati tahap
pendidikan ibu bapa merupakan faktor utama yang memberikan kesan kepada pencapaian
akademik anak-anak. Anak-anak akan lebih berjaya dalam pendidikan kerana mendapat
bimbingan daripada ibu bapa di rumah.
Dalam menggalakkan pelajar untuk terus berusaha dengan gigih, penglibatan ibu
bapa di rumah dari aspek perbincangan, penyeliaan dan komunikasi amat penting.
Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa memberi kesan terhadap pencapaian
akademik pelajar. Anak-anak akan terasa dibantu apabila ibu bapa menitikberatkan aspek
perbincangan, penyeliaan dan komunikasi di rumah. Terdapat hubungan korelasi antara
penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar iaitu (r=.709, p=.000, p<0.01).
Oleh itu, penolakan dibuat terhadap hipotesis yang mengatakan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian
akademik pelajar.
Korelasi yang dicatatkan berdasarkan aspek perbincangan ibu bapa di rumah
adalah (r=.602, p=.000, p=<0.01) yang mana menunjukkan bahawa perbincangan ibu
85
bapa di rumah mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik
pelajar. Riley (1997) menyatakan bahawa anak-anak akan mencapai kejayaan yang lebih
baik dalam ujian dan peperiksaan apabila ibu bapa membincangkan hal-hal pendidikan
bersama mereka.
Korelasi yang dicatatkan bagi aspek penyeliaan ibu bapa di rumah adalah (r=.517,
p=.000, p<0.01) dimana ianya adalah signifikan. Penyeliaan ibu bapa di rumah dengan
pencapaian akademik pelajar menunjukkan hubungan korelasi yang positif. Mucha
(1987) mendapati pencapaian akademik pelajar meningkat apabila ibu bapa kerapkali
memeriksa kerja sekolah anak-anak.
Terdapat juga hubungan korelasi positif yang sangat tinggi (r=.717, p=.000,
p<0.01) antara penglibatan ibu bapa dari aspek komunikasi dan ini membuktikan bahawa
hubungan adalah signifikan antara komunikasi ibu bapa dengan pencapaian akademik.
Candis (2003), menyatakan bahawa ibu bapa yang sentiasa memberikan nasihat betapa
pentingnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi memberi kesan kepada kejayaan
anak dalam akademik.
Oleh itu, melalui kajian ini membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan
antara SSE dengan penglibatan ibu bapa di rumah terhadap pencapaian akademik pelajar.
Jika dilihat pada model regresi yang menunjukkan kebarangkalian (F=96.464, p=.000,
p<0.05) dan ini memberi makna terdapatnya hubungan antara pembolehubah.
Berdasarkan ujian t juga menunjukkan tahap yang signifikan. Daripada kedua-dua
pembolehubah tidak bersandar iaitu SSE ibu bapa menunjukkan (t=6.858, p=0.000,
p<0.05) manakala penglibatan ibu bapa di rumah (t=5.320, p=0.000, p<0.05). Ini jelas
menunjukkan hubungan yang signifikan antara SSE dan penglibatan ibu bapa terhadap
86
pencapaian akademik. Penolakan dibuat terhadap hipotesis yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dan penglibatan ibu bapa di rumah
terhadap pencapaian akademik pelajar. Ibu bapa yang mempunyai SSE yang tinggi juga
adalah baik dari aspek perbincangan di rumah, penyeliaan dan komunikasi dengan anak-
anak. Menurut Shek (1995), didikan yang diberi kepada anak-anak dipengaruhi oleh
status sosio-ekonomi.
5.4 Implikasi
Hasil kajian menunjukkan bahawa SSE dan penglibatan ibu bapa di rumah memainkan
peranan penting dalam meningkatkan pencapaian akademik. Oleh itu, tumpuan haruslah
diberikan kepada ibu bapa yang status SSEnya pada tahap sederhana rendah. Ini kerana
tanggungjawab utama adalah mencari penyelesaian demi kecemerlangan akademik anak-
anak.
Ibu bapa diharap dapat melihat peranan mereka membantu kecemerlangan
akademik anak-anak. Mereka juga perlu membantu guru dalam memastikan pendidikan
anak-anak mereka sentiasa terjamin dengan baik. Adalah lebih baik apabila berlakunya
kerjasama sepanjang masa antara guru dan ibu bapa.
Dalam pada itu, keluarga perlu mengetahui bahawa adalah penting ibu bapa
melibatkan diri dalam komunikasi, menyelia dan perbincangan antara satu sama lain.
Anak-anak akan terjerumus ke lembah yang tidak sihat andainya ibu bapa gagal menyelia
aktiviti anak-anak mereka. Melalui galakan, pemantauan dan interaksi antara ibu bapa
dan anak-anak akan membantu mereka mencapai kejayaan.
87
Status sosio-ekonomi perlu juga diberi lebih perhatian. Ibu bapa perlu disedarkan
betapa kedudukan kewangan, pendidikan dan pekerjaan yang tetap lebih menjamin ke
arah mencorakkan keperluan anak-anak.
5.5 Cadangan
Pengkaji berasakan hasil dapatan kajian amat berguna kepada Pejabat Pelajaran Daerah
serta pentadbir sekolah-sekolah yang dikaji. Melalui dapatan kajian ini pihak-pihak ini
bolehlah membuat rujukan kerana rata-rata keputusan UPSR yang dicatatkan adalah di
bawah kelulusan 60%.
Namun begitu, daripada kajian ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh
diperbetulkan oleh bakal-bakal pengkaji pada masa depan. Antara cadangan-cadangan
yang boleh diperbaiki lagi adalah seperti berikut :
i. Pembolehubah perlu ditambah supaya lebih menyeluruh dan memberi
gambaran yang lebih tepat berkaitan aspek-aspek yang dikaji.
ii. Bilangan sampel perlu ditambah dan bukan sahaja melibatkan sekolah
kebangsaan malah sekolah jenis kebangsaan.
iii. Aspek komunikasi ibu bapa menunjukkan hubungan yang tinggi
korelasinya dengan pencapaian akademik pelajar. Adalah dicadangkan
pada masa akan datang supaya aspek komunikasi ini diperincikan lagi oleh
pengkaji mengikut jenis-jenis komunikasinya pula.
88
5.6 Kesimpulan
Banyak hasil dapatan yang penting diperolehi daripada kajian ini. Lima buah sekolah
yang dipilih memiliki pencapaian UPSR di bawah 60%. Status sosio-ekonomi ibu bapa di
sekolah yang dikaji adalah pada tahap sederhana manakala tahap penglibatan ibu bapa
adalah pada skor min (3.26) dimana ianya sederhana juga.
Daripada dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang
signifikan antara SSE ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, adalah
penting bagi Jabatan Pelajaran Daerah dan pentadbir sekolah dalam merangka strategi
yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar khususnya di daerah
Hilir Perak.
Secara tidak langsung, melalui kajian ini membuktikan bahawa pengaruh ibu bapa
di rumah mempunyai pertalian yang sangat penting dalam membantu anak-anak
memperolehi pencapaian akademik yang baik.
89
SOAL SELIDIKPELAJAR PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJUNG MALIMPERAK
_____________________________________________________________________________________
Soal selidik ini dijalankan bagi memperoleh maklumat berkaitan dengan ‘STATUS SOSIO-EKONOMI DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH RENDAH : SATU TINJAUAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI DAERAH HILIR PERAK’. Dapatan daripada soal selidik ini hanya akan digunakan untuk menyiapkan satu Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Diharapkan murid-murid dapat menjawab item-item soalan-soalan dalam soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur.
Soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Sila isi maklumat pada ruangan yang
disediakan dan tandakan ( ) di dalam petak yang sesuai bagi jawapan yang dipilih.
BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI PELAJAR
1. Jantina :
Lelaki
Perempuan
2. Umur : ________ tahun
3. Bangsa :
Melayu
Cina
India
Lain-lain
90
4. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (sila tuliskan markah)
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Peratus Keseluruhan : ___________ %
BAHAGIAN B : MAKLUMAT IBU BAPA
5. Pekerjaan Bapa
Bekerja (nyatakan) …………………………………………..
Tidak bekerja
6. Pekerjaan Ibu
Bekerja (nyatakan) …………………………………………..
Tidak bekerja
7. Pendidikan Bapa yang paling tinggi
Tidak tahu
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Sijil/Diploma
Ijazah/Sarjana
91
8. Pendidikan Ibu yang paling tinggi
Tidak tahu
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Sijil/Diploma
Ijazah/Sarjana
9. Pendapatan Bapa
RM 4001 dan ke atas
RM 1201 – RM 4000
RM 1200 dan ke bawah
10. Pendapatan Ibu
RM 4001 dan ke atas
RM 1201 – RM 4000
RM 1200 dan ke bawah
92
BAHAGIAN C : STATUS SOSIO-EKONOMI DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK
Sila tandakan ( ) pada ruangan jawapan yang dipilih berpandukan skala yang disediakan seperti
berikut :
1. SANGAT TIDAK SETUJU
2. TIDAK SETUJU
3. TIDAK PASTI
4. SETUJU
5. SANGAT SETUJU
BIL. ( i ) PERBINCANGAN DI RUMAH 1 2 3 4 5
1. Ibu bapa saya membincangkan tentang apa yang saya pelajari di kelas.
2. Ibu bapa saya membincangkan tentang aktiviti-aktiviti sekolah dengan saya.
3. Ibu bapa saya membaca surat khabar dan majalah serta menceritakan kepada saya.
4. Ibu bapa saya membincangkan kesalahan yang saya lakukan dalam kerja-kerja sekolah saya.
5. Ibu bapa saya membantu dalam kerja-kerja sekolah saya.
6. Ibu bapa saya bersedia untuk mendengar penulisan yang saya tulis.
7. Ibu bapa saya akan berbincang selepas saya mendapat keputusan ujian atau peperiksaan.
8. Ibu bapa saya berbincang tentang program televisyen yang kami tonton bersama.
9. Ibu bapa saya melatih saya untuk ujian atau peperiksaan yang akan diuji di sekolah.
93
BIL. ( ii ) PENYELIAAN DI RUMAH 1 2 3 4 5
10. Ibu bapa saya akan memastikan saya menyiapkan kerja sekolah saya.
11. Ibu bapa saya menghadkan masa saya menonton televisyen pada hari persekolahan.
12. Ibu bapa saya akan memastikan saya mempunyai tempat khas untuk saya membuat kerja sekolah.
13. Ibu bapa saya memeriksa semua kerja sekolah yang saya buat.
14. Ibu bapa saya menyelia aktiviti yang saya lakukan pada masa lapang.
15. Ibu bapa saya menghadkan masa saya bermain dengan rakan-rakan.
16. Ibu bapa saya akan memastikan rumah sentiasa senyap agar saya boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran.
17. Ibu bapa saya akan memastikan saya mempunyai jadual waktu belajar di rumah.
BIL. ( iii ) KOMUNIKASI DI RUMAH 1 2 3 4 5
18. Ibu bapa saya memberitahu saya tentang kepentingan belajar untuk masa depan.
19. Ibu bapa saya mengingatkan saya untuk tekun belajar.
20. Ibu bapa saya menggalakkan saya untuk mengambil kelas tuisyen.
21. Ibu bapa saya menggalakkan dan bersedia membelikan bahan bacaan untuk membantu menambahkan pengetahuan saya,
22. Ibu bapa saya sentiasa memberi galakan apabila saya mengulangkaji pelajaran.
23. Ibu bapa saya menggalakkan saya membuat banyak latihan dalam subjek-subjek yang saya pelajari di sekolah.
24. Ibu bapa saya memberitahu tentang keyakinannya terhadap kebolehan saya.
94
25. Ibu bapa saya menasihatkan saya supaya berusaha mendapatkan markah terbaik dalam ujian atau peperiksaan.
26. Ibu bapa saya meluahkan perasaan bangganya apabila saya lulus cemerlang.
27. Ibu bapa saya memberitahu harapannya untuk melihat saya menjejakkan kaki ke universiti.
28. Ibu bapa saya berjanji akan memberikan hadiah apabila saya lulus cemerlang dalam ujian atau peperiksaan.
29. Ibu bapa saya memberikan nasihat dan kesedaran untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan saya.
30. Ibu bapa saya memberitahu bahawa mereka ingin melihat saya lulus cemerlang dalam ujian atau peperiksaan.
95
96
Rujukan
Abdullah Fahim (1995). Rumahku Syurgaku. Kuala Lumpur : Percetakan NasionalMalaysia Berhad.
Abdul Latif Samian (2001, Ogos 9). Punca Prestasi Lemah. Utusan Malaysia. Hlm.13.
Ahmad Sarji Abdul Hamid (1993). Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang dalamPentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Pentadbiran AwamMalaysia.
Amina Noor (1996). 50 Tips Keluarga Cemerlang. Kuala Lumpur : Darul Nu’man.
Anuar Ahmad (1990). Perkaitan Di Antara Latar Belakang Keluarga dan KonsepKendiri Pelajar Dengan Pencapaian Akademik. Kajian Ilmiah Tidak Diterbitkan, Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Armstrong (2006). Blending Formal and Informal Approaches To Management Learning. Diperoleh pada Januari,3 2008 daripada http://www.open.ac.uk/cetlworkspace/cetlcontent/documents/460d387639636.pdf
Arnorld, D.S. & Whitehurst, G.S. (1994). Accelerating Languange Development ThroughPicture-Book Reading : A Summary of Dialogic Reading and Its Effects. DalamD.K.Dickensen.(Ed.),Bridges to Literacy Children, Families and Schools,Cambridge, Blackwell, m.s. 103-128.
Asiah Ali (1999). Muslimat Pendidikan Kekeluargaan dan Perjuangan. Petaling JayaSelangor : Syarikat Prema Sdn. Bhd.
Asiah Ibrahim (1994). Keluarga Induk Tunggal : Sokongan dan Kualiti Tingkah LakuKeibubapaan. Kajian Ilmiah Tidak Diterbitkan, Serdang : Universiti PutraMalaysia.
Asmah Ahmad (2003). Pemimpin dan Matlamat Organisasi Pendidikan. Diperoleh Jun10,2008 daripada http://www.scribd.com/doc/20045645/Pemimpin-Dan-Matlamat-Organisasi-Pendidikan
Ballen, J.& Moles, O. (1994). School-Family Partnerships : Strong Families, StrongSchools. Washington, D.C : Department of Education.
Berns, R.M (1993). Child Family Community : Socializations and Support. FortWorth Harcourt Brace Javanorich College Publisher.
Bloom, B.S. (1964). Stability and Change of Human Characteristics. New York : Wiley.
79
Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology of Human Development. Cambridge HarvardUniversity Press.
Bronfenbrenner, U. (1979). Ecological System Theory. Annals of Child Development,6, 187-249.
Candis, Y.H. (2003). The Home Enviroment of Gifted Puerto Rican Children. Diperoleh Mac 3, 2008 daripada http://www.ncela.gwu.edu/ncbepubs/symposia/third.html
Campbell, J.R. (1994). The Differential Effects of Family Processes and SES onAcademic Self-Concept and Achievement. Diperoleh Julai 28, 2008 daripadahttp://www.ncela.gwu.edu/pathways/asian/gifted.htm
Campbell, J.R. (1994). Inventory of Parential Influence (IPI), Parent Version. DiperolehJulai 20, 2008 daripada http://www.rohan.sdsu.edu/mstover/tests/touliators/html
Clark, R.M. (1993). Homework-Focused Parenting Practices That Positively Affect Student Achievement. In N.F. Chavkin (Ed). Families and School in a Pluralistics Society : 85-106.
Coleman, J.,Campbell, E., Hobson, C.,McPartland, J.,Mood, A.,& Weinfield, F. (1996)Equality of Educational Opportunity. Washington, DC : US Department ofHealth, Educational and Welfare.
Comer, J.P. (1998). Educating Poor Minority Children. Scientific American,259,(5),42-48
Cooper, H.M. (1989). Homework. New York : Longman.
Derrick-Lewis, S.M. (2001). Parental Involvement Typologies Related to StudentAchievement. Disertasi Ph.D. East Tennessee State University.
Doris, D. (2000). Supporting Parent, Family and Community Involvement in YourSchool. Diperoleh pada Mei 20,2008 daripada http://www.wnel.org/csrdp/family.pdf
Eagle (1989). Parent Involvement and Student Achievement. Diperoleh April 3, 2008 daripada http://www.sdcoe.k12.caus/notes/51/partsu.html
Epstein, J.L. (1986). Parents Reactions to Teacher Practices of Parent Involvment : Elementary School Jurnal,86,93-227.
Epstein, J.L. (1987). Parent Involvement : What Research Says to Administration.Education and Urban Society,19(2),119-136.
Epstein, J.L. (1994,October-November). Perspectives and Previews on Research andPolicy for School,Family and Community Partnerships. Paper and presented
80
at the Family-School Links Conference, Pensylvania State University.
Faaland et al. (1991). Developmental Biological. Diperoleh Mei 10,2008 daripada http://www.patentstorm.us/patents/7101709.html
Fehman, P.G. Keith, T.Z.& Reimers, T.M. (1987). Home Influences on School Learning:Journal of Educational Research 806:330-337.
Grissmer,& David, W. (1994). Student Achievement and the Changing American Family.Santa Monica, CA:Rand.
Hassan Mohd Ali (1996). Siri Keluarga Mithali Utusan-Akrab:Keluarga Bahagia.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hashim Yaacob (2004). Buli dan Kecemerlangan Pelajar. Utusan Malaysia.
Hashima, Y.& Amato, P.R. (1994). Proverty, Social Support and Parental Behaviour.Child Development.65,394-403.
Hazil Abdul Hamid (1990). Sosiologi dalam Perspektif Pembangunan Negara.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Henderson, A.T.& Berla, N. (1994). The Family is Critical to Student Achievement.Washington, D.C.U.S. Department of Education.Laman web : http://eric.web.tc.columbia.edu/families/strong/sfp.html
Hess, R.D. & Holloway, S.D. (1984). Family and School as Educational Institutions.Review of Child Development Research,(7),179-222.
Hishammuddin Hussein (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KementerianPelajaran Malaysia.
Ishak Sin (2003). Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif PengurusPendidikan Wanita. Diperoleh April 29,2008 daripadahttp://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_07.pdf
Ismail Ibrahim (2002). Disiplin Keluarga Jadi Penentu. Diperoleh pada Jun 15, 2008daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.php3?id=37
Ismail Zain (2002). Motivasi Membina Aras Harga Diri. Diperoleh pada Jun 15, 2008 daripada http://www.tutor.com/tutor/dunia.asp?=0617
Jenkins, P.H. (1995). School Delinquency and School Commitment. Sociology of Edcation, 68,3,221-39.
81
Kamarulzaman Kamaruddin (2003). Psikologi Perkembangan-Teori dan Konsep.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Keith, T., Keith, P., Troutman, G.C., Bickley, P.G., Trivette, P.S., & Singh, K. (1993).Does Parental Involvement Affect Eight Grade Student Achievement? SchoolPsychology Review 22(3),474-496.
Kusum Singh (1995). The Effects of Four Components of Parental Involvement onEight-Grade Student Achievement : School Psychology Review 24(2),299-317.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001-2010).Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Diperoleh Januarai 10,2008 daripada http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/746_Ringkasan%20Pembangunan%20Pendidikan%202001-2010.pdf
Leler, H. (1983). Parent Education and Involvement in Relation to the School and toParents of School-Aged Children. Parent Education and Public Policy, NJ :ABLEX Publishing Co.
Maehr (1996). Transforming School Cultures. Diperoleh pada Jun 11,2008 daripadahttp://www.amazon.com/Transforming-School-Cultures-Lives-Context/dp/081332744X
Maeroff, G.L. (1998). Altered Dstinies : Making Life Better for Children in Need.Phi Delta Kappan, 424-432.
Marjoribanks, K. (1994). Family and School Enviroment. International Journal of Educational Research, 21,1-6.
Maslow Abraham, H. (1998). Maslow on Management. United States of America :John Wiley & Sons, Inc.
Mohamad Daud (1994). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Kormain Hasyim (1999). Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Anak-anak.Jurnal Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Tobat Omar (1989). Sikap dan Penglibatan Ibu Bapa Terhadap Perkembangandan Kemajuan Pelajaran Pelajar-pelajar SMK Simunjar, Sarawak. Tesis SijilPerguruan Khas,Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mucha, L. (1987). Attitudes and Achievement Effects of Mathematics Homework GamesOn Second Grade Students and Their Parents (ED 283 698).
Muhyiddin Mohd Yassin (2009). Bengkel Kajian Semula Pelan Induk Pembangunan
82
Pendidikan, 2006-2010. Diperoleh pada Ogos 12, 2009 daripada http://www.pmo.gov.my/tpm/?frontpage/speech/detail/1539
Muller, C. (1995). Maternal Employment, Parent Involvement and Mathematics Achievement Among Adolescents. Journal of Marriage and the Family,57,85-100.
Noraini Abdul Aziz (1994). Pengaruh Cara Gaya dan Sikap Ibu Bapa ke atas Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Kajian Ilmiah TidakDiterbitkan,Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Nicholson, T. & Gallenne, G. (1995). Struggle Town Meets Middle Town : A Surveyof Reading Achievement of Adolescents. Journal of Research and Developmentin Education Studies, 30,15-23.
Perancangan Strategik 2005-2010. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. DiperolehMac 14,2008 daripada http://www.moe.gov.my/?id=77&lang=my
Raden, N. William, E. & Coggins, K. (1993). Paternal Involvement in Child-Bearingand the School Perfomance of Native American Children : An Exploratory Study. Family Perspectives, 27,4,375-391.
Raja Nazrin Shah (2009, Ogos 18). Empat Aspek Tingkat Sistem Pendidikan. Utusan Malaysia. Hlm. 16.
Riley, R.W. (1997). Invite America Back to Your School this Year. Principal,pp.30.
Reynolds, A.J. (1992). Comparing Measures of Parental Involvement and TheirEffect on Academic Achievement. Early Childhood Research Quartely.
Robiah Sidin (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam : Penerbitan FajarBakti Sdn. Bhd.
Rozumah Baharudin, Rohani Abdullah & Yew Saw Bee (1996). Sosio-economic Status,Home Environment and Preschool Children’s Mental Abilities. Akademika,49,95-106.
Rozumah Baharudin (1999). Institut Keluarga Islam di Malaysia Fungsi dan Kesejahteraan, Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Sattes, B. (1985). Parent Involvement : A Review of the Literature. Chaeleston, WV : Appalachia Educational Laboratory.
Shek, D.T.L. (1995). Chinese Adolescents Perceptions of Parenting Styles of Fatherand Mothers. Journal of Genetic Psychology, 156,2,90-175.
83
Syarifah Mohd Nor (1992). Faktor Latar Belakang Keluarga yang Berkaitan denganPencapaian Akademik Murid Darjah Satu. Jurnal Pendidik dan PendidikanUniversiti Sains Malaysia,2,61-69.
T. Marimuthu (1990). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ussem, E.L. (1991). Student Selection into Course Sequences in Mathematics : TheImpact of Parental Involvement and School Policies. Journal of Research onOdolesence (1),231-250.
Wherry, J.H. (1998). Selected Parent Involvement Research. Diperoleh pada Mei 15,2008 daripada http://www.par-inst.com/resource/research.htm
Zainal Kling (2000). Gejala Sosial : Permasalahan dan Pendekatan Menangani dariSudut Pandangan Akademik : Kertas Kerja yang Dibentangkan di SimposiumKaunseling Pemimpin Belia Negara (22 April,2000). Pusat Belia AntarabangsaCheras : Yayasan Nurul Yaqeen, Persatuan Mahasiswa Anak Johor UniversitiKebangsaan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin (1999). Perkaitan di antara Faktor SosioEkonomi dan Pencapaian Akademik Anak. Jurnal Kebajikan,21,2,1-6.
84